Muslimeen United |
- Daftar Pemilih Meragukan: Mat Sabu Alu-alukan BERSIH 3.0
- Umno Johor Mulai Gelisah, Pakatan Rakyat Bersedia Tawan Johor !
- Kelantan Miskin Kerana Dizalimi Kerajaan Pusat
- Penyertaan bekas pegawai k'jaan perkuat PAS Melaka
- Pemuda-pemuda ini Telah "Menyakitkan" Hati Umnuuoo..
Daftar Pemilih Meragukan: Mat Sabu Alu-alukan BERSIH 3.0 Posted: 19 Feb 2012 07:55 AM PST ![]() "Daftar pemilih di Selangor berlaku satu perkara yang pelik di sembilan kawasan Parlimen. Parlimen Subang kenaikan daftar pemilih sebanyak 35 peratus. Kawasan Kota Raja naik lebih kurang 28 peratus. Puchong lebih kurang 20 peratus. Serdang dan sebagainya. Sembilan kawasan Parlimen kenaikan pengundi lebih daripada 20 peratus. "Oleh itu hadirin sekalian, Bersih 3 mesti diadakan,"katanya ketika berucap pada siri jelajah Asalkan Bukan UMNO (ABU), di Madrasah Ehsaniah Taman Bukit Anggerik, di sini malam tadi. Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, mesyuarat Pakatan Rakyat baru-baru memandang serius perkara itu. Oleh itu katanya, Pakatan Rakyat akan menyokong sekiranya satu lagi perhimpunan bersar-besaran diadakan bagi membantah daftar pemilih yang meragukan itu agar pilihan raya dapat dijalankan dengan adil dan bersih. " Cara nak buat, kita serah kepada badan induk itu. Serah kepada Datuk A. Samad Said bagaimana untuk kita lancarkan Bersih 3.Pas, Keadilan dan DAP akan menyokong sebarang tindakan yang dicadangkan oleh NGO Bersih 3," ujarnya lagi. Beliau memberi contoh bagaimana kenaikan daftar pemilih di Subang yang begitu tinggi dilihat begitu berbeza dengan kawasan berhampirannya itu Petaling Jaya Utara. " Sedangkan Parlimen yang bersebelahan Petaling Jaya Utara kawasan Tony Pua, kenaikan daftar pemilih hanya 7 peratus. Kenapa berlaku begitu tidak seimbang? Ini yang menjadi bahan renungan kita. Sepatutnya kalau Subang nak 35 peratus, sekurang-kurangnya Petaling Jaya Utara 25 peratus,"katanya. Tambahnya lagi, senario pertambahan jumlah daftar pemilih ini lah yang menyebabkan kerajaan Pas di Terengganu tumbang pada 2004. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan penyiasatan terperinci terhadap 42,000 senarai nama yang meragukan di dalam senarai daftar pemilih yang tidak mendaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). "Sekiranya perkara itu tidak di atasi segera, Pakatan Rakyat mendesak SPR supaya tidak melaksanakan pilihan raya sehinggalah siasatan selesai," katanya pada sidang media Ibu Pejabat PKR baru-baru ini. -antarapos |
Umno Johor Mulai Gelisah, Pakatan Rakyat Bersedia Tawan Johor ! Posted: 19 Feb 2012 07:52 AM PST |
Kelantan Miskin Kerana Dizalimi Kerajaan Pusat Posted: 19 Feb 2012 07:48 AM PST ![]() KUALA LUMPUR : Dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa Kelantan negeri paling miskin di negara ini, hanya membuka pekung dirinya sendiri sebagai pemimpin nombor satu negara. Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berkata, jika benar dakwaan itu, ia bermakna kegagalan kesemua enam perdana menteri termasuk Najib untuk memajukan kesemua negeri dalam Malaysia ini sejak BN memerintah lebih 50 tahun lalu. "Sekira benar Kelantan ini negeri miskin mengikut kata PM DS Najib, maka ini bermaksud benar-benar gagalnya enam orang Perdana Menteri dalam memajukan setiap pelusuk tanah air, setiap orang dari rakyatnya. "(Ini) kerana negeri Kelantan ini adalah salah satu negeri dalam gabungan 14 negeri di dalam Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia, dan sama sekali bukan sebuah negeri yang berada di Thailand, atau Indonesia, atau Brunei, atau Kemboja, dan tidak mungkin sebuah negeri di Benua Afrika," coretnya melalui Facebooknya Hassan Hayastani.. Beliau dipercayai mengulas kenyataan Najib ketika berucap di Lahad Datu semalam kononnya Kelantan adalah negeri miskin tercorot dan bukan lagi Sabah. Najib berkata kedudukan tercorot itu bermula sejak negeri tersebut berada di bawah pemerintahan kerajaan PAS Kelantan. Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mini Estet Sejahtera (Mesej) Akuakultur Kampung Nala, Tungku, Lahad Datu di sini semalam. Mengulas lanjut, Abu Hassan berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memerintah untuk memajukan mana-mana negeri dan tugas itu berada di atas batu jemala seorang perdana menteri. "Negeri mana pun yang dikatakan miskin selagi dia adalah negeri di dalam Malaysia maka tanggungjawab memberi kekayaan, kemajuan, kesejahteraan dan kebajikan masadepan itu berada di atas kepimpinan seorang Perdana Menteri. "Ini bukan zaman penjajah British dengan polisi kejadah pecah dan perintah!," tulis beliau. -HD Kelantan miskin: 'Air terpercik ke muka Najib' Sebenarnya kelantan negeri terkaya di negara ini jika UMNO BN tidak merompak wang royalti minyaknya. Dan jangan lupa Mahathir mengakui bahawa beliau sendiri menyekat pembangunan di Kelantan kerana khuatir rakyat negeri itu tidak menyokong BN. Saksikan: -GB |
Penyertaan bekas pegawai k'jaan perkuat PAS Melaka Posted: 19 Feb 2012 07:39 AM PST ![]() ![]() Mereka menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada program ceramah perdana sempena Konvoi Jelajah Lajnah Penerangan PAS Pusat ke Melaka di Surau Ustaz Ali, Permatang Pasir, Telok Mas, malam tadi. Khalid telah berkhidmat di Hospital Besar sejak puluhan tahun lalu dan menamatkan perkhidmatan sepenuh masa dengan kerajaan sejak beberapa tahun lalu. Sementara Sahak pernah berkhidmat di beberapa buah negeri dan jawatan tertinggi beliau ialah Pengarah Kastam Pulau Pinang. Mereka berasal dari Melaka dan telah menyatakan kesediaan untuk menyumbangkan sepenuh tenaga kepada perjuangan menegakkan Islam dan keadilan di Melaka. Kemasukan mereka yang berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam memberikan suntikan baru kepada PAS Melaka dalam mengharungi perjuangan membebaskan rakyat Melaka dari cengkaman pemerintahan Kerajaan BN negeri selama lebih dari 54 tahun. Beberapa ahli PAS yang ditemui melahirkan rasa syukur kerana perjuangan PAS khususnya di Melaka semakin diterima rakyat tidak kira dari golongan mana sekalipun. Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Melaka, Asri Sheikh Abdul Aziz berharap lebih ramai bekas-bekas pegawai kerajaan untuk tampil ke hadapan menyertai PAS kerana pengalaman mereka sudah tentu dapat menyumbangkan sesuatu kepada perjuangan menegakkan keadilan di Melaka. "Kita tahu ramai bekas pegawai kerajaan yang menyokong dan simpati kepada perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat, mereka mesti menzahirkan kefahaman dan pendirian politik mereka supaya rakyat terbanyak turut sama menyertai PAS dan Pakatan bagi menubuhkan sebuah kerajaan baru yang lebih adil dan telus di Melaka," ujar Asri yang juga merupakan Penyelia Dun Lendu. -Hrkh |
Pemuda-pemuda ini Telah "Menyakitkan" Hati Umnuuoo.. Posted: 19 Feb 2012 07:38 AM PST Berbanding dengan Parti Hidup Melayu Umnuuooo,yang terpaksa menggunakan artis dan program maksiat untuk menarik golongan muda-mudi kearah menyokong mereka seperti yang kita lihat selama ini.Artis yang menyertai Umno akan meneruskan aktiviti maksiat mereka,kerana Umno adalah platform terbaik untuk menyuburkan kehidupan mereka sebagi artis.Maka segala aktiviti dan kerja maksiat Umno ini,akan sama dikecapi oleh penyokong dan pengundi mereka..Nauzubillah.. Aslim Taslam..Islamlah Pasti kamu selamat..Maka tiada cara dan pendekatan yang terbaik untuk mengajak dan mentarbiyyah golongan muda ini,kecuali dengan program islam yang dapat mendekatkan mereka kepada Allah dan secara automatik mereka akan menjauhkan diri mereka dengan Umno!!Lantaran itu,sudah pasti Umno sebuah parti Sekularr di negara ini menjadi "Takut dan Meroyan" dengan perkembangan terkini terhadap anak muda yang semakin sukar untuk dilalaikan dengan program maksiat anjuran Umno. Tahniah kepada amilin-amilin (Petugas agama ) dalam PAS..teruskan mentarbiyyah golongan muda..Sudah pasti kalian akan lihat Umno semakin menderitaaaa.... Gambar : Sekitar Ceramah Agama Utz Azhar Idrus di Manjung semalam. |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan