Rabu, 15 Februari 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


Mesti Tonton! Jutaan Rakyat Syria Ikrar Jihad

Posted: 15 Feb 2012 02:24 AM PST


MIMOS Dapati 200,000 Pengundi Mencurigakan Di dalam Daftar Pemilih

Posted: 15 Feb 2012 02:04 AM PST

Semakan audit dapati lebih 200 ribu pengundi diragui

Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini dimaklumkan bahawa semakan audit yang dijalankan ke atas daftar pemilih mendedahkan wujudnya jumlah amat besar pengundi yang meragukan.

Mimos Bhd, sebuah syarikat teknologi milik penuh kerajaan yang membuat semakan audit itu pada taklimatnya kepada PSC berkata terdapat sekurang-kurangnya 230,000 pengundi yang mencurigakan.

Menurut ahli PSC Anthony Loke, taklimat telah diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mimos, Abdul Wahab Abdullah semasa mesyuarat dua jam, semalam.

Turut hadir semasa mesyuarat dan taklimat berkenaan adalah pengerusi PSC Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili.

Loke berkata Mimos pada taklimatnya memberitahu pihaknya mengesan 820 kes di mana terdapat lebih daripada 100 pengundi yang menetap di alamat yang sama.

"Selain itu, kami mendapati 1,259 kes di mana antara 51-100 pengundi tinggal di alamat yang sama, 3,254 kes di mana terdapat antara 21-50 pengundi tinggal di alamat sama, dan 6,002 kes yang melibatkan antara 11 hingga 20 pengundi di rumah sama.

"Tempat-tempat ini termasuk kem tentera," katanya kepada Malaysiakini.

Turut dipertikaikan adalah alamat yang mencurigakan di mana pengundi didaftar dengan alamat yang tidak lengkap ataupun tidak sah. Sebagai contoh, katanya: "Tiada alamat atau rumah 62, Lembah Pantai dan E6, Seputeh".

Menurut Loke, PSC telah memberikan Mimos tempoh dua minggu untuk menjalankan semakan dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya bagi mengemaskini nama-nama dan alamat mencurigakan itu.

"PSC itu tidak bincang lanjut bagaimana untuk membetulkan perkara itu dan Mimos akan kembali dalam masa dua minggu," katanya.

Belum boleh bubar parlimen

Memandangkan jumlah pengundi yang meragukan sebegitu ramai, Loke berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak perlu memastikan daaftar pemilih dibersihkan sebelum beliau membubarkan parlimen supaya pilihan raya umum dapat diadakan.

Pemimpin DAP itu berkata Mimos turut mengenal pasti 785 polis dan anggota tentera yang berdaftar sebagai pengundi pos dan pada masa yang sama, juga sebagai pengundi biasa.

Semasa laporan awal PSC dibentangkan pada Disember, selepas jawatankuasa itu mengadakan beberapa pendengaran awam, mereka telah membuat beberapa cadangan, termasuk semakan audit pengundi.

Mimos kemudian ditugaskan untuk memeriksa daftar pemilih bagi mengesan nama atau kad pengenalan yang sama ataupun bertindih, pengundi berusia lebih 100 tahun dan mengesahkan butiran pengundi dengan pangkalan data dari agensi-agensi kerajaan yang lain.

Loke juga mendedahkan bahawa Mimos berjaya mengesan 22,076 pemilih berdaftar yang berumur lebih 90 tahun. -mk

Najib mesti dedah penyelesaian Danaharta-Tajudin

Posted: 15 Feb 2012 01:47 AM PST


KUALA LUMPUR, 15 Feb: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didesak supaya memberitahu bentuk penyelesaian yang dicapai antara bekas pengerusi eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli dan Pengurusan Danaharta Nasional Bhd yang dimiliki 100 peratus oleh Kementerian Kewangan.

"Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Najib mesti menjelaskan mengapa kerajaan BN sanggup melepaskan tuntutan terhadap seluruh hutang dan melepaskan Tajudin tanpa mempertahankan diri di Mahkamah Rayuan.

"Keputusan ini mempunyai niat jahat kerana kerajaan telahpun memenangi kes tersebut di Mahkamah Tinggi," kata ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Dalam keputusannya semalam, Mahkamah Rayuan juga menetapkan bahawa terma penyelesaian Danaharta dan Tajuddin dirahsiakan.

Kes Danaharta dan Tajudin berkisarkan kepada satu pinjaman RM1.79 bilion oleh sekumpulan pemimjam untuk membiayai Tajudin dalam pembelian 32 peratus saham MAS pada tahun 1994.

Kegagalan Tajudin untuk melangsaikan hutang tersebut sebanyak dua kali telah memaksa Danaharta untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau.

Pada 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Tajudin membayar RM589 juta kepada Danaharta yang menguruskan pinjaman tidak berbayar akibat hutang yang ditanggung tokoh korporat itu dalam pembelian saham MAS.      

Jumlah itu merupakan baki pinjaman berjumlah RM1.79 bilion yang diberikan kepada Tajudin oleh sekumpulan peminjam bagi membiayai pembelian 32 peratus kepentingan dalam MAS pada 1994.

Tajudin diperintah membayar jumlah asas pinjaman pada 31 Dis 2005 sebanyak RM589,143,205.57 serta faedah dua peratus atas kadar pemberian pinjaman asas Malayan Banking Bhd mulai 1 Jan 2006 sehingga tarikh penyelesaian penuh kes itu kepada Pengurusan Danaharta dan dua anak syarikatnya.

Mahkamah Tinggi turut membatalkan tuntutan balas Tajudin, yang berjumlah RM13.46 bilion, terhadap 24 responden termasuk Danaharta, dua anak syarikat serta pegawainya, Datuk Azman Yahya, Datuk Abdul Hamidy Hafiz, Datuk Zukri Samat dan Datuk Kris Azman Abdullah.

Responden lain ialah pentadbir khas Naluri Corporation Bhd iaitu Mohamad Raslan Abdul Rahman, Ooi Woon Chee dan Gan Ah Tee serta syarikat Telekom Malaysia Berhad, Telekom Enterprise Sdn Bhd, Technology Resources Industries Berhad, Celcom (Malaysia) Sdn Bhd, Commerce International Merchant Bankers Berhad (CIMB), Atlan Holdings Bhd, Atlan Properties Sdn Bhd, Multi Esprit Sdn Bhd, Datuk Seri Adam Sani Abdullah, Datuk Ong Kim Hoay, Datuk Khalid Mohamad Jiwa, Datuk Ong Kar Beau, kerajaan Malaysia dan Naluri Corporation Berhad.

Tajudin pernah mendakwa bahawa pembelian saham tersebut diarahkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas kementerian kewangan Tun Daim Zainuddin pada 1994 untuk menyelamatkan kerajaan.

Pada tahun 2009, Danaharta serta dua anak syarikatnya berjaya dalam saman RM589.14 mereka terhadap Tajudin di Mahkamah Tinggi.

Ogos 2011, media melaporkan, kerajaan telah mengarahkan semua anak-anak syarikatnya (GLC) agar menggugurkan semua tuntutan mereka terhadap Tajuddin, anak didik bekas bendahari Umno, Tun Daim Zainudin ini.

Dalam surat yang dihantar oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, semua GLC dan Danaharta diberitahu, Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan semua saman terhadap Tajudin di luar mahkamah.

"Adakah penyelesaian ini disebabkan oleh hujah pembelaan Tajudin bahawa beliau 'dilindungi' oleh Dr Mahathir dan Daim Zainuddin daripada sebarang tanggungjawab terhadap kerugian tersebut?" soal Pua (gambar).

Menggunakan kes Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sebagai contoh di mana mantan presiden dan timbalan presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik dan Datuk Seri Chan Kong Choy didakwa, Pua menggesa Najib turut melakukan perkara yang sama terhadap Mahathir dan Daim atas kecuaian melampau dan melindungi Tajudin dalam penswastaan MAS.

"Ia adalah jelas daripada penyelesaian di atas bahawa kerajaan BN tidak mempunyai keinginan politik untuk menguruskan kewangan dalam sebarang bentuk yang hemah.
"Ketirisan, rasuah dan pembaziran dalam skala besar akan terus subur dalam kerajaan BN yang tekad mempromosikan kronisme dan mengabaikan akauntabiliti," selar Pua.

Jika keadaan ini berterusan, kata Pua, tilikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Idris Jala bahawa negara akan bankrap sudah pasti akan menjadi kenyataan. -Hrkh

Pekerja Maybank lancar mogok di Bangsar

Posted: 15 Feb 2012 01:47 AM PST

 
Hujan lebat petang tadi gagal melemahkan semangat kira-kira 200 pekerja Maybank dan ahli kesatuan sekerja yang berhimpun di ibu pejabat Maybank Bangsar untuk menuntut pihak majikan membatalkan penubuhan kesatuan dalam.

NONEDengan berpakaian serba merah, ahli-ahli kesatuan itu mula berarak dari pejabat Kesatuan Pekerja-pekerja Bank Kebangsaan (Nube) di Brickfields pada jam 3 petang tetapi tidak lama kemudian mendapati diri mereka basah kuyup akibat hujan lebat.

Namun, cuaca gagal mematahkan semangat mereka dan pekerja itu terus berarak sejauh dua kilometer dan sampai ke ibu pejabat Maybank Bangsar kira-kira 30 minit kemudian.

Pekerja-pekerja kemudiannya melaungkan kata-kata 'Maybank kejam', sambil membawa sepanduk dan kain rentang berbunyi: 'Henti jadikan ahli NUBE mangsa', 'Maybank rompak pekerja Malaysia' dan 'Kami diberi gaji kecil'.

NONEMogok tiga jam, anjuran NUBE itu adalah sebagai membantah keputusan Maybank untuk memecat dua pekerja yang kebetulan adalah pegawai kesatuan bank berkenaan.

Maybank juga dilaporkan menggalakkan pembentukan sebuah kesatuan dalaman tahun lalu yang dianggap NUBE melanggar Akta Perhubungan Perusahaan 1967. -M'kini

Tiada ulasan: