Rabu, 1 Februari 2012

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Geng Kepala Babi Wanted!!

Posted: 01 Feb 2012 08:00 AM PST


Pelik... Apa yang puak-puak laknat ni dapat dengan melakukan kerja-kerja celaka yang hanya mengundang kemarahan orang? Apakah mereka cuba untuk mewujudkan syak wasangka terhadap kaum lain.... kononnya itu kerja biadap mereka??

Siapa yang bertangguung jawab meletakkan kepala babi di pintu masjid di Rawang bebaru ini?? Rasanya, itu bukan kerja kaum lain... kerana mereka tidak seberani itu, lebih-lebih meletakkannya di rumah ibadat orang Islam. Sensitif gilerr tu, beb!!

Rasa-rasa kita dapat mengagak itu kerja siapa tapi malaslah nak buat tuduhan secara terbuka, sebab kita tak der bukti yang nyata. Setakat syak-syak tak main ler. Buat apa cari penyakit. Dan... tak der faedahnya cari dosa kering.

Now... bagi membantu mencari siapa culpritnya, kerajaan negeri Selangor telah menawarkan hadiah sebanyak RM10 000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya mereka yang bertanggung jawab.

Ini serius dan tak boleh dibiarkan. Demi menjaga sensitiviti dan keharmonian kaum, tindakan tak bertanggung jawab ini mesti dihentikan dan tindakan tegas perlu diambil terhapap mereka yang bertanggung jawab.

SHAH ALAM 1 FEB : Kerajaan Selangor menawarkan ganjaran RM10 ribu kepada mana-mana individu yang menyalurkan maklumat sahih sehingga tertangkapnya individu yang bertanggungjawab meletakkan kepala babi di Masjid Nurul Iman, Rawang, semalam.

Exco Selangor, Rodziah Ismail berkata inisiatif ini adalah bertujuan menangkap pesalah sebenar sebelum ia menjadi isu sensitif seperti yang berlaku sebelum ini.

"Malangnya insiden sebelum ini tiada sebarang tangkapan yang dibuat, mungkin dengan usaha dan tanggungjawab daripada orang awam mampu membantu siasatan polis sekaligus membawa pesalah kehadapan dengan cepat,"katanya dalam satu sidang media sejurus selepas Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri hari ini.

Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi talian 1-800-888-2824.

Pagi semalam, anak kariah Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang dikejutkan dengan penemuan satu kepala babi di pintu masuk utama masjid itu.

Kejadian yang dilaporkan seawal jam lima pagi itu hanya disedari apabila ahli jawatankuasa masjid membuka pintu pagar utama.

Pihak polis bagaimana pun tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi.

Sebelum ini, Masjid Al-Falah di Taman Desa Jaya, Johor Bharu digemparkan dengan penemuan empat kepada babi di pagar belakang masjid manakala selebihnya ditemui di perkarangan luar pintu masuk masjid keesokkan harinya oleh jemaah yang ingin menunaikan solat subuh.-TVS NEWS

Allahu Akbar!! Lihatlah kebesaran-NYA

Posted: 01 Feb 2012 02:20 AM PST



Allah STW maha berkuasa. Lihat dan baca tentang kebesaran-NYA di sini. Sesuatu itu, tidak akan berlaku... sekiranya DIA tak mahu ia berlaku.

Lawak Ahmad Maslan

Posted: 31 Jan 2012 08:52 PM PST


Hahahahaha....

Isteri jua yang kenal siapa suaminya.
Sebab tu si isteri kata.. "Jangan debat!!"
Kalau debat gerenti kalah.
Bikin malu satu keluarga jer.

Kah kah kah kah....

Menteri UMNO ler katakan...
Ngong... ngong belaka.
Otak kemetot akai cipot
Camne nak berhujah dan berdebat??
Daripada menanggung kemaluan, lebih baik jangan berdebat

Kah kah kah kah...

Mahathir, hipokrit yang pura-pura lupa...

Posted: 31 Jan 2012 07:16 PM PST


Mengata dulang paku serpih, menuduh orang awak lagi terover lebihnya. Eleh... cuba nak lupakan orang tentang perbuatan 'celaka' dia dengan sibuk bercakap pasal Anwar. Ciiiitt... Teruk punya kaki!!

Mamak padukang ni, rasanya tak pernah cermin muka dia kot?? Sebab tu, dia tak nampak.... bertapa HODOH-nya dia.

Apa, dia ingat semua orang Melayu mudah lupa macam yang didakwanya?? Sorry ler annei... yang cepat lupa dan mudah you all perdaya ialah Melayu UMNO.

Menyibuk nak tarnish imej Anwar..... nak ambik kau!! Baca ini.

SHAH ALAM 31 JAN : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad sendiri mempunyai hubungan akrab dengan Amerika dan pernah melantik pelobi Yahudi yang mempunyai hubungan dengan Israel.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, Dr Mahathir sengaja memutarbelitkan kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu negara Israel dan Palestin.

"Mahathir mungkin kelihatan begitu lantang bersuara menentang Zionis dan Barat tetapi sebenarnya mempunyai hubungan yang cukup baik dengan mereka sehingga sanggup menandatangani perjanjian ketenteraan sulit dengan Amerika pada 1984 - Bilateral Training and Consultation Agreement (BITAC) - yang membolehkan Amerika menjalankan latihan ketenteraan mereka di Malaysia," kata Nik Nazmi yang juga ADUN Seri Setia dalam kenyataan medianya.

Nik Nazmi berkata Anwar telah menjelaskan bahawa kenyataannya di dalam akhbar The Wall Street Journal adalah selari dengan penyelesaian dua negara (two-state solution) yang diterima inisiatif keamanan dunia Arab, Malaysia malah Hamas sendiri, pejuang kemerdekaan Palestin.

Tambah Nik Nazmi, selepas imej Malaysia punah teruk di mata masyarakat antarabangsa akibat pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri, Dr Mahathir begitu terdesak untuk bertemu dengan Bush.

Beliau mendakwa Dr Mahathir sanggup membayar Jack Abramoff, seorang ahli lobi Zionis sebanyak AS$1.2 juta untuk mengatur pertemuan dengan Bush. Fakta ini diakui oleh Dr Mahathir sendiri.

Abramoff mempunyai hubungan rapat dengan Bush dan juga golongan ekstrem di Israel.
Menurut majalah Newsweek, wang yang dikutip oleh Abramoff di dalam aktiviti melobinya disalurkan untuk penduduk Yahudi melawan kebangkitan rakyat Palestin.

Abramoff akhirnya mengaku bersalah di atas tuduhan rasuah, penipuan dan lain-lain lagi pada 2006.

"Selepas itu, Bush menganggap Malaysia sebagai sekutu di dalam Perang Melawan Keganasan dan Malaysia menggunakan alasan tersebut untuk menangkap sesiapa sahaja yang dikehendaki termasuk anggota pembangkang yang dituduh sebagai pengganas di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri," ujar Nik Nazmi.

Nik Nazmi berkata Dr Mahathir sehingga kini terus menyimpan dendam lamanya terhadap Anwar dan melempar pelbagai tuduhan fitnah.

"Beliau dan pimpinan Umno nampaknya tidak dapat berhenti menghamburi fitnah semata-mata untuk mengalihkan dari satu demi satu skandal yang membelenggu mereka," katanya.-TVS NEWS

Tiada ulasan: