MIMPI SENJA |
- Kapal Isreal : Kerajaan Najib lukakan hati umat Islam
- Apa barang DSAI berdebat dengan Ibrahim Ali?
- PAS Terengganu gesa ahli turun ke demo Lynas Kuantan
- Artis : SAH - Misha Omar bertunang hari ini (21/2)
- PANAS : Aksi panas seksi ghairah Julie Woon cetus kontroversi
- Artis : Ini lah dia bakal tunang Misha Omar
- 3 Golongan yang sepatut ke Syurga tetapi tersungkur ke Neraka
- Latif Ibrahim meninggal dunia ... Al Fatihah
Kapal Isreal : Kerajaan Najib lukakan hati umat Islam Posted: 20 Feb 2012 11:05 PM PST KUALA LUMPUR, 21 Feb: Tindakan Kerajaan BN yang sanggup menjalinkan hubungan dagang dengan Israel benar-benar melukakan hati majoriti rakyat negara ini terutama yang beragama Islam. Kehadiran dua buah kapal dagang milik rejim Israel, Zim Atlantic dan Zim USA ke Westport, Pelabuhan Klang pada 16 Februari lalu benar-benar mengejutkan seluruh rakyat negara ini sehingga memperlihatkan wajah sebenar Umno BN di mata orang ramai. Dewan Ulama PAS Pusat sehubungan itu menuntut Kerajaan Malaysia segera membuat penjelasan mengenai kedudukan sebenar perkara itu kepada rakyat. Setiausahanya, Dr Khairuddin Aman Razali berkata, umat Islam yang cintakan akhirat sewajarnya tidak menjalin sebarang bentuk kerjasama dan perhubungan sosial atau ekonomi dengan mereka yang melakukan kezaliman sama ada kezaliman itu dilakukan oleh orang Islam sendiri atau bukan Islam. "Negara haram Israel telah menzalimi umat Islam Palestin dalam tempoh yang panjang dengan merampas tanah air mereka dan membunuh ratusan ribu umat Islam," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini. Sebuah NGO, Jingga 13 seperti yang dilaporkan Harakahdaily semalam mendedahkan bahawa Kerajaan Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan negara rejim Israel. Hubungan tersebut terbukti dengan kehadiran dua buah kapal, Zim Atlantic dan Zim USA yang telah berlabuh di Westport, Pelabuhan Klang pada 16 Februari lalu yang dimiliki oleh ZIM Integrated Shipping Services Ltd hak milik rejim Israel. Koordinator Jingga 13, Fariz Musa menjelaskan, pihaknya juga telah mendapatkan bukti jelas bahawa hubungan antara Kerajaan Malaysia dan rejim Israel telah wujuh walaupun pemimpin Umno menafikan wujud hubungan dagang. "Kehadiran ZIM USA yang sebelum ini didaftarkan di Haifa, Israel pada 25 Oktober 2010 dan kini didaftarkan di Republic Of Liberia pada 2 Februari 2012 dan ZIM Atlantic yang turut didaftarkan di Republic Of Liberia adalah milik Israel melalui Israel Corporation dengan pegangan saham sebanyak 98 peratus iaitu salah satu syarikat besar dimiliki oleh Israel," katanya. Menurut Khairuddin, sebarang kerjasama sosial dan politik dengan mereka yang terang-terang melakukan kezaliman adalah satu keredhaan terhadap kezaliman. Katanya, Allah berfirman dalam surah Hud ayat 113 bermaksud: "Dan janganlah kamu cenderong hati terhadap orang-orang yang zalim, pasti kamu disentuh oleh api neraka." "Jadi, sekiranya benar laporan yang menyatakan kapal-kapal yang dimiliki sebuah syarikat yang didakwa dikuasai oleh kerajaan Israel mempunyai akses bebas ke Westport, Pelabuhan Klang, ia memang benar-benar melukakan hati majoriti rakyat Malaysia beragama Islam," katanya yang lebih dikenali sebagai Ustaz Mohd Khairuddin At-Takiri. - Harakah Daily |
Apa barang DSAI berdebat dengan Ibrahim Ali? Posted: 20 Feb 2012 11:00 PM PST KUALA LUMPUR, 21 Feb — Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menegaskan tidak wajar untuk pembangkang mengheret Datuk Seri Najib Razak berdebat semata-mata mahu memberi publisiti kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tegas Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali, Anwar yang juga Ketua Umum PKR sepatutnyta berdebat dengan presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu iaitu Datuk Ibrahim Ali. "Adalah tidak wajar mengheret perdana menteri ke pentas politik murahan untuk memberi publisiti kepada Anwar. Tidak ada keperluan untuk Najib melayan hasrat karut Anwar. "Anwar perlu berdepan dengan presiden Perkasa dulu berdebat berhubung sokongannya kepada Israel kerana rakyat mahu lihat apa motif beliau menyokong Yahudi," katanya dalam satu kenyataan. Desakan agar debat antara Najib dan Anwar diadakan semakin hebat selepas debat antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng minggu lepas. Pelbagai pihak tampil memberikan pendapat dan galakan, tidak kurang yang menghalang, yang rata-ratanya ahli Umno, terhadap cadangan debat kedua-dua pemimpin tersebut. Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah memberi bayangan bahawa peminpin Umno bersedia pada bila-bila masa untuk berdebat, dan rakan sejawatannya dari Pakatan menyahut seruan itu. Bagaimanapun Najib, Presiden Umno setakat ini enggan untuk berdebat secara terbuka dengan Anwar. Anwar telah berulang kali menjemput Najib untuk sesi debat terbuka dan mencabar beliau berbincang berkenaan polisi dan hala tuju kerajaan. "Elok berdepan dengan Ibrahim sesuai namanya Anwar Ibrahim sama-sama dari kem Kemunting. "Maka barulah dikatakan debat buku dan ruas," tambah Syed Hassan |
PAS Terengganu gesa ahli turun ke demo Lynas Kuantan Posted: 20 Feb 2012 09:34 PM PST Kepimpinan PAS Terengganu akan hadir bersama-sama penyokong dari negeri itu membantah loji memproses nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) di Gebeng, Kuantan Ahad ini, kata setiausahanya. Yahya Ali berkata, pemimpin tertinggi PAS negeri, termasuk pesuruhjaya Mohd Abdul Wahid Endut, yang juga ahli parlimen Kuala Terengganu akan turun memberikan komitmen. "Kita galakkan (ahli PAS negeri) pergi kerana isu ini melibatkan kepentingan dan keselamatan negara ."Jadi kita bertindak (membantah) sebelum berlaku apa-apa (kemudaratan). Kalau dah berlaku, tak berguna," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini. Walaupun ia melibatkan isu nasional, Yahya menggesa penyokong parti itu dapat datang seramai mungkin, khususnya dari kawasan berdekatan Kuantan seperti Kemaman dan Dungun. Perhimpunan membantah kehadiran kilang itu adalah yang kedua selepas perhimpunan pertama pada 9 Oktober di pantai Taman Gelora, Kuantan. Perhimpunan kedua itu dijadual berlangsung di padang Majlis Perbandaran Kuantan pada 26 Februari mulai jam 9.30 pagi, di samping pelbagai lagi program serentak di beberapa bandar raya besar, termasuk Kuala Lumpur. Selain disertai parti pembangkang, ia turut mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk NGO dan kumpulan mahasiswa. |
Artis : SAH - Misha Omar bertunang hari ini (21/2) Posted: 20 Feb 2012 08:04 PM PST Rentetan pengakuan Misha Omar tentang perancangannya untuk bertunang dalam waktu terdekat, GUA telah cuba merisik-risik tentang tarikh pertunangannya itu. Memang tidak dinafikan Misha dan kakaknya, Mimi, enggan membuka mulut, tetapi mungkin sudah rezeki GUA, akhirnya persoalan terjawab. Sah! Misha akan melangsungkan pertunangan bersama Firos Ezzwan Rossly pada hari ini (21 Februari). Maklumat ini diperolehi selepas teman rapat GUA singgah di rumah keluarga Misha di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan malam kelmarin. Menurut teman GUA itu, ketika berada di rumah keluarga Misha itu, dia sempat bertanya tentang majlis pertunangan itu. Menurut salah seorang ahli keluarga Misha, majlis pertunangan bakal berlangsung pada jam 12.00 tengahari ini. Misha menggunakan khidmat Syaiful Baharim untuk persalinan dan hantaran. Bakal tunangan Misha merupakan seorang Juruterbang syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan mereka telah saling mengenali kira-kira lima tahun lamanya. Kisah percintaan mereka pernah mendapat liputan suatu ketika dahulu. Maklumat lanjut berserta gambar pertunangan akan GUA berikan selepas majlis pertunangan ini selesai. Jadi, pastikan anda melayari GUA setiap masa! - GUA |
PANAS : Aksi panas seksi ghairah Julie Woon cetus kontroversi Posted: 20 Feb 2012 06:17 PM PST Sebut nama Julie Woon, pasti ramai lelaki yang tidak berkelip mata, walaupun hanya sekadar menyaksikannya wanita ini di kaca TV. Ternyata aura seksi pelakon-pengacara ini menjadi daya penarik utama. Terbaru, Julie memanfaatkan ' abiliti' yang dimiliki tatkala dipilih menjadi pendamping kepada seoarng model lelaki sebagai penghias muka depan majala, Men's Health. Bukan setakat itu, di beberapa mukasurat dalam bagi majalah yang memuatkan panduan dan tips untuk kaum lelaki itu terabadinya beberapa aksi berani Julie- pose penuh pesona lagi menghairahkan dalam keadaan dia hanya memakai bra dan panties. Lantaran nama hos 8TV Quickie ni menjadi bualan dikalangan peminat hiburan dan di blog-blog mahupun forum hiburan tempatan. Pun begitu, perkara ini sebenarnya bukan baru buat Julie kerana beliau beberapa kali sebelum ini muncul dalam majalah lelaki dengan berpakaian dan beraksi seksi sebegini. Cuma, mungkin nama pelakon drama bersiri Blogger Boy ni agak sinonim dengan komuniti Melayu, dan itu yang menimbulkan kontroversi. Dan semestinya, apa lagi kalau bukan Julie dijadikan pelaris kepada edisi terbaru majalah ini. Standard lah tu. Apa tunggu lagi, dapatkannya di pasaran sekarang! - foto diperolehi dari sumber FussyPussy (Forum Cari). - Lagi photo di SINI mD |
Artis : Ini lah dia bakal tunang Misha Omar Posted: 20 Feb 2012 04:50 PM PST Akhirnya penyanyi lagu Bunga Bunga Cinta, Misha Omar bersedia untuk memperkenalkan bakal tunangnya, Firos Ezzwan Rossly, seorang juruterbang yang kini berusia 30 tahun. Pasangan itu bakal bertunang tidak lama lagi, namun enggan menyatakan tarikh pertunangan mereka. Pasangan itu juga bakal mendirikan rumahtangga dalam tahun ini juga. Sejak lebih setahun yang lalu, penyanyi itu sering dilanda gosip liar yang menyatakan dia telah berkahwin secara senyap-senyap dengan seorang ahli perniagaan. Berita tersebut disiarkan di akhbar mingguan Berita Minggu baru-baru ini |
3 Golongan yang sepatut ke Syurga tetapi tersungkur ke Neraka Posted: 20 Feb 2012 06:01 AM PST Terdapat 3 golongan yang hampir-hampir melangkah masuk ke dalam syurga, namun akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka… Nauzubillah… 1. Seorang mujahid, yang berjuang dan akhirnya dia mati syahid.Dia hampir melangkah masuk ke dalam syurga, tapi sebelum dia melangkah, ALLAH bertanya kepadanya,"Wahai Mujahid, kenapa kamu masuk ke dalam syurga?" Berkatalah oleh dia kepada ALLAH, "Aku masuk ke dalam syurga kerana aku mati syahid, kerana berjuang ke jalanMu ya ALLAH. " Kemudian ALLAH menjawab, "Kau cuma berdusta, kau sebenarnya berjuang untuk aku, tetapi kau berjuang dan syahid hanya untuk dikenang sebagai wira dan mahu diangkat sebagai hero didalam masyarakat selepas kematianmu.."Maka dengan itu, si mujahid ini, dilemparkan ke dalam api neraka. 2. Seorang yang mengajar ilmu kepada orang.Hampir sahaja melangkah masuk ke dalam Syurga apabila ALLAH bertanya kepadanya,"Wahai kamu, tahukah kamu mengapa kamu masuk ke dalam syurga?" Lalu si guru pun menjawab, "aku masuk kedalam syurga kerana semasa hidupku, aku mengajar ilmu kepada orang, ilmu yang bermanfaat, ilmu yang supaya orang semakin mendekatiMu Ya ALLAH." Lalu ALLAH berkata, "Kau tipu, sebenarnya kau mengajarkan ilmu ketika hidupmu bukan untuk itu, kau hanya mahu mengajar kerana hendak dihormati sebagai guru, seorang ustaz, seorang guru, alim ulama' yang mengajarkan ilmu Aku kepada mereka. Maka atas sebab itu juga, kau akan aku masukkan ke dalam neraka ku." 3. Si kaya raya yang suka bersedekah.Sudah hampir menjejakkan kaki kedalam syurga tapi sebelum itu bertanya ALLAH kepadanya,"Wahai hambaku, tahukah kamu mengapa kamu mendapat balasan syurgaKu?" Maka dijawab olehnya, "Wahai Tuhanku, aku dahulu semasa hidupku telah kau kurniakan aku dengan kekayaan, dan dengan harta kurniannyaMu itu, aku gunakan untuk jalanMu, aku sedekahkan kepada anak yatim, aku berikan kepada orang miskin, pendek kata, hartaku banyak kugunakan demi untuk kepentingan memartabatkan agamu Ya ALLAH. " Sekali lagi ALLAH menjawab,"Kau tipu dalam beribadat, yang kau lakukan itu hanya demi mendapat kan title "Dermawan" ketika kau hidup satu ketika dahulu, perbuatanmu itu bukan untuk mendapat redhaku."Dan si kaya raya juga turut dilemparkan ke dalam api neraka yang maha siksa dan pedih azabsiksanya. Dari ketiga-tiga contoh yang diceritakan di atas itu, mempunyai satu kaitan sahaja sebenarnya, iaitu KEIKHLASAN dalam kita beribadat. Jika berniat hanya kerana ALLAH, maka amalan kita takkan terpesong, tapi sekiranya hanya kerana inginkan pengiktirafan dari hamba, maka yang kita dapat hanyalah pengiktirafan dari mereka, tapi bukan dari ALLAH. Marilah bersama kita fikir dan renungkan sama ada perbuatan kita, amalan kita pada hari ini, adalah demi mendapat redha hamba atau redha dari ALLAH, dan jika terselit walau sezarah pun niat ingin riak dan bermegah dengan perbuatan kita, sebaiknya kita bertaubat dan berdoa agar kita dijauhkan darinya, kerana ia mungkin satu hari nanti menjadi penghalang kita dari mencapai Syurga yang abadi |
Latif Ibrahim meninggal dunia ... Al Fatihah Posted: 20 Feb 2012 04:02 AM PST [20 Feb 2012 - 6.05pm] Penyanyi era 70an, Latif Ibrahim meninggal dunia hari ini pukul 6.05 petang di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Berita sedih itu disahkan oleh adik Allahyarham iaitu Datuk Khatijah Ibrahim. Jenazah Allahyarham kini berada di IJN dan akan dibawa ke kediaman Allahyarham di No 1, Jalan AU 3/16B, Taman Keramat, Kuala Lumpur dan dijangka akan dikebumikan pada malam ini juga. Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari IJN pada Sabtu lalu. Penyanyi yang juga pelakon filem itu dikenali dengan lagu Nora dan filem seperti Sumber Ilhamku. Pelakon teater Terima Kasih Cinta itu masih belum menerima baki bayaran setelah dipentaskan genap setahun yang lalu di Istana Budaya. Semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi saat duka ini dan takziah daripada MS - . Al-Fatihah. |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan