MIMPI SENJA |
- Tee Kiat MB Cina pertama Selangor?
- Tunjuk Perasaan Dengan Dedah Payudara Semasa Cuaca sejuk Melampau di Moscow
- TGNA gesa DSAI tarik balik kenyataan sokong Israel
- Harga kereta di Malaysia ke 2 termahal
- ARTIS : [Gambar] Sekitar Majlis Pertunangan Farhan AF dengan Rashdan Suhaimi
- SANTAI : Ular aneh berkaki 4
- Sambutan Hari Kekasih boleh rosak Aqidah - Persatuan Ulama Malaysia (PUM)
- Ketua Pendakwa Syarie negeri Perak dipenjara 8 tahun, denda RM 55,000 atas kesalahan rasuah
- Hampa semua tak betoi, Ketua Hakim pun tak betoi, yang betoi aku sorang saja kata Madet ...hahaha
- Shahrizat senasib dengan Najib
Tee Kiat MB Cina pertama Selangor? Posted: 13 Feb 2012 08:09 PM PST Terdapat spekulasi di kedua-dua belah pihak parti politik bahawa Ahli Parlimen Pandan dan bekas presiden MCA Ong Tee Kiat akan menjadi Menteri Besar pertama Selangor yang berbangsa Cina sekiranya pakatan Umno-BN berjaya menawan semula negeri itu pada PRU 13 yang dijangka akan diadakan pada tahun ini. Samada Perdana Menteri Najib Razak serius atau semata mendapatkan respon rakyat masih samar tetapi yang jelas pakatan Umno-BN itu sememangnya terdesak untuk menawan semula Selangor. Negeri itu adalah yang terkaya dan mereka telah kehilangannya kepada Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim pada 2008. Berita ini sudah tersebar sejak sekian lama tetapi tiada siapa yang begitu mengambil serius kerana terlalu faham pendirian Umno yang meletakkan Melayu dahulu. Tetapi, perlantikan Tee Keat sebagai pengerusi BN di situ yang juga didesak oleh Umno telah ...... mengukuhkan lagi khabar angin tersebut. Sudah tentulah Ketua BN Selangor masih orang Umno tetapi ini adalah berita paling sensasi buat masa sekarang," beritahu satu sumber politik kepada Malaysia Chronicle. Cadangan penuh kontroversi Walaubagaimanapun, peluang BN menawan semula Selangor sangat tipis. Teapi, berita sebegitu sudah semestinya akan memberi kejutan kepada rakyat Malaysia terutama orang Cina dan Melayu. Walaupun secara kosmetiknya, kelihatan seperti masyarakat di Malaysia adalah masyarakat harmoni berbilang kaum, hakikatnya mereka masih tidak bersatu walaupun selepas 54 tahun diperintah oleh Umno-BN yang sentiasa menerapkan politik yang berdasarkan persamaan dan dengan terang-terangan bersikap pilih kasih mengikut kaum untuk kekal berkuasa. Masyarakat Melayu membentuk etnik terbesar negara ini iaitu 50% daripada populasi 28 juta. Masyarakat Cina pula pada 28%. Terdapat pelbagai pro dan kontra untuk cadangan sebegitu sama ada Tee Keat menerimanya atau tidak. Sekiranya Tee Keat menerima, beliau haruslah melepaskan kerusi parlimen beliau di Pandan yang sangat dikehendaki oleh Umno- beliau harus bertukar kepada kerusi negeri. Oleh itu, bekas presiden MCA itu haruslah menilai dengan baik peluang BN merampas semula Selangor. Pro dan Kontra untuk Najib Untuk Umno, kelihatan seperti pemimpin negeri itu telah bersetuju untuk untuk menjadikan Tee Keat sebagai ketua BN Pandan, suatu reaksi yang dinantikan daripada pihak akar umbi Umno dan sayap kanan konservatifnya. Mungkin inilah sebabnya mengapa Najib telah memilih untuk menerima idea itu, menguji suasana sebelum membuat sebarang cadangan formal atau memberi komen mengenainya. Kebaikkannya untuk Najib adalah beliau boleh meletakkan orangnya di Pandan, memberikan masyarakat Cina sesuatu untuk difikirkan sekiranya BN benar-benar mahu berubah ke arah yang lebih baik dan berbaloi di undi pada PRU 13 nanti. Buat masa sekarang, ramai dikalangan orang Cina lebih cenderung kepada Pakatan. Najib dan konsep 1Malaysia beliau yang nampak gagal akan mendapat nafas baru walaupun sebenarnya, idea itu akan tetap gagal kerana orang Melayu di Selangor tidak akan menerima Menteri Besar berbangsa Cina. Dijangka juga bahawa persatuan ekstrim yang menjaga hak Melayu seperti Perkasa akan memerangi idea Najib itu. Satu tamparan buat Soi Lek Bagi MCA pula, mereka mungkin akan merasa marah dan bukannya bersetuju dengan cadangan tersebut. Ini disebabkan permusuhan politik dan perasaan cemburu. Bukanlah rahsia bahawa presiden MCA sekarang, Chua Soi Lek dan anaknya Tee Yong memang benci pada Tee Keat. Mereka telah memberi tekanan pada beliau dan juga penyokong beliau dalam parti. "Saya tidak berani membayangkan reaksi Soi Lek terhadap berita tersebut. Ia akan menjadi satu tamparan hebat kepada beliau sekiranya Umno menyokong Tee Keat sebagai MB pertama di Selangor yang berbangsa Cina," kata pemerhati politik itu. "Saya tidak yakin Najib akan dapat meyakinkan yang lain mengenai idea itu. Beliau akan putus asa dan menyangkal semuanya apabila mendapat tekanan daripada ekstrimis Umno. Ia kelihatan seperti satu komplot untuk membuat Tee Keat menyerahkan kerusi Parlimen Pandan beliau dan menerima kerusi negeri." Malaysia Chronicle |
Tunjuk Perasaan Dengan Dedah Payudara Semasa Cuaca sejuk Melampau di Moscow Posted: 13 Feb 2012 07:06 PM PST Salam. Ini memang kerja bodoh. Di Moscow, beberapa aktivis pergerakan hak wanita, FEMEN dari Ukraine sanggup mendedahkan payudara mereka semasa melakukan tunjuk perasaan dalam suasana sejuk melampau di depan ibu pejabat syarikat gergasi gas semula jadi Gazprom semalam. Mereka yang hanya memakai seluar panjang mendedahkan payudara sambil memegang poster yang mengandungi mesej mengutuk tindakan syarikat Gazprom. Mereka mendedahkan payudara semasa suhu mencecah -22 darjah Celsius. Salah satu poster itu mengandungi mesej yang menyamakan Ketua Pegawai Eksekutif Gazprom, Alexei Miller dengan ketua polis rahsia pada zaman pemerintahan pemimpin Adolf Hitler di Jerman, Heinrich Mueller. Tunjuk perasaan itu dibuat kerana Ukraine dan Rusia gagal mencapai penyelesaian berhubung harga gas sejak beberapa bulan lalu. Namun, tidak lama kemudian mereka diusir keluar oleh kakitangan lelaki syarikat Gazprom |
TGNA gesa DSAI tarik balik kenyataan sokong Israel Posted: 13 Feb 2012 04:02 PM PST Oleh ARIFFUDDIN ISHAK PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya sebelum ini yang menyokong usaha melindungi keselamatan Israel. Malah Ketua Pembangkang itu turut digesa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Wall Street Journal (WSJ) bagi membersihkan namanya. "Saya selaku Mursyidul Am PAS dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di WSJ. "Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau," katanya di sini, Isnin. Selain itu Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menerusi kenyataannya menegaskan, keselamatan Isreal bukan menjadi tanggungjawab yang perlu dipikul oleh umat Islam. "Keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam, kerana ditegakkan negara haram itu sendiri di atas dasar kezaliman. "Islam sebagai agama yang sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman ini," katanya. Baru-baru ini, Anwar dalam temu bual bersama WSJ memberitahu, beliau menyokong segala usaha untuk menjamin keselamatan Israel sekali gus, mengundang kecaman daripada pelbagai pihak. Namun ketua pembangkang itu berkata, pandangannya selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab yang berteraskan penyelesaian dua negara. Bagaimanapun Nik Abdul Aziz berkata, adalah haram bagi umat Islam menerima kewujudan negara Israel dan menegaskan bahawa PAS menolak penyelesaian dua negara dalam isu Palestin-Israel. "Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka PAS menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis. "Negara haram Israel diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim tanpa sifat perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua peradaban manusia. "Wajib ke atas umat Islam bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya," katanya. - mStar |
Harga kereta di Malaysia ke 2 termahal Posted: 13 Feb 2012 03:44 PM PST KUALA LUMPUR 13 Feb. - Harga kereta di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding negara-negara ASEAN lain kecuali Singapura. Bagaimanapun sekiranya mengambil kira kos-kos pemilikan yang lain, harganya adalah kompetitif di peringkat rantau ini, demikian menurut kajian terbaharu Institut Automotif Malaysia (MAI) di sini. ''Meskipun harga kereta di negara ini lebih tinggi berbanding negara-negara ASEAN yang lain, tetapi ia masih rendah berbanding harga yang ditawarkan di negara maju, Singapura,'' kata MAI Secara kasarnya, perbezaan harga jualan Honda City model 1.5S i-Vtec di Thailand adalah kira-kira RM34,192 lebih murah berbanding harga yang ditawarkan di Malaysia. Beliau berkata, kereta Honda City dan Toyota Vios juga dijual rendah di Filipina, Indonesia dan Vietnam berbanding Malaysia iaitu masing 32 peratus, dua peratus dan 1.8 peratus. ''Tidak dinafikan bahawa jika diteliti harga jualan kenderaan bagi model-model popular adalah lebih tinggi di negara ini, tetapi ia berbeza jika dibandingkan dengan Singapura,'' kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini. Bagi segmen 1800 cc, harga Honda Civic di Filipina adalah 43 peratus lebih murah berbanding di Malaysia manakala Thailand dan Vietnam, masing-masing lebih rendah sebanyak 35 peratus dan lima peratus berbanding harga yang ditawarkan di Malaysia. Bagaimanapun, harga Honda Civic yang dijual di Indonesia tiga peratus lebih tinggi berbanding harga jualan di negara ini. Harga Toyota Altis di Thailand terus kekal sebagai termurah di ASEAN dengan 44 peratus lebih rendah dari Malaysia, manakala Filipina (38 peratus), Indonesia (29 peratus) dan Vietnam sebanyak tujuh peratus lebih rendah berbanding harga jualan di Malaysia. Bagi segmen 2,000 cc dan ke atas, harga Toyota Camry yang dijual di Filipina dan Thailand adalah termurah di ASEAN dengan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus lebih murah berbanding harga jualan di negara ini. Bagaimanapun harga jualan bagi model itu di Indonesia dan Vietnam adalah 11 peratus dan lima peratus lebih tinggi berbanding harga jualan di sini. Madani menambah, setiap model yang dinyatakan adalah lebih mahal di Singapura. Katanya, jika dibanding dengan Malaysia, harga jualan model kenderaan Toyota dan Honda di Singapura lebih tinggi secara purata 137 peratus lebih tinggi berbanding di Malaysia. ''Bagi perspektif di luar negara, secara realitinya seseorang individu ingin membeli kenderaan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. ''Pengangkutan awam merupakan pilihan tetapi memiliki kenderaan sendiri adalah lebih selesa,'' ujarnya. Walaupun begitu, MAI telah melakukan analisis mendalam bagi menilai kos penyelenggaraan kenderaan berbanding kos kenderaan baharu. Kos-kos tersebut meliputi yuran pendaftaran, bayaran premium insurans, cukai jalan dan bahan bakar. Setiap kos tersebut dipanggil sebagai Kos Pemilikan Kenderaan (CVO). Madani berkata, kajian MAI mendapati bahawa Malaysia menawarkan cukai jalan dan yuran pendaftaran kenderaan terendah berbanding negara-negara ASEAN termasuk Filipina, Thailand dan Vietnam. Malah, katanya, sekali lagi Singapura dan Indonesia menunjukkan cukai jalan tahunan dan yuran pendaftaran kenderaan paling tinggi iaitu lebih tinggi 577 peratus dan 442 peratus berbanding Malaysia. Kata Madani, bayaran perlindungan insurans kenderaan tahunan di Malaysia, Filipina dan Vietnam adalah terendah berbanding negara-negara ASEAN lain. ''Thailand , Singapura dan Indonesia masing-masing lebih tinggi sebanyak 210 peratus, 175 peratus dan 126 peratus berbanding di Malaysia,'' ujarnya. Selain itu, Madani menambah, Malaysia mempunyai harga minyak paling rendah di kalangan negara-negara ASEAN manakala Thailand merupakan negara tertinggi harga minyak di ASEAN diikuti Singapura, Indonesia, Vietnam dan Filipina. |
ARTIS : [Gambar] Sekitar Majlis Pertunangan Farhan AF dengan Rashdan Suhaimi Posted: 13 Feb 2012 07:10 AM PST Walaupun agak senyap penyanyi ini dalam industri hiburan tanah air, namun kisah pertunangan beliau menjadi perhatian media & peminat sejak akhir tahun lalu. Hari ini, segala yang di'rancang telah menjadi kenyataan & Farhan AF4 selamat bergelar tunangan kepada Rashdan Suhaimi. Farhan Azizan atau lebih di'kenali sebagai Farhan AF4 telah menjalin hubungan cinta lebih lapan tahun bersama Rashdan Suhaimi. Majlis pertunangan ringkas yang berlangsung di Ampang petang tadi di'khabarkan tidak di'hadiri oleh si lelaki namun wartawan comel kami berjaya mendapatkan beberapa keping gambar Farhan AF4 di upacara menyarungkan cincin pertunangan. Lagi gambar Farhan AF4 bersama ahli keluarga di majlis pertunanganselepas ini. Buat Farhan AF4 & Rashdan Suhaimi, tahniah daripada kami di Rotikaya HQ dan jangan lupa jemput kami. Enjoice! Sumber : ROTIKAYA |
Posted: 13 Feb 2012 06:22 AM PST Melayukini.net – Subhanallah! Ular Berkaki Empat di Malaysia| Kalau sebelum ini, seekor ular pelik berkaki dua telah ditemui di negara China (LINK), kini seekor ular yang lebih kurang sama iaitu seekor ular hitam yang bersaiz kecil telah dijumpai mempunyai 4 kaki di sebuah tempat di Malaysia. Ular pelik yang mempunyai panjang 10cm itu telah ditangkap hidup-hidup dan kini berada dalam sebuah makmal di sebuah universiti tempat untuk kajian lebih lanjut. Di bawah merupakan gambar ular pelikberkaki empat yang telah ditangkap tersebut. (Nota: Ada orang kata ini bukan ular. Kalau bukan, apa dia? Yang pasti bukan ikan keli gergasi ni la kan (LINK)). |
Sambutan Hari Kekasih boleh rosak Aqidah - Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Posted: 13 Feb 2012 05:35 AM PST (Merdeka Review) - Persatuan Ulama Malaysia (PUM) ingin menggesa seluruh umat Islam supaya mematuhi keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam sidangnya kali ke-71 pada 22-24 November 2005 yang telah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Berpandukan kepada keputusan ahli-ahli Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tersebut yang boleh diakses melalui laman web e-fatwa Jakim di alamat www.e-fatwa.gov.my, sewajibnya seluruh umat Islam akur serta memahami bahawa sambutan perayaan hari Valentine adalah sesuatu amalan yang boleh merosakkan aqidah umat Islam. Aqidah adalah menjadi perkara teras dalam ajaran agama Islam yang mesti dipelihara oleh setiap umat Islam. Adalah menjadi keperluan mendesak kepada seluruh umat Islam untuk memahami isu ini bahawa sambutan perayaan hari Valentine adalah sesuatu aktiviti yang dilarang dalam Islam kerana mempunyai susur galur sejarah yang berkaitan dengan agama bukan Islam. Elemen ini adalah elemen utama yang menjadi alasan keharaman sambutan perayaan Valentine bagi seluruh umat Islam. Dasar ini adalah selaras dengan firman Allah SWT dalam surah al-Kaafirun, ayat 1-6 yang bermaksud: "Katakanlah (Wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang Aku sembah. Dan Aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara Aku beribadat. Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku". PUM juga menyokong inisiatif Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang telah melancarkan kempen Awas! Jerat Valentine's bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta pihak NGO, Raudhah Sakinah. Pada hemat PUM, pendekatan seumpama ini mesti dikembangkan ke seluruh pelosok tanah air supaya dapat membantu membina kefahaman umat Islam khususnya di kalangan orang muda dalam menangani isu tersebut secara objektif. Dalam pada masa yang sama, PUM juga mengesyorkan kepada pihak berwajib seperti Jakim, Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta pihak-pihak berkepentingan lain melakukan pemantauan berterusan kepada siaran media cetak dan elektronik supaya tidak menyiarkan apa jua kempen, iklan, drama, filem dan artikel yang boleh menggalakkan umat Islam menyertai sambutan hari valentine tersebut. PUM juga ingin menasihatkan masyarakat bukan Islam supaya memahami isu ini secara objektif serta menghormati prinsip agama Islam yang wajib dipatuhi oleh seluruh umat Islam. Dasar hukum ini adalah hanya mengikat dan terhad kepada seluruh umat Islam sahaja. *Kenyataan media oleh Dr.Mohd Roslan Mohd Nor (gambar kanan) selaku Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia |
Ketua Pendakwa Syarie negeri Perak dipenjara 8 tahun, denda RM 55,000 atas kesalahan rasuah Posted: 13 Feb 2012 04:54 AM PST Oleh Mohd Farhan DarwisFebruary 13, 2012 KUALA LUMPUR, 13 Feb -- Ketua Pendakwa Syarie Perak hari ini telah dijatuhkan hukuman penjara 8 tahun dan denda RM 55,000 atas empat pertuduhan meminta dan memperoleh suapan sebagai dorongan untuk tidak meneruskan pertuduhan atas satu kes khalwat. Shahrunnazri Abdul Samad, 40, didakwa melakukan kesalahan tersebut semasa beliau bertugas sebagai Ketua Pendakwa Syarie yang merupakan jawatan tertinggi Bahagian Pendakwaan Syariah di negeri Perak. Beliau dituduh di bawah seksyen 10 (a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997 dan Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.Bagi pertuduhan pertama, Shahrunnazri secara rasuah meminta suapan wang tunai berjumlah RM5,000 daripada Mohamad Asri Bin A. Bakar sebagai dorongan supaya tidak meneruskan pertuduhan ke atasnya yang disyaki terlibat dalam satu kes khalwat. Manakala pertuduhan kedua, tertuduh secara rasuah memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM1,000 melalui akaun simpanan Maybank supaya tidak diteruskan pertuduhan ke atasnya yang disyaki terlibat dalam satu kes khalwat. Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh turut memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM 2,000 melalui akaun simpanan Maybank supaya tidak diteruskan pertuduhan ke atas individu sama yang disyaki terlibat dalam satu kes yang sama. Pertuduhan keempat pula, tertuduh didakwa telah memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM 2,000 melalui akaun simpanan Maybank untuk diri tertuduh sebagai dorongan untuk tidak meneruskan pertuduhan ke atas individu sama yang disyaki terlibat dalam satu kes khalwat yang sama. Hakim Mahkamah Sesyen Ipoh telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM 25,000 bagi pertuduhan pertama. Manakala untuk ketiga-tiga pertuduhan berikutnya, hakim telah menjatuhkan hukuman dua tahun penjara dan denda RM 10,000 bagi setiap pertuduhan tersebut. Pendakwaan telah dijalankan di hadapan Hakim Tan Hui Lim, SPRM diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Razak Musa manakala tertuduh diwakili oleh Abdul Roni Abd Rahman & Co. Bagi kesalahan di atas jika sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada 5 kali ganda jumlah atau nilai suapan. - The Malaysian Insider |
Hampa semua tak betoi, Ketua Hakim pun tak betoi, yang betoi aku sorang saja kata Madet ...hahaha Posted: 13 Feb 2012 04:00 AM PST Dr M: Dzaiddin buat tuduhan tidak berasas, fitnah Oleh Mohd Farhan Darwis KUALA LUMPUR, 13 Feb — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas kenyataan bekas Ketua Hakim Tun Mohd Dzaiddin Abdullah yang menyatakan beliau menjadi punca kepada badan kehakiman negara tunduk kepada ahli politik, dan menegaskan, dakwaan itu merupakan satu fitnah terhadapnya. Namun begitu, Dr Mahathir (gambar) berkata, beliau bagaimanapun tidak akan menyaman mereka kerana menurutnya, itu adalah perbuatan sia-sia. "Itu suatu fitnah, kalau mereka nak, mereka boleh semak semula peruntukan itu, dan jelaskan bahagian mana yang menyatakan perkara itu. "Tapi saya tidak akan saman mereka, itu tindakan sia-sia," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Perkim di sini. Beliau turut menjelaskan, tuduhan-tuduhan itu tidak berasas dan sekiranya benar seperti dakwaan tersebut, beliau sudah pasti akan menukarkan jawatan ramai individu dalam badan guaman ketika zaman pemerintahannya itu. "Tiada peruntukan seperti itu, dan kalau saya ada kuasa, saya akan tukar ramai orang kalau saya boleh buat demikian," katanya lagi. Mohd Dzaiddin Jumaat lalu dalam ucapan dasarnya meraikan ulang tahun Tunku Abdul Rahman dan Institute of Democracy and Economic Affairs (IDEAS) di Tunku Abdul Rahman Memorial berkata, pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman. "Akibat pindaan, kuasa kehakiman mahkamah-mahkamah telah dikurangkan dan mereka hanya mempunyai kuasa apabila diberikan Parlimen," kata Mohd Dzaiddin, dan menambah bahawa "Parlimen lebih hebat daripada badan kehakiman". Menurut Mohd Dzaiddin, pada tahun 1988, Ketua Hakim Tun Mohamed Salleh Abas telah disingkirkan oleh perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohd Dzaiddin berkata kejadian itu adalah disebabkan perbezaan dalam pendapat antara Dr Mahathir dan Salleh atas peranan-peranan dua cabang kerajaan berkenaan. Namun demikian, Dr Mahathir menjelaskan, perkara itu bukan berlaku di atas kehendaknya, sebaliknya berdasarkan persetujuan daripada Agong ketika itu. "Agong yang hendak Salleh Abas digugurkan, bukan atas kehendak saya," katanya lagi. - TMI |
Shahrizat senasib dengan Najib Posted: 13 Feb 2012 12:40 AM PST Written by Subky Latif Feb 2012 15:24 MENTERI Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil muncul setelah menghilang diri seketika dari kegawatan isu penggembalaan lembu oleh suami dan anak-anaknya rupanya menunaikan umrah. Ia satu amal bagi mendekatkan diri kepada Allah, mengadu kepadaNya pada masa kepayahan, moga-moga dapat membersihkan diri atas sebarang salah silap dengan Allah. Mekah dan umrahlah tempat terbaik berdoa. Bagaimana pun masalah dengan negara, rakyat saja yang dapat mengampunkan kiranya berdosa. Mengadu kepada Allah di Mekah melalui umrah atas kekecohan isu lembu itu, jika ada dosa mengenainya kena sebutkan kepada Allah dan minta Allah lembutkan hati sekalian rakyat untuk memaafkan. Sekembalinya ke tengah masyarakat Shahrizat mengaku tidak bersalah atas kekecohan perniagaan suami dan anak-anaknya, bahkan dia semua pihak dikira menuding jari terhadapnya, iaitu pembangkang yang mendakwanya melanggar adab anggota kabinet dan orang-orang UMNO yang mintanya mengambil tanggungjawab melepaskan jawatan kabinetnya. Dia dalam kesusahan gara-gara kesan penternakan besar suami, sepatutnya disokong bulat oleh gerakan wanita yang dipimpinnya, tetapi ada yang tidak membantunya, mencabarnya melepaskan pimpinan Wanita UMNO. Itulah senario reaksi Shahrizat atas masalah yang dihadapinya gara-gara penglibatan suaminya mendapat kemudahan tidak terhingga dari kerajaan. Biar kita lupakan orang lain yang terlibat dalam pemberian lesen dan pinjaman dari kerajaan kepada suaminya dalam penggembalaan itu. Kita tumpukan kepada suaminya saja. Suaminya baik betul mahu pun tidak cara memperoleh persetujuan dari kerajaan, dikira oleh semua telah mendapat sesuatu dari kedudukannya sebagai seorang menteri yang berpengaruh. Shahrizat memimpin sayap Wanita UMNO yang anggotanya 1.3 juta orang dan menjadikannya menteri yang berpengaruh. Suaminya mendapat kemudahan dari kedudukannya yang berpengaruh itu. Semua merasakan, seorang yang tiada pengalaman dalam gembalaan besar sukar memperoleh anugerah dari kerajaan. Maka orang terasa dia dapat kemudahan dari kedudukan isterinya. Mungkin orang boleh menyangka dia dapat kesempatan atas kedudukan isterinya. Masalah yang Shahrizat hadapi mungkin sama dengan Perdana Menteri Najib hadapi. Suami Shahrizat mudah dapat sesuatu dari kedudukan Shahrizat manakala isteri Najib pula mudah dapat apa saja dari kedudukan dan pengaruh suaminya. Suami Shahrizat dikira bertuah kerana beristerinya seorang menteri dan Ketua Wanita UMNO yang berpengaruh, manakala isteri Najib pula bertuah kepada dapat bersuaminya seorang Perdana Menteri yang amat berpengaruh. Semua kata isteri Najib seolah-olah lebih berkuasa dari suaminya. Apa dia mahu semua dapat dan dia minta dari kerajaan sama ada Najib tahu atau tidak tahu, payah kerajaan tidak meluluskannya. Kalau adab, tingkah laku dan perbuatan isteri itu menjadi masalah kepada Najib sebagai suami dan Perdana Meneri, maka masalah yang sama terpaksa dihadapi oleh Shahrizat atas suaminya. Akan kelangsungan isteri Najib ke atas kerajaan dan suaminya telah diketahui oleh semua dan bising semua kerananya. Macam-macam orang kata tentangnya dan kerana itulah ramai mahu Najib tidak menjadi Perdana Menteri lagi. Kalau orang yang tidak senang dengan suami Shahrizat mahu Shahrizat berhenti dari menteri dan pimpinan Wanita UMNO, orang yang tidak senang dengan isteri Najib mahu Najib meninggalkan kuasa. Sekurang-kurangnya dua bekas ADUN UMNO menyertai DAP kerana tidak percaya kepada Najib dan UMNO. Maka kira-kira sama masalah yang Shahrizat hadapi dengan Najib. Tetapi Shahrizat tidak secerdik Najib. Apa yang isteri Najib buat itu tidak sekencang yang dibuat oleh suami Shahrizat. Tetapi Shahrizat menghadapi masalahnya seperti ibu ayam bertelur. Riuh sekampung. Shahrizat hentam orang itu dan orang ini yang bising atas suaminya. Tetapi Najib diam seribu bahasa atas apa saja orang kata pada isterinya. Najib sama seperti tembok. Katuklah tembok semahunya tembok tetap membisu. Oleh itu Najib tidak berbalah dengan sesiapa yang mengata isterinya begitu dan begini. Tetapi Shahrizat mengamuk bila suaminya disentuh. Najib tidak ada reaksi atas nasib Shahrizat kerana dia juga menghadapi nasib yang sama - Harakah Daily |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan