Rabu, 8 Februari 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


5 sebab PAS terus menyimpang ... kata Hassan Ali

Posted: 08 Feb 2012 10:50 PM PST

KUALA LUMPUR - Bekas naib presiden Pas Datuk Dr Hasan Ali, yang dipecat daripada parti itu 8 Januari lepas memberikan lima sebab kenapa beliau rela dilihat berpatah arang berkerat rotan dengan Pas.

Dalam satu temu bual eksklusif dengan Bernama, Hasan menggariskan sebab-sebab itu ialah:

- Pas meninggalkan perjuangan asalnya untuk menubuhkan sebuah Negara Islam dan menggantikannya dengan Negara Kebajikan, yang boleh dilaksanakan di mana-mana negara sekular dalam apa juga sistem dan amalan politik.

- Pas sudah hilang pendirian dan ketegasan yang boleh dihormati apabila diperkotakkatikkan oleh rakan sekongkolnya dalam pakatan pembangkang khasnya DAP sehingga menolak bulat-bulat Negara Islam.

- Pas terlalu ghairah memimpikan Putrajaya sehingga ......
mengorbankan Islam dengan bersekongkol dengan DAP yang terang merupakan musuh Islam.

- Pemikiran ulama di dalam Pas yang ada sekarang sudah "dilarutkan" dengan kehadiran sebanyak 70 peratus "parasit" di dalam kepimpinannya yang membawa kepentingan politik berlainan daripada hala tuju Pas.

- Kesetiaan wakil rakyat Pas dalam Parlimen lebih besar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memberi perhatian besar dan hadir dengan ramai setiap kali ketua pembangkang itu berucap sedangkan ketika Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berucap, banyak bangku yang kosong.

Hasan berkata, Pas kini sudah menyimpang jauh dan terus hanyut daripada perjuangan asalnya selagi parti itu berada dalam pakatan pembangkang bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menjelaskannya, beliau berkata apa yang dijanjikan kepada masyarakat Islam di negara ini sebelum ini adalah penubuhan sebuah Negara Islam tetapi impian itu sudah mustahil untuk dicapai apabila pakatan pembangkang ditubuhkan dan Pas, atas pertimbangan kepentingan politik semata-mata, telah menyertainya.

"Yang kita dapat di Selangor sekarang, samalah akan terjadi di Putrajaya.

Kalau mereka (pembangkang) menang atas konfigurasi komponen (parti) yang ada, tak akan adalah Negara Islam, tak akan adalah hukum hudud. Begitu juga pelaksanaan Islam dalam ekonomi, sosial, pertanian dan dasar luar negara.

"Jadi bila gabung dengan DAP dan PKR, Pas tak boleh lagilah dengan negara Islam. Ketua Umum PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pun tak berminat.

"Saya baru 15 tahun dalam Pas. Saya masuk Pas kerana saya nak Islam dan kepimpinan ulama iaitu 'tagline' Pas. Itu sebab utama saya masuk Pas. (Tapi) kepimpinan ulama tidak lagi dominan. Negara Islam tak ada lagi, jadi saya nak bergantung ke mana?" katanya.

Hasan, yang sebelum ini Anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, berkata Pas terpaksa mengubah inti perjuangan kepada Negara Kebajikan.

"Negara Kebajikan semua negara boleh buat. Negara di Eropah misalnya, Norway, Sweden pun buat tetapi atas prinsip sekular, mereka tak nampak faktor agama.

"Dalam keadaan banyak umat Islam bergantung harapan kepada Pas, parti itu sendiri menolak Negara Islam. Alasan yang dahulunya dikatakan oleh Pas sendiri bahawa ia dituntut oleh Islam telah tiba-tiba diputar belitkan oleh Pas juga bahawa tiada disebut dalam al-Quran," katanya.

Menyentuh cita-cita Pas untuk menawan Putrajaya, Hasan berkata beliau tidak mempertikaikannya semasa masih berada di dalam parti itu tetapi tidak mahu Islam dikorbankan dalam usaha berkenaan.

"Orang Pas mungkin dah tak sabar nak jadi menteri, itu yang nak ke Putrajaya, itu agak sayalah, sampaikan prinsip perjuangan diketepikan. Dalam soal ini, saya tidak setuju.

"Saya dari awal lagi sudah menentang Negara Kebajikan ni. Walaupun Putrajaya itu penting tetapi mendaulatkan Islam, Melayu dan Raja adalah matlamat perjuangan politik kita," katanya.

Hasan berkata tarikan ke Putrajaya itu sangat kuat disebabkan Pas terus digula-gulakan dan dikipas oleh pemimpin parti pembangkang, dan banyak kepimpinan Pas sekarang rela memejamkan sebelah mata walaupun mereka mungkin sedar Pas sedang diperalatkan oleh rakan pakatan untuk mencapai cita-cita itu.

"Bila ke Putrajaya sekalipun, akan berlaku perebutan kuasa antara Pas, DAP dan PKR dalam kementerian-kementerian penting. Dalam pakatan pembangkang pun tak kukuh kerana ini sekadar gabungan tidak kukuh, dan bukannya desakan kemahuan ikhlas dan suci untuk mendaulatkan Islam.

Beliau juga berkata kepimpinan Pas perlu berubah dan membuat 'islah' kerana pelbagai prinsip di dalam parti itu dilihatnya sudah tidak betul.

Contohnya, Hasan berkata beliau dimaklumkan oleh rakan-rakan dalam parti bahawa apabila Abdul Hadi berbahas di Parlimen, tidak ramai yang berada di kerusi mereka tetapi berbeza apabila Anwar yang berucap, itu pula yang diberi perhatian penuh.

"Takkan kita dalam Pas, kesetiaan kita adalah kepada orang lain pula. Pada saya ini prinsip yang sangat tak betul. Prinsip berjemaah tak betul, prinsip berketua tak betul dan prinsip pengikut tak betul. Akhirnya prinsip mengurus organisasi tak betul dan ini yang berlaku sekarang.

"Saya dah gambarkan sebelum ini selepas menjadi kerajaan di Selangor selama tiga tahun dan 10 bulan dengan melihat semula kekuatan, kelemahan dan peluang.

"Saya boleh senaraikan 20 kelemahan tetapi pakatan pembangkang tak buat dan tak berani buat," katanya.

Hasan juga membidas Anwar kerana suka menimbulkan reaksi masyarakat dengan mengadakan demonstrasi.

"Bukan tak bagus demonstrasi tapi bukan semuanya sesuai untuk demonstrasi.

Akhirnya (negara) akan jadi anarki dengan masing masing mentafsir berdasarkan pemikiran masing-masing. Itupun perlu mengikut kehendak syariat," katanya.

Beliau mengakui diberitahu bahawa di dalam pakatan pembangkang apa juga perkara perlu dirujuk kepada Anwar dan akhirnya akan berlaku amalan autokratik dan dengan itu senang untuk 'menunggangi' Pas.

"DAP tak mudah ditunggangi," katanya. - Sinar Harian

Surat Terbuka kepada Datin Seri Hajjah Rosmah

Posted: 08 Feb 2012 04:20 PM PST

Assalamualaikum Datin Seri.

Saya Muhammad Muizzudin bin Zaini
Julai 2011 lalu, genaplah usia saya 19 tahun.

Saya perkenalkan diri, sebagai remaja yang ingin tahu. Apa jua medium yang termampu saya pergunakan, saya usahakan sebaiknya agar saya dapat mengikuti perkembangan semasa, khususnya berkenaan negara Malaysia yang tercinta ini.

Iya, Datin Seri. Umur saya, sangat muda. Kedudukan saya, jauh benarlah kiranya dibandingkan dengan Datin Seri. Namun, saya yakin dan percaya, andai umurlah yang menjadi penentu kelayakan seseorang untuk bersuara, tidaklah layak sama sekali untuk suami Datin Seri memegang amanah pentadbiran negara sekarang, kerana di luar sana terdapat ramai yang lebih tua usianya!

Tegas saya, saya adalah remaja yang memerhati. Saya tidak mahu, ......
sekadar menjadi manusia yang kerjanya memuaskan tembolok sendiri. Tidak juga hanya terpaku di bilik darjah, 'menelan' buku teks sekolah. Saya percaya, erti hidup pada memberi!

Datin Seri Rosmah Mansor yang saya hormati,

Saya pohon jutaan kemaafan, andai surat kecil ini menyinggung Datin Seri. Saya tidak berniat untuk menyakiti hati Datin Seri, jauh sekali memburuk-burukkan. Surat kecil ini, hanyalah usaha kerdil saya, menyampaikan isi hati. Ia hanyalah suara hati dan pandangan seorang anak muda.
KASIH SAYANG KEPADA RAKYAT

Datin Seri,

Pernah suatu pagi, saya dibawa ibu untuk menziarahi jenazah anak tunggal seorang jiran kami. Kanak-kanak kecil itu, baru berusia 6 tahun. Khairani namanya. Runtun rasa di hati, sebaik melihat keadaan rumah tempat tinggalnya kanak-kanak itu bersama ibunya. Saya cuba membayangkan, bagaimanalah andainya hujan lebat menimpa bumbung rumah itu. Atapnya berlubang-lubang, hinggakan saya fikir memadai dengan cahaya matahari yang 'mencuri' masuk melaluinya untuk menyinari ruang dalam rumah daif itu. Saya terpaksa melangkah berhati-hati, kerana lantainya berkeriut dan goyah sekali.

Hadir insaf dan syukur di dalam hati saya, bahawa betapa saya memiliki hidup yang jauh lebih baik dan selesa berbanding ramai lagi rakyat kebanyakan.

Di sekolah, saya punyai rakan-rakan yang sulit sekali melangsaikan yuran bulanan asrama. Bukan culas, bukan malas, tetapi kesempitan hidup menyukarkan mereka. Adik-beradik ramai yang masih bersekolah, ditambah taraf hidup dan kos keperluan yang kian meningkat dari sehari ke sehari, semuanya membebankan!

Datin Seri,

Sungguh saya tidak mampu mengelakkan rasa kecewa, apabila mengetahui yang Datin Seri bermalam di sebuah hotel di Dubai dengan kos melebihi RM100, 000 semalaman. Sehingga ke hari ini, saya masih teringatkan rumah daif adik Khairani, juga nasib ramai lagi yang saya temui sepanjang umur ini. Saya tahu, betapa besarnya urusan Datin Seri, juga kedudukan Datin Seri. Mungkin memang Datin Seri berhak, tetapi, apakah Datin Seri langsung tidak teringatkan kami, rakyat yang kesusahan? Apakah Datin Seri langsung tidak terfikirkan nasib ratusan, ribuan lagi rakyat yang tidak bernasib baik?

Apakah tiada langsung rasa bersalah di hati Datin Seri? Rasa bersalah kerana tinggal hanya untuk semalaman tetapi dengan kos yang boleh menyamai lebih kurang pendapatan selama 66 bulan bagi 40 peratus rakyat Malaysia! 40 peratus inilah rakyat yang pendapatan bulanan bagi setiap keluarga adalah lebih rendah daripada RM1500 sebulan. Bahkan setiap 3 daripada 4 keluarga ini, adalah sebangsa dengan Datin Seri, bangsa MELAYU!

Atau apakah Datin Seri tidur dengan lena malam itu?

Hingga hari ini, sudah bertahun saya tidak ke restoran Pizza Hut, McDonald dan seumpamanya. Kerana cukup dengan hanya melihat dari jauh, hadir rasa pilu mengenangkan saudara-saudara seagama, anak-anak muda seusia saya atau kanak-kanak, wanita dan orang tua yang dibunuh kejam di Palestin oleh rejim zalim Israel hasil sumbangan restoran-restoran ini.

Ia dipanggil, kasih sayang Datin Seri. Maafkan saya, tetapi saya terpaksa bertanya, apakah tiada langsung walau secebis pun rasa kasihan kepada rakyat Malaysia yang hidup serba kesusahan? Rakyat yang terpaksa melupakan impian dan keinginan kerana kesempitan hidup, namun terpaksa pula menanggung kos penginapan Datin Seri dan rombongan di luar negara untuk hanya semalaman!? Bayangkan pula kos penerbangan untuk keseluruhan rombongan selain daripada penginapan!

Peningkatan kos sara hidup waktu ini, sangatlah membebankan. Suami Datin Seri berterusan meminta seluruh rakyat berjimat, sedangkan isterinya? Hasil tindakan kerajaan pimpinan suami Datin Seri, mengurangkan subsidi untuk rakyat terbanyak sedangkan untuk para taukeh-taukeh besar dikekalkan, juga 'penyelarasan-penyelarasan' harga, teramatlah menyulitkan kami semua.

Sungguh Datin Seri, kami sangat terbeban meskipun harga petrol dinaikkan walau beberapa sen. Ia akan mempengaruhi seluruh kehidupan kami. Harga makanan, pakaian, kos pengangkutan dan semuanya akan semakin menyulitkan kami. Saban hari, saya melihat ibu mengeluh kerana gajinya sukar sekali untuk disimpan, ia sekadar mencukupi untuk setiap bulan.

Kami rakyat tidak meminta Datin Seri turut menaiki kereta biasa atau tinggal di rumah biasa seperti kami. Hanya yang kami rakyat pinta, supaya Datin Seri dan suami menyelami hakikat kesukaran yang terpaksa kami tempuhi.

Malangnya, tindakan Datin Seri berbelanja mewah begini adalah sama sekali tidak menggambarkan Datin Seri dan suami bersama-sama kami. Sungguh, ini amat mengecewakan saya. Sukar sekali untuk saya mewajarkannya. Maafkan saya Datin Seri, sungguh ia tidak dapat saya terima.

Datin Seri yang saya hormati,

Tiadalah yang lebih mengecewakan dan membangkitkan kemarahan, melainkan ketika melihat Datin Seri dan suami di Festival Fesyen Islam Monaco. Bagaimana tidak, pakaian yang diperagakan langsung tidak menggambarkan Islam! Langsung tidak menutup aurat, menampakkan bahagian-bahagian yang sepatutnya sulit dan yang paling dahsyatnya, nama RasuluLlah SAW yang mulia tertera pada pakaian yang tidak menutup aurat!

Apakah Datin Seri tidak menyedari, bagaimana kemarahan yang telah Datin Seri cetuskan? Nama RasuluLlah SAW yang mulia dihina sebegitu rupa! Namanya cukup mulia, hinggakan apabila disebut namanya, dikira manusia yang paling kikir sekiranya tidak dipanjangkan nama itu dengan selawat ke atasnya. Tiba-tiba, nama itu dihina sebegitu rupa! Bahkan, Datin Seri yang menghadapi teguran, kritikan, kecaman dan tunjuk rasa langsung tidak memohon maaf. Langsung tidak!

Artis : Semakin ramai artis bertudung ... Kali ini Ana Raffali pula ... Alhamdulillah

Posted: 08 Feb 2012 05:32 AM PST

"Semasa sambutan Maulidur Rasul tempoh hari, Ana terasa satu keinginan, dorongan... Susah sebenarnya Ana nak jelaskan tetapi pada hari itu, Ana nak sangat-sangat pakai tudung," kongsi Ana Raffali dengan GUA sebentar tadi mengenai keputusannya untuk bertudung.

"Ketika Ana bersiap nak keluar, Ana pun pakai. 'It felt right.' Ana tak berbincang dengan sesiapa. Cuma dengan Naim (bakal suami), Ana ada beritahu, hari ini Ana nak pakai tudung. Dia kata 'Alhamdullilah'.

Ibu bapa Ana turut gembira melihat anak perempuan mereka berubah menjadi lebih baik. Sebelum ini, Ana biasanya memakai tudung untuk majlis-majlis keagamaan dan sepanjang zaman persekolahannya.

"Ana membuat keputusan ini atas kehendak dan keinginan Ana sendiri. Ana gembira dan bagi Ana, ini jawapan kepada doa-doa mereka di luar sana. Sebelum ini bila ada yang bertanya (bila Ana nak bertudung), Ana tak pernah ada jawapan. Ana cuma minta mereka doa-doakanlah.

"Ana berasa lebih tenang sekarang dan dengan penghijrahan ini, Ana mengharapkan yang terbaik. Ana masih seperti yang anda semua kenali dulu cuma Ana melihat diri Ana kini mempunyai kehidupan yang lebih sempurna." - GUA

Saya nak pastikan PAS menang, bukan kejar jawatan - Salahuddin Ayob

Posted: 08 Feb 2012 04:40 AM PST

KOTA BHARU, 8 Feb: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berazam untuk mempastikan PAS menang cemerlang dalam pilihan raya umum akan datang tanpa memikir apakah jawatan yang beliau akan pegang selepas itu.

Beliau yang sampai kini belum pasti akan bertanding di Kubang Kerian atau dipindahkan ke tempat lain sebagaimana yang diura-urakan berkata, beliau tidak pernah mengejar apa-apa jawatan sebagaimana yang diura-urakan.

"Bukan matlamat saya untuk menjadi Menteri Besar, yang saya nak adalah untuk melihat PAS menang dalam pilihan raya umum nanti," katanya.

Salahudin mengulas ura-ura beliau adalah calon Menteri Besar Johor jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum akan datang. ......


Bagi Salahudin, terlalu awal untuk bercakap tentang jawatan MB itu buat masa sekarang kerana ia hanya akan dibincangkan selepas Pakatan menang dalam pilihan raya umum nanti.

Sebuah akhbar harian hari ini menyiarkan berita kononnya Salahudin adalah bakal MB Johor jika Pakatan menang di Johor nanti.

Namun, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS belum membuat sebarang keputusan akhir mengenai calon-calonnya dalam pilihan raya umum akan datang.

"Begitu juga soal siapa yang akan menjadi Menteri Besar Johor belum lagi dibincangkan di kalangan Pakatan Rakyat atau di peringkat pimpinan PAS Pusat.

"Ini kerana, soal siapa yang akan menjadi MB Johor hanya diputuskan setelah pilihan raya selesai dan Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya tersebut," kata Mustafa dalam kenyataannya hari ini.

Sehubungan itu, katanya, pihak media khasnya Sinar Harian tidak sepatutnya membuat spekulasi siapa bakal menjadi MB Johor sebagaimana laporan mereka hari ini.

"Sehingga kini, kita hanya berbincang soal bagaimana mahu memperkuatkan PAS di Johor dalam pilihan raya umum akan datang dan nama Salahudin hanya disebut sebagai salah seorang calon untuk menjadi pemangkin PAS di Johor," kata beliau.

Sebagai ahli PAS, Salahuddin memberi laluan dan kepercayaan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya kerana beliau tidak berhak tentukan.

Salahudin belum pasti apakah beliau akan kekal di Kubang Keriang atau balik ke Johor sebagaimana yang disebut-sebut media.

"Terpulanglah kepada parti. Saya sedia bertanding di mana-mana kerusi yang ditetapkan nanti," katanya. - HarakahDaily

SPRM panggil Shahrizat mengadap

Posted: 08 Feb 2012 02:36 AM PST

PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil telah dipanggil ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini lewat petang ini berhubung isu Pusat Fidlot Nasional (PFN).

Adalah difahamkan, sehingga berita ini ditulis pada jam 5.10 petang, Shahrizat masih lagi berada di Ibu Pejabat SPRM bagi membantu siasatan ke atas isu berkenaan.

Shahrizat diheret dalam isu projek PFN yang dikendalikan suaminya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.



Susulan itu, beliau berehat selama tiga minggu bermula 13 Januari lalu daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Isu itu semakin panas berikutan dakwaan pembangkang kononnya wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada syarikat tersebut.

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.

Tiada ulasan: