MIMPI SENJA |
- PANAS TERKINI : Azmin ditangkap di Batam, Indonesia
- Kontroversi Apek : Bapa saudara Liuniey dakwa anak saudaranya tiada hubungan dengan Apek ... minta bukti
- Isu Lembu Shahrizat : Hang jangan reka cerita Shahrizat ai - apa yang susah sangat nak letak jawatan?.... - Datuk Syed Ali Alhabshee
- Kuasa Tuhan ..... apa-apa saja boleh jadi
- La pulak dah ... Zaid boleh masuk Raja Lawak la kalu cam ni ... adoiiiii
- pulak dah ... apa ni Zaid?
- hahaha ... ada orang 'mengendap' Shahrizat ooiiii
- VIDEO : Ustaz Azhar Idrus - Isteri Haid puaskan nafsu suami
PANAS TERKINI : Azmin ditangkap di Batam, Indonesia Posted: 05 Feb 2012 09:26 PM PST Batam - Seorang warga Malaysia ditangkap petugas Imigrasi saat akan mengurus paspor. Belakangan diketahui, warga Malaysia ini memiliki KTP dan KK yang dikeluarkan Pemkot Batam. "Awalnya kita mencurigai seseorang yang tengah mengurus memperpanjang paspor. Kita ketahui ternyata warga negara Malaysia, namun dia memiliki KTP, Kartau Keluarga dan akte kelahiran di negara kita. Sekarang sudah kita lakukan penahanan," kata Kasi Dakim Imigrasi Batam, Gindo Ginting, kepada wartawan, Sabtu (4/02/2012). Dari hasil pemeriksaan petugas Imigrasi Batam, diketahui pria itu bernama Azmin Heli lahir di Kuala Lumpur 27 Maret 1975. Alamat Jalan 4H Ampang Selangor 68000 Malaysia. WNA ini ternyata salah seorang anggota Oposisi Partai Keadilan Rakyat (PKR) Malaysia. Gindo Ginting menjelaskan, Azmin Helmi, tertangkap Jumat (3/2/2012) oleh petugas Imigrasi kelas I Batam saat akan melakukan pengurusan paspor. Dari tangan tersangka ditemukan identitas palsu berupa KTP, KK, yang dikeluarkan oleh Disduk Pemkot Batam yang ditandatangan oleh Kadisduk Sadri Khairuddin. "Selain itu juga ditemukan Akta kelahiran yang dikeluarkan oleh Kantor Dinas Pendaftaran Penduduk Kabupaten Karimun," kata Gindo. Gindo menjelaskan, dari hasil pemeriksaan, Azmin warga Malaysia ini masuk ke Indonesia, melalui pelabuhan Internasional Tanjung Balai Karimun, Provinsi Kepri pada 15 februari 2009 lalu dan memiliki paspor Malaysia. "Waktu itu dia mengaku diberi izin tinggal Bebas Visa Kunjungan Sementara (BVKS) selama 30 hari," kata Gindo. Setelah masuk wilayah Indonesia, kata Gindo, Azmin mengaku selanjutnya melakukan perjalanan ke Pekanbaru, Jakarta dan menetap di daerah Cengkareng, Cingkawang, dan Pondok Kelapa. "Sebelum izinnya habis, Azmin sempat melanjutkan perjalanan ke Timor Leste melalui perbatasan Atambua. Dari sana kembali ke Indonesia dengan paspor Malaysia. Selama itu juga sempat mengunjungi beberapa daerah di pulau Jawa dan terakhir menetap lebih lama di daerah Jakarta sampai izin tinggalnya habis," kata Gindo. Dari keterangan Azmin keptugas, selama di Jakarta selalu dibiayai keluarganya dari Malaysia dan Partai Keadilan Rakyat (PKR). Selama di Jakarta, ia melakukan beberapa penelitian termasuk sejarah tokoh yang berkaitan sosial budaya publik di Indonesia, dan juga melakukan penelitian dan fotografi. "Saya memilih menetap di Indonesia walaupun izin tinggal telah berakhir karena di Malaysia oleh pihak keluarga dan pimpinan anggota Partai Malaysia menyarankan agar saya berubah dulu di Indonesia. Keselamatan saya tidak lagi terjamin di Malaysia ini terkait dengan ancaman terhadap saya oleh pemerintah Malaysia yang mungkin atau menjadikan saya sebagai tumbal dan alat politik dari pihak yang berkuasa di Malaysia," kata Azmin kepada petugas Imigrasi Batam.- detikNews STONE : Siapa ni.? PKR kena jelaskan siapakah Azmin ini, yang katanya kehidupan di Indon di biayai oleh PKR |
Posted: 05 Feb 2012 08:43 PM PST Melalui dua artikel Detik Perubahan, bapa saudara Liuniey, 21 atau nama sebenarnya Nur Eilunie Natasha Nazri, mendakwa anak saudaranya tiada hubungan dengan Apek, manakala Liuniey pula meminta pihak yang menuduh untuk mengeluarkan bukti yang dia ada keluar dengan Apek. Bapa sadara Liuniey, Mohd Irwan Azni Mohd Azmi, yang juga pengarah urusan Khairul Fahmi Resources, menafikan kontroversi tersebut:-
Menurut Mohd Irwan, ...... kontroversi itu bermula apabila dia membawa Apek ke rumah abang iparnya untuk mengambil anaknya:-
Pelbagai cerita mula timbul semenjak gambar-gambar itu dimuat-naik ke Facebook, dakwa Mohd Irwan:-
Menurut beliau lagi, Apek dan Liuneiy tidak pernah bercakap antara satu sama lain:-
Sementara itu, Liuneiy yang ditemui di butik pengantin milik ibunya pula berkata:-
Sementara itu, ibunya, Norlaila Abu Bakar berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah terhadap anaknya itu:-
Menurutnya keputusan itu diambil unuk memullihkan imej keluarga dan perniagaannya. Sementara itu, Apek dikatakan tidak terganggu dengan kontroversi terbaru ini manakala Kosmo hari ini melalui kolumnis Diva menceritakan yang Apek telah beberapa kali keluar dengan pelakon Nora Danish. |
Posted: 05 Feb 2012 07:12 PM PST Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak sewajarnya menyalahkan pihak lain berhubung isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang kini menjadi kemarahan rakyat, kata Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee. "Jangan reka cerita kononnya ada yang nak jatuhkan beliau, realitinya beliau tidak seharusnya menjadikan wanita Umno sebagai perisai untuk melindungi kelemahan dan kepincangan yang berlaku," tegasnya. Beliau yang beberapa kali menggesa Shahzirat berundur mempersoalkan sama ada menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu sayangkan jawatan atau ikhlas berjuang dalam Umno. "Mengapa susah sangat nak letak jawatan menteri, tak perlu bercuti dan salahkan orang lain kononnya ada agenda peribadi nak jatuhkan beliau," ujarnya, seperti dilaporkan dalam blog Umno bahagian itu semalam. Syed Ali berkata, tidak ada pemimpin Umno yang secara peribadi memusuhi Shahrizat tetapi mereka bersuara kerana tidak mahu Umno dicemuh rakyatberkaitan isu NFC. "Sampai bila mahu cakap tak serupa bikin, kononnya Umno menentang segala bentuk penyelewengan, rakyat sedang memerhati sejauh mana ikhlasnya kerajaan hari ini," ujarnya - Mkini |
Kuasa Tuhan ..... apa-apa saja boleh jadi Posted: 05 Feb 2012 06:15 PM PST BESUT - Pelik tetapi benar tetapi itulah realiti kebolehan luar biasa seorang pelajar tingkatan lima yang secara tiba-tiba boleh bertutur pelbagai bahasa selepas dia terlibat dalam kemalangan jalan raya pada jam 2 petang, 13 Januari lalu. Noraini Ismail, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah, Alor Lintang boleh bertutur bahasa Korea dan Mandarin dengan lancar walaupun sepanjang hayatnya tidak pernah ikuti kelas bahasa itu. Menurutnya, kebolehan luar biasa itu berlaku selepas empat hari dia terbabit dalam kemalangan apabila motosikal yang dibonceng dirempuh oleh sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat Alor Lintang ketika perjalanan pulang dari sekolah. "Ketika kejadian saya membonceng motosikal yang ditunggang abang saya, Jefri, 18, yang tiba-tiba dilanggar sebuah lori dari arah belakang menyebabkan saya terjatuh dan terhantuk kepala atas jalan. Mujur saya pakai topi keledar," katanya. Sementara itu menurut bapanya, Ismail Salleh, 46, kemalangan itu menyebabkan Noraini koma selama 11 jam dan sebaik sedar dia berada di Unit Kecemasan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan. Kata Ismail, selepas doktor menjalankan imbasan kali pertama mendapati terdapat darah beku di bahagian belakang kepalanya. Bagaimanapun katanya, ketika dilakukan imabasan kali kedua untuk melakukan pembedahan, doktor terperanjat kerana mendapati darah beku tidak ada lagi. "Bagi mengesahkan perkara itu, doktor HUSM mengulangi ujianebanyak tiga kali namun ternyata darah beku dikesan peringkat awal memang tidak ada," katanya. Bercakap bahasa Korea selepas terjaga dari tidur Ismail berkata, pada jam 5 petang pada hari keempat selepas dibenarkan pulang ke rumah, sebaik Noraini terjaga daripada tidur tiba-tiba dia bercakap bahasa Korea. Katanya, anaknya itu meminta air daripada ibunya dalam bahasa Korea namun ketika itu ibunya tidak mengetahui bahasa apakah yang dituturkan Noraini. "Kami sekeluarga tidak faham maksudnya dan langsung tidak tahu bahasa Korea kerana ia mirip bahasa Cina tetapi selepas dia menunjukkan isyarat ingin minum air baru ibunya beri air," katanya. Kata Ismail, selain Korea dia juga kadang-kadang bertutur dalam bahasa Mandarin dan paling aneh lagi ketika dia berbahasa tersebut dia langsung tidak akan boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Pada mulanya, Ismail dan keluarga meragui maksud bahasa yang dituturkan itu betul atau tidak tetapi apabila Noraini menonton cerita Korea di televisyen, dia dapat menterjemahkan cerita tersebut dengan tepat seperti sarikata dipaparkan pada skrin televisyen yang ditutup dengan tangan oleh ahli keluarganya. Menurut Noraini, seorang doktor pakar berbangsa Cina di HUSM yang menjalankan rawatan susulan ke atasnya baru-baru ini juga menganggap kejadian dia boleh bertutur bahasa Cina juga aneh malahan kejadian itu pertama kali ditemuinya semenjak 17 tahun bertugas sebagai doktor. "Doktor itu minta saya membaca nombor dalam bahasa Cina dan apa yang saya sebut adalah benar," katanya. Tidak boleh bercakap loghat Kelantan Satu lagi keanehan pada Noraini ialah dia kini bertutur bahasa baku sepenuhnya malahan dia langsung tidak boleh bercakap loghat Kelantan lagi seperti pertuturan hariannya sebelum ini. Menurutnya ibunya, Masina Daud, 48, sejak kemalangan anak keenam daripada tujuh beradik itu hanya boleh bercakap bahasa Melayu standard (baku) seperti loghat Kuala Lumpur sahaja manakala bahasa Kelantan sekarang dia boleh menyebut beberapa perkataan, seperti 'mok' dan 'ayah'. "Sebelum ini dia nak sebut perkataan mok (emak) memang langsung tidak boleh tetapi kalau perkataan Mama lancar. Saya pun hairan bagaimanana pertuturan boleh berubah," katanya. Dalam pada itu Noraini berkata, sejak belakangan ini dia hanya bertutur dalam bahasa Cina atau Korea sekiranya dia tidur semula selepas menunaikan solat Subuh. "Kalau saya tidur semula selepas solat Subuh pasti apabila bangun saya tidak boleh langsung bercakap bahasa Melayu sebaliknya hanya boleh bertutur dalam bahasa Korea yang berlarutan sehingga jam 11 pagi pada hari sama sebelum boleh bertutur semula bahasa Melayu. "Kalau saya tidak tidur selepas solat Subuh saya tidak akan bercakap korea," katanya yang juga hairan dengan perubahan yang dialami. Katanya, dia memahami bahasa Korea atau Cina di kaca televisyen hanya ketika dia boleh bertutur bahasa tersebut tetapi apabila ketika boleh bercakap bahasa Melayu, dia langsung tidak faham makna bahasa berkenaan. Jalani rawatan alternatif Bapanya pula agak tertekan dengan masalah yang dihidapi anaknya dan sudah beberapa kali dia membawa anaknya menjalani rawatan alternatif namun setakat ini tidak berhasil. Kata Ismail, lebih memeritkan keadaan kerana boleh dikatakan setiap hari sama ada sebelum atau selepas Maghrib, Noraini akan tiba-tiba diserang sakit kepala menyebabkan dia terpaksa dihantar ke Hospital Besut untuk mendapat suntikan. "Sekarang hampir setiap hari saya terpaksa membawa dia mendapat suntikan kerana Noraini tidak akan sedarkan diri jika lambat dibawa ke hospital," katanya yang tinggal di Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di sini. Ismail merayu orang ramai atau ahli perubatan alternatif untuk tampil membantu menyelesaikan masalah yang dihidapi anaknya kerana dia tidak berkemampuan untuk lebih kerap membawa anaknya mendapatkan rawatan. Ismail menetap di alamat 2672, Kampung Baru Gong Medang dekat Tembila dekat Kampung Raja |
La pulak dah ... Zaid boleh masuk Raja Lawak la kalu cam ni ... adoiiiii Posted: 05 Feb 2012 08:20 AM PST Zaid nafi tarik bubar Kita, pembubaran tetap diteruskan Oleh Lisa J. Ariffin February 05, 2012 KUALA LUMPUR, 5 Feb — Datuk Zaid Ibrahim menafikan laporan bahawa beliau menarik semula keputusan membubarkan Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita). Zaid, presiden Kita, memberitahu The Malaysian Insider satu mesyuarat luar biasa (EGM) akan tetap diadakan seperti yang dirancang. "Saya tidak tahu dari mana anda mendapat cerita ini (tarik semula). Seperti yang saya katakan di dalam blog, ia (pembubaran) akan dibentangkan semasa EGM," katanya ketika dihubungi malam ini. "Tiada apa yang berubah. Jika ada apa-apa, saya akan beritahu anda. Okay?" tambahnya. The Malaysian Insider memetik Sinar Harian Online yang mengatakan Zaid (gambar) memutuskan untuk menarik semula keputusan membubarkan Kita. Menurut artikel berbahasa Malaysia itu, Zaid telah memaklumkan perkara itu kepada beberapa pengerusi negeri melalui pegawai kanannya. "Saya menerima panggilan sekitar jam 8 pagi tadi, pegawai penyelaras parti ada menghubungi saya untuk memaklumkan pendirian terbaru Datuk Zaid iaitu tidak mahu membubarkan parti Kita, EGM tidak akan diadakan," kata Pengerusi Kita Johor Dr Mohd Zaid Mohd Yusof. Dr Mohd Zaid menambah jika benar perkembangan tersebut, pihaknya menyambut baik keputusan itu memandangkan memang tiada alasan atau sebab parti itu harus dibubarkan. Kenyataan Zaid ini menunjukkan laporan Sinar Harian Online tidak tepat. Dalam satu pengumuman mengejutkan di laman web Kita, Khamis lalu, Zaid (gambar) berkata EGM akan diadakan untuk membubarkan Kita berikutan laporan-laporan ahli-ahli di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka menyerang Pakatan Rakyat, "menunjukkan mereka tidak berminat terhadap isu-isu sebenar dan hanya mahu memalukan kepimpinan pembangkang." "Saya sedar menubuhkan Kita adalah satu kesilapan," kata bekas menteri Umno ini. "Saya berharap dapat membawa idea-idea alternatif dalam politik dan membawa kepelbagaian imej untuk pembangkang." Selepas pengumuman itu, beberapa pengerusi Kita negeri secara terbuka menolak pembubaran itu sebaliknya mendesak Zaid meletakkan jawatan. Zaid, bekas ahli Parlimen Umno menyertai PKR pada Jun 2009. Beliau meninggalkan Umno selepas mempertikaikan penahanan wakil rakyat DAP Teresa Kok, blogger Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Tan Hoon Cheng di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2008. Zaid kemudian bertanding untuk jawatan timbalan presiden PKR menentang Azmin Ali dan Mustapha Kamil Ayub sebelum meninggalkan parti itu tahun lepas. Beliau juga merupakan calon PKR dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor namun tewas kepada P. Kamalanathan dari MIC. Zaid meninggalkan PKR kerana tidak berpuas hati dengan proses pilihan raya parti itu mkendakwa berlaku penyelewengan sebelum menubuhkan Kita. Namun parti berusia dua tahun ini berdepan dengan masalah dalaman termasuk penentangan ahli terhadap Zaid. Selain itu, Zaid juga mengumumkan Kita tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 namun menawarkan sokongan kepada pembangkang. - TMI |
Posted: 05 Feb 2012 06:43 AM PST Zaid tarik balik keputusan bubar Kita KUALA LUMPUR, 5 Feb — Datuk Zaid Ibrahim menarik semula keputusan untuk membubarkan Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita), parti yang dibentuk beliau selepas keluar PKR. Menurut Sinar Harian Online, Zaid menerusi pegawai kananya telah memaklumkan perkara itu kepada beberapa pengerusi negeri pagi ini. "Saya menerima panggilan sekitar jam 8 pagi tadi, pegawai penyelaras parti ada menghubungi saya untuk memaklumkan pendirian terbaru Datuk Zaid iaitu tidak mahu membubarkan parti Kita, EGM tidak akan diadakan," kata Pengerusi Kita Johor Dr Mohd Zaid Mohd Yusof. Dr Mohd Zaid menambah jika benar perkembangan tersebut, pihaknya menyambut baik keputusan itu memandangkan memang tiada alasan atau sebab parti itu harus dibubarkan. Dalam satu pengumuman mengejutkan di laman web Kita, Khamis lalu, Zaid (gambar) berkata satu mesyuarat luar biasa (EGM) akan diadakan untuk membubarkan Kita berikutan laporan-laporan ahli-ahli di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka menyerang Pakatan Rakyat, "menunjukkan mereka tidak berminat terhadap isu-isu sebenar dan hanya mahu memalukan kepimpinan pembangkang." "Saya sedar menubuhkan Kita adalah satu kesilapan," kata bekas menteri Umno ini. "Saya berharap dapat membawa idea-idea alternatif dalam politik dan membawa kepelbagaian imej untuk pembangkang." Selepas pengumuman itu, beberapa pengerusi Kita negeri secara terbuka menolak pembubaran itu sebaliknya mendesak Zaid meletakkan jawatan. Zaid, bekas ahli Parlimen Umno menyertai PKR pada Jun 2009. Beliau meninggalkan Umno selepas mempertikaikan penahanan wakil rakyat DAP Teresa Kok, blogger Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Tan Hoon Cheng di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2008. Zaid kemudian bertanding untuk jawatan timbalan presiden PKR menentang Azmin Ali dan Mustapha Kamil Ayub sebelum meninggalkan parti itu tahun lepas. Beliau juga merupakan calon PKR dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor namun tewas kepada P. Kamalanathan dari MIC. Zaid meninggalkan PKR kerana tidak berpuas hati dengan proses pilihan raya parti itu mkendakwa berlaku penyelewengan sebelum menubuhkan Kita. Namun parti berusia dua tahun ini berdepan dengan masalah dalaman termasuk penentangan ahli terhadap Zaid. Baru-baru ini Zaid mengumumkan Kita tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 namun menawarkan sokongan kepada pembangkang. - TMI |
hahaha ... ada orang 'mengendap' Shahrizat ooiiii Posted: 05 Feb 2012 04:02 AM PST Shahrizat: Pembangkang 'jambu mengendap' saya Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini membidas seorang tokoh pembangkang yang kerap mengheretnya dengan skandal projek ternakan lembu syarikat Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) sejak tiga bulan yang lalu. "Semalam, apabila saya pergi ke Perak, ramai (ahli Umno) Wanita memberitahu saya bahawa terdapat seorang ahli pembangkang muda yang sering mengendap saya sejak tiga bulan yang lalu. "Mereka beritahu bahawa orang ini bercita-cita jadi ketua Wanita, jadi adalah sesuai jika kita hantar pakaian seragam merah dan putih kepadanya," katanya selepas majlis penyampaian hamper sempena sambutan Maulidul Rasul, di Wad Bersalin, Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini. "Saya lihat jika dia memakai seragam wanita (Umno), dia akan kelihatan agak 'cun' kerana dia ini 'jambu' sedikit." Apabila diasak lanjut bagi menjelaskan sindirannya itu, Shahrizat berkata orang itu mempunyai cita-cita politik yang tinggi dan ingin bertanding pada pilihan raya umum akan datang. Sebelum ini, Rafizi, seorang pemimpin PKR sejak tiga bulan lalu telah membuat pendedahan demi pendedahan berhubung dakwaan penyelewengan yang dikatakan dilakukan oleh NFC di mana suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail adalah pengerusinya. Ini termasuk pembelian kondominium mewah RM13.8 juta di Bangsar, RM3.4 juta untuk tanah di Putrajaya, RM830,000 untuk tuntutan percutian dan RM530,000 untuk pembelian kereta mewah. NFC dituduh membelanjakan sebahagian daripada pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan oleh kerajaan bukan untuk projek ternakan lembu tetapi dibelanjakan kepada perkara-perkara yang tidak ada kaitan. - malaysiakini |
VIDEO : Ustaz Azhar Idrus - Isteri Haid puaskan nafsu suami Posted: 05 Feb 2012 01:45 AM PST |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan