Isnin, 13 Februari 2012

Komentar Kini

Komentar Kini


Wang RM500 yang dibayar kepada isi rumah Haram?

Posted: 13 Feb 2012 03:34 PM PST

Musyidul Am PAS Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang pasti tidak berani menghukum wang RM 500 itu adalah "Rasuah".

Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menjadi menteri besar Terengganu pernah mengatakan wang ehsan yang di beri kepada rakyat Terengganu dianggap halal.

Manakala Nik Aziz baru baru ini menggalakkan rakyat Kelantan mengambil wang bantuan isi rumah dan berkata, isi borang. ambillah. Bermakna ia bukan rasuah dan halal dari segi agama Islam.

Bagaimana kalau penulis menghukum ianya "rasuah" dan "haram". Mengapa tidak? Sebab Perdana menteri satu Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Razak,telah berkata, "tuan tuan kena tolong saya".

Kata kata yang berbunyi: tuan tuan kena tolong saya jelas ada niat dan tersurat serta tersirat ia jadi rasuah? Ia adalah rasuah dan haram jika mengundi UMNO/BN.Biar pun pihak kerajaan mengatakan ia bukan rasuah.

Bagi penulis barang siapa yang mengundi umno/BN ia jadi rasuah dan haram hukumnya, atas sebab perdana menteri berkata, tuan tuan kena tolong saya.

Bagi penulis Rakyat Malaysia kena akur dengan slogan yang berbunyi: "Rasuah adalah jenayah, maka jangan memberi dan jangan menerima.

Sekarang ini seramai 3 juta isi rumah telah menerima wang bantuan RM500 itu yang diberi (dibayar) oleh pihak kerajaan yang memerintah Negara ini.

Menurut laporan, seramai 4 juta isi rumah yang memohon. Hanya 3 juta saja yang layak dan sudah pun dibayar. Bermakna 1 juta yang tak layak menerima bantuan tersebut.

Penulis dimaklumkan bahawa Kerajaan berhasrat untuk membayar wang bantuan RM 500 ini pada 5 juta orang.Buktinya, Ia telah dilanjutkan masanya pada bulan MAC ini, Maka ada 2 juta orang lagi yang layak dan perlu dibayar dalam masa terdekat ini.

Seramai 3 juta orang yang menerima bantuan RM 500 masih menganggap dirinya tidak menerima rasuah, manakala pihak kerajaan mengatakan ia bukannya rasuah. Yakah begitu?

Akan tetapi berdasar kata kata perdana menteri 1 malaysia Mohd Najib yang berbunyi: tuan tuan kena tolong saya ini sudah boleh dikategorikan ia adalah rasuah.Perkataan "kena tolong saya" mengambarkan mereka yang menerima wang itu mesti undi umno/BN.

Dengan kata lain, Ia adalah suatu sogokan atau suapan kepada isi rumah untuk mengundi UMNO/BN dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti.

Bagi sesiapa yang menerima dan membeli apa saja barangan hatta tak termasuk makanan dan minuman sekalipun ia belum boleh dikatakan haram lagi kerana belum lagi mengundi mengundi umno/BN.

Apabila sampai saat dan ketika mengundi, mereka yang menerima bantuan wang RM 500 itu mengundi Umno/BN maka dia adalah rasuah dan haram (berdosa besar).

Ini adalah pendapat penulis berdasar ilmu agama yang sedikit.Biar pun Musyidul Am dan Presiden PAS tak berani buat fatwa, tapi penulis berani mengatakan wang RM 500 itu haram hukumnya jika menangkah umno/BN dalam PRU 13 nanti.

Tiada ulasan: