Ustaz Badrul Amin Kena Tangkap Khalwat Kat Kuantan? Posted: 25 Feb 2012 03:58 AM PST Pemimpin PKR ditangkap khalwat
Oleh: Wartawan Sinar Harian
KUANTAN – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Selangor ditangkap berkhalwat bersama seorang wanita, yang dipercayai isteri orang di sebuah hotel di Balok dekat sini, awal pagi tadi.
Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian tersebut. |
Pemimpin PKR ditangkap khalwat Posted: 25 Feb 2012 03:42 AM PST Oleh: Wartawan Sinar Harian
KUANTAN – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Selangor ditangkap berkhalwat bersama seorang wanita, yang dipercayai isteri orang di sebuah hotel di Balok dekat sini, awal pagi tadi.
Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian tersebut. |
Isu Baiah Akhirnya Memakan Diri Umno Sendiri. Padan Muka! Posted: 24 Feb 2012 11:01 PM PST |
'MB Azizan seperti bapa' Posted: 24 Feb 2012 07:25 PM PST Oleh: Wartawan Sinar Harian
ALOR SETAR - Desas-desus dua anggota Exco Kerajaan Negeri dikatakan menolak tawaran menyambung jawatan sebagai protes terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, di luar pengetahun barisan Exco sedia ada.
Exco Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, beliau tidak mendapat maklumat berkenaan perkara itu.
"Saya tidak tahu pula ada kalangan Exco menyatakan hasrat untuk tidak dilantik semula. Setahu saya, semua Exco bersedia galas amanah jika ditawarkan peluang," katanya kepada Sinar Harian.
Amiruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Anak Bukit mengulas spekulasi melanda politik Kedah sejak kelmarin, mendakwa kononnya kedua-dua Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, iaitu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi (Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga) dan Dr Ismail Salleh (Exco Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan, Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi) menolak dilantik semula sebagai Exco.
"Jika saya mendapat tawaran dilantik semula sebagai Exco, saya akan terima amanah itu dan hadir pada majlis pelantikan 28 Februari di Istana Anak Bukit.
"Saya tiada masalah dan bersedia pikul tanggung jawab. Saya menyokong kepimpinan Azizan yang saya anggap sebagai seorang bapa dalam keluarga besar Kerajaan Negeri," katanya.
Menurutnya, masih banyak perancangan untuk melonjakkan ekonomi negeri ini yang belum dilaksana.
Ditanya sama ada Azizan kini berdepan tekanan, Amiruddin berkata, Azizan dilihat tenang atau tertekan dengan pelbagai dakwaan, malah menjalankan tugasnya de ngan lancar.
"Menteri Besar seperti biasa sahaja, semua mesyuarat lancar, seolah tidak ada apa-apa berlaku," katanya. |
Hamdan nafi boikot angkat sumpah Posted: 24 Feb 2012 03:53 PM PST Oleh: SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
SUNGAI PETANI - Seorang daripada anggota Exco Kerajaan Kedah yang disebut-akan memboikot majlis angkat sumpah Exco pada 28 Februari ini, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib menafikan beliau terbabit dengan konspirasi menggulingkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Sebaliknya kata Hamdan, beliau masih bersama dengan kepimpinan negeri (Azizan) dan sanggup berada dalam barisan Exco jika mendapat tawaran menyambung tugas.
"Saya setuju terima jika ada tawaran untuk jadi Exco lagi. Saya sedia sambung tugas untuk terus memberi khidmat kepada rakyat dan juga meneruskan perjuangan jemaah (parti) yang penuh dengan cabaran ini.
"Kita tunggu 28 Februari ini, pada hari angkat sumpah Exco untuk sambung tugasan yang belum selesai untuk rak yat," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Kenyataan Hamdan itu sekali gus menafikan laporan muka depan sebuah akhbar semalam, menyebut beliau antara empat anggota Exco Kerajaan Kedah yang akan memboikot majlis angkat sumpan anggota Exco Kerajaan Negeri yang baru di Istana Anak Bukit, Alor Setar.
Selain Hamdan, turut disebut ialah Exco Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Exco Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan dan Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Dr Ismail Salleh.
Kedua-duanya juga masing-masing adalah Timbalan Pesuruhjaya I dan Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri.
Sinar Harian semalam menyiarkan kenyataan Menteri Besar yang mengaku akan membuat kejutan pada hari pelantikan Exco sebagai susulan kontroversi itu.
Azizan berkata, tidak timbul ada Exco sedia ada yang menolak tawaran menyambung jawatan kerana surat tawaran belum dihantar.
Phahrolrazi ketika dihubungi berkata, beliau akan memberi kenyataan apabila tiba masanya. |
Azizan: Saya ada hak lantik Exco tanpa rujuk Presiden parti Posted: 24 Feb 2012 03:50 PM PST Oleh: Wartawan Sinar Harian
ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pemilihan exco kerajaan negeri adalah hak beliau tanpa perlu merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Azizan berkata, beliau telah menyerahkan senarai nama exco kerajaan negeri bagi 2012 kepada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang juga Yang di-Pertuan Agong, dua hari lepas di Istana Negara.
"Walaupun Sultan Kedah menjadi Yang di-Pertuan Agong, segala pelantikan exco kerajaan negeri masih dalam bidang kuasa baginda, dan saya tak akan buat sebelum dapat perkenan baginda kerana ia tradisi kerajaan negeri.
"Biasanya, Tuanku Sultan akan perkenan, (terpulang kepada) baginda tolak yang tu (exco lama), dan bagi yang ni (exco baru), dan bila dapat surat, baru boleh bagi tau," katanya kepada pemberita malam ini.
Beliau berkata senarai exco dari Pejabat Sultan Kedah dijangka diterima Ahad ini.
Azizan juga berkata sebenarnya tidak timbul soal menolak pelantikan semula oleh dua Exco seperti yang dilaporkan kerana beliau belum mengeluarkan surat tawaran kepada mereka.
"Pasai apa dia nak hantar surat, saya tak buat tawaran lagi, kalau hantar surat, baru boleh tolak, surat tak hantar, tawaran nak tolak macam mana.
Spekulasi ni ada benda betul, dan ada tak betul," katanya.
Beliau mengulas khabar angin dua exco Kedah menghantar surat kepada beliau bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan itu, yang dijadual diumumkan Selasa ini.
Dua Exco yang disebut-sebut berbuat demikian ialah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Timbalan Pesuruhjaya II Datuk Dr Ismail Salleh, yang dipercayai kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan Azizan, yang juga Pesuruhjaya Pas negeri, berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini.
Kedua-dua Exco tidak mengesah atau menafikan khabar angin itu, dan menyerahkan perkara tersebut kepada Azizan.
Majlis pelantikan anggota Exco kerajaan negeri Kedah bagi tahun 2012 akan diadakan di Istana Anak Bukit, Alor Setar. - Bernama |
SPRM sepatutnya tiada masalah siasat Shahrizat- Rafizi Posted: 24 Feb 2012 03:46 PM PST Keadilan Daily (Oleh: Aedi Asri Abdullah)
PETALING JAYA 24 Feb: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sepatutnya tidak mempunyai masalah menyiasat Datuk Seri Shahrizat Jalil, berhubung pembabitannya dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC).
Beliau mengulas kenyataan panel SPRM yang mahukan skandal itu diselesai segera, supaya berlaku 'adil kepada semua pihak terlibat'.
"Tuduhan terhadap perlakuan Shahrizat adalah jelas- samada Shahrizat terlibat dalam memberi kontrak- atau jika dia sudah tahu wang diguna untuk membeli kondo, kenapa dia tidak melaporkan kepada pihak berkuasa?
"Ini soal yang jelas, sepatutnya tidak ada masalah bagi SPRM siasat secepat mungkin," ujar Rafizi dalam satu kiriman emel kepada keadilandaily.
Semalam, Pengerusi panel SPRM, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil dilapor berkata, kes itu terlalu 'dipolitikkan', maka SPRM perlu memutuskan sama ada Shahrizat terlibat dalam proses membuat keputusan mengenai pembiayaan projek tersebut.
"Soal politik atau tidak itu tidak ada kena mengena dengan siasatan SPRM," kata Rafizi.
"NFC merupakan isu besar, bukan bermakna ia dipolitikkan. Sepatutnya SPRM berterima kasih kerana ramai tampil ke hadapan membantu siasatan dengan memberi maklumat.
"Sebab itu rakyat hilang sabar walaupun pelbagai fakta telah diberikan, namun sehingga sekarang tiada tindakan," tambah beliau.
Dalam pada itu, beliau berkata, tindakan peguam negara menyerahkan semula kertas siasatan SPRM sebelum ini, bukan perkara mengejutkan.
"Malah saya yakin banyak siasatan rasuah 'tersangkut' di jabatan peguam negara, bukan di SPRM. Kalau perkara ini berterusan, pimpinan SPRM perlu berani tampil ke depan dan dedahkan perkara ini.
"Jangan duduk diam dan salahkan pejabat peguam negara, tapi berdepan dengan mereka," tegas Rafizi.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan