Sabtu, 4 Februari 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Gambar Sekitar Sambutan Maulid Rasul Sultan Kelantan Bersama Pimpinan Negeri Kelantan

Posted: 04 Feb 2012 03:00 PM PST

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/404596_10150650893560039_227789400038_10842510_1066894898_n.jpg

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/425112_10150650905740039_227789400038_10842538_813840249_n.jpg

Gambar Terkini DS Anwar Dan DS Wan Azizah Bersama PM Turki

Posted: 04 Feb 2012 07:59 AM PST

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/425490_10150536195221840_16194831839_9230405_886502444_n.jpg

Gambar Terkini DSAI Bersama Menteri Kewangan Turki

Posted: 04 Feb 2012 03:17 AM PST

DAP kutuk insiden kepala babi di perkarangan masjid

Posted: 04 Feb 2012 02:41 AM PST

Oleh Mohd Farhan Darwis

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini mengecam sekeras-kerasnya tindakan individu yang tidak bertanggungjawab meletakkan kepala babi di perkarangan masjid baru-baru ini dan menyifatkan perkara itu dilakukan oleh pihak yang sengaja mahu menimbulkan sentimen perkauman, agama dan politik di kalangan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Ahli Parlimen Bagan itu menjelaskan tindakan tersebut sebagai kurang ajar dan jelas bertentangan dengan sifat kemasyarakatan di negara ini.

"DAP mengecam insiden kepala babi dan melihatnya sebagai satu tindakan yang kurang ajar dan bertentangan dengan sifat aman dan sejahtera di Malaysia.

"Kita tidak boleh menerima atau bertolak ansur dengan penghinaan mana-mana tempat beribadat. Masjid, kuil dan gereja merupakan tempat untuk beribadat dan berlindung, dan tidak patut dinoda dengan semberono," tegasnya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

Dalam masa seminggu, kepala babi telah dijumpai di luar perkarangan masjid sebanyak dua kali, dengan yang pertama berlaku di Rawang, dan disusuli insiden kedua di dijumpai di luar pintu masuk Masjid Al-Hidayah di Sentul

"Rakyat Malaysia yang mahukan keamanan akan menolak tindakan yang jahat ini," tambahnya.

Sehubungan itu, Lim menggesa supaya pihak berkuasa terutamanya pihak polis akan menyiasat dengan segera dan berharap agar sesiapa yang bertanggungjawab akan ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.

Hasan: 72% kepimpinan PAS dikuasai golongan sekular

Posted: 04 Feb 2012 02:38 AM PST

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali mendakwa 72 peratus kepimpinan PAS kini dikuasai oleh golongan sekular yang sanggup 'tidur sekatil' dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata sejumlah 28 peratus lagi adalah golongan ulama yang sanggup mengenepikan perjuangan asal PAS untuk menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercita-cita mahu menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.

"Saya berpendidikan sekular tetapi saya mahu PAS terus dipimpin oleh golongan ulama yang berpendidikan dari Mesir dan Jordan," katanya dalam ceramah anjuran Pertubuhan Kemajuan dan Integriti Melayu Muar (Pekim) di Bukit Naning, di Muar malam tadi.

Dalam ceramah yang dihadiri kira-kira 3,500 orang itu, Hasan turut mendedahkan bagaimana kepimpinan PAS cuba memujuknya supaya berlembut dan mengikut sahaja arahan pakatan pembangkang yang tidak setuju dengan tindakannya membanteras gerakan mengkristiankan orang Islam di Selangor.

"Mereka minta saya bersabar dengan mengatakan apabila sudah dapat tawan Putrajaya, waktu itulah baru dikuatkuasakan undang-undang Islam," katanya.

Hasan dalam ceramahnya itu turut mengingatkan orang Melayu bahawa hak mereka yang termaktub dalam perlembagaan akan terjejas jika membenarkan
pakatan PAS, DAP dan PKR berkuasa di negara ini.

Beliau mendakwa pakatan pembangkang tidak mahu mendengar perkataan Islam, Melayu dan raja serta mereka akan mendidik anak-anak dengan didikan secara liberal jika diberi peluang.

NFC: Wanita Umno Johor pertikai Rafidah Aziz

Posted: 04 Feb 2012 02:35 AM PST



Tarikh: February 4, 2012
JOHOR BAHRU - Wanita Umno Johor meminta pemimpin-pemimpin parti tidak menjadi ejen pembangkang dengan mengiyakan segala pertuduhan tentang Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan tindakan meminta Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya meletakkan jawatan parti serta Kabinet.

Ketuanya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain berkata, siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis tentang NFC sedang berjalan dan semua pihak perlu menghormatinya.

"Sekiranya Datuk Seri Shahrizat didapati bersih oleh SPRM dan polis, mengapa pula (bekas Ketua Wanita Umno) Tan Sri Rafidah Aziz pula perlu mendesak untuk membuang seorang pemimpin yang sentiasa memberi fokus kepada isu-isu akar umbi dan rakyat," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, Rafidah ketika menjawat jawatan Ketua Wanita Umno dan menteri Kabinet, sering menasihatkan anggota parti dan Wanita Umno supaya sentiasa mempertahankan parti serta negara, sebagaimana dilakukan Shahrizat.

Menurut Sharifah Azizah, Shahrizat sebagai Ketua Wanita Umno sentiasa mempertahankan negara dan parti walaupun hebat diserang daripada pelbagai sudut oleh pembangkang dan pemimpin-pemimpin mereka.

Selain Ketua Wanita Umno, Shahrizat juga merupakan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sharifah Azizah mengulas kenyataan Rafidah, yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri baru-baru ini yang meminta Shahrizat meletakkan jawatannya di dalam parti berikutan kontroversi NFC.

Ketua Wanita Umno Johor itu berkata, Shahrizat telah memberi ruang seluas-luasnya terhadap pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan tentang NFC dilakukan perlu dipuji.

Sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Wanita Umno, Shahrizat menurut beliau telah berjaya mengarusperdanakan perjuangan Wanita Umno di seluruh negara dan usaha Shahrizat itu perlu diteruskan.

Pembangkang kata beliau sebenarnya ketakutan dengan program gelombang merah Wanita Umno di seluruh negara menerusi Skuad Syang dan pelbagai lagi, menyebabkan mereka membuat serangan bertali arus terhadap Shahrizat.

"Pembangkang sebenarnya sedang ketakutan," katanya sambil menambah, pemimpin parti tidak perlu meniru Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup mengadai segala-galanya hanya untuk merebut jawatan.

Hasan Ali tidak akan rayu

Posted: 04 Feb 2012 02:32 AM PST


Oleh: RUZY ADILA IDRIS

KUALA LUMPUR - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menegaskan beliau tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan pemecatannya sebagai ahli parti Islam itu.

Beliau dipecat oleh Pas pada 8 Januari lalu dan mempunyai 30 hari untuk membuat rayuan.

Hasan yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor sekali lagi membantah keputusan pemecatan beliau dengan menyifatkan tindakan itu diambil secara arbitari dan mengikut selera 'parasit' yang mahu beliau keluar Pas.

"Peranan parasit yang begitu menonjol dalam mesyuarat membuat keputusan tersebut sehingga pimpinan tertinggi terpaksa membuat keputusan di luar batasan pengurusan manusia dalam organisasi seperti lazim dilakukan.

Saya juga tidak pernah menerima surat, pesanan ringkas atau panggilan telefon meminta saya hadir khusus untuk member keterangan terhadap apa-apa pertuduhan (sekiranya ada) yang dikenakan terhadap saya," kata beliau pada sidang media di rumahnya di sini petang ini.

Menurut Hasan, beliau tetap berpegang kepada kenyataan Mursyidul Am Pas yang menyatakan bahawa segala-galanya yang melibatkan beliau (Hasan) telah selesai selepas Pertemuan Mahabbah di Kota Bahru pada 27 Disember tahun lalu.

Mengulas isu sama, Hasan berkata hala tuju dan dasar perjuangan parti telah terkeluar dari landasan asalnya apabila negara Islam, hukum hudud, kepimpinan ulama ukhwah Islamiyah dan akhlak Islam tidak lagi menjadi amalan serta urusan harian parti.

"Sebelum ini saya sering mencadangkan supaya Pas mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana pendekatan akomodatif yang diambil oleh 'parasit' di dalam Pas melampaui hal berkaitan dasar parti hingga terpaksa dikorbankan demi menjaga hubungan bersama PR.

"Dalam konteks negeri Selangor, saya sendiri menghadapi kesukaran dan suasana serba salah untuk melonjak, menjunjung dan mendaulatkan Islam serta bangsa Melayu seperti yang termaktub dalam pernyataan dasar parti," katanya.

Hasan menambah antara sebab beliau enggan membuat rayuan adalah kerana beliau mendapati pimpinan 'parasit' dalam Pas lebih gemar mendengar pandangan daripada DAP dan PKR berbanding daripada wakil partinya sendiri dalam hal pentadbiran Kerajaan Negeri.

Katanya, ruang untuk Islam di Selangor khususnya berkaitan hal nahi mungkar menjadi perkara pokok perjuangan Pas hampir tidak wujud kerana DAP, PKR dan sebahagian daripada pimpinan Pas Negeri yang menjadi 'parasit' tidak menyebelahi beliau.

"Alasan yang diberikan ialah kerana pendapat saya kononnya bercanggah dengan hak asasi manusia, kebebasan individu, hak untuk memilih dan demi mengutamakan Putrajaya.

"Hampir dalam semua perkara, Pimpinan 'parasit' ini menyuarakan pandangan negatif terhadap semua yang saya lakukan sebaliknya mereka lebih suka menyerang saya termasuk menyuarakan melalui media masa yang sebenarnya sudah jauh menyimpang daripada amalan akhlak Islam," katanya.

Tiada ulasan: