Selasa, 7 Februari 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[Bergambar] Sultan Kelantan Ziarah Keluarga Mangsa Lemas

Posted: 07 Feb 2012 12:30 AM PST

Bachok – Keluarga dua beradik mangsa lemas di Kampung Tualang Salak dekat sini terharu atas keprihatinan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang mencemar duli menziarah mereka petang kelmarin.

Gambar: Keluarga dua beradik mangsa lemas 23 November lalu terharu atas keprihatinan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang sudi mencemar duli ke kediaman mereka.

Baginda yang tiba di kediaman nenek mangsa, Saudah Mat Yaakob, 63, disambut Ketua Jajahan Bachok, Zulkifli Abdul Rahman; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Ilias Husain dan beberapa pegawai kerajaan lain.

Bapa mangsa, Ruslan Ab. Ghani, 46, berkata, dia amat berbesar hati apabila diberitahu bahawa Sultan Kelantan akan mencemar duli ke rumahnya dua hari lalu.

"Kami menjunjung kasih di atas kunjungan baginda serta menghulurkan sumbangan untuk keluarga kami. Baginda sememangnya prihatin dengan nasib rakyat," katanya ketika ditemui di sini kelmarin. -kosmo

sumber foto: pelbagai/terima kasih kepada pemilik-pemiliknya








Berita berkaitan


Dua beradik lemas


SAYU...Roslan (kanan) tidak dapat menahan kesedihan selepas dua anaknya lemas di sebuah tali air, semalam.

BACHOK: Banjir di negeri ini meragut nyawa dua beradik berusia 10 dan 14 tahun semalam, manakala seorang pelajar tingkatan tiga dikhuatiri menjadi korban ketiga dalam dua kejadian lemas berasingan.

Dalam kejadian di Kampung Tualang Salak, Jelawat, dekat sini, jam 2 petang, Ahmad Fathi Asyraf Roslan, 14, dan adiknya, Mohd Arif Hukmi, 10, lemas ketika mandi dalam tali air.

Sebelum kejadian jam 2 petang itu, dua beradik berkenaan dikatakan keluar dari rumah menuju kawasan tali air untuk bermain banjir bersama sepupu mereka, Azhar Fakri, 13, yang terselamat.

Bapa mangsa, Roslan Abd Ghani, 46, berkata, dia tidak tahu anaknya itu keluar rumah dan mandi di tali air berkenaan.

Katanya, dia terkejut apabila dimaklumkan kejadian itu oleh penduduk kampung sebelum bergegas ke tempat kejadian.

"Seingat saya, selepas solat Zuhur, dua anak saya itu sudah tiada di rumah sehingga saya diberitahu mereka lemas," katanya sebak.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Nordin Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan jam 2.30 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, operasi mencari mangsa dilakukan dengan kekuatan 10 anggota termasuk lima anggota Unit Skuba.

"Hasil usaha mencari, kami menemui mayat mangsa pertama, Ahmad Fathi pada jam 4.32 petang diikuti mayat adiknya, lima minit kemudian. "Mereka ditemui pada kedalaman dua meter dari permukaan air," katanya.

Menurutnya, kedua-dua mayat mangsa ditemui 90 meter dari tempat kejadian sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu untuk dibedah siasat.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, Raihan Haslan, 15, dihanyutkan air ketika mandi tali air di Lemal, di Pasir Mas kira-kira jam 6 petang semalam dan masih belum ditemui sehingga jam 8 malam tadi. Sebelum kejadian, mangsa dikatakan menyelamatkan Mohd Ali Zulkarnain Mohd Shafri, 14, sebelum tenggelam dan dihanyutkan arus.

Ibu saudara Raihan, Haslina Hassan, 42, berkata, dia pasrah mengenangkan tragedi menimpa anak saudaranya itu dan berdoa semoga jasadnya segera ditemui.

"Kali terakhir menemuinya di rumah ketika Aidiladha lalu. Tiada sebarang perubahan pada dirinya kerana dia hanya bersikap seperti biasa. Tak sangka pula berlaku tragedi ini," katanya.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.30 petang sebelum terpaksa menghentikan operasi mencari dan menyelamat jam 7 malam berikutan keadaan gelap. -hm [24/11/2011]


[Bongkar] Pengikut Twitter Najib 1/2 Juta, Najib Menipu Atau Tertipu?

Posted: 06 Feb 2012 11:33 PM PST

Perang siber menggunakan twitter, blog, facebook semakin rancak. Ramai pemimpin negara turut menyertainya sekalipun ramai diantara mereka hanya mengupah orang lain untuk memncipta dan mengemaskinikan akaun mereka sedangkan mereka sendiri zero-knowledge di bidang I.T.

Inilah yang berlaku kepada PM Malaysia bernama Najib. Entah berpaa juta dibelanjakan untuk mengupah mereka yang bergiat di dalam I.T. untuk mencipta dan mengemaskinikan akaun twitternya.

Tetapi malang. Najib menjadi mangsa penipuan. Ikuti pendedahan dari really.tigaline.com ini mengenai penipuan pengikut akaun twitter Najib yang dikatakan mencecah hampir setengah juta oang...

REALLY RAHSIA DISEBALIK AKAUN TWITTER NAJIB TUN RAZAK

Najib Tun Razak Adalah Perdana Menteri Malaysia

Dia sangat popular

Di akaun twitter 426,969 follower

Di akaun facebook 946,494 like

Baru baru ini Najib Razak mengumumkan beliau terharu kerana dapat menjangkau 400,000 pengikut di twitter.



kalau dia nak terharu ada 400,000 pengikut waktu dia mengimamkan solat, tak pe lah, tapi di akaun twitter, sesiapa pun boleh buat lebih dari 1 juta kawan pun boleh… Siapa kata tak boleh? guna taktik macam najib razak ni.

Apa taktiknya?

Really3line mula untuk semak siapa yang menjadi follower di akaun twitter Najib Razak ni. Mengejutkan apabila ramai yang menjadi follower najib razak ini mengunakan profile picture telur.

contohnya macam ni, korang klik sini. Kalau korang malas, negok gambar kat bawah ni.



kalau korang rajin, korang klik lah dekat Najib Razak punya follower di akaun twitternya, banyak sangat yang pakai gambar profile picture telur, yang menunjukan mereka ini yang kita panggil sebagai fake user, atau pun spam.

Macam mane kita boleh tahu mereka ni fake user atau Spam?

Biasanya mereka mengunakan software, atau beberapa website yang membantu untuk membuat fake user, atau beberapa individu yang bekerja untuk membuat email dan create akaun facebook atau twitter.

contoh yang lebih jelas macam ni.






Kalau anda rajin, anda semak lah, yang really3line bagi ini sikit je, follower Najib Razak kan ada lagi 426,960 orang, jadi mungkin lagi ramai yang real user kot…

Tapi cuba buang semua fake user dan spam ni, agak agak berapa je follower yang Najib Razak ada ye?

Benda kecil macam ni pun nak tipu ke? sangat menyedihkan lah, kalau tipu guna benda yang logik sikit macam guna software ni (TWIENDS) tak pe lah, kira berkhemah juga.

Apa pun tahniah kepada Najib Tun Razak kerana mempunyai ramai followers dan Likes yang banyak di laman social seperti facebook dan twitter, walaupun ramai yang spam dan fake user.

SEKIAN. -Really3line


PAS Sahkan Salehuddin Bertanding Di Johor

Posted: 06 Feb 2012 08:35 PM PST

Salahuddin ke Johor, kerusi belum muktamad

SHAH ALAM – Teka-teki berhubung keputusan Pas meletakkan Salahuddin Ayub bertanding di negeri kelahirannya, Johor terjawab apabila Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali (gambar) mengesahkan Naib Presiden itu akan beralih kawasan kali ini.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat memberitahu kawasan yang mungkin ditandingi Salahuddin pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Salahuddin sudah dua penggal menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan.

Mustafa mengakui terdapat perbincangan mengenainya, namun keputusan itu masih belum muktamad dalam menentukan kedudukan Salahuddin, yang merupakan anak jati Tanjung Piai, Pontian, Johor.

"Nak dikatakan khabar angin, tidak khabar angin juga, namun belum lagi muktamad. Dari segi bertanding kawasan mana, ia akan ditentukan kemudian," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada majlis perkahwinan anak Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu di sini, semalam.

Sebelum ini, terdapat desas-desus, Salahuddin akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor sebagai calon Menteri Besar jika Pakatan Rakyat (PR) menguasai Johor.

Malah, beberapa kawasan juga didakwa merisik Salahuddin supaya bertanding di bahagian Parlimen Pasir Mas, Kelantan, dan Titiwangsa, Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun, Salahuddin akan mengumumkan dalam beberapa minggu lagi, berhubung keputusan itu untuk menyatakan kawasan yang akan ditandinginya dan beliau juga mengakui, sudah memutuskan kerusi yang akan ditandinginya nanti.

Dalam pada itu, Mustafa ketika ditanya berhubung persiapan pembahagian kerusi Pas pada PRU akan datang, beliau berkata, 90 peratus hampir selesai.

Kelmarin, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tidak timbul isu perselisihan berhubung pembahagian kerusi dengan rakan sekutunya, PKR di beberapa negeri termasuk Terengganu.

Sebaliknya, Abdul Hadi berkata, pemilihan sudah hampir di peringkat akhir dan hanya tinggal 10 peratus sahaja yang belum selesai. -SH


PRU13: Pas sahkan pilih Salahuddin ke Johor

SENAI – Pas Johor mengesahkan khabar angin bahawa Naib Presidennya, Salahuddin Ayub bakal menyertai persaingan di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sambil menekankan, ia sebahagian daripada strategi mereka mahu bertapak di selatan Semenanjung.

Pesuruhjayanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, idea itu telah dicadangkan oleh beliau kepada pimpinan pusat agar dapat memberi suntikan ke atas kepimpinan negeri memecahkan kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Johor.

"Memang itu idea saya, kita pilih Salahuddin sebab dia merupakan anak jati Johor dan banyak memberi sumbangan dalam perkembangan politik di negeri ini.

"Malah, dia juga merupakan antara pemimpin tertinggi Pas di peringkat pusat dan dikenali ramai, baik dari kalangan kawan mahupun lawan.

"Tetapi bukan dia saja... kita juga alu-alukan anak kelahiran Johor lain yang juga berada di pusat, misalnya Mazlan Aliman (AJK Pas Pusat)," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dalam satu pertemuan dengan Sinar Harian Online awal minggu lalu, Salahuddin berkata, beliau akan menjawab teka-teki negeri dan kawasan yang akan ditandinginya akhir bulan ini.

Ketika ditanya sama ada akan keluar dari Kelantan kali ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian ini hanya berkata: "Itu tunggulah. Bila sampai masa, saya akan adakan sidang media untuk menyatakan di mana saya akan bertanding."

Pengumuman itu akan dibuat dalam beberapa minggu lagi.

Salahuddin mengakui beliau secara peribadi sudah memutuskan kerusi yang hendak ditandingi.

Banyak pihak membuat andaian Parlimen akan dibubarkan bulan ini.

Pada pilihan raya umum 2008, beliau yang lahir di Kampung Serkat, Tanjung Piai, mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian.

Selain dicalonkan oleh Pas kawasan Kubang Kerian, beliau juga dirisik agar bertanding di bahagian Parlimen Pasir Mas di Kelantan dan Titiwangsa (Wilayah Persekutuan).

Beliau mengekalkan kerusi Naib Presiden Pas pada pemilihan parti Jun lalu.

Dalam responsnya, Mahdfodz juga berkata, strategi berkenaan menunjukkan komitmen dan kesungguhan kepimpinan Pas untuk mengukuhkan kedudukan mereka dan mengambil alih kerajaan negeri.

"Saya percaya Umno sekarang dah mula rasa risau dan tergugat kerana bukan calang-calang pemimpin yang akan bertanding di Johor.

"Kita juga sedang memperkukuhkan barisan kepimpinan dan sedang mencari orang mungkin dari kalangan Perkasa, orang-orang kerajaan, tentera dan lain-lain," katanya.

Sementara itu, Mazlan pula berkata, penyertaan Salahuddin bersama kepimpinan Pas Johor dalam PRU13 merupakan tindakan tepat dan bakal mewujudkan persaingan seimbang antara BN dan Pakatan Rakyat (PR).

"Kita amat mengalu-alukan beliau kerana Salahuddin telah sedia dikenali masyarakat setempat di Johor.

"Jika sebelum ini Johor dikenali sebagai kubu kuat BN tapi bagi saya itu, adalah 20 tahun dahulu kerana sekarang sudah wujud peluang yang seimbang kepada PR," katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai penyertaannya untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Johor dalam PRU13, beliau menyerahkan perkara itu kepada kepimpinan pusat.

"Sama ada bertanding atau tidak, itu bergantung kepada pimpinan pusat, kita hanya akur," katanya. -SH


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Guna Jin Untuk Lulus Cemerlang Di Dalam Peperiksaan Bahasa Inggeris

Posted: 06 Feb 2012 06:13 PM PST

Azimat lulus BI

KUALA LUMPUR: Mungkin ramai menganggapnya melucukan, namun ia benar-benar berlaku apabila segelintir penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini percayakan kuasa daun sirih untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Bahasa Inggeris.

'Daun sirih hikmat' itu diperoleh daripada seorang bomoh dengan bayaran RM350, jumlah yang mereka anggap berbaloi kerana membolehkan mereka lulus cemerlang subjek bahasa Inggeris selepas sekian lama gagal atau sekadar lulus 'cukup makan.'

Dua pelajar IPT terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, 22 dan Rashid, 23, mendakwa daun sirih itu amat berkesan apabila mereka memperoleh keputusan cemerlang setiap kali peperiksaan mata pelajaran Bahasa Inggeris.

"Terpulang kepada orang lain sama ada mahu percaya atau tidak, tapi bagi saya dan beberapa rakan lain, kami sudah menggunakan sirih itu dan ia terbukti berkesan.

"Cara menggunakannya juga mudah, tak perlu makan dan tak perlu baca sebarang mantera atau jampi, sebaliknya kita hanya perlu letakkan sirih itu di dalam poket seluar ketika memasuki dewan peperiksaan," kata Azman ketika ditemui.

Perantara jin dengan pemakai

KUALA LUMPUR: "Sirih itu perantara yang digunakan untuk menghubungkan jin dengan pemakai dan ini tidak dibenarkan dalam Islam," kata Pengasas Pusat Terapi al-Quran Darul Hikmah, Abdul Malek Ladzim Al-Azhari.

Abdul Malek berkata, jin boleh bertindak dalam apa juga bentuk serta bahasa, namun perbuatan bergantung kepada perkara lain selain Allah adalah amalan syirik yang dosanya amat besar. "Saya juga ingin mengingatkan bahawa kenyataan bomoh itu bahawa sirih disediakannya tiada kesan sampingan kepada si pemakai tidak benar.

"Ini kerana banyak kes yang berlaku si pemakai berdepan pelbagai masalah dan gangguan sama ada kepada kesihatan ataupun pemikiran," katanya.


Ulasan GB

Ini adalah akibat dari sistem pendidikan yang menggunakan "sistem peperiksaan" menjadi ukuran pencapaian kejayaan seseorang - dimana yang penting adalah keputusan cemerlang didalam peperiksaan walau dengan cara apa sekalipun.

Perbuatan syirik dan khurafat dengan membawa "jin" bersama-sama ke dewan peperiksaan sebenarnya tidak lansung membawa kebaikan malah akan membawa kesengsaraan kepada pemakainya.

Ini kerana "kejayaan" yang diperolehi di dalam peperiksaan itu bukan kejayaan hakiki tetapi penipuan terhadap diri sendiri.

Sama seperti halnya pelajar yang meniru, sekalipun mungkin berjaya cemerlang tetapi kejayaan yang tidak kena mengikut kaedahnya adalah kejayaan palsu yang tidak diberkati. Kepincangan akan wujud selepas itu, samada di dalam pekerjaan atau di dalam pelajaran selanjutnya.

[Bergambar] Lagi Gambar Pelik, Aneh & Lucu Hanya Di Malaysia

Posted: 06 Feb 2012 04:09 PM PST

Sebelum ini GB ada menyiarkan gambar-gambar aneh dan melucukan yang ada di sekeliling kita. Dan ini kita gunakan untuk merehatkan minda kita dari terlalu serius memikirkan sesuatu isu. Gambar-gambar ini bersepah ini internet, dikutip untuk paparan di blog GB ini untuk kita segarkan semula minda kita untuk menghadapi isu-isu baru selepas ini.

Saksikan juga yang ini pula, ingat, ada aksi yang tak boleh ditiru, merbahaya termasuklah yang tunggang motosikal tak pakai topi keledar, contoh teladan paling tak bagus dari menteri BN:



















Laporan sebelum ini
klik untuk baca





Salehuddin Ayub Bakal MB Johor - Ulasan GB

Posted: 06 Feb 2012 07:32 AM PST

Pakatan Johor 'pikat' Salahuddin, sedia letak calon MB jika menang

KUALA LUMPUR, 6 Feb — Pakatan Rakyat Johor telah mengadakan "perbincangan serius" dengan Salahuddin Ayub untuk membawa Naib Presiden PAS itu kembali bertanding di negeri kelahirannya untuk mengatasi kekurangan pemimpin Melayu seterusnya menteri besar sekiranya berjaya menawan kubu kuat Umno itu.

Pembangkang di Johor menjangkakan akan meraih sokongan kuat pada pilihan raya umum akan datang, malah sokongan pengundi Cina juga bertambah namun kekurangan calon menteri besar yang berpotensi.

The Malaysian Insider diberitahu beberapa sesi pertemuan empat mata antara Pakatan Rakyat Johor dan Salahuddin, Ahli Parlimen Kubang Kerian, telah diadakan.

Menurut sumber The Malaysian Insider, pertemuan itu boleh disifatkan sebagai "perbincangan serius" dan kemungkinan besar Salahuddin akan bertanding di Johor pada pilihan raya akan datang.

"Salahuddin sedang memikirkan dengan serius akan perkara ini, perbincangan serius telah diadakan sebelum ini dengan beliau," katanya.

"...dan kita Pakatan Rakyat Johor bersedia menerima kepulangan Salahuddin. Selain itu Salahuddin juga tidak keberatan untuk kembali ke Johor."

Kata sumber itu, pertemuan itu turut menyentuh mengenai kawasan yang bakal ditandingi Salahuddin nanti.

"Kawasan untuk beliau bertanding sudah dikenalpasti. Kemungkinan beliau akan bertanding kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tapi keutamaan kita adalah meletakkan beliau bertanding di kerusi DUN," katanya.

Dilihat kehadiran Salahuddin yang sudah dua penggal menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian ke Johor akan mewujudkan fenomena baru di negeri itu terutamanya pengundi Melayu.

Difahamkan kerusi Parlimen Sembrong, yang mempunyai kira-kira 40 peratus pengundi Cina berhampiran Kluang, dilihat kerusi terbaik untuk meletakkan Salahuddin.

Khabar angin mengatakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan bertanding di Kota Tinggi.

Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau turut mengesahkan mengajak bekas ketua dewan pemuda PAS pusat itu untuk kembali ke Johor.

"Saya ada mengajak Salahuddin untuk bertanding di sini kerana kita perlukan pemimpin bertaraf nasional di sini," katanya.

Sementara itu Salahuddin ketika dihubungi The Malaysian Insider enggan memberi sebarang komen berhubung perkara itu sebaliknya berkata bersedia "berhijrah" ke Johor sekiranya diminta berbuat demikian oleh parti.

Bagaimanapun beliau tidak menolak sejak beberapa tahun kebelakangan ini ada ahli parti yang meminta agar kembali bertanding di negeri itu.

"Saya akan akur dan patuh pada keputusan parti, sekiranya parti merasakan saya perlu bersama rakan-rakan di Johor maka itu seharusnya menjadi perkara yang harus saya pertimbangkan dengan sebaik mungkin.

"Saya sudah 30 tahun dengan parti, saya juga pernah bertanding di Johor tapi kalah. Itu tiada halangan bagi saya dan saya orang Johor...saya juga membina karier saya dengan parti di Johor dan rakan-rakan di Johor banyak memberikan saya penghormatan, jadi saya rasa tiada masalah untuk saya sekiranya parti meminta saya balik ke Johor," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat berjaya memecahkan kubu kuat Umno dengan memenangi satu kerusi Parlimen (dari 26 kerusi) dan enam kerusi DUN dari 56 kerusi yang ditawarkan.

Selain mencipta sejarah di Johor, Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS-PKR-DAP berjaya menawan Kedah, Pulau Pinang dan Perak selain mengekalkan Kelantan yang dikuasai PAS sejak 1990. -TMI

Ulasan GB

Nampaknya apa yang GB utarakan pada blog ini lebih 2 tahun lalu (25 Disember 2009) di dalam artikel Pulanglah Perantau, bakal menjadi kenyataan. Pada ketika itu GB mengulas begini, petikan:

Merujuk kepada kedudukan Naib Presiden Sallehuddin Ayub, yang telah dua kali menjadi ahli parlimen PAS dengan memenangi kerusi di Kubang Kerian Kelantan, maka sudah sampai masa kini YB Salehuddin menggunakan pengalaman dan ilmu yang digarap sepajang menjadi wakil rakyat Kubang Kerian kembali ke Johor untuk memperkuatkan PAS Johor pula.

Tempoh dua penggal untuk YB Salehuddin diizinkan menjadi ahli parlimen bagi Kelantan sepatutnya dipandang sebagai jasa PAS Kelantan yang tak terhingga kepadanya.

Sudah banyak pengorbanan dilakukan oleh PAS Kelantan dengan memberi ruang kepada "orang luar" untuk bertanding mewakili mereka. Dan keistimewaan rakyat Kelantan, sekalipun mereka dikatakan pekat kenegerian, namun di dalam soal perjuangan, gi jahanamlah UMNO, kami tetap pilih PAS tak kira siapa yang memakai lambang bulan hatta orang luar sekalipun. Yang penting Islam diutamakan. Maka menanglah Salehuddin, menanglah Hatta, menanglah Nasaruddin walau ketiga-tiga itu datang dari negeri antah berantah sekalipun.

Saya berkeyakinan masa depan PAS di Johor akan terus cemerlang jika Salehuddin yang saya kenal pernah berjuang dari peringkat akar umbi, kemudian sebagai Ketua Pemuda, terpilih menjadi ahli parlimen, kini ditambahi dengan jawatan Naib Presiden, sepastinya mampu melebarkan pengaruh PAS di negeri kelahirannya.

Yang utama, perjuangan diteruskan dan ingatlah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hujan batu di negeri sendiri.

Juteru itu, jom Salehuddin, tanggalkan kot dan talilehermu sebentar, kita harung kampung-kampung seperti dulu-dulu, meredah jawa-jawa yang ada diantaranya masih pekat birunya di Johor itu.


Namun samda beliau menjadi MB Johor jika PR menang di negeri tersebut, ia masih terlalu awal untuk diberikan ulasan. Jika ditanya GB, bolehkah Salehuddin menggalas tugas itu? GB akan menjawab "InsyaAllah, beliau adalah calon MB Johor terbaik yang PAS ada selain dari Dr. Mahfodz, iaitu PJ Johor sendiri".

Baru-baru ini Salehuddin berceramah di tempat GB, dan bekas Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustadz Salleh Yusof, yang turut sama menghadiri ceramahnya, selepas majlis berkenaan mengusiknya, memberikan pengakuan bahawa Salehuddin Ayub sudah banyak berubah, sudah jauh lebih matang dari Salehuddin yang dikenalnya dahulu.

Setakat ini, bagi GB, Salehuddin sebagai Naib Presiden PAS paling kanan, tidak salah pula untuk meletakkan beliau di kerusi parlimen lagi. Jika Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya, maka Salehuddin bersama beberapa pimpinan PAS yang lain seperti Husam Musa, Mahfudz Omar, Dr. Dzulkefly Ahmad, Mohd Nizar Jamaluddin, Dr. Siti Mariah, Datuk Kamaruddin Jaafar, Dr. Hatta Ramli, Dr. Mujahid, Ust Mohd Nasir Zakaria dan beberapa orang yang lain layak menjadi menteri-menteri di dalam kerajaan baru nanti.

Menimba pengalaman sebagai menteri di Pusat kemudian kembali ke Johor sebagai MB adalah diantara perjalanan yang pernah dilalui oleh beberapa orang seperti Ghani Othman sendiri.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Genap 3 Tahun Najib Merampas Perak

Posted: 06 Feb 2012 06:02 AM PST

Genap tiga tahun: Najib ketua perampas di Perak- Nizar

PERAK 6 Feb: Hari ini genap tiga tahun rampasan kuasa di Perak, menyaksikan kerajaan sah dipilih oleh rakyat menerusi amalan pilihan raya, tumbang akibat kerakusan kuasa Umno-BN.

Tarikh ini juga merupakan detik hitam dalam sejarah negara apabila agensi kerajaan diperalatkan untuk menghalalkan rampasan kuasa tersebut, sekaligus menandakan berkuburnya demokrasi di negara ini.

Sempena memperingati hari berkenaan, pemimpin Pakatan Rakyat Perak bersama para penyokong hari ini berpakaian serba hitam dan berkumpul di bawah pohon demokrasi berdekatan Dewan Undangan negeri.

Pimpinan Pakatan Rakyat diketuai bekas menteri Besar yang digulingkan, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin, Datuk Ngeh Kor Ham, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bajkar Hussein dan Naib Presiden KEADILAN, Dr Lee Boon Chai turut memberikan ucapan.

Bercakap kepada keadilandaily, Mohamad Nizar mengingatkan semula kaedah jijik yang digunakan Umno-BN merampas Perak di bawah Pakatan Rakyat, diketuai timbalan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

"Rampasan kuasa berlaku ketika Najib menjadi Pengerusi Umno negeri Perak. Beliau telah mencuri wakil rakyat Pakatan dengan kaedah jijik dan kotor untuk menyeberang kepada wakil rakyat bebas.

"Akibatnya kita (Pakatan) tidak mempunyai majoriti. Najib memainkan peranan sebagai ketua perampas dan ketua perompak dengan mencuri kuasa kerajaan Perak yang sah,"
ujarnya.

Justeru itu katanya, sambutan ini diadakan untuk menyedarkan rakyat tentang tindakan jijik Umno-BN yang tidak mengiktiraf hak mereka.

"Rampasan kuasa di Perak dilakukan dengan cara yang cukup tidak bertamadun di mana pelbagai agensi kerajaan seperti polis dan SPR digunakan.

"Ia merupakan tarikh demokrasi dibunuh di Perak dan Malaysia. Rakyat tidak boleh percaya lagi dengan Umno yang mengkhianati perlembagaan persekutuan, undang-undang tubuh kerajaan negeri dan peraturan dewan," ujarnya.

Sehubungan itu juga, beliau menyeru kepada rakyat Perak dan Malaysia khususnya supaya menumbangkan kerajaan Umno-BN pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita memperingatkan hari ini kepada rakyat Perak dan rakyat Malaysia, dengan harapan mereka akan menjatuhkan BN yang melakukan kezaliman dengan merampas kuasa yang sah," ujarnya. -KD

Ulasan GB

Hukum Kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Najib akan merasai sendiri "dosa" yang dilakukan. Beliau kelak bakal tersungkur. Malah dengan lebih dasyat.

Pada masa itu Najib dan UMNO jangan salahkan Tuhan Yang Maha Menghakimi & Maha Adil.


أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ

Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya? [At-Tiin:8]


PAS Minta Polis Bertindak Adil & Professional Tangani Kes Provokatif

Posted: 06 Feb 2012 04:17 AM PST

Provokatif: PAS gesa polis bertindak adil, profesional

KUALA LUMPUR, 5 Feb: Pihak polis digesa bertindak adil dan profesional dengan tidak memihak kepada parti dan pemimpin-pemimpin tertentu dalam menangani setiap kejadian dalam masyarakat.

Suasana dalam masyarakat kita sekarang amat merbahaya kerana pihak yang berlawan dengan Pakatan Rakyat ternyata cenderung menggunakan tindakan-tindakan provokatif yang melampau, sehingga mengancam nyawa para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata, perkembangan yang tidak sihat itu jika tidak ditangani dengan baik dari sekarang pasti akan lebih menyukarkan lagi pihak polis untuk menanganinya pada masa akan datang.

Menurutnya, kesemua kejadian yang berlaku itu pasti telah diketahui oleh pihak polis kerana ia telah dilaporkan oleh pihak-pihak berkenaan untuk tindakan pihak berkuasa.

Katanya, namun sehingga kini masih juga tidak terdapat tindakan yang sewajarnya dari pihak polis dengan menangkap dan membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan.

"Pada hal, kesemua insiden itu amat serius. Contohnya pada 3 Februari lalu, dua buah kereta dan rumah Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad telah dibakar yang jelas bukan sahaja memusnahkan harta benda, tetapi juga mengancam nyawa Dzulkefly dan keluarganya.

"Apakah mekanism polis untuk menyiasat dan menyelesaikan kes itu? Apakah pihak polis tak tahu kecenderungan penggunaan provokatif yang melampau dari pihak yang terbabit itu dalam hal ini?" katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 3.40 pagi ketika Dzulkefly dan enam anggota keluarganya sedang nyenyak tidur di tingkat atas.

Akibat kejadian itu, dua buah kereta kepunyaan Dzulkefly terbakar dan tingkat bawah rumahnya di Taman Universiti di Johor Bahru pula turut hangus terbakar.

Dzulkefli yang sedang nyenyak tidur terkejut mendengar letupan kuat akibat kebakaran keretanya dan ketika api sedang membakar, beliau sempat mengejutkan seluruh anggota keluarganya untuk keluar dari pintu belakang bagi menyelamatkan diri.

Menurut Mazlan, sebelum itu beberapa kejadian lain telah berlaku, termasuk letupan bom di kawasan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada hari keputusan kes tuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan pada 9 Januari lalu.

Katanya, sebelum itu, turut berlaku kejadian-kejadian provokatif melampau lain dari pihak tertentu yang membabitkan pembakaran surau dan gereja di negara ini, di samping tindakan membaling babi ke dalam kawasan serta ke dalam surau dan masjid.

"Sekarang juga sudah sering terjadi rumah-rumah pemimpin Pakatan Rakyat yang dibaling dengan cat merah serta ancaman ugutan bunuh ke atas para pemimpin Pakatan Rakyat.

"Manakala ceramah-ceramah pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu diganggu dan diceroboh sehingga mencederakan orang awam," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor menegaskan, kesemua kes tersebut jelas menunjukkan penggunaan provokatif yang amat keras dari pihak-pihak terbabit yang sepatutnya disiasat dengan segera dengan terperinci oleh pihak polis.

"Tetapi sehingga sekarang masih juga tidak dilakukan tangkapan oleh pihak polis ke atas mereka yang terbabit, malah perkembangan penyiasatan pihak polis mengenai kejadian-kejadian itu amat mengecewakan," tegasnya.

Sebelum ini, tambahnya, penggunaan provokatif melampau seperti itu berlaku di luar negara dan mereka yang terbabit akan menggunakan mafia dan genstar untuk menjayakan perancangan jahat mereka itu.

"Kini, di negara kita juga sudah berlaku tindakan ganas seperti itu. Ini semua mula berlaku selepas PRU Ke-12 pada tahun 2008 lalu setelah Pakatan Rakyat mendapat sokongan yang kuat daripada orang ramai," katanya.

Kesemua tindakan tersebut, tegas beliau, jelas menunjukkan perkembangan yang tidak sihat terhadap politik di tanah air yang amat perlu dihentikan dan ditangani dengan baik oleh pihak polis.

"Sedangkan di negara-negara maju tidak berlaku sedemikian. Sebaliknya, perkembangan politik mereka berlaku dengan baik. Mereka menghadapi persaingan yang sihat, dengan menggunakan pendekatan hujah, intelektual serta tawaran alternatif kepada rakyat," ujarnya.

Beliau tidak menolak kemungkinan kesemua kejadian itu tidak dilakukan oleh orang biasa, sebaliknya didalangi pemimpin-pemimpin tertentu di negara ini.

Sehubungan itu, beliau bagi pihak PAS berhajat untuk menemui Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, pada 8 Februari ini di Bukit Aman bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkembangan penyiasatan pihak polis mengenai kesemua kes tersebut, di samping keberkesanan tugas pihak polis dalam mengawal ketenteraman dan keselamatan negara.

"Dalam pertemuan itu, saya akan mendesak pihak polis agar menggunakan pendekatan yang betul dalam beberapa aspek termasuk mempercepatkan tindakan dan membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan," tegas beliau. -HD

Tiada ulasan: