Kenyataan Rasmi "lsu Kepala Babi Di Masjid Nurul lman Rawang" Posted: 03 Feb 2012 12:42 AM PST
Seluruh Umat lslam terutamanya anak kariah Masjid Nurul lman Rawang amat terkejut dan merasakan tercabar dengan perletakan kepala babi di hadapan tangga masjid pada tanggal 31hb Jan 2012 yang lalu. lanya barangkali sengaja diletakan sebegitu rupa agar berlakunya permusuhan kaum dan ketegangan agama. Tanpa menuduh kepada mana-mana pihak, kami berpendapat perkara seumpama ini tidak harus berlaku di rumah Allah yang suci ini. Sesungguhnya kami amat kesal kerana Masjid yang menjadi rumah ibadat orang lslam serta menjadi lambang peradaban lslam, telah di cemari dengan isu yang tidak sepatutnya berlaku. Kami pentadbir dan Jawatankuasa MNIR membantah tindakan yang biadap ini dan sama sekali tidak akan menyokong sebarang provokosi sempit yang boleh mengeruhkan suasana harmoni sediada.
Kepada seluruh anak kariah, kami berharap agar bertenang berdepan dengan permasalahan ini, kerana sejarah telah mernbuktikan bahawa ini bukanlah kejadian yang pertama berlaku di tanahair. Sesungguhnya pihak yang berwajib dan berautoriti telah membuktikan kejayaan mereka menyelesaikan masalah ini dengan baik. Untuk makluman semua, laporan polis telah dibuat bagi menangani isu ini. Kami amat yakin dengan kredibilti pihak polis di dalam menyelesaikan isu sensitif seperti ini. Pihak masiid tidak akan bertanggungjawab sebarang tindakan yang bersalahan dengan undang-undang.
Justeru itu marilah kita semua lupakan sengketa yang sengaja ditimbulkan bagi meresahkan kehidupan kita sebagai muslim dengan melaksanakan serta mengimarahkan rumah Allah. Pihak masjid akan menganjurkan siri Munajat dan Solat hajat agar si pelaku diberi hidayah dan keharmonian kaum dapat di kekalkan. Sesungguhnya kami cinta kepada kedamaian dan yakinlah setiap kejadian yang menimpa itu pastilah mempunyai hikmahNya.
Sekian, terima kasih dan Wassalam.
"BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK ISLAM" MASJID NURUL IMAN RAWANG
Yang lkhlas,
ILHAM AKHBAR BIN HARUN Nazir |
Jawatan Menteri Sumber Manusia " Jawatan Boneka " - V Sivakumar Posted: 02 Feb 2012 06:03 PM PST DAP mendakwa pemimpin Umno memperalatkan rakan-rakan MIC untuk menipu masyarakat India demi kepentingan politik mereka.
Sebagai buktinya, timbalan pengerusi DAP Perak V Sivakumar berkata meskipun kepimpinan MIC diberi portfolio Menteri Sumber Manusia, namun tidak ada sebarang perubahan dalam pengambilan pekerja-pekerja baru dari kalangan masyarakat India ke dalam sektor awam.
"Sudah pasti jawatan Menteri Sumber Manusia itu adalah satu jawatan boneka yang tidak boleh membantu masyarakat India.
"Akhirnya terbongkar juga bahawa Menteri Sumber Manusia hanya layak menjadi bahan hiasan dalam kabinet Malaysia. Segala janji-janji yang diberikan masih tidak ditunaikan lagi," katanya dalam satu kenyataan media dan disiarkan dalam portal DAP - Roketkini.
Sehubungan itu, Sivakumar yang juga Adun Tronoh meminta kerajaan BN, khususnya MIC, yang mendakwa mereka membantu masyarakat India supaya menjelaskan tiga persoalan utama tentang kedudukan orang India dalam sektor perkhimdatan awam. - Nyatakan jumlah pegawai dan kakitangan kaum India yang berkhidmat dalam sektor awam pada masa ini?
- Nyatakan peratus pegawai dan kakitangan kaum India dalam sektor awam dibandingkan dengan jumlah keseluruhan kakitangan sektor awam?
- Nyatakan jumlah pengambilan pegawai dan kakitangan baru dari kalangan kaum India di seluruh negara dan pecahan mengikut negeri bagi tahun 2010, 2011 dan 2012?
Menurut Sivakumar, hanya jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut dapat membuktikan sama ada kerajaan BN benar-benar membela kaum India atau hanya cakap kosong sahaja."Sebilangan besar daripada kaum India masih berada di bawah garis kemiskinan dan tidak dapat bersaing kerana beberapa faktor . Satu daripada faktor utama ialah mereka tidak diberi peluang pekerjaan dalam sektor awam."Pada satu ketika dahulu ramai kaum India bekerja dalam sektor awam. Sekarang kita dapat melihat di jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan tertentu langsung tidak mempunyai pekerja India."Kenapakah ini berlaku? Ini sudah semestinya akibat dasar diskriminasi yang diamalkan oleh kerajaan BN yang mempunyai agenda tersendiri," katanya lagi.m/kini
'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia'
™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!! http://zulmamakpng.blogspot.com/ !!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan