Era Pasca |
- RUJUKAN: UMNO dan Valentine's Day
- PANAS!! : Malaysia memberhentikan export minyak ke IRAN kerana ISRAEL!
- BR1M bukan pancing UNDI.. KEPALA HOTAK KAAAAWW!!!
- GEMPAR!!! Dari PERDAGANGAN hinggalah ke VISA ISRAEL-MALAYSIA
- Ternow!! - Artis Islam Malaysia Dakwah Dalam Disko??
RUJUKAN: UMNO dan Valentine's Day Posted: 14 Feb 2012 09:16 PM PST Hari ni telah tamat Valentine's day.. sebagai rujukan mari kita lihat serba sedikit apa yang menteri ni duk meroyan pasal Valentine's Day di Malaysia.. Patut laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... dia ni memang PAPA TERHEBAT!! pasti anaknya gembira... TETAPI... Apa pulak kata Jamil Khir melalui JAKIM? Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim main tarik tali dan meletakkan kesalahan pada TGNA di Utusan... Kononnya karpal Singh mendesak valentine's day boleh disambut. Adakah dia ni bangang atau bingai kerana Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha telah mendesak agar sambutan Hari Valentine's Day tidak dihalang. Begitu juga dengan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang mendesak agar PAS tidak menentang sambutan Hari Valentine's Day? UMNO NI PELIK PELIK SKET.. TUNGGANG LANGGANG!! PATUT LA PENGIKUT DIA PUN DAH BENGONG! |
PANAS!! : Malaysia memberhentikan export minyak ke IRAN kerana ISRAEL! Posted: 14 Feb 2012 07:36 PM PST Tulis Tun Mahathir di blognya, chedet.cc, beliau berkata kerajaan yang ada sekarang tidak disenangi oleh Amerika kerana bersikap berkecuali, berbaik-baik dengan Cina dan Russia dan tidak menyokong sentimen Barat terhadap Iran dan beberapa negara lain. "Calon Amerika dan Israel untuk mendiri kerajaan boneka ialah Anwar Ibrahim. Sejak awal lagi mereka menjalin hubungan yang rapat dengan Anwar. "Memang pun Malaysia menjadi calon untuk 'regime change' kerana Malaysia tidak mengiktiraf Israel dan mengkritik beberapa dasar Amerika Syarikat. Kah..kah..kah.. aku kurang pasti adakah Tun mula menjadi seorang pelupa (nak kata nyanyuk… tak tergamak pulak aku..) atau Tun sememangnya tidak tahu menahu langsung, bahawa Malaysia baru saja menunjukkan kesetiaannya kepada Israel. Malaysia dengan jelas sebenarnya telah menunjukkan kepada dunia bahawa Negara ini yang ditadbir oleh UMNO/BN telah menyokong sentiment Barat terhadap Iran.. Ini kerana pada 8hb Feb yang lalu Reuters edisi US telah melaporkan, pengeksport minyak kelapa sawit dari Malaysia telah menghentikan dari membekalkan minyak kelapa sawit kepada Iran yang merupakan sebuah Negara Islam. Penghentian penghantaran ini melibatkan 30,000 tan minyak sawit yang merupakan sebahagian dari keperluan Iran bagi setiap bulan – sila baca laporannya di SINI Tindakan ini adalah sejajar dengan tindakan Amarika Syarikat dan dunia barat yang melaksanakan sekatan ekonomi baru terhadap Iran. Amerika Syarikat dan sekutunya dari barat telah mengumumkan melaksanakan sekatan ekonomi baru ke atas Iran dengan mensasarkan industri gas dan petrokimia serta sistem perbankan. Berkecualikah macam tu Tun?? Jadi apa rasionalnya atau apa perlunya Amerika, Israel mahu kerajaan yang ada sekarang ditukar? ******************************************* Dr M: Amerika, Israel mahu kerajaan sekarang ditukar Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa Amerika Syarikat dan Israel berminat melihat kerajaan di Malaysia sekarang ditukar seperti yang berlaku di Asia Barat. Menulis di blog chedet.cc, beliau berkata kerajaan yang ada sekarang tidak disenangi oleh Amerika kerana bersikap berkecuali, berbaik-baik dengan Cina dan Russia dan tidak menyokong sentimen Barat terhadap Iran dan beberapa negara lain. "Calon Amerika dan Israel untuk mendiri kerajaan boneka ialah Anwar Ibrahim. Sejak awal lagi mereka menjalin hubungan yang rapat dengan Anwar. "Memang pun Malaysia menjadi calon untuk 'regime change' kerana Malaysia tidak mengiktiraf Israel dan mengkritik beberapa dasar Amerika Syarikat. "Adalah menjadi harapan Amerika, apabila 'regime change' berjaya di Malaysia dan Anwar menjadi Perdana Menteri maka mungkin Malaysia akan ada hubungan diplomatik dengan Israel dan menjauhkan diri dari perjuangan Palestin. "Dengan ini sebuah kerajaan boneka akan tertubuh di Malaysia yang akan sokong apa sahaja usaha Amerika untuk menakluk dunia," kata Mahathir. Beliau mengulas kenyataan bekas timbalannya itu semasa ditemubual dengan majalah Wall Street Journal yang berkata beliau menyokong usaha "melindungi keselamatan negara Israel". Pada masa yang sama, pada wawancara itu, Anwar turut menegaskan bahawa kepentingan sah rakyat Palestin juga mesti dilindungi. Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel tetapi kerajaan mengakui bahawa mereka tidak boleh menghalang syarikat-syarikat swasta daripada berurus niaga dengan rejim itu. Malaysiakini MALAYSIA INI ADA MACAM-MACAM MASALAH KAN,KAN,KAN |
BR1M bukan pancing UNDI.. KEPALA HOTAK KAAAAWW!!! Posted: 14 Feb 2012 06:50 AM PST Jap.. jap.. aku masih gelak tanpa henti hingga nak makan aku gelak, nak mandi aku gelak, nak tido pun aku gelak.. Mari baca petikan yang dipetik dari Sinar Harian.. Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan kononnya program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bermotifkan politik bertujuan meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya akan datang. Timbalan Perdana Menteri berkata program itu diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meringankan beban rakyat yang terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga barangan sekarang ini. "Niat kita baik, tidak ada muslihat. Program yang kita janjikan ini adalah praktikal," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat dan Perasmian Sentuhan Rakyat di Padang Pekan Semporna Apa pendapat korang tentang ini? Kenapa ada lambang BN? Siap tulis UNDILAH BARISAN NASIONAL. Kenapa x letak je lambang kerajaan pusat? SOALAN CEPUMAS (CEPUK MUKA PUN BOLE): INI DUIT RAKYAT KE DUIT UMNO-BN? |
GEMPAR!!! Dari PERDAGANGAN hinggalah ke VISA ISRAEL-MALAYSIA Posted: 14 Feb 2012 05:23 AM PST Walaupun website ni menggunakan bahasa yang memang memeningkan kepala, redah punya redah... aku terjumpa sesuatu.. bukan setakat aku je, ada gak kengkawan lain kat fb secara tak langsung jumpa bende sama.. bagus la... UMNO kene jawab, kerajaan Barisan Nasional kene jawab ni... Jangan duk sibuk tenyeh pemikiran rakyat bahawa Anwar Ibrahim tu 'kamcing' ngan Israel.. Rakyat makin dibodohkan, dilembukan hari ke hari... Lebih mengejutkan... Hasil dari pemberian seorang sahabat di fb juga menunjukkan bahawa memang ada 'operasi bawah tanah' yang menguruskan VISA dari Malaysia ke Israel yang berpengkalan di Singapura. Patut la.... Kalau Malaysia memang x berurusan ngan Israel, takde maknenye diorang buat office kat Singapore buat VISA utk rakyat Malaysia... So? Nak cakap apa lagi? UMNO-APCO BUKTI JELAS, KAPAL DAN KONTENA MILIK ZIM BUKTI JELAS, USAHASAMA MITI JUGA BUKTI JELAS.. MASIH BUTA KE? 1Malaysia 1Israel PUN BUKTI JELAS GAK!!! KALAU BUTA GAK AKU TAK TAU LAAAAA.. |
Ternow!! - Artis Islam Malaysia Dakwah Dalam Disko?? Posted: 14 Feb 2012 04:20 AM PST Gua sokong hajat lu.. kah kah kah.. Ramai di luar sana yang meminati Johan As'ari bukan sahaja kerana lakonannya, tetapi kerana latar belakang pendidikannya. Untuk makluman, Johan pernah belajar di sekolah tahfiz Pondok Persantren As-Syuhada, Pasar Lubok Landai, Muara Bungo, Jambi, Indonesia pada tahun 2008 dan 2009. Dan baru-baru ini, Johan mengakui yang dia cuba berdakwah melalui cara tersendiri menerusi lakonannya. pembaca tolong jgn gelak.. Johan:- Saya bukanlah hebat mana pun kerana hanya berjaya menghafal satu juzuk setengah kitab Al-Quran sahaja. Tetapi saya akan tetap berdakwah dengan cara yang tersendiri menerusi bidang lakonan yang saya ceburi. Itu niat yang dipegang, Harap-harap, orang luar tidak memandang skeptikal terhadap diri ini. Bayangkan, bagaimana kita mahu mendidik anak-anak remaja kita dalam kelab malam jika berpakaian jubah? Sudah pasti mereka tidak akan layan. Justeru itu saya mahu mendidik mereka menerusi cara saya yang tersendiri. Insya-Allah, jika kita jujur, maka kita akan peroleh hasil seperti yang diinginkan. Abbs© - lu suka la der.. gua tak kisah pun.. jgn lu nak dakwahkan mereka, lu yg kena dakwah nanti dgn mais, jais, dan es es es.. serta hasan ali mb pusi.. dan zul jati pusi.. kah kah kah.. GUA TERHARU.. KAH KAH KAH.. |
You are subscribed to email updates from Era Pasca GROUP To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan