DUNIACACAMARBA |
- Rokok Elektronik Meletup: Gigi Tercabut, Muka Terbakar
- Kerana Cemburu, Lelaki Gay Racun 15 Lelaki
- [Video] Kapal Dagang Israel Pernah dan Sedang BERLABUH di Malaysia, BN Terang-terangan MENYOKONG ISRAEL dari Segi Ekonomi!!!
- Kalau "Takut Bini", Mengapa Pergi Premis Hiburan?
- "Ustaz" Tua Dicekup dengan Wanita Muda
- Malek Noor yang Pernah Mengaku 34 Tahun Tidak Beribadat Sebelum Dapat Hidayah, Kini Mahu Berkahwin
- Kerana Iktiraf dan Beri Ijazah Kehormat kepada Rosmah, Universiti Curtin Dikritik Hebat di FB
- [KANTOI] Dr Dzulkefly Ahmad Dakwa Najib TEMBERANG Fasal Defisit Negara
- Dr Asri SINDIR Orang Politik Mempergunakan AGAMA untuk Kepentingan Diri, Siapa Lagi Kalau Bukan...
- Artis Nafi Beraksi BOGEL
- Warga Emas Berahi Didakwa Rogol Wanita Balik dari Sawah
- Tangan PUTUS Ditetak Penyamun
- Artis Dakwa Dibelasah Suami
Rokok Elektronik Meletup: Gigi Tercabut, Muka Terbakar Posted: 17 Feb 2012 06:00 AM PST
Berita AFP melaporkan seorang lelaki mengalami kecederaan pada mukanya selepas rokok elektronik yang disedutnya meletup dalam mulutnya. Hal itu berlaku dipercayai berpunca daripada kerosakan kerosakan bateri. Ekoran letupan itu, beberapa batang gigi depan lelaki itu tercabut, secebis lidahnya terputus dan wajahnya turut terbakar teruk, kata pegawai bomba Pensacola, Florida, semalam. "Analogi terbaik adalah hal itu seperti meletakkan botol berisi roket di dalam mulut anda lalu roket itu meletup," kata Ketua Bahagian Jabatan Bomba North Bay, Joseph Parker. "Bateri tercampak daripada tiub dan menyebabkan alat itu terbakar," katanya. Pegawai bomba tidak mendedahkan identiti mangsa berikutan polisi jabatan itu, tetapi laman Facebook di bawah nama Tom Holloway, 57, dipenuhi dengan pengunjung yang memberikan komen tentang kecederaan itu dan pencarian di pangkalan data menunjukkan alamatnya pada laporan di jabatan bomba berpadanan dengan namanya. Holloway berada di pejabat di kediamannya apabila alat itu meletup menyebabkan kusyen kerusi, gambar, permaidani dan alatan pejabat terbakar. -DCM | ||
Kerana Cemburu, Lelaki Gay Racun 15 Lelaki Posted: 17 Feb 2012 04:30 AM PST Jakarta Post melaporkan pihak polis di Nganjuk, Jawa Timur menyiasat satu kes pembunuhan yang melibatkan seorang lelaki yang mengaku menggunakan racun tikus terhadap 15 lelaki. Tindakannya itu menyebabkan empat kematian. Semuanya gara-gara perasaan cemburu. Ketua Presint Nganjuk, Komisioner Kanan Adjutan Anggoro Sukartono berkata, Mujianto 24, dari Kampung Jatikapus, Terokan, Kediri, Jawa Timur, mengaku melakukan jenayah itu kerana dia cemburu dengan teman lelaki pasangan gaynya. Mujianto menemukan nama rakan-rakan lelaki kekasihnya dalam telefon bimbit kekasihnya Joko. Dia merasa curiga kerana 15 lelaki itu mempunyai hubungan intim dengan Joko. "Hari ini, dia sekali lagi mengaku di hadapan pihak media yang dia membunuh 15 lelaki kerana dia rasa mereka mempunyai hubungan dengan kekasihnya, Joko," katanya. Tambahnya lagi, pihak polis masih menyiasat pengakuan yang telah dibuat. Pembunuhan yang melibatkan teman lelaki cemburu, pernah berlaku sebelum ini di Indonesia. Very Idham Henyansyah atau Ryan, dijatuhkan hukuman mati pada 6 April 2009 kerana membunuh sekurang-kurangnya 10 orang. Ryan merompak mangsa sebelum membunuh mereka dan menanam mereka di halaman rumah ibu bapanya di Jombang, Jawa Timur. -DCM | ||
Posted: 17 Feb 2012 03:30 AM PST Melayu mudah lupa. Malaysia pernah membenarkan kapal dagang Israel berlabuh di Pelabuhan Klang sekitar Mei dan Jun 2010. Keterangan tentang hal ini seperti yang dilaporkan oleh TV9 dan Bernama ada dinyatakan pada ruang info video di atas. Blog Milo Suam pula hari ini mendedahkan dua buah kapal dagang Israel sedang berlabuh di Pelabuhan Klang. Pada 16 Febuari 2012 (semalam), dua buah kapal milik syarikat perkapalan Israel,iaitu ZIM USA dan ZIM Atlantic dilihat menurunkan ratusan kontena di Pelabuhan Klang (Westport). Aktiviti pemunggahan kargo itu jelas membuktikan hubungan dagang antara Malaysia dengan Israel. Sambung baca di sini. P/s: Anwar baru menyebut dalam WSJ "I support all efforts to protect the security of the state of Israel a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.", namun Malaysia di bawah BN bukan sahaja menjalinkan hubungan dagang dengan Israel (menyokong dari segi ekonomi), malah didakwa menjadi pak turut kepada Israel apabila menghentikan eksport minyak sawit ke Iran. Hal ini ada dilaporkan oleh Reuters. SAMM pula mendedahkan Malaysia mengeksport minyak sawit ke Israel. Butiran hubungan dagang antara Malaysia dengan Israel boleh dibaca di sini. Menurut daran EU, Malaysia ialah rakan dagang Israel yang ke-15. Melayu, terutama Melayu UMNO, jangan mudah lupa! | ||
Kalau "Takut Bini", Mengapa Pergi Premis Hiburan? Posted: 17 Feb 2012 01:00 AM PST Saya petik: [Kosmo] PUCHONG - Seorang pemilik bengkel yang mempunyai perangai 'takut bini' sanggup mencederakan diri dan cuba merasuah polis dengan harapan dia tidak ditahan sekali gus dapat menutup tembelangnya mengunjungi premis hiburan daripada pengetahuan isterinya. Bukan itu sahaja, lelaki itu turut memarahi anggota polis yang membuat serbuan sebelum berlari ke sana sini. Dia juga cuba mencederakan dirinya dengan memecahkan botol-botol arak dan hendak merasuah RM150 kepada polis agar dia dilepaskan kerana bimbang akan dimarahi isteri jika kegiatannya terbongkar. Bagaimanapun, tindakan lelaki berusia 35 tahun itu langsung tidak memberi kesan kepada sepasukan polis dari Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman yang menyerbu premis berkenaan di Bandar Puteri di sini pada pukul 12.30 pagi semalam. Ketua Unit D7 Bukit Aman, Asisten Superintendan Shahrul Nizam Jaafar berkata, untuk meredakan keadaan, pihaknya terpaksa menahan lelaki itu mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam. "Ketika serbuan dibuat, dia sedang minum arak bersama seorang rakannya dan bertindak agresif apabila pemeriksaan dibuat. "Pada awalnya, rakannya cuba menenangkannya namun gagal apabila dia mula hilang kawalan," katanya ketika ditemui di sini semalam. P/s: Macam-macam gelagat manusia! | ||
"Ustaz" Tua Dicekup dengan Wanita Muda Posted: 16 Feb 2012 11:00 PM PST Saya petik: [SH] PERMATANG PAUH – Seorang pengarah syarikat produk makanan yang juga kakitangan awam sebuah syarikat pelabuhan bergelar ustaz dicekup kerana bersekedudukan dengan seorang wanita bukan muhrim di sebuah rumah dekat Pangsapuri Pesona, di sini, petang semalam. Serbuan ke atas rumah yang terletak di Blok A pangsapuri itu dilakukan Biro Keselamatan Persatuan penduduk Pangsapuri Pesona, kira-kira jam 6 petang selepas menerima aduan daripada jiran tetangga. Sinar Harian difahamkan, lelaki berusia lingkungan 50-an itu sudah berkahwin dan mempunyai anak dan tinggal di Lunas, Kedah. Difahamkan juga, rumah di pangsapuri itu dibeli dari seorang doktor kira-kira dua tahun lalu hanya dijadikan sebagai tempat persinggahan. Sementara itu, wakil biro yang hanya mahu dikenali sebagai Lan berkata, intipan sudah dibuat ke atas rumah berkenaan sejak setahun lalu selepas pihaknya banyak menerima aduan daripada jiran lelaki berkenaan. Menurutnya, lelaki itu didakwa menggunakan tiga kenderaan berbeza setiap kali singgah ke pangsapuri itu, selain mendakwa setakat ini kira-kira enam wanita berlainan dibawa masuk ke rumah berkenaan. "Ketika serbuan dilakukan, lelaki itu enggan memberi kerjasama dan hanya membuka pintu selepas kira-kira 20 minit diketuk. Apabila pintu dibuka, dia hanya berkain pelekat dan berbaju, manakala wanita itu pula sudah menanggalkan tudungnya. "Pada mulanya, dia memberitahu bahawa wanita berusia lingkungan 20-an itu adalah anaknya. Tetapi, apabila pemeriksaan dilakukan ke atas kad pengenalan kedua-dua mereka mendapati sebaliknya. Dia kemudiannya menukar kenyataan pula dengan mengatakan wanita itu anak saudaranya dan memberi alasan mahu memberikan gula kepada wanita itu," katanya. Dalam pada itu, ibu wanita berkenaan yang tiba tidak lama kemudian dilihat terkejut dengan situasi yang berlaku dan mengakui lelaki itu adalah anak angkatnya. Pengerusi Kariah Masjid Timah, Ibrahim Talib turut hadir bagi memberi nasihat kepada pasangan berkenaan. Kedua mereka kemudiannya diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. P/s: Kalau k**** dah gatal, terlebih power, kahwinlah 2,3,4 jika boleh berlaku adil dan mampu dari segi kewangan. | ||
Malek Noor yang Pernah Mengaku 34 Tahun Tidak Beribadat Sebelum Dapat Hidayah, Kini Mahu Berkahwin Posted: 16 Feb 2012 10:07 PM PST Saya petik: [Mstar] PETALING JAYA: Bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor akan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang doktor pakar. Malek berkata, majlis pernikahannya dengan ibu kepada lima orang anak itu akan diadakan secara sederhana di rumah keluarga perempuan di Kota Baharu, Kelantan pada 12 Mac depan. Majlis resepsi perkahwinan pula akan diadakan sehari selepas itu di Hotel Renaissance, Kota Baharu. Menurut Malek, dia amat bersyukur ketika berusia 56 tahun, Allah menemukan jodohnya dengan seorang wanita yang benar-benar mengambil berat terhadapnya selain bersifat penyayang. "Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana membuka pintu hati saya untuk berkahwin dan menemukan saya dengan wanita yang benar-benar baik untuk dijadikan seorang isteri," katanya kepada mStar Online di sini, Khamis. Malek yang masih mahu merahsiakan identiti wanita tersebut berkata, dia mengenali doktor berkenaan yang bekerja di sebuah hospital swasta dekat sini sejak empat bulan lalu ketika membincangkan urusan perniagaan. Katanya, selepas pertemuan itu mereka sering berhubung sehinggalah wanita tersebut bertanyakan sama ada selesa atau tidak untuk berkawan. Kata Malek, secara jujurnya dia membalas pertanyaan wanita itu dengan baik sehinggalah timbullah perasaan sayang dalam diri masing-masing. "Sejak hari itu kami sering memanggil diri kami dengan perkataan "sayang" sehinggalah saya membuat keputusan untuk menjadikannya sebagai isteri," katanya. Menurut Malek lagi, dia bertambah gembira kerana kelima-lima bakal anak tirinya yang ada di antaranya sudah bekerja dan berumah tangga boleh menerimanya dalam keluarga mereka. Sementara itu menurut Malek, dia memilih tarikh 12 Mac 2012 sebagai detik terindah untuk bergelar suami kerana mahu mengimbas perjalanannya ke Tanah Suci, Mekah pada tarikh sama tahun lalu untuk mengerjakan umrah. Katanya, semasa di Mekah, dia memohon doa kepada Allah agar memberi hidayah kepadanya serta petunjuk termasuklah mengenai calon isteri. Selepas pulang daripada mengerjakan ibadah tersebut kata Malek, perjalanan hidupnya menjadi semakin mudah sehinggalah dia bertemu dengan wanita berkenaan. "Wanita itu berjaya mengubah hati saya untuk bergelar suami. Segala-galanya selepas Allah mempermudah doa-doa saya. Syukur sekali," katanya. Selain aktif dalam sukan bina badan, Malek pernah berlakon beberapa buah filem termasuklah Ujang (1989), Juara (1991), Rimba Malam (1992) dan Sahabat (1992). Beliau sebelum ini mengaku tidak pernah melakukan ibadat selama 34 tahun tetapi akhirnya mendapat hidayah selepas mendengar azan Maghrib dari masjid KLCC yang terletak berdekatan rumahnya di sebuah kondominium mewah di kawasan terbabit. P/s: Alhamdullilah | ||
Kerana Iktiraf dan Beri Ijazah Kehormat kepada Rosmah, Universiti Curtin Dikritik Hebat di FB Posted: 16 Feb 2012 09:31 PM PST Saya petik: [KD] KUALA LUMPUR 16 Feb: Laman Facebook Universiti Curtin dihujani pelbagai komen tidak puas hati dari sebilangan rakyat Malaysia, ekoran tindakan universiti itu menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat kepada isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Setakat berita ini ditulis, terdapat hampir 28,000 pengguna Facebook menyukai laman berkenaan dan mereka meneruskan kritikan bertalu-talu terhadap Rosmah dan Universiti Curtin. Universiti di Australia yang turut mempunyai cawangan di Sarawak dan Singapura itu sebelum ini menganugerahkan ijazah Doktor Kehormat Persuratan kepada Rosmah, kononnya sebagai mengiktiraf daya usahanya dalam pembangunan pendidikan terutama pendidikan kanak-kanak menerusi program Permata Negara. Program Permata Negara yang baru memasuki usia tiga tahun telah membelanjakan kira-kira RM211 juta wang rakyat. Rosmah, baru-baru ini sekali lagi menimbulkan kemarahan rakyat apabila dikatakan membelanjakan RM323,000 bagi membeli 61 helai pakaian daripada butik eksklusif Carl Kapp semasa percutiannya ke Sydney, Disember tahun lalu. Pendedahan itu dibuat menerusi kolum yang ditulis oleh Andrew Hornery mengenai Rosmah yang disiarkan akhbar Sydney Morning Herald. Selain itu, beliau sebelum ini turut didakwa membeli cincin berlian berharga RM24 juta, dan beg jenama mewah Birkin yang mencecah ratusan ribu ringgit. Berkaitan: Curtin mohon maaf iktiraf Rosmah wanita pertama [MK] Universiti Curtin di Australia memohon maaf kerana merujuk kepada Datin Seri Rosmah Mansor sebagai wanita pertama Malaysia, apabila mengumumkan bahawa isteri perdana menteri itu akan dianugerahkan dengan ijazah Doktor Kehormat Persuratan. Dalam satu kenyataan hari ini naib canselor universiti itu, Jeanette Hacket, berkata Curtin mengambil perhatian berhubung bidasan orang ramai atas pemberian ijazah berkenaan dan juga mengenai penggunaan istilah "wanita pertama". "Kami juga mengakui penggunaan istilah 'wanita pertama' mungkin menyinggung sesetengah pihak dan kami memohon maaf mengenainya. "Kami tidak lagi akan menggunakan istilah itu dan telah menerbitkan semula kenyataan media kami dengan perubahan yang dibuat itu," kata Hacket. Kenyataan itu dipaparkan pada laman web rasmi universiti itu di Facebook. Sebelum ini, warga maya, khususnya dari Malaysia yang tidak berpuas hati telah membuat bantahan dan mencemuh Curtin. Mengenai kritikan sama ada Rosmah layak dianugerahkan ijazah Doktor Kehormat Persuratan, Hacket berkata bahawa universiti berkenaan tetap dengan pendirian mereka. P/s: Amat memalukan! | ||
[KANTOI] Dr Dzulkefly Ahmad Dakwa Najib TEMBERANG Fasal Defisit Negara Posted: 16 Feb 2012 08:30 PM PST Saya petik: (Harakah Daily) - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta tidak temberang kepada rakyat dengan mengatakan defisit negara telah turun kerana inilah salah satu punca kenapa Greek bankrap. Ini kerana, pengumuman Najib bahawa defisit negara turun dari 5.6 tahun 2010 ke 5.0 % dalam tahun 2011 adalah tidak benar. "Suka PAS dan Pakatan ingatkan Najib, negara Greek bankrap kerana berbelanja besar melalui cara off-budget atau off-balance sheet sebegini," kata Dr Dzulkefly Ahmad kepada Harakahdaily. "Kerajaan BN berbelanja bukan sahaja menggunakan peruntukan dalam bajet tetapi juga sebagai perbalanjaan di luar bajet atau perbelanjaan off-balance sheet, dalam bentuk contingent liablities – hutang pihak GLCs (IMDB, SPNB, PTPTN dll) yang dijamin (underwrite) kerajaan Pusat. "Ini tidak termasuk dalam perkiraan defisit tetapi tetap menjadi hutang awam atau hutang kerajaan Pusat ketika mereka gagal membayar dan sekaligus akan di'bailout' oleh kerajaan Pusat," kata Dr Dzulkefly Ahmad yang juga ahli Parlimen Kuala Selangor. Beliau yang juga AJK PAS Pusat dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mengulas kenyataan yang dinyatakan Najib melalui Twitternya hari ini. Beliau yakin, isu ini bakal menjadi laporan utama media BN esok. "Setelah laporan pertumbuhan 5.2% dalam suku-4 tahun 2011 mengisi dada akhbar arus perdana, esok pengumuman PM Najib tentang penurunan defisit fiskal yang dalam Twitternya hari ini akan mengisi muka depan akhbar media-BN esok. "Beliau gembira kerana defisit turun dari 5.6 tahun 2010 ke 5.0 % dalam tahun 2011," kata Dr Dzulkefly kepada Harakahdaily. Dr Dzulkefly mengingatkan agar Najib jangan terlalu gembira kerana penurunan defisit itu 'tidak defisit sebenar. Angka defisit sebenar adalah jauh lebih besar sekaligus angka defisit fiskal juga berada pada peratus lebih tinggi nisbah KDNK, katanya. Beliau merujuk laporan Kementerian Kewangan yang melaporkan hutang 'contingent liabillities' sudah ke paras RM97 bilion. "Pertama hutang awam sebenarnya bukan RM456 bilion atau 53.5 % KNDK tetapi sudah pun melepasi 63 % KDNK atau melepasi had hutang yang dizinkan oleh Akta Pinjaman Kerajaan (1983) yang menghadkan pinjaman kerajaan pusat (dalam negara, bukan hutang luar) terhad pada paras 55 % dari KDNK. "Maka pada hakikatnya Kerajaan BN-Najib sudah melepasi had 55 % KDNK! "Sebab itu, The Eddge FinancialDaily hari Isnin membawa laporan muka depannya dengan tajuk hutang awam sudah tidak lagi 'sustainable' atau tidak mapan (lestari)," katanya dalam kenyataan itu. Bagi beliau, Najib sekali lagi mahu 'mengelabui' mata rakyat dengan defisit fiskal (kewangan). Katanya, memang sudah 13 tahun kerajaan BN terus-terusan berbelanja besar lantas berhutang besar..samada masa mewah dengan tidak menabung dan semasa ekonomi lembap dengan alasan mengepam ekonomi –pump-priming..wirid biasa mereka! "Kini Najib jangan nak temberang rakyat lagi dan perlu segera menguruskan kewangan negara dengan berhemah dan mapan seperti yang ditegur dan dikritik oleh Laporan Ketua Audit Negara!" kata beliau. Beliau meminta Najib menerima hakikat bahawa negara berdepan dengan dunia yang menguncup dan tidak menentu, maka adalah mustahak untuk menentukan keutamaan dalam berbelanja dan meringankan keperitan dan beban rakyat..."dan tak payah nak mengelabui mata rakyat lagi!" | ||
Dr Asri SINDIR Orang Politik Mempergunakan AGAMA untuk Kepentingan Diri, Siapa Lagi Kalau Bukan... Posted: 16 Feb 2012 08:00 PM PST Saya petik: [TMI] KUALA LUMPUR, 17 Feb — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Zainul Abidin menegaskan pemimpin parti politik perlu "memisahkan" agama dari politik agar kesucian sesuatu agama itu terjamin dan dihormati. Dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider, Asri berkata pemimpin politik sering mempergunakan agama untuk kepentingan sendiri semata-mata mahu menyelamatkan diri dan menghalang kebenaran. "Saya tidak menyokong pemisahan agama dari politik tetapi saya menyokong memisahkan agama dari penyalahgunaan golongan politik. "Lebih elok politik yang berpisah dari agama dibandingkan politik yang mempergunakan agama," katanya. Jelas beliau (gambar), sesuatu agama akan dipandang serong sekiranya ia dipergunakan pihak tertentu. "Sebab itu amatlah merbahaya apabila agama itu telah menjadi senjata mereka yang pandai berbicara untuk kepentingan kuasa dan diri. Hakikat Tuhan akan disalahertikan oleh manusia. "Ajaran kebenaran akan dipandang serong. Manusia akan kecewa dengan ajaran Tuhan yang dianggap tidak memenuhi panduan keadilan dan rahmat. Sebab itu agama Islam ini tertegak atas fakta dan hujah. Bukan khayalan dan mimpi," katanya. Tambah Asri, pemimpin politik seharusnya sedar dan tidak lagi menjadikan agama sebagai "mangsa" dan "alat" untuk tujuan peribadi. "Maka tidak hairan jika melihat nama Tuhan sering dipergunakan oleh ahli politik, ahli perniagaan, bomoh, ustaz, penjenayah, perasuah dan segala jenis manusia yang berkepentingan. "Dalil-dalil diputar dan dipusing agar dapat menjelma dalam rupa reka kehendak yang berbicara. Ia bukan hanya berlaku dalam kalangan umat Islam sebaliknya semua agama," katanya. Dalam kenyataan itu, beliau turut menyentuh mengenai seorang pemimpin yang baru dipecat keanggotaan dari sebuah parti — merujuk kepada Datuk Dr Hasan Ali, yang bangkit memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu. "Saya juga lucu apabila ada seseorang berceramah tentang perjuangan murninya setelah dipecat ialah membela Islam, Melayu dan raja-raja Melayu sedangkan Melayu tidak semestinya selari dengan Islam demikian juga raja. "Jika Islam diyakini syumul, membela Islam bererti terbela segala bangsa, raja dan rakyat. Namun apabila Islam dipergunakan, Islam dinodai untuk tujuan tersendiri. Bagaimana dengan rakyat bawahan seperti kita?" katanya. Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat awal Januari lalu, akan menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dinamakan "Jati" untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu. P/s: Hanya orang yang "buta" tidak nampak niat sebenar HA. | ||
Posted: 16 Feb 2012 06:50 PM PST
Saya petik: [HM] KUALA LUMPUR: Gara-gara gambar bogel palsunya tersebar di laman sesawang hiburan tempatan, pelakon utama filem Karipap-Karipap Cinta, Noor Melia Aimiellia Zaidi atau Melia, 18, diugut mahu dicederakan. Melia ketika dihubungi di sini, semalam berkata, gara-gara gambar palsu terbabit, ada antara saudara-maranya mengugut mahu memukulnya sekiranya didapati gambar itu benar dirinya. "Saya tidak tahu menahu mengenainya sehinggalah pagi tadi (semalam) ada pihak produksi memberitahu mereka tidak dapat mengambil saya berlakon kerana bimbang digam stesen televisyen gara-gara gambar bogel dan klip video selama 30 minit sudah tersebar. "Kebetulan saya baru habis penggambaran drama Titisan 13 episod untuk RTM, dan sudah tentu kenyataan ada stesen televisyen mahu 'gam' saya cukup membimbangkan," katanya. Jelas Melia lagi, dia sudah pun menyaksikan gambar terbabit, tetapi tidak dapat melihat klip video dimaksudkan. Malah, gambar terbabit sudah pun ditunjukkan kepada ibu bapanya. | ||
Warga Emas Berahi Didakwa Rogol Wanita Balik dari Sawah Posted: 16 Feb 2012 06:15 PM PST Saya petik: [HM] KENINGAU: Seorang wanita yang baru pulang mengerjakan sawah bukan saja diacu parang di leher sebelum dirogol, malah turut diugut akan ditembak mati menggunakan senjata api bakakuk dalam kejadian sebuah kampung di Sook, di sini, 10 Februari lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa berusia 39 tahun yang trauma dengan kejadian itu, akhirnya membuat laporan polis, kelmarin, selepas didesak suaminya. Difahamkan, ketika kejadian mangsa dipercayai berjalan kaki untuk pulang ke rumahnya sebelum terserempak dengan suspek dikenalinya berusia 54 tahun yang menetap di kampung berhampiran. Secara tiba-tiba suspek terus memeluk mangsa daripada belakang termasuk mengacukan parang ke leher supaya tidak melawan atau melarikan diri. Mangsa yang ketakutan hanya mendiamkan diri sebelum diseret ke hutan berhampiran sebelum dirogol. Sebaik pulang ke rumah, mangsa menceritakan kejadian itu kepada suami sebelum mereka membuat laporan polis. Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Zahari Mohamed ketika dihubungi mengesahkan mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Keningau, lima hari selepas kejadian itu berlaku. "Mangsa membuat laporan polis selepas didesak suaminya dan dia mendakwa diugut dan dirogol lelaki dikenali. "Sebaik menerima maklumat, sepasukan polis bergegas ke rumah lelaki terbabit dan suspek berjaya diberkas kira-kira jam 6.35 petang, hari sama," katanya. Katanya, polis turut merampas dua senapang angin, dua bakakuk, 11 peluru dan lima peluru hidup untuk siasatan lanjut. "Suspek kini ditahan mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan kerana merogol. "Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan," katanya. | ||
Posted: 16 Feb 2012 05:50 PM PST Saya petik: [HM] KUALA LUMPUR: Lapan jam masa diambil sekumpulan doktor Hospital Gleneagles bagi menyambung semula pergelangan tangan kiri seorang pengurus syarikat insurans yang terputus selepas ditetak seorang lelaki yang cuba menyamunnya dalam kejadian di Jalan Ampang, malam 3 Februari lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam itu, mangsa yang berusia 40-an dalam perjalanan untuk bertemu rakan di sebuah restoran memberhentikan keretanya sebaik tiba di tempat kejadian selepas melihat sebuah kereta Perodua Kancil dinaiki dua lelaki dan seorang wanita mengalami kerosakan dan menawarkan khidmat untuk membantu. Bagaimanapun, sebaik berhenti dan keluar dari kereta, tiba-tiba seorang daripada lelaki terbabit yang bersenjatakan parang menyerang dan menetak pergelangan tangan kirinya hingga putus. Mangsa sempat melarikan diri dengan masuk semula ke dalam keretanya sebelum memandu ke Hospital Gleneagles sejauh kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian dalam keadaan tangannya berlumuran darah. Pakar Trauma, Bedah dan Mikro Surgeri hospital berkenaan, Dr R Palani yang mengetuai pembedahan itu, berkata dia bersama seorang lagi doktor bersama-sama dua jururawat, seorang pembantu perubatan dan pemandu ambulans mengambil masa setengah jam untuk mencari tangan mangsa yang tertinggal di kawasan kejadian. "Keputusan untuk mencari tangan itu dibuat Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan, Dr Marry Anne yang mendesak mangsa memberitahu lokasi kejadian memandangkan kami percaya tangan itu masih boleh diselamatkan. "Sebaik mangsa memberitahu lokasi, kami segera ke sana untuk mencari dan berjaya menemui tangan itu di atas laluan pejalan kaki kira-kira 100 meter dari tempat kejadian," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Menceritakan kejadian itu, Dr Palani berkata, sebaik menerima panggilan telefon daripada rakan setugasnya di wad kecemasan mengenai keadaan mangsa, dia bergegas ke hospital. "Sebaik tiba, saya mendapati tangan lelaki itu ditetak dengan sekali tetakan dan percaya kejadian itu baru berlaku kerana darah masih memancut-mancut dari tangannya," katanya. Dia berkata, melihat keadaan itu, mereka menghubungi polis dan meminta pasukan keselamatan itu mengesan tangan mangsa yang terputus di pergelangan tangan. Katanya, selepas lebih setengah jam menunggu, polis memaklumkan gagal mencari tangan, mangsa sekali gus memaksa mereka mencarinya sendiri. "Keadaan gelap-gelita di kawasan itu dan petunjuk yang diberikan pesakit menyukarkan kami untuk mencari tambahan pula kami hanya berbekalkan lampu telefon bimbit," katanya. Menurut Dr Palani, setakat ini keadaan mangsa stabil dan masih menerima rawatan fisioterapi untuk memastikan tangan yang disambungkan itu kembali berfungsi dengan baik. Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi, menafikan dakwaan doktor terbabit yang mengatakan pihak berkuasa tidak mengambil tindakan selepas dimaklumkan mengenai insiden berkenaan oleh pengawal keselamatan yang berada di kawasan berkenaan. Menurutnya, kelewatan itu berlaku disebabkan maklumat yang diberikan pengawal keselamatan itu kepada pihak berkuasa tidak lengkap. Mengulas mengenai insiden itu, Khairi berkata, disebabkan sikap mangsa yang suka menolong orang yang mengalami kesusahan, kejadian itu menimpa dirinya. "Mangsa adalah seorang lelaki yang suka membantu jika melihat orang mengalami masalah dan dalam kejadian itu, mangsa memberhentikan kenderaannya selepas menyangkakan dua lelaki dan seorang wanita yang sedang memeriksa kereta Perodua Kancil di kawasan kejadian mengalami masalah bagi menghulurkan bantuan. "Seorang daripada suspek yang bersenjatakan parang menyerang mangsa dan cuba menyamunnya sebelum menetak tangan mangsa," katanya. Khairi berkata, dalam keadaan tangannya sudah terputus, mangsa berlari masuk ke dalam kereta sebelum bergegas mendapatkan bantuan. Ketika ditanya mengenai perkembangan kes itu, Khairi mengakui pihaknya sudah merakam percakapan mangsa selain memberitahu, pihaknya sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan.
| ||
Posted: 16 Feb 2012 04:58 PM PST Saya petik: [HM] KUALA LUMPUR: Angkara cemburu buta, seorang pelakon, Balkisyh Semundur Khan, 25, bukan saja ditampar, kepalanya dihentak pada almari malah turut dicekik suaminya berusia 28 tahun di rumah mereka di Wangsa Maju, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, pelakon yang membintangi filem Diva selain tercalon sebagai pelakon harapan wanita pada Festival Filem Malaysia ke-20 itu bernasib baik apabila melarikan diri dari rumah sebelum membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, di sini. Balkisyh yang juga pemenang tempat ketiga pencarian Gadis Metro pada 2004 ketika dihubungi berkata, kejadian itu berlaku disebabkan perselisihan faham kerana sikap cemburu buta suami. Pelakon berkenaan dikatakan baru menamatkan sesi penggambaran drama bertajuk Landasan Cinta yang akan ditayangkan pada 25 Februari ini menerusi slot Samarinda di TV3. "Suami saya seorang yang cemburu buta dan gagal mengawal kemarahan menyebabkan saya dipukul. "Namun, selepas mengetahui kebenaran, suami kembali bertenang dan kami berdua berbaik semula," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai kisah cemburu buta suaminya itu sejak berumah tangga pada 2007. Menurut sumber, pelakon itu dipukul suami sebaik tiba di rumah. "Mangsa bertanyakan punca kejadian itu, tetapi dijawab dengan tamparan dan wanita itu cuba menolak suaminya dalam usaha melepaskan diri. "Bagaimanapun, suaminya menarik baju mangsa sebelum menghentak kepala di almari menyebabkan pelakon terbabit jatuh," katanya. Sumber berkata, mangsa kemudian cuba mengambil telefon bimbitnya namun dicekik suaminya itu. "Suami mangsa yang melihat isterinya itu mengalami kesukaran bernafas berhenti berbuat demikian dan kesempatan itu diambil pelakon terbabit keluar dari rumah bersama anak perempuannya yang berusia dua tahun," katanya. Katanya, pelakon berkenaan membuat laporan di balai polis berhampiran kediamannya dan difahamkan, kejadian seumpama itu bukan kali pertama berlaku. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan