Selasa, 14 Februari 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Mesin lentur kepala

Posted: 14 Feb 2012 03:15 PM PST

Oleh Alias Abd Rani

NGERI...jenazah Hamid yang  melekat selepas kepala dan tangan kiri termasuk ke dalam mesin melentur logam, semalam.

NGERI...jenazah Hamid yang melekat selepas kepala dan tangan kiri termasuk ke dalam mesin melentur logam, semalam.

KUCHING: Seorang pekerja kilang keluli mati dalam keadaan mengerikan apabila kepala dan tangan kirinya hancur akibat terperosok dalam mesin melentur logam di sebuah kilang di Jalan Datuk Stephen Yong, di sini, semalam.

Mayat Hamid Bujang, 32, dari Kampung Tanah Putih, Serian, ditemui rakan sekerjanya yang curiga apabila ternampak satu 'objek' melekat pada mesin berkenaan ketika mahu memulakan kerja, kira-kira jam 6 pagi.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa dipercayai cuba membengkok besi tanpa menyedari kepala serta tangannya terlalu dekat dengan mesin berkenaan.

Rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, selepas ternampak mangsa tersangkut pada mesin dalam keadaan tidak sedarkan diri, dia segera menutup suis mesin berkenaan, namun usahanya terlambat kerana mangsa sudah meninggal dunia.


"Dia (Hamid) berpengalaman lebih 10 tahun bekerja dan mengendalikan mesin di kilang ini. Kebiasaannya, ada beberapa pekerja lain ditugaskan mengendali mesin di kilang ini, tetapi pada hari kejadian, hanya dia seorang saja yang bekerja.


"Terkejut dengan kejadian itu, saya kemudian menghubungi Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi mendapatkan bantuan," katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Sepasukan anggota polis turut bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu bagi menjalankan siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu.

Beliau berkata, mangsa yang sudah berkahwin disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke HUS untuk bedah siasat.

"Keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

2 syarikat tempatan jual minyak sawit ke Israel

Posted: 14 Feb 2012 02:06 AM PST

Kenyataan kononnya Malaysia tidak mampu halang dagangan terus Malaysia ke Israel kerana melibatkan syarikat asing melabur di Malaysia bertujuan menipu dan mengelirukan.


PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendedahkan bahawa dua syarikat tempatan, Mewaholeo Industries Sdn Bhd dan IOI Croklan Sdn Bhd terlibat dalam penjualan minyak terus dari Johor ke Israel.

"Kenyataan sebelum ini yang menyatakan kononnya Malaysia tidak mampu menghalang perdagangan terus Malaysia dan Israel kerana ia melibatkan syarikat asing yang melabur di Malaysia ialah bertujuan menipu dan mengelirukan," kata pengasasnya Badrul Hisham Shaharin.

Ujar beliau, "sudahlah kenyataan tersebut menunjukkan kelemahan negara hanya kerana untuk menarik pelaburan asing maka kita gadaikan prinsip membela Palestin dan usaha pembebasan kiblat pertama umat Islam.

"Malang lebih dari itu kerajaan menyembunyikan urusan bahawa wujud juga perdagangan terus melibatkan syarikat tempatan," kata beliau yang juga dikenali sebagai CheguBard dalam satu kenyataan media.

Justeru itu katanya, kerajaan BN diminta tampil memberikan penjelasan mengenai perkara ini dan rakyat harus membuka mata sikap hipokrasi kerajaan dalam perkara ini.

Sime Darby, Felda turut jual sawit ke Israel?

Chegu Bard menegaskan bahawa rakyat harus membuka mata dengan fakta ini kerana di depan rakyat tempatan kerajaan BN menuduh orang itu dan orang ini sebagai 'agen Amerika' dan sebagainya tetapi hakikat sebenarnya Malaysia terus menerus menjadi pembantu ekonomi Israel.

Semalam SAMM menghantar memorandum bantahan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sertanya salinan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta pihak media untuk memberikan respon mengenai perkara ini.

Menurutnya, terbaru ialah dokumen di perolehi dari "Index Mundi" dan IMF yang cukup mudah dicari melalui internet.

"Link yang ini menunjukkan bagaimana penjualan minyak sawit Malaysia dalam matawang New Israeli Syeqel dan harga minyak sawit

Malaysia telah di senaraikan dalam futures trading (harga masa depan) sehingga Januari 2012 juga dalam New Israeli Sheqel.

"Tertera dengan jelas adalah nama Sime Darby dari Malaysia. Kini rakyat Malaysia harus mendapatkan penjelasan dari pihak Felda dan Sime Darby samada mereka terlibat dalam apa-apa penjualan minyak sawit Malaysia kepada Israel," ujarnya.

Angkasa alami ketirisan berbilion ringgit akibat penyelewengan

Posted: 14 Feb 2012 01:57 AM PST

Presiden Uruskop Datuk Seri Mustafa Kamal Maulut dalam memorandumnya ke pejabat Perdana Menteri berkata, ketirisan itu membabitkan kerugian RM6.5 juta.



PUTRAJAYA: Persatuan Usahawan, Kosultan dan Pengarah Islam Malaysia (Uruskop) mendakwa Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) terjebak dengan penyalahgunaan kuasa dan salah urus tadbir sehingga menyebabkan ketirisan berbilion ringgit.

Presiden Uruskop Datuk Seri Mustafa Kamal Maulut dalam memorandumnya ke pejabat Perdana Menteri berkata, ketirisan itu membabitkan kerugian RM6.5 juta dalam pembelian tanah, pegawai Angkasa mengumpul elaun sehingga berjuta ringgit dan melanggar Undang-Undang Kecil Seksyen 30 (5), termasuk membelanjakan RM1.27 juta membeli tujuh Toyota Camry sedangkan peruntukan yang diluluskan hanya RM400,000 sahaja.

"Angkasa juga pada tahun 2009 didapati berbelanja untuk Persidangan Tahunan Kebangsaan Angkasa (PTKA) berjumlah RM2.62 juta, melebihi 31 peratus daripada RM2 juta bajet tahunan yang sepatutnya digunakan.

"Lebihan perbelanjaan ini melanggar peraturan 14(2) Peraturan-Peraturan Koperasi 1995 yang memperuntukkan koperasi hanya boleh belanja tidak melebihi lima peratus daripada jumlah peruntukan yang diluluskan oleh mesyuarat agung.

"Hasil siasatan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada tahun 2010 juga mengesahkan berlakunya penyelewengan tersebut namun sehingga sekarang tiada tindakan dikenakan terhadap Angkasa," katanya dalam memorandum tersebut.

Kredibiliti Ali Baharum dipertikai

Mustafa Kamal yang juga Pengerusi Portfolio Koperasi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pusat turut mempertikaikan kredibiliti Prof Datuk Dr Mohd Ali Baharum sebagai Yang DiPertua Angkasa yang didakwanya pernah terlibat dalam aktiviti koperasi skim cepat kaya dan memperdaya orang ramai melabur sehingga jutaan ringgit.

Beliau berkata pihaknya sebelum ini pernah membuat laporan polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain menghantar aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia namun sehingga sekarang masih tiada tindakan.


Katanya, isu ini tidak boleh dipandang sepi memandangkan ia membabitkan 8,500 koperasi yang mempunyai sembilan juta ahli dan 92 peratus daripadanya adalah Bumiputera yang berpendapatan rendah dan sederhana.

"Terlalu banyak penyelewengan dalam Angkasa sehingga menyebabkan kami terpaksa membawa perkara ini terus kepada Perdana Menteri sekaligus mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Setiausaha Sulit Kanan kepada Perdana Menteri Saiful Azhar dan Pengarah Bidang Keberhasilan

Utama Negara (NKRA) Membanteras Rasuah Ravindran Devagunam di lobi Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Turut hadir menyerahkan memorandum itu Penasihat Uruskop yang juga Penasihat Koperasi Malaysia Thuraisingam Shan.

Shahrizat senasib dengan Najib

Posted: 14 Feb 2012 01:18 AM PST

Subky Latif,


MENTERI Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil muncul setelah menghilang diri seketika dari kegawatan isu penggembalaan lembu oleh suami dan anak-anaknya rupanya menunaikan umrah.

Ia satu amal bagi mendekatkan diri kepada Allah, mengadu kepadaNya pada masa kepayahan, moga-moga dapat membersihkan diri atas sebarang salah silap dengan Allah. Mekah dan umrahlah tempat terbaik berdoa.

Bagaimana pun masalah dengan negara, rakyat saja yang dapat mengampunkan kiranya berdosa. Mengadu kepada Allah di Mekah melalui umrah atas kekecohan isu lembu itu, jika ada dosa mengenainya kena sebutkan kepada Allah dan minta Allah lembutkan hati sekalian rakyat untuk memaafkan.

Sekembalinya ke tengah masyarakat Shahrizat mengaku tidak bersalah atas kekecohan perniagaan suami dan anak-anaknya, bahkan dia semua pihak dikira menuding jari terhadapnya, iaitu pembangkang yang mendakwanya melanggar adab anggota kabinet dan orang-orang UMNO yang mintanya mengambil tanggungjawab melepaskan jawatan kabinetnya.

Dia dalam kesusahan gara-gara kesan penternakan besar suami, sepatutnya disokong bulat oleh gerakan wanita yang dipimpinnya, tetapi ada yang tidak membantunya, mencabarnya melepaskan pimpinan Wanita UMNO.

Itulah senario reaksi Shahrizat atas masalah yang dihadapinya gara-gara penglibatan suaminya mendapat kemudahan tidak terhingga dari kerajaan.

Biar kita lupakan orang lain yang terlibat dalam pemberian lesen dan pinjaman dari kerajaan kepada suaminya dalam penggembalaan itu. Kita tumpukan kepada suaminya saja.

Suaminya baik betul mahu pun tidak cara memperoleh persetujuan dari kerajaan, dikira oleh semua telah mendapat sesuatu dari kedudukannya sebagai seorang menteri yang berpengaruh.

Shahrizat memimpin sayap Wanita UMNO yang anggotanya 1.3 juta orang dan menjadikannya menteri yang berpengaruh.

Suaminya mendapat kemudahan dari kedudukannya yang berpengaruh itu. Semua merasakan, seorang yang tiada pengalaman dalam gembalaan besar sukar memperoleh anugerah dari kerajaan. Maka orang terasa dia dapat kemudahan dari kedudukan isterinya. Mungkin orang boleh menyangka dia dapat kesempatan atas kedudukan isterinya.

Masalah yang Shahrizat hadapi mungkin sama dengan Perdana Menteri Najib hadapi. Suami Shahrizat mudah dapat sesuatu dari kedudukan Shahrizat manakala isteri Najib pula mudah dapat apa saja dari kedudukan dan pengaruh suaminya.

Suami Shahrizat dikira bertuah kerana beristerinya seorang menteri dan Ketua Wanita UMNO yang berpengaruh, manakala isteri Najib pula bertuah kepada dapat bersuaminya seorang Perdana Menteri yang amat berpengaruh.

Semua kata isteri Najib seolah-olah lebih berkuasa dari suaminya. Apa dia mahu semua dapat dan dia minta dari kerajaan sama ada Najib tahu atau tidak tahu, payah kerajaan tidak meluluskannya.

Kalau adab, tingkah laku dan perbuatan isteri itu menjadi masalah kepada Najib sebagai suami dan Perdana Meneri, maka masalah yang sama terpaksa dihadapi oleh Shahrizat atas suaminya.

Akan kelangsungan isteri Najib ke atas kerajaan dan suaminya telah diketahui oleh semua dan bising semua kerananya. Macam-macam orang kata tentangnya dan kerana itulah ramai mahu Najib tidak menjadi Perdana Menteri lagi.

Kalau orang yang tidak senang dengan suami Shahrizat mahu Shahrizat berhenti dari menteri dan pimpinan Wanita UMNO, orang yang tidak senang dengan isteri Najib mahu Najib meninggalkan kuasa. Sekurang-kurangnya dua bekas ADUN UMNO menyertai DAP kerana tidak percaya kepada Najib dan UMNO.

Maka kira-kira sama masalah yang Shahrizat hadapi dengan Najib. Tetapi Shahrizat tidak secerdik Najib. Apa yang isteri Najib buat itu tidak sekencang yang dibuat oleh suami Shahrizat. Tetapi Shahrizat menghadapi masalahnya seperti ibu ayam bertelur. Riuh sekampung.

Shahrizat hentam orang itu dan orang ini yang bising atas suaminya. Tetapi Najib diam seribu bahasa atas apa saja orang kata pada isterinya. Najib sama seperti tembok. Katuklah tembok semahunya tembok tetap membisu.

Oleh itu Najib tidak berbalah dengan sesiapa yang mengata isterinya begitu dan begini. Tetapi Shahrizat mengamuk bila suaminya disentuh.

Najib tidak ada reaksi atas nasib Shahrizat kerana dia juga menghadapi nasib yang sama.

Pakatan desak SPR batal daftar 42,000 pemilih ragu

Posted: 14 Feb 2012 01:15 AM PST

Muhammad Faizal,


PETALING JAYA: Pakatan Rakyat mendesak agar Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) membatalkan pendaftaran 42 ribu nama pemilih yang baharu kerana tidak didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PKR, di sini petang ini berkata, nama-nama tersebut telah menimbulkan keraguan apabila ia tiada maklumat di dalam JPN. Hadir sama ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Kita hari ini telah mengambil pendekatan berhubung status 42 ribu nama pendaftar baru yang telah dikenal pasti meragukan agar SPR menghapuskan segera nama-nama tersebut sebelum pilihan raya akan datang.

"Kebimbangan ini ditimbulkan kerana setelah pemeriksaan dilakukan di JPN kita dapati tiada maklumat diperolehi berhubung dengan nama-nama pemilih yang telah didaftarkan itu," jelasnya.

Tambahnya lagi, penambahan daftar pemilih secara mendadak berlaku di Selangor, malah di Wilayah Persekutuan juga terdapat enam ratus pemilih yang telah didaftarkan di alamat yang sama.

"Kita menggesa agar semua pihak diberi tanggungjawab meneliti senarai daftar pemilih baru kerana kita tidak mahu wujud penipuan dalam daftar pemilih demi untuk memberi kemenangan kepada Barisan Nasional.

"SPR perlu telus dalam melakukan sesuatu tugas dan mereka tidak perlu tunduk kepada pihak lain," katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Anwar turut memberitahu, Pakatan Rakyat juga bersetuju agar satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi meneliti kembali status kewarganegaraan yang telah diberikan kepada pendatang asing.

"Kita mahu suruhanjaya diwujudkan segera bagi meneliti kembali hak kewarganegaraan yang diberikan kepada pendatang asing bagi menilai sama ada ia layak ataupun tidak.

"Penubuhan ini perlu kerana kita dapati terlalu banyak nama-nama yang meragui dan dalam masa yang sama kita tidak mahu sebagai agenda politik kerajaan Barisan Nasional maka negara ini mudah tergadai melalui pemberian status warganegara," kata beliau lagi.

Ketua Umum PKR itu turut menekankan wakil Pakatan Rakyat di dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) akan terus mendesak PSC agar SPR lebih bersikap telus serta membatalkan senarai nama tersebut sebelum tibanya pilihan raya umum akan datang.

Jom Ubah dekatkan anak muda dengan PAS

Posted: 14 Feb 2012 01:14 AM PST

Harakahdaily,

JASIN: Dewan Pemuda PAS (DPP) Melaka telah menjayakan program Jelajah Orang Muda dengan jayanya dengan tema Orang Muda Jom Ubah di Dun Merlimau, kelmarin.

Ketua penerangannya, Muhamad Aizat Bahrudin berkata, program itu merupakan program yang dirancang oleh DPP Malaysia dan digerakkan oleh Dewan Pemuda PAS negeri sebagai mesej khusus kepada golongan muda yang menjadi agen perubahan kepada lanskap politik Melaka.

Program yang di rasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi itu turut dihadiri beberapa pimpinan Pemuda Pusat seperti Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Pengarah Pilihanraya, Sany Hamzan dan beberapa AJK.

"Program ini dilaksanakan sepanjang hari sehingga malam dimulai dengan kuliah subuh sehingga ke konsert anak muda pada sebelah malamnya.

"Pelbagai aktiviti yang di laksanakan seperti program sukan bersama anak muda, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, program berbentuk kebajikan seperti ziarah kebajikan ke rumah orang miskin dan ziarah medik," katanya.

Selain itu, ujarnya program mendekati masyarakat seperti 'Sarapan Rakyat', aktiviti membaiki rumah, dan program penerangan seperti program 'Hit & Run' dan edaran risalah turut dilakukan di sekitar bandar Merlimau.

"Program ini mendapat respons yang begitu baik dari anak muda melalui kehadiran mereka yang ramai di konsert pada malamnya yang menjadi acara kemuncak kepada program Jelajah Orang Muda ini," ujarnya.

Justeru, kata beliau Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka berharap agar program bersama anak muda seperti itu dapat diteruskan sepanjang masa kerana ianya sedikit sebanyak dapat memberi ruang kepada anak muda mencuba sesuatu hiburan alternatif yang sihat.

Beliau menambah, ianya juga sebagai menyahut hasrat Ketua Pemuda Pusat agar Pemuda PAS selaku sayap sebuah parti politik untuk tidak mengabaikan anak-anak muda selain dapat memberikan kefahaman kepada mereka kenapa wajar bersama PAS dan secara langsung mendekatkan anak muda dengan PAS.

Lagenda bola sepak negara, Abdullah Ali sertai PAS

Posted: 14 Feb 2012 01:05 AM PST

Rizal Tahir,

KOTA BHARU: Lagenda bola sepak negara, Abdullah Ali, 57, hari ini menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada majlis ringkas di sini sebentar tadi.

Anak kelahiran Bukit Payong, Kuala Terengganu itu hari ini mengisytiharkan secara rasmi untuk menyertai PAS memandangkan parti itu satu-satunya yang memperjuangkan Islam.

Hadir pada majlis itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan di JKR 10. Pemimpin PAS Terengganu yang turut hadir meraikan penyertaan Abdullah itu ialah timbalan-timbalan pesuruhjaya, Muhyiddin Abdul Rashid dan Dr Alias razak, bendahari dan ketua penerangan, M Shukrimun Shamsudin dan Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Selain Abdullah, turut menyerahkan borang keahlian lagenda bola sepak Kelantan yang juga pemain Olimpik 1972, Salleh Ibrahim dan Kamarudin Abdullah yang juga pemain kebangsaan.

Abdullah yang juga bekas Pewngurus Petronas (Dagangan), berkata dengan rasuah, ketidakdilan yang berlaku dan kerajaan yang dipimpin Umno dan BN tidak ada sebab untuknya menyertai parti itu.

"Saya yakin dengan perjuangan PAS yang memperjuangkan Islam, dengan dasar perjuangannya, dengan model yang ditonjolkan oleh pemimpinnya membuatkan saya yakin inilah parti yang wajar diberi sokongan," ujarnya.

Abdullah juga turut berhasrat untuk turun berkempen pada pilihanraya umum nanti di seluruh negara sekiranya beliau diperlukan oleh parti.

"Insyaallah saya bersedia turun membantu untuk berkempen," ujarnya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa syukur dengan penyertaan lagenda bola sepak negara itu untuk menyertai PAS.

Tuan Guru berharap, semoga dengan penyertaan Abdullah Ali akan lebih ramai lagi yang akan menyertai PAS memandangkan tidak ada sebab rakyat di negara ini menolak perjuangan yang berlandaskan Islam itu.

"Saya benar-benar berbangga dan bersyukur," ujarnya sambil tersenyum.

Abdullah menyertai ahli PAS seumur hidup dan borang keahliannya diserahkan terus kepada Takiyuddin untuk diurus segera di peringkat PAS Pusat.

"Insya Allah bulan hadapan permohonan ini akan selesai," ujarnya ketika ditemui pada majlis itu.

Rumah mampu milik pertama Selangor siap September

Posted: 14 Feb 2012 01:03 AM PST

Harakahdaily,


SHAH ALAM: Rakyat negeri Selangor boleh menarik nafas lega apabila sejumlah 136 unit Rumah Mampu Milik (RMM) pertama di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat negeri itu dijangka siap September ini.

Projek yang terdiri daripada dua blok pangsapuri lima tingkat itu terletak di Sg. Long, Kajang.

Keluasan setiap satu unit pula adalah di antara 830 hingga 870 kaki persegi di mana ia akan dijual dengan harga tidak lebih dari RM89,000 setiap satu.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan Negeri Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, projek itu bertetapatan dengan keputusan kerajaan negeri yang membenarkan pemaju swasta membina RMM bagi menggantikan Rumah Kos Rendah (RKR) di kawasan-kawasan di mana tiada permintaan untuk RKR atau tidak sesuai untuk RKR.

"Polisi ini adalah bagi memberi peluang membeli rumah kepada mereka yang mempunyai pendapatan bulanan isi rumah di antara RM2,500 dan RM5,000 sebulan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya yang melawat tapak projek berkenaan 10 Februari lalu, kemajuan projek yang dibangunkan sejak Jun tahun lalu oleh syarikat pemaju swasta itu sudah 55 peratus siap dan dijadual siap sepenuhnya September ini.

Tambahnya lagi, keputusan Kerajaan Negeri untuk melibatkan pemaju swasta adalah tepat kerana permintaan RMM di Selangor adalah terlalu tinggi dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tidak akan dapat menyiapkan jumlah RMM yang secukupnya untuk menepati sasaran yang ditetapkan.

"Contohnya RMM oleh PKNS di Bandar Bangi Bangi yang mula dibina pada bulan Jun lepas telah hanya siap kerja-kerja cerucuk (piling).

"Tetapi kerja membina dinding batu-bata (bricklaying) telah hampir siap bagi projek pemaju swasta di Sg. Long yang dimulakan juga pada bulan Jun tahun lepas," katanya lagi.

Selain di Sg. Long, pemaju-pemaju swasta juga ujarnya telah diberikan kebenaran membina RMM di beberapa kawasan lain seperti di Seksyen U10, Shah Alam di mana 536 unit akan dibina.

"Adalah diharapkan gandingan di antara PKNS dan pemaju-pemaju swasta akan dapat menyediakan jumlah RMM yang secukupnya di Selangor," katanya.

Shahrizat wanita Bani Makhzum versi Umno

Posted: 14 Feb 2012 01:01 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE


Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Bahawa orang-orang Quraisy digelisahkan oleh perkara seorang wanita Makhzum yang mencuri. Mereka berkata: Siapakah yang berani membicarakan masalah ini kepada Rasulullah s.a.w.? Mereka menjawab: Siapa lagi yang berani selain Usamah, pemuda kesayangan Rasulullah s.a.w. Maka berbicaralah Usamah kepada Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Apakah kamu meminta syafaat dalam hudud Allah?"

Kemudian baginda berdiri dan berpidato:

"Wahai manusia! Sesungguhnya yang membinasakan umat-umat sebelum kamu adalah apabila seorang yang terhormat di antara mereka mencuri, maka mereka membiarkannya. Namun bila seorang yang lemah di antara mereka mencuri, maka mereka akan melaksanakan hukum hudud atas dirinya. Demi Allah, sekiranya Fatimah puteri Muhammad mencuri, nescaya akan aku potong tangannya." (hadis riwayat Muslim)

Ketika berkunjung ke pejabatnya pada suatu hari di tahun 1995, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Megat Junid Megat Ayub (Allahyarham) pernah menceritakan kisah seorang polis trafik berpangkat sarjan yang dibuang kerja tiga bulan sebelum bersara.

Kesalahannya kerana menerima wang rasuah bernilai RM50 daripada seorang pemandu lori.

Kita juga pernah mendengar kes pecah amanah membabitkan bekas Pengurus Cawangan Pejabat Pos Putrajaya melibatkan wang berjumlah RM95,500. Tindakannya itu didorong oleh desakan kewangan bagi membiayai belanja perubatan beliau yang menghidap penyakit barah rahim.

Banyak lagi cerita-cerita rakyat marhain yang dihukum mahkamah kerana kesalahan rasuah dan pecah amanah. Bila rasuah makin membarah, tentunya yang menjadi mangsa adalah rakyat dan negara.

Buku Jingga yang menggariskan dasar dan program Pakatan Rakyat turut memaparkan krisis yang dihadapi negara ekoran budaya rasuah dan penyelewengan ini. Walaupun dibakulsampahkan seorang Timbalan Menteri Kerajaan BN dalam program penerangan membabitkan wakil-wakil rancangan Felda seluruh negara baru-baru ini, fakta-fakta berhubung gejala rasuah yang dimuatkan dalam buku itu gagal dinafikan kerajaan BN yang menguasai Putrajaya.

Sebagai contoh, Malaysia jatub 26 anak tangga dalam indeks integriti institusi awam dalam laporan Daya Saing Global oleh Forum Ekonomi Dunia dari tahun 2007 ke 2009.

Sejumlah RM28 bilion kerugian ditanggung negara setiap tahun akibat ketirisan, penyelewengan perolehan dan rasuah yang berleluasa; tiga kali ganda hasil negara hilang melalui rasuah berbanding yang dibelanjakan untuk subsidi minyak rakyat.

Persepsi rakyat tentang rasuah negara juga teruk. Sejumlah 46% rakyat yang ditinjau Transparency International menyatakan bahawa gejala rasuah semakin berleluasa dalam tahun 2010 berbanding 2009.

Paling akhir adalah skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) membabitkan pinjaman mudah kerajaan berjumlah RM250 juta yang dianugerahkan kepada syarikat anak beranak Menteri Pembangunan Masyarakat, Wanita dan Keluarga, Dato' Seri Shahrizat Jalil yang juga Ketua Wanita Umno.

Skandal ini mula menarik perhatian umum apabila kegagalan NFC didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011. Maklumat dalaman yang diterima KeADILan menunjukkan bagaimana di sebalik kegagalan itu, NFC didapati berbelanja mewah menggunakan dana diperolehi dari kerajaan.

Ini termasuk pembelian dua unit kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur, tiga lagi unit kondominium mewah di Singapura, dua bidang tanah di Putrajaya, pembelian kereta mewah serta pakej percutian untuk keluarga Shahrizat, tidak terkecuali belanja untuk melakukan ibadah umrah!

Walaupun dikecam hebat oleh pihak luar dan dalam parti, Shahrizat masih bertegas mengatakan dirinya tidak bersalah. Dengan menyingsing lengan, beliau mencabar dua pemimpin KeADILan yang mendedahkan skandal lembu fidlot itu sambil menerima sorakan sokongan para perwakilan Wanita Umno, November tahun lalu.

Beliau akhirnya mengambil keputusan untuk bercuti selama tiga minggu dan terbang ke Makkah untuk menunaikan umrah; satu lagi amalan biasa ahli politik Umno yang ditimpa masalah.

Sekembalinya daripada bercuti, Shahrizat dipanggil memberi keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan disoalsiasat selama dua jam di ibu pejabat SPRM Putrajaya.

Namun dia terus berpendirian bahawa NFC adalah urusan suami dan anak-anaknya dan tiada kaitan langsung dengan dirinya.

Bagaimanapun silat pencak Shahrizat mengelak diri daripada skandal penyelewengan NFC itu dipayahkan lagi oleh kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohamed Nazri Abd Aziz.

Nazri menasihatkan ahli keluarga rakan kabinetnya itu supaya membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kerajaan jika tidak mahu isu ini berlarutan.

Tindakan itu adalah penyelesaian terbaik bagi masalah berkenaan tanpa perlu Shahrizat meletak jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Beliau (Shahrizat) tak perlu letak jawatan. Apa yang paling utama, kembalikan semula wang itu kepada kerajaan," katanya dipetik akhbar Sinar Harian, 13 Fabruari lalu.

Nampaknya dengan syarat mengembalikan wang RM250 juta kepada kerajaan, Shahrizat dan keluarganya diberi jaminan oleh menteri yang menjaga SPRM akan bebas daripada segala dakwaan penyelewengan, pecah amanah dan salah guna kuasa.

Maksudnya, yang penting bagi Nazri adalah duit dan bukannya intergriti, kredibiliti, sikap amanah dan kejujuran menteri terbabit dan ahli keluarganya.

Sifir Nazri ini juga mungkin boleh digunakan kepada sarjan polis dan bekas Pengurus Cawangan Pejabat Pos yang dinyatakan di atas.

Tapi adakah pelawaan Nazri itu turut terpakai kepada para penerima rasuah berskala kecil yang berita pendakwaan mereka menghiasi dada-dada akhbar saban hari dan saban minggu.

Atau ia hanya terpakai kepada Shahrizat kerana statusnya umpama wanita Bani Makhzum yang dinyatakan dalam hadis riwayat Muslim di atas. Jika Nazri boleh diibaratkan wakil Bani Quraisy untuk bertemu Rasulullah s.a.w. bagi meminta hukuman hudud tidak dilaksanakan, masih adakah pemimpin Umno yang akan bangun mencontohi sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud; "Demi Allah, sekiranya Fatimah puteri Muhammad mencuri, nescaya akan aku potong tangannya."-Harakahdaily

Hentam masyarakat Kristian dan rasuah berciri perkauman: Najib harus jelas pendirian

Posted: 14 Feb 2012 12:57 AM PST

Maria Begum , Malaysia Chronicle


Rakyat Malaysia yang terkemuka dan pemimpin pembangkang menyelar Perdana Menteri NAjib Razak yang tidak menampakkan progress dalam usaha reformasi beliau. Terutamanya selepas menyelit sentiment perkauman dalam rasuah selepas Perkasa mendakwa Shahrizat Jalil dan keluarganya tidak bersalah dalam skandal NFC kerana yang mendedahkan perkara tersebut adalah orang bukan Melayu yang berniat jahat.

"Isu perkauman tidak seharusnya timbul. Saya sangat kecewa kerana Najib membenarkan Ibrahim Ali dan orang-orangnya campur tangan. Sehinggalah Najib mengeluarkan kenyataan yang kukuh, jangan harap bahawa rakyat tidak syak bahawa beliau tidak terlibat. PM harus mengambil langkah menjelaskan kedudukkan kerajaan dan menyelar tindakan Ibrahim Ali yang cuba menakut-nakutkan Ketua Auditor,"ujar Ramon Navaratnam bekas pengerusi komiti SPRM untuk Pencegahan dan Konsultansi Awam kepada Malaysia Chronicle.

Rasuah hanya untuk bukan Melayu?

Ramon bekas kakitangan kerajaan telah merujuk kepada laporan akhbar pada hujung minggu lalu yang mengenai Ibrahim Ali, Presiden Perkasa yang menggesa pihak auditor mengubah pendapat mereka dalam laporan 2010 bahawa NFC dalam keadaan yang teruk kepada NFC dalam keadaan yang baik.

Ibrahim mendakwa bahawa pihak audit telah bersetuju berbuat demikian dan ini telah menimbulkan kemarahan rakyat kerana jelik dengan sikap pemimpin UMNO yang sering cuba mengelak hukuman dan disiasat kerana menyalahgunakan dana awam.

"Sebenarnya, Datuk Salleh pernah mempunyai dua pekerja bukan Melayu. Mereka yang menguruskan RM150,000 wang tunai setiap hari. Salah seorang daripada pekerja ini telah menggelapkan wang," Ibrahim memberitahu pemberita pada hujung minggu lepas seolah-olah dakwaan rasuah terhadap keluarga Shahrizat dan kecuaian TPM Muhyiddin Yassin menganugerahkan projek itu tidak langsung berasas.

Pusat Feed Lot Negara (NFC) merupakan projek yang dimiliki kerajaan yang dilaksanakan untuk membekalkan daging lembu negara. Projek tersebut dianugerahkan kepada keluarga Shahrizat.

"NFCOrp merupakan syarikat persendirian dengan kerajaan mengisukan saham kepadanya dengan mengambilkira pinjaman yang diberikan kepada NFCorp di mana NFC merupakan sebuah pusat yang dikawal oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas-tani," dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak NFCorp pada hari Rabu.

Jika benar, ini mengukuhkan lagi sebab SPRM harus menyiasat NFCorp dan rasa takut dan pilih kasih kerana pinjaman RM250 juta itu diagihkan kepada akaun syarikat, kata pemerhati. Bagaimana harus dakwaan rasuah ditarik balik hanya kerana mereka yang mendedahkannya itu bukan Melayu seperti dakwaan Ibrahim Ali atau kerana Audit Negara mengaudit NFC dan bukan NFCorp. Keluarga Shahrizat sememangnya mengawal NFCOrp melalui NFC dan pinjaman kerajaan, jadi mereka memang bertanggungjawab membelanjakan duit rakyat, kata mereka.

Sementara itu, pengarah eksekutif NFCorp, Izmir Salleh menyambut baik siasatan SPRM. "Saat ini, beberapa laporan telah dilaporkan dan pelbagai kenyataan juga telah diserahkan kepada pihak polis bersama buku dan dokumen NFCorp dalam siasatan yang masih berjalan ini. Segalanya berada di dalam tangan pihak yang sepatutnya yang masih menyiasat," ujar Izmir.

Hentam masyarakat Kristian lagi

Perkasa diasaskan oleh Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas dan dinaung oleh Mahathir Mohamad yang terkenal dengan politik perkauman dan rasuah. Sehari selepas Ibrahim Ali memeranjatkan negara dengan seruan beliau agar pihat audit menukar laporan NFC sebagai "baik" daripada "tidak baik", setiausahanya mencipta satu lagi kontroversi. Kali ini dengan pihak Kristian pula.

"Agama Islam dan orang Islam sedang diserang di Selangor… Perkasa sangat prihatin terhadap gerakan pengkristianan yang semakin agressif, terutamanya dengan Khalid [Ibrahim] memegang portfolio untuk Islam," beliau dipetik sebagai berkata dan ini jelas untuk mengajak rakyat Selangor mengundi keluar kerajaan Pakatan Rakyat.

Apa pendirian kamu Najib?

Banyak gesaan yang dibuat oleh kumpulan Kristian, masyarakat awam dan pemimpin Pakatan yang menyeru agar Najib menjelaskan pendirian beliau.

Yang menariknya, semasa Perkasa sibuk menghentam masyarakat Kristian, Najib berada di Pulau Pinang mencanangkan prinsip yang diamalkan BN "semangat kekitaan dan bersatu padu".

"Ibrahim Ali si katak UMNO sekali lagi melaungkan sentiment anti Kristian. Dan seperti biasa, Najib tidak mendengar atau mengambil tindakan," kata timbalan presiden PKR Chua Jui Meng dalam twitter beliau.

"2 tahun lalu, Malaysia melalui saat genting di mana gereja kita di serata Malaysia diancam akan dibakar dan kebebasan Perkasa berkata apa sahaja yang ia suka tidak akan membantu sekiranya Najib sebagai PM dan "jaguh" keserdahanaan terus memekakkan telinga terhadap Perkasa, ahli UMNO dan juga madah UMNO; Utusan yang menyebarkan sentimen perkauman dan ketidak- toleransian agama dan ekstrimis," luah Ahli Parlimen DAP PJ Utara Tony Pua.

"Sebaliknya, Najib telah lebih daripada sekali membuat pusingan "U" untuk melegakan Ibrahim Ali. Tanpa keikhlasan dan keinginan politik daripada kepimpinan atasan UMNO, Perkasa mempunyai kebebasan penuh untuk melakukan apa sahaja sebelum pilihanraya ini untuk menakut-nakutkan masyarakat Melayu –Islam demi menjaga undi UMNO.Permainan Perkasa dan UMNO ini boleh menjahanamkan imej Malaysia sebagai negara yang sederhana. Najib akan dikenali dalam sejarah sebagai PM yang menggagalkan kesederhanaan." Malaysia Chronicle

Harussani kecam Najib dan Rosmah: Sambut Thaipussam kesalahan dalam Islam

Posted: 14 Feb 2012 12:55 AM PST

Melissa Lee, Malaysia Chronicle


Ulama Islam kontroversi Harussani Zakaria juga telah sama-sama mengkritik PM Najib Razak dan isterinya yang telah bersama-sama menyambut perayaan orang Hindu demi mendapatkan publisiti untuk diri mereka sendiri.

Harussani yang juga mufti Perak kecewa dengan tindakan Najib yang disifatkan beliau sebagai lemah iman terhadap Islam.

Ia satu tindakan yang berdosa. Saya tidak faham kenapa ini berlaku. Kita tidak boleh ikut sama menyambut perayaan yang diadakan di rumah ibadat agama lain. Perdana Menteri seharusnya menghantar seorang menteri beragama hindu untuk menggantikan tempat beliau. Orang Islam sememangnya tidak boleh menyambut perayaan agama orang lain," Malaysian Insider melaporkan Harussani sebagai berkata.

Jangan perkecilkan agama orang lain

Harussani juga mempersoalkan mengapa menteri yang bertanggungjawab atas hal ehwal agama Islam, Jamil Khir Baharom tidak memberi nasihat kepada Najib untuk tidak pergi. Harussani berkata dibolehkan orang Islam pergi ke majlis rumah terbuka tetapi bukan rumah ibadat.

"Kita tidak boleh terlibat. Mereka melakukan ritual keagamaan dan kita sebagai orang Islam tidak boleh hadir," kata Mufti Perak yang kontroversi itu, yang telah diberi nama jolokan Mullah Gila dari Perak kerana pandangan konservatif dan teguh beliau.

Pandangan Harussani ini akan menimbulkan kekecohan dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Orang Hindu sudah pun berasa keji kerana digunakan oleh Najib untuk membenarkan diri mereka digambar dalam gubahan bungan berbentuk hati yang besar itu dan disebabkan ini, mungkin akan lebih terluka oleh komen Harussani.

"Majlis BN itu diatur oleh MIC. Jadi, orang Hindu haruslah membawa isu itu kepada pemimpin MIC sekiranya mereka merasakan bahawa mereka tersinggung dengan Najib, Wanita Pertama dan Mufti Perak," ujar timbalan Presiden PKR Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

"Bagi sayap kanan Umno yang merasakan Najib telah mengorbankan Islam, Najib atau sekurang-kurangnya Jamil Khir sepatutnya mengeluarkan penjelasan. Tidak baik untuk mereka terus membiarkan komen yang seolah-olah memperkecilkan agama lain dibuat oleh Harussani."

Orang India merupakan kumpulan pengundi penting untuk Najib

Pada awal minggu ini, Najib telah menghadiri sambutan tahunan Thaipusam di Batu Caves. Ini adalah lawatan ke-3 beliau semenjak menjadi PM pada 2009. Tetapi, pengkritik telah mengatakan bahawa beliau tidak pernah menunjukkan minat terhadap upacara orang hindu sebelum itu.

Kaum India adalah kumpulan etnik ke-3 terbesar di Malaysia dan boleh membentuk kumpulan pengundi yang penting dalam PRU 13.

Ini telah menimbulkan spekulasi bahawa Najib hanya mahukan undi kaum India dan percaya bahawa beliau boleh mendapatkannya dengan menunjukkan minat terhadap mereka dan menderma kepada kuil dan sekolah Tamil.

Walaubagaimanapun, orang India sendiri tidak percaya dan mereka tahu tindakan tidak ikhlas beliau. Mereka merasakan bahawa kerajaan yang dipimpin oleh Najib telah gagal mengadakan sebuah pakej ekonomi yang komprehensif untuk membantu masyarakat India yang miskin.Malaysia Chronicle

Posted: 14 Feb 2012 12:50 AM PST

1Care satu penipuan: Tak boleh pilih doktor, wang tidak dikembalikan dan ubat paling murah

Jackson Ng


Saya telah bercakap-cakap dengan pakar dalam bidang insurans tentang modus operandi 1Care Malaysia yang dicadangkan.

Apa yang saya telah dapati, modus operandinya yang sebenarnya adalah untuk merompak secara halal daripada pembayar cukai seperti yang disangka oleh orang ramai. Ini kerana kerajaan Barisan Nasional enggan mengeluarkan perincian terhadap pelan dan maksud sebenar mereka.

Kroni besar BN akan mengawal NHFA

Pakar berpendapat kerajaan dijangka akan menubuhkan National Healthcare Financing Authority (NFHA) , sebuah badan pembiayaan untuk meluluskan permohonan. Ini lebih kurang sama dengan NFC atau Pusat Feedlot Kebangsaan.

Setelah diluluskan ia akan distrukturkan kepada sebuah syarikat kerajaan (GLC), dimiliki kroni BN.

Ada desas-desus mengatakan bahawa NHFA akan dikawal oleh orang-orang besar yang dicalonkan. Juga dipercayai bahawa saudara kepada mereka yang mahukan faedah berbillion ringgit daripada 1Care itulah yang merangka dan mencadangkannya.

Skim tersebut berkemungkinan akan diambil oleh lebih daripada satu syarikat insurans tempatan.

Syarikat insurans tempatan akan meninsuranskan semula secara separuh (mungkin sebanyak 70%) dengan syarikat insurans luar negara melalui agen lain yang bertapak di Labuan.

Komisyen yang dibenarkan daripada syarikat insurans tempatan (kepada NFHA) boleh jadi antara 10% hingga 25% daripada premium bergantung kepada yang dirundingkan.

Komisyen yang dibenarkan daripada penginsurans semula syarikat kepada agen biasanya adalah antara 3% kepada 5%, dan dibayar di luar Malaysia ke dalam akaun agen tersebut.

Wajib

Disebalik terma kerajaan, spekulasi dan fakta yang diputar-belit, Timbalan Pengarah Kementerian Kesihatan untuk unit Pembiyaan Kesihatan Kebangsaan Dr Rozita Halina Hussein memberitahu media semalam (9 Feb, 2012) bahawa 1Care akan diwajibkan.

Itu yang kita sudah sedia tahu (atau yang dituduh kerajaan sebagai spekulasi kita). Walaubagaimanapun, apa yang mereka tidak beritahu kita adalah faedah yang sedikit dan terhad sementara pembayar cukai di Malaysia membayar dengan galaknya.

Kenapa mereka tidak beritahu kita siapa yang akan meraih keuntungan berbillion ringgit tahun demi tahun?

Berdasarkan maklumat yang diberi, setiap isirumah akan membayar 9.4% daripada pendapatan isirumah untuk insurans kesihatan sosial. Pembayarnya adalah individu, majikan dan kerajaan, melalui cukai, dan nilai sebenar yang masih dalam pengiraan.

Tiada pilihan akan diberi. Semua harus bayar. Tiada jalan keluar.Kita harus bayar dulu. Ia tidak lagi akan menjadi perkhidmatan berbayar. Ia akan menjadi- bayar sebelum diberi perkhidmatan.

Tiada maklumat mengenai bagaimana sebenarnya pembayaran ini akan dibuat atau bagaimana kerajaan akan mendapatkannya daripada mereka yang bekerja sendiri.

Kerajaan juga mencarum kepada premium insurans untuk pesara kerajaan, penjawat awam dan 5 orang yang ditanggung mereka.

Anda tak boleh pilih doktor atau bila anda mahu jumpa doktor dan tiada pulangan wang

Masalahnya, 1Care tidak akan dapat memenuhi kesemua perbelanjaan perubatan anda; hanya untuk keperluan asas yang dipilih sebagai yang 'anda perlukan'. Apa yang lebih daripada keperluan asas terpaksa ditanggung oleh diri anda sendiri.

Doktor keluarga peribadi anda harus memasuki sistem itu kerana jika tidak, anda tidak boleh berjumpa dengannya dibawah skim 1Care. Klinik-klinik persendirian yang sudah lama bertapak di negara ini akan diganti oleh klinik 1Care.

Anda tidak boleh pilih doktor. 1Care akan menentukannya untuk anda.

Jika anda mahu jumpa doktor pilihan anda, anda perlu bayar untuk rawatan menggunakan wang sendiri. Doktor yang ditentukan untuk anda akan memutuskan bila dan pakar mana yang anda boleh jumpa sekiranya keperluan itu timbul (proses yang dipanggil gate-keeping)

NFHA akan bayar doktor ini RM60 (cadangan yang ada sekarang) untuk setiap pesakit sebagai bayaran untuk khidmat konsultasi. Ini tidak termasuk ubat.

Bandingkan ia dengan yang ada sekarang. Untuk batuk dan selsema, doktor akan mengenakan bayaran RM 20 hingga 30 termasuk konsultasi dan ubat. Dengan 1Care, konsultasi adalah RM60 dan ini tidak termasuk ubat.

Anda tidak akan dapat berjumpa doktor sekiranya anda rasa perlu. Juga akan ada sistem rotasi. Rotasi untuk pakar juga ada dengan doktor sebagai gate-keeper. Sama juga sekiranya anda mahu berjumpa dengan pakar yang anda pilih atau pergi ke hospital yang anda pilih, kecualilah jika ia ditetapkan oleh doktor yang merawat anda. Jika tidak, anda akan perlu membayarnya sendiri.

Walaupun anda berjumpa doktor sekali setahun, anda tidak akan mendapat wang anda kembali daripada 1Care. Kos perubatan anda dibayar dahulu, sama ada anda sakit atau tidak dalam tahun itu.

Anda juga akan terpaksa membayar jika anda membuat lawatan lebih daripada jumlah yang ditetapkan. Ini adalah untuk mencegah anda daripada berjumpa doktor terlalu kerap.

Ubat paling murah

Anda juga akan diberi ubat daripada senarai ubat yang bukan ubat tulen supaya sama dengan Senarai WHO untuk ubat penting sahaja. Ini akan menjimatkan kos 1Care dan meningkatkan keuntungan syarikat insurans.

Syarikat insurans akan menentukan harga dan jenis ubat dalam senarai ubat yang standad itu. Ia berkemungkinan besar ubat-ubat yang paling murah.

Doktor hanya akan memberi anda suntikan. Anda harus mendapatkan semua ubat lain daripada farmasi, walaupun jika ia bermakna anda harus membawa 3 anak anda yang sedang sakit dalam pencarian farmasi terdekat dalam cuaca panas terik, hujan dan sebagainya.

Jika anda tidak suka apa yang diberikan kepada anda, anda boleh dapatkan perkhidmatan kesihatan lain tetapi, bayar sendiri ya?!

Untuk tawaran yang merugikan ini, RM45 billion setahun akan dikerah daripada pembayar cukai! Jadi, rakyat Malaysia seharusnya sangat faham sekarang mengapa kerajaan BN sangat teruja menjaga keperluan kesihatan kamu!

Jackson Ng -wartawan bersara

Ketua Pendakwa Syarie negeri Perak dipenjara 8 tahun, denda RM55,000 atas kesalahan rasuah

Posted: 14 Feb 2012 12:47 AM PST



KUALA LUMPUR — Ketua Pendakwa Syarie Perak hari ini telah dijatuhkan hukuman penjara 8 tahun dan denda RM55,000 atas empat pertuduhan meminta dan memperoleh suapan sebagai dorongan untuk tidak meneruskan pertuduhan atas satu kes khalwat.

Shahrunnazri Abdul Samad, 40, didakwa melakukan kesalahan tersebut semasa beliau bertugas sebagai Ketua Pendakwa Syarie yang merupakan jawatan tertinggi Bahagian Pendakwaan Syariah di negeri Perak.

Beliau dituduh di bawah seksyen 10 (a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997 dan Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.

Bagi pertuduhan pertama, Shahrunnazri secara rasuah meminta suapan wang tunai berjumlah RM5,000 daripada Mohamad Asri Bin A. Bakar sebagai dorongan supaya tidak meneruskan pertuduhan ke atasnya yang disyaki terlibat dalam satu kes khalwat.

Manakala pertuduhan kedua, tertuduh secara rasuah memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM1,000 melalui akaun simpanan Maybank supaya tidak diteruskan pertuduhan ke atasnya yang disyaki terlibat dalam satu kes khalwat.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh turut memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM2,000 melalui akaun simpanan Maybank supaya tidak diteruskan pertuduhan ke atas individu sama yang disyaki terlibat dalam satu kes yang sama.

Pertuduhan keempat pula, tertuduh didakwa telah memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM2,000 melalui akaun simpanan Maybank untuk diri tertuduh sebagai dorongan untuk tidak meneruskan pertuduhan ke atas individu sama yang disyaki terlibat dalam satu kes khalwat yang sama.

Hakim Mahkamah Sesyen Ipoh telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM25,000 bagi pertuduhan pertama.

Manakala untuk ketiga-tiga pertuduhan berikutnya, hakim telah menjatuhkan hukuman dua tahun penjara dan denda RM10,000 bagi setiap pertuduhan tersebut.

Pendakwaan telah dijalankan di hadapan Hakim Tan Hui Lim, SPRM diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Razak Musa manakala tertuduh diwakili oleh Abdul Roni Abd Rahman & Co.

Bagi kesalahan di atas jika sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada 5 kali ganda jumlah atau nilai suapan.

PUM : Pemimpin perlu sensitif isu aqidah, akur nasihat ulama

Posted: 14 Feb 2012 12:44 AM PST


KUALA LUMPUR — Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menasihatkan pemimpin dan masyarakat awam agar lebih sensitif terhadap isu melibatkan aqidah dan syariat Islam, serta akur dengan nasihat dan pendirian ulama bagi memelihara kedaulatan Islam seperti yang diperuntukan dalam maqasid syariah.

Setiausaha Agung PUM, Dr Mohd Roslan Mohd Nor dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya juga mengharapkan pihak yang mempunyai autoriti agama daripada peringkat negeri mahupun kerajaan pusat memberikan nasihat dan pandangan yang betul kepada pemimpin.

"PUM amat mengharapkan semua pihak yang berautoriti dan mempunyai bidang kuasa agama termasuklah eksekutif, institusi mufti, penasihat agama, agensi agama persekutuan dan negeri, perlulah menyalurkan nasihat dan pandangan yang betul kepada para pemimpin di peringkat kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri masing-masing dalam menangani isu ini.

"Dalam pada masa yang sama, seluruh pemimpin yang beragama Islam tersebut dinasihatkan supaya akur dengan pandangan ahli agama tersebut," katanya.

Tambah Roslan, para pemimpin dan masyakarat bukan Islam juga diharapkan turut sama memahami serta menghormati prinsip teras Islam ini yang menjadi pegangan umat Islam. "Pendirian teras ini adalah sebahagian daripada kehendak ajaran agama Islam," katanya. Menurut beliau, perkara tersebut mempunyai hubungkait dengan aqidah umat Islam, kerana aqidah adalah komponen teras dalam agama Islam.

"PUM berpandangan isu berkaitan penglibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama bukan Islam sepatutnya selesai jika semua pihak merujuk dan mengikut Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-68 yang telah bersidang pada 12 April 2005, dan salinan Garis Panduan tersebut boleh diakses melalui laman web rasmi e-fatwa Jakim seperti di alamat www.e-fatwa.gov.my," jelasnya.

Pihaknya melihat isu itu adalah mustahak dan perlu ditangani dengan segera kerana umat Islam akan terus berhadapan dengan perayaan bukan Islam.

Sehubungan itu, Roslan berkata, pihaknya mempelawa Jakim menganjurkan majlis dialog penerangan secara aktif kepada pemimpin dan masyarakat Islam berkenaan keputusan dasar itu.

"PUM juga bersedia bekerjasama dengan Jakim, Majlis dan Jabatan Agama Negeri, Jabatan Mufti Negeri dan lain-lain institusi untuk memberikan kefahaman dalam isu yang berbangkit ini," katanya lagi.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria Jumaat lalu melahirkan rasa terkilan terhadap sikap Datuk Seri Najib Razak yang menurutnya "menggadaikan akidah" apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

Harussani menegaskan, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.

Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu, sebaliknya hanya menghantar wakil bagi menggantikan dirinya.

NFCorp melanggar syarat pinjaman, kata Nazri

Posted: 14 Feb 2012 12:40 AM PST




KUALA LUMPUR — Datuk Seri Nazri Aziz hari ini berkata, National Feedlot Corporation (NFCorp) telah melanggar syarat perjanjian pinjaman dengan kerajaan persekutuan.

"Dalam kata lain, telah berlaku kes pecah amanah. Duit tersebut, yang seharusnya digunakan untuk tujuan penternakan lembu telah digunakan untuk tujuan lain.

"Dana berkenaan telah diserahkan berdasarkan projek yang diserahkab kepada NFCorp, yang mana mereka harus menternak lembu dan menjualnya dengan kadar yang lebih rendah," jelas Nazri kepada pemberita di sini.

"Pinjaman itu diberikan hanya bagi tujuan itu. Sekiranya dana itu digunakan bagi tujuan lain, kita tidak perlukan peguam untuk mengetahui samada berlaku pecah amanah atau tidak, sangat mudah," kata menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio undang-undang itu.

Malah, Nazri (gambar) turut menafikan laporan akhbar yang menyatakan bahawa beliau telah mengeluarkan kenyataan yang menyuruh rakan Kabinetnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memulangkan sejumlah RM250 juta yang dipinjam daripada kerajaan untuk Pusat Fidlot Nasional (NFC).

"Kerajaan berkuasa untuk menarik semula pinjaman berkenaan sekiranya berlaku aktiviti pecah amanah. Saya kata NFCorp perlu kembalikan duit itu semula, saya tidak menyebut beliau (Shahrizat), tidak ada kene mengena dengannya," katanya.

Trem bagi atasi kesesakan di bandar Melaka

Posted: 14 Feb 2012 12:38 AM PST

Elissa Helmy

Pakataan Rakyat di Melaka tiada sebarang bantahan berhubung projek pembinaan dan pembangunan trem Melaka yang dikatakan bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintas.

NONEBagaimanapun, kata ahli parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him (tengah), pembinaan tersebut perlu difikirkan semasak-masaknya dan orang ramai perlu tampil memberikan pandangan menerusi pameran awam yang diadakan.

Menurutnya, pandangan perlu berkisar mengenai adakah kemudahan itu nanti yang membabitkan kos binaan berjumlah RM272 juta benar-benar dapat mengurangkan masalah kesesakan lalu-lintas di Melaka.

"Kita bimbang dengan perbelanjaan RM272 juta ini, sekiranya kemudahan ini tidak dapat sambutan sudah pasti rakyat perlu menanggung keseluruhan hutang ini.

"Ini kerana, projek tersebut dibangunkan oleh Syarikat Mrails Tram International (Melaka) Sdn Bhd dan akan dibayar balik menerusi Perbadanan Ketua Menteri dalam tempoh 20 tahun," katanya.

melaka straits of malacca 120307 recreationalJelas Sim, pihaknya juga bimbang adakah orang ramai akan berminat menggunakan kemudahan itu sedangkan punca kesesakan sebenar adalah disebabkan oleh pelancong luar ketika hujung minggu dan musim cuti umum.

"Dengan kemudahan laluan yang terlalu terhad saya tidak fikir orang ramai khusus pelancong akan menggunakan kemudahan ini.

"Ia menyediakan laluan sepanjang 20 kilometer menuju ke pusat bandar dari Tol Ayer Keroh dengan melalui 32 perhentian.

"Antara laluan trem ialah Hotel Seri Malaysia, Taman Botanikal, Zoo Melaka, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Taman Muzaffar Shah, Hospital Pantai, Dataran Pahlawan, Hospital Mahkota, Kelab Harbour, Hotel Equitorial dan Bukit Baru," katanya.

NONESementara itu, ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong (kiri) berkata, kerajaan negeri sepatutnya lebih menumpukan aspek kemudahan pengangkutan awam daripada mengeluarkan belanja besar untuk melaksanakan projek itu.

"Setakat ini, di Melaka tiada satu pun sistem penggangkutan awam yang sempurna termasuk bas dan teksi.

"Sepatutnya dengan perbelanjaan RM272 juta kita merasakan lagi wajar mereka mempertingkatkan bas awam dan teksi seperti negara jiran, Singapura yang jauh lebih sempurna. Malah itu lebih penting daripada Trem Melaka," katanya.

Beliau berkata, di Melaka turut mengalami masalah kekurangan tempat letak kereta di kawasan-kawasan penting khusus di pusat bandar.

"Kebanyakan pengunjung luar merungut disebabkan setiap kali masuk ke bandar, tiada kemudahan tempat letak kereta dan sekiranya ada ia tidak mencukupi.

"Sebab itu langkah segera yang sepatutnya dilakukan kerajaan dengan membina tempat letak kereta bertingkat yang tidak memerlukan belanja yang tinggi," katanya.

Projek tersebut dijangka dijangka siap dalam tempoh setahun selepas projek dilaksanakan bermula April depan.

melaka monorail track 150310 tramSekiranya siapnya nanti, sebanyak 10 trem akan beroperasi setiap hari bagi setiap 10 minit bermula pukul 5 pagi sehingga pukul 1 pagi yang dikendalikan oleh pemandu dengan sistem komunikasi tanpa wayar berkelajuan 40 hingga 60 kilometer sejam.

Setiap trem buatan China itu memiliki dua gerabak yang mampu memuatkan 120 penumpang pada satu masa dengan kelengkapan sistem pendingin udara.

Kadar tambang yang dikenakan ialah RM2 bagi satu perjalanan manakala bagi warga emas berusia 55 tahun ke atas dan murid-murid sekolah yang beruniform adalah percuma.

Majlis pecah tanah projek itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Februari tahun lalu.

Khairy: Najib kini sudah pandai berkicau

Posted: 14 Feb 2012 12:35 AM PST

Nigel Aw

Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cuba menjinakkan dirinya di alam Twitter, ramai warga maya berpendapat kicauannya amat janggal.

Jadual mesyuarat Najib, kata ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, bukan sesuatu yang pengguna media sosial mahu tahu.

NONE"Apabila Perdana Menteri pertama kali menyertai media sosial, kicauannya di Twitter ringkas dan mudah, mesyuarat pada jam 4 petang. Jam 5 petang, mesyuarat dengan Presiden Bosnia, 6 malam pula pertemuan dengan kakitangan awam, jam 8 pula makan malam dengan dewan perniagaan...

"Ramai antara kita memberi maklum balas menyatakan bahawa kicauan seumpama itu adalah jenis interaksi yang salah dan pengguna media sosial tidak mahu tahu," kata Khairy, yang juga ketua Pemuda Umno dan pengguna tegar Twitter.

Namun, menurut Khairy, selepas teguran pengguna media sosial, kicauan perdana menteri bertambah menarik dan sehingga hari ini beliau telahpun mempunyai 400,000 pengikut.

NONEBercakap pada forum bertajuk "Cabaran dan Impak Media Sosial ke atas Politik Malaysia" pada Persidangan Blogger Dunia dan Media Sosial di Kuala Lumpur semalam, Khairy berkongsi pengalamannya kepadarakan-rakan ahli politik mengenai penggunaan media sosial yang betul.

"Mereka (pengguna media sosial) mahu tahu apa yang mencerminkan diri anda, kadang-kadang mereka boleh menerima jika kita berkicau mengenai kempen politik di kawasan kita, tetapi pada akhirnya, mereka tetap mahu tahu pasukan bola sepak mana yang kita sokong, pemikiran atau pandangan kita mengenai isu-isu atau juga filem tertentu," katanya.

Dengan nada yang serius, Khairy berkata kemunculan media sosial juga bermakna bahawa orang ramai mahukan ahli-ahli politik bertindak balas dengan serta-merta berhubung sesuatu isu.

umno general assembly bazaar 161106 hadhari mobile phone"Ahli-ahli politik sebelum ini memerap sesuatu isu sehingga dua atau tiga hari, tetapi hari ini, mereka perlu memberi jawapan pada kadar segera.

"Namun, ada juga ahli politik yang gagal memberikan jawapan dengan segera dan mereka menerima akibatnya.

"Menurut pengguna media sosial, 'kami telah menunggu berjam-jam, tetapi ahli politik sudah biasa untuk menunggu berhari-hari (sebelum memberikan reaksi)'," katanya.

Antara contoh, Khairy berkata, apabila pembangkang membuat andaian bahawa dana RM1.5 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan disalurkan terus kepada peminjam bagi membeli rumah.

"Jika kita lihat komen-komen, hampir sebahagian besar rakyat menentangnya, tetapi apabila saya jelaskan bahawa dana itu akan disalurkan melalui agensi kerajaan dan ia dijamin oleh kerajaan (bukannya kepada peminjam), maka isu itu berakhir," katanya.

901: Azmin disiasat polis, PKR dakwa niat jahat

Posted: 14 Feb 2012 12:33 AM PST


MALAYSIA KINI

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dipanggil melapor diri kepada polis esok berhubung siasatan terhadap perhimpunan 9 Januari lalu di kompleks mahkamah Kuala Lumpur, kata Naib Presiden N Surendran.

Surendran (bawah) bagaimanapun beranggapan siasatan itu bermotif politik dan dibuat dengan niat jahat bagi mengganggu dan menakut-nakutkan kepimpinan PKR.

NONE"Harus diingat polis sendiri yang bersetuju agar perhimpunan 901 diadakan di hadapan bangunan Mahkamah Jalan Duta.

"Justeru mengapa diadakan siasatan ini?" soal Surendran yang juga peguam hak asasi manusia.

Sebelum ini Ketua Angkatan Muda Shamsul Iskandar turut dipanggil dalam siasatan berkaitan.

Di samping kehadiran ribuan orang, perhimpunan 9 Januari dicemari insiden letupan bom dan pergelutan antara kumpulan penyokong Anwar dan pengadu Saiful Bukhari Azlan.

Hakim memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya Anwar dibebas dan dilepaskan.

Dalam kenyataannya hari ini, Surendran mempertahankan perhimpunan itu berlangsung secara aman dan sah mengikut Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

"Penyiasatan berat sebelah ini membuktikan Akta Perhimpunan Aman hanya merupakan sekatan tambahan terhadap hak rakyat untuk berhimpun," katanya sambil menyifatkan tindakan itu menjadikan janji perubahan perdana menteri tidak bermakna.

NONEJusteru, tambahnya, PKR menggesa ketua polis negara tidak menyambung siasatan itu serta merta dan polis sepatutnya membanteras jenayah sebenar dan tidak dibazirkan untuk "menekan musuh politik BN".

"Tindakan terbaru ini membuktikan golongan sosok keras UMNO terus berkuasa di dalam kerajaan," katanya lagi.

'Sokongan Felda pada Pakatan naik hingga 15%'

Posted: 14 Feb 2012 12:31 AM PST


Abdul Rahim Sabri
Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) menyifatkan "tidak mudah" bagi BN untuk mengekal 317 kawasan Felda sebagai 'deposit tetap' mereka dalam pilihan raya umum akan datang, memandangkan berlakunya perubahan landskap politik di kalangan peneroka.

Presiden ANAK Mazlan Aliman berkata ia berlaku susulan perjuangan NGO itu membela hak peneroka termasuk siri-siri saman dan kewujudan cawangan PAS dan PKR yang mewujudkan persaingan politik di tanah rancangan itu.

NONEBahkan, kata Mazlan (kiri), berdasarkan pengalaman beliau berceramah kehadiran peneroka Felda "berlipat kali ganda" jumlahnya berbanding beberapa tahun sebelum ini.

"Saya beranggapan tidak mudah bagi BN untuk mempertahankan Felda sebagai talian hayat mereka pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Katanya, hal ini berlaku di tanah rancangan itu khususnya di empat buah negeri yang mempunyai banyak tanah rancangan Felda khususnya di Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Sebanyak 54 kawasan parlimen dan 92 DUN mempunyai tanah rancangan Felda yang menurut Mazlan 90 peratus adalah penyokong Umno dan BN. Jumlah peneroka lebih kurang 112,635 ribu orang.

'Melarat' ke Felda lain

Mazlan berkata perubahan sokongan peneroka bermula selepas kemenangan peneroka Felda Kemahang 3 di Kelantan yang menang di mahkamah berhubung tuntutan kadar perahan gred.

Kemudiannya, ia 'melarat' ke Felda lain antaranya, di Felda Mu'aqqil dan Gugusan Air Tawar di Johor; Sungai Koyan, Gugusan Jengka, Bera di Pahang; Serting dan Jempol di Negeri Sembilan serta Kerteh di Terengganu atas pelbagai isu, tambah Mazlan.

NONE"Barang diingat yang membawa kes ke mahkamah, bukan orang PAS dan PKR sahaja, (malah) ia keseluruhannya masyarakat Felda terdiri daripada orang Umno yang bersama dengan kita.

"Maknanya mereka pun hari ini melihat, perjuangan kita betul dan perjuangan parti mereka (yang) tidak berjuang untuk mempertahankan hak mereka," katanya sambil menganggarkan jumlah peneroka yang mengambil tindakan mahkamah melebihi 2,000 orang.

Sambil menyifatkannya sebagai satu fenomena menarik, Mazlan berkata dalam sesetengah kes, jumlah ahli Umno lebih besar daripada ahli dari Pakatan Rakyat khususnya di Felda Mu'aqqil dan Felda Serting.

"Ini (satu) fenomena bagi Umno, dia rasa cemas dengan perkara ini. Ini satu tahap yang sangat menariklah, politik di tanah rancangan Felda ini," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini.

Perhijrahan sokongan

Ditanya berhubung peratusan perubahan sokongan pengundi Felda dalam pilihan raya umum akan datang, Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat bagaimanapun enggan meletakkan harapan terlalu tinggi.

NONEKatanya, berlakunya "perhijrahan sokongan" terhadap pembangkang di kawasan Felda pada tahun 1990 dan 1999 susulan berlakunya pepecahan dalam Umno yang mewujudkan Team A dan Team B serta pemecatan timbalan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan PAS menang di Jengka dan Chini.

Bagaimanapun, sokongan pengundi di Felda merosot pada 2004 dan 2008 merosot serta tidak mampu mempertahankannya seperti yang diperolehi dalam pilihan raya sebelumnya.

"Dalam pilihan raya umum ke 13, kita tidak letak sasaran yang terlalu tinggi, kalau kita letak 5 hingga 15 peratus kenaikan sokongan, saya dapat rasakan, kawasan Felda ini akan menyumbang kepada kejatuhan (kepada) parti pemerintah.

"Dalam konteks negeri Pahang, Terengganu, Johor dan Negeri Sembilan. Ini ketara benar. Ini suasana yang berlaku," katanya sambil menambah ada kawasan di Pahang sokongan berada di paras 40 hingga 45 peratus.

Tumbuk menumbuk di ceramah Anwar

Posted: 14 Feb 2012 12:26 AM PST


MALAYSIA KINI

Ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Felda Tun Ghafar di Alor Gajah, Melaka, petang semalam dicemari oleh kekecohan di antara penyokong PKR dan BN.

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan pada kejadian petang semalam itu, kira-kira 50 penyokong BN didakwa sengaja melakukan provokasi kerana membantah kedatangan ketua umum PKR itu.

Mereka mendakwa Anwar cuba menghasut penduduk kampung hingga berlakunya pecah belah di kalangan mereka.

Menurut akhbar itu lagi, akibat tidak puas hati, berlaku pertikaman lidah dan tolak menolak di hadapan balai tempat Anwar berucap. Keadaan dilaporkan menjadi tegang apabila seorang daripada penyokong BN ditumbuk dan berlaku pergelutan.

Seorang penyokong BN yang dikenali sebagai Nizam Baharom dipetik Sinar sebagai menyalahkan penyokong PKR yang bertindak agresif dengan menumbuk seorang daripada rakannya.

Kekecohan di Felda Tun Ghaffar di Hutan Pecah, Alor Gajah itu kemudiannya berjaya dileraikan dengan kehadiran pihak polis.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superitendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, kekecohan itu akibat rasa tidak puas hati satu pihak berikutan kedatangan Anwar dan bahawa tiada tangkapan dibuat.

Pengusiran Hamza langgar undang-undang a'bangsa

Posted: 14 Feb 2012 12:23 AM PST


MALAYSIA KINI

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) telah mencuba tetapi gagal dalam menghalang pengusiran pulang terburu-buru pihak berkuasa Malaysia ke atas wartawan Arab Saudi Hamza Kashgari.

Dalam kenyataan media hari ini, naib pengerusi Suhakam Datuk Khaw Lake Tee berkata suruhanjaya itu telah membuat rayuan bertulis kepada Menteri Dalam Negeri untuk mempertimbangkan kes Hamza.

Ini, katanya selaras dengan prinsip hak asasi manusia dan khususnya prinsip bukan-refoulment di mana seseorang yang menghadapi penganiyaan di negara beliau tidak perlu dikembalikan ke negara tersebut.

NONEJusteru, katanya Suhakam "amat kecewa" dan "terkejut" Hamza tetap diusir pulang pada Ahad lalu.

"Pengusiran pulang Kashgari akan mempunyai kesan negatif kepada negara kerana telah melanggar undang-undang dan instrumen hak asasi manusia antarabangsa terutama sekali yang termaktub dalam Perkara 3, 10 dan 11 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat," kata Khaw.

Menurut beliau adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjamin bahawa setiap orang mempunyai hak kepada nyawa, kebebasan dan keselamatan diri mereka.

"(Selain itu), setiap orang adalah berhak secara sama rata kepada perbicaraan yang adil dan terbuka; dan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk dianggap tidak bersalah sehingga terbukti bersalah mengikut undang-undang di dalam perbicaraan terbuka," katanya.

Menurut Khaw, Suhakam berpandangan Hamza telahpun dinafikan hak-hak tersebut di mana kes beliau telah menarik tajuk-tajuk utama media antarabangsa.

Sehubungan itu, katanya, Suhakam mengulangi seruan kepada kerajaan, sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, agar menunjukan komitmen untuk mendukung standard tertinggi dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di negara ini.

Hamza ditahan di negara ini awal bulan ini selepas melarikan diri dari Arab Saudi dan cuba menuju ke New Zealand bagi mendapatkan suaka politik.

Pada sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW Ahad lalu, wartwan berusia 23 tahun itu didakwa menulis kata-kata yang menyinggung perasaan umat Islam di Twitter.

Dalam kicauannya itu, beliau menulis, dia amat mengagumi sifat yang ada pada Nabi tetapi mahu bersalaman dengan baginda bukan sebagai pengikut tetapi setaraf dengannya.

Beliau kemudian memohon maaf dan mahu bertaubat tetapi sekumpulan ulama terkemuka negara itu melabelkan beliau sebagai murtad dan mahu beliau dibicarakan dan dihukum di negara itu.

Menghina Islam dan Nabi adalah satu jenayah yang boleh dihukum mati di Arab Saudi.

Israel: PERKASA dakwa Nik Aziz mungkin sandiwara

Posted: 14 Feb 2012 12:20 AM PST

MALAYSIA KINI

PERKASA menyifatkan kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataan atau menyaman Wall Street Journal berhubung isu keselamatan Israel mungkin "kenyataan sandiwara".

NONEPresiden kumpulan pendesak Melayu itu, Datuk Ibrahim Ali juga berpendapat kenyataan mursyidul am PAS itu sebagai percubaan untuk mengelirukan rakyat.

"PERKASA berpendapat kenyataan Nik Aziz ini mungkin satu kenyataan sandiwara, nak membersihkan diri PAS daripada bersekongkol dengan Anwar yang jelas berpegang teguh dengan sokongan politik Amerika.

"PAS sedar, apabila Anwar dapat serangan bertubi-tubi dari dalam dan luar negara termasuk tokoh-tokoh Islam dan pemimpin negara Islam.

"Oleh kerana itu, Nik Aziz terpaksa mengambil sikap (itu) selepas (Presiden PAS) Haji Hadi Awang mengatakan sokongan kepada Israel adalah haram," kata Ibrahim.

Pakatan janji kembalikan undang-undang dirombak Dr M jika memerintah

Posted: 13 Feb 2012 04:06 PM PST



Mohd Dzaiddin mendakwa perubahan yang dilakukan oleh
Dr Mahathir telah melemahkan sayap badan kehakiman.
— Gambar fail


PETALING JAYA — Pakatan Rakyat (PR) hari ini menegaskan ia akan mengembalikan kepada asal segala undang-undang yang telah dirombak Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi perdana menteri sekiranya perikatan pembangkang itu berjaya memenangi pilihan raya yang akan datang.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata sekiranya mereka berjaya menjadi pemerintah dalam pilihan raya umum akan datang, perubahan seperti yang dikenakan ke atas Perkara 121 dalam Perlembagaan Persekutuan akan dikeluarkan supaya ia kembali kepada keadaan sebelum tahun 1988.

"PR bersetuju dengan pandangan bekas (ketua hakim Tun Mohd Dzaiddin Abdullah) itu, dan kami akan mengembalikan undang-undang tersebut kepada asal sekiranya memerintah, iaitu dengan mengembalikannya kepada sebelum tahun 1988," kata Lim kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menegaskan, kenyataan bekas ketua hakim itu adalah sangat berat memandangkan kenyataan beliau itu mengesahkan bahawa rombakan tersebut memberikan implikasi kepada keputusan awal penghakiman berkaitan politik.

"Kenyataan itu mengesahkan berlakunya campurtangan politik dalam badan kehakiman negara yang mana setiap keputusan perundangan dipengaruhi unsur politik.

"Sebagai contoh kes yang berlaku seperti krisis di Perak dan penghakiman terhadap diri saya sendiri," tegasnya.

Menurut Ketua Umum PKR ini lagi, PR mahukan sebuah badan kehakiman yang bebas, dan sekiranya berjaya memerintah, perikatan pembangkang ini akan memperbetulkan perubahan yang dilakukan Dr Mahathir.

Menurut Mohd Dzaiddin, Dr Mahathir merupakan pihak yang bertanggungjawab merombak undang-undang berkenaan dan melemahkan sistem kehakiman dengan meletakkan kuasa Parlimen sebagai penentu kehakiman negara.

Bagaimanapun, Dr Mahathir Mohamad telah membidas kenyataan Dzaiddin itu dan menegaskan, dakwaan itu merupakan satu fitnah terhadapnya.

Namun begitu, beliau bagaimanapun tidak akan menyaman mereka kerana menurutnya, itu adalah perbuatan sia-sia.

Beliau turut menjelaskan, tuduhan-tuduhan itu tidak berasas dan sekiranya benar seperti dakwaan tersebut, beliau sudah pasti akan menukarkan jawatan ramai individu dalam badan guaman ketika zaman pemerintahannya itu.

"Tiada peruntukan seperti itu, dan kalau saya ada kuasa, saya akan tukar ramai orang kalau saya boleh buat demikian," katanya lagi.

Mohd Dzaiddin Jumaat lalu dalam ucapan dasarnya meraikan ulang tahun Tunku Abdul Rahman dan Institute of Democracy and Economic Affairs (IDEAS) di Tunku Abdul Rahman Memorial berkata, pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman.

"Akibat pindaan, kuasa kehakiman mahkamah-mahkamah telah dikurangkan dan mereka hanya mempunyai kuasa apabila diberikan Parlimen," kata Mohd Dzaiddin, dan menambah bahawa "Parlimen lebih hebat daripada badan kehakiman".

Menurut Mohd Dzaiddin, pada tahun 1988, Ketua Hakim Tun Mohamed Salleh Abas telah disingkirkan oleh Dr Mahathir, yang merupakan perdana menteri ketika itu.

Mohd Dzaiddin berkata kejadian itu adalah disebabkan perbezaan dalam pendapat antara Dr Mahathir dan Salleh atas peranan-peranan dua cabang kerajaan berkenaan.

Namun demikian, Dr Mahathir menjelaskan, perkara itu bukan berlaku di atas kehendaknya, sebaliknya berdasarkan persetujuan daripada Agong ketika itu.

"Agong yang hendak Salleh Abas digugurkan, bukan atas kehendak saya," katanya lagi.

Mufti ingatkan PM minta nasihat agama sebelum hadir

Posted: 13 Feb 2012 04:02 PM PST


MALAYSIA KINI

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa mendapatkan pandangan penasihat agamanya terlebih dahulu sebelum menghadiri upacara agama lain, kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.

NONEMenurut beliau, ini termasuk kehadiran kontroversi Najib bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ke sambutan Thaipusan di Batu Caves baru-baru ini.

Dr Juanda (kiri) berkata, perkara itu penting supaya tindakan perdana menteri tidak menimbulkan sebarang kekeliruan.

Najib pada 7 Februari lalu hadir ke sambutan Thaipusam dengan lengkap berpakaian kurta kuning muda dan dipakaikan kalungan bunga yang amat besar.

Selain itu, gambar perdana menteri juga didirikan setinggi patung berhala di Batu Caves sehingga mencuri tumpuan mereka yang datang ke kuil itu.

Sebelum ini, perdana menteri terdahulu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad masing-masing hanya menghantar wakil ke sambutan Thaipusam itu.

Tindakan Najib itu, antaranya mengundang kritikan pelbagai pihak, termasuk Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, PAS dan kumpulan NGO Islam.

najib thaipusam 2011Antara yang paling keras, Harussani dipetik portal The Malaysian Insider sebagai berkata beliau terkilan dengan tindakan itu yang didakwa "menggadai akidah" walaupun mendakwa sudah ditegur setiap tahun.

"Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

"Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain," kata Harussani.

Zaid diminta undur sebelum bubarkan KITA

Posted: 13 Feb 2012 03:59 PM PST

MALAYSIA KINI

Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) Kelantan mahu ketuanya Datuk Zaid Ibrahim mengundur diri daripada menerajui parti sebelum membubarkan parti tersebut.

NONEPresiden KITA Kelantan Zakaria Salleh mendakwa kira-kira 4,000 anggota parti itu tidak bersetuju dengan cadangan Zaid (kanan) untuk membubarkan parti itu kerana bertentangan dengan dasar penubuhan parti itu untuk menegakkan keadilan insan dan politik Islam.

"Cadangan pemimpin parti itu seolah-olah mengkhianati amanah pengasas parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Musa Salleh, sebelum (AKIM) ditukar dan didaftarkan semula atas nama baru iaitu KITA," katanya kepada pemberita di rumahnya di Taman Wangi, Pasir Tumbuh, dekat Kota Bharu, semalam.

Turut hadir bekas Timbalan Presiden AKIM, Rosly Mohd Zain.

Zakaria berkata anggota jawatankuasa parti peringkat negeri akan menghantar memorandum menggesa Zaid melepaskan jawatannya dan membatalkan niat untuk membubarkan parti itu sebelum majlis perjumpaan yang dijadual diadakan di Kota Bharu, 25 Feb ini. Bernama

Tiada ulasan: