Ahad, 12 Februari 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Sokongan Masyarakat India Di Kedah Kepada BN Kini Meningkat - Mukhriz

Posted: 12 Feb 2012 03:29 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE


KULIM-- Sokongan masyarakat India di Kedah kepada Barisan Nasional (BN) kini dilihat semakin meningkat berikutan langkah BN yang sentiasa membantu masyarakat itu walaupun BN tidak mentadbir kerajaan negeri.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata peningkatan sokongan terhadap BN jelas terbukti dengan kehadiran ramai masyarakat India pada majlis-majlis politik, keagamaan dan adat anjuran BN di negeri ini.

"Faktor yang mendorong mereka menyokong BN adalah walaupun tidak memerintah Kedah tetapi BN masih membantu kesukaran hidup dan mengatasi masalah masyarakat tersebut," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Pesta Ponggal MIC Bahagian Padang Serai, di Padang Awam Taman Selasih di sini semalam.

Mukhriz berkata selain itu, perasaan kecewa serta muak dengan janji-janji kosong pakatan pembangkang khususnya PAS yang memerintah Kedah, menyebabkan masyarakat India di negeri ini kini beralih menyokong BN.

"Golongan itu bukan sahaja kecewa malah berasa marah kerana apa yang dijanjikan selepas pilihan raya umum 2008 tidak pernah ditunaikan," katanya.

Katanya, masyarakat India juga tertawan dengan keikhlasan perjuangan BN berbanding pengalaman yang mereka alami ketika PAS menerajui Kedah selama ini.-- BERNAMA

Transformasi atau Reformasi?

Posted: 12 Feb 2012 03:24 AM PST

Viktor Wong, Malaysia Chronicle


Sewaktu sambutan Tahun Baru Cina yang lalu, ahli-ahli politik BN dan Umno telah banyak memberikan pujian yang luarbiasa yang jarang kita dengar sebelum ini, khususnya kenyataan daripada menteri perdagangan antarabangsa dan industri Datuk Mustahpa Mohamad yang juga ketua perhubungan Umno Kelantan.

Ketika ditemuramah oleh beberapa wartawan sebelum ini, Mustapha telah mengakui bahawa kalangan ahli-ahli perniagaan berbangsa Cina di negara ini masih percaya bahawa dasar ekonomi dan perdagangan di negara selama ini memihak kepada orang-orang Melayu dan berlaku tidak adil terhadap masyarakat Cina pada keseluruhannya setelah Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan pada tahun 1970.

Keluhan tersebut tidak sepatutnya bertumpu pada hanya pendapat daripada masyarakat Cina terhadap dasar tersebut, bahkan ianya juga patut dilihat melalui pelbagai sudut, pendapat kaum-kaum yang lain, para pelabur asing dan masyarakat antarabangsa. Sememangnya ketelusan dan liberalisasi ekonomi juga dapat memanfaatkan negara dan rakyat pada keseluruhannya daripada dasar yang hanya boleh memuaskan dan menguntungkan satu kaum dan agama sahaja.

Implikasi daripada kenyataan Mustapha adalah negara ini sedang menuju ke arah liberalisasi dan keterbukaan pasaran di mana banyak rancangan transformasi telah membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Oleh itu, marilah kita mengkaji beberapa siri transformasi tersebut untuk menentukan sama ada rancangan tersebut telah benar-benar berjaya atau sebaliknya.

Subsidi dan dasar perlindungan

Pada umumnya, kita semua sememangnya telah mengetahui bahawa rakyat jelata dan negara telah banyak membantu membayar subsidi kepada Proton sejak ianya dilancarkan dan kereta buatannya mula dipasarkan pada tahun 1985.

Bagi melindungi Proton daripada saingan, kereta-kereta import dikenakan cukai 100% yang mengakibatkan bebanan yang terpaksa dipikul oleh rakyat jelata lebih 20 tahun. Sejumlah 106,000 orang telahpun diisytiharkan bankrap daripada tahun 2005 sehinggalah September 2011 di mana 25% adalah disebabkan ole kerana peminjam untuk membayar balik pinjaman sewabeli kereta.

Selain daripada itu, DRB-Hicom juga telah mengambil-alih Proton. Dan kenapa pula sesebuah syarikat korporat yang besar ini dibenarkan untuk terus menikmati faedah subsidi tersebut daripada kerajaan?

Dan walaupun pengeluar kereta nasional itu telah lama menikmati kemudahan subsidi dan dilindungi, ianya masih mengalami kerugian yang begitu kritikal dah yang paling terbaru, berdasar laporan prestasi untuk tahun berakhir 2011, Proton telah mengalami kerugian yang paling teruk sekali, mencecah sehingga RM3.4 billion.

Jadi adakah dasar tersebut berkesan dan jika sekiranya dasar perlindungan itu ditarikbalik, apakah implikasinya dan daya saing dapat membangunkan semula Proton yang kini sedang tenat.

Ketelusan dan pengisytiharan harta

Pengisytiharan harta yang dilaksanakan oleh ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan (Exco) negeri Pulau Pinang baru-baru ini telah membuka mata banyak pihak dan mengejutkan ramai pemimpin BN, khususnya daripada Umno yang kini serba salah sama ada perlu mengikuti jejak langkah Pulau Pinang ataupun sebaliknya.

Reaksi spontan beberapa pemimpin BN adalah pengisytiharan harta oleh menteri-menteri kabinet ini boleh mendedahkan mereka kepada risiko-risiko diancam penjenayah, kemungkinan diculik sebagai tebusan serta terperangkap dengan pelbagai tuduhan rasuah atau salahguna kuasa.

Walaubagaimanapun, pengisytiharan harta ini bukannya sesuatu yang baru di kebanyakan negara. Di Amerika misalannya, telahpun melaksanakan sistem tersebut sejak tahun 1978 dan daripada pengisytiharan itu didapati 11% daripada ahli kongresnya adalah terdiri daripada jutawan dan mereka yang kaya-raya.

Sementara di Taiwan pula, terdapat satu rang undang-undang yang mewajibkan para penjawat awamnya untuk mengisytiharkan harta mereka melalui internet portal kerajaan republik tersebut.

Kenapa pula para pemimpin Umno dan BN ini begitu takut? Kebimbangan mengenai rompakan dan penculikan ini haruslah pertanggungjawabkan kepada pihak polis dan tidak sepatutnya digunakan sebagai suatu alasan untuk tidak mengisytiharkan harta mereka.

Dan nampaknya, mereka ini sememang tidak berniat untuk berbuat demikian, apatah lagi melaksanakan Program Transformasi Kerajaan (GTP) secara menyeluruh.

Kredibiliti terjejas

Baru-baru ini, kementerian dalam negeri telah menetapkan 15hb Februari ini sebagai tarikh akhir untuk pendaftaran dan pemutihan para pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bekerja di negara ini secara haram. Tarikh tutup asalnya adalah pada 10hb Januari yang lalu.

Sebelum ini, kerajaan telah menegaskan bahawa tarikh akhir pendaftaran dan pemutihan PATI itu tidak akan dilanjutkan lagi, namum masih ramai yang mengagak bahawa tarikh tersebut masih boleh dilanjutkan dan ternyata kerajaan telah sekali lagi berlembut dengan melanjukan tarikh akhir tersebut kepada sebulan lagi.

Kerajaan telah berkali-kali melanjutkan tarikh tutup tersebut dan perbuatan ini juga telah mengakibatkan kelewatan yang begitu ketara sekali untuk mengesahkan para pekerja asiing ini. Hasilnya, kredibiliti kerajaan di dalam menangani masalah tersebut terjejas.

Perdana menteri dan presiden Umno Datuk Najib Razak telah memperkenalkan beberapa rancangan transformasi kerajaan, politik dan ekonomi bagi menjana semula pendapatan negara dan rakyat, namum rancangan tersebut tidak menampakkan perlaksanaan yang menyeluruh di mana di sesetengah sektor ianya dilaksanakan serentak, manakala di kebanyakan sektor pula, perlaksanaannya agak lembab dan ridak mendapat sambutan atau langsung tidak diberikan perhatian dengan sepenuhnya. Pemikiran dan budaya kerja yang lembap di beberapa jabatan dan agensi masih subur di mata umum, menjadikan sebarang pencapaian adalah begitu mustahil sekali.

Bagi meraih semula sokongan dan undi daripada rakyat jelata, kerajaan perlulah memastikan transformasi tersebut dilansanakan secara menyeluruh atau tidak ada sebarang pencapaian yang akan berlaku.

Jadi, yang manakah lebih berkesan? Transformasi ataupun Reformasi? Penentu kini berada di tangan rakyat. Malaysia Chronicle

Tindakan Putrajaya usir kolumnis Saudi kejam, kata Surendran

Posted: 12 Feb 2012 03:23 AM PST


KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR N. Surendran mengecam tindakan Putrajaya menghantar pulang kolumnis akhbar Arab Saudi Mohammad Najeeb A. Kashgari yang akan berdepan hukuman berat selepas didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Mohammad Najeeb, atau Hamza Kashgari, yang melarikan diri dari Arab Saudi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Khamis lalu sebelum ditahan pihak berkuasa Malaysia.

Hamza mencetuskan kontroversi selepas mengeluarkan satu kenyataan yang menghina Islam dan Nabi Muhammad melalui Twitter, yang menyebabkan kemarahan rakyat negara itu.

"Hari ini Hamza Kashgari telah dihantar pulang ke Arab Saudi oleh kerajaan Malaysia di mana dia bakal berdepan hukuman mati. Kami mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara kerana menghantarnya pulang untuk berdepan hukuman mati berdasarkan komen di Twitter.

"Penghantaran pulang itu menyalahi undang-undang, tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan dan satu tindakan kejam. Tindakan itu terlalu tergesa-gesa seperti mahu mengelak daripada proses undang-undang Malaysia," kata Surendran (gambar) dalam satu kenyataan.

Beliau menambah Mahkamah Tinggi juga telah mengeluarkan perintah sementara untuk menyekat penghantaran pulang Hamza yang berusia 23 tahun.

"Perintah itu bermakna hakim Mahkamah Tinggi telah menemui asas aduan Hamza tentang penahanan tidak sah oleh pihak berkuasa Malaysia dan penghantaran pulang juga menyalahi undang-undang. Apa alasan kerajaan untuk menghantar pulang Hamza?

"Tiada perjanjian ekstradisi antara Malaysia dan Arab Saudi dan kesalahan yang dilakukan Hamza bukan satu kesalahan yang boleh membawa hukuman bunuh di Malaysia. Tindakan itu tidak mengikut lunas-lunas perundangan dan perlembagaan," katanya menambah ia juga bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia termasuk Deklarasi Hak-Hak Asasi Manusia Sedunia.

Terdahulu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata penahanan Hamza dibuat atas permintaan pihak berkuasa Arab Saudi.

Beliau berkata penghantaran pulang lelaki itu dibuat berdasarkan perjanjanjian yang membolehkan mana-mana individu yang dikehendaki oleh sesebuah negara dihantar pulang ke negara masing-masing.

Tegas Surendran, tindakan Kementerian Dalam Negeri dan polis yang tidak memberikan maklumat tepat tentang status Hamza kepada peguam dan rakannya bertentangan dengan undang-undang.

"Maklumat penting yang dirahsiakan ini menyalahi undang-undang dan membuktikan penghantaran pulang ini telah dirancang.

"Adakah ini contoh amalan demokrasi bertaraf dunia (Datuk Seri) Najib (Razak)? Perdana Menteri mesti bertanggungjawab di atas tindakan yang menyalahi undang-undang dilakukan kerajaan dan harus menjawab persoalan ini," katanya.

Menurut laporan media Arab Saudi, Hamza mengeluarkan laporan itu pada hari sambutan Maulidur Rasul minggu lepas dengan membayangkan seolah-olah dirinya berinteraksi dengan Nabi Muhammad dan seolah-olah kedua-dua mereka adalah sama taraf.

Hamza turut menyatakan ada sifat Nabi Muhammad yang disukai dan tidak disukainya.

Media negara itu melaporkan susulan tulisan lelaki itu, sebanyak 30,000 entri Twitter yang marah dengan laporannya dibuat dalam tempoh kurang 24 jam.

Sementara itu peguam hak asasi Fadiah Nadwa Fikri dalam tulisan di Twitter berkata Hamza telah dihantar pulang ke Arab Saudi menaiki penerbangan pukul 10 pagi tadi.

"Pegawai Baharuddin mengesahkan Hamza telah dihantar pulang pukul 10 pagi ditemani Timbalan Ketua Polis Negara.

"Pegawai Imigresen KLIA memaklumkan Hamza dihantar pulang tanpa diambil keterangan," katanya.

Beliau menambah pihak berkuasa melakukan pembohongan dengan memberitahu peguam tengahari tadi bahawa Hamza masih berada di ibu pejabat polis.

BBC mohon maaf siarkan dokumentari tajaan M'sia

Posted: 12 Feb 2012 03:21 AM PST


MALAYSIA KINI
Perbadanan Penyiaran British (BBC) telah memohon maaf kerana menyiarkan program hal ehwal semasa yang ditaja, termasuk lapan yang memaparkan Malaysia.

NONEDalam satu kenyataan di laman web BBC semalam, badan itu berkata "sebilangan kecil" program-program yang disiarkan di BBC World News antara Feb 2009 dan Julai 2011, melanggar peraturan dalaman yang bertujuan melindungi integriti editorial.

"Peraturan ini memastikan program ini adalah berkecuali dan dilihat bebas dari pengaruh iklan atau tekanan sama ada dari dalam mahupun luar," kata kenyataan tersebut.

Walaupun program yang tidak berkaitan dengan Malaysia disebut tanpa mendedahkan butiran terperinci, BBC menyatakan dengan jelas bahawa lapan program yang disiarkan mempunyai "hubungan kewangan" dengan kerajaan Malaysia.

"Ini bermakna terdapat percanggahan kepentingan, walaupun BBC tidak menyedari perkara berkenaan ketika program itu disiarkan," kata kenyataan tersebut.

Ia juga langsung tidak menyebut mengenai firma perhubungan awam yang berpangkalan di London FBC Media Ltd yang menerbit atau menghasilkan lapan program dokumentari berkenaan.

penan blockage bakun loggingSebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui di Parlimen bahawa kerajaan telah membayar 19.6 juta euro (RM80 juta) kepada FBC Media antara 2007 dan 2010 untuk meningkatkan imej Malaysia di mata dunia antarabangsa.

Antara lain, dokumentari yang diterbitkan memberikan gambaran yang positif mengenai industri kelapa sawit Malaysia dan layanan istimewa terhadap orang asli di negara ini.

Kelantan bina lebuh raya tanpa bantuan Putrajaya

Posted: 12 Feb 2012 03:15 AM PST


MALAYSIA KINI

Kerajaan negeri Kelantan akan meneruskan projek pembinaan lebuhraya Kota Bharu- Kuala Krai yang diluluskan oleh kerajaan pusat di bawah Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990) tetapi belum dimulakan sehingga ke hari ini.

NONEDalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa berkata tender untuk projek berkenaan dibuka pada 2 Januari lalu dan ditutup pada 9 Februari. Hasilnya, pihak kerajaan negeri telah menerima tawaran dan kertas cadangan dari lima syarikat.

"Pembinaan lebuhraya sepanjang 73 kilometer yang bertaraf R5 dengansembilan persimpangan bertingkat serta dua buah kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dengan tawaran kos sebanyak RM1.5 bilion hingga RM1.8 bilion.

"Pemilihan syarikat yang berjaya akan diputuskan oleh majlis mesyuarat kerajaan negeri Kelantan selepas jawatankuasa teknikal dan kewangan menilai cadangan-cadangan tersebut dalam masa terdekat," katanya.

Menurut Husam, projek yang dicadangkan oleh kerajaan persekutuan tetapi tidak dilaksanakan itu, sekali lagi diluluskan pada Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 -2010).

Walaupun, kerajaan BN telah melantik pemaju bagi menguruskan projek berkenaan namun sehingga kini tiada kerja-kerja yang dilakukan.

"Memandangkan laluan ini adalah sangat penting bagi kemajuan negeri Kelantan serta kemudahan untuk pengguna terutama sekali pada musim perayaan, kerajaan negeri memutuskan untuk mengambil langkah untuk melaksanakan pembinaan lebuh raya ini melalui inisiatif kerajaan negeri, kata Husam.

Sebelum ini, kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS seringkali mendakwa kerajaan pusat mengabaikan ekonomi negeri itu sejak parti Islam itu mengambil pemerintahan negeri ini pada tahun 1990.

Bantuan pusat diperincikan

Husam berkata beliau berharap dengan tindakan kerajaan negeri harapan rakyat Kelantan untuk mempunyai jaringan pengangkutan yang moden dan selesa akan dapat direalisasikan dalam masa yang terdekat.

lan visit mustapa mohamed 200406 looking onSementara itu, di Kota Bharu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan pusat akan memperincikan setiap peruntukan yang diberi kepada kerajaan Kelantan itu sejak beberapa tahun lepas agar rakyat mengetahui sejelas-jelasnya mengenai perkara berkenaan.

Beliau dipetik Bernama sebagai berkata mengikut kajian yang dilakukan, rakyat Kelantan masih belum mendapat gambaran jelas apa sumbangan kerajaan pusat terhadap kerajaan negeri pimpinan PAS itu dalam membangunkan negeri tersebut selama ini.

"Rakyat Kelantan masih tidak mengetahui secara terperinci peruntukan kerajaan Pusat kepada Kelantan selama ini. Ini perkara utama yang kita akan perjelaskan dalam tempoh terdekat.

"Untuk pengetahuan setiap tahun lebih 30 peratus peruntukan itu digunakan bagi tujuan perbelanjaan tadbir urus kerajaan negeri dan 70 peratus lagi bagi peruntukan perbelanjaan pembangunan kerajaan negeri dan ini perlu rakyat tahu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan negeri Kelantan di Jabatan Pembangunan Persekutuan di Kota Bharu, hari ini.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata rakyat negeri itu juga perlu mengetahui kerajaan pusat telah membina sebuah loji air di Pintu Geng di Kota Bharu dengan kos sebanyak RM52 juta.

"Bila siapnya loji ini nanti akan diserahkan kepada Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan hasilnya akan diperolehi syarikat itu yang dibina demi untuk rakyat mendapatkan bekalan air bersih," katanya.

Beliau berkata selain itu sebanyak RM100 juta lagi diperuntukkan kerajaan pusat untuk membina jalan-jalan negeri.

Menurutnya tindakan memperincikan peruntukan tersebut bukan untuk membangga diri sebaliknya untuk menafikan tohmahan pembangkang kononnya kerajaan pusat berlaku zalim terhadap Kelantan dengan menganaktirikan mereka.

Mustapa juga menafikan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa kerajaan pusat telah gagal melaksanakan beberapa projek di Kelantan sebaliknya projek berkenaan seperti Jambatan Kedua Sultan Ismail Petra hanya lewat disiapkan dan bukannya gagal.

"Kerajaan Pusat sendiri akan pastikan setiap projek yang kita laksanakan tidak gagal tetapi kelewatan yang berlaku ada sebab yang munasabah," katanya.

Saya akan berundur jika ditewaskan, kata Zaid

Posted: 12 Feb 2012 03:13 AM PST

Beberapa hari selepas mengumumkan niatnya untuk membubarkan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) presiden parti itu Datuk Zaid Ibrahim terus dibidas ahli-ahli di beberapa negeri yang tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan.

Walau bagaimanapun, dalam satu wawancara dengan Malaysiakini di kediamannya di Petaling Jaya pada Jumaat lalu, Zaid kelihatan cuba menawarkan kompromi bagi ahli-ahli parti untuk memilih sama ada pembubaran ataupun memecat ahli-ahli yang bermasalah.

NONEZaid (kanan) berkata cadangan berkenaan akan dibentangkan pada mesyuarat jawatankuasa eksekutif parti (CEC) akan datang.

Menurutnya jika CEC enggan memecat ahli-ahli yang bermasalah dan menuntut sidang perwakilan khas untuk membubarkan parti itu, maka beliau akan berundur dari KITA.

"Sudah tentu, saya akan berundur kerana saya hanya mempunyai satu undi," katanya.

Ditanya sama ada beliau telah membuat 'pusingan U' dengan menawarkan pilihan itu, Zaid menafikannya dan berkata ia hanya satu idea.

"Saya tidak boleh membubarkan parti (begitu sahaja), ia perlu melalui proses ... Ia bukan mudah, anda memerlukan tiga perempat daripada ahli-ahli yang bersetuju.

"Hanya kerana saya kata kita akan bubarkan parti, ini tidak bermakna KITA akan dibubarkan, ia bergantung kepada ahli-ahli. Semua ahli, termasuk saya mempunyai satu undi," katanya.

Desakan popular, Nik Aziz, Hadi terus bertanding

Posted: 12 Feb 2012 03:11 AM PST

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkemungkinan besar akan terus bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana ahli peringkat akar umbi menyokong padu kedua-dua tokoh itu.

NONEAbdul Hadi, yang sebelum ini meluahkan hasratnya untuk tidak bertanding, hari ini berkata beliau lebih cenderung menumpukan perhatian bagi mempersiapkan PAS menghadapi pilihan raya, tetapi keputusan muktamad adalah dengan parti.

"Saya telah jadi wakil rakyat selama 30 tahun dan ahli parlimen lebih 10 tahun, jadi saya harap akan diberi lebih banyak masa memberi tumpuan kepada parti itu, kali ini," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa PAS pusat di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali, yang duduk bersebelahan beliau, menyapa dengan berkata, "tetapi keputusan parti, kita tidak akan benarkan ini berlaku."

Kenyatan itu disambut gelak ketawa daripada kedua-dua pemimpin itu, termasuk daripada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

PAS hari ini juga mengumumkan bahawa parti itu telah bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya yang dijangkakan akan diadakan pada bila-bila masa tidak lama lagi.

Lagi ceramah dibatalkan akibat ganguan 'samseng'

Posted: 12 Feb 2012 02:57 AM PST

Satu lagi ceramah, kali ini mengenai kebebasan akademik terpaksa dibatalkan malam tadi selepas sekumpulan remaja menganggu majlis itu dan mengepung lokasi yang dicadangkan di Kampung Idaman, Klang.

NONEKetika dihubungi, Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Ab Razab berkata "samseng" berkenaan telah memecahkan kerusi dan menyelerakkan dewan serbaguna itu sebelum ceramah bermula.

"Mereka juga mengepung lokasi itu dan kami terpaksa berlindung di sebuah gerai makanan berhampiran sementara menunggu keadaan kembali tenang," katanya.

Walau bagaimanapun, kumpulan yang terdiri daripada kira-kira 70 orang, kata Ahmad Syukri, enggan berganjak dan ini memaksa pelajar yang berjumlah kira-kira 15 orang itu membuat laporan di balai polis Pandamaran.

"Kami tiba di balai polis Pandamaran pada kira-kira jam 11.30 malam, samseng itu terus ekori kami dan mula berkumpul di sana bersama motosikal mereka," katanya.

smm klang ceramah 120212Kejadian ini adalah kali kedua apabila ceramah seumpama itu di Klang terganggu. Kali pertama, ceramah pertubuhan Asalkan Bukan Umno (ABU) 'diserang' remaja bermotosikal yang bertindak ganas dengan menyerbu lokasi di Jalan Kebun dan dilaporkan memukul seorang pemuda.

Baling batu

Menurut Ahmad Syukri, akibat keadaan yang tegang, polis Pandamaran memutuskan untuk mengiringi pelajar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang untuk membuat laporan.

"Tiga kereta polis mengiringi kami dalam konvoi lima kenderaan tetapi ketika kami keluar, mereka membaling batu dan memukul kereta kami dengan kayu.

smm klang ceramah 120212"Syukur, cermin kereta kami tidak pecah tetapi kereta (timbalan presiden, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen) Khalid Mohd Ismath kemek teruk," katanya sambil menambah polis juga tidak mampu berbuat apa-apa.

Samseng-samseng itu sekali lagi mengekori pelajar berkenaan ke ibu pejabat polis daerah Klang dan kali ini, kata Ahmad Syukri bilangan mereka meningkat kepada lebih 100 orang.

"Selepas membuat laporan polis, kami dinasihatkan supaya tidak meninggalkan balai polis berkenaan demi keselamatan.

"Malah sehingga jam 4 pagi, samseng itu masih di luar, jadi kami terpaksa melarikan diri melalui pintu lain dengan bantuan penduduk tempatan," katanya.

smm klang ceramah 120212Menurut Ahmad Syukri, pelajar akhirnya berjaya meninggalkan tempat itu tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini dan tanpa sebarang kecederaan.

Ceramah malam tadi adalah sebahagian daripada program jelajah mereka ke seluruh negara bagi menuntut kebebasan akademik. Walau bagaimanapun, ini adalah kali pertama ia diganggu.

MB: Yayasan Selangor Di Audit 3 Tahun Sekali Ketika BN

Posted: 12 Feb 2012 12:41 AM PST

Oleh Naeem Raffi



SHAH ALAM : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Kahlid Ibrahim menjelaskan sebelum kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor pada 2008, yayasan Selangor di Audit tidak berdasarkan perbelanjaan tahunan tetapi dilakukan setiap tiga tahun.

Sebaliknya selepas mengambil alih kerajaan Pakatan Rakyat menyediakan laporan Audit setiap enam bulan bagi memastikan kecekapan pengurusan kewangan dipantau dan diurustadbir secara berhemah.

"Satu perkara yang jelas ialah semua sedia maklum sebelum tahun 2008, akaun (Yayasan Selangor) tidak diaudit dengan betul, jadi isu mendedahkan laporan audit bukan satu perkara yang aneh kerana sejak kami (Pakatan Rakyat) ambil alih ia diaudit setiap tahun.

"Yayasan Selangor sebelum 2008, sepanjang tiga tahun akaunnya tidak diaudit dan sekarang ianya diaudit setiap enam bulan,"katanya.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar mencabar Khalid mendedahkan laporan audit dua anak syarikat kerajaan negeri itu.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, siasatan audit itu dipercayai dilakukan berikutan kontroversi perbelanjaan membabitkan kedua-dua syarikat itu baru-baru ini.

Antaranya kata beliau, Yayasan Selangor disiasat berikutan perbelanjaan RM300,000 bagi majlis sambutan ulang tahunnya ke-40 sehingga menyebabkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat berangkat ke majlis itu kerana dukacita dengan kos penganjuran.

Selain itu katanya, semua aktiviti membabitkan Jabatan Perhubungan Awam PKNS pula dibekukan berikutan dakwaan salah guna kuasa.

Menjawab persoalan ini, Khalid ketika menemui pemberita menjelaskan kepimpinan Selangor era pemerintahan Pakatan Rakyat ini mengamalkan ketelusan dalam tata kelolanya.

Khalid menambah, ia dibuktikan apabila akaun anak syarikat kerajaan negeri akan diaudit setiap enam bulan pada setiap tahun.

"Ia mesti diaudit dalam masa enam bulan, sasaran saya ialah bermula selepas tiga bulan, kerja-kerja audit sudah boleh dijalankan, ia tidak boleh diaudit selepas tempoh enam bulan kerana ia telah terlalu lewat.

"Displin inilah yang kerajaan negeri amalkan, jadi kepada sesiapa yang ingin melihat akaun Yayasan Selangor ataupun mana-mana anak syarikat dibawah kerajaan negeri Selangor, sebelum bulan Jun semua akaun itu telah tersedia,"ujar Khalid

Khalid berkata demikian sejurus selepas menghadiri Majlis Anugerah UPSR 2011 Sekolah-sekolah Tamil Negeri Selangor di sini hari ini.

Khalid menambah, usaha tersebut adalah untuk mencegah daripada kegagalan sebelum ini dimana akaun anak syarikat gagal diaudit selama tiga tahun.

Valentine's Day - Mereka Untung Atas Kerosakan Kita!

Posted: 12 Feb 2012 12:39 AM PST

malaysiadaily
Ramai sudah maklum bahawa Valentine's Day HARAM disambut oleh ummat ISLAM (rujuk artikel JAKIM). Ia bukan sahaja mempunyai kesan negatif tersebarnya aktiviti maksiat, malah ia jelas mempunyai elemen tasyabbuh kepada perbuatan orang-orang kafir dan juga mempunyai nilai-nilai agama bukan Islam.

Tetapi, kenapa Valentine's Day masih tidak dapat dibuang dari sebahagian rakyat Malaysia yang beragama ISLAM? Malah, di negara lain juga? Kenapa ia masih berlegar di dalam masyarakat muslim, walhal banyak sudah penerangan dan teguran telah dibuat?

Mungkin ini sebabnya:

Media samada TV, radio, suratkhabar, majalah, internet dan seumpamanya mendapat keuntungan dari Valentine's Day ini. Bagaimana? TV contohnya mensensasikan Valentine's Day melalui penayangan filem-filem atau drama-drama cinta. Mereka tahu filem/drama berteraskan cinta dan romantik akan meningkatkan rating mereka. Kerana ia memang sentiasa mendapat perhatian masyarakat, terutama remaja. Dan tentunya mereka akan dikerumuni tempahan iklan dari syarikat-syarikat korporat yang ingin mengiklan barangan dan perkhidmatan mereka. Di sini, media akan mendapat keuntungan yang besar hasil dari iklan-iklan tersebut. Tidak hairanlah kenapa media begitu ghairah mensensasikan Valentine's Day.

Peniaga terutama penjual kad dan bunga akan mendapat durian runtuh sempena Valentine's Day ini. Justeru, mereka mesti mempromosikan Valentine's Day supaya masyarakat diujakan dengan semangat cinta dan romantik. Pelbagai produk ditawarkan kepada pelanggan bagi merealisasikan rasa cinta dan kasih sesama pasangan yang bercinta. Maka, tidak peliklah kenapa Valentine's Day menjadi lubuk emas kepada peniaga terutama penjual kad, bunga dan cenderahati.

Hotel dan restoran turut sama ingin mengaut keuntungan mempromosikan Valentine's Day dengan cara menyediakan pakej-pakej seperti Honeymoon Package sempena Valentine's Day, Candle Light Dinner sempena Valentine's Day dan bermacam lagi. Paling menakutkan ialah apabila hotel-hotel dengan berbesar hati menerima tempahan bilik yang pastinya bilangannya berganda berbanding hari lain. Untuk tujuan apa? Saya rasa ramai sudah maklum… Maka tidak peliklah kenapa hotel dan restoran berlumba-lumba mempromosikan Valentine's Day. Mereka beroleh keuntungan yang berganda.

Pihak Event Management juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Pastinya Valentine's Day boleh dijadikan sumber pendapatan yang besar buat mereka. Maka, dianjurkan pelbagai program dan majlis bersempenanya. Majlis yang macam mana? Tari menari dan sebagainya. Tak lain dan tak bukan, pastinya majlis yang menyemarakkan rasa cinta dan nafsu. Sebab tu tidak pelik jika pihak event management tak mahu Valentine's Day ini pudar dari masyarakat.

Pembuat filem dan drama akan cuba menghasilkan karya seni berkisarkan cinta. Kisah cinta bermacam segi dicipta bagi menyentuh hati masyarakat untuk menontonnya. Dengan kedatangan Valentine's Day, pastinya ia sangat sesuai untuk ditayangkan pada masyarakat. Moodnya, mood cinta. Moodnya, mood nafsu. Maka, timbullah berbagai-bagai kisah cinta samada dihasilkan oleh pihak luar atau dalam negara untuk dikaut keuntungan darinya.

Panggung-panggung wayang dan pekedai VCD/DVD sudah semestinya akan menerima tempias yang besar hasil dari penghasilan filem/drama berkisar cinta di musim Valentine's Day. Justeru, mereka juga akan turut mengambil bahagian dalam mempromosikan Valentine's Day ini.

Sekolah dan universiti tidak ketinggalan dalam hal ini. Valentine's Day boleh dijadikan peluang buat mereka untuk menjana pendapatan. Dibuat pelbagai program seperti song dedication, secret admirer card, hadiah dalam bentuk coklat, candies, bunga dan bermacam-macam lagi. Persatuan dan kelab di sekolah dan universiti yang menganjurkan program-program sebegini bakal memperolehi pendapatan yang banyak, kerana sudah semestinya remaja akan menyertainya. Maka, sebab itulah budaya Valentine's Day ini masih berterusan di sekolah dan universiti disebabkan oleh ada pihak yang boleh buat keuntungan. Keuntungan yang banyak.

Gerakan Freemason/Illuminati yang dikatakan menjadi dalang kepada eksploitasi unsur-unsur seks, wanita dan hiburan di seluruh dunia sejak dahulu lagi pastinya mempunyai peranan dalam merosakkan manusia melalui penganjuran pelbagai program secara global. Ini memang kerja mereka. Dan mereka mendapat keuntungan yang besar darinya. Malah ia menjadi perjuangan mereka.

Dan lain-lain lagi…

Teguran demi teguran telah dilakukan supaya ummat ISLAM tidak terjebak dengan Valentine's Day ini. Namun, disebabkan oleh lemahnya masyarakat muslim menepis godaan, maka mereka turut terhasut dek pihak yang menaja pelbagai program sempena Valentine's Day ini.

Disebabkan oleh Malaysia didiami oleh masyarakat majmuk, jadi penghapusan total Valentine's Day memang sukar dilakukan. Kerana masyarakat bukan ISLAM perlu dihormati haknya untuk menyambut perayaan yang mereka rasa berkaitan dengan agama mereka. Malangnya, ini menempias ke dalam ummat ISLAM akibat terpengaruh dengan keseronokan dan semangat muhibbah, konon.

Jahil dan lalai di kalangan sebahagian ummat ISLAM dengan tujuan sebenar insan diciptakan adalah faktor utama! Tujuan sebenar dijadikan manusia adalah untuk beribadah kepadaNYA. Insan yang jahil tentang agama dan lalai dengan nafsunya sendiri pastinya mudah terpesona dengan mana-mana ajakan pun. Bukan sahaja dalam hal Valentine's Day ini, dalam apa-apa hal pun…

Jika diamati senarai di atas, maka tidak peliklah kenapa Valentine's Day begitu disensasikan. Kerana banyak pihak yang boleh buat keuntungan.

Sepatutnya ummat ISLAM mencegah diri mereka dari terjebak dengan Valentine's Day ini. Bukan sahaja ia bercanggah dengan agama ISLAM, malah nilai-nilai murni moral juga turut tercemar apabila masyarakat diajak asyik dengan cinta. Malah ada pihak yang menganjurkan program-program bagi melempiaskan nafsu cinta yang terlarang, astaghfirullah…

Sebahagian mereka ada yang bertujuan komersial semata-mata. Tetapi ada juga yang berniat jahat seperti dinyatakan di point ke-8. Yang menjadi mangsanya adalah ummat ISLAM. Yang dipergunakan adalah ummat ISLAM. Yang rosaknya adalah akhlaq ummat ISLAM.

Sudahlah mendapat dosa menyambutnya, malah dipergunakan pula duit dan maruah kita.

Sedarlah…sedarlah…!- Shahmuzir Nordzahir, muzir.wordpress.com

PKR Kulai Tubuh Cawangan : UMNO-BN Makin Cemas?

Posted: 12 Feb 2012 12:23 AM PST

Blog ibn75.wordpress.com


KULAIJAYA – UMNO-BN Bahagian Kulai dipercayai semakin cemas berikutan penubuhan empat ranting atau cawangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Parlimen itu, dekat sini, semalam.

Untuk rekod, Parlimen Kulai meskipun telah dimenangi oleh Ong Ka Ting (BN), bekas Presiden MCA dalam pilihan raya Umum yang lepas namun difahamkan mereka terpaksa menerima saingan yang sengit daripada Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti.

Hal ini, kerana majoriti pengundi bukan Melayu khususnya masyarakat Tiong Hwa mula menampakkan riak-riak perubahan.

Ramalan ini boleh dikuatkan dengan pencapaian BN pada PRU lepas iaitu di Dun Bukit Batu didakwa tidaklah begitu membanggakan apabila penyandangnya Cheong Chin Liang hanya mampu meraih undi 8805 manakala Liew Shin Kheong (PKR) pula mendapat 6464 undi.

Walaupun dengan majoriti sekitar 2341 namun adalah suatu yang tidak mustahil PKR mampu memenangi kerusi tersebut berdasarkan situasi di sana.

Sementara itu, penyempurnaan perasmian tadi telah dilakukan oleh Naib Presiden PKR Pusat merangkap Ahli Parlimen Batu, Y.B Tian Chua.

Empat penubuhan Ranting bagi Cabang Kulaijaya iaitu Ranting Taman Kulaijaya, Ranting Bandar Putra, Ranting Rumah Pangsa Kulai dan Ranting Taman Saga membabitkan keahlian lebih 500 ahli baru.

Kenyataan Ahmad Maslan Disanggah

Posted: 12 Feb 2012 12:18 AM PST

Blog mtd-benut.blogspot.com


PONTIAN – Kenyataan Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri disanggah berhubung isu Salahuddin Ayub dakwanya sejak pilihan raya umum lalu tidak pernah datang melawat kawasan parlimen di dalam daerah Pontian.

Sedangkan Naib Presiden itu mempunyai keluarga, rumah di kampung Serkat dan tempat kelahirannya pula di daerah ini.

Menurut Hj Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Kawasan Pontian adalah suatu yang tidak benar mempersoalkan kedudukan Salahuddin kerana beliau sendiri salah seorang ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Johor dan dalam masa yang sama bergelar ahli Parlimen Kubang Kerian sudah tentu punyai jadual kerja yang tersendiri.

"Tiga hari lepas saja YB Salahuddin berada di Simpang Renggam pada program Pelancaran Borang Masalah Tanah," katanya lagi.

Beliau mengulas laporan Sinar Harian terhadap respon Ketua Penerangan UMNO itu berhubung hasrat YB Salahuddin mahu kembali bertanding ke negeri kelahirannya pada pilihan raya umum (PRU13) ini dan mempertikai soal kepulangannya ke Parlimen itu.

""Tetapi jika beliau (Salahuddin) ingin bertanding di Pontian pun boleh, dulu lawan saya calon dari PKR, tapi saya yakin calon Umno jika bukan saya pun masih boleh menang di Parlimen Pontian,"" ujarnya dipetik akhbar itu.

Sementara itu, Hj. Raden turut mempersoalkan cara Ahmad mengeluarkan kenyataan yang mana kononnya banyak mengadakan program turun padang sedangkan banyak lagi isu yang belum diselesaikannya sepanjang empat tahun bergelar Yang Berhormat.

"Ahmad Maslan nampak saja hebat. Mana janji-janji dia dengan sekolah-Masjid? Tengok Balai Raya di Kampung Parit Gantong, Sanglang. Tunggu masa saja rebah. (Janji) nak buat Balai raya. Berapa (banyak) yang dia buat?

"BR1M bukan UMNO punya. Tapi kerajaan punya. Berucap dekat Ayer Baloi. Dia kata, apa yang boleh PAS bagi?.

"Kalau handal, cuba naik taraf dahulu Hospital Pontian yang telah berusia lebih 100 tahun, masih berkeadaan seperti dahulu. Ada nak bikin?" soal beliau lagi.

Beliau berkata demikian pada majlis Khidmat Rawatan Alternatif secara Percuma PAS Kawasan Pontian di perkarangan Markas PAS Cawangan Ayer Baloi, Pontian, dekat sini, semalam.

Hadir sama, Prof Dr Hj. Muhazaini Misri, Timbalan Yang Dipertua, Prof Dr Hj. Ungku Mohammad Noor Ungku Mahmud, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pulai Sebatang.
Pada majlis itu, pelbagai rawatan alternatif yang disediakan kepada masyarakat antaranya Homeopathy, Asyifa`, Derma darah dan Refleksiologi.

Kira-kira lebih seribu pengunjung hadir bagi memeriahkan program dengan dijamu bariani gam dan gulai kambing.

Hj. Raden menambah dengan katanya Ahmad Maslan mempunyai personaliti yang diketahui ramai sama ada dikalangan lawan mahupun kawan dalam soal kedudukannya di daerah ini.
Sehubungan itu, beliau menasihati Ahmad supaya 'cermin diri' terhadap kenyataan yang bersifat meninggi diri sebelum ini.

"Orang Pontian sangat arif dengan Pontian. Dalam Pilihan raya ke 13 ini, Pakatan Rakyat ada calon berwibawa dan baik untuk melawan Ahmad Maslan," tegas beliau lagi.

KAJIAN TERKINI!!! PAS lebih dipercayai jaga agama berbanding UMNO

Posted: 12 Feb 2012 12:16 AM PST

Oleh: Mat Zain Mat Isa


http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2009/03/pas23.jpgSetiausaha Politik kepada Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar baru-baru ini ke Terengganu membentangkan beberapa dapatan kajian berhubung persepsi pengundi terhadap parti itu, khususnya di negeri itu sendiri. Menurutnya, fakta dan angka diberikannya itu adalah sebagai rumusan kepada kajian lima pihak berasingan dalam tempoh berbeza.

Dua daripada lima pihak dimaksudkan itu ada hubungkait secara langsung dengan PAS. Salah satunya ialah Kelab Anak-Anak Terengganu Penyokong PAS di Perantauan (Perantau), yang mana beliau sendiri turut terlibat. Manakala satu pihak lagi ialah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN), salah satu unit ditubuhkan PAS sendiri di setiap negeri.

Kajian telah dibuat di seluruh Terengganu selama tiga tahun, antara 2009 hingga 2011. Kedua-dua pihak ini mensasarkan khalayak pengundi yang telah dikenalpasti sebagai 'atas pagar', 'condong kepada PAS' dan 'condong kepada Barisan Nasional (BN)' sebagai responden. Dalam istilah yang biasa disebut para pendukung parti itu, mereka ini ialah golongan 'A, C dan E', yakni yang tidak ada pendirian pasti dalam politik.

Tiga badan lain yang turut dirujuk hasil kajian mereka ialah Merdeka Center, sebuah badan penyelidikan politik dan sosial yang terkemuka dalam negara ini. Badan ini sangat aktif dan senantiasa melakukan kajian demi kajian secara berterusan. Ada pun yang dirujuk untuk tujuan pembentangan ini ialah dalam julat Mac 2008 hingga Disember 2011 sahaja.

Turut dirujuk ialah hasil kajian oleh Muslim Youth Survey 2011. Manakala sebuah badan atau pihak lain sekadar disebutkan sebagai Agensi Bebas. Berbeza dengan dua pihak terdahulu, ketiga-tiga pihak ini memilih responden dari khalayak berbagai status pendirian politik, latar belakang sosial dan sebagainya.

Rumusan daripada hasil kajian kelima-lima pihak ini menampakkan betapa PAS Terengganu sebenarnya ada kekuatan dan peluang untuk dimanfaatkan demi mencipta kejayaan dalam Pilihan Raya Umum nanti. Wujud persepsi amat positif terhadap PAS dalam beberapa aspek tertentu, walau pun kelemahan dan ancaman juga turut ada.

Salah satu persoalan dilontarkan kepada responden umum ialah berhubung apakah yang paling dikehendaki oleh rakyat dari sebuah kerajaan. Urutan butiran yang mendapat undian tertinggi ialah menyediakan peluang pekerjaan, menurunkan harga barang keperluan, memberi wang ehsan, program kerohanian, pembangunan fizikal dan hiburan.

Dua butiran tertinggi itu sebenarnya ancaman buat BN, sekaligus peluang bagi PAS. Walau pun dalam dapatan berasingan turut dinyatakan betapa responden lebih percayakan BN untuk menyediakan peluang kerja berbanding PAS, namun apabila ia masih kekal sebagai harapan tertinggi rakyat terhadap kerajaan, bermakna masalah peluang kerja masih membelenggu mereka. Dalam ertikata lain, ia masih belum berjaya diselesaikan BN.

Begitu juga soal kenaikan harga baranag keperluan yang sejak sekian lama memang menjadi ratib pilu di kalangan masyarakat. Akronim BN sebagai 'Barang Naik' masih kekal meniti di bibir rakyat, menandakan betapa rakyat mensinonimkan parti itu dengan kenaikan harga barang keperluan mereka.

Menariknya, apabila soalan sama diajukan kepada responden khusus dari golongan muda, mereka meluahkan harapan berbeza terhadap sebuah kerajaan. Selama ini rupa-rupanya kita dipesongkan fakta, terutama oleh parti pemerintah, kononnya yang paling diperlukan anak-anak muda ialah sukan dan hiburan, selain peluang pekerjaan.

Percaya atau tidak, kajian tadi mendapati program kerohanian sebenarnya yang menjadi pilihan utama mereka, diikuti peluang pekerjaan. Manakala perkara paling tidak popular di kalangan mereka ialah rekreasi dan sukan serta hiburan.

Ertinya, yang paling dikehendaki anak-anak muda kini ialah program keagamaan, khususnya yang memaut mereka dan masyarakat kepada Islam. Jika benar sikap golongan muda ini bagai diperolehi kajian itu, bermakna ia suatu peluang yang mampu ditukar oleh PAS menjadi kekuatan.

Beberapa dapatan lain memberikan kelebihan kepada PAS, berbanding Umno dalam memenuhi kebutuhan rakyat ini, khususnya di kalangan golongan muda. Pertama, ceramah umum masih menjadi kaedah kempen paling popular di kalangan pengundi dengan 57% meminati pendekatan itu berbanding kempen rumah ke rumah atau pengedaran risalah.

Manakala majoriti responden yang memilih ceramah umum sebagai medan maklumat mengenali parti-parti ialah kalangan muda bawah 30 tahun. Hakikat ini sudah tentu lebih menguntungkan PAS, memandangkan yang lebih menguasai pentas ceramah umum ialah parti itu.

Responden turut ditanya mengenai gejala sosial dan kadar jenayah. Sekali lagi apabila diminta membandingkan antara pemerintahan PAS dengan BN, jawaban diberikan responden menunjukkan kekuatan buat PAS.

Majoriti responden mengakui wujud perbezaan ketara antara dua zaman itu. Zaman pemerintahan PAS dikaitkan dengan kemerosotan kadar jenayah dan kes-kes sosial. Sebaliknya, di zaman BN mengambil alih semula kini dikatakan menyaksikan peningkatan.

Persepsi ini sebenarnya peluang lagi bagi PAS. Lebih-lebih lagi apabila majoriti responden juga mengakui betapa jalan penyelesaian terbaik kepada permasalahan sosial dan jenayah yang semakin meningkat di Terengganu kini ialah dengan mengemukakan penyelesaian Islam.

Lebih memberikan kelebihan kepada PAS ialah apabila sudah ada persepsi di kalangan anggota masyarakat bahawa parti itu lebih Islam atau lebih memperjuangkan Islam berbanding BN, khususnya Umno. Justeru, dalam konteks menjaga kedaulatan dan ketinggian agama, mereka lebih mengharapkan PAS berbanding kerajaan yang ada.

Sumber: DetikDaily

PRU 13!!! BN Melaka berdepan bahaya di 18 kerusi Dun, 4 parlimen

Posted: 12 Feb 2012 12:13 AM PST

PASPB

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/4/42/Melaka.gif


Semasa PRU 12, Melaka adalah sebuah negeri yang kelihatannya tidak diserang tsunami apabila keputusan pilihanraya tidak banyak berbeza berbanding pilihanraya lalu. BN tetap menang banyak kerusi untuk memerintah.

DAP tetap menang kerusi dun dalam parlimen Kota Melaka, dan mendapat tambahan kerusi dun dalam parlimen Bukit Katil. Adakah PAS dan PKR tiada sokongan?

Jika diteliti, memang PAS dan PKR tidak menang tapi mengurangkan majoriti hampir di semua kerusi ditandingi. Undi Melayu kepada PAS dan PKR tidak banyak berubah, namun undi bukan Melayu bertambah tapi tidak tinggi, hanya mencapai purata 50 - 55 %.

Berbeza dengan undi bukan Melayu yang diterima DAP melebihi 60 % malah ada kerusi lebih 70%. Ini menyebabkan DAP boleh menang walaupun bertanding di kerusi Bachang yang mempunyai hampir 50% pengundi Melayu.

Bagi PRU 13, PAS Melaka optimis boleh menang 9 kerusi yang ditandingi. Bolehkah PAS Melaka menang ? boleh sekiranya undi bukan Melayu melonjak mencapai lebih 60% .

Perkara ini tidak mustahil kerana 'mood' orang Cina untuk memberi undi kepada PR berlaku di seluruh negara. Malah undi orang Cina pada PRU 13 tidak lagi hanya kepada DAP tapi parti-parti dalam PR. Walaupun tidak dijangkakan setinggi undi yang bakal diterima DAP, namun tetap tinggi berbanding PRU 12.

Undi Melayu kepada PR pada PRU 13 dijangka tidak berubah banyak berbanding PRU 12. Ada kerusi akan meningkat, ada juga yang akan menurun. Bergantung kepada gerak kerja parti yang bertanding memberi khidmat kepada rakyat.

Memandangkan PAS bertanding di kebanyakan kerusi majoriti Melayu dan undi Melayu kepada PR sekitar purata 25 – 30%, penulis tidak jangka PAS Melaka boleh menang 9 kerusi. Penulis jangka PAS Melaka ada harapan besar untuk menang di 6 kerusi sahaja seperti di bawah:

1. Kuala Linggi

2. Lendu

3. Durian Tunggal

4. Asahan

5. Bukit Baru

6. Merlimau

Begitu juga dengan PKR yang pastinya menampilkan calon yang lebih berwibawa dan diyakini rakyat . Tidak seperti PRU 12 yang ramainya ,maaf cakap 'tangkap muat'. Sekiranya kerusi yang sama ditandingi PKR, penulis jangka PKR mampu menang di kerusi berikut :

1. Rembia

2. Gadek

3. Machap

4. Paya Rumput

5. Rim

Berdasarkan pola pengundi Cina yang kuat menyokong DAP , penulis jangka DAP mampu mengekalkan 5 kerusi yang dimenangi semasa PRU 12 dan menambah 2 kerusi lagi iaitu Duyung dan Kelebang. Kerusi – kerusi yang dijangka DAP menang seperti berikut :

1. Kesidang

2. Kota Laksamana

3. Bandar Hilir

4. Bachang

5. Ayer Keroh

6. Duyung

7. Kelebang

Secara keseluruhannya, BN berada dalam keadaan bahaya di 18 kerusi dun daripada 28 kerusi yang terdapat di Melaka.

Manakala 3 kerusi parlimen yang menjanjikan persaingan sengit iaitu Bukit Katil, Alor Gajah dan Tangga Batu. Parlimen Kota Melaka adalah kerusi tradisi dimenangi DAP sejak beberapa pilihanraya lepas.

Jangkaan ini melihat kepada suasana politik semasa di dalam negara. Penulis yakin Pesuruhjaya PAS yang baru Adli Zahari dan Samsul Iskandar dari PKR mampu merangka strategi berkesan bagi PAS dan PKR memenangi kerusi yang ditandingi.

PR berpotensi untuk menang di Melaka dan BN sebenarnya dalam keadaan begitu tertekan. Buktinya, tindakan provokasi berlebihan terhadap ceramah PR. Malah, Ketua Menteri Ali Rustam juga dikatakan berkira-kira bertanding di kerusi lain yang lebih selamat.

http://tulahan.blogspot.com.au/

Anak Tumpat Bergulai Kawah, Bertemu Mata Pemimpin

Posted: 12 Feb 2012 12:09 AM PST

MSO


Malam
tadi warga Tumpat yang berada di lembah Kelang telah berhimpun dalam satu majlis Temu Mata dengan para pemimpin Tumpat terdiri dari wakil rakyat Parlimen dan Dun bertempat di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Gombak, di Taman Melawati Hulu Kelang.

Kira-kira 400 orang hadir. Dalam majlis itu anak-anak Tumpat selain dijamu dengan masakan gulai kawah yang menjadi resipi kesukaan rakyat Kelantan didendangkan dengan persembahan dikit barat serta disulami dengan acara cabutan nombor bertuah.

Mereka juga bersalaman dan bertemu mata dengan wakil rakyat kesayangan masing-masing. Semua wakil rakyat Pas hadir, Kamaruddin Jaafar, Ahmad Yaacob, Che Abdullah Nawi dan Zaki Ibrahim.

Penyelia Dun Pengkalan Kubur Ustaz Rosdi dan Ketua Cabang PKR Tumpat Shahrom yang disebut-sebut akan bertanding di Pengkalan Kubur juga hadir sama.

Sambutan meriah dalam majlis itu menandakan warga Tumpat di perantau terus memberi sokongan dan dokongan kepada kerajaan yang ada hari ini.

Kehadiran itu disambut dengan penuh kegembiraan dan ramah mesra oleh para pimpinan Pas Tumpat.

Ahmad Yaacob Adun Pasir Pekan yang juga TMB Kelantan semasa memberi ucapan alu-aluan berterima kasih atas sokongan dan komitmen anak-anak Tumpat di perantauan berharap sokongan sedemikian berterusan.

Katanya sokongan rakyat Kelantan seluruh diperlukan untuk mempertahankan kerajaan Pas Kelantan.

"Kita perlu sokong kerana kerajaan Kelantan adalah kerajaan yang hendak membangun Islam," ujarnya. Beliau menarik perhatian sekiranya Kelantan jatuh ke tangan Umno sudah pasti cici-ciri keIslaman dan pembangunan Islam yang ada hari ini akan hilang.

"Seperti mana kata Tok Guru Nik Aziz, kalau Umno menang, judi akan dibuka semula, riba akan berlaku semula sedangkan apa yang ada di Kelantan hari ini mendapat pujian ramai dan menempati pentadbrian sebuah negara Islam," ujarnya.

Kamaruddin Jaafar yang turut memberi ucapan alu-alu dengan memberi gambaran Kelantan sebuah negeri yang hebat dan rakyatnya berani melakukan perubahan sejak awal lagi.

Katanya, hari ini kita bercakap fasal Arab Spring kebangkitan rakyat menjatuhkan kerajaan diktator seperti di Mesir, Libya dan sebagainya, sebenarnya rakyat Kelantan juga telah melakukan Arab Spring beberapa kali tahun 1959, 1990 dan 2008.

"Jadi Arab Spring ini menandakan keberanian dan keterbukaan rakyat Kelantan yang sekaligus Kelantan menjadi pemandu perubahan untuk negeri-negeri lain di Malaysia ini," ujarnya.

Turut sama memberi ucapan ringkas ialah Adun Wakaf Baru yang juga Exco Kelantan Che Abdullah Nawi dan Adun Kelaburan Zaki Ibrahim yang juga timbalan Speaker.

Majlis Temu Mata itu adalah siri majlis pertemuan anak-anak Kelantan dari seluruh jajahan di Kelantan di mana ianya dikendalikan oleh Persatuan Anak Kelantan Di Perantau (Perakan).

Beberapa jajahan telah pun mengadakan majlis pertemuan masing-masing, hari ini bertempat di Taman Bolton Seri Gombak akan berlangsung majlis pertemuan anak-anak Kelantan dari jajahan Pasir Puteh dan Bachok.

Selepas ini akan menyusul pula majlis pertemuan anak-anak Kelantan dari Jajahan Pasir Mas dan Gua Musang yang dikira sebagai penutup siri pertemuan ini dan kelewatan majlis temu mata untuk jajahan ini adalah kelemahan pimpinan di jajahan berkenaan.

Najib Gadai Aqidah - Majlis Fatwa Jangan Jadi Tunggul, Perlu Beri Respons

Posted: 12 Feb 2012 12:07 AM PST

KELAB GREENBOC






M
ajlis Fatwa diminta respons 'fatwa' Harussani

SHAH ALAM - Datuk Dr Ismail Ibrahim meminta Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan pendiriannya berhubung kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang berpandangan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak telah "menggadai akidah" apabila menghadiri sambutan Thaipusam, Selasa lalu.

Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan ini berkata, jawapan rasmi terhadap "fatwa" dibuat Harussani harus disegerakan kerana ia mungkin mengelirukan umat Islam jika tidak dimuktamadkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan seterusnya disahkan Majlis Raja-raja sendiri.

Beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia berkata, isu seberat ini tidak mungkin dilihat sebagai satu perselisihan pendapat atau perbezaan pandangan sahaja seperti perbezaan pentafsiran dalam hal-hal ranting dalam agama Islam.

"Hal akidah bukan lagi merupakan masalah kecil seperti masalah perbezaan mazhab dalam beberapa hukum cabang yang dikenali sebagai masalah Furu' bukan masalah usul. Hal akidah adalah merupakan hal iman, Islam seseorang," kata beliau dalam entri terbaru blognya.

Menurut laporan media semalam, Harussani melahirkan rasa terkilan dengan keputusan Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves. Najib juga pernah hadir samputan Thaipusam sebelum ini.

Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun, namun Perdana Menteri seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.

"Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka. Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain," katanya.

Ismail yang yang juga bekas duta Malaysia ke Arab Saudi berkata, beliau tidak berniat hendak menyokong atau membangkang kenyataan Mufti Perak yang mengatakan bahawa Perdana Menteri telah menggadaikan akidahnya dengan menghadiri perayaan Thaipusam.

Justeru soal beliau, "menggadai akidah adakah bermakna mencemarkan akidah? Menggadaikan akidah adakah bermakna terkeluar dari akidah Islam, dan seterusnya menjadi syirik?"

Katanya, "kalau inilah maksud menggadaikan akidah yang disebutkan oleh Mufti Perak itu, maka hal ini telah menjadi satu fatwa yang amat berat dan serius kepada umat Islam, terutamanya kepada batang tubuh Perdana Menteri sendiri, dan pihak bertanggungjawab tentang agama di negara kita haruslah memberikan perhatian yang serius juga kepada fatwa ini."

Tambah beliau, hal yang berhubung dengan akidah bukan perkara mudah kerana akidah merupakan keimanan kepada agama Islam itu sendiri dan akidah yang tergadai sekiranya dimaksudkan akidah yang telah tercemar atau terkeluar dari akidah Islam, maka orang itu dengan sendirinya menjadi tidak mukmin dan tidak Islam, syirik dan kafir.

"Apakah pengertian ini yang dimaksudkan oleh Mufti Perak dengan ungkapan menggadaikan akidah itu? Juga kenyataannya tentang perbuatan syirik yang dilakukan oleh Perdana Menteri itu," ujar beliau.

Malah katanya, hal itu perlu diperjelaskan supaya umat Islam tidak menjadi keliru dengan fatwa Mufti Perak tentang orang Islam yang menyertai perayaan tersebut.

"Mungkin Jakim, Majlis-majlis Agama Negeri, Majlis Fatwa Kebangsaan, malah Raja-raja Melayu sendiri sebagai Ketua Agama Negeri perlu segera mengambil tindakan bagi membincangkan fatwa Mufti Perak ini dan memberikan keputusan yang muktamad dalam isu ini," katanya lagi. -SH

Teras gesa keluar fatwa Najib hadiri Thaipusam

KUALA LUMPUR, 11 Feb: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) amat kesal untuk kesekian kalinya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tidak mempedulikan nasihat dan teguran Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengenai kehadiran dalam ucapara peribadatan Thaipusam baru-baru ini.

"Apakah PM merasa bahawa tidak perlu dipedulikan semada tingkahlakunya bercanggah dengan agama Islam atau tidak?

"Apakah teguran Mufti itu tidak dianggap perlu untuk beliau hormati?" tanya presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Teras, katanya mengambil perhatian berat apabila tahun sebelum ini Najib sekali lagi menunjukkan sikap tidak peduli terhadap ingatan Mufti Perak.

Menurutnya, pada tahun itu disaksikan gambar PM didirikan setinggi patung berhala di Batu Caves.

"Bukan sahaja ini merupakan persoalan yang akan memberi natijah tidak sihat kepada masyarakat Islam, malah di kacamata anak-anak muda juga menunjukkan PM sudah menerima agama boleh digadaikan hanya untuk mendapat sokongan politik.

"Teras menegaskan agar PM tidak mengambil sikap berdegil kepada teguran Mufti kerana ini akan disahkan oleh rakyat sebagai PM yang sudah mengamalkan pemikiran plural-liberal dalam kefahamannya terhadap agama,"
katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, menghadhirkan diri dalam upacara khusus keagamaan bukan Islam adalah suatu yang tidak diterima dalam Islam malah diingatkan agar umat Islam menjauhinya kerana ia boleh dilihat sebagai memperakui agama tersebut sama dengan agama Islam.

Padahal, ujarnya Islam sangat jelas dalam hal ini yang dianggap prinsip aqidah yang tidak boleh dikompromi.

"Kami menegaskan agar pihak Majlis Fatwa Kebangsaan segera mengeluarkan fatwa terhadap hal ini agar umat Islam khususnya dan rakyat amnya tidak akan keliru demi menjaga kemuliaan Islam dan aqidah umat," katanya lagi.
-HD


Ulasan GB

Semata-mata kerana yang melakukan kesalahan itu ialah Perdana Menteri, sekalian ulama dan mufti serta anggota majlis Fatwa tiba-tiba menjadi tunggul kayu. Tidak berani membantah, tidak berani menegur malah tak berani bersuara.

Inilah ulama yang disebutkan oleh Nabi sebagai ulama us'suq...ulama yang mencari nama dan kemewahan dengan melutut kepada pemerintah.

Ulamak yang menjual agamanya demi habuan dunia yang sedikit!


Laporan sebelum ini
klik untuk baca


Ceramah "Perkasa" Bersama Ibrahim Ali, Ruslan Kassim Dan Prof. Madya Asraf Wajdi Di Kuantan!

Posted: 11 Feb 2012 11:45 PM PST

PAHANG DAILY


KUANTAN
- Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Negeri Pahang akan mengadakan satu ceramah umum yang berkisarkan bertajuk "Ketuanan Melayu Di Cabar, Agama Islam Di Hina, Raja-Raja Melayu Di Permainkan Dan Murtad Berleluasa" di Kompleks Dagangan Mahkota, Bandar Indera Mahkota dekat sini, jam 8.30 malam ini (Ahad).

Penderamah undangan yang bakal menyampaikan hujjah mereka ialah Dato' Paduka Ibrahim Ali (Presiden Perkasa), Saudara Ruslan Kassim (Ketua Penerangan Perkasa) dan Prof. Madya Asraf Wajdi Dusuki (Naib Presiden Perkasa).

Rasanya inilah kali pertama tiga pemimpin hebat Perkasa akan turun dalam satu program di Kuantan. Harus dingat, mereka ini bukan calang-calang orang kerana masing-masing mempunyai pengaruhnya yang tersendiri. Dato' Paduka Ibrahim Ali misalnya, merupakan wakil rakyat bebas walau pun bertanding atas tiket PAS di Parlimen Pasir Mas pada Pilihanraya Umum ke-12 dulu.

Beliau terkenal dengan kelantangannya dalam menggasak isu-isu panas yang berlaku dalam negara kita. Beliau berani bersuara dan tidak takut dengan sesiapa. Keterampilan beliau itulah menyebabkan langkah beliau menubuhkan Perkasa telah disokong oleh ramai pengikutnya.

Sementara itu, Prof. Madya Asraf Wajdi Dusuki pula adalah seorang tokoh muda yang pernah bertanding atas tiket UMNO BN dalam pilihanraya sebelum ini. Beliau pernah bertugas sebagai Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan kini merupakan Ketua Penyelidik, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA). Manakala itu, Ruslan Kassim pula adalah bekas orang kuat Keadilan yang telah sertai UMNO.



Temui Prof (M) Ashraf Wajdi, Ruslan Kassim dan Ibrahim Ali malam ini


[Maka,
gabungan tiga pemimpin hebat ini dijangka dapat menarik perhatian orang ramai untuk hadir. Justeru, kepada anda yang berkesempatan bolehlah hadir pada malam itu nanti. Buka mata dan minda untuk mendengar dan memikirkannya. Cuma, apa yang diharapkan agar tiada kejadian yang tidak diingini seandainya ada muka-muka kontroversi hadir dalam program ini nanti.

Kita tidak mahu peristiwa beberapa orang penyokong UMNO BN yang menghalau ahli parti lain semasa mereka mahu hadir mendengar ceramah Datuk Dr.Hasan Ali di Dewan Tun Razak Temerloh baru-baru ini berulang kali ini.

Walau pun Perkasa di lihat sebuah NGO, namun orang ramai lebih sinonim NGO itu dibayangi oleh UMNO. Samalah apa yang berlaku di Temerloh itu. program anjuran NGO Pahangku, tapi kerana dibayangi oleh UMNO maka ada yang tergamak menghalang orang ramai untuk masuk mendengar.

Oleh itu, kami amatlah berharap pihak-pihak yang berkenaan bersikap lebih terbuka pada kali ini].

Sidang DUN 2012 Bermula 19 Mac

Posted: 11 Feb 2012 11:41 PM PST

Oleh Afeeqa Afeera


SHAH ALAM : Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor sesi 2012 akan bermula pada 19 Mac depan setelah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada pemberita dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Bangunan SUK di sini semalam.

Abdul Khalid berkata, antara isu yang akan diberi perhatian adalah keadaan kewangan negeri yang semakin meningkat termasuk program-program pembangunan yang bakal dilaksanakan untuk rakyat pada tahun ini.

"Menurut laporan Jabatan Kewangan Negeri Selangor, simpanan tunai kerajaan negeri bertambah lebih 26 peratus dan secara terkumpul melebihi RM1.9 bilion sehingga hujung 2011 berbanding kurang RM500 juta pada tahun 2007.

Penyata kewangan itu telah diserahkan kepada jabatan audit tetapi akan dikemaskini semula untuk mendapat pengesahan," katanya.

Dalam sidang media sama, Abdul Khalid turut memaklumkan exco kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat sebagai usaha untuk melaksanakan pemberian Geran Selangorku bernilai RM300 juta yang telah diluluskan pada sidang DNS lalu.

"Pengagihan itu dibuat supaya proses pelaksanaan dapat dilakukan dengan cekap dan berkesan, sekaligus mengurangkan birokrasi dan tepat kepada matlamat iaitu terus sampai kepada rakyat.

Geran yang dibentangkan Belanjawan Selangor 2012 berasaskan dana sumbangan dividen daripada Syarikat Berkaitan Kerajaan Selangor serta keuntungan operasi Perbadanan Menteri Besar (MBI) yang berjaya mendapatkan hutang-hutang lapuk dari Syarikat Talam Corporation.

Ia juga adalah hasil penstrukturan semula projek Canal City dan pengenalan polisi pemberi milikan tanah mengikut harga pasaran.

Antara program yang akan dilaksanakan melalui Geran Selangorku adalah pengenalan gaji minima, program memperkasakan wanita, program keusahawanan muda, pembinaan infrastruktur sukan, program sokongan pendidikan, program dari kebajikan kepada pekerjaan dan program jangkaan kehidupan bandar.

Malulah Rosmah jika Najib tak ada 't...

Posted: 11 Feb 2012 11:19 PM PST

Oleh Pemuda Prihatin

Layakkah Najib tanding sebagai MP Pekan?



Benarkah populariti Datuk Seri Najib Abdul Razak kini lebih baik berbanding populariti Datuk Seri Anwar ibrahim pada masa ini? Maksud "popular" di sini boleh jadi positif atau negatif.

Seseorang yang didakwa terlibat dengan kes pembunuhan berprofil tinggi boleh juga menjadi begitu popular di kalangan rakyat yang tertipu di sebalik topeng seorang ahli politik yang berjaya menduduki kerusi nombor satu di sesebuah negara itu.

Dan sebaliknya seorang pejuang rakyat yang sebenar boleh juga menjadi begitu popular apabila didakwa difitnah dan diaibkan sedemikian rupa kepada sekalian rakyat jelata apabila dituduh seorang peliwat atau kaki seks pelacur.

Jadi interpretasi "popular" boleh membawa makna yang positif atau negatif. Namun 'positif juga boleh dimanipulasikan menjadi negatif', begitulah sebaliknya, 'negatif juga boleh dimanipulasikan menjadi positif'.

Rakyat kini ternanti-nanti debat di antara Anwar dengan Najib. Di zaman serba canggih dan telus ini di mana kredibiliti dan kebijaksanaan seseorang pemimpin itu dinilai daripada cara dia berfikir dan menyampaikan buah fikirannya, maka debat merupakan suatu cara paling tepat bagaimana kita boleh menilai cara pemikiran dua orang pemimpin itu tentang sesuatu dasar yang ingin mereka terajui di dalam sistem pentadbiran negara.

Dengan berdebat, rakyat dapat menilai secara adil dan saksama tahap pemikiran dua orang pemimpin besar sesebuah negara itu mengenai pandangan kedua-duanya tentang cara mentadbir sesebuah negara, serta menjawab pelbagai isu-isu berkaitan tuduhan yang saling dilemparkan di antara kedua-dua belah pihak.

Jangan cuma jadi pengecut apabila media massa milik Umno/BN diperlembukan untuk menyerang Pakatan Rakyat tanpa pihak Pakatan mampu menggunakan saluran yang sama untuk menepis serangan jahat serta fitnah yang dilemparkan itu?

Seorang pengecut dikatakan bukan "anak jantan sejati", atau dengan sindiran yang lebih pedas seorang lelaki yang pengecut, "tiada telur". Tentulah Datin Seri Rosmah Mansor tidak mahu suaminya digelar sedemikian rupa.

Maka untuk membuktikan kejantanan Najib yang sebenarnya, maka beliau perlulah menyahut cabaran Anwar untuk turun berdebat untuk disaksikan oleh seantero rakyat 1Malaysia di kaca-kaca TV milik parti Najib sendiri juga!

Sekiranya Najib tetap tidak mahu berdebat juga, maka sudah pastilah rakyat akan melihat ada yang tidak kena tentang dirinya ("something is wrong somewhere").

Mungkin kerana beliau memang tidak layak untuk jadi PM yang baik atas dakwaan pelbagai skandal salah laku orang-orang di bawah pimpinannya yang terlibat dengan pelbagai kes rasuah, pecah amanah serta salahguna kuasa.

Contoh terdekat, kes seorang menteri di bawah pentadbiran Najib yang terlibat dengan skandal perniagaan keluarganya iaitu NFC dengan pembiayaan RM250 juta yang masih belum dapat ditangani oleh Najib secara telus dan berkesan.

Program yang selalu dicanang-canangkan Najib kepada rakyat iaitu "transformasi" kini telah bertukar kepada "trans-for-money". Betapa banyak projek-projek di negara ini dijalankan hanya kerana tujuan utamanya adalah untuk kekayaan kroni-kroni Umno/BN semata-mata.
Slogan "Rakyat Kena Dulu, Kroni Diutamakan" begitu relevan sekali untuk mengungkapkan persepsi rakyat terhadap apa yang sebenarnya terjadi.

Sekiranya Najib tetap tidak mahu berdebat dengan Anwar juga, maka apa lagi yang tidak kena tentang dirinya?

Slogan 1Malaysia yang diwar-warkan oleh Najib juga sudah tidak boleh dipakai lagi memandangkan masih wujud agenda-agenda perkauman di dalam Umno, ditambah pula kaitan pertubuhan PERKASA dengan Umno sebagai golongan ultra Melayu yang seringkali menghamburkan api perkauman.

Baru-baru ini wujud provokasi daripada pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang meletakkan kepada babi di depan masjid di dua tempat berasingan di Lembah Klang, iaitu dua buah kawasan yang diterajui oleh wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat.

Najib tidak boleh 'menebus dosanya' hanya dengan menziarahi perarakan kavadi di Batu Caves semasa hari Thaipusam akan datang sahaja semata-mata kononnya untuk mengambil hati orang berketurunan India atau penganut-penganut agama Hindu.

Kepada Najib, silalah bertanya kepada para mufti terlebih dahulu samada perbuatannya itu adalah betul atau boleh menjejaskan aqidah Islamnya kerana bersama-sama menyambut suatu perayaan berunsur agama tersebut?

Rakyat kini sudah muak dengan permainan kotor politik Umno/BN yang mengambil pendekatan fitnah seks kepada Anwar yang mana akhirnya masyarakat Malaysia terutama muda-mudi kini banyak yang musnah akhlak mereka terutama terlibat dengan gejala seks rambang, seks luar tabii, pembuangan bayi, dan bermacam-macam lagi kerosakan moral yang terbit daripada pelbagai gejala seks haram kelolaan Umno/BN.

Dan sekiranya Najib tetap tidak mahu berdebat dengan Anwar juga, maka apa lagi yang tidak kena tentang dirinya?

Tambahan pula daerah Pekan yang terletak berhampiran Kuantan bukanlah suatu tempat yang selamat untuk didiami rakyat lagi apabila kilang nadir bumi milik Lynas bakal didirikan di sana tidak lama lagi!

Najib sewajibnya mestilah membersihkan dirinya terlebih dahulu terhadap pelbagai isu dan skandal sebelum layak menjadi calon bertanding kerusi parlimen Pekan pada PRU-13 nanti. Najib sepatutnya mencerminkan dirinya dan bermuhasabah terlebih dahulu benarkah dirinya seorang calon yang "bersih"?

Untuk menjawab pelbagai persoalan-persoalan di atas, maka sebagai seorang anak jantan yang tulen, Najib perlulah berhadapan dengan rakyat dengan berdebat dengan Anwar sepertimana yang selalu dilaksanakan di negara-negara maju khususnya sebelum pilihan raya umum bagi menentukan pemimpin utama mana yang selayak-layaknya diterima oleh rakyat.

Biarlah rakyat sendiri yang menentukan pemimpin pilihan mereka melalui suatu medium yang adil dan saksama.

Berkaitan:

Najib sertai Thaipusam perlu fatwa jelas, telus

Posted: 11 Feb 2012 05:39 PM PST

Hazayani Zakaria


GOMBAK:
"Kita minta fatwa yang betul-betul jelas, berani dan telus daripada pihak agama dan jangan jual agama demi kepentingan sendiri," tegas Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan.

Beliau menyatakan ketika diminta mengulas mengenai tindakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merayakan Hari Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

Beliau menyokong tindakan itu dan berharap lebih ramai agamawan tampil menyatakan pendirian.

Baginya, ahli PAS yang dipecat, Datuk Dr Hasan Ali juga harus menyatakan pendirian jika benar mendakwa dirinya pembela akidah umat Islam.

"Saya tidak fokus kepada Datuk Hasan sahaja tapi juga kepada mufti, pimpinan dan ulama Umno sendiri sepatutnya kena peka sebab ia dilakukan perdana menteri dalam satu program yang jelas merupakan program agama, bukan program kebudayaan," katanya pada sidang media di Pejabat PAS Kawasan Gombak, hari ini.
.
Sehubungan itu ujarnya, bagi mengelakkan perkara yang menjejaskan akidah itu berulang, mufti-mufti perlu mengeluarkan fatwa yang jelas dan telus tanpa berpihak kepada mana-mana parti politik.

Pemuda PAS tidak bersama Hasan

Sementara itu, katanya Hasan bebas melakukan apa sahaja dan tidak perlu diambil peduli lagi oleh parti kerana beliau bukan lagi ahli PAS.

Beliau berkata, terserah kepada Hasan untuk memilih cara yang sesuai bagi mempertahankan Islam seperti yang didakwanya.

Namun DPPM tegasnya, tidak lagi bersama Hasan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi mendakwa Dewan Pemuda PAS berada di belakang dan menyokong tindakan-tindakan diambil Hasan.

Beliau juga menafikan dakwaan Hasan bahawa PAS sudah terpesong daripada perjuangan asal.

"PAS khasnya dan Pemuda amnya sejak awal konsisten memperjuangkan dan mempertahankan Islam.

"Kita tak pernah lari sebagaimana yang didakwa (Hasan) cuma apa yang berlaku, kita memperhalusi pendekatan dan memperbaharui tindakan yang sesuai dengan suasana yang ada pada hari ini. Itu perkara biasa," katanya.

Umno mula berkeras dengan Shahrizat: Najib keluarkan kata dua dan wanita tunggu EGM

Posted: 11 Feb 2012 05:30 PM PST

Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle


Nampak gayanya Umno telah membuat keputusan untuk membuang Ketua Wanita Shahrizat jalil dan akan menggunakan keadah persetujuan dua pihak untuk mengeluarkan beliau daripada kabinet dan juga sebagai ketua Wanita Umno.

Menurut sumber Umno, Perdana Menteri Najib Razak telah pun memberitahu beliau untuk membuat keputusan dan "jangan paksa saya pecat kamu" untuk jawatan Menteri Wanita beliau. Bagi jawatan ketua Wanita Umno pula, ada ura-ura bahawa beberapa orang pemimpin termasuk timbalan Ketua Wanita, Kamilia Ibrahim dan bekas Ketua Wanita Rafidah Aziz akan memangil mesyuarat luar biasa untuk melaksanakan undi tidak percaya terhadap beliau.

"Sekarang sudah tiada jalan keluar. Yang terakhir adalah apabila anaknya mengeluarkan kenyataan bahawa keluarganya tiada kepentingan untuk melabur untuk kondo-kondo tersebut. Keluarga ini sememangnya salah anggap terhadap persepsi rakyat. Mereka tidak sedar bahawa mereka kelihatan bongkak walaupun jika mereka tidak bermaksud untuk berbuat demikian. Tetapi Umno sekarang sudah sedia maklum betapa NFC telah memburukkan nama Umno. Shahrizat ibarat bom jangkamasa dan Umno harus mematikan beliau dengan apa cara sekalipun," ujar sumber dalam Umno kepada Malaysia Chronicle.

Pendedah maklumat yang dirahisakan

Begitu banyak wartawan menunggu di luar kediaman Perdana Menteri seawal 8 pagi pada hari Khamis setelah ada khabar angin mengatakan perletakan jawatan Shahrizat yang tidak dapat dielakkan lagi. Tidak lama kemudian pembantu Shahrizat memberitahu para wartawan bahawa beliau telah pergi ke kediaman rasmi PM untuk menghadiri mesyuarat Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi. Sumber Umno juga memberitahu bahawa beliau telah berjumpa dengan Najib.

"PM telah memberi kata dua kepada beliau untuk berundur dan membiarkan Shahrizat untuk memutuskan sendiri bila beliau akan berbuat demikian tetapi semestinya dalam masa terdekat. PM juga mengatakan bahawa ini hanyalah untuk jawatan kabinet tetapi bagi jawatan ketua wanita, beliau harus menyerahkan ia kepada delegasi wanita. Jika Shahrizat bersedia untuk berundur, beliau akan terselamat daripada EMG yang akan memalukan beliau," ujar orang dalam Umno.

Keluarga Shahrizat telah dianugerahkan Projek Penternakan Feedlot Kebangsaan pada tahun 2006 dan diberikan pinjaman RM250 juta daripada kerajaan untuk membina skim itu yang didakwa akan memberikan bekalan daging lembu yang lebih murah untuk rakyat Malaysia.

Dalam masa 3 bulan, terima kasih kepada pendedahan yang dibuat oleh seorang pemberi maklumat yang identitinya dirahsiakan, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli telah membongkar beberapa transaksi yang menunjukkan penyelewengan dana itu. Walaupun Shahrizat telah menyalahkan pihak PKR kerana kejatuhan beliau, dipercayai pendedahan sebenarnya dimulakan oleh orang Umno sendiri.

Antara yang disyaki adalah Menteri Wilayah dan Ketua Umno Lembah Pantai, Raja Nong Chik – seorang protégé Naib. Juga dipercayai bahawa PM mahukan Raja Nong Chik untuk bertanding di Lembah Pantai pada PRU 13 tetapi Shahrizat enggan memberi laluan kepadanya, kerana itu adalah kerusi beliau sehinggalah beliau kalah kepada Nurul Izzah dari PKR pada 2008.

Tanpa jawatan dalam kabinet, dapatkah keluarganya menang projek NFC?

Pinjaman itu telah digunakan untuk membeli 5 kondo mewah, sebuah Mercedes Benz super-class, percutian keluarga yang mahal dan juga diskaun berjuta-juta ringgit dan pemindahan wang kepada firma keluarganya sendiri.

Shahrizat yang disoal siasat oleh SPRM pada hari Rabu telah menegaskan bahawa tiada kepentingan beliau dalam projek itu dan beliau tidak terlibat dengannya sama sekali.

Walaubagaimanapun, tidak ramai yang menerima penjelasan beliau dan aada seorang ahli Umno yang memberitahu wartawan bahawa tiada seorang pun yang tahu suami beliau, Salleh Ismail, pengerusi NFC "daripada Adam". Implikasinya adalah, jika Shahrizat bukan menteri dalam kabinet, Salleh, yang tiada pengalaman dalam projek ternakan lembu sudah tentunya tidak akan menang projek tersebut.

Ada yang berbohong

Anak beliau, Izmir Salleh terlalu tertekan semasa beliau cuba mempertahankan ibu bapanya dengan menegaskan bahawa pinjaman RM250 juta yang diberi kepada keluarga mereka boleh dilaburkan sesuka hati.

Beliau bukan menenagkan rasa marah rakyat tetapi semakin menyemarakkannya. Pemimpin pembangkang telah mendesak satu Suruhanjaya Penyiasatan Diraja untuk menyiasat projek NFC dan juga pinjaman itu.

"Semasa mesyuarat Komiti Akaun Rakyat pada 23 November lalu ke atas NFC, dua orang pegawai senior MOF telah dengan jelas mengatakan bahawa pinjaman itu tidak boleh digunakan untuk tujuan selain daripada yang sepatutnya dan semestinya tiada yang membolehkan ia digunakan untuk tujuan pelaburan hartanah," ujar Tony Pua, Ahli Parlimen PJ Utara pada Jumaat lepas.

Pegawai MOF itu telah menerangkan bahawa tujuan untuk pengeluaran wang mesti dijelaskan dengan terperinci. Apabila ditanya lagi, pegawai MOF mengesahkan bahawa mereka yang memberi pinjaman RM250 juta itu tidak pernah mendapat permohonan untuk memberi hartanah. Jadi sekiranya, pegawai MOF ini bercakap benar, sudah tentulah Wan Shahinur Izmir yang berbohong untuk menegakkan benang yang basah."Malaysia Chronicle

1 Care hanya ‘penambahbaikan’ sistem kesihatan, kata menteri

Posted: 11 Feb 2012 05:29 PM PST




KUALA LUMPUR — Rancangan Putrajaya untuk melaksanakan skim penjagaan kesihatan 1 Care hanyalah satu penambahbaikan sistem kesihatan sedia ada, kata Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini.

Menteri Kesihatan itu memberitahu pemberita sebarang perbincangan berkenaan 1 Care masih lagi di peringkat "pra-matang".

Beliau (gambar) mengulangi pendirian bahawa perkara itu masih lagi di "peringkat perbincangan" walaupun dilihat sebagai cubaan untuk meredakan kemarahan awam berikutan pendedahan di internet oleh golongan professional, termasuk mereka yang terlibat dalam perbincangan dengan kerajaan berkenaan pelaksanaan 1 Care sejak tiga tahun lalu.

"Kami tidak mengubah sistem, hanya menambahbaik sahaja. Kami sedang meningkatkan keupayaan sistem ini," katanya.

Tambahnya, kementerian beliau sedang membuat perbandingan dengan negara-negara luar untuk dijadikan asas terhadap 1 Care.

"Permintaan untuk kesihatan semakin meningkat, beban terhadap kesihatan semakin tinggi, kata Liow, dan menjelaskan "penambahbaikan" perlu bagi pelan kesihatan negara.

Ditanya mengapa kerajaan tidak menambah bajet untuk kesihatan berbanding memperkenalkan sistem baru, Liow menjelaskan "kos kesihatan negara meningkat setiap tahun."

"Kali terakhir adalah RM16 juta, peningkatan 10 peratus daripada tahun sebelumnya (2010). Kami telah lakukan perkara itu," katanya.

Menteri MCA itu mengesahkan bahawa blueprint 1 Care dijadualkan akan lengkap pada penghujung tahun 2013, yang mana kementeriannya diberi tempoh dua tahun untuk menyiapkannya.

"Sekiranya 1 Care tidak sesuai, kerajaan boleh menolaknya.

"Apa yang lebih penting adalah respon daripada badan professional ... kami tidak boleh memberikan maklumat berkenaannya sekarang, kami tidak mempunyai maklumat, ahli jawatankuasa sedang membincangkan perkara itu," kata Liow.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia menegaskan kertas cadangan 1 Care masih lagi di peringkat perbincangan dan kerajaan berhak menolak skim itu sekiranya tidak sesuai dengan kehendak rakyat Malaysia.

Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman menerima tekanan ekoran menyatakan maklumat lengkap berkenaan skim itu masih di peringkat idea dan rancangan dan ia masih belum dilaksanakan walaupun laporan berita menyatakan sebaliknya.

"Mengulas berkenaan 1 Care, ia masih lagi di peringkat perancangan. Terdapat 11 kumpulan kerja teknikal (TWG) termasuk penglibatan umum dan swasta.

Liow hari ini menafikan 1 Care akan memaksa rakyat Malaysia menyumbangkan 10 peratus daripada pendapatan mereka bagi membiayai skim tersebut.

"Perkara ini telah diputarbelit oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya, menambah rancangannya hanya melibatkan sumbangan daripada kerajaan, majikan, dan pekerja.

Dr Hasan telah menjelaskan berkenaan perkara itu semalam, dan mengesahkan kerajaan telah menetapkan RM34 juta untuk skim baru itu, mengesahkan setiap kos untuk skim itu akan dibiayai oleh kerajaan, majikan, pekerja, dan mereka yang bekerja sendiri.

Timbalan Pengarah Kesihatan, Unit Kewangan Nasional, Dr Rozita Halina Hussein, berkata Khamis lalu, 1 Care akan dijadikan mandatori, tapi sektor swasta akan diberi pilihan sama ada untuk menyertai skim tersebut atau tidak yang melihatkan bantahan daripada pemegang saham.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa skim tersebut "sudah berada di peringkat sangat maju" bukan peringkat pra-matang seperti di dakwa menteri.

1 Care menimbulkan kemarahan umum selepas dipercayai golongan pengamal perubatan dan perniagaan akan dipaksa menyumbangkan 10 peratus pendapatan mereka setiap bulan kepada skim tersebut.

Melalui sistem sedia ada, pesakit boleh memilih untuk mendapatkan rawatan sama ada di hospital awam mahupun swasta dan membayar menggunakan duit poket mereka sendiri, atau bayaran minimum bagi hospital kerajaan yang telah disubsidi kerajaan.

Kementerian memberi jaminan bahawa 1 Care tidak akan membebankan rakyat dengan kos berlebihan dan berkata perjanjian kewangan akan dibuat.

Badan kehakiman takut disebabkan Dr M, kata bekas Ketua Hakim

Posted: 11 Feb 2012 05:22 PM PST


KUALA LUMPUR — Bekas Ketua Hakim, Tun Mohd Dzaidin Abdulah berkata, mahkamah-mahkamah Malaysia hari ini telah akur kepada kehendak ahli-ahli politik dalam cabang eksekutif kerajaan dan ia berpunca daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hakim yang bersara itu menegaskan, pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman.

"Akibat pindaan, kuasa kehakiman mahkamah-mahkamah telah dikurangkan dan mereka hanya mempunyai kuasa apabila diberikan Parlimen," kata Mohd Dzaidin, dan menambah bahawa "Parlimen lebih hebat daripada badan kehakiman."

Beliau menjelaskan situasi itu amat buruk kerana "Parlimen cuba mengarahkan badan kehakiman kerana ia adalah satu-satunya badan yang mempunyai kuasa kehakiman."

Tegasnya, "pindaan itu pada pandangan saya dalam cara yang landasan sebenar struktur asas perlembagaan persekutuan dari konsep kebebasan badan kehakiman kepada pergantungan badan kehakiman eksekutif untuk kuasa kehakimannya."

Badan kehakiman Malaysia bukan satu alat untuk digunapakai kerajaan untuk apa-apa jenis kepentingan politik, jelas Mohd Dzaiddin.

"Badan kehakiman sepatutnya bebas sepenuhnya kerana kedua-dua badan eksekutif dan badan perundangan," hakim yang bersara ini berkata semasa ucapan dasarnya meraikan ulang tahun Tunku Abdul Rahman dan Institute of Democracy and Economic Affairs (IDEAS) di Tunku Abdul Rahman Memorial hari ini.

Pada tahun 1988, President Tun Mohamed Salleh Abas telah disingkirkan oleh Dr Mahathir perdana menteri ketika itu.

Mohd Dzaiddin berkata kejadian itu adalah disebabkan perbezaan dalam pendapat antara Dr Mahathir dan Salleh atas peranan-peranan dua cabang kerajaan berkenaan.

Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee juga berkata insiden tahun 1988 itu tidak seharusnya diulang.

"Saya rasakan kita tidak harus kembali ke hari-hari '88, kami tidak akan membenarkan seorang perdana menteri memecat hakim-hakim hanya kerana beliau membuat satu pengumuman kehakiman yang mana tidak menguntungkan bagi kerajaan hari ini, bahawa mesti tidak harus berulang lagi," katanya.

Lim turut berada sebagai panel dalam perbincangan berjudul "Empowering Liberal Democratic Insitutions" bersama dengan Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan, Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar , dan Principle Research Fellow di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Anis Yusal Yusoff.

Beliau menambah bahawa untuk kes-kes komersial, sistem kehakiman Malaysia cukup dipercayai bagi menangani kes-kes dari rantau itu.

"Tetapi ujian terakhir sudah pasti apabila ia datang kepada kes-kes sensitif dari segi politik atau kes-kes keagamaan dan bagaimana perjanjian Mahkamah Rayuan kita dengannya.

"Tentang hal itu, saya tetap memberi pandangan negatif kerana setakat ini kes-kes keagamaan, kes-kes penukaran agama terdapat satu ketakutan oleh Mahkamah Rayuan kita dalam membuat satu keputusan. Mereka kerap menangguhkan kes-kes kontroversi seperti krisis di Perak," katanya.

Pada hari Rabu, seorang panel hakim tiga lelaki dalam Mahkamah Rayuan memerintah yang hak-hak dan kebebasan bercakap memuliakan dalam Perlembagaan Persekutuan tidak mutlak.

Hasilnya, kenyataan veteran DAP Karpal Singh pada satu sidang akhbar pada 2009, bahawa Sultan Perak boleh disaman, telah melintasi baris-baris sah dan bersifat hasutan, kata hakim.

"Untuk menjadi adil, kami mempunyai hakim-hakim sangat berani yang telah menhalang kerajaan untuk melakukan tindakan salah. Jadi untuk adil terdapat yang dalam perkataan Tun Dzaiddin 'ada hikmah di luar sana'," kata Lim.

28,000 rakyat K'tan sudah terima BR1M

Posted: 11 Feb 2012 05:21 PM PST

MALAYSIA KINI

Seramai 28,000 rakyat di Kelantan sudah menerima bantuan di bawah skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang melibatkan peruntukan RM1.4 juta sejak skim itu dilancarkan 10 Jan lepas.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK), Datuk Makhtar Mustapha berkata mereka adalah daripada 198,000 permohonan yang telah diluluskan untuk menerima bantuan tersebut sebanyak RM500 seorang.

"Jumlah penerima ini masih kecil jika dibandingkan dengan sasaran kerajaan untuk membantu 300,000 ketua keluarga yang berpendapatan bawah RM3,000 di negeri ini," katanya kepada Bernama hari ini.

Makhtar berkata mereka yang layak tetapi belum mengemukakan permohonan perlu segera menyerahkan permohonan kepada JPPK atau Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

"Kita sedang melancarkan program pengagihan bantuan ini setiap hari di semua kawasan dengan kerjasama penghulu dan penggawa yang dilantik.

"Kita menjangkakan program ini dapat diselesaikan sehingga Mac ini termasuk menyemak semula permohonan rayuan oleh individu yang ditolak permohonan mereka sebelum itu," katanya.

Makhtar berkata borang rayuan yang lengkap diisi dengan melampirkan dokumen yang diperlukan perlu diserahkan segera kepada jabatannya atau LHDN untuk semakan semula.
- Bernama

Badan hak asasi gesa Putrajaya jangan usir Kashgari

Posted: 11 Feb 2012 05:18 PM PST

Kumpulan hak asasi hari ini menggesa Malaysia supaya jangan mengusir seorang penulis muda Arab Saudi yang dilaporkan komen dalam Twitternya menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, yang mencetuskan kemarahan rakyat negara itu

Hamza Kashgari telah ditangkap setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada hari Khamis dan seorang jurucakap polis berkata dia masih disoal.

Kashgari melarikan diri Arab Saudi selepas membuat komen di Twitter yang dianggap menghina Nabi Muhammad, dan mencetuskan kemarahan rakyatnya.

Menghina Nabi adalah satu jenayah yang boleh dihukum mati di Arab Saudi.

Penyelidikan kanan Human Rights Watch, Christoph Wilcke berkata Malaysia tidak perlu "bersubahat dengan menghantar Kashgari balik", sambil mendakwa dia tidak mungkin mendapat perbicaraan yang adil di sana.

"Ulama Saudi telahpun memutuskan bahawa Kashgari adalah murtad yang harus menghadapi hukuman," katanya.

Menurut Wilcke, Malaysia perlu menyelamatkan Kashgari dan membiarkannya mendapat perlindungan di negara pilihannya.

Aktivis hak asasi S Arulchelvan daripada Suaram berkata Malaysia tidak harus mengusir Kashgari tetapi sebaliknya membenarkan agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyiasat isu tersebut.

Fadiah Nadwa Fikri, seorang jurucakap kumpulan aktivis peguam - Lawyers for Liberty - berkata Kashgari adalah seorang penulis blog yang mengutuk "penindasan wanita".

"Ini sekali lagi merupakan pelanggaran kebebasan bersuara. Beliau mempunyai setiap hak untuk membuat komen dan sebagainya tanpa ditindas," katanya kepada AFP.

Menurutnya, Malaysia seharusnya memberi suaka kepada Kashgari, tetapi sebaliknya didakwa bersekongkol dengan kerajaan Arab Saudi dalam hal tersebut.

Tiada ulasan: