Rabu, 1 Februari 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


'Budak suruhan UMNO'

Posted: 01 Feb 2012 04:40 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE


SHAH ALAM - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menganggap bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Hasan Ali tidak memahami maksud parasit sebenar apabila secara terang-terangan menamakan beliau sebagai pemimpin Pas yang dianggap 'parasit' dalam parti itu.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor yang pernah digugurkan daripada jawatan itu ketika Pas negeri diterajui oleh Hasan berkata, tuduhan tersebut tidak tepat kerana beliau adalah ahli dan pemimpin Pas yang berada dalam 'batang tubuh' parti sejak sekian lama sedangkan parasit adalah suatu benda asing yang hidup dengan cara menumpang pihak lain.

Sebaliknya kata beliau, pihak yang berada di luar Pas dan hanya boleh hidup dengan menumpang isu membabitkan parti itu sebenarnya adalah parasit.

"Parasit adalah jenis yang tinggal atas induk macam pokok asing tinggal atas pokok besar tetapi saya tidak boleh menjadi parasit kerana saya merupakan sebahagian daripada batang tubuh parti.

"Tidak seperti orang yang hidup dengan isu Pas tetapi dia adalah orang asing yang mana jika tidak ada isu Pas, dia tidak boleh hidup, dia menjadi popular atas isu Pas," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Hasan yang menamakannya sebagai parasit dalam Pas ketika berceramah dalam program Bicara Memurnikan Akidah Ummah di Dewan Rukun Tetangga Seksyen 17 di sini malam semalam.

Hasan dipetik sebagai berkata, Ahli Parlimen Shah Alam itu sering kali dilihat menyebarkan fahaman yang tidak menyebelahi Islam selain merupakan individu paling lantang menentang usahanya untuk melarang penjualan minum keras di kedai-kedai runcit di kawasan penempatan majoriti orang Melayu.

Khalid juga didakwa adalah individu yang beria-ia mengkritik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika agensi agama itu menyerbu sebuah premis yang dikatakan sebagai Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) meskipun pihak berkuasa menerima maklumat mengenai penganjuran satu majlis yang bermatlamat bagi menyelewengkan akidah umat Islam di negeri ini.

Khalid yang sudah lebih 30 tahun berada dalam Pas berkata, Hasan sebenarnya sudah menjadi alat UMNO apabila membuat kenyataan supaya para pengundi di Parlimen Shah Alam agar tidak mengundinya lagi pada pilihan raya umum akan datang.

"Kalau tidak beri undi kepada Khalid Samad, kepada siapa lagi? Sudah tentu kepada UMNO. Ini bukti Hasan sudah menjadi budak suruhan UMNO," katanya.

Malah katanya, dakwaan itu jugalah yang menjadi punca mengapa Hasan tidak dilantik menjadi Pesuruhjaya Pas negeri dan terpaksa dikeluarkan daripada parti meskipun sebenarnya beliau tidak mempunyai harapan dalam UMNO.

Dalam pada itu beliau menjelaskan, isu penjualan arak yang dibangkitkan oleh Hasan sebenarnya merupakan cadangan anggota Pas Shah Alam sendiri yang merupakan Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBA).

"Ahli kita yang bawa usul supaya kedai-kedai serbaneka yang beroperasi di kawasan majoriti orang Melayu tidak menjual arak. Kita gunakan kaedah lembut, pujuk rayu, adakan penerangan secara 'bil hikmah' dan bukannya buat cara samseng dengan merampas arak berkenaan.

"Bukannya buat dengan sesuka hati kerana ada peraturannya mengikut akta dari Pusat bahawa kedai-kedai seumpama itu tidak perlu memohon lesen khas," katanya.-Utusan

PAS S'gor Cabar Hasan Tubuh Jati Jadi Parti Politik

Posted: 01 Feb 2012 04:39 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE


PETALING JAYA- PAS Selangor mencabar bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali supaya mendaftar 'Jati' sebagai sebuah pertubuhan politik dan bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, cabaran itu dibuat bagi mengukur sejauh mana kemampuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dinaungi Hasan mampu bertindak sebagai kuasa ketiga politik Malaysia.

"Kalau betul Jati boleh jadi gelombang politik kuasa ketiga, saya cabar beliau bentuk Jati sebagai parti politik yang sah.

"Jangan berselindung di sebalik NGO dan mendakwa kononnya ada ramai penyokong. Tunjukkan kalau benar kumpulan ini boleh jadi kuasa ketiga penentu kemenangan PRU nanti," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai pengumuman Hasan yang akan membentuk sebuah NGO yang dikenali sebagai Jati bagi meneruskan agendanya memperjuangan Islam, orang-orang Melayu dan mempertahankan institusi raja-raja Melayu.

Hasan yang dipecat daripada PAS pada 8 Januari dan dilucutkan jawatan Exco Hal Ehwal Islam Selangor pada 13 Januari lalu berkata, Jati berperanan sebagai sebuah kuasa ketiga yang berfungsi menjaga kepentingan akidah umat Islam, serta bertindak sebagai pihak pengimbang bagi pergerakan politik negara ini.

Mengulas lanjut, Dr Abdul Rani berkata, PAS tidak gentar dengan kewujudan Jati yang didakwa sebagai kuasa ketiga kerana menyifatkan gelombangnya berlaku secara bermusim dan tidak akan kekal.

Katanya, hala tuju NGO-NGO seperti ini tidak jelas malah hanya akan mendapat perhatian ketika isu yang diketengahkan masih 'panas'.

Dalam pada itu mengulas mengenai serangan dan pendedahan Hasan terhadap PAS hingga secara terang menamakan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad sebagai 'parasit' dalam parti itu, Dr Abdul Rani berkata, beliau mahu rakyat dan penyokong PAS menilai sendiri sikap Hasan.

"cakap beliau sekarang sudah tak boleh pakai, beliau boleh kata dan dakwa apa sahaja. Kami tidak kisah kerana rakyat sendiri boleh buat penilaian.

"Serangan beliau terhadap PAS tidak akan memberi kesan kepada kita malah akan memperkukuhkan sokongan rakyat.

"Beliau nak perjuangkan akidah, tapi dalam siri ceramah beliau asyik buat pelbagai dakwaan dan tohmahan," katanya lagi.-mStar

Pemuda PAS Syak Umno Taja Jati & Dr Hasan Ali

Posted: 01 Feb 2012 04:21 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE


PETALING JAYA- Dewan Pemuda PAS Pusat mendakwa penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai 'Jati' oleh Datuk Dr Hasan Ali sebenarnya ditaja oleh pihak tertentu termasuk mengaitkannya dengan Umno.

Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, dakwaan itu dibuat berdasarkan agenda yang diperjuangkan Jati iaitu untuk memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja Melayu.

"Saya melihat gerakan yang cuba dilakukan oleh Datuk Dr Hasan ini jelas merupakan satu perancangan yang ditaja oleh pihak tertentu.

"Dengan melihat agendanya untuk memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu, ia memberikan persepsi bahawa ada kaitan dengan sebuah parti politik yang memperjuangkan slogan bangsa, agama dan negara," katanya di sini, Rabu.

Dalam pada itu Raja Ahmad turut mencabar Hasan yang dipecat daripada PAS pada 8 Januari lalu agar bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Saya tidak terkejut selepas ini Datuk Dr Hasan akan bertanding atas tiket Umno. Ini kerana semua program penerangan dan ceramahnya di seluruh negara telah diuruskan oleh Umno.

"Bagi saya, Datuk Dr Hasan boleh memilih mana-mana kerusi yang ingin beliau tandingi pada PRU-13 nanti.

"Bagi pihak PAS, kami bersedia bertembung dengan beliau yang menjadikan isu parasit sebagai tiket untuk menyerangan PAS," tegas beliau.

Pada Isnin, Hasan yang dilucutkan jawatan Exco Hal Ehwal Islam Selangor pada 13 Januari lalu mengumumkan penubuhan Jati yang akan dirasmikan penubuhannya di Pusat Konvensyen Shah Alam, 21 Februari ini, dijangka disertai beberapa NGO Islam dan bukan Islam dari seluruh negara.

Menurut Hasan, Jati mahu berperanan sebagai sebuah kuasa ketiga, yang berfungsi menjaga kepentingan akidah umat Islam, serta bertindak sebagai pihak pengimbang bagi pergerakan politik negara ini.-mStar

Tangkap suami Shahrizat segera, PKR membuat laporan kepada SPRM

Posted: 01 Feb 2012 04:06 AM PST

Melissa Lee, Malaysia Chronicle


Kepimpinan PKR menuntut penangkapan serta-merta Salleh Ismail, suami kepada Menteri Umno Shahrizat Jalil, atas tuduhan rasuah ke atas pinjaman RM250 juta kerajaan yang diberikan bagi membangunkan projek pembiakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan di Gemas.

Salleh adalah pengerusi eksekutif Fidlot Kebangsaan Corp, sebuah syarikat persendirian yang berjaya memenangi tender pada tahun 2006 dari Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang ketika itu merupakan Menteri Pertanian, untuk menguruskan projek tersebut. Beliau telah menafikan sebarang salah laku, tetapi rentetan tuduhan dan pendedahan dari orang-orang yang pernah bekerja dengannya berterusan tanpa henti.

MACC membuat laporan

Pada hari Selasa, Sivarasa Rasiah, Ahli Parlimen PKR Subang dan Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang, mengetuai satu pasukan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membuat aduan terhadap pengerusi NFCorp.

Malah, kejatuhan NFC telah menjadi kompleks oleh perbalahan dalaman di kalangan atasan Umno. Watak utama dalam kejatuhan NFC bukan sahaja termasuk Shahrizat, Ketua Wanita Umno dan keluarganya, tetapi juga Muhyiddin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin.

Malah orang tengah Umno, Shamsubahrin Ismail aka Datuk Fix-it, telah terperangkap dalam perbalahan tersebut. Beliau telah ditangkap dan masih dalam reman yang panjang. Terdapat kebimbangan terhadap keselamatannya kini.

Pada mulanya, media arus perdana yang dikawal oleh Umno melaporkan Shamsubahrin diculik kerana cuba untuk membawa siasatan polis ke dalam rasuah NFC, tetapi tuduhan rasmi yang dibuat setakat ini adalah kerana didakwa menipu Salleh RM1.76mil dalam yuran perundingan palsu. Dua tuduhan menipu telah dibuat terhadapnya minggu lepas.

"Penangkapan segera perlu dilakukan," Zuraida memberitahu pemberita selepas membuat aduan di pejabat SPRM. Beliau merujuk kepada Salleh Ismail.

Sekiranya SPRM gagal untuk mengambil tindakan, pemimpin-pemimpin PKR akan melobi bagi penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat tingkah laku orang-orang yang menyiasat skandal RM250 juta serta SPRM sendiri untuk menghukum Salleh.

"Kami mahu melihat tindakan dalam tempoh dua minggu. Jika tidak, kami akan memanggil RCI bagi menyiasat SPRM sendiri - ia seolah-olah mereka tidak berupaya untuk menyiasat perkara itu secara bebas, " kata Sivarasa.

SOS

Terperangkap, Shamsubahrin telah menghubungi PKR, dengan melantik naib presiden N Surendran sebagai peguam. Pada sidang media yang diadakan pada hari Isnin, Surendran menyerahkan salinan kenyataan yang dibuat Shamsubahrin kepada pihak polis - sedihnya, ia telah diabaikan.

"Saya mempunyai bukti dalam bentuk SMS. Saya tidak sanggup untuk berbuat demikian walaupun saya telah dipaksa berulang kali. Saya hanya menjawab mengatakan saya akan cuba untuk menyelesaikan perkara itu, " kata laporan Shamsubahrin.

Dia juga menuduh ketua NFCorp kerana "menipu saya dengan melantik saya sebagai Penasihat Korporat dan Perunding" pada bulan November 2011 yang menurutnya adalah pelantikan palsu.

Menurut Sivarasa dan Zuraida, memandangkan begitu banyak maklumat dari Shamsubahrin, jika pihak berkuasa masih gagal untuk mengambil tindakan terhadap Salleh, ia akan sama seperti mereka bersubahat dalam perbuatan rasuah. Kedua-dua pihak polis dan SPRM, kata mereka, harus diteliti bagi kesalahan itu

.

"Kami kini mempunyai bukti yang mengejutkan dan rahsia besar tentang NFC," naib presiden PKR N Surendran memberitahu Malaysia Chronicle.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya bersetuju untuk membekukan aset NFCorp selepas permintaan yang berterusan dari PKR, yang mengeluarkan beberapa pendedahan ke dalam tuduhan rasuah Shahrizat selepas menerima maklumat dari pemberimaklumat.

PKR, yang diketuai oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, telah menuduh NFCorp membelanjakan sekurang-kurangnya RM27 juta dalam dana awam untuk kondominium mewah, tanah, percutian dan perbelanjaan yang tidak berkaitan dengan ternakan lembu. Malaysia Chronicle

Kepala babi: PAS Selangor lawat Masjid Nurul Iman

Posted: 01 Feb 2012 03:32 AM PST

Harakahdaily,

SELAYANG: PAS Selangor mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Masjid Nurul Iman di Batu 18, Rawang, pagi ini ekoran satu kepala babi ditemui di pintu masuk masjid itu, pagi semalam.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Khalid Samad mengetuai lawatan itu dan mengadakan perbincangan dengan pihak masjid yang disertai nazir masjid, Ilham Akhbar Harun. Yang Dipertua PAS Selayang, Zaidi Talib turut serta dalam pertemuan itu.

Selepas mengadakan perbincangan, mereka pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak bagi mendapat maklumat berhubung kejadian pagi semalam itu.

Khalid meminta pihak polis menjalankan siasatan rapi dan mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab terhadap perbuatan keji itu serta mengambil tindakan yang sewajarnya.

Dalam kejadian semalam, kepala babi ditemui di pintu masuk Masjid Nurul Iman pada jam 5.00 pagi oleh ahli jawatankuasa masjid sebaik sahaja mereka membuka pintu pagar utama masjid itu.

Pihak polis dari Balai Polis Rawang yang terletak tidak jauh dari masjid itu yang dihubungi tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi untuk menjalankan penyiasatan.

Mereka kemudiannya telah meninggalkan masjid itu setelah mengambil bahan bukti serta menyiasat di kawasan sekitar kira-kira dua jam, manakala kes itu pula akan disiasat oleh jabatan siasatan jenayah.

Dalam pada itu, nazir masjid telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian tersebut.

Nasib stadium sudah jatuh ditimpa tangga

Posted: 01 Feb 2012 03:30 AM PST

Khairul Azlam Mohamad,


KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu mendesak kerajaan negeri segera mengumumkan kepada rakyat sama ada Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) masih boleh diperbaiki atau wajar dirobohkan sahaja.

Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Dr Alias Razak berkata kejadian malang menimpa Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin berharga RM292 juta dan bumbungnya runtuh amat memalukan seluruh rakyat Terengganu.

(Gambar fail: Stadium SSMZA yang berharga RM292 juta runtuh bumbungnya dan kini kecurian peralatan RM50 juta.)

Malah, katanya lebih malang lagi setelah dua tahun 'terbiar' sepi pelbagai peralatan pendawaian elektrik, sistem elektronik, dua set jana kuasa serta kelengkapan lain dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Inilah kata orang, 'sudah jatuh ditimpa tangga' nasib yang dialami oleh stadium (SSMZA) kita. Bila dah dua tahun terbiar sepi berlaku pula kecurian kepada peralatan dan harta benda stadium.

"Buat (SSMZA) mahal, kos RM292 juta tidak lebih setahun guna runtuh bumbung dan ini memalukan rakyat dan Tuanku (Sultan) sendiri.

"Kita (PAS) minta pihak kerajaan negeri jelaskan (umum) sama ada stadium ini masih boleh diperbaiki atau perlu dirobohkan sahaja dan buat yang lain (baru)," ujarnya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa isu di pejabat PAS Terengganu, semalam.

Menurutnya, kecurian peralatan stadium tersebut dilaporkan bernilai RM50 juta berlaku sejak tahun 2010 lagi selepas sebahagian bumbung runtuh.

Katanya, pihak berkuasa sebelum ini telah membiarkan keadaan struktur bumbung stadium yang runtuh itu selama lebih dua tahun.

Dr Alias menyifatkan 'kelembapan' pentadbiran kerajaan negeri dengan membiarkan lebih dua tahun bumbung stadium runtuh akhirnya merugikan rakyat.

"Dua tahun tidak diusik keadaan bumbung stadium runtuh, 'dok soh ke nok' baiki, barang (peralatan) pun kena curi. Akhirnya rakyat juga yang rugi.

"Saya pun pelik, macam mana dengan ada pengawal keselamatan barang boleh kena curi termasuk dua set jana kuasa yang bernilai RM70,000 seunit," ujarnya.

Katanya, PAS melahirkan rasa dukacita dan mahukan siasatan segera dilakukan serta mendakwa mana-mana pihak yang bertanggungjawab mencuri harta rakyat.

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin adalah sebahagian dari Kompleks Sukan Gong Badak yang bernilai RM500 juta mula dibina pada Mei 2006 dan siap tahun 2008 serta pernah dijadikan lokasi pertandingan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-12.

(Gambar fail: YDP PAS Kemaman, Ismail Harun meninjau keadaan bumbung Masjid Baru Batu Putih Kertih yang runtuh.)

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tunggal berkata isu stadium tersebut sering kali dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu oleh PAS.

"Kita (PAS) acap kali bawa isu stadium ini di Dewan Undangan Negeri. Kita bukan menentang pembangunan (stadium) tetapi menentang penyelewengan dan rasuah yang boleh menyebabkan runtuhnya pembangunan itu," jelasnya.

Bahkan, katanya jawapan lisan Exco kerajaan negeri ketika itu Dato' Yahya Khatib Mohamad mengatakan banyaknya berlaku 'keruntuhan' di Terengganu kerana banyaknya pembangunan yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sepanjang tempoh dua penggal kerajaan BN Terengganu memerintah negeri pelbagai kejadian berlaku termasuk bumbung masjid runtuh di Kertih, bumbung terminal bas runtuh di Kuala Berang, menara telekomunikasi tumbang di Hulu Besut, Dewan Sekolah Menengah Wakaf Tapai di Ajil runtuh dan banyak lagi.

Pihak berkepentingan letak kepala babi di masjid

Posted: 01 Feb 2012 03:28 AM PST

Harakahdaily,

SELAYANG: PAS yakin pihak yang terlibat dalam kejadian meletakkan kepala babi di pintu masuk Masjid Nurul Iman, Rawang pagi semalam adalah pihak yang berkepentingan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad berkata, hanya pihak berkepentingan saja yang akan membuat kerja seperti itu.

Dalam kejadian semalam, kepala babi ditemui di pintu masuk Masjid Nurul Iman pada jam 5.00 pagi oleh ahli jawatankuasa masjid sebaik sahaja mereka membuka pintu pagar utama masjid itu. (Gambar bawah)

Pihak polis dari Balai Polis Rawang yang terletak tidak jauh dari masjid itu yang dihubungi tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi untuk menjalankan penyiasatan.

Khalid meminta pihak polis siasat terperinci kes ini kerana selama ini kawasan Rawang ini aman dan tenang.

Permintaan itu dikemukakan Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam kepada Timbalan OCPD Daerah Gombak, Superitendan Rosly Hassan dan pegawai penyiasat kes itu dalam pertemuan mereka di IPD Gombak, pagi ini.

"Pakatan Rakyat tak untung apa-apa dengan kes sebegini bahkan akan rugi...jadi kita harap ia diselesaikan dengan segera," beritahu Khalid kepada wartawan selepas pertemuan itu.

Khalid berkata, pihak polis sehingga ini masih belum mendapat apa-apa klu pihak yang bertanggungjawab dalam kes ini.

Ini kerana tiada sebarang bantuan teknikal yang diperolehi bagi membantu polis mengenalpasti siapa bertanggungjawab kerana tiada cctv dan seumpamanya di sini.

"Namun polis percaya ia bukan dicampak tetapi diletakkan dengan baik di atas tempat alas kaki plastik masjid itu," beritahu Khalid kepada media selepas pertemuan itu.

Turut serta dalam pertemuan itu adalah Zaidy Talib (YDP PAS Selayang), Fauzan Mazlan (Ketua Pemuda PAS Selayang) dan beberapa pimpinan PAS tempatan lagi.

Dalam pertemuan itu, Zaidy melahirkan kebimbangan kalau-kalau pihak berkepentingan cuba melaga-lagakan penduduk tempatan yang berada dalam harmoni sekarang.

Fauzan Mazlan pula bimbang kalau-kalau kejadian di Kampung Medan, Petaling Jaya sebelum ini berulang di sini.

"Sampai sekarang Kampung Medan masih belum reda dan kita bimbang ia merebak ke sini," kata Fauzan.

Habitat Umno masyarakat tanpa maklumat

Posted: 01 Feb 2012 03:26 AM PST

Harakahdaily,

TEMERLOH: Umno didakwa hanya boleh hidup di tempat yang masyarakatnya tidak bermaklumat, kata Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat Ustaz Mokhtar Senik (gambar).

Beliau berkata, untuk meraih kemenangan PAS mesti menjadikan masyarakat berilmu dan celik maklumat.

Berucap merasmikan Konvensyen ICT & Media Baru PAS Pahang 2012 di Darul Amin Sungai Gau di sini Sabtu lalu, Mokhtar menambah masyarakat yang jahil dan tidak bermaklumat lazimnya sukar untuk melakukan perubahan.

"Habitat Umno ialah masyarakat yang jahil dan di situlah biasanya PAS payah nak masuk dan berkembang. PAS payah nak hidup dalam habitat jahil dan tidak bermaklumat.


"Maknanya Umno-BN akan lebih subur dalam masyarakat tidak bermaklumat kerana rakyat tidak tahu apa yang mereka lakukan. Ini berbeza dengan kita, dalam masyarakat bermaklumat PAS berkembang subur.

(Gambar: Ustaz Mokhtar melancarkan konvensyen dengan dengan mengklik tayangan slaid)

"Ini terbukti perjuangan PAS sekarang mudah diterima di bandar-bandar yang terdedah dengan maklumat darpada media baru berbanding di luar bandar yang hanya bergantung media tradisional yang terkongkong," jelasnya.

Mokhtar menambah, dakwah Islam juga perlukan kepada masyarakat bermaklumat ini terbukti perkembangan di Eropah 3,000 orang sehari menganut Islam, berbeza dengan negara yang disekat maklumat umpamanya di China.

"Sebab itu cabaran untuk kita memperjuangkan Islam mesti mahukan masyarakat yang ada bermaklumat. Jadi cabaran kepada jentera penerangan PAS ialah mewujudkan saluran alternatif maklumat jika mahu menang besar dalam pilihan raya akan datang.

"Bagaimanapun pengamal media baru PAS mesti berdisiplin membawa berita yang benar. Kita tidak boleh mengikut rentak musuh yang menggunakan saluran untuk menyebarkan fitnah dan pembohongan," ujarnya.

Serentak dengan itu beliau mahu PAS meneroka saluran baru melalui media baru selain daripada medium tradisional dipertingkat bagi merancakkan saluran sedia ada.


Kira-kira 200 daripada seluruh hadir mengikuti konvensyen sehari suntuk itu.

(Gambar: Lutfi dan Shuhaimi semasa dialog)

Sementara itu pembentang kertas kerja, Pengarah Jabatan ICT Pusat Suhaimi Embong berkata di malaysia ada 12 juta pengguna laman sosial facebook iaitu di tempat ke 17 tertinggi di dunia dengan 60% pengguna merupakan golongan muda.

Tambahnya, dalam konteks media baru semua orang sudah boleh menjadi agen penerangan dan maklumat iaitu melalui blog, laman web, facebook dan IPTV.

"Saya cadangkan ditubuhkan skuad gabungan tenaga untuk mobilisasi media baru secara berpasukan bermula pada peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun).

"Bahan mestilah boleh dipertanggungjawabkan kerana dengan adanya media baru ini boleh tersebar dengan cepat dan luas. Bagaimanapun di kampung yang tiada ases internet, boleh diadakan wayang pacak sebagai alternatif," katanya.

Seorang lagi pembentang kertas kerja, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, berkata pilihan raya umum (PRU) ke 13 bukan saja getir tetapi juga sukar dan kritikal kepada PAS.

Tambahnya, oleh yang demikian cabaran kita ialah menyalurkan maklumat dan berjaya mengubah persepsi orang Melayu kerana politik adalah persepsi.

Daftar pemilih: PAS tunggu semakan Mimos

Posted: 01 Feb 2012 03:19 AM PST

Nazri Abdullah,

KUALA LUMPUR: PAS menyambut baik langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan menggugurkan 42,025 nama yang diragui statusnya dari senarai pemilih.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli (gambar) berkata, tindakan itu bagaimanapun belum boleh untuk memberi tafsiran bahawa senarai daftar pemilih kini benar-benar sudah bersih selepas pengguguran nama pemilih diragui itu.

Menurutnya, apa yang sedang ditunggu kini adalah semakan daftar pemilih antara SPR dengan Mimos Berhad seperti yang disyorkan oleh Jawatankuasa Pilihan Parlimen bagi Penambahbaikan Pilihan raya (PSC).

"Bagi PAS, (pengguguran) itu langkah yang baik, namun kita juga sedang menunggu hasil semakan yang dibuat dengan Mimos itu.

"Yang digugur itu hanya nama yang tidak dapat disahkan oleh JPN (Jabatan Pendaftaran Negara), sedangkan banyak lagi nama yang disahkan oleh JPN tetapi ada masalah (seperti) mempunyai dua kad pengenalan, bukan warga tempatan dan sebagainya," katanya yang juga salah seorang anggota PSC kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof semalam bahawa suruhanjaya itu akan menggugurkan 42,025 nama pemilih yang diragui yang tidak menerima sebarang maklumbalas selepas tempoh semakan tamat semalam.

Sebelum ini SPR mengeluarkan senarai yang mengandungi 42,051 nama pemilih yang diragui statusnya tahun lalu atas permintaan PSC.

Tetapi SPR hanya menerima maklumbalas dari 50 orang, meminta nama mereka diaktifkan kembali.

Abdul Aziz juga memberitahu, tempoh semakan juga tidak akan dilanjutkan semula manakala senarai pemilih terbaru akan diwartakan Mac depan.

Sebelum ini, Mimos Berhad dicadangkan oleh PSC untuk membuat verifikasi terhadap isu-isu yang berkaitan daftar pemilih dan melaporkan balik penemuan kepada jawatankuasa berkenaan.

Ia membabitkan isu dua orang pemilih dengan satu kad pengenalan yang sama, pengundi yang meninggal dunia masih ada dalam daftar pemilih, pengundi yang berumur 90 tahun ke atas, pemilih bukan warga tempatan, ramai pemilih dalam satu alamat, dan pengundi hilang kelayakan.

"Bukan itu sahaja, tidak semua syor PSC diterima SPR untuk dilaksana pada PRU-13 ini.

"Kita harap juga SPR segera kemukakan sebarang pindaan pertauran pilihan raya agar boleh diluluskan parlimen dengan segera," kata Hatta yang juga ahli parlimen Kuala Krai.

Puteri Umno: Kami mahu Palanivel, bukan Devamany

Posted: 01 Feb 2012 03:17 AM PST

"Apa dia (Devamany) buat? Kampung orang Asli terbiar. Kita nak cari orang yang mudah buat kerja," kata Norzalina.



CAMERON HIGHLANDS: Kini Puteri Umno Cameron Highlands menolak ahli Parlimen Datuk SK Devamany dalam pilihan raya ke 13 kelak.

"Cukuplah lapan tahun (dua penggal) Devamany menjadi wakil rakyat Cameron Highlands. Tak ada pembangunan untuk kawasan ini, buat apa jadi wakil rakyat.

"Kami mahu orang lain, kalau boleh Datuk G Palanivel. Devamany tidak sesuai lagi," tegas Bendahari Puteri Umno Cameron Highlands, Norzalina Mohd Noor.

Sebelum ini Pemuda Umno dan belia peneroka Sungai Koyan juga menyatakan perkara sama iaitu menolak Devamany atas alasan tidak membawa pembangunan kepada penduduk setempat.

Akan buat undi rosak

"Apa dia (Devamany) buat? Kampung orang Asli terbiar. Kita nak cari orang yang mudah buat kerja.

"Kalau bertanding lagi, kita (Puteri Umno) buat undi rosak," tambah Norzalina yang mendakwa pengundi pergerakan itu lebih 1, 000 orang di Cameron Highland.

Pergerakan itu juga telah membuat usul dalam mesyuarat Umno bahagian supaya menggugurkan Devamany dalam pilihan raya umum akan datang.

Anggota polis dihukum penjara 6 bulan

Posted: 01 Feb 2012 03:13 AM PST

FREE MALAYSIA TODAY

Beliau didapati bersalah kerana melepaskan tembakan amaran sehingga mencederakan seorang remaja, dua tahun lalu.



SEREMBAN: Seorang anggota polis dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah kerana melepaskan tembakan amaran sehingga mencederakan seorang remaja, dua tahun lalu.

Majistret Nor Azlina Hashim membuat keputusan itu selepas meneliti hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan dan mendapati tiada alasan yang sah bagi tertuduh, Konstabel Mohd Hakimi Shamsul melepaskan tembakan terhadap Mohd Azizi Azri Aziz.

Nor Azlina bagaimanapun membenarkan pelaksanaan hukuman tersebut ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dengan menaikkan jaminan daripada RM3,000 kepada RM8,000 dengan seorang penjamin ke atas tertuduh.

Mohd Hakimi, 21, dituduh melepaskan tembakan terhadap Mohd Azizi Azri, 20, tanpa apa-apa alasan yang sah sehingga mendatangkan kecederaan kepada mangsa, di Jalan Jelebu menghala ke Pantai dekat sini pada 3 petang, 8 Mei 2010.

Dia dituduh mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya.

Menurut keterangan kes, insiden dikatakan bermula di depan sebuah pusat beli belah di Jalan Datuk Siamang Gagap, dekat sini, apabila kereta peronda dinaiki dua anggota polis termasuk Mohd Hakimi mengejar sekumpulan penunggang motosikal termasuk Mohd Azizi Azri.

Mangsa dikejar

Kumpulan penunggang motosikal itu kemudian berpecah dan motosikal ditunggang Mohd Hakimi dikejar kereta peronda polis tersebut beberapa kilometer sehingga ke lokasi kejadian.

Polis kemudian melepaskan beberapa tembakan amaran, namun satu das tembakan dari senjata milik Mohd Hakimi dipercayai terkena perut Mohd Azizi Azri yang kemudiannya ditahan.

Terdahulu, peguam yang mewakili Mohd Hakimi, Param Sundram memohon mahkamah mengenakan hukuman denda memandangkan ia kesalahan pertama selain tertuduh masih muda dan baru memulakan tugasnya sebagai anggota polis ketika kejadian.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin pula memohon mahkamah mengenakan hukuman yang setimpal kerana tertuduh tidak mempunyai alasan yang sah untuk melepaskan tembakan itu hanya semata-mata hendak memberhentikan mangsa yang cuba lari.

Katanya, sebagai anggota polis, tertuduh sepatutnya menggunakan pengetahuan dan pengalamannya untuk memberhentikan mangsa dengan cara lain dan bukannya dengan melepaskan tembakan apatah lagi tertuduh tidak diancam oleh mangsa. – Bernama

Mereka tak faham, tembak tak betul’

Posted: 01 Feb 2012 03:10 AM PST

FREE MALAYSIA TODAY

Menteri Besar Kedah menjelaskan tindakan yang dikenakan bukan mengikut Auku 1971 kerana Auku adalah bagi IPTA sedangkan Kuin adalah IPTS.



ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pihak yang mempertikaikan keputusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) menggantung lima pelajarnya, tidak memahami undang-undang yang digunakan universiti milik kerajaan negeri itu.

Azizan yang juga Pengerusi Kuin menjelaskan tindakan yang dikenakan bukan mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 kerana Auku adalah bagi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sedangkan Kuin adalah IPT Swasta (IPTS).

"Mereka yang tak faham…tembak tak betul menyebabkan semua orang keliru dan pening kepala. Saya dah beri jawapan (undang- undang) IPTS lain daripada IPTA," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri berkata beliau telah menerangkan perkara itu kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan hari ini beliau mengarahkan setiausaha politiknya supaya ke Kuala Lumpur bersama dokumen berkenaan untuk menerangkannya lagi.

"(Pengurusan Kuin) sebagai satu badan bebas, apa keputusan dibuat selagi tak bercanggah dengan prinsip nyata biar mereka putuskan.

Kes mahkamah

Saya tak boleh campur tangan. Saya pun tak boleh cakap banyak kerana perkara ini telahpun dibawa ke mahkamah…bukan kami tetapi pelajar tu yang bawa ke mahkamah," katanya.

Katanya difahamkan Kuin telah melantik peguam Karpal Singh untuk mewakili mereka dalam kes itu.

Lima pelajar universiti itu digantung pada April lalu kerana memprotes tindakan universiti mengosongkan asrama mereka di kediaman Ar -Razi, di sini.

Bagaimanapun, empat daripada pelajar terbabit sudah dibenarkan menyambung semula pengajian baru-baru ini, manakala seorang lagi masih dalam penggantungan.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Abdul Aziz Bari meminta supaya pakatan pembangkang mengambil tindakan terhadap Azizan kerana mendakwa Menteri Besar itu menyokong kewujudan Auku, sedangkan manifesto Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga menjanjikan mereka akan menghapuskan akta berkenaan.

Bersetuju dengan Buku Jingga

Azizan berkata beliau bersetuju dengan Buku Jingga tetapi pelaksanaan Buku Jingga itu adalah selepas pakatan pembangkang membentuk kerajaan pusat.

"Ada yang boleh digunakan sekarang, ada yang tidak boleh. Setiap negeri ada masalah masing-masing. Ada yang sesuai yang dilaksanakan di Semenanjung tetapi tidak di Sabah dan Sarawak. Ada yang boleh di Kelantan tetapi tidak di Kedah.

"Bukan saya menentang. Buku Jingga tu bagus tetapi ada perkara kena tunggu suasana yang mengizinkan," katanya.

Mengenai kenyataan Abdul Hadi untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), Azizan berkata sebagai ketua parti, Abdul Hadi perlu bertanding.

"Saya tak tau apa sebab (Abdul Hadi buat kenyataan itu) sedangkan dia masih mampu. Dia asas kepada parti dan tidak ada buat kesalahan apa pun. Malah kalau ikut kesihatan, dia lagi sihat daripada saya," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding pada PRU-13, Azizan berkata semuanya bergantung kepada pucuk pimpinan parti. Bernama

Isu kepala babi: Selangor tawar RM10,000

Posted: 01 Feb 2012 03:07 AM PST

Orang ramai boleh membantu polis dengan memberi maklumat dengan menghubungi talian di 1-800-888-2824.



SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak RM10,000 kepada mana-mana individu yang dapat memberikan maklumat mengenai penemuan satu kepala babi di Masjid Nurul Iman, Batu 18 Rawang awal pagi semalam.

Perkara itu diumumkan Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail ketika sidang media selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di bangunan SUK di sini petang ini.

Beliau berharap orang ramai dapat membantu polis dengan memberi maklumat untuk menangkap individu yang tidak bertanggungjawab tersebut dengan menghubungi talian di 1-800-888-2824.

"Ini bukan kali pertama perkara ini timbul dan kesan dari itu kita tak mahu ramai pihak jadikan ia isu sensitif.

"Malangnya yang lepas tiada tangkapan. Mungkin dengan usaha orang awam membantu polis maka akan membawa mereka yang lakukan hal ini dengan secepat mungkin. Itu objektif kita," kata Rodziah yang juga Ahli Dewan Negeri (Adun) Batu Tiga.

Menurut Adun Rawang Gan Pei Nei, satu kepala babi ditemui di perkarangan masjid berkenaan pada jam lima pagi semalam oleh ahli jawatankuasa masjid apabila mereka membuka pintu pagar utama untuk membuat persiapan solat Suboh.

Syabas guna taktik paksaan

Sementara itu, syarikat konsesi air, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) pula didakwa menggunakan taktik paksaan agar kerajaan negeri meluluskan pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat atau Langat 2.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Dr Xavier Jayakumar menyatakan rasa kesal di atas hal itu sambil menyifatkan taktik terbaru Syabas itu sebagai tidak beretika.

"Taktik terbaru Syabas yang tidak meluluskan pembangunan baru dan pada masa depan dengan alasan bekalan air tidak mencukupi seperti yang didedahkan oleh Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dalam kenyataan semalam adalah tidak beretika dan mesti dikutuk," kata Xavier.

Dr Xavier yang juga Adun Sri Andalas menegaskan kerajaan negeri tidak akan menentang pembinaan Langat 2.

Dalam pada itu, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad menasihatkan Datuk Seri Noh Omar untuk tidak mempolitikkan masalah rakyat.

Katanya, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu sepatutnya bersungguh-sungguh membantu pembeli rumah di Ukay Bistari,Hulu Kelang daripada hanya mencari publisiti.

Iskandar berkata, terdapat kekeliruan dan persoalan ketika majlis serah kunci oleh Noh kepada pembeli pangsapuri Residensi Bistaria 30 Januari lepas.

"Ada laporan dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya menunjukkan pemaju pada majlis itu belum lagi memohon untuk mendapat Sijil Layak Menduduki atau CF.

"Oleh itu saya menasihati Datuk Seri Noh supaya tidak mempolitikkan masalah rakyat tapi sebaliknya menumpukan masa, tenaga untuk selesai isu National Feedlot Corporation (NFCorp) yang membabitkan kementerian beliau," kata Iskandar yang juga Adun Cempaka.

Pulangkan hak warga KL memilih Datuk Bandar kami sendiri!

Posted: 01 Feb 2012 03:05 AM PST

Nurul Izzah Anwar


Kuala Lumpur, ibu kota dan untuk sekian lama nadi pentadbiran negara, telah dijadikan wilayah yang ditadbir terus oleh Kerajaan Persekutuan sejak 1 Februari 1974.

Sejak tahun 1965, pilihan raya ahli-ahli majlis tempatan - termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang pada 1961 diwujudkan sebagai Suruhanjaya Ibu Kota - tidak lagi dijalankan. Sudah pasti pada mulanya wujud sebab-musabab yang munasabah kenapa langkah ini diambil, tetapi masanya telah tiba - setelah 47 tahun berlalu - untuk dikembalikan hak rakyat untuk membuat pilihan semula.

Mengapa saya berkata sedemikian? Kita cuma perlu lihat belanjawan 2012 DBKL yang berjumlah RM2.3 bilion - bersamaan dengan jumlah belanjawan 2012 Kerajaan-kerajaan Negeri Selangor (RM1.6 bilion) dan Pulau Pinang (RM740 juta)! - dan bertanya:

Adakah jumlah ini benar-benar diguna dengan sebaik mungkin?

Telahkah DBKL memperjelas kepada para pembayar cukai pintu (ratepayers) tentang penggunaan wang rakyat yang begitu banyak ini?

Wujudkah satu sistem maklum balas menyeluruh yang mampu memastikan DBKL benar-benar bertanggungjawab dalam memastikan wang ringgit rakyat digunapakai dengan cara yang paling berkesan dan paling cekap?

Tanpa sistem pilihanraya kerajaan tempatan, kesemua soalan di atas hanya tinggal soalan.

Kuala Lumpur, bangkitlah!

Masanya telah tiba untuk kita nikmati sebuah DBKL yang benar-benar bertanggungjawab kepada para pembayar cukai pintu, dan boleh diganti mereka yang enggan mendengar suara rakyat.

Masanya telah tiba untuk kita didampingi seorang Datuk Bandar yang benar-benar dipilih penduduk Kuala Lumpur, dan boleh diganti mereka yang tidak berani untuk menyuarakan hati nurani rakyat.

Masanya telah tiba untuk kita alami sebuah Kuala Lumpur yang lebih maju, yang lebih mesra, yang lebih baik.

Selamat Hari Wilayah.

*Kenyataan media oleh Nurul Izzah Anwar (gambar kiri) selaku ahli parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden KEADILAN.

Provokasi untuk apikan sentimen kaum, agama- Guan Eng

Posted: 01 Feb 2012 03:01 AM PST

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, mengutuk tindakan biadap pihak tertentu meletakkan kepala babi di sebuah Masjid di Rawang, baru- baru ini.

Menurut Guan Eng, perbuatan tidak sensitif dan pengecut itu merupakan provokasi yang bertujuan mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama, menjelang pilihan raya umum.

"DAP mengecam hebat insiden ini dan berpendirian bahawa tidak ada ruang di Malaysia bagi tindakan-tindakan yang sia-sia dan menjijikkan seperti ini yang bertentangan dengan sifat masyarakat kita yang aman dan berbilang budaya.

"Kami menyeru supaya rakyat Malaysia bertenang dan tidak bertindak balas kerana tindakan ini jelas dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dengan motif yang jahat," ujar beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian semalam, kepala babi ditemui di pintu masuk Masjid Nurul Iman pada jam 5.00 pagi oleh ahli jawatankuasa masjid sebaik sahaja mereka membuka pintu pagar utama masjid itu.

Ekoran itu, Guan Eng berkata, pihak berkenaan tidak akan mencapai objektif jahat mereka untuk memecahbelahkan perpaduan kaum di Malaysia.

"Keamanan masyarakat kita tidak akan hancur dek tindakan-tindakan pengecut oleh puak pelampau.

"Kita menyeru agar semua pihak bersatu untuk mengutuk penodaan dan pengotoran mana-mana tempat ibadat, samada masjid, gereja atau kuil, dan berharap kerajaan serta merta menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya," tegas beliau.

Pakatan mahu ambil alih Putrajaya dari kerajaan ‘Siau Ren’ – Anwar

Posted: 01 Feb 2012 02:59 AM PST

KEADILAN DAILY


Oleh: Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat mahu mengambil alih Putrajaya dari pentadbiran kerajaan yang mengamalkan rasuah dan dasar memecah belahkan kaum.

Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 2000 hadirin pada Majlis Jamuan Tahun Baru Cina di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jinjang Selatan, pagi ini.


Sambil menyifatkan Tahun Baru Cina sebagai simbolik kebaikan, kemakmuran, dan reformasi, Anwar berkata, rakyat tidak ada pilihan selain menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita tak mahu kerajaan yang 'pu hau' (tidak baik) dan 'siau ren' (orang yang bingung)

"Di sini dia (kerajaan) cakap tentang satu Malaysia, tapi di sana ada kes baling kepala babi (di masjid) macam di Rawang. Di sini dia kata nak jaga rakyat, tapi tanah, balak beri pada anak bini Menteri.

"Sampai 'lembu' pun dia nak angkat," katanya merujuk skandal National Feedlot Corporation (NFC), sambil disambut ketawa orang ramai.

Dalam ucapannya, Anwar menegaskan dasar Pakatan Rakyat yang memberi keadilan kepada semua kaum termasuk merangka dasar gaji minima untuk membela nasib golongan bawahan.

"Orang Melayu jangan fikir semua orang Cina 'tauke'. Ada juga yang susah. Begitu juga orang Melayu, India, Iban dan Kadazan. Sebab itu kita ada dasar gaji Minima dan telah dimulakan di Selangor.

"Sebab itu kita kena pertahan negeri-negeri Pakatan Rakyat seperti di Selangor," tegas beliau.


Mengulas kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad, yang baru-baru menuduh beliau menyokong rejim Israel, Anwar berkata beliau sudah lali dengan tohmahan yang dilemparkan kepadanya.

"14 tahun saya dituduh ejen Yahudi, alat Cina, ikut cakap India. Apa lagi? Jangan fikir rakyat bodoh. Mereka tahu media, TV3 dikawal Umno," tegasnya.

Turut hadir Naib Presiden KEADILAN yang juga Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Wilayah Persekutuan, Dr Idris Ahmad dan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne.

Selain di Jinjang, Anwar turut mengunjungi Tokong Pooling Keong, di Setapak, perumahan rakyat di Wangsa Maju, Bandar Tun Razak, Lembah Pantai dan Little India di Brickfields.

Anwar nasihat Mahathir jaga cucu di rumah

Posted: 01 Feb 2012 02:55 AM PST

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menasihati mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed supaya "duduk diam-diam dan jaga cucu di rumah" serta tidak 'menyerangnya' tanpa sebarang asas.


Katanya, beliau sudah lali dengan tohmahan yang dilemparkan kepadanya sejak bertahun-tahun itu.

"Itu orang tua belum habis lagi ka? Sudah la tu. Dia dan keluarga sudah kaya-raya, Mirzan dah berbilion.

"Cukuplah, duduk diam-diam di rumah dan jaga cucu di rumah," katanya kepada lebih 1,000 hadirin di acara rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran KEADILAN Batu di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jinjang Selatan, Kuala Lumpur.

Anwar mengulas serangan Mahathir pada Isnin lalu yang mendakwanya mempunyai hubungan rapat dengan Yahudi, malah berkawan dengan anggota kongres Amerika Syarikat berbangsa Yahudi.

"Dia kata saya dekat dengan orang Israel. Dulu dia kata saya ikut orang Cina. Kalau jadi PM, saya akan jual negara ini pada orang Cina."

"Dey ane! Mana satu ini.


"Hari itu saya pergi majlis Ponggal, saya pakai topi India. Macam MGR (bintang filem India). Nanti dia kata saya ikut orang India pula!" sindir Anwar seperti dilapor Malaysiakini.

KEADILAN baru-baru ini mengecam tindakan media milik Umno, Utusan Malaysia yang memutarbelitkan kenyataan Anwar dalam satu wawancara dengan Wall Street Journal, 26 Januari lalu.

Parti itu menegaskan pendirian ketua umum KEADILAN itu selari dengan Inisiatif Keamanan Arab dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, ketika wawancara tersebut.

Kenyataan Anwar itu berhubung prinsip Penyelesaian Dua Negara atau Two-State Solution yang turut dipersetujui gerakan Islam termasuk Hamas, dengan syarat Israel menghormati kedaulatan negara Palestin.

Ia turut ditegaskan oleh timbalan menteri luar Hamas, Ghazi Hamad untuk mematuhi resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa (PBB) 1967, berhubung konflik Palestin-Israel.

Projek PR, Noh Omar Cari Publisiti Murah

Posted: 01 Feb 2012 01:14 AM PST

Oleh Mat Zahari Bin Ali


SHAH ALAM : Timbalan Ketua Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, diseru supaya berpijak dibumi nyata dari mencari publisiti murah berhubung rumah di Ukay Bistari, Hulu Kelang.

Ini memandangkan projek Di Ukay Bistari adalah usaha kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang mengambil alih projek terbengkalai ketika zaman pentadbiran BN dahulu.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan, Iskandar A. Samad berkata terdapat kekeliruan dan banyak persoalan menyelubungi majlis serah kunci oleh Noh kepada pembeli-pembeli pangsapuri Residensi Bistaria 29 Januari lepas.

"Laporan dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menunjukkan pemaju pada hari kunci diserah belum lagi memohon untuk mendapat sijil layak menduduki bangunan atau CF.

"Pada lazim penyerahan kunci hanya dilakukan setelah CF diperolehi atau sekurang-kurangnya CF sementara atau TCF diperolehi," kata Iskandar dalam kenyataan medianya.

Menurut beliau lagi, bagi pembangunan ini, CF akan mengambil masa untuk diperolehi kerana kelulusan Bomba memerlukan masa untuk diperolehi.

Tanpa CF, meter air tidak dapat dipasang maka sudah tentu penduduk tidak dapat berpindah masuk secara sah.

"Oleh itu, saya menasihatkan Datuk Seri Noh untuk tidak mempolitikkan masalah rakyat.Telah terbukti di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor kemajuan pembinaan projek-projek terbengkalai di Ukay Bistari adalah lebih banyak dari di bawah Barisan Nasional," ujar Iskandar.

Pada 29 Januari lalu, Noh hadir untuk di majlis penyerahan kunci kepada 500 penerima serta mendakwa projek sejak 2000 bukan terbengkalai tetapi lewat di siapkan.

Sedangkan projek tersebut adalah usaha kerajaan PR melalui Dasar Membaikpulih Projek Rumah Terbengkalai yang diilhamkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

MAIS: 26 Unit Rumah Tidak Selamat Di Duduki

Posted: 01 Feb 2012 01:05 AM PST

Oleh TVSelangor


SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa kesemua 26 premis wakaf di Desa Fahmi, Klang yang diwakafkan oleh pewakaf Dr Kamarul Zaman Hajar dikosongkan disebabkan rumah tersebut tidak selamat untuk diduduki.

Setiausaha MAIS, Mohd Haniff Hassan berkata 26 unit rumah teres dan sebuah banglo yang diwakafkan sejak 2006 tersebut tidak menepati spekifikasi pihak berkuasa tempatan.

Katanya sebelum ini banglo tersebut telah diserahkan kepada Lembaga Zakat Selangor walau pun tujuan asal pewakaf untuk manfaat wakaf am.

Menurut Haniff, MAIS telah menyewa rumah-rumah teres sedia ada dengan wang sewaan disalurkan ke Akaun Manfaat Wakaf untuk maslahat umum.

Berhubung pengosongan tersebut beliau berkata pada awal 2011 premis-premis tersebut didapati tidak selamat diduduki.Manakala kerja-kerja penyenggelaraan dilakukan secara berfasa.

"Barangan seperti pintu, grill, kipas, tangki air dan lain-lain dibuka dan disimpan dengan selamat bagi mengelak kecurian." kata beliau.

DAP kecam tindakan letak kepala babi di masjid

Posted: 01 Feb 2012 01:04 AM PST

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: DAP mengecam keras perbuatan meletakkan kepala babi di Masjid Nurul Iman di Batu 17, Rawang, Selangor, dengan menyifatkannya sebagai tindakan pengecut dan provokasi sentimen perkauman dan agama menjelang pilihan raya umum.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mengutuk insiden itu, berpendirian bahawa tidak ada ruang di Malaysia bagi tindakan-tindakan yang sia-sia dan menjijikkan seperti itu kerana ia bertentangan dengan sifat masyarakat yang aman dan berbilang budaya.

"Kami menyeru supaya rakyat Malaysia bertenang dan tidak bertindak balas kerana tindakan ini jelas dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dengan motif yang jahat.

"Namun demikian, mereka tidak akan mencapai objektif jahat mereka kerana rakyat Malaysia bukan sahaja sudah biasa hidup bersama malah suka meraikan kepelbagaian budaya dan agama di negara kita.

"Keamanan masyarakat kita tidak akan hancur dek tindakan-tindakan pengecut oleh puak pelampau," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, DAP menyeru semua pihak bersatu untuk mengutuk penodaan dan pengotoran mana-mana tempat beribadat, sama ada masjid atau gereja atau kuil, dan berharap agar pihak kerajaan menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya segera. – Roketkini.com

Perkasa: Tunggang terbalik Najib

Posted: 01 Feb 2012 01:03 AM PST

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak yang pernah mempertahankan agenda pertubuhan ultra kaum Perkasa dengan menganggap kumpulan itu bukan pelampau ekstrem, kini menganggap badan itu tidak ada kena-mengena dengan UMNO.

Sebelum ini, Perdana Menteri yakin bahawa Perkasa menyokong UMNO yang dipimpinnya atas alasan kumpulan kaum itu menyedari bahawa hanya UMNO mampu menjaga kepentingan orang Melayu.

Itu kata-kata Najib dalam wawancara bersama Al-Jazeera sempena setahun pentadbiran beliau sebagai Perdana Menteri pada April 2010.

Sekarang Najib mahu menjauhkan diri daripada Perkasa dalam isu pemberian paket ang pau berwarna putih oleh Perkasa yang dianggap membawa sial dan telah menghina kaum Cina sempena Tahun Baru Cina.

Menurut laporan media, Perdana Menteri tidak mahu mengaku mempunyai apa-apa kaitan dengan Perkasa dan tindakan kumpulan itu memberi ang pau paket putih kepada orang ramai termasuk orang Cina baru-baru ini.

Najib dilaporkan menganggap pemberian ang pau paket putih itu tidak ada kena-mengena dengan kerajaan UMNO-Barisan Nasional atas alasan Perkasa adalah pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpinnya Datuk Ibrahim Ali pula adalah Ahli Parlimen bebas.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, walau pun kedudukan Ibrahim Ali kononnya bebas, beliau sentiasa menyokong UMNO dan BN dalam usaha menentang serta memfitnah DAP dan Pakatan Rakyat.

"Lebih dari itu, pemimpin UMNO dan BN sentiasa menyokong Perkasa, hadir di majlis-majlis pertubuhan itu, dan turut menerima pakai pandangan-pandangan (Perkasa) dalam dasar-dasar negara.

"Malah, MCA sendiri telah didedahkan membantu Perkasa apabila ketua cawangan MCA Sri Desa yang juga ahli jawatankuasa MCA Bahagian Seputeh Dr Tiew Chew Meng dilaporkan berucap bagi pihak Perkasa dengan memberitahu orang ramai bahawa Perkasa berjuang untuk semua kaum, serta membawa orang ramai hadir ke majlis Perkasa itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan menambah bahawa Allahyarham Datuk Dr Zainal Aznam selaku Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Kebangsaan (MPEN) yang menggubal Model Ekonomi Baru (MEB) pernah dilaporkan menyalahkan kerajaan BN kerana tunduk kepada Perkasa dengan menggugurkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Peluang Saksama yang sepatutnya menjadi sebahagian daripada MEB.

Menurutnya, amat jelas sekali bahawa Perkasa mendapat sokongan kepimpinan UMNO dan BN serta lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, yang membolehkan kumpulan ultra kaum itu bebas melakukan ugutan dan hasutan yang menimbulkan ketegangan kaum. – Roketkini.com

Renungan di Hari Wilayah

Posted: 01 Feb 2012 12:56 AM PST

Oleh Mazir Ibrahim


Kuala Lumpur ibu negara Malaysia telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan untuk memastikan ibu kota ini dapat ditabdir dengan lebih baik apabila diletakkan terus di bawah kerajaan pusat.

Dalam konteks demokrasi dan politik di Malaysia, rasional ini cukup mudah untuk difahami sebagai cara menjustifikasikan matlamat untuk projek pembangunan yang cepat dengan mengikut kehendak pemerintah pusat tanpa "gangguan" penduduk di sekitar Kuala Lumpur.

Justeru, anggapan bahawa Malaysia mengamalkan demokrasi tiga peringkat, iaitu pusat atau persekutuan, negeri dan tempatan, kelihatan menjadi mitos sahaja.

Penduduk Kuala Lumpur hanya diberi peluang untuk memilih 11 wakil rakyat ke Parlimen tanpa sebarang hak untuk menentukan nasib dan hala tuju rakyat setempat. Taraf mereka sama seperti Ahli-Ahli Parlimen lain yang tidak ada kuasa dengan pentadbiran negeri-negeri.

Kesemua Ahli Parlimen yang dipilih rakyat ini tiada apa-apa kuasa sebagai pentadbir wilayah tersebut. Kuasa mentadbir telah diserahkan kepada Datuk Bandar yang dilantik oleh kerajaan Pusat menerusi Jabatan Perdana Menteri untuk menerajui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Segala peruntukan untuk DBKL ditentukan pula oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar juga dilantik oleh Perdana Menteri.

Ini bererti lebih 2 juta penduduk Kuala Lumpur tidak mempunyai perwakilan yang dipilih oleh kalangan pengundi mereka. Warga kota "diperintah" oleh seorang Datuk Bandar yang tidak dilantik oleh mereka sendiri.

Ini juga bermakna yang dipilih tidak ada kuasa untuk mengurus dan mentadbir wilayah tersebut, sebaliknya yang dilantik tanpa diketahui dan dikenali oleh rakyat tempatan, mempunyai kuasa penuh untuk mengutip cukai, mengurus dan merangka agenda pembangunan tanpa mererlukan mandat daripada warga kota.

Malaysia memang istimewa, kejadian-kejadian pelik amalan demokrasi hanya boleh berlaku di Malaysia. Mahathir memang semuanya boleh.

Isu-isu utama

Tujuh tahun yang lalu, seorang pelajar penyelidikan Liew Chin Tong telah mengemukakan pandangannya tentang ketidakadilan yang terpaksa ditanggung oleh warga kota akibat sistem yang tidak demokratik tersebut.

Antaranya isu yang dibangkitkannya, terdapat tiga prospek yang perlu diambil kira dan dilihat oleh rakyat khususnya penduduk wilayah persekutuan Kuala Lumpur iaitu:

  1. Di negara-negara maju yang mengamalkan demokrasi, mereka menggunakan model yang lebih tersusun, kemas dan praktis dengan cara mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan atau pilihan raya majlis perbandaran. Wilayah bandar (sub-nasional) seperti Kuala Lumpur perlu ditadbir oleh pengurus yang dipilih secara demokrasi oleh pengundi, iaitu warga Kuala Lumpur.
  2. Penduduk kota Kuala Lumpur kini mencecah lebih dari 2 juta penduduk, di mana 70 peratus daripadanya adalah penduduk tetap. Soalan yang menariknya ialah, bagaimana dengan jumlah penduduk yang sebegini ramai, tidak ada wakil yang setaraf atau berperanan seperti Ahli Dewan Undangan Negeri?

Jika kita lihat negeri Perlis yang penduduknya sekitar 240,000 orang boleh mempunyai sebuah kerajaan negeri dengan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri dan tiga kerusi Parlimen, mengapa Kuala Lumpur tidak ada hak yang sama. Dengan wujudnya Putrajaya sebagai bandar pusat pentadbiran negara, wilayah Kuala Lumpur seharusnya terasing dari pengurusan pusat yang diletakkan di bawah kuasa pusat atau dengan lebih tepat lagi di bawah kuasa Jabatan Perdana Menteri. Kelahiran Putrajaya (yang wilayahnya juga diambil dari Selangor) menjadi signifikan bahawa rasional meletakkan Kuala Lumpur di bawah pentadbiran pusat sudah tidak releven lagi.

3. Bagaimana untuk mengekalkan pembangunan yang mampan dan daya saing yang baik sesuai dengan kehendak penduduk demi mewujudkan wilayah Kuala Lumpur yang telus dan berakuantabiliti dari aspek pentadbirannya? Ini menjadi titik fokus yang sangat penting sebagai langkah mencapai matlamat tersebut.

Persoalan untuk warga kota

Warga Kuala Lumpur yang menetap dan membayar cukai berhak untuk mengetahui bagaimana wang kutipan cukai yang dikutip oleh DBKL pergi ke mana dan dibuat apa.

Seperti yang dibangkitkan oleh Liew dalam pemerhatiannya pada 2004, DBKL mencatatkan bajet sekitar RM2 bilion, yang terbesar dalam sejarah di kalangan senarai dewan-dewan bandaraya di Malaysia. Malah ia yang yang kedua terbesar selepas belanjawan negeri Sarawak dan Selangor.

Selama tempoh itu, adakah kita dapat lihat manfaatnya kepada penduduk Kuala Lumpur? Bagaimana dengan sistem jalan raya, lebuh raya dan lalu lintas, pengangkutan awam, tandas awam, tempat letak kereta, pembinaan rumah, kondo, apartment, flat dan sebagainya?

Berapa banyak pembangunan yang sedia ada telah mengorbankan hak banyak pihak? Bagaimana dengan kes Kampung Baru, Kampung Chubadak, Jalan Sultan dan banyak lagi? Adakah peneroka bandar, penjaja, peniaga kecil, pemilik kedai dan ramai lagi diberi hak untuk memilih dan mencadangkan dasar pembangunan yang sesuai dengan kehidupan dan persekitaran mereka mencari nafkah hidup?

Adakah warga kota benar-benar puas hati dengan perkhdimatan DBKL? Dan jika tidak puas hati, bolehkah warga kota "menolak" mereka yang tidak pernah dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya?

Tekad Hari Wilayah

Ketiadaan hak untuk memilih kepimpinan dan pengurus oleh jutaan penduduk Kuala Lumpur secara demokrasi – untuk menubuhkan satu bentuk "kerajaan negeri" di Kuala Lumpur – membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional memperlekeh minda dan keupayaan warga kota.

Penduduk ibu kota yang dikatakan bergaji besar, berjawatan hebat dan berpendidikan tinggi hanya diberikan "hak" untuk membayar cukai tanpa ada suara yang boleh disalurkan kepada "kerajaan negeri" atau DBKL sendiri secara demokratik.

Seperti kata Liew, yang kini menjadi Ahli Parlimen Bukit Bendera, Hari Wilayah pada setiap 1 Februari ini tidak perlu disambut dengan pesta kerana ia patut menjadi hari renungan bagi warga kota untuk menuntut hak demokrasi.

Ini penting untuk mengakhiri era kuasa mutlak Datuk Bandar dan DBKL bagi digantikan dengan pilihan raya peringkat dewan bandaraya – sama seperti pilihan raya untuk membentuk sebuah kerajaan negeri – dengan memperuntukkan 40 kerusi yang mana setiap kerusi dapat mewakili 50,000 penduduk, atau 50 kerusi bagi membolehkan setiap wakil rakyat mewakili 40,0000 penduduk.

Pilihan raya sedemikian akan membolehkan wakil-wakil rakyat melantik seorang "ketua menteri" dan kemudian memilih kabinetnya untuk mentadbir Kuala Lumpur secara demokratik. Dan jika pengundi tidak puas hati dengan mereka, "kerajaan" baru boleh dibentuk dengan memilih wakil-wakil baru atau wakil-wakil lain dalam pilihan raya akan datang.

Selamat Hari Wilayah untuk warga kota yang cintakan Kuala Lumpur yang memerlukan perubahan demi kesejahteraan penduduk. – Roketkini.com

Jawatankuasa Khas Semak SPBA - CUEPACS Ancam Buat Sendiri

Posted: 01 Feb 2012 12:53 AM PST

Post Pic

ANTARA POS.COM


KUALA LUMPUR: CUEPACS mengancam akan menarik diri daripada pasukan petugas khas semakan semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) jika tiga lagi wakilnya tidak dilantik dalam pasukan petugas khas semakan semula SBPA

Kesatuan berkenaan juga akan bertindak, menubuhkan Jawatankuasa Bertindaknya sendiri bagi menyediakan kertas kerja komprehensif berhubung penambahbaikan skim berkenaan jika permintaan menambah tiga lagi ahlinya menganggotai jawatankuasa khas tersebut tidak diendahkan.

Jawatankuasa yang diketuai Timbalan Presiden CUEPACS I, Azih Muda itu diberi tanggungjawab untuk menyediakan kertas kerja berkenaan dalam tempoh tiga minggu sebelum diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, penubuhan jawatankuasa itu mendapat sokongan penuh kepimpinan tertinggi kesatuan berkenaan pada bengkel khas SBPA anjuran CUEPACS yang diadakan semalam.

"Kertas kerja itu amat penting kerana ia adalah berdasarkan lima tuntutan utama yang dibangkitkan CUEPACS minggu lalu untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim SBPA. Jawatankuasa itu turut dianggotai sembilan pegawai CUEPACS dan 13 wakil kesatuan gabungan termasuk kumpulan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD), persatuan akademik dan profesional.

"Jika pasukan petugas khas semakan semula SBPA diberi tempoh tiga bulan untuk membuat kajian..., CUEPACS pula akan menyediakan kertas kerja dalam tempoh tiga minggu dan akan menyerahkannya kepada Perdana Menteri selewat-lewatnya pada Mac ini," katanya di sini, semalam.

Lima tuntutan CUEPACS adalah mengkaji semula pindaan gaji kakitangan Gred 54 dan ke bawah, kedudukan kekananan dalam Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum bertukar kepada SBPA, kedudukan gaji penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum, kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus serta menyemak kembali penstrukturan semula di semua gred.
Omar berkata, CUEPACS juga akan menghantar surat rasmi kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan hari ini berhubung penyertaan tiga lagi pemimpin kanan kesatuan sekerja dalam pasukan petugas khas semakan semula SBPA.

Sementara itu, Pengerusi pasukan petugas khas semakan semula SBPA, Tan Sri Ismail Adam berkata, pihaknya akan menjalankan tanggungjawab seperti diamanahkan kerajaan dalam menyempurnakan penambahbaikan mengenai skim berkenaan.

"Kita mengalu-alukan sebarang idea untuk penambahbaikan SBPA, jika CUEPACS menubuhkan jawatankuasa bertindak tidak menjadi sebarang masalah kerana mereka juga kemungkinan mempunyai pandangan atau idea tersendiri," katanya

Hassan Ali "Masih Fikir" Rayu Pemecatannya

Posted: 01 Feb 2012 12:46 AM PST

Post Pic

ANTARA POS.COM


BANDAR BARU BANGI – Selepas menyelar kalangan pemimpin Pas sebagai parasit, Bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata beliau belum membuat keputusan samada akan merayu tindakan parti itu memecat beliau awal bulan lalu.

Tarikh akhir untuk beliau berbuat demikian adalah 7 Februari. Ketika berceramah di Bandar Baru Bangi semalam, Hasan berkata beliau akan membuat keputusan dalam beberapa hari lagi.
"Saya akan putuskan dalam beberapa hari sama ada akan merayu atau tidak. Tetapi sebelum itu, saya nak tanya pendapat penduduk Bangi... adakah saya patut merayu atau tidak?" soalnya sambil dijawab "tidak".

Sekitar 500 orang hadir pada ceramah yang diadakan di Padang Balai Pahlawan.

Kelmarin Hasan menamakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor dan Ahli Parlimen Khalid Samad sebagai parasit dalam parti itu yang dimaksudkan beliau sebelum ini sebagai perosak parti dan agama.

Hasan dipecat daripada Pas pada 8 Januari lalu dan kurang seminggu kemudian digugurkan sebagai Exco Agama, Adat Melayu, Kemudahan Awam dan Infrastruktur.

Beliau mendakwa Pas kini dibawah telunjuk Parti Keadilan Rakyat dan ini diserlahkan dengan keputusan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio agama daripada Pas.

Malam tadi, selain Hasan, turut hadir sama memberikan ceramah ialah bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hassan Basri.

Dalam ceramahnya itu, Hasan turut mempertikaikan tindakan Pas menghalang usahanya mengekang penjualan arak di Selangor pada tahun 2008.

"Saya berasa hairan. Tuan-tuan tahukan macam mana saya memerangi arak? Jadi, siapa yang halang saya? Kalau DAP atau PKR yang nak halang saya, saya boleh faham. Tetapi bekas parti saya sendiri yang halang. Saya tak boleh terima," katanya.

Sambil mempersoalkan kembali tindakan Pas memecat beliau, Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia ini berkata, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan yang membawa tindakan sedemikian.
"Kesalahan saya bukan meliwat orang. Kesilapan saya bukan gila kuasa. Tetapi kesalahan saya kerana melaksanakan enakmen jenayah Syariah.

Hasan menggesa rakyat untuk memberikan sokongan penuh kepada usahanya menubuhkan gabungan pertubuhan bukan kerajaan bergelar Jati untuk membawa wadah perjuangan agama, hak orang Melayu Raja-Raja Melayu yang bebas daripada politik sempit kepartian.

Jati akan dilancarkan pada 21 Febuari ini.

Nor Mohamed Dipelawa Berdebat Dengan Guan Eng Mengenai Tol

Posted: 01 Feb 2012 12:43 AM PST

Post Pic

ANTARA POS.COM


BUTTERWORTH: Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang hari ini mempelawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berdebat dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng mengenai tol.

Pengerusi jawatankuasa penganjur debat itu, Syed Mikael Rizal Aidid berkata, debat bertajuk "Malaysia Bankrap Jika Hapus Tol Lebuhraya?" itu akan diadakan pada 29 Feb ini.
Surat jemputan rasmi untuk berdebat dihantar ke pejabat kedua-dua pemimpin itu hari ini, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Syed Mikael berkata penganjur sedia memberi kelonggaran kepada Nor Mohamed yang juga Anggota Parlimen Tasek Gelugor untuk mengubah tarikh debat jika beliau
tidak boleh menyertai pada tarikh yang ditetapkan.
Baru-baru ini, Nor Mohamed dipetik sebagai berkata janji pakatan pembangkang untuk menghapuskan tol lebuh raya apabila memenangi Pilihan Raya Umum ke-13
adalah tidak masuk akal dan sukar untuk dilaksanakan kerana kerajaan akan menanggung beban hutang. - BERNAMA

Tiada ulasan: