Sabtu, 25 Februari 2012

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


KERUGIAN YG DISEBABKAN MAHADHIR WAJAR DI AUDIT?

Posted: 25 Feb 2012 06:30 AM PST

DAP menggesa supaya dilakukan audit penuh terhadap kerugian akibat skandal kewangan yang didakwa berlaku sewaktu pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang - dalam satu kenyataan semalam - berkata langkah itu perlu kerana pentadbiran sekarang "nampaknya seperti tidak mengambil sebarang pengajaran daripada (skandal yang lalu)".

Katanya, rakyat Malaysia terkejut dan marah dengan komen sinis bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang menjustifikasikan tindakan kerajaan menyelamatkan MAS yang mengakibatkan kerugian dana awam, atas alasan terdapat kes yang lebih teruk daripada itu selepas beliau (Dr Mahathir) bersara.

Lim (kanan) menyifatkan alasan Mahathir semalam untuk menerangkan tindakan menyelamat MAS membabitkan RM1.8 bilion sewaktu pentadbirannya sebagao "logik sesat".

Bekas perdana menteri itu membidaskan pihak media yang menurutnya hanya memberi tumpuan kepada perkara itu, sedang orang lain, contohnya pengganti beliau, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, juga kerugian sejumlah besar wang awam.

Lim menganggap penyelesaian antara bekas pengerusi MAS, Tan Sri Tajudin Ramli dan pihak pengurusan Danaharta Nasional Bhd, sebagai kesinambungan contoh yang dibuat oleh Dr Mahathir, dan berkata sudah tiba masa untuk menyiasatnya.
Oleh itu, katanya, sudah tiba masanya untuk melakukan audit penuh kerugian RM100 bilion dalam skandal-skandal kewangan selama 22 tahun Tun Dr Mahathir menjadi perdana menteri,  "terutama apabila kerajaan Najib nampaknya seperti tidak mengambil sebarang pengajaran daripadanya."

[Baca berita penuh]

zaid di pecat oleh zaid dari kita?

Posted: 25 Feb 2012 04:58 AM PST

Sekumpulan ahli Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), yang mendakwa mewakili sebahagian besar ahli parti itu, telah 'mengguling' Datuk Zaid Ibrahim sebagai presiden KITA dalam satu mesyuarat tergempar pagi ini.

NONEZamil Ibrahim (kanan), yang sebelum ini dipecat oleh Zaid, telah
dinamakan sebagai 'ketua' baru parti itu dalam mesyuarat tersebut yang diadakan di Kota Baru.

Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa 'kepimpinan' baru akan berjumpa dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) minggu depan untuk mengesahkan kesahihannya dalam parti.

Parti berusia satu tahun itu, yang ditukar oleh Zaid dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), terbabit dalam perebutan kuasa selepas beliau membuat keputusan mengejut bulan lepas untuk membubarkan parti itu.

Keputusan itu menyebabkan kepimpinan parti itu di beberapa buah negeri memberontak terhadap Zaid, dan mendesak beliau meletak jawatan dan jangan mengganggu parti itu.

Sekretariat parti 'dikawal' oleh Zaid


Kumpulan serpihan itu, yang diterajui oleh Zamil yang merupakan ketua KITA Kedah sebelum dipecat oleh Zaid, membuat laporan polis di Kota Baru semalam, mendakwa pemimpin-pemimpinnya telah melanggar perlembagaan parti.

Beliau menuduh Zaid sengaja menyembunyikan berita bahawa ibupejabat parti itu telah menerima surat tunjuk sebab dari ROS berhubung keputusannya untuk membubarkan parti itu, selepas dia gagal melaksanakan keputusannya melalui jawatankuasa eksekutif pusat parti.

Zamil mendakwa pelantikan beliau itu, yang telah diumumkan oleh ketua KITA Kelantan yang juga anak kepada pengasas Akim, mendapat sokongan dari banyak pemimpin negeri.

"Kami akan menyerahkan kepada ROS (untuk menentukan sama ada mesyuarat berkenaan mengikut perlembagaan parti)," katanya apabila ditanya mengenai kesahihan mesyuarat itu dan pelantikannya.

Zamil menjelaskan kumpulan yang memberontak itu tidak mempunyai pilihan kecuali memanggil mesyuarat tergempar kerana permintaan mereka supaya diadakan mesyuarat agung luar biasa seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti, tidak dihiraukan oleh kepimpinan pusat, yang didakwanya dikawal oleh Zaid.

Ahli perniagaan yang berusia 45 tahun itu adalah ahli exco Pemuda PKR dan pembantu kepada seorang ahli Parlimen PKR sebelum beliau menyertai KITA.

BAGAIMANA PULA PERASAAN UMNO KALAU PAS PKT DEMO DI BANGUNAN UMNO?..INI ADALAH SESUATU YG BURUK UMNO AJARKAN?

Posted: 25 Feb 2012 01:00 AM PST

Pemuda Umno hari ini mengadakan perhimpunan depan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya bagi menyatakan bantahan terhadap kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam media antarabangsa yang didakwa pro-Israel.

NONEBermula jam 4 petang, kira-kira 100 orang berkumpul di pejabatnya di Tropicana dengan membawa bendera Umno, BN dan Palestin setelah hujan lebat sebelumnya.

Pelbagai kain rentang turut dipamerkan, antaranya yang bertulis "PKR + Anwar = Keldai Israel".

Setiausaha Pemuda Umno Megat Firdouz Megat Junid kemudiannya cuba menyerahkan memorandum.
Bagaimanapun pejabat PKR ketika itu ditutup dan pegawainya juga tiada, dipercayai berada di Kuantan untuk urusan pemukiman tiga hari mereka. [Baca berita penuh]
NONESementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Pemuda PKR sebelum itu membuat laporan polis berhubung sebaran maklumat yang menjangkakan kemungkinan akan berlaku kekecohan dalam perhimpunan itu.

"Kita minta polis memberi pengawasan seberapa segera dan ambil tindakan sewajarnya sekiranya berlaku sebarang provokasi dan kerosakan harta benda, jika benar ia berlangsung," katanya kepada Malaysiakini.

Laporan itu dibuat Timbalan ketua penerangannya Rozan Azen Mat Rasip di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur.

MB: Saya ada hak lantik exco tanpa rujuk presiden PAS

Posted: 24 Feb 2012 04:46 PM PST

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pemilihan exco kerajaan negeri adalah hak beliau tanpa perlu merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 02Azizan (kanan) berkata beliau telah menyerahkan senarai nama exco kerajaan negeri bagi 2012 kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang juga Yang di-Pertuan Agong, dua hari lepas di Istana Negara.
  
"Walaupun Sultan Kedah menjadi Yang di-Pertuan Agong, segala pelantikan exco kerajaan negeri masih dalam bidangkuasa baginda, dan saya tak akan buat sebelum dapat perkenan baginda kerana ia tradisi kerajaan negeri.
  
"Biasanya, Tuanku Sultan akan perkenan, (terpulang kepada) baginda tolak yang tu (exco lama), dan bagi yang ni (exco baru), dan bila dapat surat, baru boleh bagi tau," katanya kepada pemberita malam tadi.

Beliau berkata senarai exco dari Pejabat Sultan Kedah dijangka diterima Ahad ini.

Azizan juga berkata sebenarnya tidak timbul soal menolak pelantikan semula oleh dua exco seperti yang dilaporkan kerana beliau belum mengeluarkan surat tawaran kepada mereka.
  
"Pasai apa dia nak hantar surat, saya tak buat tawaran lagi, kalau hantar surat, baru boleh tolak, surat tak hantar, tawaran nak tolak macam mana. Spekulasi ni ada benda betul, dan ada tak betul," katanya.

Beliau mengulas khabar angin dua exco Kedah menghantar surat kepada beliau bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan itu, yang dijadual diumumkan Selasa ini.
  
Phahrolrazi Mohd ZawawiDua exco yang disebut-sebut berbuat demikian ialah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi (kiri) dan Timbalan Pesuruhjaya II Datuk Dr Ismail Salleh, yang dipercayai kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan Azizan, yang juga pesuruhjaya PAS negeri, berhubung pelbagai isu kebelakangan ini.
  
Kedua-dua exco itu tidak mengesah atau menafikan khabar angin itu, dan menyerahkan perkara tersebut kepada Azizan.
  
Majlis pelantikan anggota exco kerajaan negeri Kedah bagi tahun 2012 akan diadakan di Istana Anak Bukit, Alor Setar.

- Bernama

Tiada ulasan: