Selasa, 14 Februari 2012

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


KENAPA CERAMAH PAKATAN SELALU DIGANGGU?

Posted: 14 Feb 2012 06:30 AM PST

Ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Felda Tun Ghafar di Alor Gajah, Melaka, petang semalam dicemari oleh kekecohan di antara penyokong PKR dan BN.

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan pada kejadian petang semalam itu, kira-kira 50 penyokong BN didakwa sengaja melakukan provokasi kerana membantah kedatangan ketua umum PKR itu.

Mereka mendakwa Anwar cuba menghasut penduduk kampung hingga berlakunya pecah belah di kalangan mereka.

Menurut akhbar itu lagi, akibat tidak puas hati, berlaku pertikaman lidah dan tolak menolak di hadapan balai tempat Anwar berucap. Keadaan dilaporkan menjadi tegang apabila seorang daripada penyokong BN ditumbuk dan berlaku pergelutan.

Seorang penyokong BN yang dikenali sebagai Nizam Baharom dipetik Sinar sebagai menyalahkan penyokong PKR yang bertindak agresif dengan menumbuk seorang daripada rakannya.

Kekecohan di Felda Tun Ghaffar di Hutan Pecah, Alor Gajah itu kemudiannya berjaya dileraikan dengan kehadiran pihak polis.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superitendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, kekecohan itu akibat rasa tidak puas hati satu pihak berikutan kedatangan Anwar dan bahawa tiada tangkapan dibuat.

[Baca berita penuh]

BR1M MAMPU MENAIKKAN SOKONGAN FELDA PADA UMNO?

Posted: 14 Feb 2012 01:30 AM PST

Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) menyifatkan "tidak mudah" bagi BN untuk mengekal 317 kawasan Felda sebagai 'deposit tetap' mereka dalam pilihan raya umum akan datang, memandangkan berlakunya perubahan landskap politik di kalangan peneroka.

Presiden ANAK Mazlan Aliman berkata ia berlaku susulan perjuangan NGO itu membela hak peneroka termasuk siri-siri saman dan kewujudan cawangan PAS dan PKR yang mewujudkan persaingan politik di tanah rancangan itu.

NONEBahkan, kata Mazlan (kiri), berdasarkan pengalaman beliau berceramah kehadiran peneroka Felda "berlipat kali ganda" jumlahnya berbanding beberapa tahun sebelum ini.

"Saya beranggapan tidak mudah bagi BN untuk mempertahankan Felda sebagai talian hayat mereka pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Katanya, hal ini berlaku di tanah rancangan itu khususnya di empat buah negeri yang mempunyai banyak tanah rancangan Felda khususnya di Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Sebanyak 54 kawasan parlimen dan 92 DUN mempunyai tanah rancangan Felda yang menurut Mazlan 90 peratus adalah penyokong Umno dan BN. Jumlah peneroka lebih kurang 112,635 ribu orang.

'Melarat' ke Felda lain

Mazlan berkata perubahan sokongan peneroka bermula selepas kemenangan peneroka Felda Kemahang 3 di Kelantan yang menang di mahkamah berhubung tuntutan kadar perahan gred.

Kemudiannya, ia 'melarat' ke Felda lain antaranya, di Felda Mu'aqqil dan Gugusan Air Tawar di Johor; Sungai Koyan, Gugusan Jengka, Bera di Pahang; Serting dan Jempol di Negeri Sembilan serta Kerteh di Terengganu atas pelbagai isu, tambah Mazlan.

NONE"Barang diingat yang membawa kes ke mahkamah, bukan orang PAS dan PKR sahaja, (malah) ia keseluruhannya masyarakat Felda terdiri daripada orang Umno yang bersama dengan kita.

"Maknanya mereka pun hari ini melihat, perjuangan kita betul dan perjuangan parti mereka (yang) tidak berjuang untuk mempertahankan hak mereka," katanya sambil menganggarkan jumlah peneroka yang mengambil tindakan mahkamah melebihi 2,000 orang.

Sambil menyifatkannya sebagai satu fenomena menarik, Mazlan berkata dalam sesetengah kes, jumlah ahli Umno lebih besar daripada ahli dari Pakatan Rakyat khususnya di Felda Mu'aqqil dan Felda Serting.

"Ini (satu) fenomena bagi Umno, dia rasa cemas dengan perkara ini. Ini satu tahap yang sangat menariklah, politik di tanah rancangan Felda ini," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini.

Perhijrahan sokongan

Ditanya berhubung peratusan perubahan sokongan pengundi Felda dalam pilihan raya umum akan datang, Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat bagaimanapun enggan meletakkan harapan terlalu tinggi.

NONEKatanya, berlakunya "perhijrahan sokongan" terhadap pembangkang di kawasan Felda pada tahun 1990 dan 1999 susulan berlakunya pepecahan dalam Umno yang mewujudkan Team A dan Team B serta pemecatan timbalan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan PAS menang di Jengka dan Chini.

Bagaimanapun, sokongan pengundi di Felda merosot pada 2004 dan 2008 merosot serta tidak mampu mempertahankannya seperti yang diperolehi dalam pilihan raya sebelumnya.

"Dalam pilihan raya umum ke 13, kita tidak letak sasaran yang terlalu tinggi, kalau kita letak 5 hingga 15 peratus kenaikan sokongan, saya dapat rasakan, kawasan Felda ini akan menyumbang kepada kejatuhan (kepada) parti pemerintah.

"Dalam konteks negeri Pahang, Terengganu, Johor dan Negeri Sembilan. Ini ketara benar. Ini suasana yang berlaku," katanya sambil menambah ada kawasan di Pahang sokongan berada di paras 40 hingga 45 peratus.

spin ISU LEMBU DENGAN ISU ANWAR...

Posted: 13 Feb 2012 11:17 PM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menyelar tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataannya yang didakwa berbeza terhadap pendengar yang berlainan dalam isu Palestin-Israel.

Malah, katanya, kenyataan Anwar itu pasti mengundang kecewa rakyat Palestin, lapor Bernama.

NONE"Kita tidak bolehlah menggunakan apa yang kita kata kepada khalayak yang berlainan untuk melihat hasil yang berlainan. Kita harus konsisten kerana apa yang kita cakap, walaupun di Bachok atau Jerantut, ia boleh dilaporkan ke seluruh dunia," kata perdana menteri.

Najib berkata PAS pun telah mendesak Anwar supaya menyaman Wall Street Journal atau menarik balik dan memberi penjelasan apa yang beliau (Anwar) katakan kepada media antarabangsa itu.

Najib diminta mengulas sama ada Malaysia akan mengeluarkan kenyataan jelas mengenai kekecewaan yang diluahkan oleh pihak berkuasa Palestin berhubung kenyataan Anwar mengenai Israel itu.

Menurut agensi berita nasional lagi, kekecewaan dan kebimbangan itu disampaikan oleh Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh kepada Pengerusi Pentadbiran Yayasan al-Quds Malaysia, Nasharuddin Mat Isa, di Kuwait baru-baru ini.

NONENasharuddin, yang juga anggota Parlimen Bachok daripada PAS, dilaporkan berkata Ismail dan rakyat Palestin keliru dan bimbang setelah Anwar membuat kenyataan kepada WSJ bahawa beliau menyokong usaha melindungi keselamatan Israel.

Sementara itu, Najib menegaskan Malaysia sentiasa memberi sokongan yang padu terhadap perjuangan rakyat Palestin secara konsisten.

"Saya tahu dan saya berpendapat Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) tahu bahawa itu (sokongan kepada Israel) bukanlah pendirian kita.

"Mereka (rakyat Palestin) tahu kerajaan Malaysia selama ini menyokong kuat perjuangan Palestin dan akan terus memberi sokongan padu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Pembinaan Antarabangsaan di Kuala Lumpur.

MAHADHIR PUTAR BELIT ISU?

Posted: 13 Feb 2012 10:54 PM PST

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa Amerika Syarikat dan Israel berminat melihat kerajaan di Malaysia sekarang ditukar seperti yang berlaku di Asia Barat.

Menulis di blog chedet.cc, beliau berkata kerajaan yang ada sekarang tidak disenangi oleh Amerika kerana bersikap berkecuali, berbaik-baik dengan Cina dan Russia dan tidak menyokong sentimen Barat terhadap Iran dan beberapa negara lain.

NONE"Calon Amerika dan Israel untuk mendiri kerajaan boneka ialah Anwar Ibrahim. Sejak awal lagi mereka menjalin hubungan yang rapat dengan Anwar.

"Memang pun Malaysia menjadi calon untuk 'regime change' kerana Malaysia tidak mengiktiraf Israel dan mengkritik beberapa dasar Amerika Syarikat.

"Adalah menjadi harapan Amerika, apabila 'regime change' berjaya di Malaysia dan Anwar menjadi Perdana Menteri maka mungkin Malaysia akan ada hubungan diplomatik dengan Israel dan menjauhkan diri dari perjuangan Palestin.

"Dengan ini sebuah kerajaan boneka akan tertubuh di Malaysia yang akan sokong apa sahaja usaha Amerika untuk menakluk dunia," kata Mahathir.

israel gaza offensive attack 090109 05Beliau mengulas kenyataan bekas timbalannya itu semasa ditemubual dengan majalah Wall Street Journal yang berkata beliau menyokong usaha "melindungi keselamatan negara Israel".

Pada masa yang sama, pada wawancara itu, Anwar turut menegaskan bahawa kepentingan sah rakyat Palestin juga mesti dilindungi.

Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel tetapi kerajaan mengakui bahawa mereka tidak boleh menghalang syarikat-syarikat swasta daripada berurus niaga dengan rejim itu.

Tiada ulasan: