Aksi Pengacau Tidak Menguntungkan UmnoProvokasi dan gangguan oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai Pemuda Umno dan sebuah Ngo pengambil upah semasa himpunan Hijau anti Lynas di Pulau Pinang semalam dilihat tidak membawa apa-apa keuntungan kepada Umno. Tindakan kumpulan pemuda yang bersikap ala-ala samseng itu tidak dapat menarik simpati orang kepada usaha Ha Najib Najib untuk melaksanakan slogan
1 Malaysia, sebaliknya Najib dan Umno akan tambah dibenci.
Kumpulan itu yang ikut menyertai Lyas lebih bertujuan untuk membuat kacau dan menunjukkan kebiadapan mereka kepada himpunan. Penghinaan mereka kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng yang ikut hadir menyebabkan orang Cina semakin membenci Umno di negeri berkenaan. Sikap mereka itu menggambar betapa rendahnya minda dan akal politik mereka yang masih lagi terkongkong dalam 'kelontonh' nyiur.
Walaupun tidak semua Cina di Penang menyokong Pakatan Rakyat dan selesa dengan Guan Eng tetapi apabila kumpulan samseng itu menyerang 'peribadi' Ketua Menteri itu dan negeri kelehirannya, di Melaka, menyebabkan timbul rasa simpati orang Cina yang yang dilihat lebih rasional dalam politik berbanding dengan orang Melayu sejenis kumpulan samseng itu.
Orang Cina yang tidak memihak kepada mana-mana idelogi politik pula akan merasa terhina kerana kecaman dan cacian itu dituduh ke atas orang sebangsa dengan mereka. Seaptutnya kumpulan Melayu pengambil upah itu faham dan arif mengenai politik orang yang terbuka sejak lama dulu. Lim Kit Siang walaupun kelahiran Melaka tetapi dia juga berjaya di Ipoh.
Apa yang berlaku di Pulau Pinang itu juga akan terkesan kepada masyarakat Cina di luar Pulau Pinang.
You tube yang menyiarkan provokasi dan sikap liar kumpulan pemuda itu boleh menimbulkan kemarahan orang Cina. Dari apa yang dipaparkan dalam
you tube ia tidak dapat mengelakkan perbuatan itu agak melampau dan menghina orang Cina seluruhnya. Aksi-aksi atau fikiran 'gogat' seperti itu seharusnya sudah tidak diamalkan lagi oleh anak-anak muda Melayu.
Umno tidak seharusnya membiarkan provokasi yang 'tidak sekolah' sebegitu kalau mereka mahukan simpati dari orang Cina. Tanpa teguran atau atau pembaikpulihan terhadap sikap politik itu menyebabkan semakin ramai lagi orang Cina meninggalkan BN dan juga Umno. Harapan untuk Umno menambah sokongan Cina akan sia-sia saja.
Lantaran itu eloklah mana-mana pihak Umno di Pulau Pinang mengambil tangungjawab atas kejadian itu dan kalau pun tidak mahu memohon maaf pastikan bahawa tindakan tidak sekolah seperti itu tidak akan berulang lagi di lain kali.
Hari ini rakyat sudah semakin matang, politik ala-ala haiwan di dalam hutan untuk menunjukkan tenaga siapa kuat dan mulut siapa paling luas melalak atau tahi siapa paling tinggi, sudah tidak dapat diterima lagi. Hari ini orang berpolitik dengan menggunakan kebijaksanaan akal dan bukan dengan keris, golok dan silat pulut lagi.
Zaman menunjuk hebat dengan silat pulut atau menunjukkan kehebatan dapat bersilat di atas puncak pokok kelapa sedangkan kelapa yang diambil dari buah baru cambah setinggi lutut tidak relevan lagi. Orang zaman ini tidak akan takut dengan sikap samseng kita. Manusia yang berhati budi dan ada nilai tamadun akan hormati. Mereka yang ada akal dan berjaya mempamirkan politik cendekia akan disokong.
[wm.kl.9:32 pm 27/02/12]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan