Ahad, 26 Februari 2012

.

.


Celoteh Murai 06/12

Posted: 25 Feb 2012 09:34 PM PST

Rais Yatim Tidak Kena Denggi?

Lama Murai tak dengar Rais Yatim berkokok, apakah dia sudah kehabisan suara atau modal untuk berbernyanyi memuji Najib dan Rosmah? Boleh jadi juga sebab banyak sangat suara dan modal yang digunakan untuk mengagungkan Najib. Kalau tidak hari-hari orang dapat dengar Rais berkokok sampai Murai naik muak dan nak jeluak. Dalam tv 1 dan rtm tak ada suara orang lain, hanya suara dia saja.

Semua hal dia nak ambil tahu dan semua dia nak komen. Kalau boleh Murai rasa jika disuruh jadi juruhebah menyiarkan lagu-lagu lama pun dia mahu. Begitulah lagak orang perasaan dia pandai bercakap dan bahasa yang berbunga-bunga. Kerana terlalu banyak sangat bunga ada kala bahasa Rais tidak berbuah pun selain retorik semata-mata.

Mengapa keadaan jadi begitu tidaklah pula Murai tahu. Tetapi akan kebisuan atau pun pengenduran Rais itu sangat ketara sejak ke belakangan ini.

Semalam Murai bertanya kepada seorang kawan, apakah Rais kena denggi kerana jarang mendengar suaranya. Kalau orang kena denggi memang begitu malas nak bercakap dan tubuh juga lemah gemulai.

Menurut kawan itu Rais tidak kena apa-apa penyakit, apa lagi denggi. Tetapi akuinya memang Rais sehari dua ini tidak berapa galak. Beliau dikatakan kena marah oleh Najib? Aik... orang tua pun nak sudah tahu marah-marah ke? Khabarnya Najib maraha kerana populariti Rais dalam Fb atau blog tidak begitu merangsangkan. Pencapaian Fbnya tidak seperti mana diharapkan. Rakan Fb Rais katanya jauh lebih rendah daripada angka yang diharapkan.

Teguran Najib itu sungguh menyinggung hati Rais. Iyalah orang tua kalau dimarah tentu malu. Rais lebih tua dari Najib walaupun isterinya berlagak macam orang muda, selalu ikat rambut ekor kuda.

Gara-gara itu kata kawan itu Rais jadi tidak berapa muna. Dia muram durja macam orang kematian bini. Jarang bercakap dan cepat meradang. Sebagai melepaskan geramnya katanya dia memecat setiausaha akhbarnya 24 jam. Rais menyalahkan kepada setiausaha akhbarnya sehingga dia ditegur oleh Najib.

Tidak cukup itu Rais juga telah mengarahkan salah seorang pengarah di bawah kementeriannya ditukar serta merta. Salahnya bukan apa saja kerana pengarah berkenaan tidak mengikut kehendak Rais mengganti satu perkataan yang sudah menjadi kelaziman kementerian guna pakai dalam menyedikan banner atau pun kain rentang untuk satu majlis. Katanya Rais mahukan perkataan lama itu ditukar dengan perkataan baru - yang direka sendiri.

Entah macam mana pegawai itu merujuk kepada bahagian adat istiadat dan protokol mendapat perkataan lama masih dipakai dan ia digezet. Jadi pengarah itu tidak menggunakan bahasa atau perkataan Rais itu. Gara-hara itu menteri itu meradang dan mengarah pengarah itu ditukar serta merta.

Wah bengkeng juga Rais ini. Murai tenguk dia lembu dan penuh diplimasi. Tetapi sekali kena herdik ke bos, terus jadi hilang punca dan jatuh segala kehebatannya. Murai hendak sebut di sini kepada Rais ingatlah bila bos anda sudah marahkan anda ini bermakna nasib dan hayat politik anda sudah semakin menirus.

Mungkin juga pujian dan cara anda menggunakan rtm untuk memuji Najib sudah memakan diri sendiri. Selaga projek bina imej Najib yang ada buat terjadi sebaliknya, bukan naik tetapi semakin merudum.

Murai: Rais selamat berundur.

Lintas Langsung Dari Kuatan

Posted: 25 Feb 2012 07:32 PM PST

Sejarah Tercipta Di Kuantan

Puluhan ribu manusia yang berpakaian hijau kini sedang berhimpun di Kuantan Pahang kerana membantah projek mengeluarkan nadir bumi di Gebeng. Projek itu diusahakan oleh syarkat dari Australia Lynas Advanced Material Planat (Lamp) yang berharga RM700 juta didakwa membahayakan untuk kehidupan manusia.

Himpunan hari ini adalah kemuncak kepada bantahan awam terhadap projek berkenaan. Kedegilan kerajaan untuk membatalkan projek itu menyebabkan gerakan khas ditubuhkan bagi membentuk kempen projek berkenaan.

Mereka yang kebanyakan mewakili Ngo dan parti politik pembangkang datang sejak awal pagi lagi. Beberapa pemimpin politik hadir memberi sokongan kepada himpunan berkenaan. Antara pemimpin yang hadir ialah Naib Presiden Pas, Sallehuddin Ayub, Penasihat PKR Anwar Ibrahim dan penasihat DAP, Lim Kit Siang dan lain-lain.

Sehingga ini himpunan berjalan lancar tanpa gangguan. Perpindahan lokasi himpunan atas dasar keselamatan tidak menjadi masalah. Himpunan Hijau itu membuktikan bahawa sekiranya polis memberi kerjasama mereka dapat berhimpun secara aman.

Apa yang dicatat di Kuantan hari ini adalah satu sejarah. Belum pernah himpunan seramai itu berlangsung di negeri Perdana Menteri Najib Razak. Sudah pasti Najib khasnya dan BN perlu memikirkan sesutau yang lebih keras untuk menyekat kemarahan rakyat berhubung projek itu.

Sementara itu lawan web yang ditubuhkan oleh pihak pengajur untuk memberi laporan langsung himpunan berkenana telah di kucar oleh pihak tertentu. Orang ramai yang ingin mengikuti perkembangan tepaksa berkongsi maklumat di laman sosial blog dan Fb. SMS juga menjadi alay penhbung utama untuk melaporkan himpunan beerkenana. [*** 11:37 am 26/02/12]

Susupan Pagi

Posted: 25 Feb 2012 04:06 PM PST

Nasharudin Masih Ingat Bachok

Anak-anak Bachok di perantau malam tadi di samping gembira dan seronok kerana dapat berjumpa dan bertemu mata dengan para pemimpin kesayangan mereka, mereka juga merasa bertuah dan menarik nafas lega apabila ahli Parlimen mereka, Nasharudin Mat Isa turut nsama hadir untuk bersua muka dan bertanya khabar di antara satu sama lain.

Kemunculan Nasharudin di majlis itu sesuatu yang dinanti-nanti oleh pimpinan Pas Bachok dan juga anak-anak Bachok yang mengundinya dalam pilihan raya lalu. Kedudukan Nasharudin selama ini menjadi tand atanya kerana selepas tewas dalam perlawanan mempertahankan jawatan timbalan presiden Pas beliau seakan sunyi dari aktiviti Pas.

Satu masa beliau dilihat condong untuk mengikut rentak Hasan Ali alias Hasan Akidah yang telah dipecat Pas, kini bergerak memburukkan Pas menerusi flatform bernama Jati.

Kehadiran Nasharudin ke rumah Hasan untuk mengikuti kenyataan akhbar Hasan selepas dipecayai menyebabkan orang ramai bersangka beliau akan bersama Hasan. Sebaliknya kedatangan itu atas hubungan beliau sebagai kawan dengan Hasan semasa dalam Pas semata-mata.

Tanggapan buruk itu juga berlaku apabila Hasan mengaitkan nama nama Nasharudin dalam gerakannya untuk memburukkan Pas, di mana gambar Nasharudin dimasukan bersama dalam banner kononnya dia akan bersama Hasan dalam satu ceramah di Bangi.

Perkara itu dinafikan Nasharudin sehingga beliau membuat laporan polis.

Semnasa pelancaran Jati pada 21 Februari sekali lagi Nasharudin dikaitkan dengan majlis itu kononnya beliau akan hadir sama. Ternyata ia hanya gimik percubaan untuk mengheretkan Nasharudin bagi memusnahkan kredibilitinya dalam Pas.

Kehadiran bersama anak-anak Bachok semalam menutup segala keraguan dan kesangsiaan kepada ahli Parlimen Bachok itu. Bahawa beliau masih bersama Pas dan sama sekali tidak terpedaya dengan tarikan individu-individu tertentu untuk terjerumus ke dalam parit tahi bersama Hasan akidah.

Majlis anak temu mana anak Bachok malam tadi adalah antara majlis termeriah dalam siri-siri majlis seumpama itu. Semua pemimpin Pas dan wakil rakyat dalam kawasan Bahcok hadir, Omar Muhamad (Adun Perupuk), Hassan Mahmud (Adun Tawang), Abdu Azzi Kadir (Adun Jelawat).

Bekas ahli parlimen Bachik Wan Nik Wan Yusuf juga hadir. Speaker Dun Kelantan Nasarudin Daud mewakili MB Kelantan. Turut sama hadir Ketua BBC Drs Zainuddin Awang Hamat. [wm.kl.8:22 am 26/02/12]

Susupan Tengah Malam

Posted: 25 Feb 2012 10:07 AM PST

Pemimpin Pas Mulai Bincang Kemelut Di Kedah

Nampak cadangan saya agar Pas Pusat memberi perhatian serius dan memikirkan jalan terbaik untuk meredakan kemelut Pas Kedah sudah menjadi kenyataan. Malam ini beberapa pemimpin tertinggi Ps sudah bertemu dan membincang bagaimana untuk mengatasi kegawatan yang berlaku di Kedah waktu ini.

Pertemuan itu cuba merangka formula terbaik untuk membendung apa yang berlaku agar tidak memborak menjadi lebih parah lagi yang kemudiannya boleh mengugat Pas seluruhnya.

Antara pemimpin yang hadir dalam pertemuan malam ini ialah Naib Presiden Pas, Sallehuddin Ayub, Husam Musa. Seorang lagi Naib Presiden, Mahfuz Omar tidak hadir. Pertemuan malam ini juga turut dihadiri sama oleh Ketua Pemuda, Nasarudin Hassan, Penolong Setiausa Agung, Takiyuddin Hassan dan ahli jawatankluasa Pas Abu Bakar Chik serta beberapa yang lain.

Pertemuan untuk mencari formula menyelesaikan kemelut di Kedah itu dalam pengetahuan Presiden Abdul Hadi Awang dan juga timbalan Muhammad Sabu yang waktu ini berada di luar negeri. Muhammad Sabu sedang mengerjakan umrah.

Difahamkan hasil perbincangan malam ini akan diperincikan dalam mesyuarat jawatankuasa rasmi yang akan diadakan sebaik presiden berada di tanah air. Langkah segera diambul itu adalah satu tindakan baik bagi mengatasi kemelut di Kedah agar tidak mendalam.

Seorang pemimpin Pas memberi tahu beliau yakin kemelut yang berlaku di Kedah itu dapat diatasi berdasarkan kepada sikap ahli Pas yang terbuka dan mudah serta bersedia untuk bertolak ansur demi kebaikan parti.

"Saya yakin kemelut di Kedah itu akan selesai dengan baik kerana ahli Pas kental dengan ukhwah Islamyiah dan setiap pergeseran yang wujud adalah bukan atas dasar emosi tetapi semua dibuat untuk kebaikan parti," ujar pemimpin itu yang tidak mahu namanya disebut.

Katanya keyakinan itu berdasarkan Pas dibina dengan kekutaan dalaman iman dan takqa yang tinggi di kalangan pemimpin dan ahlinya, kerana itu ia tidak mudah untuk digugat sebarang ansir luar. [wm.kl. 2:18 t/malam 26/02/12]

Tiada ulasan: