Nik Aziz Ke Utara Tinjau Pergolakan Pas Kedah?Pergaduhan dan pertelingkahan sesama sendiri diambang pilihan raya umum hendak diadakan sesuatu yang tidak elok. Sudah tentu pertelingkahan itu akan memberi kesan kepada kestabilan parti, dan pergeseran itu akan dijadikan isu oleh pihak parti lawan.
Perkembangan politik Pas Kedah seperti mana diperkatakan hari ini sesungguhnya menyedihkan. Kalau ia benar berlaku, pertelingkahan itu membahayakan Pas. Mereka yang terlibat dalam pergaduhan itu atau mencetuskan masalah bolehlah dianggap mereka yang tidak peka dan lebih mementingkan kepada diri sendiri. Wajarlah mereka sejukkan kepala.
Sejauh mana apa yang dikatakan itu - Pas Kedah bergolak, tidak dapat dipastikan secara cerat. Tetapi jika dilihat kepada 'bantuan' yang digunakan pakai oleh orang-orang di Kedah sehingga terpaksa memanggil Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat menggambarkan suasananya menggawat. Ia tidak cukup untuk ditangani oleh orang Pas Kedah saja lagi.
Hari ini Nik Aziz dikatakan terbang ke utara untuk meninjau pergolakan Pas Kedah. Mungkin pemergian itu bukan semata-mata untuk menyelesaikan apa yang dikatakan bergolak itu, tetapi sudah tentu di samping ada tujuan lain ia akan melihat atau pun diberi tahu mengenai apa yang sedang berlaku.
Katanya lewat petang ini Nik Aziz berjumpa dengan Dewan Ulamak Pas Kedah untuk mendapat gambaran apa yang berlaku. Pertemuan diadakan di Mantalon. Mungkin Nik Aziz mendapat gambaran dan latar belakangnya. Selepas itu katanya, Nik Aziz diminta pula berjumpa dengan dua daripada empat orang Exco Kedah yang dilaporkan bermasalah dengan Azizan Razak.
Hendaknya kedatangan Nik Aziz dan berlangsungnya perjumpaan itu akan dapat memberi ilham untuk menyelesaikan masalah di Kedah. Mungkin bantuan Nik Aziz itu diperlukan bukan saja atas kapasitinya sebagai Mursyidul Am Pas tetapi sebagai tokoh spritual yang dimalui dan dihormati oleh parti. Semoga ada keberkatan Nik Aziz di Kedah.
Tidak dapat dipastikan apa selepas mengadakan pertemuan dengan Dewan Ulamak dan dua Exco itu, MB Kelantan itu berjumpa pula dengan Azizan Razak? Tetapi kalau mengikut prosudernya begitulah. Nik Aziz juga memerlukan gambaran jelas dari Azizan Razak kenapa sampai desas desus ada Exco tidak mahu disambung kontraknya pada 28 Februari ini.
Berita yang tersebar sebelum ini kononnya empat orang Exco tidak akan menyambung perlantikan semula mereka yang tamat pada 28 Februari ini. Exco itu ialah Phahrolrazi Zawawi, Dr Ismail Salleh, Mohamad Taulan Mat Rasul dan seorang lagi belum jelas. Sekiranya benar desas desus ini ia memberi pukulan hebat kepada Azizan Razak.
Kenapa mereka dikatakan tidak bersedia untuk 'bersama' kabinet Azizan ialah kerana tidak senang dengan cara Azizan mentadbir kerajaan Kedah yang lebih bersikap autokrasi dan tidak sedia menerima pandangan kawan-kawan pimpinan lain. Tindakan Azizan melantik beberapa orang Umno untuk memegang jawatan CEO dalam agensi kerajaan juga menjadi punca wujud rasa kurang senang terhadap MB Kedah itu.
Manakala kemuncak kepada kemar
ahan itu apabila Azizan menggunakan kuasa eksekutifnya untuk memberi kontrak
maintaince kepada kroni Umno bernilai hampir RM1 billion
(Pembetulan: sebenarnya RM5 juta menurut email salah seorang CEO yang dipecat)Tindakan inilah yang menyebabkan kepimpinan Azizan Razak sebagai MB dipertikaian. Bukan itu saja Azizan juga tidak mahu menerima pandangan dan nasihat daripada pimpinan lain sama sekali dan bertindak mengikut pandanganya.
Ada munasabah juga kalau Exco berkenaan hilang sabar dengan tindakan Azizan itu. Untuk apa mereka memegang jawatan, diberi tugas untuk mentadbir negeri kalau pandangan dan nasihat mereka tidak dihiraukan dan Azizan hanya ikut kepalanya seorang saja.
Bagaimana pun dalam melihat pergolakan di Kedah ini, semua pihak harus bertindak dengan penuh hati-hati. Jangan terlampau mengikut nafsu apa lagi 'gumbaan' media musuh Pas. Apa dibimbangkan bukan saja setakat Azizan Razak terlepas jawatan tetapi Pas juga akan kehilangan kerajaan.
Mereka yang beriya ingin menendang Azizan hendaklah bersabar dan carilah ketika dan 'cerlak' yang baik dan bertindaklah dengan mengambil kira keperluan lain. Bukan ketika ini kalau Azizan hendak dibuang. Yang penting semua pihak kena tumpu kepada menghadapi pilihan raya umum ke-13. Selepas Pas menang dan tubuh kerajaan, nah ketika itu nanti kalau hendak bergomol atau memulau Aizan. Lakulah kalau sudah tidak serasi, yang perlu dipastikan Pas menang pilihan raya.
Paling tidak diingini sekali ialah gara-gara tindakan tidak fatanah itu menyebabkan Pas akan kalah dalam pilihan raya nanti. Ingatlah media penjilat buntut UBN akan terus mencari lubang dan celah untuk memburuk dan menjatuhkan Pas. Jangan sesekali pecah lubang kepada mereka. Percayalah mereka tidak akan
support mana-mana dalam hal ini, mereka boleh bersikap baik tetapi jauh dilubuk hati dendam membara untuk menumbangkan Azizan dan bersama Exconya sekali.
Mudah-mudahan dengan pemergian Nik Aziz siang tadi, ombak yang membawa pergolakan di Kedah berhenti dengan segera.
[wm.kl.11:23 pm 24/02/12]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan