Khamis, 16 Februari 2012

.

.


Orang Hilang

Posted: 15 Feb 2012 05:19 PM PST

Pelajar Di New Zealand Kehilangan Abang

Seorang pembaca blog MT, Martini Mohamad Yusoff telah mengirimkan satu email kepada saya dua hari lalu yang mahu meminta jasa baik untuk menghebahkan kehilangan abangnya, Marzuki Yusoff, 35 (foto) pada 13 Februari lalu.

Menurut Martini yang kini sedang menuntut di New Zealand, abangnya itu hilang ketika keluar rumah di Kampung Chenderong Batu Wakaf Baru Tumpat untuk ke kampung Rendang Melor, Kota Bharu pada kira-kira jam 6:15 petang dengan memandu kereta Persona warna biru kelabu (grey).

Menurut Martini ketika abangnya turun dari rumah berpakaian t shirt putih lengan pendek dan berseluar jens biru.

Menurutnya keluarga sudah puas mencari dan mengesani Marzuki termasuk menanyai rakan-rakannya tetapi sampai kini masih belum ditamui. Laporan polis juga sudah dibuat.

Martini dan keluarga sangat berharap agar sesipa mengetahui di mana abangnya berada sila memaklumkan kepada keluarganya di kampungnya Wakaf Baru. Ekoran kehilangan abangnya itu menyebabkan Martini tidak boleh menumpukan kepada pembelajaran keran asyik mengenangkan nasib abang kesayangannya itu.

Martini sangat berharap sesiapa menemui atau mengetahui di mana Marzuki berada dapat memberi tahu kepada keluarganya di Wakaf Baru.

Ideniti Marzuki seperti beriku:

Umur: 35 tahun.
Ketinggian: 180 cm
Warna kulit: Sawo matang agak berisi (sedarhana).
Rambut: pendek.

Sama-sama kita berdoa agar Marzuki segera balik ke pangkuan keluarganya dalam keadaan selamat. [wm.kl.9:32 am 16/02/12/]

Marah Malam

Posted: 15 Feb 2012 03:52 AM PST

Pakatan Akan Kalah Kerana Kebodohan Sendiri

Sebelum saya mencatat Citra Perjalanan II ingin saya menulis sesuatu yang terbuku di hati pada masa kini. Keterbukuan ini perlu dilengsaikan kalau tidak ia boleh membawa 'sengkak sebok' dan akhirnya memeranakan diri sendiri. Apa yang bermain dalam benak ini menjadikan saya kehilangan selera untuk mencatat siri Citra Perjalanan atau mengulas membahan kenyataan-kenyataan bodoh pemimpin Umno dan Ngo ngor.

Kekadang-kadang apa yang kita lakukan (tulis dan laungkan) tidak sedikit pun menjadi api dan angin kepada ma'dunnya. Maksudnya tidak dipedulikan oleh orang yang kita sasar apa yang hendak perkatakan itu. Jadilah suara dan kata-kata kita bagaikan busa di lautan.

Bila keadaan begitu maka jadi bodoh atau terasa bodohlah kita kerana seolah bercakap berseorangan, berfikir berseorangan, memerah otak berseorangan, menyekang mata hingga ke pagi kesorangan sedang sumbangan kita tidak pun dinilai dan dimanaaftkan. Perlukah saya dan kita semua yang mengharap jatuhnya bulan ke ribaan meralatkan semula akan apa yang kita lakukan untuk tidak terus menjadikan kita bodoh?

Apa yang saya maksudkan ini ialah mengenai sikap dan telatah para pemimpin Pakatan Rakyat, khasnya Pas dan PKR yang saya melihat mereka ini seakan berada dalam sebuah lautan yang mereka sendiri tidak sedar di mana hujung dan di mana tepian. Ada kalanya mereka nampak kompak, penuh pengertian...penuh persefahaman ditunjukan dengan memakai logo tiga parti tetapi diwaktu lain mereka seakan kontradik sama sekali.

Polimek-polimek yang berlaku di antara mereka menunjukkan akan betapa mereka tidak ada pengertian dan persefahaman. Keadaan itu berbeza dengan apa yang mereka hasratkan dan untuk difahami rakyat. Kononnya mereka hendak menjadi pembela rakyat dengan mengambil alih tempat Umno. Mereka melambungkan harapan besar kepada rakyat kononnya merekalah terbaik. Kononnya PRU 13 adalah pilihan raya yang akan merubahkan segala-galanya dan akan terbentuk Malaysia Baru?

Kononnya kedudukan UBN khasnya Umno sudah terdesak, terjempit atau nazak di hujung kuasa dan dicemuhi rakyat bagaikan tong sampah pecah memelah air busuk kohong. Kononnya....

Lalau rakyat pun 'terperagah' dan teruja dengan laungan itu. Emosi membuak-buak untuk melihat satu perubahan besar dalam negara. Memang rakyat di bawah sudah ada minat besar untuk memenuhi harapan itu. Rakyat sudah mual dan lugal dengan kerajaan UBN dipimpin Umno. Golongan muda, terpelajar, para pegawai kerajaan, swasta sudah pun bersedia. Mereka sudah mulai menilik dan berkira untuk membuat perhitungan akhir dengan kerajaan UBN.

Pemberian wang, pengumuman projek, insentif dan segala macam dalam bentuk wang jelas dan kabur tidak sedikitpun menjadi perhatian rakyat. Rakyat sudah tahu bahawa taburan janji dan sedikit kebendaan begitu yang diambil dari khazanah negara adalah sandiwara dan tektik membubuh umpan dalam jerat saja.

Tetapi malang seribu kali malang, saat rakyat sudah bersiap sedia, tetapi sesetengah pemimpin Pas, DAP dan PKR seakan tidak bersedia dan main-main. Mereka masih lagi cuba menegakkan sikap keakuan masing-masing sehinggakan bercanggah sesama sendiri. Apa dinamakan persefahaman dan nilai politik tinggi masih belum wujud. Persefahaman hanya di kalangan para pemidto di pentas sama saja tetapi dari dalam parti masing-masing terus dan tetap dengan agenda lapok dan kepentingan diri masih menebal.

Perkara paling nyata ialah tidak bersama dalam menggubal fikiran atau pun melontar isu untuk mendapat perhatian umum. Atau mereka tidak boleh melendikkan pemikiran dan idea yang disampaikan oleh sesama mereka dan minda mereka terus menjadi minda anjing dan minda kucing. Ini saya kira kelemahan besar Pakatan Rakyat yang akhirnya akan memeranakan pakatan itu sendiri pada pilihan raya akan datang kalau tidak diperbetulkan segera.

Banyak kejadian dan contoh menunjukkan pemimpin Pakatan Rakyat tidak bijak atau sepakat dalam mengulas sesutau isu. Walaupun subjek itu jelas bertentangan dengan fahaman dan ideologi parti masing-masing mereka seharusnya tidak menunjukkan akan jurang itu sebaliknya berfikir bagaimana mencerminkan penyelesaiannya bukan berkonflit. Rakyat sekarang mahu tenguk kemampuan mempersatukan bukan kehebatan menegakkan kehebatan diri.

Rakyat dan umum sudah tahu bahawa ketiga parti itu tidak mempunyai persamaan dalam ideologi dan iltizam perjuangan. Pas dengan Islam ortodoksnya, DAP dengan sosialis demokrat otordoks dan PKR dengan liberalisme ortodoksnya. Maaflah kalau saya terpaksa mengguna istilah ini (ortodoks) yang agak janggal dan keras. Otordok itu bukan dalam erti kata sebenarnya.

Orang sudah tahu keadaan itu semua. Justeru setiap tindak tanduk mana-mana pemimpin dari ketiga parti itu ada perbezaannya. Kalau dihalusi batuk dan berdeham pun berbeza, bukan lagi soal makan dan minum. Tetapi apabila mereka bergabung dalam satu Pakatan yang bertujuan dan bermatlamat satu - untuk menumbangkan UBN seharusnya perbezaan itu tidak melatari diri masing-masing. Mereka perlu melenyapkannya bagi menunjukkan mereka kompak. Soal-soal yang boleh diselesaikan selepas menawan Putrajaya perlu di kesampingkan dulu.

Rakyat tidak mahu mendulatkan akan kehebatan ideologi masing-masing, tetapi apa yang hendak rakyat saksikan berlakunya perubahan kerajaan. Mereka ingin membandingkan kerajaan UBN dengan kerajaan baru. Sepatutnya perkara itu perlu diutamakan dan tinggalkan soal-soal penting dalam aspek prinsip dan dasar itu kerana jelas soal itu tidak akan membawa apa-apa kemenangan dalam konteks negara ini.

Sayang keadaan tidak berlaku. Pas dengan caranya tetap hendak menunjukkan ia Islam lebih. DAP pula nak menunjukkan dia sosialis lebih dan begitu juga PKR. Ambil isu terbaru tentang pertembungan pandangan dan pendapat mereka serta tindak tanduk menunjukkan ketidak cerdikan pemimpin Pakatan Rakyat mengenai isu Anwar yang diwar-warkan menyokong Israel.

Anwar telah membuat kenyataan yang ada kait dengan sokongan terhahap Israel kepada akhbar Wall Street Journal (WSJ). Umno telah menggunakan kenyataan Anwar itu untuk menempalak Anwar dan memberi tahu rakyat Anwar menyokong Israel. Isreal dalam kepala orang Melayu Malaysia adalah sejenis makhluk yang jahat lebih jahat dari Salentia walaupun mereka tidak mengetahui binatang apa Israel itu sebenarnya. Israel dalam minda orang Melayu sama juga dengan babi ia telah menjadi satu stigma.

Mereka tidak boleh disalahkan. Alasannya kerana Israel disebut di dalam al-Quran, bahawa kaum itu jahat. Bila disebut didalam Quran mereka terima sebulat-bulatnya, itu fiil orang Melayu. Malangnya walaupun Umno tidak disebut di dalam Quran mereka tetap juga menerima sebulat-bulatnya dan menerima Umno sebagai sebuah wadah umpama bahtera Nuh. Ini fiil orang Melayu bersikap double standard dalam semua hal.

Umno bersahabat juga dengan Israel dan telah membantu lebih hebat dari Anwar dengan mengadakan hubungan dagangan tidak menjadi masalah. Anwar hanya dengan berkata-kata saja. Media Umno telah memanipulasikan kenyataan Anwar itu. Biasa bagi Umno, yang 'rewelnya' kenapa Pas juga ikut sama membatai Anwar? Di sini menjelaskan sekali lagi kehebatan media Umno dalam memainan jarum dan memanjangkan lidah syaitan.

Bukankah dengan saling bantah membantah itu ia telah meretakkan sesama sendiri? Pas telah membenarkan apa yang diperkatakan oleh Umno walhal Umno berkata itu untuk kepentingan politik. Tidak kira siapa yang mempersoalkan kenyataan Anwar dari Pas dia adalah gombal adik beradik dengan zombi. Kurang cerdik dan kurang subur baja siasah.

Seharusnya pemimpin Pas tidak menempik isu itu. Biarkan ia ditempik oleh Umno. Rakyat tidak akan terasa kalau Umno yang melaungkan. Tetapi bila Pas tumpang sepiak pinang ini menyebabkan rakyat yang gombal akan merasaikan Umno betul. Inilah bodohnya sesetengah orang dalam Pakatan Rakyat memberi bola tanggung atau membuka lubang kepada Umno. Cis...!

Bukankah Pas juga secara jelasnya mengharapkan bantuan PKR yang mana ketuanya Anwar untuk menang pilihan raya? Atau kalau Majlis Syura Ulamak Pas telah memfatwakan sesama sendiri kerjasama itu haram, maka nyatakan dengan jelas yang ia haram. Ini tidak... pagi haram, malam halal, siang makruh. Sikap dan pendirian Syura Ulamak tidak konsiten dan istriqamah dan sebenarnya majlis inilah yang merosakkan Pas.

Nik Aziz terpaksa berkokok bila Syura Ulamak membuat kritikan demikian sebab dia adalah ketuanya. Walaupun Nik Aziz ada kuasa keramatnya dia tetap patuh dan hormat kepada sebuah dewan seperti Majlis Syura Ulamak itu. Saya tidak fikir seorang politus yang penuh mantik seperti Nik Aziz tidak dapat membaca apa yang termaksud oleh Anwar itu.

Dalam hal ini juga Anwar sendiri harus jaga diri dan tidak terlalu ego dan menunjuk hebat. henatilah melayan dan membuat kenyataan dengan akhbar asing hanya kerana hendak menunjukkan kita hebat dan pemimpin bertaraf dunia. Mungkin cara anda betul tetapi rakyat anda masih kebanyakannya gombak dan otak memetot.

Kalau hendak bercakap dengan akhbar asing pun biarlah anda menjadi PM kelak. Masa itu cakaplah apapun orang tidak berani pertikai... lagi pun media Umno sudah tidak ada lagi waktu itu. Penjilat buntut Umno akan berpaling kepada anda dan memuji bahawa anda seorang yang berpandangan jauh dan membawa kedamian sejagat. Waktu itu pujian anda kepada Israel juga akan menjadi semanis madu.

Selain isu itu timbul juga isu valentine day - hari mengingati kekasih. Pemuda bangun mencanak membenteraskan maksiat yang berlaku pada hari valentine day. Pemuda ini pun satu hal yang dia nampak hanya soal valantine day sahaja. Soal-soal lebih bedsar dan isu global tidak terlintas dalam benak Pemuda. Isu hari kekasih ini saya rasa wujud setiap tahun dan tidak pernah ada penyelesaian tuntas. Seharusnya Pemuda membuat kajian Phd dalam hal ini kenapa ia masih berterusan?

Kegagalan menyelesai isu ini adalah kegagalan pihak yang menanganinya tidak kira Pemuda Pas, Majlis Agama atau mana-mana pihak. Kegagalan ini juga akan diketawakan oleh mereka yang merayakan hari berkenaan. Itu Pemuda Pas tukar kepada hari mengingati suami isteri itu apa pula. Bagi saya idea itu tempelan sahaja. Pertukaran itu juga menunjukkan Pemuda ikhtiraf perayaan seharian itu cuma dalam bentuk lain.

Si Karpal Sigh pula bangkit mempertahankan valinte day dan tindakan itu kontras dengan Pemuda Pas. Masing-masing ada hujah dan alasan sendiri dalam hal ini, tetapi yang ruginya kepada Pakatan Rakyat. Perbalahan yang bersifat personal itu akan terbawa ke dalam Pakatan Rakyat. Media massa PB pula akan terus memainkan isu ini dan yang peningnya ada orang di bawah. Pertengkaran itu juga tidak akan menyelesaikan masalah melainkan kerana nak tunjuk telor siapa lebih bulat saja.

Hal-hal sebegini boleh dielakkan kalau mereka, baik Karpal dan Pemuda Pas bijak berpolitik. Berpolimek bukan tidak boleh, tetapi kalau ia sampai menjejaskan cita-cita asal hendak menumbangkan Umno ia tidak ada guna dan jadilah tindakan dan polimek itu sebagai tahi kering saja.

Kesimpulannya dari kedua keadaan itu, isu Anwar dan Israel dan Pas meminta agar Anwar tarik balik atau saman surat khabar Wall Street Journal dan isu valentine day itu adalah menggambarkan kelemahan dan kecetekan politik Pakatan Rakyat. Walaupun ia adalah segmen-segmen isu yang dimainkan oleh Umno tetapi dari segi hakikatnya ia akan menjadi persoalan dan pertanyaan lunak macam mana Pakatan hendak mengganti Umno kalau sesama sendiri pun asyik berkekah belah sampai ke ke Subuh. [wm.kl.8:56 pm 15/02/12]

Tiada ulasan: