Jumaat, 17 Februari 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


PRU13 - Poster Yang Akan Meranapkan Harapan PR Di Perak

Posted: 16 Feb 2012 11:19 PM PST

Beg Besar Untuk Rosmah

Posted: 16 Feb 2012 10:53 PM PST


Mendalam sungguh maknanya... http://malaysiakini.com/news/189405

Anugerah kebajikan akan dinamakan sempena Rosmah

Posted: 16 Feb 2012 03:53 PM PST

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, malam tadi menerima Anugerah Wanita Peneraju Kebajikan Asia, sebagai tanda pengiktirafan terhadap dedikasi dan komitmen beliau dalam pelbagai kerja amal.

Rosmah menjadi penerima sulung anugerah tersebut yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif NASEBA, Sophie Le Ray, pada majlis jamuan malam gala sempena Forum Wanita Dalam Kepimpinan 2012 di Kuala Lumpur.

NASEBA merupakan sebuah syarikat maklumat perniagaan.

Pengacara majlis, Asha Gill, dalam ucapannya berkata anugerah itu adalah sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan Rosmah dalam program asuhan dan didikan awal kanak-kanak (PERMATA) dan kerja-kerja amal, antara lain, Majlis AIDS Malaysia dan Yayasan Institut Jantung.


Katanya pada masa depan, anugerah itu akan dinamakan atas nama Rosmah.

Sementara itu, Pengarah Urusan Monster.Com bagi India, Timur Tengah dan Asia Tenggara, Sanjay Modi berkata anugerah itu akan memberi tenaga kepada golongan wanita supaya aktif dalam kerja-kerja amal serta meningkatkan pencapaian dalam semua bidang.

"Saya percaya kaum wanita boleh berjaya dalam semua bidang termasuk perniagaan dan ini membuktikan wanita sentiasa mempunyai kapasiti yang tinggi," katanya dalam ucapan pada majlis itu.

Forum dua hari yang bermula hari ini dihadiri oleh peserta dari Australia, Bangladesh, Thailand, Filipina, Singapura, Vietnam dan Malaysia.

- Bernama


Kopiah Harussani Ternyata Amat Lembek

Posted: 16 Feb 2012 05:56 AM PST

Mufti Pun Bercakap Berliku-liku

Pengubahan kata-kata Mutfi Perak Harussani Zakaria berhubung kunjungan Perdan Menteri Malaysia Najib Razak ke Batu Cave tidak sangat memeningkan kepala Murai. Murai cukup faham bagaimana warna kitab-kitab yang dibaca oleh mufti itu. Mungkin rakyat di bawah sana bingung dan merasa pelik kenapa seorang Mufti booleh bercakap dua cara dan berliku-liku macam sungai Perak,- mula-mula haram kemudian halal.

Sebelum ini Harussani berkata kunjungan Najib ke batu Cave dengan memakaian baju Kurta itu sebagai mengadai akidah dan kurafat. Dia juga kesal dengan tindakan Najib itu kerana sebelum ini sudah diberi nasihat tetapi tetap juga menghadiri perayaan Thaipusam.


Alasan Harussani kerana perayaan itu membabitkan agama. Tetapi alih-alih hari ini Murai rasa nak terberak pula bila mana Tok Peti itu kata kunjungan Najib itu tidak menyalahi akidah. Alasannya kerana Najib hanya terlibat dalam sudut-sudut budaya dan bukan agama.

Justifikasi Harussani dengan pengubahsuaian kata-kata itu kononnya beliau mendapat maklumat salah tentang kunjungan Najib itu. Tetapi apabila Najib menjelaskan, ia pergi untuk merayakan buaya dan tidak terlibat dengan memikul Kavadi, barang kali, maka dihalalkan dengan tiba-tiba.

Murai tidak hendak persoal dan kesal dengan cara Najib itu. Najib memang jahil bab-bab agama berbanding dengan Harussani. Najib boleh laku lebih dari itu pun. Lagipun Najib sangat mengharapkan sokongan India setelah Cina kini sudah lebih 90 peratus tolak Umno.

Dalam agama juga orang jahil melakukan sesuatu kesalahan boleh dimaaftkan kerana kejahilannya. Tetapi kalau tok alim, apa lagi tok peti bila ikut sama menjadi pandir dan jahil sesuatu yang sangat dikesali.

Yang celakanya di sini kenapa Harussani tidak menyiasat dulu pemergian Najib itu untuk apa dan tujuan apa sebelum memberi komen. Sepatut Harussani mendapat maklumat detail sebelum memberi komen. Kalau dia mengambil sikap berhati-hati sebelum memberi kenyataan dan mengulas ia tidak akan mengelirukan. Sepatutnya Harussani menelefon dan bertanya menteri agama terlebih dahulu sebelum komen kerana dalam konteks kunjungan itu Menteri Agama lebih tinggi darjatnya dari beliau.

Apabila beliau membuat kenyataan mendahului maklumat maka itulah jadinya. Bercelaru. Kesannya ialah kepada kredibiliti beliau sebagai Mufti. Seorang Mufti perlu konsisten atau istiqamah dalam berkata-kata dan memberi hukum. Jangan sekejap begini sekejap begitu. Itu namanya Mufti kluk klik. Sebagai orang arif dan warak tidak boleh mengulum lidah dalam mulut?

Kini Murai mulai faham kenapa sesetengah orang politik marah dan berbulu hati dengan Mufti seorang ini. Dia cuba hendak menjadi guru kepada orang politik tetapi ternyata gagal. Dia nampak ikhlas hendak mempertahankan sesuatu tetapi di sebaik apa yang dipertahankan itu nampak dia juga seperti berbelit dengan tali lembu Shariuzat - politilah maksudnya.

Yang Murai hendak tanya juga apakah kunjungan Najib ke Batu Cave sebelum ini berbeza dengan kunjungannya pada hari Thaipusam dua tiga tahun lepas? Apakah bezanya. Kalau kunjungan itu atas nawatitu dan tujuan sama maka jelas kunjungan Najib itu tetap bertentangan dengan syariat Islam dan berdosa. Alasannya kalau dulu Harussani kata tidak boleh takkan dalam tahun 2012 menjelang tiba pilihan raya boleh pula?

Kalau begitu fatwa dan hukum Harussani ini bermusim dan bukan sesuatu yang rigid?

Murai berharap benar Harussani perlu waspada dengans setiap kata-katanya sebab dia Mufti. Kalaupun dia nak sokong Umno tak kisah tetapi sokongan itu biarlah sejajar dengan kedudukannya. Murai bimbang kerana terlebih kitab nanti orang akan hilang kepercayaan kepadanya. Di sini bukan bermakna Harussani kena menyokong Pas atau Pakatan tetapi berdiri lah atas jalan benar dan memahami maslahat politik.

Kalaulah Harussani berniat hendak jadi macam Nik Aziz, Murai fikir tidak salah. Umno boleh saja calonkan dia dalam pilihan raya akan datang dan lantik jadi Menteri Besar. Murai tenguk ada beberapa orang ulamak berpotensi untuk jadi MB selain, Harussani, Uthman Muhamamdy si janggut merah itu.

Elok kalau dalam pilihan raya nanti Uthman dicalonkan bertanding di mana-mana kerusi Dun di Kelantan untuk persediaan jadi MB Kelantan. Murai rasa Uthman jauh lebih alim dan warak dari Awang Adek Hussein, si bakal MB Kelantan yang tidak jadi itu. Begitu juga daripada UBN memberi laluan kepada Salentia di Pasir Mas lebih baik ambil Uthman Muhammady.

Murai: Nak jamah kopiah Harussani mana lembik berbanding kopiah Nik Aziz atau Haji Hadi.

http://msomelayu.blogspot.com/2012/02/celoteh-murai-0512.html


Hassan Marican: Hari sedih untuk Malaysia

Posted: 16 Feb 2012 04:44 AM PST

KUALA LUMPUR, 16 Feb: DAP menyifatkan, beberapa hari ini adalah hari sedih untuk Malaysia apabila gagal menjaga yang terbaik untuk negara dan terlepas ke pihak lain.

Ini berikutan perlantikan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Marican (gambar) sebagai Pengerusi Singapore Power Limited (SP) pada bulan Jun selepas Ng Kee Choe bersara.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, ini merupakah hari sedih apabila Hassan Marican termasuk dalam senarai terbaru dalam penghijrahan bakat (brain drain) dan sekarang bekerja luar negara di Singapura.


Tan Sri Hassan meninggalkan syarikat minyak negara, Petronas pada tahun 2010 berpunca daripada pergeseran dengan pentadbiran semasa.

Sejak itu beliau telah dilantik sebagai pengarah dalam firma- firma luar negara seperti syarikat- syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan Singapura seperti SembCorp Industries Ltd, SembCorp Marine Ltd dan Singapore Power.

Beliau juga merupakan Pengarah di Sarawak Engergy Bhd & US oil dan syarikat gas gergasi Conoco Philips.

"Jelas Tan Sri Hassan diiktiraf di peringkat antarabangsa dan amat diperlukan oleh syarikat- syarikat besar multinasional tetapi tidak di rumah sendiri," kata Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ini adalah amat sedih terutamanya apabila Tan Sri Hassan diangkat sebagai seorang lelaki yang telah meletakkan Petronas ke dalam senarai syarikat gas dan minyak antarabangsa seperti hari ini, tambahnya.

Tahun lepas, pakar ekonomi kanan Bank Dunia, Philip Schellekens memberi amaran bahawa situasi penghijrahan bakat (brain drain) rakyat Malaysia dijangka meruncing tambahan asas kemahiran negara sememangnya sempit.

Schellekens menambah bahawa bilangan rakyat Malaysia yang mahir tinggal di luar negara telah meningkat tiga kali ganda dalam dua dekad yang lalu dengan dua daripada setiap 10 rakyat Malaysia memilih untuk meninggalkan negara sama ada untuk Organisasi Pembangunan Kerjasama Ekonom ( Organisationfor Economic Cooperation and Development, OECD) atau ke Singapura.

Sekarang Tan Sri Hassan telah menyertai senarai hampir 2 juta rakyat Malaysia yang telah dibiarkan untuk tinggal dan bekerja di luar negara sejak merdeka.

Bakat seperti Tan Sri Hassan Marican tidak datang setiap hari dan Kerajaan mesti mengambil langkah- langkah segera menyumbat kebocaran ini untuk mengekalkan bakat atau risiko kehilangan beliau dan ramai lagi seperti beliau ke negara- negara luar, tekan beliau.

Jika seorang ikon pemimpin korporat seperti Tan Sri Hassan Marican terpaksa berlepas ke Singapura di mana bakat beliau tidak diabaikan, program transformasi kerajaan Najib untuk menarik bakat manusia adalah gagal, dakwa beliau.

Jelasnya, sebagaimana diketahui dalam politik - sesiapa yang dikenali ditekankan berbanding dengan ilmu dan pengetahuan, perjanjian melalui rundingan terus adalah lebih disukai berbanding tender terbuka kerana ianya tiada akautabiliti dan transperensi, Malaysia akan kalah di dalam pertempuran untuk membendung perpindahan bakat.


Tiada ulasan: