Selasa, 7 Februari 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Gila Hasan Ali Sudah Hampiri Tahap Kronik

Posted: 06 Feb 2012 11:07 PM PST

Kedengaran juga ada pihak yang ingin membuat road-show ke seluruh Negara. Bagi saya itu adalah hak dia dan lagi banyak dia cakap, lagi jelas pendiriannya yang dangkal. Hanya dia perlu ingat, kesalahannya kali ini bukan kesalahan kali pertama. Dulu dia pernah ditegur dan sudah pun diberi amaran. Kali ini dia lajak lebih jauh lagi maka dan bagi yang menganggap pemecatan beliau agak drastik; perlu diberi amaran dulu dan sebagainya, harap ingat kembali peristiwa lampau.

Mungkin dia akan mencanangkan bahawa dia dipecat kerana DSAI. Itu jelas satu pembohongan. Dia dipecat kerana sikap dirinya sendiri. Semasa road-show boleh cakap apa yang dia suka, reka cerita dan sebagainya, tapi semua tahu, dia dipecat kerana sikapnya. Sikapnya yang tidak mahu terima pendirian parti dan kesungguhannya membawa mesej UMNO/BN untuk mempengaruhi ahli PAS dan rakyat jelata.


Dulu dia juga yang menjadi juara wala' dan thiqah. Tetapi itu hanya ketika dia sebagai ketua. Semua kena dengar cakap dia. Kalau tidak maka tidak wala', tidak thiqah serta tidak cukup tarbiyyah dan sebagainya. Tetapi apabila dirinya bukan ketua, nampak gayanya konsep tersebut tidak lagi releven.

Mungkin itulah yang berlaku apabila dikuasai hawa nafsu. Terlalu membesarkan diri, dengan beranggapan bahawa dirinya sahaja yang betul dan yang lain semuanya bagaikan parasit. Parasit ini sebenarnya hidup di atas kekuatan yang lain dan secara perlahan merosakkan pihak yang menanggungnya. Itulah apa yang ingin dilakukan. Tetapi, Alhamdulillah, Allah sayangkan PAS dan memberi PAS kemampuan untuk 'nyah-parasit' dan inilah yang telah berlaku.

Parasit sudah pun dinyahkan dan dengan itu PAS akan mara ke hapadan bagi memenuhi kehendak rakyat dan ummat Islam untuk menggantikan UMNO dengan menjadi wadah politik ummat Islam yang utama di negara Malaysia.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD


'Program Istimewa' Sempena Maulidur Rasul

Posted: 06 Feb 2012 10:56 PM PST


Baca seterusnya disini

Ibrahim Ali Sanggup Jilat Kaki Azizan Razak

Posted: 06 Feb 2012 09:06 PM PST

ALOR SETAR 6 Feb. - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau sanggup mencium kaki Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak jika tindakan itu dapat menyelamatkan Madrasah Salihiah, di sini daripada dirobohkan.

Katanya, beliau tidak kisah dianggap bacul dengan perbuatan tersebut asalkan dapat membantu Jawatankuasa Madrasah Salihiah mempertahankan kewujudan madrasah berusia lebih 100 tahun itu demi perjuangan memartabatkan syiar Islam.

"Saya dengan rendah diri dari hujung rambut hingga ke hujung kaki merayu kepada Menteri Besar Kedah supaya sedar dan hayatilah kehendak Jawatankuasa Madrasah Salihiah ini.


"Walaupun saya jadi bacul, kalau Azizan kata Madrasah Salihiah tidak akan dirobohkan dengan syarat Ibrahim Ali datang cium kaki dia, saya pergi cium kaki dia esok. Saya sanggup melakukan apa sahaja untuk membantu jawatankuasa madrasah ini," katanya.

Beliau berucap di hadapan kira-kira 2,000 orang pada program Sambutan Maulidur Rasul dan Ceramah Perdana anjuran Perkasa dan Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah, di pekarangan madrasah itu malam tadi.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Ibrahim berkata, beliau secara terbuka merayu kepada Azizan supaya tidak merobohkan madrasah tersebut dengan alasan 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.'

Kata beliau, tiada sebab Menteri Besar itu tidak boleh bertegas untuk menyelamatkan madrasah berkenaan kerana sebelum ini Azizan dapat bertegas dengan keputusannya berhubung isu penggantungan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) sehingga dikecam sekutunya dalam pakatan pembangkang.

"Kalau isu pengantungan pelajar Kuin beliau boleh bertegas, kenapa tidak boleh bertegas bagi menyelamatkan Madrasah Salihiah yang lebih besar isu dan tanggungjawabnya. Ini rumah ibadah di atas tanah wakaf yang mempunyai warisan sejarah," katanya.

Sebelum itu, Ibrahim mengepalai perarakan sejauh hampir empat kilometer yang disertai kira-kira 2,000 umat Islam tanpa mengira peringkat usia dan latar belakang sempena majlis sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah.

Mereka berarak dari Madrasah Salihiah ke Jalan Tambang Badak dan memasuki Jalan Putra di persimpangan lampu isyarat berdekatan Restoran Nasi Kandar Salam dan kemudian membelok ke Lebuhraya Darulaman sebelum kembali ke madrasah berkenaan.

Sepanjang perarakan itu, para peserta yang terdiri daripada penduduk sekitar dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama-sama mengalunkan bacaan selawat memuji junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Sambutan kemudian diteruskan di Madrasah Salihiah dengan ceramah oleh Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kasim; Ibrahim dan Pengasas Pondok Geting, Kelantan, Abdullah Sa'amah.

Hadir sama, Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali; Yang Dipertua Perkasa Kedah, Syed Osman Mansor dan Pengerusi Perkasa Kota Setar, Datuk Mohd. Yusof Ismail.


"Dosa terbesar Umno ialah membantutkan daya pemikiran orang Melayu."

Posted: 06 Feb 2012 06:38 AM PST

Sejak saya menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada 8hb Januari yang lalu, saya agak sibuk juga berjumpa dengan ramai rakan-rakan lama yang saya sudah lama tidak temui. Setiap hari ada sahaja beberapa panggilan talipon dari sahabat-sahabat lama ini, ada yang sudah dua puluh tahun tidak bersua. Mereka berjumpa untuk bertanya khabar setelah mendengar berita yang saya sudah meninggalkan UMNO untuk melalui wadah baru perjuangan setelah menyepi hampir dua dekad.

Sesungguhnya selama saya kesaorangan di rumah bersama cucu-cucu, saya sempat berfikir dan membuat 'soul searching' secara serius tentang isu-isu politik yang berbangkit dalam negara kita ini. Saya memerhatikan lagak dan laku pemimpin-pemimpin melalui TV yang kebanyakkannya adalah dari mereka yang saya kenal sejak berdekad-dekad dahulu yang kini sudah menjadi pemimpin, tidak dapat memahami dan menyelami perasaan ahli-ahli UMNO dan rakyat amnya.


Ramai di antara mereka yang berjumpa dengan saya itu adalah ahli-ahli UMNO serta pemimpin diperingkat rendahan seperti ketua-ketua bahagian UMNO serta jawantankuasa mereka. Ada juga pemimpin peringkat yang tinggi memanggil bertanyakan kenapa saya menyertai pembangkang sedangkan saya telah menyertai UMNO selama empat puluh tahun, lebih lama dari mereka sendiri.

Pertanyaan-pertanyaan ini saya jawab hanya dengan meluahkan satu dua baris ayat jawapan. Yang paling selalu saya jawap ialah, UMNO sudah hilang identitinya samasekali. Saya sudah tidak mengenali UMNO lagi. Parti yang di sebut sebagai UMNO itu sudah tidak rupa UMNO lagi. UMNO hanya tinggal pada nama tetapi tidak ada rohnya lagi. UMNO ibarat kucing dengan tikus. Dulu kucing makan tikus tetapi kucing sekarang takut pada tikus. Kadang-kadang saya menjawab dengan bertanya satu soalan; kenapa saya mesti kekal dalam UMNO? Apabila soalan itu dijawab barulah saya boleh menjawab soalan kenapa saya menyertai DAP.

Pemimpin-pemimpin sekarang tidak memahami apa itu UMNO sebelum mereka menyertai parti itu. Sampai sekarang mereka tidak memahami apa itu UMNO dan mereka jugalah yang menjadi pemimpin parti itu dan mentadbir negara dengan cara yang kita lihat sekarang. Mereka menganggap menyertai UMNO dan seterusnya menjadi Menteri dan sebagainya itu merupakan perkara yang 'ultimate' bagi mereka tetapi mereka tidak pernah berusaha untuk menjaga apa yang terkandung dalam BAB3 Perlembagaan Parti itu.

Dosa terbesar UMNO ialah membantutkan daya pemikiran orang Melayu. Orang Melayu tidak dibenarkan berfikir diluar kotak tetapi dalam masa yang sama mereka beretorik supaya orang Melayu menjadi bangsa yang global. Bercakap yang benar didalam UMNO itu merupakan kesalahan dan kita tahu yang UMNO hanya bergantung kepada kuasa pinjaman yang diberikan rakyat sahaja. UMNO tidak mampu mempertahankan diri dengan menunjukkan kerja baik dan membangun.

Ini disebabkan imej parti itu yang sudah terlalu tercemar dengan rasuah serta penyalahgunaan kuasa yang keterlaluan. Maka satu-satunya jalan untuk mempertahankan diri ialah dengan membuat segala perkara yang lazim dilakukan oleh pihak-pihak yang 'desperado'. Dimana-mana rasuah, baik dalam kerajaan atau dalam parti. Wang ringgit merupakan satu-satunya cara bagi mereka untuk mempertahankan diri, semuanya hendak dibeli. Jiwa dan perasaan pun menjadi bahan dagangan. Saya amat runsing melihat apa yang akan terjadi kepada bangsa saya yang dijadikan sebagai 'political prostitute' dengan membayar setiap perkhidmatan terutamanya semasa pilihanraya hampir tiba ini.

Bagi saya perkara ini wajib dihentikan kerana yang akan terbantut daya pemikirannya ialah orang Melayu sendiri. Orang Melayu sudah begitu lesu, tidak berdaya berfikir secara jelas kerana jiwa mereka telah ditawan dan dikurung tanpa boleh berbuat sesuatu untuk kemajuan masa depan mereka. Mereka telah diasah yang boleh menjamin masa depan mereka ialah UMNO sahaja.

Tetapi UMNO itu sendiri sedang menghadapai saat kematian kerana penyakit yang tidak boleh diubati seperti rasuah, rendah diri serta tunduk kepada tekanan yang dilakukan oleh mereka yang telah digaji dan diupah untuk menjaga mereka. Rakyat tidak boleh berbuat sesuatu yang bertentangan dengan kehendak pemerintah yang diberikan mandat oleh rakyat itu sendiri.

Pemimpin-pemimpin UMNO tidak dapat menerima bahawa parti itu sudah tidak UMNO lagi kerana UMNO yang sebenarnya tidak bersifat seperti yang kita lihat pada hari ini. UMNO sudah menjadi parti yang 'clueless' dan tidak lagi berdaya walaupun hanya untuk menentukan arah tujuan perjuangan partinya.

Pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO tidak 'abreast' dengan keadaan baru yang menyelubungi pemikiran dan kehendak semasa rakyat yang baru. UMNO tidak sedar yang rakyat mahu hidup aman damai dengan jiran tetangga dan tidak mahu lagi terkongkong dengan perasaan rasis yang menebal. UMNO masih memainkan perasaan dan sentimen perkauman. Ramai yang telah membabikan saya kerana menyertai DAP tetapi tidak mahu mengenalpasti kenapa ramai orang Melayu sedang berjinak-jinak dengan parti itu selain dari berjinak-jinak dengan PAS dan PKR.

UMNO tidak mahu berkorban dengan mengikuti kehendak rakyat yang dahagakan sebuah kerajaan yang telus dan terhindar dari rasuah besar-besaran. Rakyat sedang mencari penyelesaian terhadap 'capital flight' secara haram yang telah mencecah kepada jumlah melebihi satu trillion ringgit. Rakyat tidak berpuas hati dengan kedudukan yang kelima terbesar jumlah kehilangan wangnya ke luar negara.

Rakyat mengharapkan UMNO yang telah diberikan mandat oleh rakyat untuk mentadbir dengan baik dan jujur, tetapi UMNO tidak juga mahu melakukan kebaikan itu. Maka kebanyakan rakyat sedang menyelesaikan keresahan mereka dengan memberikan sokongan kepada parti lain yang diharapkan dapat memperbetulkan keadaan yang menjijikan ini.

Sikap 'cepat tangan' pemimpin UMNO pada hari ini menyebabkan ramai rakyat yang sudah tidak lagi percaya kepada UMNO. Rakyat sudah mempunyai persepsi yang 'conclusive' terhadap UMNO sebagai parti yang tidak mempunyai seorang pun pemimpin yang boleh dipercayai. Setiap projek kerajaan mesti ada sebahagian dari keuntungan kepada pemimpin yang mengetuai kementerian atau jabatan yang mereka ketuai.

Persepsi buruk ini sudah menjadi stigma yang tidak boleh dibuang lagi. Saya selalu bermimpi untuk memulakan sebuah negara yang baru dengan siasah baru dan ini hanya boleh dilakukan oleh seorang yang berkemampuan dan yang tidak mempunyai 'baggage' dan berpengalaman dalam mentadbir dan mempunyai kemampuan politik yang tinggi. Saya tidak berhenti berdoa agar Tuhan mendatangkan seorang pemimpin yang berkemampuan untuk membetulkan keadaan yang sudah menjadi keresahan rakyat keseluruhannya.

Yang penting, keadaan politik yang tidak menentu ini mesti ditinggalkan dibelakang untuk kepentingan rakyat semua kaum dan negara amnya.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/2012/02/negara-memerlukan-siasah-yang-baru.html


Ulang Tahun Ke-3 Rampasan Kuasa Secara Hina Di Perak

Posted: 06 Feb 2012 06:13 AM PST

Pakatan Rakyat Perak hari ini berkabung bawah sepohon pokok di Ipoh setelah genapnya tiga tahun pemerintahannya selepas tiga ahli dewan undangan negeri (DUN) berpaling tadah dengan keluar parti dan menyokong BN.

Perhimpunan ringkas di Medan Istana, tempat mereka mengadakan 'sidang DUN' pada 3 Mac 2009 menyaksikan kesemua anggota dewan memakai pakaian hitam dan bertafakur seketika.

Selepas menyanyikan lagu Negaraku dan sebahagian mereka berucap, kumpulan itu melepaskan belon hitam ke langit yang menurut mereka melambangkan kebangkitan demokrasi.


Ketika dihubungi Malaysiakini selepas itu, bekas menteri besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata, tarikh 6 Februari akan sentiasa diingati sebagai titik hitam dalam sejarah Malaysia.

Tiga tahun lalu, pada hari ini, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir daripada Umno dilantik sebagai menteri besar Perak yang baru selepas istana memutuskan Nizar gagal mendapat sokongan majoriti dalam DUN.


Saya tak cemburu, Noh kena ikut prosedur !!

Posted: 06 Feb 2012 05:08 AM PST

GOMBAK - Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, beliau tiada masalah jika Datuk Seri Noh Omar mahu membantu pembeli-pembeli pangsapuri Residensi Bistaria, Hulu Klang, tetapi biarlah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu mengikut prosedur.

Iskandar berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah berhubung perkara tersebut walaupun pihaknya memantau perkembangan melalui perbincangan yang diadakan bersama pemaju sepanjang tempoh empat tahun lalu.

Beliau menegaskan, sepatutnya ia dijalankan mengikut prosedur peraturan yang sedia ada kerana rumah tersebut masih belum mendapat sijil layak menduduki bangunan (CF).


"Saya tiada masalah walaupun kita pantau perkara ini sepanjang tempoh empat tahun tetapi akhirnya menteri yang turun, tetapi biarlah mengikut peraturan kerana laporan dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya ( MPAJ) menunjukkan pada hari kunci diserah pemaju belum lagi memohon untuk mendapat CF.

"Selepas kunci diberi baru nak usaha dapatkan CF. Patutnya menteri ikutlah prosedur yang lebih tinggi," katanya pada sidang media Majlis Kesyukuran sempena kelulusan permohonan tanah penduduk Kampung Bendahara, di Batu Caves dekat sini, hari ini.

Iskandar menekankan beliau tidak 'cemburu' kunci tersebut diserahkan oleh Noh kepada pembeli-pembeli tetapi hanya mempertikaikan berhubung soal CF yang melibatkan perundangan.

Iskandar mendakwa, tindakan seperti itu dilakukan mungkin kerana pilihan raya yang semakin hampir.

"Faham-faham sahajalah. Saya rasa mungkin sebab itulah kerana pilihan raya semakin dekat. Saya lihat Umno tiada isu atau sebarang benda yang nak dibanggakan di negeri ini.

"Jadi dia (Umno) perlu sesuatulah tetapi tidak mengapalah yang penting ikut undang-undang," katanya.

Pada Selasa lalu, Iskandar berkata, beliau mengalu-alukan hasrat Noh, yang juga Timbalan Pengerusi Umno Selangor untuk membantu pembeli-pembeli rumah di Ukay Bistari, Hulu Kelang.

"Tetapi ia mestilah usaha yang bersungguh-sungguh dan bukan untuk mencari publisiti," kata Iskandar sambil menambah, terdapat kekeliruan dan banyak persoalan menyelubungi majlis serah kunci oleh Noh kepada pembeli-pembeli pangsapuri Residensi Bistaria, 30 Januari lepas.

Pertama, katanya, laporan Majlis Perbandaran Ampang Jaya atau MPAJ menunjukkan pemaju pada hari kunci diserah belum lagi memohon untuk mendapat sijil layak menduduki bangunan atau CF.

Tanpa CF, meter air tidak dapat dipasang maka sudah tentu penduduk tidak dapat berpindah masuk secara sah.

Oleh itu, katanya, beliau menasihatkan Noh untuk tidak mempolitikkan masalah rakyat.

Dalam pada itu, Iskandar menambah, Kerajaan Negeri berjaya menyelesaikan 30 peratus masalah melibatkan 144 projek perumahan terbengkalai sejak mengambil alih tampuk pemerintahan.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata, daripada jumlah itu 20 peratus berjaya disiapkan manakala bakinya sedang dibina.

"Memang ada 144 yang terbengkalai tetapi apabila kita ambil alih 20 peratus kita dah siapkan.

"Sepuluh peratus lagi kita dapat selesaikan melalui pemaju yang baru atau kita mulakan semula," katanya pada sidang media selepas Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat di Kampung Bendahara di sini, hari ini.

Majlis tersebut diadakan sempena kelulusan pemilikan tanah di kampung tersebut setelah 20 tahun penduduk menantikannya.

Dalam perkembangan berasingan, sebanyak 220 geran tanah diluluskan oleh Kerajaan Negeri bagi penduduk di kawasan tersebut setelah menanti 20 tahun.

Iskandar berkata, bagaimanapun, 20 permohonan ditolak kerana tanah kosong.


Mahasiswa jangan terpedaya dakyah pembangkang

Posted: 06 Feb 2012 02:31 AM PST

PUTRAJAYA 6 Feb. - Mahasiswa diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan dakyah pembangkang yang sengaja memburuk-burukkan segala dasar dan pelaksanaan kerajaan sejak negara mencapai Merdeka.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sebagai golongan pandai dan harapan negara, mahasiswa seharusnya bijak berfikir dan membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan sesuatu perkara secara keterlaluan.

"Bila kita dirasuk atau diracuni pemikiran sehingga kadang-kala kita tidak ada timbangtara langsung. Jadi, kita mesti gunakan akal kita untuk membuat timbangtara sebab mahasiswa nak idealisme-idealisme yang tertentu tetapi kita juga mesti gunakan akal kita untuk membuat apa yang kita patut hendak buat," katanya di sini hari ini.


Beliau berkata, tindak tanduk mahasiswa yang keterlaluan juga tidak sama sekali menjejaskan nama baik universiti dan ketenteraman awam negara ini.

Katanya, sebagai kerajaan yang prihatin dan utamakan kebajikan rakyat, kerajaan sedia mendengar ketidakpuasan, rungutan, cadangan dan idea mahasiswa serta melakukan penambahbaikan sekiranya perlu.

Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, pembangkang telah mewujudkan satu unit tindakan daerah di seluruh negara bagi

meracuni fikiran dan memecah belahkan rakyat.

"Mereka ini diasuh oleh orang tertentu untuk memecah belahkan masyarakat. Mereka masuk dalam kawasan tertentu iaitu kawasan sasaran yang mereka menang nanti dan mereka akan racun pemikiran rakyat," katanya.

- BERNAMA


Tiada ulasan: