Isnin, 6 Februari 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Tokoh MLM Paling Berjaya Tahun Ini

Posted: 05 Feb 2012 09:04 PM PST


Berjaya mengumpul 2 juta downline setiap kali berceramah tentang cara-cara menjual beras JATI cap 'akidah'.. kahkahkah...

Negeri Sembilan Akan Jatuh Ke Tangan Pas

Posted: 05 Feb 2012 08:39 PM PST

PAS berpotensi di lapan DUN Negeri Sembilan

PAS Negeri Sembilan mengenalpasti lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berpotensi dimenangi dalam pilihan raya umum depan, kebanyakannya di kawasan pengundi campuran seperti Klawang, Gemencheh dan Chembong.

Pesuruhjaya PAS negeri Mohd Taufek Abdul Ghani berkata, di kawasan-kawasan itu, pengundi bukan Melayu yang kebanyakannya didakwa Pro-Pakatan Rakyat mencapai jumlah sehingga 40 peratus.

"Justeru saya merasakan ada lapan kerusi yang kita tumpukan untuk kita menang di samping menggerakkan juga kerusi-kerusi lain agar ianya menjadi kemenangan luar jangkaan.


"Setakat ini, semua kawasan sasaran kita ini telah digerakkan jenteranya semaksimum mungkin dan kita yakin, jika semuanya lancar, kemenangan akan menyebelahi kita," anggota DUN Paroi itu dipetik sebagai berkata.

Dalam pilihan raya umum lalu, kecuali Taufek, semua calon PAS tewas di tangan BN. Bagaimanapun, Pakatan Rakyat berjaya menjadi pembangkang kuat di negeri itu apabila DAP menang di tujuh kerusi dan PKR pula berjaya di empat kawasan.

Sekiranya sasaran PAS itu berjaya dan kerusi sedia ada dapat dipertahankan, di atas kertas, Pakatan berjaya mengambil alih negeri itu daripada BN.

Dalam wawancaranya yang disiarkan dalam blog wartawan kanan Harakah, Taufek berkata, tidak melupakan pengundi Melayu, pihaknya melancarkan awal manifesto mereka yang antaranya cuba menyelesaikan masalah tanah adat.

Beliau juga mendakwa mendapat kelebihan di kawasan Felda seperti Serting yang dijadikan Felda Angkat oleh NGO yagn dekat dengan PAS Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (ANAK).

"Saya nampak peluang menang sebenarnya cerah kerana kita hanya dipisahkan dengan empat kerusi sahaja dalam pilihan raya umum yang lalu untuk menerajui Negeri Sembilan.

"Justeru dengan gerak kerja yang jauh lebih teratur, saya yakin kita berada di landasan yang sangat baik untuk menerajui negeri ini," katanya.

Sementara itu, berhubugn pemilihan calon, Taufek berkata, majoriti calon PAS di Negeri Sembilan muda baru dan berumur sekitar 40-an.

"Kita ada calon yang sangat dikenali masyarakat, bekas imam, bekas pegawai kerajaan, pengurus bank dan sebagainya, kita sangat kritikal dalam memilih calon," katanya.


2 juta hadiri ceramah MLM Hasan Jati di Ampang Indah...

Posted: 05 Feb 2012 06:09 PM PST


Habis jem jalan2 di Ampang Indah, Kosas dan Bukit Indah malam ini. 2 juta orang telah hadir untuk mendaftar jadi downline Hasan Jati.

Van seperti di atas merata2 di jalanraya mengangkut pelabur-pelabur Jati. Wa caya....

http://kopitiam-bang-nan.blogspot.com/2012/02/2-juta-hadiri-ceramah-mlm-hasan-jati-di.html

Sekali Lagi Shahrizat Cuba Heret Wanita Umno Dengan Lembunya

Posted: 05 Feb 2012 04:33 AM PST

Wanita Umno akan beri Rafizi baju kurung merah putih, kata Shahrizat

KUALA LUMPUR, 5 Feb—Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil hari ini berkata beliau akan menghantar baju kurung merah putih kepada "penghendap" dalam PKR menambah yang berniat mahu mengambil alih jawatan itu.

Secara jelas merujuk kepada Rafizi Ramli, yang telah mengetuai serangan PKR terhadap Shahrizat dan Pusat Fidlot Nasional (NFC), menteri Kabinet ini berkata idea itu diberikan Wanita Umno pada satu mesyuarat baru-baru ini.

"Beliau akan kelihatan bagus dalam merah dan putih, nampak sedikit jambu. Wanita Umno akan menghantarnya kepada penghendap saya," katanya kepada pemberita di Hospital Kuala Lumpur di sini.


"Kerana saya rasa orang ini berhasrat untuk menjadi ketua wanita Umno, mungkin beliau pemimpin wannabe (tetapi) partinya tidak mempunyai ramai anggota. Wanita Umno mempunyai 1.3 juta ahli jadi beliau boleh rasa kuat."

Shahrizat telah berulang kali dikaitkan dengan skandal projek berkenaan berikutan peranan suaminya di dalam National Feedlot Corporation (NFCorp) sebagai pengerusi dan anak-anaknya merupakan ahli lembaga pengarah syarikat tersebut.

Projek dana awam bernilai RM250 juta itu telah dikatakan "bercelaru" oleh akhbar berbahasa Inggeris The Star selepas dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Terma itu kemudiannya digunakan oleh media bagi merujuk kepada NFC selepas PKR melancarkan siri pendedahan berterusan yang menunjukkan dana projek itu telah disalah gunakan.

Pengarah strategik PKR, Rafizi mendakwa RM27 juta telah digunakan untuk pembelian tanah dan hartanah yang tidak berkaitan dengan projek ternakan lembu tersebut, yang diuruskan oleh Shahrizat dan keluarganya.

Aset syarikat itu telah dibekukan selepas polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan.

Shahrizat kemudian mengambil cuti selama tiga minggu untuk membenarkan siasatan dijalankan.


Saya paling rapat dengan Dr Hasan

Posted: 05 Feb 2012 02:52 AM PST

PETALING JAYA: Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed mungkin paling kecewa dengan keputusan Datuk Dr Hasan Ali tidak mahu merayu menyertai semula PAS.

Naib ketua dewan ulamak PAS mengakui beliau sangat rapat dengan Dr Hasan yang dipecat dari parti awal Januari lalu.

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu dipecat kerana mempunyai pendirian berbeza dengan parti dan juga Pakatan Rakyat.


Dr Hasan yang menubuhkan NGO JATI kerap menyerang PAS dalam siri program di seluruh negara.

"Saya kenal rapat dengan Dr Hasan dan selalu bertemu di masjid Mujahiddin Damansara Utama.

"Malah saya orang pertama yang diarahkan parti bertemu bekas exco agama kerajaan negeri Selangor untuk mendapatkan penjelasan mengapa menyerang PAS.

"Saya dan isteri pergi ke rumah Dr Hasan di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur tetapi beliau tidak membuka pintu untuk kami masuk.

"Jadi kami tidak dapat bertemu Dr Hasan," kata Dr Mahfodz.

Nasharuddin janji kekal

Berbeza dengan Nasharuddin Mat Isa, ahli parlimen Bachok itu berjanji kekal dengan perjuangan PAS.

Kata, Dr Mahfodz, beliau mendapat kepastian itu dari SMS yang dihantar oleh bekas naib presiden PAS itu.

Masa depan Nasharuddin dalam PAS menjadi tanda tanya selepas kegagalan mempertahankan jawatan dalam pemilihan parti Julai tahun lalu.

Beliau yang sudah dua penggal menjadi timbalan presiden PAS kalah kepada pemimpin veteran Mohamad Sabu.


Tiada ulasan: