Selasa, 14 Februari 2012

Biaqpila

Biaqpila


KEPUTUSAN LIGA SUPER 14/2/2012

Posted: 14 Feb 2012 06:47 AM PST

Beli IPhone 4s Dapat Berus Cat

Posted: 14 Feb 2012 04:00 AM PST



JOHOR BAHRU: "Saya terkejut selepas membuka kotak dikirim apabila mendapati ia hanya mengandungi berus cat terpakai, komik berbahasa Cina serta telefon mainan dan bukannya iPhone 4s yang menjadi idaman," kata Faizal Hussin, 41, dari Taman Impian Jaya.

Faizal yang juga pengurus sebuah syarikat swasta di sekitar bandar raya ini berkata, dia kerugian RM1,750 selepas diperdaya sindiket penjualan telefon bimbit terbabit yang beroperasi menerusi laman web.

Mengimbau kejadian, Faizal berkata, ketika melayari portal pengiklanan sindiket terbabit pada 3 Januari lalu, dia tertarik dengan iPhone 4s yang ditawarkan pada harga RM1,750 seunit oleh Jay One Communication and Services memandangkan harganya lebih murah berbanding harga pasaran iaitu sekitar RM2,400.

"Saya menghubungi nombor tertera untuk membuat pertanyaan berkaitan telefon bimbit berkenaan sebelum diminta memasukkan bayaran ke akaun bank tertera nama Yow Wei Xian.

"Telefon bimbit berkenaan pula dijanjikan dalam tempoh dua hari menerusi Poslaju. Kiriman itu tiba dua hari kemudian iaitu pada 5 Januari lalu, namun saya terkejut mendapati ia hanya berus cat terpakai, komik serta telefon mainan," katanya.

Faizal mendedahkan perkara itu pada prosiding Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), semalam.

Menyambung keterangannya, Faizal berkata, dia berusaha mengesan alamat syarikat terbabit berdasarkan nombor akaun bank penerima bayaran berkenaan iaitu di Muar.

"Saya ke premis itu dan mendapati ia rumah yang disewa beberapa lelaki Melayu.

"Pada 10 Januari lalu, saya terkejut apabila membaca laporan Harian Metro yang mendedahkan seorang bekas pegawai bank menerima lesung batu selepas membayar RM3,250 untuk membeli tiga unit telefon pintar daripada syarikat sama," katanya.

Faizal memfailkan tuntutan berkenaan kepada TTPM dengan harapan mendapat pembelaan sewajarnya dan menamakan Jay One Communication and Services dan penama akaun, Yow dalam tuntutannya bagi mendapatkan ganti rugi berikutan penipuan itu.

Presiden TTPM, Maznah Haron kemudian memerintahkan penentang kedua iaitu Yow selaku pemegang akaun yang menerima wang pembelian telefon bimbit terbabit mengembalikan RM1,750 kepada mangsa dalam tempoh 14 hari.

Tuntutan yang difailkan terhadap Jay One Communication and Services pula dibatalkan. Ketika prosiding, Jay One Communication and Services dan Yow tidak hadir untuk mengemukakan hujah bagi mengetepikan tuntutan difailkan terhadap mereka.

Maznah turut menasihatkan Faizal supaya membuat laporan polis berkaitan kes itu selain lebih peka dan tidak mudah terpedaya dengan barangan yang ditawarkan pada harga murah terutama ketika berurusan menerusi Internet.

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

PASANGAN DIBELIT ULAR KETIKA MELAMPIAS NAFSU

Posted: 14 Feb 2012 01:00 AM PST


Gambar Hiasan


Melihat pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini mengenai anak bangsa kita yang melakukan perbuatan terkutuk di dalam hutan terutamanya di pusat-pusat perkelahan mengingatkan….

Pengalaman saya berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun lalu," beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang dikenali ramai. Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan tersebut kerana sepanjang menjadi penceramah,

kaunselor dan merawat orang, dia didatangi oleh golongan remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat terlanjur terutamanya si wanita yang mengandung setelah berzina di merata tempat tak kira hutan, hotel, rumah kosong, dalam semak, kereta dan sebagainya.

"Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi.

Mereka ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan. Mereka sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram," tegas beliau dengan nada kesal. Berbalik kepada pasangan tunang yang datang menemui beliau di pejabatnya di Batu Caves, Selangor ketika itu, Ustaz Abdullah menjelaskan pasangan itu yang berumur lingkungan pertengahan 20-an itu datang untuk meminta pertolongannya.

"Apa yang boleh saya bantu encik?"

Tanya Ustaz Abdullah kepada mereka. Si lelaki kelihatan malu-malu untuk menceritakan masalahnya manakala si perempuan mencubit paha lelaki itu mungkin meminta agar segera menceritakan masalah mereka. Ustaz Abdullah yakin masalah yang dihadapi oleh pasangan itu agak berat kerana berdasarkan pengalaman, lazimnya hanya mereka yang menghadapi masalah besar saja akan pergi menemui kaunselor atau ustaz bagi mencari jalan agar kekusutan yang dialami mereka terlerai.

"Ustaz…macam ini, saya dan tunang saya ada masalah sikit. Ketika tidur, saya selalu nampak ular dalam rumah. Begitu juga dengan tunang saya. Seringkali ketika tidur, tunang saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang membelitnya."

"Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana sering terbayang ada ular," beritahu lelaki itu ringkas.

Mendengar masalah itu, Ustaz Abdullah termenung sejenak. Dia merenung memikirkan "penyakit" aneh yang dihadapi oleh pasangan itu.

"Awak pernah pukul ular ke?"

Ustaz Abdullah mengajukan soalan rambang . Bagaimanapun lelaki itu menggeleng kepala sambil memberitahu dia tidak pernah memukul ular. Lelaki itu turut memberitahu dia dan tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu badan mereka menjadi lemah tidak bermaya akibat sering terkejut.

Mereka juga menyatakan telah pergi menemui beberapa orang bomoh meminta air penawar agar kelibat ulat tidak tergambar lagi dalam bayangan matanya tetapi semuanya tidak menjadi. "Selalunya kalau jadi macam ni, pasti ada sebabnya.

Kalau tidak ada sebab tertentu, setahu saya perkara seperti ini tidak akan berlaku tambahan lagi berdasarkan pengamatan saya, awak berdua bukan terkena sihir," kata Ustaz Abdullah yang menyedari pasangan tunang itu cuba menyembunyikan cerita yang sebenar kepadanya.

Namun lelaki itu tetap berkeras menyatakan mereka tidak pernah melakukan sesuatu kesalahan seperti memukul ular dan sebagainya."Tak perlu hendak malu. Saya hendak tahu ini pun, bukannya saya bermaksud hendak campur hal encik tapi dengan mengetahui puncanya, mudahlah sikit saya berikhtiar kalau-kalau ada serasi, Allah akan makbulkan permohonan kita," pujuk Ustaz Abdullah lagi.

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, wajah mereka tiba-tiba berubah. Si perempuan pula tiba-tiba menitiskan air mata manakala yang lelaki tunduk ke bawah memandang lantai.

Dia kelihatan malu untuk bertentangan mata dengan Ustaz Abdullah. "Macam ini Ustaz, sebenarnya saya kena belit ular sawa setahun yang lalu, sejak itu saya mengalami masalah ini, sering diganggu dengan bayangan ular. Tunang saya juga kena belit ular," akui lelaki itu agak mengejutkan Ustaz Abdullah.

Ustaz Abdullah yang tidak begitu faham dengan penjelasan itu terus bertanya kepada mereka bagaimana cerita yang sebenarnya. Barangkali setelah yakin dengan keikhlasan Ustaz Abdullah untuk membantu, akhirnya pasangan itu menceritakan segala-galanya. Cerita lelaki itu, kejadian itu berlaku sebelum mereka bertunang.

Pada suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah syarikat yang sama di Shah Alam, Selangor mengatur janji untuk pergi ke sebuah tempat perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan bekerja syif malam telah mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana pada hari tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu asmara dan bercengkerama.

Menurut lelaki itu lagi, sebelum itupun, mereka pernah pergi ke situ pada hujung minggu. Bagi mereka, pada hujung minggu tidak sesuai kerana, pengunjung terlalu ramai, maka menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu. Itupun mereka memilih tempat terlindung tetapi tidak terlepas daripada gangguan pemuda-pemuda yang suka mengendap.

"Hanya dua bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari, saya berkenalan dengan tunang saya ini sudah enam bulan.

Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu," nyata lelaki itu sambil menangis. Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai sebatang anak sungai itu, dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. Pada tengahari itu memang sunyi. Seorang
manusia pun tidak kelihatan.

Bukan main seronoklah mereka berdua kerana dapat bermadu kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau ada yang mengintip di sebalik semak atau diserbu pihak berkuasa tapi perasan rindu dendam yang membara mengatasi segala-galanya. Di situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan. Kemudian melarat ke bahagian lain pula.

Seterusnya nafsu mula menguasai diri masing-masing. Berbekalkan kertas suratkhabar, ia dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si perempuan dilucutkan satu demi satu, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan pakaian. Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa sedang mengeram.

"Kami tak sedar ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak melarikan diri," cerita lelaki itu dengan perasaan kesal. Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pada bila-bila masa kerana setiap kali mereka meronta, semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka.

"Saya menjerit sekuat hati meminta tolong. Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting, nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak sabar-sabar hendak menelan saya," beritahunya tanpa segan silu lagi.

Keadaan kekasihnya semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah. Lelaki itu tidak mampu berbuat apa-apa. Kudratnya tidak terdaya menandingi ular besar itu.

Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari sebalik semak sambil memegang sebatang kayu untuk memukul kepala ular itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut. Pemuda itu teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu. "Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yang tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut.

"Akhirnya, ular itu terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu bergerak lagi manakala kekasih saya pengsan. Pemuda itu memakaikan semula baju kami. Kemudian dia pergi meminta bantuan orang untuk menghantar kami ke hospital. Dia hanya seorang diri. Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari mana dia datang. Saya syak mungkin pada mulanya dia sedang mengintai saya buat "projek," cerita lelaki itu lagi. Akibat belitan ular tersebut, pasangan itu mengalami kecederaan agak teruk iaitu si lelaki patah satu tulang rusuknya manakala kekasihnya patah dua batang tulang rusuk.

Empat bulan selepas kejadian itu, mereka melangsungkan pertunangan dan merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat setelah didesak oleh keluarga yang mengetahui kejadian itu. Bagi mereka, masalah sering dihantui oleh bayangan ular lebih perit daripada menanggung kesakitan akibat patah tulang rusuk.

Akibat "badi" itu, tidur malam mereka terganggu setiap malam dan walau kemana sekalipun berada,mereka terbayang berhampiran mereka ada banyak ular. Mendengar penjelasan lelaki itu, fahamlah Ustaz Abdullah apa sebenarnya yang terjadi. Namun sebelum merawat pasangan itu, beliau telah menasihatkan mereka agar bertaubat kerana telah melakukan perbuatan zina.

Ustaz Abdullah juga memberitahu mereka, berkemungkinan peristiwa dibelit ular itu adalah balasan Tuhan di dunia di atas perbuatan mereka itu. "Awak berdua patut bersyukur. Saya rasa Allah sayangkan awak berdua. Dia bagi azab kecil kepada awak berdua mungkin supaya awak insaf dan segera bertaubat.

Kalau nak ikutkan, ramai orang berzina tetapi Allah tidak mahu menunjukkan balanya di dunia ini, maka kerana tidak pernah dijatuhkan bala itu, mereka ini berterusan melakukan zina," nasihat beliau membuatkan pasangan itu menangis tersedu-sedu sambil berjanji akan bertaubat serta berkahwin secepat mungkin.

Ustaz Abdullah memberi sebotol air penawar. Air itu digunakan untuk mandi dan minum. Di samping itu, Ustaz Abdullah menasihatkan pasangan itu agar sering mengingati Tuhan semoga penyakit fobia mereka hilang. Mereka pulang dengan wajah riang dan tidak lama kemudian lelaki itu menghubungi Ustaz Abdullah memberitahu mereka berdua telah sembuh sepenuhnya dan menjemput beliau hadir ke majlis perkahwinan mereka.

harian metro

abusyahirah

KEMPEN SAY NO TO VALENTINE'S DAY

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tumbuk menumbuk di ceramah Anwar

Posted: 13 Feb 2012 11:00 PM PST



Ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Felda Tun Ghafar di Alor Gajah, Melaka, petang semalam dicemari oleh kekecohan di antara penyokong PKR dan BN.

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan pada kejadian petang semalam itu, kira-kira 50 penyokong BN didakwa sengaja melakukan provokasi kerana membantah kedatangan ketua umum PKR itu.

Mereka mendakwa Anwar cuba menghasut penduduk kampung hingga berlakunya pecah belah di kalangan mereka.

Menurut akhbar itu lagi, akibat tidak puas hati, berlaku pertikaman lidah dan tolak menolak di hadapan balai tempat Anwar berucap. Keadaan dilaporkan menjadi tegang apabila seorang daripada penyokong BN ditumbuk dan berlaku pergelutan.

Seorang penyokong BN yang dikenali sebagai Nizam Baharom dipetik Sinar sebagai menyalahkan penyokong PKR yang bertindak agresif dengan menumbuk seorang daripada rakannya.

Kekecohan di Felda Tun Ghaffar di Hutan Pecah, Alor Gajah itu kemudiannya berjaya dileraikan dengan kehadiran pihak polis.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superitendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, kekecohan itu akibat rasa tidak puas hati satu pihak berikutan kedatangan Anwar dan bahawa tiada tangkapan dibuat.

MK

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

ISTERI BERANG CANGKUL KEPALA SUAMI CURANG

Posted: 13 Feb 2012 08:16 PM PST



BOGOTA: Seorang isteri yang berang apabila mengetahui suaminya curang, telah bertindak nekad apabila 'mencangkul' kepala lelaki tersebut.



Kejadian yang berlaku di Bogota Colombia itu telah mengejutkan penduduk di kawasan berkenaan.



Maria Savez yang mengetahui suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan pembantu dirumahnya, bertindak sedemikian setelah terserempak kedua-dua mereka melakukan intim di dalam bilik.





Maria yang didalam keadaan marah, telah berlari mengambil sebatang cangkul dan menyerang suaminya hingga menyebabkan cangkul tersebut terbenam di kepala lelaki itu.



Lelaki malang terbabit dikejarkan ke Hospital dan segera dibedah bagi mengeluarkan cangkul berkenaan.



Pembedahan itu mengambil masa selama 6 jam sebelum suami Maria kembali stabil.








KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Najib kecut perut lewatkan PRU13

Posted: 13 Feb 2012 05:00 PM PST


Oleh SELENA TAY
SUDAH nampak ketara sangat bahawa Perdana Menteri Najib Tun Razak sengaja menunda tarikh pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ke hadapan dan lagi ke hadapan.Nampaknya Najib langsung tidak yakin bahawa beliau akan meraih sokongan dua pertiga daripada undi rakyat.

Itu yang menghairankan sebab gula-gula sudah banyak diberi terutamanya RM500 bantuan wang tunai (BR1M). Ini menunjukkan bahawa rakyat semakin celik dan cerdik.

Hari ini beri RM500 tetapi esok apabila negara mengalami masalah kewangan yang teruk, apa pula yang akan terjadi?
Itulah yang mesti diketengahkan oleh Pakatan Rakyat dalam setiap ceramah dan sesi rapatrakyat. Bahkan masa sekarang juga, untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah dan yang gagal memperolehi pinjaman bank, wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan digunakan untuk memberi pinjaman kepada mereka. Ini dengan jelasnya menunjukkan bahawa wang rakyat dalam KWSP yang akan digunakan untuk membantu rakyat.

Adakah ini dilakukan sebab Kerajaan BN tidak mampu atau tidak berhasrat untuk menggunakan wang daripada khazanah kerajaan untuk membantu golongan yang mengalami kesukaran memperolehi pinjaman bank?

Ini bermakna Kerajaan BN telah gagal sama sekali dalam menzahirkan slogan 1-Malaysia Rakyat Didahulukan. Tidak perlu untuk BN melaunglaungkan slogan kosong ini sebab ia akan menjadi bahan ketawa sahaja. Oleh sebab itulah PM Najib tidak berani membubarkan Parlimen sebab pencapaian BN tidak ada yang dapat dibanggakan.

Selain itu, ramai yang tidak dapat wang BR1M RM500 itu.

Penulis ini yang tinggal di kubu kuat DAP di Kepong Baru telah dianaktirikan walaupun gaji kurang RM2,000, apatah nak disebut RM3,000.

Di manakah perginya baki wang BR1M (yang keseluruhannya lebih dari RM2 bilion) yang telah diperuntukkan tetapi tidak diedarkan? Adakah ia akan digunakan oleh BN dalam kempen PRU13 nanti?

Ada lagi skim SARA (Skim Amanah Rakyat). Ini satu skim yang memang patut diragui. Labur RM5,000 sekali gus dan selepas lima tahun dapat pulangan RM13,000. Pulangannya lebih daripada dua kali ganda!

Bolehkah ia dipercayai? Memang tidak masuk akal sama sekali. Apakah muslihat BN di sebalik projek BR1M dan SARA ini? Mengapakah kedua-dua skim ini dilancarkan dekat dengan masa PRU13?

Rakyat Malaysia disarankan supaya memikir baik-baik sebelum mengundi. Ingatlah pantun ini: Ada sungai ada buaya, Janji BN janganlah terpedaya.


detikdaily


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: