Sabtu, 4 Februari 2012

Askamakalikada

Askamakalikada


ANG POW PUTIH RAFIDAH

Posted: 03 Feb 2012 06:01 AM PST

Bila bekas menteri, Tan Sri Rafidah mula ber'kokok' mengulas isu NFC apalagi mencadangkan pemimpin yang terlibat baik secara langsung atau tidak langsung berundur, ops bukan berundur tapi letak jawatan maka ianya harus dilihat secara menyeluruh. Bukan sahaja dalam isu NFC malah apa jua isu yang pastinya mencipta beban kepada umNO be end. Kesimpulannya pemimpin yang mencipta isu sebegini sehingga rakyat keseluruhannya meragui kredibiliti pemimpin tersebut walaupun isu itu belum sahih benarnya tetap merupakan liabiliti dan bukan lagi sebagai aset kepada parti kesayangannya. Untuk itu letaklah jawatan secara terhormat. Tapi adakah ianya akan didengari oleh pemimpin umNo be end? Ya, sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin umNO be end ini akan pertahankan kedudukannya setakat mampu walau didesak walau diasak, melainkan ketuanya PM sendiri yang meng'halau' mereka.

Maka 'cemuhan' Tan Sri Rafidah harus juga dituju bukan sahaja kepada Datuk Seri Shahrizat tapi juga kepada yang lain. Antaranya Jamil Khir, Noh Omar, Ali Rustam, Zambery Kadir, Taib Mahmud, Adnan Yaakob dan ramai lagi. Tumbanglah umNO be end sekiranya golongan ini masih dirasakan relevan.

Apa bezanya gambar diatas dengan yang dibawah? Tak ada bezanya! Kedua-duanya mengherdik kaum Tionghua.
Ayuh, pengundi Cina seluruh negara tolak mereka ini, humban mereka ini di PRU 13 nanti.

Undilah PAS, PKR dan DAP. Undilah PAKATAN RAKYAT !

Tiada ulasan: