Selasa, 28 Februari 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Pemuda UMNO Seremban pengganas sebenar di Himpunan Hijau Pulau Pinang..

Posted: 28 Feb 2012 06:26 AM PST



Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin telah mengakui bahawa 'Samseng UMNO' yang terlibat dalam kejadian kekecohan dalam Himpunan Hjau 2.0 yang berlangsung di Esplanade Speaker's Square, Pulau Pinang adalah Ahli UMNO Bahagian Tanjung.


Sebenarnya hanya beberapa kerat sahaja Ahli UMNO Bahagian Tanjung yang terlibat dalam kekecohan itu, kerana perlu diketahui di Pulau Pinang ini UMNO semakin dipinggirkan jadi keahlian mereka juga semakin berkurangan..

Jika diperhatikan gambar-gambar serangan ganas yang dipaparkan di kebanyakkan media, kebanyakkan dari 'Samseng UMNO' yang dikatakan Ahli UMNO Bahagian Tanjung oleh Shaik Hussein memakai kap atau topi berwarna putih.

Hampir keseluruhan yang mengenakan kap putih itu adalah Ahli UMNO Bahagian Seremban, Negeri Sembilan ..







Mereka telah hadir ke Pulau Pinang bagi menyertai Program Gotong Royong Perdana yang diadakan oleh Dato' Seri Dr Hilmi Hj Yahaya ADUN Teluk Bahang di Sek.Agama Rakyat Sg.Pinang Balik Pulau, pagi 26/02/2012.








Dalam hati mungkin berkata "Berjaya juga aku perbodohkan budak-budak ni"





Mereka dilaporkan berada di di Esplanade Speaker's Square, pada sebelah petangnya bagi menganggu Himpunan Hijau 2.0 yang berlangsung di situ.











Apa yang jelas di sini ialah UMNO Pulau Pinang sememangnya semakin kekurangan Ahli, oleh itu bagi menjayakan provokasi mereka kali ini, mereka telah memperbodohkan Pemuda UMNO Seremban.

Jika diperhatikan dengan teliti gambar-gambar dari insiden ini.. sekali lagi kita akan melihat anak-anak Melayu dari Negeri Sembilan telah diperbodohkan oleh Mamak UMNO Tanjung..

Persoalannya di sini ialah siapakah yang mengarahkan mereka untuk mengganas di Himpunan Hijau 2.0 di Pulau Pinang ini?

Adakah ADUN Teluk Bahang turut terlibat dalam misi ini?

************************************************


Laporan Polis telah dibuat oleh Jingga 13 Pulau Pinang

Kenyataan Media oleh Jingga 13 Pulau Pinang

Kenyataan Akhbar
Jingga 13 Pulau Pinang
28 Februari 2012

JINGGA 13 Pulau Pinang mendesak polis menyiasat insiden wartawan Kwong Wah Yit Poh, Adam Chew, 29 yang menerima 8 jahitan di lengan dan Lee Hong Chun, 25, dipukul dengan topi kar gara-gara diserang oleh sekumpulan pemuda di Himpunan Hijau 2.0 di Padang Kota Lama dekat George Town pada Ahad lepas.

Grup provokator berkenaan rata-ratanya memakai topi "Umno Seremban". Dari gambar yang didedahkan, beberapa pemuda liar berkenaan dikenal pasti sebagai pemuda Umno Balik Pulau.

Jingga 13 Pulau Pinang tidak menolak kemungkinan bahawa Ketua Bahagian
Umno Balik Pulau merangkap Adun Telok Bahang, Datuk Seri Dr Mohd Hilmi
Yahya mungkin mengetahui siapakah dalang sebenar di sebalik tindakan liar
pemuda berkenaan menyerang wartawan dan rakyat yang menyertai perhimpunan aman tersebut.

Ini kerana, dilaporkan, Umno Balik Pulau dengan partisipasi kira-kira 50 pemuda Umno Seremban mengadakan Program Gotong Royong Perdana di Sekolah Agama Rakyat Sungai Pinang, Balik Pulau sebelum pergi ke Padang Kota Lama.

Pemuda yang memakai topi "Umno Seremban" dalam gotong-royong tersebut adalah antara mereka yang terlibat dalam aksi provokasi tersebut.

Malaysia adalah negara yang aman, rakyat tidak perlu amalan politik liar dan provokasi. Jingga 13 Pulau Pinang mendesak polis menyiasat segera kumpulan provokator yang menyerang wartawan terbabit.


TOLAK BUDAYA POLITIK SAMSENG

Amizudin Ahmat
Koordinator
Jingga 13 Pulau Pinang

“Cina Babi, Cina Pulau Pinang Bodoh, Babi Sokong Lim Guan Eng" kata ahli UMNO dan PERKASA

Posted: 28 Feb 2012 02:50 AM PST



Hampir dua tahun lalu, Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang telah menubuhkan Sudut Pidato di Padang Kota Lama bukan sahaja untuk membenarkan kebebasan bersuara tetapi juga kebebasan selepas bersuara.


Sudut Pidato mendukung semangat "Pendapat anda mungkin berbeza dengan saya, tetapi saya akan mempertahankan hak anda untuk menyuarakannya." Sudut Pidato adalah untuk kegunaan umum untuk menyuarakan pendapat tanpa ancaman atau ketakutan. Untuk sebab ini, Kerajaan Negeri jarang menganjurkan acara di Sudut Pidato.

Pada 26 Februari 2012, saya telah sampai pada pukul 6.30pm di Padang Kota Lama untuk menghadiri Himpunan Hijau 2.0, acara yang dianjurkan NGO Pulau Pinang Suaram untuk membantah pembinaan loji nadir bumi di Kuantan.



Sebelum ketibaan saya, Ahli Exco kanan Pulau Pinang YB Chow Kon Yeow yang sudah sampai pada pukul 6pm telah memberitahu saya bahawa perhimpunan aman tersebut telah diganggu oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa.

YB Chow berkata bahawa seramai 1,000 orang hadir untuk membantah Lynas berbanding dengan 100 orang ahli-ahli UMNO dan Perkasa yang menyokong Lynas. Beliau memberitahu saya bahawa ahli-ahli UMNO dan Perkasa sedang bertindak ganas.

Ahli-ahli UMNO dan Perkasa telah menggunakan taktik keras seperti menolak dan mengasak untuk memaksa golongan anti-Lynas untuk beredar meninggalkan padang. Mujur, golongan anti-Lynas tidak bertindak balas terhadap keganasan ahli-ahli UMNO dan Perkasa. Mereka hanya duduk atas padang dan enggan beredar seperti yang diarahkan oleh UMNO dan Perkasa.

Saya telah memutuskan untuk meneruskan perjalanan ke acara Himpunan Hijau 2.0 dan telah sampai pada pukul 6.30pm dalam kereta rasmi PG1.




Setibanya saya di situ, saya telah menjadi sasaran tingkah laku ganas ahli-ahli UMNO dan Perkasa. Mereka telah menggunakan bahasa kasar, makian dan carutan perkauman seperti "Cina Babi, Cina Pulau Pinang Bodoh, Babi Sokong Lim Guan Eng Ketua Menteri".

Ahli-ahli UMNO dan Perkasa telah melonjak ke hadapan dengan menunjukkan penumbuk terhadap saya, menggunakan carutan perkauman dan kata-kata ancaman seperti "you jaga". Jika tidak kerana rakyat umum yang melindungi saya, saya percaya saya akan diserang.

Tingkah laku yang ganas ini tidak menggambarkan budaya Melayu atau semangat Malaysia. Saya tidak faham kenapa mereka taksub sangat untuk menyokong Lynas yang merupakan syarikat Australia. Mereka mempunyai hak untuk menyokong Lynas tetapi ahli-ahli UMNO dan Perkasa tidak boleh menafikan hak orang lain untuk membantah Lynas.



Kemudian, saya telah menaiki pentas untuk memberi ucapan bersama YB Chow. Ucapan saya yang membantah Lynas telah diganggu berulang kali oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa yang berada kurang satu meter daripada saya.

Dalam ucapan saya, saya telah menekankan bahawa pembantahan terhadap loji Lynas bukan bersifat perkauman tetapi merupakan isu persekitaraan yang menjejaskan semua orang tidak kira agama atau bangsa. Pemprosesan nadir bumi mempunyai kesan radioaktif. Keseriusan kesan-kesan ini terserlah apabila Lynas sendiri tidak boleh mendapat kelulusan daripada Kerajaan Australia untuk membina loji itu di Australia.

Jika loji Lynas meletup, semua orang akan menderita – orang Cina akan menderita, orang Melayu akan menderita, orang India akan menderita, orang Kadazan akan menderita, orang Iban akan menderita. Kita tidak boleh mementingkan keuntungan daripada kesihatan.

Selepas ucapan saya, saya telah turun dari pentas untuk berjumpa golongan anti-Lynas. Terdapat banyak asakan dan tolak menolak yang berlaku, dengan bahasa kasar dan carutan perkauman serta ancaman ganas terhadap saya dan aksi menunjukkan penumbuk oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa.






Saya tidak menyaksikan serangan ganas oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa ke atas dua orang wartawan Kwong Wah Jit Poh, Chew Seng Tun dan Lee Hong Chun.

Namun demikian, saya terhutang budi kepada Chew yang diserang ganas oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa kerana beliau telah menghalang mereka daripada menyerang saya. Lee terpaksa menerima 8 jahitan atas jarinya serta lebam di kepalanya. Saya percaya lebih ramai telah dipukul oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa.

Ini bukan kali pertama wartawan dicederakan oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa yang ganas. Dalam sebuah demonstrasi haram pada bulan Julai tahun lepas, dua orang wartawan telah dicederakan dalam demonstrasi yang dihadiri Senator UMNO Ezam Mohd Nor. Sampai sekarang, tiada tindakan telah diambil oleh pihak polis terhadap mereka yang telah menyerang dua orang wartawan itu.



Ahli-ahli UMNO dan Perkasa telah meneruskan tindakan ganas terhadap saya dan telah mendekati hampir 1 meter daripada saya semasa saya memasuki kereta. Selepas saya memasuki kereta rasmi, mereka terus memukul kereta saya, meludah ke atasnya dan tidak membenarkan kereta saya untuk berlepas.

Sungguhpun begitu, orang ramai daripada golongan anti-Lynas tidak bertindak balas terhadap tindakan ganas oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa.




Melihat tindakan ganas mereka, saya masih berasa terancam oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa walaupun sudah 2 hari selepas kejadian tersebut. Saya terkejut bahawa BN, khususnya UMNO Pulau Pinang dan Gerakan (Dato' Musa Sheikh Fadzir dan Dato' Seri Teng Hock Nan) masih lagi menyokong tindakan ganas ahli-ahli UMNO dan Perkasa terhadap wartawan-wartawan Kwong Wah Jit Poh dan golongan anti-Lynas. Daripada meminta maaf atas tindakan ganas ahli-ahli UMNO dan Perkasa, BN pula ingin menyalahkan saya.

Adalah jelas bahawa kecederaan wartawan-wartawan tersebut tidak mencukupi untuk UMNO dan Gerakan untuk membezakan siapa penjahat dan siapa mangsa. Saya percaya bahawa komen-komen yang tidak bertanggungjawab oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan Gerakan adalah bertujuan untuk mewajarkan tindakan ganas ahli-ahli UMNO dan Perkasa yang tidak boleh dimaafkan.

Apabila UMNO dan Gerakan tidak mahu mengutuk tindakan ganas ahli-ahli UMNO dan Perkasa terhadap wartawan-wartawan yang meliputi acara tersebut, keselamatan peribadi saya tidak dijamin.

Seperti dua orang wartawan tersebut, jika saya diserang secara ganas oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa, memang sayalah yang akan disalahkan sementara penyerang daripada UMNO dan Perkasa akan menjadi mangsa.

Demi keselamatan peribadi, saya dengan ini membuat laporan polis terhadap ancaman-ancaman ganas oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa. Sekiranya apa-apa berlaku kepada saya, UMNO dan Perkasa harus bertanggungjawab penuh.

Adalah terpulang kepada pihak polis untuk menunjukkan bahawa mereka boleh menjalankan tugas mereka tanpa rasa takut atau pilih kasih dengan bertindak bukan sahaja ke atas ahli-ahli UMNO dan Perkasa yang telah menyerang dua orang wartawan tersebut, tetapi juga ke atas mereka yang telah mengancam saya.


Lim Guan Eng


*Laporan Polis oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada 28.2.2012*

ADUN Lepar kata Asrullah Affendi cuba menyelamatkan Nurul Izzah.. bukannya nak tumbuk dia..

Posted: 28 Feb 2012 12:49 AM PST



Kurang pasti pulak aku, samada ADUN UMNO Lepar ni buat lawak atau apa.. pasal dia kata PA dia si Asrullah Affendi (gambar atas) cuba melindungi Nurul Izzah..


Wahhhh... beruntungnya Nurul Izzah, pencacai UMNO pun nak lindungi dia, tapi kalau perlindungan tu kena kat mata jadi macam DS Anwar Ibrahim dululah..

Umno dakwa Nurul bukan diserang, tapi dilindungi

ADUN Umno bagi kerusi Lepar Mohd Shohaimi Jusoh hari ini mendakwa bahawa lelaki yang dituduh cuba menyerang Nurul Izzah Anwar sebenarnya cuba "melindungi" naib presiden PKR itu.

NONEKatanya, pembantu beliau Asrullah Effendi Abdullah cuba merampas mikrofon dari Nurul Izzah bagi menghalang ahli parlimen PKR itu daripada terus berucap atas alasan penduduk tempatan yang membantah acara itu semakin tidak dapat dikawal.

"Saya difahamkan beliau mengetuai kumpulan belia yang tidak bersetuju dengan kehadiran pemimpin PKR itu tetapi keadaan keadaan menjadi tegang sehingga tidak terkawal, jadi beliau naik ke pentas untuk melindungi Nurul Izzah.

"Beliau mahu menyelamatkannya sebelum kumpulan belia itu menyerbu ke pentas. Jadi beliau merampas mikrofon supaya Nurul Izzah berhenti daripada bercakap. Beliau takut kerana akan dipersalahkan jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini," kata Mohd Shohaimi ketika dihubungi.

Nurul Izzah, semalam membuat laporan polis, mendakwa bahawa seorang lelaki daripada kumpulan samseng Umno cuba untuk mengganggu acara PKR di Felda Lepar Hilir I di Gambang Pahang, dan juga cuba menyerang beliau.

NONEBagaimanapun menurut ADUN Seri Setia yang juga Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad yang hadir pada malam kejadian itu menafikan bahawa Asrullah cuba mengambil mikrofon dari Nurul Izzah.

"Beliau cuba untuk memukulnya atau merentap tudungnya. Tidak pasti beliau mahu merampas mikrofon," katanya dalam mesej pesanan ringkas kepada Malaysiakini hari ini.

Asrullah tidak memberi membalas sebarang cubaan Malaysiakini untuk menghubunginya bagi mendapatkan penjelasannya berhubung dakwaan serangan berkenaan.


Malaysiakini

NFC juga punya Pasaraya Mewah di SIngapura..

Posted: 27 Feb 2012 10:46 PM PST



Farmhouse Supermarkets Pte Ltd dimiliki bersama oleh suami Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil - Datuk Mohd Salleh Ismail - bersama dua anak mereka, Wan Shahinur Izran, dan Wan Izzana Fatimah Zabedah dengan pegangan saham S$666,667 setiap orang.


Menurut Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Farmhouse memeterai perjanjian dengan pusat peruncitan mewah yang dinamakan Star Vista, untuk menjadi penyewa utama pusat membeli-belah itu dengan menyewa 28 unit di tingkat dua.

Semakan dengan Suruhanjaya Persaingan, kata Rafizi mendedahkan bahawa sewa di lokasi utama itu adalah sekitar harga SGD350 hingga SGD500 bagi setiap meter persegi.

Justeru, katanya ini bermakna sewa bulanan bagi kira-kira 3,000 meter persegi yang disewa di pusat membeli-belah yang disewa dari Farmhouse adalah sekitar SGD900,000 atau RM2.2 juta.



Dana Rakyat Terdedah Kepada Risiko Kerugian Perniagaan Pasaraya Mewah Di Singapura

KEADILAN pada hari ini boleh mendedahkan bahawa selain dari perniagaan 3 buah restoran mewah di Singapura dan pelaburan berjumlah RM44 juta dalam 3 kondominium mewah di sana, pengurusan NFC juga terlibat di dalam perniagaan pasaraya mewah di republik itu.

Ia dikendalikan melalui sebuah syarikat bernama Farmhouse Supermarkets Pte Ltd yang sahamnya dimiliki bersama oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil seperti berikut:

1-Dato' Seri Salleh Ismail S$666,667
2-Wan Shahinur Izran Salleh S$666,667
3-Wan Izzana Fatimah Zabedah S$666,667

(Maklumat korporat syarikat seperti yang dilaporkan kepada pihak berkuasa Singapura ada disertakan. KEADILAN berjaya menjejaki syarikat ini melalui carian penglibatan perniagaan Wan Izzana Fatimah Zabedah yang menyenaraikan kesemua syarikat yang dimiliki beliau, seperti yang disertakan.)

Farmhouse Supermarkets Pte Ltd dipercayai dibiayai oleh Malayan Banking Berhad dan United Overseas Bank Limited, melalui kaedah yang sama yang digunapakai untuk membiayai pembelian 2 kondominium mewah di Marina Bay Suites berharga RM34 juta yang didedahkan baru-baru ini.

Sejak tahun 2011, syarikat ini aktif mengambil pekerja melalui pengiklanan yang dibuat (sila lihat di SINI), dipercayai sebagai persediaan bila mana pasaraya itu bakal dibuka dalam tahun 2012 ini.

Siasatan KEADILAN menunjukkan bahawa Farhmouse Supermarkets Pte Ltd telah pun menjadi anchor tenant kepada sebuah kompleks pasaraya mewah yang bernama Star Vista beralamat 35, Rochester Drive dan terletak di kawasan elit berdekatan dengan Nanyang Technology University. Pasaraya yang diusahakan oleh Farmhouse Supermarkets Pte Ltd ini dijangka mula beroperasi dalam suku ketiga tahun ini, apabila kompleks Star Vista siap.

Siasatan KEADILAN juga menunjukkan bahawa Farmhouse Supermarkets Pte Ltd telah menandatangani perjanjian sewaan (tenancy agreement) dengan CapitalMalls (pemaju) bagi 28 unit ruang kedai di tingkat 2 kompleks tersebut, dari unit #02-08 hinggalah unit #02-35.

Semakan dengan harga pasaran bagi ruang kedai komersil di pasaraya di Singapura menunjukkan julat kadar sewa bagi satu meter persegi adalah di antara S$350 hingga S$500 sebulan, bergantung kepada lokasi (berdasarkan kajian Competition Commission of Singapore). Oleh itu, jika keluasan 28 unit dianggarkan sekitar 3,000 meter persegi, tanggungan sewaan bulanan yang terpaksa dibayar oleh Farmhouse Supermarkets Pte Ltd adalah sekitar S$900,000 sebulan atau RM2.2 juta sebulan.

Sudah tentu perniagaan pasaraya ini akan dibiayai oleh dana awam yang disalurkan bagi tujuan penternakan lembu seperti yang dimandatkan oleh NFC, seperti yang berlaku di dalam pembelian-pembelian aset mewah lain sebelum ini. Kenyataan pengurusan NFC yang mempertahankan hak mereka berbelanja dana RM250 juta itu mengikut citarasa mereka memperkuatkan lagi hujah bahawa sebahagian wang tersebut bakal dibelanjakan bagi membiayai pasaraya mewah ini.

Oleh yang demikian, KEADILAN mendesak supaya NFC berterus terang mengenai komitmen kewangan yang telah dibuat melalui Farmhouse Supermarkets Pte Ltd ini, termasuklah perjanjian sewaan yang telah dimeterai.

Tindakan tegas perlu dilakukan segera untuk merampas kembali kesemua dana yang telah diselewengkan secepat mungkin dan mendakwa individu terbabit di mahkamah atas tuduhan pecah amanah dan jenayah perdagangan.

Jika ini tidak berlaku dalam minggu ini, KEADILAN akan melakukan pendedahan setiap minggu hinggalah Dewan Rakyat bersidang pertengahan bulan Mac ini.



MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
KETUA WANITA KEADILAN

28 FEBRUARI 2012

Eksklusif! Pengakuan dari wanita yang dituduh Khalwat dengan Ustaz Badrulamin.

Posted: 27 Feb 2012 07:27 PM PST



Kata Wanita yang dikatakan ditangkap khalwat dengan Dr Badrolamin Bahron "Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu!


Wanita kes Badrol: 'Fitnah, saya tak khalwat'

ROMPIN - Media digemparkan dengan berita anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrolamin Bahron ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di Kuantan, awal pagi Sabtu lalu.

Dalam Sinar Harian semalam, Badrolamin menafikan laporan tersebut dan menegaskan, beliau hanya mahu membantu seorang wanita yang berhadapan dengan masalah keluarga.

Sinar Harian berjaya menjejak wanita didakwa berkhalwat dengan Badrolamin itu. Apa sebenarnya kisah di sebalik kejadian?

Walau enggan namanya disiarkan, namun wanita itu tidak keberatan berkongsi cerita dan menerangkan kedudukan sebenar kepada pembaca Sinar Harian khasnya. Ikuti pengakuan eksklusif daripada beliau.

"Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu!

"Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrolamin). Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab!

"Saya berada di luar bilik hotel. Bukan bersama ustaz dalam sebuah bilik seperti dakwaan.

"Namun kerana tindakan khianat itu, ustaz kena kurung dan dibelasah dalam biliknya.

"Saya pergi menemui ustaz Badrolamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun. Saya bimbang keselamatan kami terancam.

"Saya sudah puas berusaha dan tidak mampu lagi menanggung segala bebanan ini.

"Saya memang kenal rapat ustaz dan isterinya sejak mengikuti rombongan umrah pada 1 Mei tahun lalu dan kami sering berhubung antara satu sama lain.

"Ustaz pun ada datang ke sini (Rompin) dan saya juga mengenali rapat isteri beliau. Malah isterinya juga menasihatkan saya supaya bersabar menghadapi kes fitnah ini.

"Saya juga kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang menuding jari tanpa beri kami peluang untuk bela diri, sedangkan kes ini belum diputuskan di mahkamah.

"Tambah kesal kerana ada pihak menabur fitnah dengan meletakkan gambar palsu dan wajah yang tersebar di Internet bukan saya," katanya.

Kakitangan di Kolej Komuniti Rompin berusia 28 tahun itu ke mahkamah semalam, bagi sebutan kesnya di hadapan Hakim Syarie, Abu Kasim Pilus, kira-kira jam 11.15 pagi, sebelum keluar semula kira-kira 10 minit selepas memberi keterangan.

Beliau hadir seorang diri di Mahkamah Rendah Syariah Rompin pada jam 9 pagi semalam. Beliau ke sana bagi proses tuntutan penceraian terhadap suaminya.

"Saya nekad mengemukakan tuntutan cerai memandangkan pelbagai usaha dilakukan untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga gagal.

"Itulah jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan keselamatan dan masa depan saya serta anak terbela," katanya.

Ketika ditanya adakah punca dia menuntut cerai disebabkan sikap suaminya, wanita itu enggan mengulas dan mahu isu berkenaan diselesaikan di mahkamah nanti.


Sinar Harian

Tiada ulasan: