Isnin, 27 Februari 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Orang Kuat UMNO rupanya 'Samseng' yang nak pukul Nurul Izzah ni....

Posted: 27 Feb 2012 08:51 AM PST



Patutlah dengan berbekalkan gambar yang dirakam oleh Fahmi Fadhil saja pihak Polis sudah dapat memberikan nama lelaki @ Samseng UMNO yang menyerang Nurul Izzah di Felda Lepar Hilir I , Ahad lalu.


Menurut pihak Polis tempatan yang berjaya mengenali identiti penyerang itu , Samseng UMNO itu bernama Asrullah Affendi Abdullah, maklumat lain belum dapat katanya..



Mudahnya pihak Polis mengenal pasti 'Samseng UMNO' itu ya.. tentu dia seorang yang popular di Felda Lepar Hilir tu.

Tak apa lah.. kita biarkan pihak Polis menjalankan tugas mereka sebagaimana yang telah diamanahkan terhadap mereka..

Bagi membantu pihak Polis berikut adalah serba sedikit mengenai 'Samseng UMNO' yang menyerang Nurul Izzah itu..

Beliau merupakan bekas pelajar SMK Felda Lepar Hilir dan juga bekas penuntut Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah.

Sebab beliau amat mudah dikenal pasti oleh pihak Polis ialah beliau seorang yang berkhidmat untuk masyarakat dan kini berkhidmat di Pejabat ADUN Lepar, tinggal di Gambang, Mentakab, Pahang.

Sebab beliau benci sangat denga Nurul Izzah.. gambar-gambar di bawah mungkin dapat menjelaskannya..













Photobucket
Photobucket

https://www.facebook.com/aaffendi/info

Nurul Izzah kata 'Samseng UMNO' inilah yang nak tumbuk dia..

Posted: 27 Feb 2012 06:21 AM PST



Lelaki yang di bulatkan dengan warna merah diatas adalah Samseng UMNO yang bernama Asrullah Affendi Abdullah, beliau adalah lelaki yang dikatakan menyerang Nurul Izzah dalam satu ceramah di Felda Lepar Hilir I.


Samseng apa benda?? perempuan pun nak dipukul.. kalau nak pukul sepatutnya dia pukul Nik Nazmi baru betul.. aku pun tak kisah sangat kalau dia belasah Nik Nazmi..




Nurul: Mata saya hampir lebam seperti papa

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, jika tidak ada campurtangan penyokong Pakatan Rakyat pada ceramahnya di Gambang, Pahang semalam, beliau pasti mendapat 'mata lebam' seperti bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

NONEKatanya, serangan terhadapnya oleh lelaki pada ceramah di Felda Lepar Hilir I pada malam semalam itu hampir-hampir mengenainya

"Ia hanya beberapa inci (hampir mengenai), kamu pasti tidak mahu ukur, ia sangat tidak menyenangkan," kata Nurul Izzah.

Menurutnya lagi, penyerang yang memakai baju merah perlahan-lahan memasuki tempat ceramah di sebuah kedai kopi sebelum melancarkan serangan.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Petaling Jaya hari ini, Nurul Izzah berkata sekiranya tiada penyokong yang menahannya, beliau pasti menerima nasib seperti Anwar yang dipukul menjelang perbicaraan kes liwat pertamanya lebih sepuluh tahun lalu.

Nurul Izzah mendedahkan, polis tempatan berjaya mengenali identiti penyerang itu sebagai Asrullah Affendi Abdullah. Bagaimanapun, maklumat lain masih belum diketahui setakat ini.

Nurul Izzah turut menunjukkan kepada pemberita beberapa keping gambar ketika kejadian bagi menyokong dakwaannya.

NONEPagi tadi, akhbar web PKR Keadilandaily melaporkan, anggota Umno setempat sengaja mengganggu ceramah Pakatan dengan menganjurkan sesi karaoke dan menghantar SMS ugutan sebelumnya.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, ketika giliran Nurul Izzah berucap, kumpulan itu mula menyerbu ke lokasi ceramah sambil melemparkan kata-kata kesat kepada anak perempuan Ketua Umum PKR itu.

Dakwanya, "budak-budak muda" itu cuba memukul Nurul Izzah sehingga beliau dan puteri Anwar itu terpaksa diiringi polis meninggalkan kawasan berkenaan.


Malaysiakini

PANAS!! Peserta Himpunan Hijau 2.0 dibayar RM500 seorang?

Posted: 27 Feb 2012 03:38 AM PST



Berbekalkan sekeping gambar, seseorang memegang lima keping note RM100 yang menjadikan jumlahnya RM500, sebuah blog Pro UMNO mendakwa beliau mempunyai bukti bahawa setiap peserta Himpunan Hijau 2.0 telah dibayar sebanyak itu untuk menyertai perhimpunan.


Pemilik blog tersebut mendakwa beliau terkejut apabila menerima gambar tersebut dan beliau juga terkejut apabila melihat jumlah yang terpapar dalam gambar itu yang kononnya menunjukkan jumlah yang dibayar kepada peserta himpunan tersebut.

Menurutnya lagi ianya mungkin dibayar oleh pihak yang mempunyai kepentingan dalam Himpunan Hijau 2.0 yang berlangsung di Padang MPK4, Kuantan baru-baru ini.

Jadi tidak hairanlah jika ada peserta yang sanggup datang dari jauh untuk menyertai Himpunan ini..

Wah… ada elaun rupanya kata pencacai UMNO tu..

Seorang peserta dapat RM500.. jumlah peserta yang hadir dikatakan mencecah 20,000 orang.

Oleh itu jumlah yang perlu dilaburkan oleh 'Orang yang punya kepentingan dalam Himpunan Hijau' itu ialah RM500 x 20,000 = RM10,000,000

Biar betui mamat ni.. nak fitnah tu agak-agak la… siapa yang sanggup nak invest sampai RM10 Juta untuk mengagalkan Projek Lynas tu?

Kalau betul.. letakkah contact no. 'Orang yang punya kepentingan dalam Himpunan Hijau' untuk dihubungi, pasal aku yakin ramai yang menyertai demo tu nak buat tuntutan (claim).



Photobucket

Timbalan Ketua Pemuda UMNO dakwa 'wartawan Cina' kurang ajar?

Posted: 27 Feb 2012 02:40 AM PST



Insiden wartawan tercedera dalam perhimpunan anti-Lynas di Pulau Pinang semalam meletus akibat provokasi dan penampilan mereka sendiri, yang digambarkan mengambil sikap memihak, dakwa Pemuda Umno setempat.


Timbalan Ketua Pemuda Umno Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri berkata, seorang daripada wartawan itu - Adam Chew dari harian Kwong Wah Jit Poh - menimbulkan kemarahan rakyat apabila "bertindak sebagai benteng" kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng.

"Aksi wartawan suratkhabar Cina yang membangkitkan kemarahan anak muda Melayu," tulis Dr Novandri dalam blognya "Dr MiM".

Beliau mendakwa lagi, Adam juga tidak memegang kamera dan memakai baju hijau seperti penyokong anti-Lynas.

"Walhal, dalam insiden di Padang Kota semalam , tiada seoranng pun wartawan yang memegang kamera dan video dipukul atau cedera," tulisnya lagi.




Chew, 29, dilapor dibelasah semasa membuat liputan Himpunan Hijau di Padang Kota dan mendapat lapan jahitan akibat kecederaan di tangan. Rakannya Lee Hong Chun, 25, pula dilapor dipukul dengan topi keledar dan mengalami kecederaan kecil di kepala.

Chew (kanan) mendakwa dipukul oleh kira-kira enam lelaki yang terdiri daripada peserta kumpulan pro-Lynas , yang dilapor turut disertai pemimpin Umno dan PERKASA.

Manakala Pemuda PKR pula mendakwa Dr Novandri muncul di kawasan insiden bersama dengan samseng yang membuat kecoh dan provokasi.

Sambil menggelar Adam sebagai "wartawan Cina kurang ajar" dan "lelaki kung fu cari pasal",

Dr Novandri mendakwa media propembangkang memuatarbelitkan peristiwa itu untuk menagih simpati orang ramai.

"Pada mulanya MiM mahu berlapik-lapik untuk memberikan laporan di dalam blog ini tetapi memandangkan ada pihak yang cuba menukar cerita sebenarnya, MiM dan rakan yang lain akan dedahkan semuanya!" tulisnya - Malaysiakini




Ustaz Badrulamin tidak ditangkap berdua-duaan dalam bilik - JAIP.. Fitnah Blogger UMNO Kantoi lagi...

Posted: 26 Feb 2012 10:58 PM PST



KUANTAN, 27 Feb: Laporan kes khalwat yang dikatakan melibatkan Dr Badrulamin Baharon tidak kuat kerana ketika pegawai JAIP sampai bilik berkenaan sudah penuh dengan orang.


Menurut laporan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), pegawai mereka hanya sampai ke bilik 8365 Hotel Swiss Garden hanya sekitar jam 4.30 pagi.

Dalam bilik berkenaan sudah ada Badrulamin, wanita berkenaan dan beberapa lelaki lain.

Ini bermakna, JAIP tidak menangkap Badrulamin berdua-duaan.

Pintu bilik berkenaan pula sudah terbuka dan Badrul dikelilingi oleh beberapa lelaki, kata sumber dari JAIP.

Blog Umno mula menyiarkan pelbagai laporan berkaitan tangkapan ini termasuk kononnya Badrul hanya memakai tuala ketika ditangkap, petikannya di bawah..

Maklumat terkini berkenaan kes tangkapan ustaz PKR badrul Amin. Difahamkan pihak Jabatan Agama Islam Pahang terpaksa menanti hampir setengah jam sebelum pintu dibuka.

Apabila disiasat didapati Badrul Amin yang hanya bertuala bersama pasangannya isteri orang yang bernama Zatiwani yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah kolej komuniti Rompin.

Difahamkan kejadian ini dilaporkan oleh suami wanita tersebut yang bernama Fazli Pungut.

Berlaku sedikit kekecohan apabila beberapa pemimpin PKR cuna merasuah pegawai penguatkuasa supaya kes khalwat ini didiamkan demi parti mereka. Namun Pegawai penguatkuasa tidak menghiraukan rayuan beberapa pemimpin PKR itu.

Kini pihak jabatan agama sedang menyoal siasat Badrul Amin dan Zatiwani - Sungai Rapat Online


Blog UMNO juga melaporkan kononnya Harakah membuat laporan muka depan penangkapan ini.



Padahal, Harakah tidak pernah membuat laporan berkenaan.

Penjelasan Badrulamin

Sebelum ini, dalam kenyataannya, Badrulamin menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa beliau ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Beliau ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012.

Menurutnya, pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi beliau dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau.

"Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

"Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan," kata Badrulamin.

Menurut Badrulamin, dia telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah beliau.

Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan beliau bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga.

"Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin," kata Badrul.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, beliau membantu beliau mendapatkan bilik penginapan, kata Badrulamin.

"Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya," ceritanya.

Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

"Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka.

"Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

"Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali.

"Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya," cerita Badrul lagi.

Badrul dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari, iaitu esok dan berjanji akan datang dengan peguamnya.

Harakahdaily

Najib kata dia sudah insaf jadi berilah BN peluang...

Posted: 26 Feb 2012 08:38 PM PST




Kata Najib "Kita akui mungkin kita ada buat sedikit sebanyak kesilapan pada masa dulu sebab itu rakyat tidak menyokong kita. Tapi kita sudah insaf daripada kesilapan dulu dan kita mohon maaf kepada rakyat Selangor kalau ada apa-apa kesilapan.


Insaf? ha..ha.. insaf sebelum PRU13.. lepas PRU nanti kalau masih kekal berkuasa buat semual, kemudian bila PRU hampir insaf semula..

Dah nak berkubur baru nak insaf.. 50 tahun lebih memerintah negara tak ingat nak insaf pun...


*******************************************

Najib: Kami sudah insaf, beri BN peluang

PELABUHAN KLANG - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, Pakatan Rakyat tidak perlu diberi "tempoh lanjutan" untuk terus memerintah Selangor yang menyaksikan banyak janjinya tidak tertunai malah membebankan rakyat dengan pelbagai masalah.

Perdana Menteri berkata Selangor selama ini maju kerana dasar-dasar dan prasarana yang dilaksanakan kerajaan BN sebelum ini, dan pihak pembangkang tidak boleh mendapatkan pujian terhadap hasil titik peluh BN itu.

"Kita akui mungkin kita ada buat sedikit sebanyak kesilapan pada masa dulu sebab itu rakyat tidak menyokong kita. Tapi kita sudah insaf daripada kesilapan dulu dan kita mohon maaf kepada rakyat Selangor kalau ada apa-apa kesilapan.

"Dan kita berikrar daripada kesilapan itu, atas kesedaran itu, kita akan bangunkan satu kekuatan baru untuk mengubah landskap di Selangor supaya di bawah kepimpinan BN, kita akan menjurus kepada masa depan yang lebih baik lagi," katanya pada majlis pelancaran jentera pilihan raya BN Selangor di sini.

Dalam ucapan selama setengah jam itu, Najib yang juga Pengerusi BN Selangor berkata sejak dua minggu lepas, beliau telah turun padang ke Perak, Melaka, Kedah dan hari ini di Selangor, dan mendapati suasana dalam negara kini menjurus menyokong BN pada pilihan raya umum kelak.

Hujan lebat yang turun sebelum ketibaan Perdana Menteri pada kira-kira 5 petang tidak mematahkan semangat penyokong BN yang hadir untuk terus berada di lokasi majlis bagi mendengar amanat Najib yang membuat lawatan sehari ke Selangor hari ini.

Sambil memanggil hadirin yang membanjiri majlis itu sebagai 'bala tentera BN Selangor', Najib berkata BN boleh merampas kembali Selangor jika bilangan bala tentera itu lebih ramai, lebih berani, pintar dan nekad serta sanggup bekerja lebih keras daripada pihak lain.

"Semangat dah ada, matlamat sudah dapat dilihat, perancangan sudah ada... semuanya sudah lengkap... ayuh kita turun berjuang habis-habisan," kata Najib dengan penuh bersemangat sambil disambut sorakan gemuruh.

Najib berkata anggota BN perlu akur dengan pucuk pimpinan dalam soal pemilihan calon dan memberi sokongan penuh kepada mereka yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya nanti.

"Jangan sabotaj parti kita sendiri sebab jika kita sabotaj parti, ibarat kita menjaringkan gol sendiri dan bila jaring gol sendiri kita akan kalah dan seterusnya kita akan merana," tegas Perdana Menteri.

"Sudah cukup empat tahun Selangor di bawah pakatan pembangkang, jangan kita bagi tempoh lanjutan sebab kalau bagi tempoh lanjutan nanti susah nak dapat balik. Inilah peluang terbaik untuk mengembalikan bumi Selangor kepada BN," katanya.

Najib mengingatkan calon-calon BN supaya menjaga kepentingan semua kaum dan bukan hanya kaum tertentu kerana ini menjadi asas dalam memastikan kemenangan BN.

Katanya, semangat BN menjadi pudar kerana terkena tsunami politik pada pilihan raya umum lepas.

"Tetapi dalam tempoh empat tahun kita telah bina semula jentera BN di Selangor sedikit demi sedikit, semangat kita yang pudar itu, moral kita yang luntur itu hari ini telah bertukar wajah," katanya. - Bernama

Lupakan kerusi Kuantan jika Lynas terus operasi - Pemuda MCA Indera Mahkota

Posted: 26 Feb 2012 07:10 PM PST



KUANTAN – Pemuda MCA Indera Mahkota meramalkan Barisan Nasional (BN) akan berputih mata dan hanya boleh 'bermimpi' untuk merampas balik kerusi Parlimen Kuantan sekiranya gagal menghentikan projek nadir bumi Lynas sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.


Ketuanya, David Choi berkata, kerusi berkenaan yang kini disandang Fuziah Salleh dari PKR bukan sahaja terus mendapat sokongan rakyat kerana isu Lynas, malah BN akan tewas kerana tiada sokongan penuh pengundi-pengundi Cina.

"Tidak ada harapan untuk rampas Kuantan kalau kerajaan tidak menghentikan projek ini. Kita tidak boleh cakap apa-apa kerana semua orang tahu, projek ini amat bahaya kepada generasi masa depan.

"Jika ini tidak diberi perhatian, bukan sahaja orang Cina, malah seluruh Melayu, Cina dan Orang Asli akan memprotes. Kita (MCA) seolah-olah memberikan kerusi ini kepada PKR buat kali kedua," katanya.

Ditanya sama ada beliau dan beberapa pemuda MCA menyertai Himpunan Hijau 2.0 kerana tidak bersetuju dengan dasar partinya, kata Choi, "saya menyokong kehidupan hijau dan mahu kepimpinan mendengar masalah rakyat."

Menurutnya, Pemuda MCA Kuantan turut menyokong himpunan hari ini dengan menghantar 50 orang wakil dan berharap kerajaan menghentikan projek berkenaan.


Sinar Harian

Tiada ulasan: