Ahad, 19 Februari 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Banyak Lagi Nama Yang Terbabit dalam Scandal PKFZ akan didedah Kata Tee Keat

Posted: 19 Feb 2012 03:42 AM PST



KUALA LUMPUR, 19 FEB: Datuk Seri Ong Tee Keat mengancam akan mendedahkan lebih banyak lagi nama yang terbabit dengan dkandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) selepas kontroversi terbabit dibicarakan dalam debat antara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek, semalam.


Tee Keta, yang juga bekas presiden MCA berkata, tidak satupun nama yang beliau akan dedahkan dibabitkan dalam skandal RM12.5 bilion tersebut berada dalam senarai mereka yang dilaporkan dalam laporan polis telah dikemukakan di dalam perbicaraan di mahkamah yang sedang dibicarakan.

"Apa yang berlaku sekarang (perbicaraan mahkamah) belum lagi sampai ke tahap 'pembuka tirai'...Ia belu bermula lagi!" katanya lagi.

Beliau berkata demikian kepada penduduk di kawasan parlimen beliau ketika menghadiri satu majlis sambutan Tahun Baru Cina, malam tadi.

Guan Eng, dalam debat semalam, telah menyoal saingannya, Dr Chua berhubung dakwaan rasuah di kalangan Barisan Nasional (BN), sambil dengan khususnya menyentuh perbicaraan PKFZ, membabitkan bekas presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik dan bekas Menteri Pengangkutan yang juga Timbalan presiden MCA ketika itu, Tan Sri Chan Kong Choy.

Projek terbabit, dengan kos anggaran awalnya berjumlah RM2 bilion, telah meningkat dua kali kepada RM4.6 bilion menjelang 2007.

Bagaimanapun, Dr Chua menangkis soalan tersebut sambil menyatakan MCA juga 'anti rasuah' dan mempunyai keyakinan terhadap sistem kehakiman negara ini serta tidak pernah menyatakan bahawa pemimpin parti itu tidak bersalah.

Namun, Ong, yang ditewaskan oleh Chua dalam pemiihan presiden parti tersebut selepas hanya 15 bulan menjadi presiden berikrar bahawa beliau akan 'memastikan perkara itu mendapat perhatian...sehingga ke penghujungnya tidak kira berapa lama masa yang diambil untuk menyaksikan ia selesai.

'"Ini(PKFZ) tidak apa jika dibandingkan dengan apa yang disebut dalam kandungan laporan yang tebal yang dilaporkan kepada polis, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia(SPRM) dan Jabatan Perdana Menteri dan turut diketahui oleh Lim Chee Wee (Presiden Majlis Peguam Malaysia)

Tidak satupun nama terbabit yang disebut dalam laporan berkenaan telah dibawa dalam perbicaraan di mahkamah. Banyak sangat (senarai nama) dan saya ingin tahu samada ia telah disebutkan atau belum," tambah beliau lagi.

Ketika Beliau menjadi Menteri Pengangkutan, Tee Keat telah mengarahkan beberapa siasatan dan jawatankuasa untuk menyiasat skandal tersebut, tetapi beliau telah digugurkan dari kabinet selepas tewas kepada Dr Chua, dalam pemilihan presiden MCA pada Mac 2010 lalu.


Antarapos

PhD melayakkan Rosmah digelar "Srikandi Negara" - Ibrahim Ali kata..

Posted: 18 Feb 2012 09:46 PM PST



Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau telah membayar wang untuk mendapatkan ijazah kedoktoran kehormat yang diterimanya daripada Curtin University.


Katanya, beliau menerima ijazah tersebut memandangkan anugerah itu sendiri diberikan oleh universiti tersebut.

"Ada yang kata saya bayar Curtin (untuk dapatkan ijazah tersebut). Tak kuasa saya...

"Daripada saya bayar lebih baik saya beri sumbangan kepada Wiranita PERKASA.

"Mungkin sebab dia selalu bayar, sebab itu dia kata saya bayar," katanya lagi dalam ucapannya di majlis makan malam pertubuhan itu malam tadi.

Tambahnya, beliau diberitahu mengenai penganugerahan ijazah kedoktoran itu sejak Disember lalu.

Dakwaan bahawa Rosmah membayar wang untuk dianugerahkan ijazah tersebut timbul susulan majlis penerimaan ijazah berkenaan pada 12 Februari lalu yang mendapat liputan meluas media.

Ibrahim Ali: Penting ni, ramai dok bercakap

Isu berkenaan juga ditimbulkan oleh pembaca Malaysiakini.

Mengulas lanjut, Rosmah berkata beliau tidak kisah dengan tohmahan yang dilemparkan itu.

"Janganlah percaya apa yang didengar... Biaq pi la (biarlah), esok dialah yang terpaksa jawab bila dah sampai sebelah sana (meninggal dunia)," katanya lagi kepada kira-kira 700 orang yang hadir.

Rosmah turut bersyukur kerana presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali turut menyokong beliau dalam isu tersebut.

Dalam ucapannya terdahulu, Ibrahim antara lainnya berkata ijazah kehormat tersebut melayakkan Rosmah digelar "srikandi negara."

Tambahnya, Rosmah juga seorang individu yang luar biasa kerana sering dilemparkan fitnah oleh pembangkang dan juga media baru "yang nakal dan tidak bertanggungjawab."

Beliau juga meminta Rosmah mengulas fintah berkenaan -- "Penting ni. Ramai dok bercakap. Malam ni saya kira selesai."

'We all love you'

Tambahnya, beliau juga sering mengulas mengenai dakwaan pembelian cincin bernilai RM24 juta oleh Rosmah dalam ceramahnya.

"Cincin ni kalau RM24 juta lebih berkilo-kilo (beratnya) lebih besar dari tembikai Cina. Boleh pakai ke tidak?" soalnya.

Beliau juga mengucapkan syabas kepada Rosmah kerana berjaya mengharungi fitnah tersebut.

Tambahnya, PERKASA juga akan terus menyokong Rosmah dan suaminya Datuk Seri Najib Razak.

"We all love you," katanya lagi.

Rosmah yang kelihatan gembira selepas itu turut mendendangkan beberapa lagu bersama anggota Wiranita PERKASA.


Malaysiakini

Ladang Fidlot di Manjung ni keluarga Sharizat punya juga ke?

Posted: 18 Feb 2012 06:09 PM PST



PARIT : PAS Perak mahu kerajaan negeri bertanggungjawab dan menjawab kegagalan projek Ladang Satelit Fidlot Nasional di Gelung Pepuyu, Manjung yang masih belum beroperasi sehingga sekarang.


Timbalan Pesuruhjayanya, Ustaz Misbahul Munir Masduki berkata, dalam tinjauan ke tempat tersebut baru-baru ini mendapati tanah seluas 100 ekar di atas padang ragut telah terbiar walaupun seratus peratus siap dibina.

Katanya, menurut sumber, projek tersebut dimulakan sejak 4 tahun yang lalu di mana status tanah telah bertukar kepada taman kekal pengeluaran makanan.

Difahamkan Jabatan Pertanian telah membelanjakan RM6.7 juta untuk membangun infrastruktur seperti membina 2 kandang untuk muatan 600 ekor lembu pada sesuatu ketika, bekalan elektrik, pagar dan bekalan air.

Menurutnya, konon pesertanya dari kalangan orang-orang yang berkemampuan dari segi kewangan untuk membela lembu yang dibekalkan oleh Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Tambahnya, bagaimanapun diberitakan pihak NFC sehingga sekarang tidak mampu untuk membekal lembu-lembu yang dijanjikan, maka tinggallah ladang dan kandang tersebut kosong manakala pengurus projek itu juga telah diberhentikan kerja.

"PAS Perak menyifatkan projek yang menelan belanja berjuta ringgit duit rakyat ini dibazirkan begitu sahaja. Kami mahu kerajaan negeri menjawab isu ini," katanya.

Katanya, timbul juga persoalan kemungkinan projek itu ada kaitan dengan isu NFC yang melibatkan suami kepada Ketua Pergerakan Wanita Umno yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Inilah contoh kerakusan dan salah urus tadbir pihak tertentu dengan melibatkan tanah kerajaan dan duit rakyat.

"PAS Perak mahu kerajaan negeri yang meluluskan tanah tersebut menjawab isu ini kepada rakyat, sekiranya berlaku penyelewengan atau amalan rasuah, tindakan sewajarnya hendaklah diambil," ujarnya.


Harakahdaily

Tiada ulasan: