Anak Sungai Derhaka |
- Kerana anugerah PhD buat Rosmah, Wall Facebook Curtin Universiti dibanjiri sumpah seranah..
- Scandal NFC: Muhyiddin minta Najib bersabar?
- Curtin Universiti mohon maaf salah anggap Rosmah sebagai "First Lady of Malaysia"
- Papagomo disaman Husam Musa pula kerana Fitnah lagi!!
- Dakwaan Rebet 30%, SPRM Mulakan Siasatan walaupun tiada laporan.
- Harussani buat 'U' Turn - Najib tidak menggadai akidah pulakdah...
- Kalau dah gambar macam ni.. Anwar Ibrahim jawab sendirilah..
Kerana anugerah PhD buat Rosmah, Wall Facebook Curtin Universiti dibanjiri sumpah seranah.. Posted: 16 Feb 2012 08:25 AM PST Wall Facebook Curtin University menjadi tempat rakyat Malaysia meluahkan rasa kurang senang mereka terhadap penganugerahan PhD oleh pentadbiran University tersebut buat Rosmah.. Ramai yang bertanya berapakah yang perlu dibayar untuk mendapatkan ijazah Doktor Kehormat Persuratan seperti yang dianugerahkan kepada Rosmah tersebut. Tidak ketinggalan Naib Kanselor Universti Curtin, Jeanette Hacket yang mempertahankan tindakan pihak mereka menganugerahkan PhD turut menjadi mangsa, beliau dituduh menerima bungkusan yang berisi bag tangan jenama Hermes. Jeanette Hacket sebelum ini dalam satu kenyataan telah menegaskan Rosmah Mansor dianugerahkan PhD tersebut sebagai penghargaan buat beliau yang telah menjadi pengasas dan juga tulang belakang kepada Pusat Anak Permata Negara (Permata) yang membolehkan kanak-kanak berumur lima tahun kebawah menikmati pembelajaran awal yang berkualiti…… Sekarang telah wujud lebih dari 600 Pusat Permata Negara yang dihadiri oleh ribuan kanak-kanak… Malah ada yang meninggalkan ugutan "Curtin U, if you do not retract the PHD, please get the fuck out of Malaysia. We don't want you. Your presence only results in more of our taxes being siphoned away indirectly. If you don't get out, we'll assume you're only here to join the corrupt in extracting our taxes and retirement funds, colluding with the corrupt politicians. Get out of this country, we don't want your kind here." Ada juga yang bertanya adakah pihak Curtin University di Sarawak mengalami masaalah untuk memperbaharui permit kampus mereka disana hingga terpaksa menganugerahkan PhD buat Rosmah? Dan ada yang menulis "Rosmah's thesis would be : Hermes birkin that i owned so far and those yet to be part of my collection" Yang meminta pendapat… Seeking opinions of fellow intelligent people (no not you Mrs Corruptor), if a person murder someone with government military only access explosive materials, while ripping others money to do so call charity with a small portion of the money for so called the good of people (no i'm not gonna mention it's children), does he/she still deserved any award/title from a so called quality educational institution? Please share your view. Paling menarik bagi aku komen ni.. Curtin's decision to award doctorate to Rosmah is of nobody's business, but is an utter insult to the intelligence of Malaysians. She's scandals ridden and is connected to a still unresolved murder that involved the usage of Defence's C4 bomb under her husband's then ministry. She can afford shopping worth hundreds of thousands per trip, not forgetting to mention the controversial US$24 million diamond ring and the Hermes bag that are beyond the affordability of a PM's spouse. Her Permata centers touted to number at 600 but invisible to the public's eye, is said to have the main objective of converting natives young children in East Malaysia from Christianity to Islam. When asked for her comment on Japan's tsunami, she inanely put it down on rapid growth and green technology as the main cause. She's indeed the FLOM - Fat Lady of Malaysia. Komen macam ni pun ada.. Shall we give doctorates to Robert Mugabe and Kim Jong il too? Maybe Bashar al-Assad too. Kalau aku nak tulis semua sekali.. mahu sampai pagi ni.. apa kata korang lihat di link yang aku letak di bawah ni.. http://www.facebook.com/curtinuniversity?sk=wall |
Scandal NFC: Muhyiddin minta Najib bersabar? Posted: 16 Feb 2012 06:32 AM PST Sinar Harian melaporkan semalam Najib Tun Razak menegaskan, soal Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil akan meletakkan jawatan tidak dibincangkan dan kedudukan beliau sebagai anggota Kabinet adalah "hak mutlak" beliau selaku Perdana Menteri. "Tidak, belum dibincangkan lagi. Ia adalah hak mutlak Perdana Menteri," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini . Maknanya samada Sharizat kekal sebagai anggota Kabinet atau tidak nasibnya terletak ditangan Najib atau dalam lain ayat.. ikut suka dia lah! Hari ini pula Sinar Harian juga melaporkan Muhyiddin Yassin berkata semua pihak perlulah menunggu sehingga siasatan berhubung isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) selesai dibuat. Sambil meminta semua pihak supaya bersabar, Timbalan Perdana Menteri berkata, pihak Peguam Negara kelak akan mengumumkan hasil siasatan itu. Semua pihak tu.. sudah tentu termasuk Najib.. kenapa agaknya Muhyiddin minta semua pihak termasuk Najib bersabar agaknya?? KUANTAN - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semua pihak perlulah menunggu sehingga siasatan berhubung isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) selesai dibuat. Sambil meminta semua pihak supaya bersabar, Timbalan Perdana Menteri berkata, pihak Peguam Negara kelak akan mengumumkan hasil siasatan itu. "Saya tidak mahu buat komen secara khusus perkara itu, soal ini ada hubung kait dengan siasatan yang dibuat dan belum selesai lagi, eloklah kita bersabar," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan Badan Perhubungan Umno Negeri Pahang di sini hari ini. Mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menasihatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dibelenggu isu NFC itu agar "jangan sayang kepada jawatan", Muhyiddin berkata: "Itu pandangan bekas Perdana Menteri kita, beliau ada sebab-sebab buat kenyataan itu, kita hormati pandangan itu." Muhyiddin berkata beliau tidak mahu "bersangka buruk" dan Shahrizat boleh membuat keputusannya sendiri apabila siasatan itu selesai. "Kita tak boleh buat andaian, perkara ini masih di peringkat siasatan. Kalau selepas itu sudah ada keputusan sama ada menerusi penyiasatan pihak tertentu terlibat (dalam kes berkenaan), kita tidak boleh buat jangkaan (ketika ini), jadi saya tidak boleh sangka buruk, kalau lihat situasinya selepas ini, dan kalau sudah ada keputusan pihak tententu terlibat, Shahrizat boleh buat keputusannya sendiri," katanya. Semalam, Dr Mahathir berkata Shahrizat, yang juga Ketua Wanita Umno, harus mengambil tindakan sewajarnya demi kepentingan parti. NFC, yang diterajui suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail didakwa menyalahgunakan dana pinjaman daripada kerajaan. - Bernama |
Curtin Universiti mohon maaf salah anggap Rosmah sebagai "First Lady of Malaysia" Posted: 16 Feb 2012 01:28 AM PST Kalau korang klik image diatas tu dan baca selain dari permohonan maaf dari Curtin University ni, pihak mereka juga memberikan sebab mengapa Rosmah Mansor di anugerahkan Phd.. Menurut pihak University, Rosmah Mansor dianugerahkan Phd tersebut sebagai penghargaan buat beliau yang telah menjadi pengasas dan juga tulang belakang kepada Pusat Anak Permata Negara (Permata) yang membolehkan kanak-kanak berumur lima tahun kebawah menikmati pembelajaran awal yang berkualiti…… Sekarang telah wujud lebih dari 600 Pusat Permata Negara yang dihadiri oleh ribuan kanak-kanak… 600 buah Pusat Permata Negara?? Baca petikan dari Berita Harian di bawah ni.. Baru-baru ini, kerajaan memperuntukkan RM111 juta untuk projek PERMATA bagi memastikan kanak-kanak mendapat bimbingan dan pendidikan berkualiti. Berapa jumlah Pusat Permata Negara yang dilaporkan akan di bina seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian pada 28 Oktober 2010 itu? ******************************************* Curtin mohon maaf iktiraf Rosmah wanita pertama Universiti Curtin di Australia memohon maaf kerana merujuk kepada Datin Seri Rosmah Mansor sebagai wanita pertama Malaysia, apabila mengumumkan bahawa isteri perdana menteri itu akan dianugerahkan dengan ijazah Doktor Kehormat Persuratan. Dalam satu kenyataan hari ini naib canselor universiti itu, Jeanette Hacket, berkata Curtin mengambil perhatian berhubung bidasan orang ramai atas pemberian ijazah berkenaan dan juga mengenai penggunaan istilah "wanita pertama". "Kami juga mengakui penggunaan istilah 'wanita pertama' mungkin menyinggung sesetengah pihak dan kami memohon maaf mengenainya. "Kami tidak lagi akan menggunakan istilah itu dan telah menerbitkan semula kenyataan media kami dengan perubahan yang dibuat itu," kata Hacket. Kenyataan itu dipaparkan pada laman web rasmi universiti itu di Facebook. Sebelum ini, warga maya, khususnya dari Malaysia yang tidak berpuas hati telah membuat bantahan dan mencemuh Curtin. Mengenai kritikan sama ada Rosmah layak dianugerahkan ijazah Doktor Kehormat Persuratan, Hacket berkata bahawa universiti berkenaan tetap dengan pendirian mereka Malaysiakini |
Papagomo disaman Husam Musa pula kerana Fitnah lagi!! Posted: 16 Feb 2012 12:07 AM PST 16 Februari 2012 Blogger Pro Umno, Papagomo sekali lagi menerima nasib malang apabila disaman pula Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berhubung dakwaan fitnah yang disiarkan melalui blognya. Dua minggu lepas blogger terbabit disaman seorang peguam terkenal, Datuk Shukri Mohamad juga berkaitan artikel fitnah yang disiarkan dalam blognya. Writ saman tersebut difailkan Husam melalui peguam Hisham Fauzi baru-baru ini dengan menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta, memohon maaf secara bertulis, gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif. Selain itu injunksi menghalang defendan atau ejen atau pembantu berkomunikasi, memberi komen, mengulangi penerbitan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif. Defendan melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll' diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut. Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri menyifatkan gambarnya dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran plaintif sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina. Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris beralamat di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis; "Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni." Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China. Plaintif sedang memegang saputangan di tangan dan perempuan itu berjalan di belakang. Plaintif sebelum ini mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi. Bagaimanapun defendan gagal dan enggan berbuat demikian. Harakahdaily |
Dakwaan Rebet 30%, SPRM Mulakan Siasatan walaupun tiada laporan. Posted: 15 Feb 2012 09:20 PM PST Walaupun tiada laporan rasmi dibuat kepada SPRM oleh orang awam dengan hanya berdasarkan laporan yang disiarkan oleh pihak media, SPRM telah memulakan siasatan berhubung dakwaan kononnya wakil Pakatan Rakyat menuntut rebet 30% dari peruntukan kerajaan Negeri Kedah.. Bila ia melibatkan kerajaan Pakatan Rakyat.. cepat saja mereka bertindak.. Dakwaan Rebet 30 Peratus, SPRM Mulakan Siasatan ALOR SETAR, 16 FEB: Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan dengan menyoal siasat seorang ahli perniagaan berhubung dakwaan wakil Pakatan Rakyat menuntut 'rebet' 30 peratus dari peruntukan Kerajaan Negeri Kedah. Pengarah SPRM negeri Kedah, Mohamad Yusoff Akope berkata pegawai-pegawainya telah mengujungi kediaman seorang lelaki berumur 55 tahun untuk menemubualnya. Beliau, bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut berhubung tindakan tersebut sambil menyatakan bahawa siasatan berkaitan dakwaan terbabit sedang dijalankan. Menurutnya lagi, SPRM akan menyiasat aduan daripada beberapa Organisasi kaum Cina yang didedahkan ketika sesi dialog bersama Presdien MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, di Sungei Petani, Jumaat lalu. Mohamad Yusoff berkata, suruhanjaya berkenaan akan mendapatkan kerjasama dari parti MCA and Gerakan negeri terbabit, yang telah menerima aduan daripada beberapa organisasi kaum Cina mendakwa mereka telah diminta sogokan daripada peruntukan yang diterima. "Kami telah memulakan siasatan, tetapi siiasatan tersebut berdasarkan dengan apa yang telah dilapoorkan oleh media. Kami sekarang sedang mengenalpasti persatuan-perstauan Cina yang telah mebuat aduan berkaitan kepada to MCA and Gerakan. Kami perlukan persatuan terbabi tampil membanu siatan, Ini membolehkan kami untuk mengumpul bukti yang cukup untuk membuka kes," beliau dilaporkan sebagai berkata kepada akhbar The Star, hari ini. Beliau menambah, SPRM akan mengendalikan siasatan berasingan berhubung laporan polis yang dibuat oleh pemuda Gerakan. "Setakat ini, tiada laporan berkaitan dibuat secara terus kepada SPRM oleh orang awam," ujarnya lagi. Antarapos |
Harussani buat 'U' Turn - Najib tidak menggadai akidah pulakdah... Posted: 15 Feb 2012 07:18 PM PST 10 Februari lalu, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang "menggadai akidah" apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves. "Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka – sepenuhnya sila baca di SINI Berdasarkan kenyataan dari Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria itu boleh dikatakan hampir seluruh Blog yang menyokong Pakatan Rakyat menyerang Najib. Lantaran dari itu semalam serangan balas dilakukan pula oleh Blogger Pro UMNO, yang mengatakan Anwar Ibrahim lebih teruk menggadaikan akidahnya demi mendapat undi dari kaum India dengan menyiarkan gambar Anwar yang dirakam di Kuil Sri Maha Marriamman, Kinta Valley, Batu Gajah, Perak semasa sambutan perayaan Ponggal pada 29.01.2012. Lagi gambar sila lihat di SINI Tiba-tiba hari ini sekali lagi Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mengeluarkan kenyataan, kenyataannya kali ini bercanggah pula dengan kenyataan yang dikeluarkannya pada 10 Februari lalu.
Thaipusam: Najib tak langgar hukum syarak, kata Harussani |
Kalau dah gambar macam ni.. Anwar Ibrahim jawab sendirilah.. Posted: 15 Feb 2012 09:13 AM PST Dalam hal video seks edaran Datuk 'T', aku masih boleh menafikan bahawa lelaki yang dikatakan sebagai DS Anwar Ibrahim didalam video tersebut bukanlah DS Anwar Ibrahim, kerana pelaku tersebut memanglah bukan DS Anwar Ibrahim. Malah bagi menangkis serangan dari pencacai UMNO yang menyiarkan video tersebut, aku dan beberapa orang sahabat sanggup bersengkang mata hingga kepukul 4 pagi selama beberapa hari untuk menyediakan video bagi menangkis video seks tersebut. Malangnya projek video itu telah di hijack oleh seseorang ketika aku mahu menayangkannya kepada DS Anwar Ibrahim.. Sakit hati punya pasal aku biarkan projek video tersebut terhenti ditengah jalan.. mampuih pi! Aku sakit hati pasal masa kami buat video tu tak ada siapa yang peduli, tapi bila dah hampir siap ada manusia yang mahu mendapat nama dari hasil kerja kami tu.. Itu pasal video seks.. Berkenaan gambar yang disiarkan oleh sebuah blog Pro UMNO yang telah disaman oleh Husam Musa sebanyak RM500,000, aku tiada sebarang alasan untuk menafikannya kerana ia memang Anwar Ibrahim. Kalau nak tahu siapa blogger yang disaman Husam tu sila baca di SINI Blogger tersebut telah menyiarkan gambar seperti di bawah.. Bagi yang taksub dengan Anwar Ibrahim mereka mempertikaikan akan kesahehan gambar tersebut.. bagi aku tak perlu dipertikaikan.. sememangnya ia adalah Anwar Ibrahim yang berada dilokasi sambutan perayaan ponggal itu.. Selain dari jadual program Anwar yang aku ada perkara ini disahkan oleh Blog Suara Seri Andalas.. Yang turut menyiarkan gambar-gambar berikut yang dirakam di Kuil Sri Maha Marriamman, Kinta Valley, Batu Gajah, Perak semasa sambutan perayaan Ponggal pada 29.01.2012. Dr Mohd Nor Manuty Biro Pemantapan Agama Keadilan turut kelihatan. Jika Najib disifatkan sebagai menggadai akidah ( baca di SINI) oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini. Perkara yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim juga adalah sama kerana perayaan Ponggal ini diraikan oleh kaum India pada pertengahan bulan Januari bagi merakamkan Uttarayan atau pergerakan matahari menuju ke utara. lebih lanjut sila baca di SINI Jika Tan Sri Harussani berkata menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu. Aku juga boleh berkata Dr Mohd Nor Manuty dari Biro Pemantapan Agama Keadilan sepatutnya menasihatkan Anwar agar tidak hadir atau turut serta dalam perayaan itu... Tapi.. ada yang kata Ponggal ni bukannya perayaan keagamaan.. dua keping gambar diatas yang disiarkan oleh Blogger UMNO tu macam mana? Oleh itu.. dalam hal ini lebih afdal rasanya jika Anwar Ibrahim yang menjelaskannya sendiri bukannya Menteri Hal Ehwal Anwar Ibrahim yang jawab!! Kalau nak tahu siapa Menteri Hal Ehwal Anwar Ibrahim sila baca di SINI Nak tepis macam mana kalau Video pun ada... Pesan orang tua-tua.. kalau nak jadi sokong jangan jadi sokong yang membawa rebah.. yang betul kata betul.. yang salah kata salah.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan