Sabtu, 11 Februari 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Bekas SU Akhbar Menteri di JPM akui Islam lebih terpelihara dibawah PR Pulau Pinang berbanding UMNO/BN..

Posted: 11 Feb 2012 07:49 AM PST

Ini adalah pandangan bekas pengarang Bernama dan juga bekas setiausaha akhbar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Syed Imran yang menyatakan pemerhatian beliau dalam blognya, Kuda Ranggi tentang apa yang telah dilakukan oleh pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang untuk Islam.

Dalam pemerhatiannya yang telah menghabiskan lapan hari di Pulau Pinang beliau telah melihat dan meneliti beberapa perkara yang sering disensasikan oleh media arus perdana tentang untung nasib Melayu dan Islam disini.

Menurut beliau juga jika dipercayai sepenuhnya apa yang dilaporkan oleh media arus perdana di dalam akhbar dan juga media elektronik kemarahan pasti akan timbul dan 1001 tohmahan akan dilempar kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP.


Hakikatnya masalah berkaitan orang Melayu dan Islam bermula sebelum 2008 dan berterusan hingga ke hari ini, namun begitu kini di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP ianya jauh lebih baik dari semasa di bawah UMNO/BN..


Apa yang dilakukan oleh pentadbiran negeri Pulau Pinang untuk Islam

Saya menghabiskan lapan hari di Pulau Pinang dan dalam tempoh tersebut dapat melihat dan meneliti beberapa perkara yang sering dijadikan 'berita sensasi' mengenai untung nasib Melayu/Islam. Jika mempercayai sepenuhnya laporan-laporan yang dimuat dalam akhbar dan media elektronik 'arus perdana', kita pasti akan marah dan melemparkan 1001 tuduhan kepada pentadbiran negeri.

Sebagai anak jati Pulau Pinang, saya sedar dan tahu akan kedudukan sebenar atau apa yang berlaku dan dilakukan sebelum pilihan raya 2008. Banyak masalah berkaitan orang Melayu/Islam bermula sebelum 2008 dan berterusan hingga ke hari ini.

Banyak perkampungan Melayu dalam kawasan bandar raya dan pinggirnya wujud atas tanah milik bukan Melayu termasuk golongan pemberi hutang yang digelar 'Ceti' dan apabila tuan tanah jual harta mereka itu, maka orang Melayu yang 'menumpang' di situ terpaksa berpindah. Akibat daripada perpindahan itu, berkuranglah jumlah atau bilangan orang Melayu dalam kawasan bandar raya atau pinggir bandar.

Dalam kawasan bandar raya, kampung Melayu/Islam yang masih kekal adalah atas tanah wakaf seperti di Lebuh Aceh (Acheen Street - wakaf Syed Hussein Idid) walaupun hanya tinggal beberapa buah rumah sahaja, Kampung Makam di Jalan Dato' Keramat (wakaf Sheikh Kassim) dan Kampung Syed di Jalan Burma (wakaf Kupima Ku Zainal Abidin/Syed Mohamad Alhabshee).

Ketiga-tiga buah kampung itu kini bernilai tinggi dan dilihat sebagai 'lombong emas' yang mengundang banyak pihak menaruh minat tetapi oleh kerana tarafnya sebagai harta wakaf, maka pihak tertentu tidak boleh menyentuhnya. Bayangkan apa akan berlaku jika ketiga-tiga kawasan atau hartanah itu bukan harta wakaf?

Sekitar tahun 1970-an ada pihak yang ingin membangunkan Kampung Makam selaras dengan kehendak dan wasiat pewakif untuk memastikan ia selari dengan kemajuan dan pembangunan sekitarnya. Malangnya, usaha tersebut dibantah oleh segelintir penduduk dan akibatnya Kampung Makam kekal seperti sedia kala hingga sekarang.

Kebelakangan ini, pentadbiran negeri sering dijadikan sasaran dan kecaman oleh pihak-pihak tertentu yang antara lain menuduhnya menganaktiri dan menzalimi orang Melayu dan orang Islam. Mereka melempar tuduhan dengan merujuk kepada pentadbiran negeri sebagai "kerajaan DAP" sedangkan ia adalah sebuah kerajaan campuran tiga buah parti politik yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Mungkin dengan merujuk kepada pentadbiran negeri sebagai "kerajaan DAP" pihak berkenaan berharap ia dapat membakar semangat marah di kalangan orang Melayu dan Islam.

Banyak masalah yang dibangkitkan oleh mereka sebenarnya bukan perkara baru. Ia mula berlaku semasa pentadbiran Barisan Nasional/Perikatan dan diwarisi oleh pentadbiran Pakatan Rakyat. Kebanyakan daripada masalah yang bersangkut-paut dengan isu tanah dan perumahan membabitkan soal undang-undang dan pentadbiran yang mengambil alih selepas pilihan raya umum 2008 tidak seharusnya dipersalahkan.

Pentadbiran Pakatan Rakyat yang berkuasa di Pulau Pinang, walaupun dicemuh oleh pihak tertentu, telah membuktikan kecemerlangan khususnya dalam aspek pentadbiran kewangan dan memelihara kebajikan rakyat.

Belanjawan atau Bajet 2012 Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjaya mengukuhkan kesihatan dana negeri dengan mengurangkan hutang yang ditinggalkan kerajaan terdahulu daripada RM630.13 juta kepada RM29.66 juta dalam tempoh tiga setengah tahun sahaja.

Pengurangan hutang sebanyak RM600.47 juta atau 95.29 peratus adalah kadar yang paling cemerlang di antara semua negeri di Malaysia. Hasil daripada pengukuhan kewangan, penjimatan dan perbelanjaan berhemah yang diperolehi melalui prinsip tadbir Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) telah disalurkan untuk keperluan pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

Antara program yang dilancarkan atau diperkenalkan sejak 2008 - Program Membasmi Kemiskinan Tegar, Program Penghargaan Warga Emas, bantuan kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan ibu tunggal serta Penghargaan Anak Emas yang bermul pada 2011.

Mulai tahun ini, kerajaan negeri bertekad untuk membantu 743 Ketua Isi Rumah (KIR) yang majoritinya orang Melayu, memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM600 sebulan yang membabitkan bantuan sebanyak RM4.0 juta setahun. Kerajaan negeri mensasarkan sebelum 2015, Pulau Pinang menjadi negeri pertama di Malaysia yang berjaya menghapuskan miskin tegar sepenuhnya.

Sudah tentu ada pihak yang kurang senang dengan apa yang saya nyatakan tetapi itulah hakikatnya dan itulah kenyataan. Saya tidak memihak kepada sesiapa tetapi sebagai anak Pulau Pinang, saya kena akui dan terima kenyataan tanpa mengira siapa atau parti politik mana yang berkuasa.

Saya perturunkan fakta kewangan berkaitan Hal Ehwal Agama Islam yang dilaksana oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang sejak ia mentadbir negeri pada 2008. Ia adalah fakta, bukan sesuatu yang direka-reka untuk menyedap hati atau sebagai hiasan jendela. BN merujuk kepada pentadbiran Barisan Nasional pimpinan Parti Gerakan dan PR merujuk kepada pentadbiran Pakatan Rakyat pimpinan DAP.


1. PERUNTUKAN BERKAITAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM

Tahun 2008 (BN) ..............RM25.7 juta
Tahun 2009 (PR)...............RM33.2 juta
Tahun 2010 (PR)...............RM38.9 juta
Tahun 2011 (PR)...............RM45.7 juta
Tahun 2012 (PR)...............RM64.03 juta


2. SAGUHATI TAHUNAN GURU KAFA

Tahun 2008 (BN)..............RM659,000.00
Tahun 2009 (PR)...............RM879,000.00
Tahun 2010 (PR)...............RM913,200.00
Tahun 2011 (PR)...............RM900,000.00
Tahun 2012 (PR)...............RM900,000.00


3. PERUNTUKAN TAMBAHAN TAHUNAN UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)

Tahun 2008 (BN).............TIADA
Tahun 2009 (PR)..............RM1.50 juta
Tahun 2010 (PR)..............RM1.75 juta
Tahun 2011 (PR)..............RM1.75 juta


4. SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN AL-HUFFAZ

Tahun 2008 (BN)............TIADA
Tahun 2009 (PR).............RM75,000.00
Tahun 2010 (PR).............RM100,000.00
Tahun 2011 (PR).............RM130,000.00


5. SUMBANGAN EKYA' RAMADAN (KEPADA SELURUH MASJID)

Tahun 2008 (BN)............TIADA
Tahun 2009 (PR).............RM213,000.00 setahun bermula tahun 2008 selepas ambil alih pentadbiran negeri


6. PROGRAM BULANAN AL-QURAN

Tahun 2008 (BN)..........TIADA
Tahun 2009 (PR)...........RM100,000.00 setahun


*FAKTA ADALAH DARIPADA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG

Saya tidak pasti sama ada berita ini mendapat tempat dalam media arus perdana tetapi percaya ianya tidak dilaporkan. Apa yang dilaporkan lebih merupakan laporan negatif yang mencemuh dan memberi gambaran buruk terhadap pentadbiran negeri semata-mata kerana ia diterajui oleh DAP.


Sumber : Kuda Ranggi

Daim mahu Raja Nong Chik ganti Sharizat di Lembah Pantai

Posted: 11 Feb 2012 05:21 AM PST



KUALA LUMPUR, 11 FEB: Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berkata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin adalah calon paling sesuai untuk merampas balik kerusi Lembah Pantai pada pilihanraya umum akan datang.


Daim yang jarang memberi komen mengenai politik semasa berkata agak sukar untuk Ketua Wanita Umno Datuk Sharizat Jalil bertanding sekali lagi di Lembah Pantai setelah tewas pada PRU tahun 2008.

"Saya tidak nampak Shahrizat boleh ke kawasan ini...kerana dia kalah. Kalau kalah, nak cuba lagi...saya ingat susahlah. Itu pandangan saya," kata beliau di satu majlis anjuran Umno di Lembah Pantai, semalam.
.
"Sekarang ada ketua bahagian, seorang menteri (Raja Nong Chik). Kalau tidak pilih dia, nak pilih siapa lagi" tambah beliau.

Daim yang juga bekas Bendahari Umno berkata peluang untuk merampas kembali kerusi Lembah Pantai memang ada jika ahli-ahli UMNO bersatupadu dan pucuk pimpinan memilih calon yang betul.

PRU 12 menyaksikan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar menewaskan Sharizat untuk merampas kerusi Parlimen Lembah Pantai. Sharizat memperolehi 18,833 undi berbanding Nurul Izzah, 21,728 undi

Daim akur peluang BN menang semula kerusi parlimen itu bukan mudah kerana Nurul Izzah adalah seorang yang popular dang memegang jawatan penting dalam PKR .

Beliau turut menuntut kerajaan supaya menyelesaikan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) untuk mengelakkan pembangkang mempolitikkannya.

Daim juga menggesa ahli Umno sentiasa mengutamakan displin dalam parti yang menurut beliau menjadi faktor penyebab parti itu kalah teruk pada pilihanraya umum lalu.

"Pada PRU12 kebanyakkan kerusi tumbang bukan kerana parti pembangkang kuat tapi akibat kelemahan kita kerana tidak bersatupadu, Kita kena mengakuinya, kalau kita tidak mengaku, kita tidak akan berjaya selepas ini," tegas beliau.

Malah, katanya Sharizat sendiri tewas di Lembah Pantai kerana sabotaj dalaman di Umno.

Pandangan Daim sekaligus memberi tekanan kepada Shahrizat untuk melepaskan jawatannya dalam kabinet dan juga parti, susulan isu NFC dan salahguna pinjaman RM250 juta kerajaan membabitkan suami dan anaknya.

Sharizat sebelum ini mengaskan beliau tidak akan meletak jawatan sebagai Ketua Wanita Umno tetapi menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk memutuskan kedudukan beliau dalam kabinet.

Sharizat bertegas beliau tidak ada kena mengena dengan NFC dan mahu memberi fokus penuh untuk memastikan kejayaan BN pada PRU akan datang.

Parti Keadilan Rakyat sebelum ini mendakwa sebahagian daripada pinjaman kerajaan itu, digunakan oleh syarikat milik suami Shahrizat untuk membeli kondominium mewah, tanah dan perbelanjaan lain yang tidak ada kaitan dengan industri ternakan daging.


Antarapos

Isa Samad seleweng RM353,000 duit rumah terbuka aidilfitri Felda?

Posted: 11 Feb 2012 03:58 AM PST

Video diakhir entry..



Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini mendakwa Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad menyalahgunakan wang Felda sejumlah RM353,375 bagi mengadakan rumah terbuka Aidilfitri, September tahun lalu.


Presidennya, Mazlan Aliman berkata, Isa tidak mengadakan rumah terbuka di Ibu Pejabat Felda seperti kebiasaannya, sebaliknya memilih untuk mengadakannya di kediamannya di Port Dickson.

"Sepatutnya Felda mengadakan rumah terbuka di ibu pejabatnya dengan kos lebih kurang RM30 ribu.

"Tapi Tan Sri Isa buat di kediaman sendiri. Jadi sudah tentu memerlukan peruntukan yang banyak untuk tujuan pengangkutan dan sebagainya, dan dia guna duit Felda, sudah tentu duit peneroka," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Selain itu, turut dipersoal isteri Isa, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid yang juga mengadakan rumah terbuka, juga menggunakan duit Felda.

Kos rumah terbuka tersebut mencecah RM17,875 dan diadakan di Taman Fatimah, Kuala Pilah.

"Apa gunanya isteri dia buat rumah terbuka guna anam sendiri dan peruntukan Felda? Sepatutnya cukuplah pengerusi Felda sahaja yang buat," katanya.

Sehubungan itu, Anak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan tersebut.

"Kami akan buat laporan ke SPRM dan SPRM dapat menyiasat perkara ini," katanya.



Harakahdaily

Osambie: The Axis of Evil Dead.. Filem yang Biadab dan menghina Osama dan juga Islam..

Posted: 10 Feb 2012 11:53 PM PST

Scroll down for video



Sebilangan besar ulama kanan menyifatkan tindakan Amerika yang telah mengkebumikan jenazah Osama Bin Lade di utara Laut Arab sebagai satu penghinaan dan tidak mengendahkan amalan mengebumikan jenazah dalam kubur dan menghadap ke kiblat di Makkah.


Jenazah pemimpin Al-Qaeda, Osama Laden telah dikebumikan di utara Laut Arab dari atas geladak kapal pengangkut pesawat milik Amerika Syarikat, USS Carl-Vinson.

Ini dilakukan selepas jenazah beliau dimandikan dan dilaksanakan mengikut cara Islam, kata pegawai pertahanan Amerika pada 2 Mei 2011.

Osman dibunuh dalam satu operasi oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat bersama Pakistan di luar Islamabad.

Menurut para Ulama, persemadian di laut hanya dibenarkan dalam kes tertentu seperti apabila kematian berlaku di atas kapal yang sedang berlayar.

Imam Besar Masjid al-Azhar, Sheik Ahmed al-Tayeb, berkata persemadian Osama di laut "bertentangan dengan prinsip syariah, nilai agama dan amalan kemanusiaan".

Seorang ulama di Lubnan, Omar Bakri Mohammed, berkata: "Amerika mahu menghina orang Islam menerusi persemadian seperti ini dan saya tidak fikir ia satu kebaikan untuk pentadbiran Amerika."

"Jika benar mayat itu (Osama) telah dicampak ke dalam air, maka Islam menentang sepenuhnya perkara itu," kata Mahmud Azab yang juga merupakan penasihat Imam Besar Al-Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayeb dan juga jurucakap Universiti Al-Azhar.

Katanya, setiap mayat jika menjadi mangsa bunuh atau mati secara semulajadi mesti dihormati. Mayat penganut agama atau tidak, Islam atau Kristian, mesti dihormati.

"Islam hanya membenarkan pengkebumian di dalam tanah kecuali kes yang tidak boleh dielakkan seperti mati lemas," tambahnya – Agensi

Biarpun begitu.. ada juga pemimpin sebuah negara Islam yang berkata "Dunia lebih aman tanpa Osama Bin Laden"..

Tak perlu diulas panjang akan pendirian pemimpin tersebut kerana ianya jelas seorang yang akan melakukan apa saja untuk memenangi hati orang atau kelompok lain hatta menggadai akidah sekalipun – untuk mengetahui siapa pemimpin itu sila lihat di SINI

Begitulah nasib Osama seorang pejuang Islam yang gigih menentang agenda jahat Amerika terhadap umat Islam..

Beliau diburu dan dibunuh akhirnya atas alasan menjadi dalang kepada serangan World Trade Center walhal hingga sekarang ianya tidak dapat dibuktikan oleh pihak Amerika.

Malah Prof Dr Morgan Reymonds, Texas University dan Prof Dr Steven E Jones, Birgham Young University, kedua-duanya dari Amerika turut mempertikaikan dakwaan kononnya World Trade Center runtuh angkara Osama – sila baca di SINI

Hingga sekarang juga tidak ada pihak yang menjelaskan kenapa beberapa minggu sebelum serangan beberapa buah firma dari Israel yang beroperasi dari dalam bangunan tersebut memindahkan operasi mereka keluar dari bangunan itu.,

Kini setelah jenazahnya dihina kematian pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden telah dipermainkan pula sebuah syarikat penerbitan tidak bertanggungjawab di Utah, Amerika selepas mereka menerbitkan filem zombi (mayat berjalan) menggunakan watak beliau.

Filem berjudul Osambie: The Axis of Evil Dead itu memaparkan pertempuran antara Unit Angkatan Khas Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) dengan kumpulan militan zombi di kawasan gurun diketuai oleh Osama yang kononnya bangkit dari kematiannya.

Pengarah eksekutif, Kynan Griffin berkata, skrip tersebut telah dihasilkan sebelum Osama dibunuh pada Mei lalu.

Ia turut menggunakan tagline 'Bin Laden Will Die Again' (Osama akan mati sekali lagi) yang dianggap biadab dan dilihat bakal mencetuskan kemarahan orang Islam.

***********************************************

OZombie Bin Laden: Vanquished Al-Qaeda leader rises from the dead in gory new film

In the world of films, reality is meaningless and one production company have decided to raise Osama bin Laden from his watery grave to lead an army of fellow decomposing terrorists in a battle against Nato forces.

According to the film's executive producer, Kynan Griffin, the script for the feature-length film was written before the al-Qaeda leader was killed last May.

But once that happened Mr Griffin told ABC news that it was just 'too good to pass up.'

Scroll down for video

The undead: In the feature length film Osama bin Laden returns from the dead to lead fellow decomposing terrorists in a battle against the United States


Killer zombie: Executive producer Kynan Griffin said 'We had some great special effects makeup people that had done a lot of Hollywood work'



For zombie fans, the film promises plenty of bloody scenes, with heads shot off and slashed with swords.


Advancing on the enemy: Fighting in the dessert, there are plenty of roundhouse kicks and one-on-one combat scenes

The story follows Dusty, a yoga instructor from Colorado, who is on a desperate rescue mission to save her brother Derek, a conspiracy theorist who is convinced Osama Bin Laden is still alive.

Once a glassy-eyed, flesh-eating bin Laden emerges, it is a race against time to stop him and his army of zombie terrorists from taking over.

It also looks set to contain some romances with a clip showing a girl kissing a boy on a tarmac floor.

Fighting in the dessert, there are plenty of roundhouse kicks and one-on-one combat as well as swords used to slice off heads and exploding bodies.

'Bin Laden Will Die Again,' boasts the film's tagline.

'We've just had a lot of fun with it,' executive producer Kynan Griffin told ABC News.

'We had some great special effects makeup people that had done a lot of Hollywood work. Lots of actions, lots of zombie violence.'

Mr Griffin also said the film's feedback had been 'overwhelmingly positive' so far.

The movie was shot in Utah and the independent production company appealed for donors to finance the film online.

Meanwhile Mark Strong has revealed he has signed up to star in Kathryn Bigelow's controversial film about the hunt for Osama bin Laden.

The Hurt Locker director received criticism from Republican congressman Peter King when it was revealed she was making the movie.

Mark said: 'It's a very procedural film about the CIA and their attempts to find him.'

'We'll be shooting that in Jordan and Washington.'



http://www.dailymail.co.uk/news/article-2098775/Rise-Osombie-bin-Laden-rises-dead-flesh-hungry-zombie-new-flick.html

Isu Pasir: Operasi KSSB Dipantau Transparency International & SPRM sejak 2009.. nak rasuah macam mana?

Posted: 10 Feb 2012 07:01 PM PST



Sebelum itu... Berbekalkan salinan daripada artikel Raja Petra yang disiarkan dalam portal berita Malaysia Today, Pemuda Umno dan Pemuda Umno Selangor masing-masing membuat laporan polis berhubung isu dakwaan penulis blog Raja Petra Kamarudin bahawa dua ADUN PKR didakwa terlibat dalam skandal pasir di negeri itu.


Tapi kenapa tak minta polis siasat juga tuduhan Raja Petra yang mengatakan Rosmah terbabit dalam insiden pembunuhan Altantuya tu?? Takut ke?

MB: Isu pasir di Selangor 'cerita lama'

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap isu pasir di negeri itu 'cerita lama' yang tidak sepatutnya dibangkitkan berikutan operasi syarikat mengendali pasir dipantau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata pegawai SPRM telah dibenarkan memasuki pejabat syarikat pengendali pasir di negeri itu Kumpulan Semesta Sdn Bhd sejak 2009 untuk menjalankan sebarang siasatan sekiranya perlu.

"Semua transaksi perniagaan pasir di Selangor dipantau Transparency International dan dua pengarah bebas badan itu dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah KSSB sejak tahun lepas," katanya dalam sidang media di Shah Alam semalam.

Kerajaan Negeri Selangor tidak akan menghalang sesiapa yang ingin memberi maklumat mengenai rasuah dan salah guna kuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri dan anak-anak syarikat malah bersedia memberikan kerjasama, katanya.

"Kita bersedia menerima maklumat daripada orang ramai untuk membantu kerajaan negeri dan anak syarikat supaya lebih telus dan bertanggungjawab. Kita serius membanteras rasuah dan kerana itu kita telah mengambil langkah sewajarnya," katanya.

Laporan polis

Sementara itu, Pemuda Umno dan Pemuda Umno Selangor masing-masing membuat laporan polis berhubung isu dakwaan penulis blog Raja Petra Kamarudin bahawa dua ADUN PKR didakwa terlibat dalam skandal pasir di negeri itu.

Laporan dibuat Ketua Pemuda Umno Selangor Ungku Md Salleh Ungku Abdul Jamal dan Penolong Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdouz Megat Junid di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Seksyen 9 di sini pada pukul 3.45 petang semalam.

Ungku Md Salleh berkata dalam laporan itu, mereka turut mengemukakan salinan daripada artikel Raja Petra yang disiarkan dalam portal berita Malaysia Today.

Beliau berkata Pemuda Umno mahu pihak polis menyiasat sama ada wujud unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh dua ADUN PKR seperti didakwa Raja Petra.

Ungku Md Salleh turut meminta polis menjalankan siasatan segera kes pembunuhan bekas Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia Datuk Patrick Wong pada 2009, yang dikatakan mempunyai unsur jenayah seperti didakwa Raja Petra.- Bernama

***********************************************

Kenyataan Rasmi Pejabat Menteri Besar Selangor berkaitan tuduhan liar Raja Petra Kamaruddin terhadap pengurusan pasir

Operasi KSSB Dipantau Transparency International & SPRM sejak 2009

Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil inisiatif bagi memastikan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), syarikat milik penuh Kerajaan Negeri, diuruskan secara telus dan bertanggungjawab.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dibenarkan memasuki secara bebas ke pejabat KSSB sejak 2009 untuk menjalankan siasatan sekiranya perlu.

"Ketika KSSB dikritik pada 2009, saya telah mengadakan perjumpaan dengan pegawai-pegawai kanan SPRM diketuai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Sutinah Sultan dan menawarkan mereka untuk menempatkan pegawai-pegawai di pejabat KSSB.

"SPRM menerima menerima tawaran ini dan sejak itu pegawai dan kakitangan SPRM bebas keluar masuk ke pejabat KSSB," katanya ketika mengulas dakwaan rasuah melibatkan operasi pasir di Selangor yang disiarkan di sebuah laman blog.

Menteri Besar berkata, semua transaksi perniagaan pasir di Selangor dipantau Transparency International dan dua pengarah bebas badan itu juga dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah KSSB sejak tahun lalu.

"Kita meminta Transparency International mencalonkan dua nama untuk dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah KSSB kerana kita berpendapat, sekiranya lantikan dibuat oleh kerajaan negeri, individu berkenaan mungkin tidak berlaku bebas.

"Transparency International telah melantik Chong Seng Gee dan Sabtu Md Ali untuk menduduki jawatan Ahli Lembaga Pengarah KSSB sejak tahun lalu," katanya sambil menambah, KSSB juga diaudit setiap suku tahun oleh juruaudit bebas.

Menteri Besar berkata beliau tidak akan menghalang sesiapa yang ingin memberi maklumat mengenai rasuah dan salah guna kuasa dalam pentadbiran Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikat.

"Kita bersedia menerima maklumat daripada orang ramai untuk membantu Kerajaan Negeri dan anak syarikat supaya lebih telus dan bertanggungjawab. Kita serius membanteras rasuah dan kerana itu kita telah mengambil langkah-langkah tertentu sejak beberapa tahun lalu."

Terdahulu, Menteri Besar menyampaikan Sijil Layak Menduduki (CF) kepada hampir 600 pemilik rumah kos rendah Taman Ukay Indah, Sungai Sering, Hulu Klang, yang disiapkan Kerajaan Negeri selepas terbengkalai sejak sembilan tahun lalu.

"Ini adalah salah satu projek perumahan terbengkalai yang telah kita baik pulih, Sejak mengambil alih Selangor pada Mac 2008 lebih 10,000 pembeli rumah terbengkalai telah menerima rumah mereka. Ada beberapa lagi projek terbengkalai yang 90 peratus telah siap termasuk Sungai Berembang dan Ukay Bistari di Hulu Klang," kata beliau.

Dikeluarkan oleh

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Sharizat tidak perlu letak jawatan kata Ahmad Maslan

Posted: 10 Feb 2012 06:19 PM PST



JENGKA – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak ada sebab untuk meletakkan jawatan ekoran isu kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC), kata Datuk Ahmad Maslan.


Ketua Penerangan Umno berkata, Shahrizat tidak seharusnya meletakkan jawatan kerana suaminya yang merupakan Pengerusi Eksekutif NFCorporation tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak.

"Shahrizat tidak seharusnya dibebani dengan masalah NFC ini kerana beliau tidak ada kena-mengena dengan syarikat tersebut walaupun suaminya mempunyai kaitan.

"Itu adalah satu kebetulan. Shahrizat tidak mempunyai kuasa untuk menghalang suaminya untuk berniaga. Tambahan pula, jika suami atau isteri menteri tidak berniaga, apa lagi kerja yang mereka boleh lakukan," katanya di sini, malam tadi.

Ahmad berkata demikian sebagai respons kepada desakan beberapa pihak supaya Ketua wanita Umno itu melepaskan semua jawatan dalam kerajaan dan parti bagi melicinkan proses siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap isu NFC.

Beliau turut berkata, geran bernilai RM250 juta yang diberikan oleh kerajaan kepada syarikat tersebut bukan diperuntukkan secara percuma, sebaliknya ia adalah satu bentuk hutang yang perlu dibayar.

"Selain itu, NFC, sama seperti lima atau enam syarikat lain, mereka turut bertanding untuk mendapatkan tender di mana mereka akan membuat pembentangan atau taklimat dan hanya syarikat terbaik sahaja yang terpilih.

"Tambahan pula, syarikat tersebut mendapat kelulusan projek dari Kementerian Pertanian (dan Industri Asas Tani) dan bukan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang dipegang oleh Shahrizat," katanya.

Beliau turut menegaskan, jawatankuasa NFC juga telah memutuskan bahawa Shahrizat tidak ada kaitan dengan syarikat tersebut.


Sinar Harian

Tiada ulasan: