Rabu, 8 Februari 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Israel Funding Corp. pengedar Minyak Sawit Malaysia keseluruh dunia?

Posted: 08 Feb 2012 08:37 AM PST



Jika Chegu Bard kata, beliau ada bukti bahawa dua syarikat di Johor berdagang minyak kelapa sawit dengan rakan perniagaan mereka dari Israel, ini pula pendedahan tentang Israel Funding Corp yang menjadi pengedar minyak kelapa sawit mentah ke seluruh dunia..


Dalam kenyataan medianya yang mendedahkan perkara tersebut Chegu Bard juga mahukan pihak UMNO/BN menjelaskan hubungan dagang tersebut – sila baca di SINI



Dari apa yang tercacat di laman web 'Israel Funding Corp.' ini, sebagai pihak yang diberikan mandat. Israel Funding Corp. telah dilantik sebagai wakil sah untuk kebanyakkan penjual dan juga pembeli kepada Minyak Kelapa Sawit Mentah berkuatkuasa dari 1 Januari 2005 hingga ke 1 Januari 2030.

Israel Funding Corp juga mengesahkan pihak mereka telah diberikan hak untuk menamakan wakil mereka untuk membeli dan menjual komoditi Minyak Kelapa Sawit Mentah keseluruh dunia tertakluk kepada terma dan syarat seperti yang terdapat dilaman 'Israel Funding Corp'.

Antara negara yang tersenarai sebagai pembekal untuk pengedaran mereka ialah Malaysia.

Ini kerana seperti yang tercatat dilaman web 'Israel Funding Corp', Malaysia adalah penyumbang 51% pengeluaran Minyak Sawit Dunia dan 62% eksport dunia.

Maka dengan itu adalah tidak menghairankan jika ladang-ladang Kelapa Sawit boleh ditemui dimana-mana di dalam Malaysia.




untuk lebih jelas sila klik pada image

Hairan aku.. Pemimpin UMNO kata Malaysia tak punya hubungan diplomatik dengan Israel.. tapi macam mana pulak 'Israel Funding Corp' tu boleh jadi agen pengedar minyak kelapa sawit mentah..

Tidakkah hubungan dagang itu menyalahi undang-undang kerana negara tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel?

Ok.. mari kita tengok siapa pula pengeluar kelapa sawti terbesar di Malaysia.. lihat print screen di bawah..


Sumber dari SINI

Nampak apa yang tertulis tu?

Felda adalah pengusaha terbesar kelapa sawit Malaysia..

eh?? Pengerusi Felda tu pemimpin UMNO kan??

Hmmm.. sungguh munafik pemimpin-pemimpin UMNO yang ada sekarang ni..

Laman Web Israel Funding Corp. sila lihat di SINI

Malaysia pembekal Minyak Masak kepada Israel.

Posted: 08 Feb 2012 06:15 AM PST



Sebelum itu, ada sumber mengatakan selain dari membekalkan minya masak kepada Israel, Israel pula adalah agent atau pengedar minyak kelapa sawit Malaysia ke seluruh dunia, kira hubungan dagang dua hala lah ni.. tak apa korang baca yang ni dulu..


Berikut adalah kenyataan Media dari Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Chegu Bard yang yang aku tunggu dari pukul 12.00 tengahhari tadi, mendedahkan bahawa Malaysia adalah pembekal Minyak Masak kepada Israel..

***********************************************
Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

8 Febuari 2012

REGIM HARUS TAMPIL PERJELAS DAGANGAN SAWIT DENGAN ISRAEL

1. SAMM dengan ini menegaskan semula pendirian SAMM iaitu tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel. Umat Islam wajib menentang Israel kerana isu penjajahan kiblat pertama umat Islam (al Aqsa) namun semboyan penentangan kepada Israel ini melangkaui isu agama dan harus disambut oelh semua kerana ia isu kezaliman dan penindasan serta penjajahan moden dengan mewujudkan negara haram Israel.

2. Isu hubungan Malaysia - Israel ini kembali menjadi perhatian apabila media milik Umno dan para pemimpinnya sedang giat menggunakan petikan kata-kata Anwar di WSJ yang berbunyi "I support all efforts to protect the security of the state of Israel" untuk melakukan serangan bertubi pada beliau sebagai penyokong zionis.

Ketua Umum PKR itu turut mengeluarkan satu kenyataan mengecam pihak-pihak yang memutarkan kenyataannya dan menjelaskan bahawa beliau ada menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi ketika ditemubual oleh WSJ pada hari Khamis, 26 Januari 2011.

"Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati," kata beliau, sambil menegaskan bahawa pendirian beliau selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.

2. Malaysia sebelum ini secara hipokrit telah menipu rakyat Malaysia kononya negara ini tidak lansung mempunyai hubungan dengan Israel. Hipokrasi pemerintah negara telah dirobek apabila 7 November lepas melalui sidang Dewan Rakyat, SAMM den gan kerjasama dan melalui YB Er Teck Hwa, ahli Parlimen DAP Bakri telah membangkitkan persoalan mengenai hubungan dagang Malaysia - Israel. Tidak boleh lari dari soalan yang turut disertakan dokumen beberapa borang kastam yang menjadi dokumen rasmi penghantaran/penerimaan barang dagangan Israel-Malaysia akhirnya YB Mukhriz Timbalan Menteri kemneterian Perdagangan Antarabangsa (MiTi) terpaksa mengakui bahawa hubungan dagang memang wujud tetapi hanya dagangan 'terkawal' melibatkan syarikat asing (Multi Nasional Company-MNC) yang beroperasi di negara ini. Ini kononya terpaksa diberi kebenaran atas menjaga kepentingan pelabur yang datang ke Malaysia. Mukhriz menyatakan selain dari itu tidak ada lansung hubungan dagang. Menteri (MiTi) YB Mustafa Mohamad lansung diam dan tidak berani memberikan kenyataan mengenai perkara ini. (KLIK SINI)

3. Tidak berpuas hati Er Teck Hwa bangun mencelah beberapa kali dengan menyebut ia bukan transaksi biasa. Er mendedahkan kewujudan borang JK 69 yang menunjukkan syarikat yang beroperasi di Malaysia mengambil barang (tidak siap) dari Israel dan kemudian memasangnya di kilang di Malaysia kemudian menjualnya sebagai produk dari Malaysia. Maka secara tidak lansung barangan Israel berjaya sampai dipasarkan ke negara yang memboikot Israel dengan bantuan Malaysia. Panik dan tidak mampu menjawab pendedahan Er Teck Hwa yang dibantu SAMM maka hasilnya Er Teck Hwa diarahkan keluar dari dewan.

4. Terbaru SAMM telah menemui beberapa dokumen membuktikan bahawa wujud hubungan dagang lain secara terus dan melibatkan syarikat Malaysia. Dua dokumen 'Booking Conformation' melibatkan dua syarikat dari berpengkalan di Johor telah didapati menghantar minyak sawit dari Pasir Gudang dan Tanjung pelepas terus ke Ashdod iaitu pelabuhan terbesar Israel yang terletak 40 km dari Tel Aviv.

5. Dokumen ini telah didedahkan kepada wartawan dalam sidang media 8 Febuari 2012, 11.30 pagi di Komtar, Pulau Pinang.

6. Melalui carian di laman rasmi salah satu syarikat tersebut ada kaitan dengan Felda. Persoalannya adakah minyak hasil sawit peneroka Felda turut terlibat dihantar ke Israel ?

sumber : utusan bulan lepas

7. Hasil dari dokumen yang berjaya di akses menunjukkan tidak kurang dari 100 metrik tan Malaysia membekalkan minyak sawit ke Israel. SAMM yakin jumlahnya lebih dari itu kerana terdapat banyak penghantaran tetapi sehingga kini SAMM cuma mempunyai dokumen membuktikan dua penghantaran dan menurut sumber ada lebih dari dua penghantaran setiap bulan.

8. Jumlah penghantaran yang banyak ini bukan sahaja cukup untuk kegunaan domestik Israel, tetapi menyebabkan Israel mampu memasarkan semula minyak sawit. Malah sudah ada usaha Israel menyimpan stok minyak sawit dan jika ini tidak dikawal maka Israel pasti mampu menjadi antara pemain utama pasaran hadapan sawit maka ekonomi negara pasti terancam apabila Israel boleh mengawal harga. Banyak kali rakyat negara didera kerana kehabisan minyak sawit dipasaran tetapi dalam pada masa yang sama Malaysia dengan 'selamba' membekalkan minyak sawit ke Israel.

9. Lebih memeranjatkan terdapat bukti bergambar yang membuktikan 'pihak kerajaan' Israel juga telah hadir ke kawasan pelabuhan Malaysia untuk memastikan 'keselamatan' dan 'kebersihan' minyak sawit yang dihantar. Bagaimana ini boleh berlaku sedangkan Malaysia diwajahkan langsung tidak punya hubungan dengan Israel ? Ternyata regim ini 'munafik' !

10. Satu surat rasmi akan dihantar ke MiTi untuk meminta penjelasan mengenai perkara ini. SAMM menuntut regim tampil memberikan penjelasan dan menghentikan segera semua bentuk hubungan dagang dengan Israel serta meminta maaf kepada rakyat Malaysia dan Palestin kerana sikap hipokrit Malaysia.

11. Mengikut laporan Kesatuan Eropah Malaysia merupakan negara ke 15 yang aktif membantu ekonomi Israel.

Sekian ;

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
http://www.anakmudamalaysia.com

Sharizat telah keluar dari Ibu Pejabat SPRM dengan selamat..

Posted: 08 Feb 2012 05:41 AM PST

8 Februari 2012



PUTRAJAYA - Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil menegaskan, beliau tidak terlibat dalam isu skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang didakwa oleh pihak berkenaan.


Beliau hadir memberi keterangan hari ini selepas dihubungi oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.

Menurutnya, kehadirannya ke pejabat SPRM Putrajaya sebagai isteri kepada Pengerusi NFCorporation, Datuk Mohd Salleh Ismail.

"Saya langsung tidak pernah terlibat dengan isu NFC dan memberi kerjasama sepenuhnya apabila ditanya oleh pegawai SPRM berhubung isu itu," kata beliau pada sidang media sejurus selesai memberi keterangan, di sini, tadi.

Beliau yang hadir bersendirian ke pejabat SPRM kira-kira jam 4 petang dilihat keluar selepas hampir tiga jam memberi keterangan.

"Sebenarnya saya mengambil cuti dengan harapan pihak SPRM akan memanggil saya hari ini untuk membuat penyiasatan rapi sama ada saya terlibat atau tidak dengan NFC.

"Ini giliran saya untuk membantu siasatan dan tidak pasti sama ada akan dipanggil untuk kali kedua. Mengenai isu lain saya tak tahu," katanya.

Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno bercuti selama tiga minggu dari menjalankan tugas-tugas sebagai anggota Kabinet.

Isu mengenai NFC mulai mendapat perhatian ramai selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lalu menyatakan bahawa NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Ia semakin panas berikutan dakwaan pembangkang kononnya wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.


Sinar Harian

Kenapa perbelanjaan RM800,000 tidak dilapor MAIWP? Jamil Khir sila jawab

Posted: 08 Feb 2012 03:38 AM PST



Pendedahan penyalahgunaan wang zakat yang dikait dengan Datuk Seri Jamil Khir Baharom menimbulkan tanda tanya berikutan perbelanjaan Yayasan Taqwa sebanyak RM800,000 tidak dilapor dalam Laporan Tahunan 2010 Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).


Pengarah Pasukan Khas Zakat Dewan Pemuda PAS Malaysia, Kamaruzaman Mohamad berkata, perbelanjaan pengurusan yayasan itu juga tidak munasabah kerana mencecah RM2 juta.

Mengikut laporan tahun 2010 MAIWP, beliau berkata, pendapatan Yayasan Taqwa ialah RM7.78 juta manakala perbelanjaan RM6.98 juta tetapi RM800,000 tidak dilapor dalam laporan.

Memetik HarakahDaily, katanya, belanja pengurusan itu sangat tinggi, tambahan pula yayasan itu hanya mempunyai seorang pengurus besar dan 17 kakitangan sahaja.

"Mengikut peratusan penyaluran zakat Yayasan Taqwa kepada asnaf, didapati agihannya ialah RM4.98 juta atau 64 peratus manakala kos pengurusan RM2 juta atau 36 peratus.

"Kenapa peratusan penyaluran agihan hanya 64 peratus sedangkan ramai tidak mendapat bantuan," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut di sini, hari ini.

Kamaruzaman – Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan berkata, laporan lengkap tahunan Yayasan Taqwa juga tidak disertakan dalam laporan tahunan MAIWP.

Beliau berkata, yayasan itu ialah agensi bawah MAIWP yang ditubuh pada 1990 dan dipengerusikan Jamil Khir selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menjaga hal ehwal agama.

"Kami mendesak Jamil Khir jawab. Ke manakah wang RM800,000 yang tidak dilapor dalam laporan tahunan 2010 itu dibelanjakan?" katanya.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga, katanya, mendesak Jamil Khir menjelaskan mengapa perbelanjaan pengurusan Yayasan Taqwa mencecah RM2 juta.

"Semua ini dijelaskan segera dan terperinci. Sekiranya dikatakan wang yang dibelanjakan itu bukan wang zakat, sila jelaskan dengan terperinci," katanya.

Beliau turut mendesak pihak terbabit melantik satu badan bebas untuk mengaudit kewangan Yayasan Taqwa secara menyeluruh.

Sebelum ini, Jamil Khir turut didakwa menyalahgunakan wang Yayasan Taqwa untuk program politik di Kedah.

Beliau juga dipalit skandal penggunaan wang zakat kira-kira RM65,000 sebagai kos guaman untuk menghalang permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Saiful Azlan Bukhari.


http://www.keadilandaily.com/?p=26298

Reserve Tunai Proton susut sebanyak RM3.4Billion.. Angkara siapa?

Posted: 08 Feb 2012 01:15 AM PST



Semalam akhbar New Straits Times melaporkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah berkata bahawa Proton Holdings telah kehilangan sejumlah besar simpanan tunainya dari nilai RM4 Bilion ke jumlah yang begitu rendah sebanyak RM600 juta untuk menampung kerugian syarikat.


Menurut Dr Mahathir, pembuat kereta nasional, Proton telah mengumpul RM4 Bilion sepanjang tempoh khidmat Tengku Tan Sri Mahaleel Ariff sebagai CEO, tetapi jumlah tersebut telah menyusut ke paras RM600 juta sewaktu perkhidmatan penggantinya Datuk Mohammed Azlan Hashim.

Dr Mahathir juga menambah bahawa kerugian yang dialami juga disebabkan oleh penjualan MV Augusta kepada sebuah syarikat yang tidak dikenali bernama Gevi SpA pada tahun 2006 dengan harga 1 Euro, sungguhpun Proton telah membelanjakan lebih RM300juta untuk pegangan sebanyak 57%.

Berikutan penjualan MV Augusta oleh Proton, BMW telah membayar 93 juta Euro atau RM446 juta pada waktu yang sama untuk pegangan satu pertiga dari MV Augusta. Harley Davidson pula membeli baki pegangan MV Augusta untuk USD109 juta atau RM 360 juta pada waktu itu.

Dalam kata lain, syarikat yang dijual oleh Proton pada harga 1 Euro atau RM4.80, telah dijual semula kepada BMW dan Harley Davidson pada harga berjumlah RM800 juta.

Seperti yang dikatakan oleh Dr Mahathir, kejatuhan Proton adalah disebabkan pengurusan yang lemah.

Oleh yang demikian DAP menyeru supaya satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja dibentuk untuk menyiasat salah-urus Proton dan kerugian berbilion ringgit yang dialami sepanjang waktu ini, terutamanya kerugian berjumlah RM3.4 bilion dalam bentuk simpanan tunai.

Ini adalah satu perkara serius, memandangkan Proton adalah pembuat kereta nasional.

Siasatan haruslah menentukan sama ada kerajaan boleh mengurangkan kerugian dengan menggulung syarikat Proton secepat mungkin, atau mengambil risiko kerugian yang lebih besar seperti yang terjadi dalam perjanjian MV Augusta.

Ini adalah satu keputusan yang sangat penting yang mesti dikaji dalam siasatan tersebut kerana rakyat Malaysia pastinya tidak mahu Proton terus kerugian.

Siasatan juga mesti melihat sama ada Khazanah Nasional, badan pelaburan kerajaan Malaysia, mendapat harga yang baik apabila ia menjual pegangan 42.7% dalam Proton kepada DRB-Hicom Bhd. Khazanah telah menjual pegangannya pada harga RM1.3 bilion atau RM5.50 satu saham, iaitu separuh daripada nilai 'book value' Proton iaitu RM9.81 satu saham dan juga nilai asal yang dibayarnya iairu RM8 satu saham. Sekali lagi, ini adalah satu contoh pengendalian buruk kerajaan yang mengakibatkan kerugian kepada pembayar cukai.

Salah seorang individu yang bertanggungjawab membina simpanan tunai Proton sehingga berjumlah RM4 Bilion ialah Tengku Tan Sri Mahaleel Ariff. Oleh yang demikian, kami mencadangkan supaya Tengku Tan Sri Mahaleel Ariff menjadi salah seorang ahli panel siasatan memandangkan beliau lebih memahami isu tersebut.

Siasatan itu akhirnya mestilah mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab untuk kerugian yang begitu besar, dan langkah-langkah untuk membendung kerugian pada masa akan datang, terutamanya apabila membabitkan dana awam.

LIM GUAN ENG

*Kenyataan Akhbar Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng pada 8.2.2012*

Wang EPF bukan milik UMNO/BN..

Posted: 07 Feb 2012 11:53 PM PST

8 Februari 2012



Tanggungjawab menyediakan prasarana untuk rakyat adalah tanggungjawab sesebuah kerajaan yang telah dipilih atau menguasai majoriti pilihan rakyat didalam sebua negara.


Dalam isu pinjaman RM1.5Billion dari KWSP untuk membantu 20,000 rakyat yang tidak mampu memiliki rumah ianya dana dari simpanan untuk hari tua pekerja yang merupakan rakyat Malaysia telah digunakan.

Mengapa wang rakyat digunakan untuk membantu rakyat? kemana menghilang reserve tunai negara?

Jika pihak bank komersil sendiri tidak bersedia untuk membiayai projek berkenaan kerana mungkin merasakan ianya kurang selamat dan tiada jaminan.. apakah pula jaminan oleh Kerajaan UMNO/BN..

Kenapa pula pinjaman akan disalurkan pula oleh KWSP kepada Kerajaan UMNO/BN dan Kerajaan UMNO/BN akan menyalurkan pinjaman tersebut kepada pihak peminjam sedangkan ianya boleh dilakukan terus oleh KWSP?

Jika UMNO/BN mahu mendapat pujian dari 20,000 rakyat tersebut.. gunakanlah duit UMNO/BN.. bukannya duit rakyat...


*******************************************

Pakatan serah memorandum, gesa KWSP kaji pinjaman RM1.5 bil

Pakatan Rakyat hari ini menyerahkan memorandum (lihat di bawah) kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berhubung keputusannya membiayai pinjaman kepada pembeli rumah kos rendah.

Ahli parlimen Pakatan yang terdiri dari Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai), Tony Pua (Petaling Jaya Utara) dan Dr Dzulkifli Ahmad (Kuala Selangor), turut menggesa Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman supaya mengkaji semula dan menolak cadangan berkenaan.

Tony Pua berkata, pada 2010, kerajaan mengumumkan terdapat sembilan bank komersil yang sepatutnya meluluskan pinjaman kepada pembeli yang layak.

Sebaliknya, kata beliau, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin baru-baru ini mengumumkan penggunaan wang KWSP sebanyak RM1.5 bilion bagi tujuan itu.

"Beliau (Nong Chik) sebelum ini menjelaskan pinjaman ini tidak diberikan secara langsung kepada pembeli-pembeli rumah kos rendah, pinjaman ini akan diberikan terus kepada pihak kerajaan dan pihak kerajaan memberi jaminan sebanyak 2.67 kali ganda jumlah pinjaman," kata Pua.

Beliau mempersoalkan mengapa syarat ketat diterima KWSP, sedangkan bank komersil sendiri tidak bersedia memenuhi syarat pembiayaan berkenaan.

Sementara itu, Nurul Izzah yang senada dengan kenyataan Tony Pua berkata, kerajaan tidak menyatakan perincian bagaimana wang KWSP digunakan bagi membiayai pinjaman perumahan.

"Secara teknikal penjualan (rumah) boleh diluluskan sebelum perjanjian dimeterai antara kerajaan dan KWSP, bayangkan dalam suasana ini sekiranya wang rakyat dibazirkan," ujarnya.

Dr Dzulkefly Ahmad pula menyatakan KWSP sebelum ini hanya bersetuju memberikan pinjaman RM300 juta sahaja bagi menjamin keselamatan wang pencarum.

"Kami dimaklumkan bahawa jumlah pinjaman tidak dapat tahap RM1.5 bilion seperti yang diumumkan pihak menteri. Buat masa ini hanya RM300 juta sahaja diperuntukan demi kepentingan pencarum-pencarum," katanya.



Sila klik pada imej untuk lebih jelas

PANAS!! Dua lagi Kondominium milik keluarga Sharizat bernilai RM34.5Juta ditemui di Singapura...

Posted: 07 Feb 2012 07:36 PM PST


Seperti yang didedahkan sebelum ini, pengurusan NFC telah menubuhkan beberapa syarikat di Singapura bagi menjalankan perniagaan peribadi milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil tetapi dibiayai melalui pemindahan wang yang berasal dari dana rakyat berjumlah RM250 juta yang diberikan kepada NFC.


Sebelum ini, KEADILAN telah mengemukakan bukti bahawa sejumlah S$530,000 (bersamaan RM1.3 juta) telah dipindahkan dari dana NFC kepada Meatworks (Singapore) Pte Ltd bagi tempoh 3 bulan antara Oktober hingga Disember 2010. Saya percaya banyak lagi pemindahan wang seperti ini berlaku untuk membiayai perniagaan milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil di Singapura.

KEADILAN juga mengesyaki perniagaan-perniagaan ini digunakan untuk mengumpul harta peribadi di Singapura, termasuklah mendapatkan pinjaman bagi membeli kondominium-kondominium mewah di Singapura.

Pada 17 Januari 2012, saya menerima satu maklumat bahawa keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil mendapat pembiayaan dari Maybank untuk membeli satu kondominium mewah di Singapura. Berdasarkan maklumat ini, saya turut bekerjasama dengan rakyat Malaysia yang berada di Singapura termasuk menggunakan khidmat penyiasat persendirian untuk mengenalpasti unit-unit yang dibeli.

Hasil siasatan mengesahkan bahawa selain dari satu unit kondominium mewah Orchard Scotts, keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil telah membeli dua lagi unit kondominium mewah di Marina Bay Suites, Singapura.


Butir-butirnya adalah seperti berikut:

Kondominium Pertama
Alamat: #08-01, Marina Bay Suites, 3 Central Boulevard, Singapore 018965

Hakmilik: Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail,Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh(rujuk muka surat 6, Sijil Hakmilik yang dikeluarkan Singapore Land Authority)

Harga: S$7,114,000 bersamaan RM17,205,209

Tarikh dibeli: 27 Mei 2010

Pembiaya: United Overseas Bank Limited (UOB)


Kondominium Kedua
Alamat: #11-01, Marina Bay Suites, 3 Central Boulevard, Singapore 018965

Hakmilik: Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail,Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh(rujuk muka surat 6, Sijil Hakmilik yang dikeluarkan Singapore Land Authority)

Harga: S$7,177,000 bersamaan RM17,357,575

Tarikh: dibeli 27 Mei 2010

Pembiaya: Malayan Banking Berhad (Maybank)

Kedua-dua unit ini terletak berhampiran dengan sebuah restoran mewah yang dimiliki dan dikendalikan oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil di Singapura, iaitu Brawn Steakhouse.


Kemudahan pembiayaan untuk membeli 2 buah kondominium berjumlah RM34,562,784 dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbal balik kerana NFC dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil mempunyai deposit yang besar di bank-bank tersebut. Deposit tersebut adalah sebahagian dari dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Pusat Fidlot Kebangsaan yang gagal mencapai sasaran yang ditetapkan.

Pembelian dua buah kondominium mewah di Singapura ini menjadi satu lagi bukti bagaimana dana RM250 juta telah digunakan bagi tujuan peribadi untuk megumpul harta, sedangkan tujuan asal dana tersebut diberikan tidak dipenuhi.

Persoalan yang lebih besar ialah bagaimanakah keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil mampu menanggung bayaran balik bulanan yang cukup besar. Anggaran saya berdasarkan kadar pinjaman semasa dan tempoh bayaran balik 25 tahun menunjukkan keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil perlu membayar RM173,000 sebulan untuk membiayai pinjaman kedua-dua kondominium tersebut.

Ini menimbulkan risiko besar berlakunya penyelewengan dalam pengurusan dana RM250 juta memandangkan mustahil Dato' Seri Salleh Ismail dan anak beliau, Wan Shahinur Izran berpendapatan sebegitu tinggi untuk melangsaikan tanggungan hutang bulanan kepada bank-bank terbabit. Ada kemungkinan dana awam berjumlah RM250 juta itu diselewengkan kepada pelbagai syarikat yang dimiliki oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil di Singapura, sebahagiannya untuk menampung bayaran balik pinjaman kondominium yang dibeli.

Dengan pendedahan terbaru ini, jumlah keseluruhan harta peribadi keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil yang ditampung oleh dana awam RM250 juta yang diberikan kepada NFC (baik dibayar secara terus atau melalui urusniaga timbal balik berdasarkan pendepositan dana yang besar) yang telah didedahkan setakat ini adalah seperti berikut:


Saya ingin merumuskan pendedahan kali ini dengan mengajukan 3 soalan masing-masing kepada pengurusan NFC, Dato' Seri Shahrizat Jalil dan Dato' Seri Najib Tun Razak:

1) Apakah bukti-bukti yang boleh dikemukakan oleh pengurusan NFC bahawa pinjaman-pinjaman yang diambil untuk membiayai 2 unit kondominium mewah di Marina Bay Suites ini tidak ada kena mengena dengan dana awam RM250 juta yang diamanahkan kepada NFC?

2) Beranikah Dato' Seri Shahrizat Jalil tampil ke hadapan memperincikan pendapatan keseluruhan ahli keluarga beliau sehingga mampu mengumpul harta sedemikian rupa dalam masa 2-3 tahun kebelakangan ini?

3) Apakah Dato' Seri Najib Tun Razak mempunyai kekuatan moral untuk menentang rasuah dan salahguna kuasa dengan mewajibkan setiap ahli kabinet mengisytiharkan keseluruhan harta yang dipunyai oleh mereka dan ahli keluarga mereka, berikutan pendedahan harta yang dimiliki keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil?

Rakyat akan terus memerhati dan menilai tindakan yang diambil oleh Dato' Seri Najib Tun Razak dalam menangani skandal NFC ini. Jalan terbaik untuk menjada kredibiliti kerajaan dan institusi berkuasa seperti SPRM dan PDRM adalah dengan menubuhkan satu Suruhanjaya diRaja secepat mungkin untuk menyiasat skandal ini.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

8 FEBRUARI 2012

Tiada ulasan: