Ahad, 5 Februari 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Semalam Shahrizat bidas Rafidah.. hari ini dia kata tak mahu kurang ajar..(Video Inside)

Posted: 05 Feb 2012 06:06 AM PST



Bercakap kepada wartawan di Hospital Besar Kuala Lumpur, Shahrizat berkata beliau tidak akan mengulas desakan Tan Sri Rafidah Aziz supaya beliau mengundurkan diri selepas terheret dengan skandal NFC kerana dia tidak mahu dianggap kurang ajar terhadap bekas ketuanya itu.


"Saya tidak mahu serang orang yang lebih tua daripada saya, saya datang dari keluarga di mana ibu bapa saya mengajar saya untuk tidak kurang ajar kepada sesiapa, lebih-lebih lagi mereka yang lebih tua daripada saya, jadi saya akan tutup mulut," katanya.

Ditanya sama ada keengganan beliau untuk meletak jawatan dari kerajaan mahupun parti akan menjejaskan reputasi Umno, Shahrizat berkata kontroversi adalah perkara biasa bagi mana-mana pemimpin politik.

Menurut beliau, di seluruh dunia, baik pihak kerajaan mahupun pembangkang sentiasa akan berdepan dengan isu dan kontroversi yang mencabar.

Jadi, apa yang berlaku ke atas dirinya dianggap sebagai perkara biasa.Shahrizat berkata beliau tidak perlu menjawap pelbagai tuduhan yang dilemparkan dan dia hanya bertanggungjawab kepada Allah.

"Mengapa saya pergi ke Mekah tiga kali dalam dua setengah bulan? Kerana saya takut kepada tuhan, saya minta petunjuk dan bimbingan dari Allah," kata Shahrizat, yang juga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.

Itu adalah apa yang telah dilaporkan oleh Malaysiakini jam 4 petang tadi, baca pula apa yang diaporkan oleh Antarapos semalam semasa Shahrizat berada di Beruas, Perak.

BERUAS 4 FEB - Ketua Wanita Umno Datuk Seri Sharizat Jalil mengajak rakyat menilai latar belakang mereka yang mendesak beliau meletak jawatan dalam parti dan kerajaan demi "membuat keputusan betul" mengenainya bersabit isu Pusat Fedlot Kebangsaan (NFC).

Dalam komen yang dilihat sebagai tujukan kepada bekas mentornya Tan Sri Rafidah Aziz, Sharizat berkata : "Anda perlu melihat kepada latar belakang politik mereka yang mendesak saya letak jawatan."

"Kalau anda buat kajian sedikit pun tentang mereka yang mendesak saya itu, anda akan tahu untuk membuat keputusan yang benar terhadap saya," tegas beliau – sepenuhnya sila baca di SINI.

Semalam dia bidas Rafidah… Hari ini dia kata tak mahu kurang ajar kepada Rafidah..


Utusan kata TG Nik Aziz tak sedar diri?

Posted: 05 Feb 2012 12:25 AM PST



Utusan Malaysia hari ini menyifatkan kesediaan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk terus bertanding pada pilihan raya umum ke-13 membuktikan pemimpin veteran PAS itu tidak memahami realiti bahawa dirinya sudah uzur.


Mengambil contoh umur Nik Aziz, akhbar milik Umno itu mendakwa pemimpin berusia 80-an itu masih "ghairah untuk berkuasa" walaupun sudah memimpin Kelantan selama empat penggal atau lebih 21 tahun.

Tidak sangka dalam keadaan yang agak uzur, Nik Aziz masih mahukan jawatan tersebut. Khabarnya, hendak menyampaikan taklimat kepada beliau juga sukar atas masalah pendengaran dan fikirannya yang tidak lagi tajam," kata akhbar itu dalam ruangan Awang Selamat.

"Kenyataannya juga selalu mencelarukan, yang tidak mencerminkan beliau seorang Menteri Besar dan Mursyidul Am PAS. Itu belum menyentuh soal prestasi pentadbiran beliau yang dianggap lemah."

Akhbar itu juga mengatakan walaupun perdana menteri paling lama berkhidmat Tun Dr Mahathir Mohanad — pemimpin yang dikritik Nik Aziz kerana terlalu lama berkuasa — tahu untuk berundur walaupun masih ramai yang memerlukan kepimpinannya.

Berikut adalah rencana Awang Selamat tersebut..

Syabas Nik Aziz
Bisik-Bisik Mingguan

AWANG mahu menjadi orang pertama mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat kerana telah mengisytiharkan diri untuk bertanding lagi pada PRU13.

Pengumuman mengenai perkara itu dinyatakan kelmarin dalam ceramah beliau di pejabat parti negeri. Nampaknya tempoh 45 tahun belum cukup.

Jika tidak silap, Nik Aziz, 81, adalah wakil rakyat paling lama dalam sejarah tanah air. Beliau mula menjadi calon pilihan raya pada tahun 1967. Jawatan Menteri Besar pula sudah empat penggal iaitu melebihi 21 tahun. Pun tidak cukup lagi.

Tidak sangka dalam keadaan yang agak uzur, Nik Aziz masih mahukan jawatan tersebut. Khabarnya, hendak menyampaikan taklimat kepada beliau juga sukar atas masalah pendengaran dan fikirannya yang tidak lagi tajam. Kenyataannya juga selalu mencelarukan, yang tidak mencerminkan beliau seorang Menteri Besar dan Mursyidul Am Pas.

Itu belum menyentuh soal prestasi pentadbiran beliau yang dianggap lemah. Misalnya, isu air bersih, yang merupakan keperluan asas untuk rakyat Kelantan sehingga hari ini belum dapat diselesaikan.

Tetapi Nik Aziz ada kuasa untuk mewajarkan kedudukannya sampai bila-bila yang beliau mahukan.

Awang masih ingat tidak lama dahulu bagaimana beliau memburuk-burukkan Dr. Mahathir Mohamad kerana dikatakan begitu lama menjadi Perdana Menteri.

Malah Nik Aziz pernah menyatakan tidak sedikitpun akan mengikut jejak langkah mantan Perdana Menteri itu. Paku dulang, paku serpih mengata orang, dia yang lebih.

Keputusan terbaru itu menyerlah hakikat siapa sebenarnya Nik Aziz. Dakwaan beliau kononnya Pas masih mahukan khidmat beliau, sekadar alasan.

Mahathir berundur ketika majoriti rakyat masih memerlukan kepimpinannya dan ketika popularitinya berada di kemuncak. Biarpun setelah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, dunia termasuk negara-negara Islam mengagumi ketokohan beliau.

Beliau tetap dengan pendiriannya walaupun ramai yang menghalang beliau untuk bersara. Jika Dr. Mahathir yang tidak dikaitkan dengan imej ulama mempunyai keyakinan untuk berundur dan tidak selamanya mahu bergayut pada jawatan, mengapa Nik Aziz tidak boleh berbuat demikian?

Apakah beliau tidak yakin kepada pemimpin pelapis Pas Kelantan. Buruk dan dungu sangatkah mereka? Atau mereka dikaitkan dengan isu korup yang serius (sebagaimana menjadi buah mulut) sehingga tidak layak diberi kepercayaan? Nik Aziz juga ada isu integriti berkaitan menantunya, yang semua orang tahu.

Difahamkan, reaksi di kalangan pemimpin dan ahli Pas bercampur-campur. Ada yang suka dan ada yang menyambutnya secara sinikal. Makin ramai ahli dan penyokong Pas sesungguhnya kecewa dengan Nik Aziz kerana tunduk kepada agenda DAP dan PKR sehingga parti itu tergelincir daripada landasan perjuangan Islam sebenar.

Sesungguhnya Awang kasihankan Nik Aziz, beliau sudah hilang keyakinan untuk mencermin diri dan memahami realiti. Apa pun, kuasa sememangnya mudah melekakan manusia. Kalau Tok Guru sudah sedap - peduli apa - teruskan sahaja.

Tahniah buat penyokong UMNO/BN Johor!! ini berita gembira buat anda semua..

Posted: 04 Feb 2012 07:55 PM PST



Kepada penyokong dan juga pengundi-pengundi UMNO/BN di negeri Johor yang berulang alik ke Singapore, ini adalah satu hadiah dari kerajaan Barisan Nasional buat anda semua.. bergembiralah!!


Pemegang konsesi Eastern Dispersal Link (EDL), MRCB Berhad akan mengenakan bayaran tol semurah RM6.20 untuk perjalanan satu hala bagi sebuah kereta.

Disamping RM6.20 yang dikenakan oleh EDL itu, para pengguna link tersebut juga dikehendaki membayar RM1.45 to PLUS Bhd, ini menjadikan jumlah keseluruhan yang perlu dibayar untuk menyeberang Tambak Johor menggunakan EDL ialah RM7.65 satu hala dan pergi balik menjadi RM15.30 sahaja.

Harga tol yang dikenakan ini bolehlah ditakrifkan sebagai murah gila oleh penyokong UMNO/BN di Johor kerana mereka hanya perlu membayar RM7.65 untuk menggunakan laluan sepanjang 8.1Km.

Ini adalah murah jika dibandingkan dengan pengguna Jambatan Pulau Pinang yang terpaksa membayar RM7.00 (anak negeri Pulau Pinang RM5.60) untuk perjalanan sejauh 14Km.

Perlu diketahui harga tol untuk Jambatan Pulau Pinang telah dicadangkan oleh syarikat kroni UMNO/BN untuk ditingkatkan (baca diselaraskan) menjadi RM9.80 selepas PRU12 yang lalu tetapi ianya telah ditentang oleh Pentadbiran Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Berbalik kepada isu harga tol yang dikenakan oleh EDL di negeri Johor, perkara tersebut telah dibawa kesidang DUN Johor oleh ADUN Stulang, Mok Chek Hou.. tapi macam biasalah.. depa peduli apa!! Pasal penduduk Johor sayang UMNO/BN..

Tahniah penduduk Johor!! Undilah Barisan Nasional lagi!!

Sokongan berterusan anda itu membolehkan UMNO/BN melakukan apa saja yang mereka mahu.

***********************************************

Motorists may have to pay five times more in toll charges along EDL

(The Star) - JOHOR BARU: Motorists using the Johor Causeway between Malaysia and Singapore may be forced to pay five times more in toll charges once it is implemented along the Eastern Dispersal Link (EDL).

They will be forced to pay the toll even if they do not use the 8.1km EDL as the collection will be done inside the Customs, Quarantine and Im­­migration Complex (CIQ).

Presently, motorists using the Johor Causeway are only required to pay RM2.90 for cars during their return trip at the CIQ building.

The RM1.27bil EDL, which will help reduce congestion in the city area along Jalan Tebrau and Jalan Tun Razak, is linked directly to the North South Expressway.

It is expected to be opened in the coming weeks.

Sources said the toll collection proposed by the concessionaire, MRCB Bhd, was RM6.20 for cars one way.

"Besides the RM6.20 EDL toll, drivers will have to pay RM1.45 to PLUS Bhd. This means the total toll is RM7.65 one way, which works out to RM15.30 to leave and return to Malaysia," they said.

The toll, to be cashless with the use of Touch'N Go, will affect about 70,000 to 100,000 local and Si­­ngaporean commuters each day. There is no toll for motorcyclists.

The EDL toll proposed for taxis is RM3.10, buses (RM5.00), light trucks (RM9.30) and heavy vehicles, including trailers, at RM12.40.

Describing the collection process as absurd, Johor Baru MP Datuk Shahrir Samad said it would be unfair to those who did not use the EDL to travel to and from Singapore.

"How can you force everyone using the Johor Baru CIQ to pay the toll? I am not sure of the rate when it starts charging at the CIQ and this will cause a lot of unhappiness," he said, adding that he hoped the Cabinet would carefully review the long-term implications.

Echoing Shahrir's concerns, Stulang assemblyman Mok Chek Hou said he had already raised the issue twice in the Johor state assembly and at other events.

"This goes against the principle of toll collection of paying for what you use. Why must people travelling from the city into Singapore pay for the toll too?" he said.

Mok also expressed worry that although the project could help reduce traffic jams along major roads, poor implementation would mar the Government's image.

PRU-13 mungkin separuh kedua 2012 untuk pastikan BN menang besar

Posted: 04 Feb 2012 07:07 PM PST



KUALA LUMPUR, 5 Feb — Pilihan raya umum mungkin akan diadakan seawal separuh kedua tahun ini kerana Datuk Seri Najib Razak sedang mendapatkan kemenangan lebih besar dengan pegawai Barisan Nasional (BN) berkata perdana menteri percaya kemenangan tipis akan diperoleh sekiranya diadakan sekarang.


Pengerusi BN mengetepikan kata-kata agar dibubarkan Parlimen awal minggu ini, beberapa hari selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan agar mengambil masa untuk mendapatkan sokongan.

The Malaysian Insider difahamkan beberapa suntikan dalam telah meletakkan BN akan mengulangi kemenangan dengan bilangan yang sama seperti pilihan raya umum 2008 jika pilihan raya diadakan tidak lama lagi. BN memenangi 140 kerusi Parlimen, hilang majoriti dua pertiga dan tewas di empat negeri.

"Datuk Seri Najib tidak akan mengambil risiko untuk mengadakan pilihan raya. Beliau boleh tunggu memandangkan ramai yang belum bersedia," kata sumber BN kepada The Malaysian Insider menambah pilihan raya umum ke-13 akan dipanggil sehingga April 2013.

Sumber itu menambah pentadbiran Najib percaya terlalu berisiko untuk memanggil pilihan raya umum sekarang disebabkan isu Pusat Fidlot Nasiona (NFC) dan mengenai soal kenaikan gaji untuk 1.4 juta kakitangan perkhidmatan awam.

"Skandal NFC menjejaskan BN. Perlu mencari jalan penyelesaian segera," katanya,

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menafikan mempunyai kaitan dalam projek itu walaupun keluargnya menerima pinjaman kerajaan sebanyak RM250 juta untuk projek ternakan lembu.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati projek itu tidak mencapai matlamat, sehingga membawa kepada pendedahan penyelewengan oleh pembangkang.

Shahrizat mengambil cuti daripada jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selama tiga minggu semasa pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat skandal itu yang diberikan pada 2007.

Selain itu, sebab lain pilihan raya umum tidak diadakan kerana kakitangan awam tidak setuju dengan skim gaji baru yang memberikan keutamaan kepada bahagian pengurusan. Kira-kira 2,000 kakitangan di bahagian pengurusan memperoleh sekurang-kurangnya RM5,000 peningkatan tetapi di bahagian lain mendapat kenaikan hanya RM1.70 tambahan bulanan.

Sumber berkata Najib terkejut apabila kenaikan berjumlah RM2.7 bilion dalam skim gaji baru tidak dapat memuaskan kakitangan awam. Beliau kemudian mengumumkan pembentukan jawatankuasa khas yang akan membuat semakan gaji sehingga 16 April, yang mana sumber BN berkata pilihan raya umum tidak akan diadakan sehingga kakitangan awam mendapat apa yang mereka mahukan.

"BN perlukan sokongan kakitangan awam. Ia tidak boleh membangkitkan kemarahan mereka," tambah sumber itu.

Najib juga berharap dapat mempertahankan "peti deposit" di Sabah dan Sarawak selain bekerja keras mendapatkan semula Selangor yang kini dipimpin Pakatan Rakyat. Parti perikatan itu juga turut menawan Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

"Ada sedikit harapan untuk mengambil semula Selangor dan mempertahankan Perak. Tetapi BN perlu bekerja keras," kata anggota strategi BN yang enggan dinamakan.

"Selain itu, BN juga tidak mempunyai sesiapa untuk meletakkan calon sesuai untuk menjadi menteri besar Selangor," tambahnya. Najib merupakan Pengerusi Umno Selangor sementara timbalannya Datuk Seri Noh Omar.

Selain itu, BN juga berhati-hati tentang peluangnya di Sarawak memandangkan ia tewas tujuh kerusi Parlimen. DAP kini memperoleh dua daripada 31 kerusi Parlimen di negeri itu.

Anggota strategik BN bagaimanapun berkata gabungan pemerintah yakin memenangi kesemua tetapi dua kerusi di Sabar, yang mempunyai 25 kerusi Parlimen.

"BN boleh menang besar jika semua isu besar diselesaikan. Sekarang Parlimen akan bersidang pada Mac dan akan meminda beberapa transformasii pilihan raya.

"Sebaik sahaja diselesaikan, mereka akan selesaikan skim gaji dan isu NFC," katanya.


The Malaysian Insider

Kenapa Polis takut bertindak terhadap Keluarga Shahrizat? soal Mat Zain

Posted: 04 Feb 2012 06:07 PM PST



KUALA LUMPUR, 4 Feb — Seorang bekas pegawai kanan polis hari ini mempersoalkan keengganan pihak polis bertindak terhadap keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC), dengan mengatakan mereka mampu menyiasat perkara itu dalam masa singkat bagi memastikan sama ada berlakunya penyalahgunaan dana untuk membiayai Umrah.


"Kenapa pihak polis takut untuk mengambil tindakan terhadap suami dan anak Shahrizat?" soal bekas Ketua Pegawai Siasatan Jenayah Datuk Mat Zain Ibrahim dalam surat terbuka kepada Ketua Polis Negara hari ini.

"Bagi menyemak rekod untuk memastikan Mohamed Salleh dan Wan Shahinur (anak Shahrizat) menggunakan sejumlah RM31,580 dalam NFC bagi membiayai perjalanan Umrah mereka pada 2010 hanya memerlukan masa yang amat singkat untuk disiasat," tegasnya.

Mat Zain telah mendesak Datuk Seri Najib Razak minggu lepas supaya menggesa polis, badan pencegah rasuan, Peguam Negara menyelesaikan siasatan terhadap skandal pusat ternakan lembu tersebut dalam masa dua minggu.

Tambahnya, bagi menyemak sama ada NFCorp telah membayar sejumlah RM26,400 kepada Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat hanya memerlukan "beberapa minit" penyiasatan.

"Sekiranya tuduhan-tuduhan itu benar, Shahrizat telah menipu rakyat apabila mengatakan beliau tidak mengambil tahu berkenaan hubungan pengurusan NFCorp oleh suami dan anaknya," katanya.

PKR telah membuat beberapa siri pendedahan terhadap NFV, termasuk sejumlah RM27 juta didakwa telah digunakan untuk membeli tanah dan hartanah yang tidak berkaitan dengan projek ternakan tersebut, apabila Ketua Audit Negara mengatakan projek berkenaan tidak menetapi sasaran pada Oktober 2010.

Pembangkang turut mendakwa suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, yang juga Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFCorp), telah mengarahkan bayaran sebanyak RM31,580 dibuat ke bagi membiayai perjalanan Umrah bagi diri, dan anaknya pada 2010 termasuk RM26,400 perbelanjaan Shahrizat pada 2008.

Ketua Wanita Umno itu semalam menegaskan beliau akan terus mengetuai sayap wanita dan kembali ke kementeriannya Isnin ini selepas bercuti selama tiga minggu bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan.


The Malaysian Insider

Tiada ulasan: