Ahad, 26 Februari 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Jomlah Lebih Cerdik Sikit - Baca blog Pakatan Rakyat!

Posted: 26 Feb 2012 08:03 AM PST

Rugilah bagi mereka yang melanggan akhbar-akhbar yang hanya menyajikan berita fitnah kepada para pembacanya. Berita sampah yang korang beli dan baca buat apa?

Lebih baik baca laman blog pro Pakatan Rakyat - lebih berwibawa kalau nak bandingkan dengan akhbar-akhbar tempatan, terutamanya akhbar perdana.Korang cer tengok keluaran esok, ada ker depa cerita pasal ribu-ribu yang demo aman membantah Lynas tu?

Jangan sebutlah pasal blogger pencacai Umno/BN tu yang melalak macam tersampok polong! Isu macam ini yang ada bau-bau palat memang menyelerakan nafsu serakah mereka! Tak payah layanlah depa tu semua.

Jom kita lihat laporan bangang akhbar tempatan yang dapat feeder dari Bernama haprak tu.

Putar belit KOSMO mensensasikan berita fitnah

Tengoklah bukti fitnah yang pencacai Umno/BN jajakan macam anjing kurap yang yang mengonggong seketul tulang.Riuh macam murai kena sembelit! Cer tengok betapa gahnya KOSMO memainkan fitnah tersebut.
Klentong dan putar alam Utusan Meloya

Biasalah, bagi Utusan Meloya buat kerja begini - sudah jadi amalan dulu, kini dan selamanya.Laporan atas tu sebut ditangkap dalam bilik!

Dah berapa kali kena saman pun tidak serik-serik.Mungkin ada penaja yang sponsor akhbar ini supaya memainkan fitnah untuk menolong kerjaya politik songsang!Baca laporan asalnya disini
Akhbar the Star lebih berwibawa dan telus

Mengapa mereka tidak boleh buat laporan yang jujur. Akhbar Melayu macam ini bikin malu bangsa sendiri dimata bangsa lain. Seolah-olah bangsa Melayu ini tidak ada akhlak walaupun ngaku beragama. Cer tengok laporan akhbar The Star bahasa Inggeris - dia sebut jelas tu - By the time we arrive, they were already OUTSIDE THE ROOM!

Itu adalah kenyataan Pengarah Bahagian Agama Islam Pahang, Datuk Ghazali Abdul Aziz yang The Star laporkan di sini

PAS yakin isu Kedah selesai dengan ukhuwah, tarbiyah

Posted: 26 Feb 2012 05:50 AM PST

Harakahdaily, 26 Feb 2012

KUALA LUMPUR, 26 Feb: PAS Pusat penuh keyakinan isu yang dikatakan sedang berlaku di Kedah sekarang ini boleh diselesaikan melalui semangat ukhuwah dan tarbiyah yang sudah sekian lama dibina dalam PAS.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dalam satu kenyataannya pagi ini berkata, keyakinan itu diperolehi berdasarkan pertemuan terbaru yang mereka buat bagi membincangkan isu ini malam tadi.

Malam tadi sebahagian besar pimpinan PAS Pusat berkumpul di Pejabat Agung PAS untuk membincangkan isu ini.

Sebelum ini, beberapa siri pertemuan telah diadakan oleh pimpinan utama PAS termasuk Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum beliau ke luar negara.

Media melaporkan beberapa exco kerajaan negeri Kedah enggan dilantik semula sebagai exco kerajaan negeri yang baru apabila mereka mengangkat sumpah 28 Februari ini.

Bagi Salahudin, PAS Pusat berkewajiban untuk memastikan apa yang berlaku di Kedah dapat berjalan dengan baik.

Beberapa siri pertemuan telahpun dan akan terus diadakan dengan semua pihak terlibat dan PAS Pusat yakin dengan pendekatan dialog dan perbincangan akan dapat melahirkan suasana yang harmoni dan mencapai matlamat supaya keadaan hari ini diatasi dengan bijak oleh semua pihak.

"PAS Pusat yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Presiden satu keadaan yang selesa akan dinikmati oleh semua yang memberikan kerjasama ke arah mencapai keputusan yang memastikan semangat ukhuwah dan kesan tarbiyah yang menunjangi perjuangan PAS," kata Salahudin kepada Harakahdaily.

Beliau berharap semua ahli PAS dapat memberikan kerjasama dengan tidak membuat apa-apa kenyataan prasangka yang boleh dimainkan oleh media dalam isu Kedah ini.

"Segala usaha yang sedang dilakukan hari ini akan memastikan keterlibatan semua pihak dan segala pertemuan dan perbincangan diadakan dengan hati yang terbuka," katanya.

Semua pihak juga, katanya, berjanji akan memberikan hasil terbaik untuk sama-sama perteguh kedudukan PAS di Kedah.

Gambar Video - Bantah Lynas: 20,000 sertai Himpunan Hijau 2.0

Posted: 25 Feb 2012 10:55 PM PST

Nazri Abdullah, 26 Feb 2012

KUANTAN, 26 Feb: Hampir 20,000 rakyat Malaysia khususnya masyarakat Kuantan hari ini turun ke Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 4 bagi menyatakan solidariti membantah pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng oleh syarikat Lynas Advanced Material Plant (Lamp).

Perhimpunan yang diberi nama Himpunan Hijau 2.0 hari ini dianjurkan oleh lebih 80 NGO perihatin dan turut mendapat sokongan parti-parti politik Pakatan Rakyat khususnya PAS, PKR dan DAP.

Pelbagai cara bantahan dizahirkan bukan sahaja dengan memakai baju hijau, malah juga dengan membawa kain rentang, pengikat kepala, poster dan payung mengecam tindakan Lynas itu.

Antaranya tulisan seperti 'Stop Lynas', 'Save Malaysia', 'No Toxic Cyanide' dan belbagai lagi.

Mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum dengan majoritinya Tionghua turut melaungkan slogan 'Selamatkan rakyat, Hancur Lynas, Say no to Lynas, undur Lynas, Pilihan ditangan kita dan sebagainya.

Turut hadir pada himpunan hari ini, beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Datuk Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Zulkefly Mohamad Omar dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Selain mereka turut hadir memberi sokongan adalah Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Himpunan yang bermula kira-kira jam 9.30 pagi itu sekarang ini sedang berlangsung dengan ucapan wakil-wakil NGO dan tamat jam 11.20 pagi, sebentar tadi. - Harakah

Azizan Sudah Main Cantas!

Posted: 25 Feb 2012 06:48 PM PST

Berita yang belum rasmi lagi, tapi angin meniup sepoi-sepoi bahasa membawa berita mengenai pergolakan PAS Kedah .Sama-samalah kita berdoa, bahtera PAS akan terus maju dalam mengharungi badai yang sedang diharunginya ini. Amukan badai tidak akan mematahkan semangat perjuangan yang jujur dan ikhlas.

Mana bumi yang tidak ditimpa hujan? Mana ada hujan turun sepanjang masa ....lumrah alam yang harus kita hadapi dengan tenang dan kesabaran.

Kedah MB keluarkan 'pesaing PAS' dalam senarai exco baru

February 25, 2012
Azizan berkata bersumpah dalam exco baru akan diteruskan pada hari Selasa. - gambar fail
ALOR STAR, 25 Feb (Bernama) - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak telah mendahului langkah saingan beliau dengan tidak memasukan mereka dalami senarai baru barisan exco negeri .

Adalah dipercayai beliau telah mengenepikan Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Dr Ismail Salleh, dua ahli exco yang telah memohon penyingkiran beliau.

Menurut The Star Online, Azizan telah diberi mandat oleh pemimpin tertinggi parti itu untuk mengelakkan krisis politik di negeri ini menurut pertimbangannya.

Pemimpin tertinggi parti menyedari bahawa kedua-dua pihak bertelagah telah buntu mencari penyelesaian selepas mengadakan mesyuarat berasingan, menurut seorang pemimpin kanan pusat parti.

Sementara menunggu perkenan diraja untuk senarai yang dikemukakan kepada Sultan Kedah, Azizan telah memberi jaminan bahawa majlis angkat sumpah dalam Exco akan diteruskan seperti yang dijadualkan pada Selasa, kata laporan The Star Online.



Phahrolrazi Nafi Wujudkan Gerakan Lawan Azizan

Sabtu Februari 25, 2012

ALOR SETAR: Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi menafikan beliau ada menubuhkan gerakan untuk menentang Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Gerakan saya, gerakan PAS sahaja. Spekulasi tersebut tak benar dan dakwaan komplot menjatuhkan MB juga tidak benar," katanya ketika ditemui, Sabtu.

Phahrolrazi merupakan antara exco Kedah yang disebut-sebut telah menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan itu, yang dijadual diumumkan Selasa ini.

Ketika ini, beliau memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan, Kerja Raya dan Pertanian. Berita seterusnya

NFCorp - Tunggu Apalagi ? Gi La Tangkap!

Posted: 25 Feb 2012 04:32 PM PST

Polis mahukan pengarah NFCorp didakwa atas kesalahan pecah amanah

TERKINI @ 10:04:55 PM 25-02-2012
February 25, 2012

KUALA LUMPUR, 25 Feb - Polis telah memohon kepada Peguam Negara supaya pengarah Pusat Fidlot Corporation (NFCorp) didakwa atas kesalahan pecah amanah selepas pemimpin pembangkang mendakwa sebahagian daripada RM250 juta pinjaman mudah kerajaan telah digunakan untuk tujuan lain.

Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan mengesahkan perkara itu petang tadi kepada beberapa organisasi media.

"Kami mencadangkan Pejabat Peguam Negara supaya semua pengarah NFCorp didakwa atas kesalahan pecah amanah," katanya kepada The Malaysian Insider.

NFCorp, yang dimiliki oleh suami dan tiga anak Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, merupakan syarikat yang bertanggungjawab menguruskan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC).

NFC mula menjadi topik hangat setelah syarikat itu tersenarai dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010.

Shahrizat tetap menegaskan dirinya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan projek berkenaan.

Sejak itu, PKR mula membuat pendedahan berterusan terhadap skandal NFC, termasuk tuduhan penyalahgunaan dana kerajaan jutaan ringgit untuk pembelian tanah, hartanah, dan perbelanjaan tidak berkaitan dengan projek ternakan lembu tersebut.

Namun demikian, baru-baru ini berhubung dakwaan pembelian dua unit kondominium bernilai RM34 juta di Singapura, di kawasan Marina Bay Suites, anak Shahrizat, Wan Shahinur Izmir menjelaskan syarikat berkenaan telah membuat keputusan untuk menggunakan wang tersebut dalam pelaburan hartanah ketika berehat daripada aktiviti perniagaan.

Penangguhan berkenaan jelas Wan Shahinur Izmir, adalah disebabkan siasatan yang dijalankan kerajaan ke atas NFCorp.

Menurut Tony Pua, Kementerian Kewangan ketika sidang Parlimen lepas menjelaskan tiada peruntukan dalam perjanjian pinjaman itu yang membolehkan NFCorp membeli hartanah.

Awal hari ini, Pua mendedahkan perjanjian pinjaman tersebut, yang mana dakwanya membuktikan syarikat itu telah melanggar syarat perjanjian bernilai RM250 juta.

Sejak pendedahan tersebut dibuat, Shahrizat telah berhadapan dengan tuntutan meletak jawatan termasuk daripada barisan kepimpinan Umno sendiri. Namun beliau enggan melakukan tindakan sedemikian sebaliknya tetap bertegas projek itu tiada kaitan dengan dirinya.

Ketua Wanita Umno itu turut membuat permohonan cuti selama tiga minggu daripada perdana menteri apabila tuduhan rasuah dibongkar. Beliau telah menyambung semula tugasnya sebagai menteri.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Putrajaya akan melantik juru audit bebas bagi menyemak dokumen kewangan NFCorp, namun enggan mewujudkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat NFC.

Tiada ulasan: