Isnin, 13 Februari 2012

Aku Budak Balun

Aku Budak Balun


Apabila MB ber'otak' Pencacai...

Posted: 12 Feb 2012 05:11 PM PST


Adehhhh!!
Yang sesat lagi menyesatkan ialah DS Najib...
Dok pergi hadir di Kuil untuk sama-sama sambut Thaipusam yang sangat-sangat jelas bertujuankan keagamaan perayaannya!

Tiba-tiba Menteri Besar Ganu yang otak taraf pencacai ni keluar statement PAS parti ajaran sesat??
Pulak???
Adehhhh!! macam mana lah ini lelaki UMNO yang terbaik ada di Ganu untuk dilantik sebagai MB??

budakbalun 13022012

Najib di Batu Caves: NGO, PAS mahu fatwa jelas

Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menghadiri majlis sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves pada 7 Februari lalu dengan lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda sambil ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor terus mengundang pelbagai bidasan.

Terbaru, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan (kanan) meminta Majlis Fatwa menyatakan pendirian berhubung tindakan itu.

"Kita minta fatwa yang betul-betul jelas, berani dan telus daripada pihak agama dan jangan jual agama demi kepentingan sendiri," katanya yang dipetik Harakahdaily.

Sehubungan itu, Nasrudin juga berharap lebih ramai pakar agama, termasuk bekas pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat, Datuk Hasan Ali supaya tampil menyatakan pendirian jika benar mendakwa mereka pembela akidah umat Islam.

"Saya tidak fokus kepada Datuk Hasan sahaja tapi juga kepada mufti, pimpinan dan ulama Umno sendiri sepatutnya kena peka sebab ia dilakukan perdana menteri dalam satu program yang jelas merupakan program agama, bukan program kebudayaan," katanya kepada akhbar rasmi PAS itu.-Harakahdaily

Sesat: Pemuda PAS sedia debat dengan Ahmad Said

KUALA TERENGGANU, 12 Feb: Pemuda PAS Terengganu dengan penuh rasa bertanggungjawab untuk mempertahankan PAS daripada tuduhan jahat Datuk Seri Ahmad Said, Ketua Perhubungan Umno negeri dan juga Menteri Besar yang menyatakan PAS ialah 'Parti Ajaran Sesat'.

"Sesiapa sahaja boleh juga menuduh Umno sebagai United Musyrik National Organization.

"Tetapi kami tidak merasa selesa untuk membuat tuduhan ini dengan menggunakan uslub celupar Ahmad," tegas ketuanya, Mohd Nor Hamzah (gambar) dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Beliau juga meminta pihak penguasa buat penyiasatan segera tentang tulisan dalam Sinar Harian yang bertajuk "Mat Said mempertikaikan hukum liwat" yang diluluskan dalam Enakmen Jenayah Syarei Terengganu (Hudud dan Qisas) 2003.

Katanya, pertikaian Ahmad tentang peruntukan dalam enakmen itu juga menggambarkan sikap beliau yang menghina enakmen itu dan Tuanku Sultan Terengganu yang telah menandatanganinya.

Menurutnya lagi, sikap Ahmad yang mempertikaikan enakmen itu juga menolak pandangan ijmak ulama tentang kesalahan suami yang meliwat isteri tidak boleh dijatuhkan hukuman Hudud.

Beliau yang juga Adun Bukit Payong berkata Ahmad mula berada dalam kesesatan, bila mana beliau mempertikaian pendapat ijmak ulama.

Tambahnya, tuduhan jahat Ahmad terbongkar daripada hati yang jahat dan kebencian yang membara kepada rakyat yang mendampingi, menyokong dan bangkit bersama PAS untuk menjatuhkan kesombongan, pembaziran, penyelewengan dan penyalahgunakuasa pemimpin-pemimpin Umno.-Harakahdaily

Tiada ulasan: