Ahad, 19 Februari 2012

AdlyZahari

AdlyZahari


ROBOH SURAU DI MELAKA

Posted: 19 Feb 2012 08:07 PM PST

  • Pas Melaka kecewa kerana sebuah surau di robohkan di Ujong Pasir.
  • UMNO gagal menjaga Islam, surau dirobohkan adalah bukti kegagalan UMNO.
  • Menurut penduduk setempat di Ujong Pasir, tapak surau itu telah puluhan tahun diwakafkan.
  • Persoalannya mengapa tanah-tanah wakaf ini tidak diselenggara dengan betul dan diwartakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Melaka yang dipengerusikan Ketua Menteri.
  • Kegagalan mewartakan tanah wakaf menyebabkan tanah tersebut terjual kepada pihak ketiga.
  • Akhirnya surau yang didirikan oleh penduduk kampung di Ujong Pasir itu dirobohkan, atas alasan Pembangunan oleh pemaju.
  • JKKK, Penghulu, Wakil Rakyat dan Ketua Menteri tak dapat menyelamatkan sebuah surau.
  • MAIM dan Ketua Menteri harus bertanggungjawab.

WIRANITA vs WATALA

Posted: 19 Feb 2012 04:13 PM PST

  • Ultra Melayu, Perkasa menubuhkan wiranita. Cabang sayap wanita dalam Perkasa.
  • Ianya dirasmikan oleh Datin Sri Rosmah Mansor. Pentas perasmian itu juga digunakan oleh Rosmah untuk menjawab segala persoalan tentang pemborosan beliau.
  • Rosmah percaya pada Ibrahim Ali, semua yang beliau cakap akan ditelan bulat bulat oleh wiranita?
  • Perkasa dan UMNO serupa. Begitu juga wiranita dan wanita UMNO.
  • Ibrahim Ali cepat menangkap. Bila melihat wanita UMNO tidak terbela, lembu lebih dibela, maka Ibrahim Ali cepat membuka pintu wiranita kepada wanita UMNO. Wanita yang tak suka dengan lembu dan bau lembu. Wanita yang sudah bosan dengan Sharizad.
  • Tindakan Ibrahim akan menyebabkan wanita berpecah, walaupun disatu sudut ianya ditafsirkan sebagai berkembang.
  • Sharizad pasti bingkas menghalang wanita diperalat Perkasa. Sharizad akan gunakan Watala (Wanita Tahan Lasak).
  • Kita akan lihat Pertembungan Wiranita dan Watala. Rosmah berpihak ke Wiranita. Sharizad dan Puan Sri Norainee (Isteri Muhyiddin) berpihak pada Watala.
  • Wiranita adalah lambang kehilangan keyakinan Rosmah pada Shahrizad !

Tiada ulasan: