Ahad, 26 Februari 2012

Addin

Addin


(Dikemaskini) Ini Bukti OCPD Kuantan Berbohong..

Posted: 26 Feb 2012 08:01 AM PST


Ini antara gambar yang Addin sempat rakam sekitar di Himpunan Hijau 2.0 pagi tadi. Di anggarkan sekitar 12 ribu orang menghadiri Himpunan Hijau 2.0 di padang MPK4, Kuantan.  

Tahniah kepada semua peserta dan NGO-NGO yang menyokong Himpunan ini. Dianggarkan 80 NGO yang menyertai himpunan ini. Dalam hiruk pikuk himpunan pagi tadi, Addin terserempak dengan sekumpulan peserta yang memakai baju MCA.

Memang zaman sekarang segala isu memerlukan bukti. Dalam isu ni Addin tak berkesempatan untuk merakam aksi-aksi kumpulan ini.  

Dalam berita di TV3suku sebentar tadi, OCPD Kuantan mengatakan peserta Himpunan Hijau 2.0 hanya 3,000 orang. Addin rasa OCPD Kuantan ni  buta atau tak tau mengira.. tidak pun skrip Umno diserahkan kepada beliau. Cuba tengok betul-betul gambar kat bawah ni.

Addin akan kemaskinikan dari masa ke semasa gambar dalam blog ini untuk tatapan umum.












Addin @ Himpunan Hijau 2.0


Sebab Apa Najib Bengan Dengan Ali Rustam Nih?

Posted: 25 Feb 2012 09:39 PM PST

Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak melawat Melaka hari ini. Beliau tiba dengan menaiki helikopter yang mendarat di Dusun Dato Murad, Ayer Keroh berdekatan Penjara Agro. Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pagi ini.

Rakyat tertanya-tanya mengapa pesawat yang membawa Perdana Menteri tidak mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) tetapi sebaliknya mendarat di Dusun Dato' Murad.

Siapa yang mencadangkan kepada Datuk Seri Najib untuk mendarat di Dusun Dato Murad? Adakah ianya atas kehendak beliau sendiri atau ada sesiapa yang tidak suka Perdana Menteri mendarat di LTAM bagi menyembunyikan keadaan sebenar betapa lengangnya LTAM.

Jika ada pihak yang cuba 'menyorokkan' LTAM dari Perdana Menteri itu tindakan yang silap kerana Perdana Menteri sudah tentu mempunyai maklumat tentang LTAM. Beliau pasti tahu betapa 'sibuk'nya LTAM mungkin lebih kurang sama kesibukannya dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow di London.

Malah isu ini juga sudah banyak kali dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kota Melaka semasa sidang Parlimen dan ianya telah dijawab oleh Menteri Pengangkutan. Sudah tentu Perdana Menteri arif tentang kegagalan LTAM menarik syarikat penerbangan beroperasi LTAM.

Jika Perdana Menteri memilih Dusun Dato' Murad sebagai tempat pendaratan pesawatnya, ini merupakan tamparan hebat kepada Mohd Ali kerana terbukti Najib sendiri tidak yakin dengan prasarana LTAM sehingga beliau tidak sudi mendarat di LTAM.

Mungkin juga Perdana Menteri tidak berpuashati dengan kegagalan kerajaan negeri menyelesaikan masalah LTAM yang gagal menarik minat syarikat penerbangan beroperasi di LTAM.

Atau mungkin Najib 'bengang' dengan pembaziran duit rakyat sebanyak RM240juta yang digunakan untuk menaiktaraf LTAM sedangkan pada hakikatnya projek ini tidak berdaya maju. Kegagalan ini sebenarnya membuktikan kerajaan negeri tidak membuat kajian terperinci sebelum LTAM dinaiktaraf. ~mutaligat


Tiada ulasan: