Rabu, 22 Februari 2012

Addin

Addin


Panas!! Pemimpin BN Tawar Wang Supaya Tarik Balik Aduan Seks

Posted: 22 Feb 2012 08:51 AM PST

MCA kini berdepan dengan satu lagi skandal yang melibatkan pemimpinnya, kali ini Ng Tian Poh, ahli jawatankuasa Perhubungan MCA Perak.  Ng Tian Poh dituduh mencabul seorang jurusolek bernama Ng Sook Mei pada 30 Disember 2010, dan isu ini menjadi hangat di dunia internet, baru-baru ini. Ibu pejabat polis daerah Ipoh telah mengesahkan kepada MerdekaReview, bahawa satu surat telah dikeluarkan untuk memaklumkan Ng Sook Mei bahawa polis telah menjalankan siasatan rapi terhadap aduan beliau, malah tangkapan telah dibuat ke atas Ng Tian Poh (gambar), yang disyaki terlibat dalam kes ini.

Bagaimanapun, Ng Tian Poh ketika dihubungi MerdekaReview, menafikan dirinya telah ditangkap.  Ng Tian Poh bagaimanapun mengakui dirinya pernah disiasat sekali sahaja pada tahun 2010.  Ng Tian Poh enggan mengulas apabila wartawan menyusul dengan soalan sama ada beliau mencabul wanita tersebut.

Dalam aduan polis oleh Ng Sook Mei pada 31 Disember 2010, Ng Tian Poh dituduh memasukkan tangan ke dalam baju Sook Mei, meraba buah dadanya dan membuka kancing baju dalamnya.  Sook Mei, 29 ketika itu, menolaknya tetapi Ng Tian Poh terus memasukkan tangan ke dalam seluar pendeknya.  

Seorang kawannya, Ranjit yang berada bersama mereka ketika itu, di Ipoh Royal Club menolong Sook Mei untuk membebaskan diri dari terus dicabul Ng Tian Poh.

Ng Sook Mei memanggil sidang media pada 17 Februari 2012 untuk menjelaskan apa yang berlaku pada malam itu.  Beliau bersama teman lelakinya berada di tempat kejadian semasa pencabulan berlaku.  Mereka pergi ke Ipoh Royal Club atas undangan kawan, dan diperkenalkan kepada Ng Tian Poh.  Ng Sook Mei dan teman lelakinya hanya tahu identiti Ng Tian Poh selepas kad namanya dihulurkan kepada mereka.  

Bagaimanapun, ketika pencabulan berlaku, teman lelaki Ng Sook Mei tidak terdaya untuk berbuat apa-apa, setelah mengambil minuman keras yang diberikan kawannya.  Begitu juga dengan Ng Sook Mei yang merasakan tubuhnya hilang tenaga.

Beberapa akhbar Cina membuat liputan untuk sidang media itu, tidak menyebut "pemimpin MCA" sebagai orang yang disyaki terlibat, melainkan Oriental Daily dan Guang Ming Daily yang menyebut "pemimpin MCA" dalam laporannya.

Menurut teman lelaki Ng Sook Mei, terdapat sesetengah pihak yang berlatarbelakangkan parti politik pernah memujuk agar tidak dibuat aduan polis, dan menawarkan wang kepadanya agar kes ini "diselesaikan".  Bagaimanapun, beliau menolak tawaran tersebut.

Peguam Ng Sook Mei, iaitu Leong Cheok Keng (gambar kiri) turut berkata dalam sidang media itu, bahawa pihak polis pernah mendakwa pihaknya memiliki rakaman video kejadian tersebut, lantas mempertikaikan mengapa tindakan tidak diambil sehingga hari ini.

Leong berkata beliau pernah menulis surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ketua Polis Negara Ismail Omar, Jabatan Perdana Menteri dan Peguam Negara bagi pihak anak guamannya, menyeru agar pihak berkenaan memandang serius kes ini, menurut laporan. ~merdekareview


Najib Bakal Di Tipu Jentera Pilihanraya BN

Posted: 22 Feb 2012 07:41 AM PST

Najib Bakal Di Kencing Dalam PRU 13 

Di sebalik kekerapan Najib dan Muhyiddin turun ke negeri-negeri bertemu dengan rakyat dan dalam masa yang sama memberi isyarat bahawa tarikh pilihanraya umum semakin hampir, hakikat yang berlaku dalam UMNO sebenarnya adalah amat memalukan.

UMNO seolah-olah tidak bersedia untuk menghadapi pilihanraya walaupun menyedari PRU 13 ini adalah "ibu" kepada segala piliharaya. Pilihanraya yang akan menentukan sama ada UMNO dan BN terus hidup atau kehilangan kuasanya.

Masih banyak bahagian-bahagian UMNO yang didapati belum lagi menubuhkan jentera pilihanraya di peringkat bahagian masing-masing. Mereka masih bersikap tunggu dan lihat dulu. Masing-masing mahu menunggu tarikh pilihanraya diumumkan oleh Perdana Menteri dan siapa yang dipilih sebagai calon dahulu.

Terdapat ketua bahagian yang enggan menubuhkan sebarang jawatankuasa atau jentera untuk piliharaya kerana tidak tahu kedudukan mereka sama ada dipilih sebagai calon ataupun tidak. Bagi yang berkeyakinan akan menjadi calon, memang ada yang sudah menubuhkan jentera pilihanraya malahan sudah mengadakan latihan, kursus dan persiapan yang secukupnya. Tapi jumlah kelompok ini tidak ramai.

Kelompok yang tidak pasti dan masih melobi untuk menjadi calon pilihanraya, kebanyakan mereka langsung tidak berbuat apa-apa untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang ini. Mereka beranggapan adalah membuang masa jika mereka menubuhkan jentera piliharaya sekarang dan membuat persiapan secukupnya sedangkan nanti orang lain yang dipilih oleh pucuk pimpinan sebagai calon pilihanraya. Bagi golongan ini, biarlah sesiapa yang dipilih sebagai calon nanti menubuhkan jentera piliharaya mereka.

Bagi yang sudah putus harapan dan merasakan tidak berpeluang lagi dipilih sebagai calon pula, mereka langsung tidak berbuat apa-apa. Urusan parti hanya dilaksanakan secara ala kadar saja, selebihnya mereka menumpukan kepada bidang perniagaan saja. Persiapan atau penubuhan jentera pilihanraya hanya akan diputuskan setelah calon diketahui dan sama ada mereka dipilih sebagai pengarah pilihanraya atau pun tidak.

Bagi yang rapat dan ada hubungan dengan Najib serta pemimpin negeri dan berkeyakinan pula akan dipilih sebagai calon sahaja yang didapati sudah menubuhkan jentera piliharaya dan membuat persiapan secukupnya. Mereka ini sama ada sudah mempunyai kedudukan dalam lingkungan kuasa Najib atau sudah memperolehi banyak kontrak perniagaan. Penubuhan jentera dan persiapan pilihanraya adalah untuk membalas budi yang diperolehi.

Dalam pada itu, UMNO pusat dan negeri didapati masih belum memberi arahan secara khusus kepada bahagian-bahagian untuk membuat persiapan ke arah menghadapi pilihanraya.

Seorang ketua bahagian UMNO mengakui keadaan itu dan secara jujur berkata, beliau tidak mahu mendahului masa dengan menubuhkan jentera piliharaya dan hanya akan bertindak membuat persiapan pilihanraya apabila Parlimen sudah dibubarkan dan calon-calon sudah diketahui.

Katanya, sekarang adalah zaman duit ringgit dan biarlah sesiapa yag dipilih sebagai calon mengeluarkan perbelanjaan untuk persiapan piliharaya.

Seorang bekas menteri pula mengakui bahawa sehingga ini tidak ada arahan khusus daripada UMNO Pusat dan Negeri kepada UMNO untuk menubuhkan jentera pilihanraya di bahagian masing-masing.

Tambah beliau, lazimnya apabila menjelang piliharaya mereka akan menerima surat atau arahan daripada UMNO Pusat yang meminta membuat persiapan untuk pilihanraya, menubuhkan jawatankuasa pilihanraya serta peti undi dan menilai calon-calon untuk ditonjolkan.

Oleh kerana tidak ada arahan tersebut dan mengakui banyak bahagian-bahagian yang masih belum menubuhkan jentera pilihanraya di bahagian masing-masing, bekas menteri itu mengakui bahawa jika Najib membubarkan Parlimen dalam masa terdekat ini, ia pasti menimbulkan masalah besar kepada UMNO dan BN.

Dalam masa yang sama diakui juga bahawa sikap kebanyakan pemimpin UMNO tidak lagi seperti dahulu yang sanggup berkorban masa, wang ringgit dan tenaga demi kepentingan parti. Sekarang ini semua pemimpin lebih mengutamakan diri sendiri dan memikirkan apa yang mereka akan perolehi sebelum berbuat sesuatu. Tidak ada lagi istilah pengorbanan. Semuanya mesti diberi ganjaran sama ada wang atau jawatan.

Amatlah malang bagi Najib, dalam masa beliau sibuk turun ke negeri-negeri berkempen, bertemu rakyat dan menghulurkan pelbagai jenis bantuan serta "gula-gula", kebanyakan UMNO bahagian masih belum mempunyai persiapan secukupnya untuk menghadapi pilihanraya akan datang ini. Gendang piliharaya hanya riuh di peringkat atasan saja sedangkan tidak berlaku apa-apa di peringkat bawahan.

Dan jika jentera pilihanraya hanya ditubuhkan setelah Parlimen dibubarkan atau setelah calon pilihanraya dikenalpasti, UMNO dan BN pasti akan menghadapi laluan sukar kali ini. Sudahlah Najib berhadapan dengan pelbagai isu dan skandal di pelbagai peringkat yang menjejaskan keyakinan rakyat kepada UMNO dan BN, dalam masa yang sama Najib juga bagai "dikencing" oleh para pemimpin UMNO sendiri.

Ramai di antara mereka yang hanya memberi harapan palsu kepada pucuk pimpinan dengan harapan diri mereka akan dipilih sebagai calon dalam pilihanraya akan datang. Jika dipilih, baru mereka akan bekerja keras tetapi jika sebaliknya, mereka akan berdiam diri dan mungkin melakukan sabotaj kepada UMNO pula.

Terdapat wakil rakyat yang terang-terangan mengakui bahawa jika tidak dipilih semula oleh Najib untuk bertanding, beliau akan berehat terus daripada politik dan hanya menumpukan kepada perniagaan sahaja.

Selain itu, ada juga pemimpin yang bercita-cita menjadi calon piliharaya tetapi dalam masa yang sama tidak mahu menjaln hubungan baik dengan parti-parti komponen sehingga mengakibatkan adanya komponen BN yang memulaukan mesyuarat dan aktiviti yang dianjurkan oleh pemimpin tersebut.

Dalam keadaan di mana ramai pemimpin peringkat bahagian yang hanya pandai "menyanyi" kepada Najib serta memberi harapan palsu tetapi belum menubuhkan jentera pilihanraya masing-masing dalam keghairahan Najib mahu mempertahankan kuasa, sedar atau tidak, mereka sebenarnya sedang "mengencing" kedudukan Najib.

Sudahlah dalam masa yang sama, Najib terbeban dengan pelbagai isu dan skandal yang terus menghakis keyakinan rakyat, tindakan pemimpin UMNO yang terang-terang "mengencing" Najib itu menjadikan harapan UMNO dan BN untuk mempertahankan kuasa dalam PRU 13 ini menjadi semakin sukar. ~shahbudindotcom
 

CUEPACS Tuntut Naik Gaji RM2,500.00

Posted: 22 Feb 2012 07:01 AM PST

Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54. Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500).

"Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs pada mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA di sini, Rabu.

Omar (gambar) turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.

"Misalnya bagi mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar tunggakan sebanyak RM500," katanya.

Selain itu, Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji.

"Banyak aduan yang diterima apabila SBPA diperkenalkan mereka yang sudah lulus Aras 4 tidak diberi kenaikan gaji. "Ini tidak adil kerana bukan mudah untuk mendapat lulus Aras 4, terpaksa berkorban baca buku siang malam tapi bila dah lulus tidak dinaikkan gaji, sia-sia sahajalah usaha mereka," katanya.

Omar berkata tuntutan Cuepacs itu dirasakan sesuai memandangkan mereka yang di kedudukan atas daripada Gred 54 telahpun menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA.

"Kalau betul kerajaan berhasrat untuk merapatkan jurang antara pegawai rendah dengan atasan maka tuntutan itu adalah dirasakan wajar, apa yang Cuepacs lakukan ialah untuk menuntut kesaksamaan," katanya.

Beliau berkata terpulang kepada pasukan petugas SBPA untuk menilainya dan jika merasakan tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs mencadangkan gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan.

"Jika tidak boleh juga…apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru," katanya.

Pak Imam Baling Kasut Ke Arah Hakim

Posted: 22 Feb 2012 06:21 AM PST

Gambar Hiasan
Seorang imam yang diusir dari tempat penginapannya atas dakwaan masalah disiplin bertindak membaling kasutnya ke arah panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan hari ini. Kejadian sekitar jam 10 pagi itu berlaku apabila Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin menolak permohonannya supaya diberi kebenaran membuat rayuan.

Ini berikutan bantahan yang dibangkitkan oleh peguam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Zulkifli Che Yong bahawa afidavit imam itu difailkan di luar dari masa yang ditetapkan.

Imam berkenaan, Hoslan Hussain, yang tidak diwakili berdiri di barisan meja berhampiran pegawai pendakwa raya dan peguam semasa permohonan itu.

Difahamkan Roslan merayu kepada Hakim Zulkefli supaya berlembut dan membenarkan permohonannya itu tetapi tetapi hakim dilaporkan mahkamah terpaksa membenarkan bantahan kerana ia mengikut undang-undang.

Hakim Zulkefli cuba menenangkan Roslan tetapi beliau dikatakan tidak mahu mendengar alasan berkenaan tetapi sebaliknya mencampakkan kasutnya ke arah panel hakim yang hampir mengenai seorang daripda mereka.

Dua lagi hakim yang bersidang bersama pagi ini adalah Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari.

Berikutan kejadian ini, polis yang mengendalikan mahkamah memegang Roslan dan cuba menenangkan beliau.

Adalah difahamkan bahawa ahli panel tiga hakim tidak membuat apa-apa perintah berhubung tindakannya yang menghina mahkamah itu. ~malaysiakini


Adun Umno Nih Nak Cabut Lari Mana Lagi?

Posted: 22 Feb 2012 02:53 AM PST

Selepas para pelajar, ibu-bapa, kakitangan sekolah serta masyarakat awam berdemontrasi membantah tindakan 5 JKKK yang merampas tanah sekolah 12 Februari tempoh-hari, barulah buat pertama kali pihak pemimpin Umno-BN bersuara. Adun Paka khususnya membuat sidang media di Permai Inn, Kuala Terengganu.

Tempoh 7 hari diberi kepada penulis untuk menarik balik tuduhan bahawa beliau lari ke Resident Resort ketika demontrasi ke pejabat beliau diadakan untuk menyerah memorandum bantahan kepada Adun Paka sendiri.

Gambar demo semuka penuh oleh akhbar Sinar harian

Tetapi apa yang malang dan menyedihkan berdasarkan laporan media iaitu Sinar harian yang bertarikh 14 Februari dan Berita Harian keluaran Ahad itu serta pengamatan yang dibuat oleh penulis melalui rakaman video terhadap Sidang Akhbar tersebut didapati Adun Paka, YB Zakaria memberi maklumat bohong, palsu serta berasaskan fitnah semata-mata.

Amat malang, bagaimana seorang yang berstatus wakil rakyat yang sepatutnya telus, adil serta memberikan jawapan yang berasaskan fakta dan kebenaran tetapi bertindak sebaliknya. Tuduhan dan tohmahan berdasarkan emosi dan nafsu beliau yang jelas bersikap wakil kroni dan bukannya wakil rakyat.

Beliau bercakap dihadapan wartawan yang tidak mengetahui kedudukan sebenar dan ianya dilapurkan kepada rakyat secara sehala.14 perkara yang dibangkitkan oleh Adun Paka untuk menghalalkan tindakan pihak pemimpin Umno-BN dan JKKK yang bertindak merampas tanah Sekolah Rendah Agama Islam Darul Bayan adalah kenyataan dan jawapan yang amat dangkal.

Penulis tidak berhasrat untuk menghuraikan satu persatu dan menjawabnya disini. Bahkan penulis telah membuat kenyataan akhbar yang telah disiarkan kelmaren oleh Sinar Harian pada 20hb Februari 2012 dengan mencabar pihak Adun Paka untuk diadakan "Debat Rakyat" dalam isu rampasan tanah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan ini agar masing-masing boleh mengemukakan hujjah dan boleh dijawab secara adil dan seimbang.

Surat rasmi sudah dihantar ke Pejabat Adun Paka dengan tarikh serta tempat boleh ditentukan oleh pihak Adun Paka sendiri untuk diadakan di kawasan Dun Paka sendiri. Pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Tidak guna beliau bercakap dan berhujah dihadapan wartawan tetapi biarlah beliau berani berhadapan dengan rakyat beliau sendiri dan biarlah rakyat boleh menjadi hakim.


Kenyataan akhbar untuk cabaran debat rakyat kepada Adun Paka

Tajuk debat juga telah disarankan berdasarkan persoalan yang dibangkitan beliau ketika siding media tersebut iaitu : "Siapa Rampas tanah Siapa?" atau persoalan kedua yang beliau bangkitkan : "Siapa Yahudi, Siapa Palestine?" Adakah beliau berani?

Atau beliau sekali lagi nak melarikan diri daripada menghadapi kebenaran dan rakyat beliau sendiri? Atau beliau hanya berani menipu dihadapan wartawan semata dan tidak berani berhadapan dan bersemuka di pentas terbuka? Berani kerana benar, takut kerana salah!

Mengenai jawapan Menteri Besar Terengganu, DS Ahmad Said dihadapan wartawan sebagaimana yang disiarkan oleh Berita Harian Ahad lalu, penulis tak berminat untuk mengulasnya kerana zahir sangat bahawa beliau tak tahu apa-apa, hanya membuat kenyataan bodoh sahaja.


Laporan SPRM oleh Pengerusi J/K Bertindak dan Guru Besar SRIDB

Hari Ahad lalu juga pihak Jawatan Kuasa Bertindak terhadap rampasan tanah SRI Darul Bayan telah membuat report dan aduan kepada pihak SPRM Kuala Terengganu agar diadakan siasatan menyeluruh terhadap bagaimana rampasan tersebut boleh berlaku dan kita berkeyakinan adanya salah-guna kuasa berlaku terhadap prosedur yang membawa kepada tindakan rakus serta zalim ini.

Semua cara akan digunakan bagi mempertahan tanah Sekolah agama ini yang dibangunkan menggunakan harta zakat dan wakaf orang ramai dan semoga mereka yang terlibat dengan kezaliman ini insaf dan kembali ke pangkal jalan. Amen. ~ust.saifulbahri

Penulis ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu

Macam Nih Pun, Umno Pun Mau Tipu Lagi..

Posted: 21 Feb 2012 11:07 PM PST

SHAH ALAM – Westports Malaysia menyangkal dakwaan ada kapal dari Israel berlabuh di Pelabuhan Klang dan menjalankan urus niaga dengan negara ini. Ketua Korporatnya, Mejar (B) Manisegaran berkata, Westports tidak pernah beri lampu hijau kepada kapal didaftarkan di Israel untuk berlabuh.

Menurutnya, ada kapal dari Israel singgah, tetapi tidak berlabuh kerana gagal mendapat kebenaran kerajaan. "Memang ada, tetapi hanya untuk singgah. Mereka tidak dibenarkan menetap dan anak kapal pula dilarang menjejak kaki ke darat, jauh sekali kita melakukan urusan perniagaan dengan kapal itu.


"Seperti dakwaan pihak tertentu (Jingga 13) yang kami menerima kapal dari syarikat Zim Integrated Shipping Service Ltd, pada 16 Februari tahun lalu, iaitu datang secara langsung dari Ashdod Israel, memang ada, tetapi mereka singgah sahaja," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, Westports tidak mempunyai kuasa untuk 'mengganggu' kapal berkenaan, namun mereka mesti menurunkan bendera Israel jika berada di perairan negara.

"Westports tidak boleh sesuka hati menahan atau menghalau mereka daripada singgah di perairan negara. Begitu juga kapal Zim Integrated hanya singgah di pelabuhan dan anak kapal juga tidak turun ke darat," katanya.

Ditanya sama ada Westport mempunyai kuasa untuk tidak membenarkan kapal berkenaan walaupun singgah di negara ini, Manisegaran berkata, tidak ada peruntukan undang-undang membenarkan pihaknya menghalau kapal yang sekadar singgah sebelum meneruskan perjalanan ke negara lain.

"Kapal itu bukan terus dari Israel dan menuju terus ke Malaysia, sebaliknya singgah di beberapa pelabuhan sebelum ke destinasi seterusnya. Perkara ini berlaku di mana-mana negara di dunia kerana setiap pelabuhan menjalankan fungsi sebagai transit atau dikenali persinggahan.

"Kita tidak pernah langgar dasar kerajaan yang melarang sebarang bentuk perhubungan dengan Israel. Apa pun, andai kata ada barangan Israel dikesan cuba dibawa ke negara ini, kami tidak akan membenarkan kontena itu turun," katanya.

Manisegaran turut menyangkal dakwaan sebuah portal mengenai pihaknya ada akses dengan Israel secara langsung.

Katanya, itu semua tidak benar kerana negara ini tidak pernah ada urusan diplomatik dengan Israel.~ Sinar Harian

Addin:

Sudah terang macam nih pun mau tipu lagi ke? Ingat rakyat Malaysia bodoh sangat ke..

Tiada ulasan: