Addin |
- Mari Kita Lihat Kebodohan Ahli Parlimen Umno Nih..
- Serangan Luar Biasa Ikan Piranha Di Brazil
- Israel Jajah Malaysia?
Mari Kita Lihat Kebodohan Ahli Parlimen Umno Nih.. Posted: 21 Feb 2012 08:36 AM PST Inilah kebodohan paling terserlah yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Umno. Tak cukup diserang Anwar setiap hari di media massa, sekarang bina billboard pula. Addin rasa, kalau si Tajuddin nih kalau duduk kat negara lain dah lama kena letak jawatan. Apa punya bodoh tindakan nih.. pasang billboard pulak, ish.. tak faham betul manusia macam nih pun boleh jadi Ahli Parlimen. Kepada rakyat Pasir Salak, udah-udah ler undi Ahli Parlimen sengal nih.. otak letak di kepala lutut. Nasib rakyat tak mau dibela secukupnya.. oii.. rakyat pilih ko yoep bukan suruh buat perkara bodoh macam nih ler.. MP Pasir Salak Guna 'Billboard' Serang Anwar PETALING JAYA - PKR kesal dengan tindakan Pengerusi Felcra dan juga Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman memasang papan tanda (billboard) mengaibkan Ketua Umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Penyelaras Parlimen PKR Pasir Salak, Abdul Razak Ismail, papan tanda itu dipasang di tapak perumahan Generasi Kedua (Gen 2). Tanah Rancangan Felcra Seberang Perak, Kampung Gajah, sempena Perhimpunan Warga Felcra peringkat kebangsaan baru-baru ini. Katanya, Tajuddin sepatutnya fokus bagaimana untuk menaikkan taraf hidup warga Felcra yang masih di takuk lama walaupun Felcra telah wujud sekian lama. "PKR menggesa Tajuddin mengkaji tahap kehidupan peserta-pesertanya yang terlibat dengan tanaman padi di Seberang Perak di mana rata-rata mereka berada di bawah paras kemiskinan dengan purata pendapatan bulanan kurang dari RM700 sebulan. Beliau menegaskan "ini diburukkan lagi apabila pihak Felcra membeli hasil padi mereka dengan harga RM1,050 satu tan sedangkan harga pasaran sekitar RM1,300 satu tan. Rugi RM250 satu tan "Ini bermakna penanam padi di Felcra Seberang Perak mengalami kerugian sebanyak RM250 satu tan setiap kali musim menuai," kata Razak kepada FMT. Ujar beliau, "Tajuddin juga harus menjelaskan isu kenaikan harga rumah Generai Kedua (Gen 2) di Changkat Lada Seberang Perak yang ditawarkan kepada anak-anak peserta tanpa rundingan terlebih dahulu." Menurutnya, rumah model A yang berharga RM100,000 sebuah telah dinaikkan kepada RM118,000, model B di naikkan dari RM70,000 kepada RM86,000, model C dinaikkan dari RM50,000 kepada RM64,000 dan model D dinaikkan dari RM40,000 kepada RM52,000. Razak berkata, Tajuddin juga digesa melaksanakan pemberian hak milik tanah kepada lebih 1,500 pesertanya di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Bandar Baru Seberang Perak, Changkat Lada yang telah sekian lama tertangguh. "Jabatan Audit Negara dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) digesa menjalankan siasatan terhadap penyalahgunaan dana Felcra dalam penganjuran program Perhimpunan Warga Felcra tersebut yang dipercayai menelan belanja sebanyak RM17 juta," katanya. ~fmt |
Serangan Luar Biasa Ikan Piranha Di Brazil Posted: 21 Feb 2012 03:34 AM PST BRASILIA – Sekumpulan ikan pirana menyerang pelancong yang mandi di sungai selatan Brazil dan mengakibatkan 20 daripada mereka cedera akibat digigit di tangan dan kaki. Laman web berita, G1 yang memetik pasukan penyelamat, berkata serangan luar biasa itu berlaku apabila sekumpulan spesis pirana, Palometas mengejutkan ratusan pengunjung yang sedang bersantai di pantai Toropi, iaitu terletak di daerah Rio Grande do Sul. |
Posted: 20 Feb 2012 08:56 PM PST Kisah Hassan Ali yang hidup dalam 'buangan' adalah dirujuk. Beliau dipecat sebab 'dosa' menghalang orang ke himpunan 901. Setinggi-tinggi kenyataan untuk selamatkan politiknya adalah berbicara dalam jalur laras bahasa seorang demokrat. Hassan boleh memilih perkataan lunak, "Rakyat kita boleh berhimpun. Perundangan negara menyatakan bahawa rakyat bebas untuk berhimpun..." Dia boleh berkata begitu dalam keadaan hatinya menyimpan rasa kurang senang ke atas rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Laras ucapan lebih selamat. Ini bermakna, kalau beliau anjurkan Himpun, maka sesiapa saja boleh hadir perhimpunan itu. Begitu juga sesiapa pun boleh hadiri perhimpunan 901 itu. Tapi, Hassan Ali bertindak jauh. Semangat demokratiknya menjadi teka-teki ramai orang. Rasa kurang senang sesetengah ahli PAS dan simpatisan PAS ke atas Hassan Ali ini bukan hal baru. Olahan bicara Hassan dalam kenyataan ini membuatkan ramai yang terfikir, "Ada masalahkah dia dengan Anwar?" Peliknya, cuma Hassan Ali yang bebas bercakap dalam siri jelajahnya. Walhal, dunia hari ini, khasnya Malaysia sedang menyaksikan perang antara Najib dan Anwar dan patutnya jelajah 'road-show' akan mempertemukan kedua-dua mereka dalam debat. Tapi, debat itu 'dihalang' Ahmad Maslan kerana satu Umno sedar Najib takutkan Anwar. Jadi, hanya lidah Hassan terbuka walhal debat Anwar - Najib itu tertutup rapat, terkunci mati dengan rapi sekali. Jika debat wujud, banyaklah isu berbangkit hari ini boleh dijawab oleh kedua-dua mereka secara pantas tuntas. Di celah kematian debat, dan kebebasan Hassan Ali menjelajah Malaysia atas nama aqidah, tiba-tiba mencelah isu kelapa sawit kita yang sudah berada di persada Israel. "Najib Razak pro Israel secara diam-diam," kata seorang teman. "Jika tidak, kenapa minyak kelapa sawit kita telah tiba ke Israel?" Saya menasihatkannya agar tidak terlalu melulu membuat tuduhan. Tetapi, hal itu, sama ada benar atau tidak, Najib sudah membayar sejumlah wang besar kepada Apco Israel. Soalnya, adakah hal ini terkait dengan sikap Malaysia yang seolah-olah menjual tanah Felda ke Israel dengan mengapungnya di Bursa Saham? Kalau yang disebut rakan saya ini benar, maka Israel mungkin sudah dan sedang menjajah Malaysia. Tempoh ini berlangsung selepas penjajahan British ke atas Malaya dan selepas USA 'menjajah' Malaysia secara tersirat. Hassan Ali patut peka menghidu jenayah Israel ke atas muslimin di Malaysia ini. Apa pun yang berlaku, Hassan Ali mesti menyemak kenapa Malaysia beriya-iya hendak meletakkan Felda di Bursa Saham. Adakah pasukan pelobi Yahudi dan Israel akan membeli tanah di Felda? Pendedahan tentang kelapa sawit kita sudah berlayar ke pelabuhan terbesar di Israel; Ashdod yang jarak tempat itu kira-kira 40 km dari Tel Aviv itu benar-benar mencemaskan. Bagaimana buah kelapa sawit Malaysia ini ada di sana? Adakah tanah Felda bakal dijual sedikit demi sedikit kepada Negara Israel nanti? Kalau benar, Dr Mahathir Mohamad dan Najib Razak adalah pengkhianat Melayu, pengkhianat Islam dan kedua-duanya pengkhianat kepada bekas PM Abdul Razak. Walhal Abdul Razak itu bapa Najib Razak dan beliau inilah yang membantu Dr Mahathir ketika Tunku Abdul Rahman memecatnya daripada Umno dahulu. Dalam politik dagangan antara Israel dan Malaysia hari ini, nampaknya semua perhubungan kawan dan ayah itu sudah pun ditolak ketepi. Kita semua rakyat Malaysia, termasuk Hassan Ali wajib bertanya, adakah benar Israel telah dibenarkan mengaut keuntungan dengan memasarkan kelapa sawit Malaysia ini? Bertanya bukanlah satu jenayah di Malaysia ini. Yang menjadi jenayah adalah meletupkan model Altantuya dengan bom C4. Dan, inilah tanggungjawab Hassan Ali saat membela maruah Islam dan Melayu Felda dalam siri 'road-show' menyelamatkan aqidah mereka hari ini. Jika tidak keberatan, mohon ditanyakan soalan dalam siri jelajahnya... "Selepas aqidah Najib cedera parah gara-gara menyambut Thaipussam (menurut Mufti Perak Harussani), maka adakah parah keislaman Najib jika benar tanah Felda milik umat Melayu Muslim itu mahu dijual kepada Israel?" Parahkah Tauhid dan tercalarkah Islam Najib Razak saat berurusan dengan Israel dalam hal kelapa sawit hingga tergamak menggadai maruah muslimin Melayu di Felda seluruh negara ini? Ini antara gugusan pertanyaan yang boleh Hassan Ali tanyakan nanti. ~ boestamam sari |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan