Sabtu, 18 Februari 2012

Addin

Addin


(Video) Bukti Presiden MCA Anti Islam

Posted: 18 Feb 2012 02:00 PM PST

Chua Soi Lek telah membangkitkan isu kebencian pada Islam dan PAS. Ini terbukti dalam satu debat antara MCA dengan DAP yang telah diadakan di Berjaya Time Square, Kuala Lumpur di sini. Lim Guan Eng dan DAP menghormati perjuangan Islam dan PAS serta menyatakan BN mengamalkan rasuah. DAP tidak memusuhi Islam dan Melayu berlainan dengan Chua Soi Lek yang jelas membenci Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Pada majlis debat tersebut ternyata Chua Soi Leck punya hujah sangat dangkal dan berbaur perkauman serta ternyata anti Islam. Isu besar rasuah, ketelusan dan akauntabilti diketepikannya.

Baca di sini. 

Lihat video di sini.

Lim Guan Eng Dan Chua Soi Lek Nyaris Bertumbuk?

Posted: 18 Feb 2012 10:00 AM PST

Dua tokoh politik masyarakat Cina bersemuka dalam debat yang disiar secara langsung dengan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek berdepan dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Tajuk debat tersebut ialah 'Kaum Cina di persimpangan: Apakah sistem dua parti menjadi sistem dua bangsa?'

Ketegangan dapat dirasai dalam dewan di Hotel Berjaya, Kuala Lumpur dengan yang dipenuhi 600 hadirin. Kira-kira 200 orang yang gagal mendapatkan pas masuk pula mengikutinya melalui skrin besar yang dipasang di luar dewan.

4.55PM: Dewan gamat apabila penyokong kedua belah pihak melaungkan nama pedebat masing-masing ketika mereka mengambil tempat di pentas.

5.00pm: Moderator Tan Ah Chai, ketua pegawai eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur -Selangor, memulakan sesi debat dengan menjelaskan peraturannya.

Bagi ucapan pembukaan, pedebat masing-masing dibenarkan bercakap selama lapan minit.

5.02pm: Kedua-dua pedebat menghampiri podium moderator untuk memilih pedebat pertama berucap. Chua akan berucap dahulu.

5.05pm: Selepas 8 Mac, 2008. DAP mengamalkan politik kebencian, kata Chua.

Beliau menambah DAP telah berubah dan kini bekerjasama dengan PAS, yang mahu melaksanakan sebuah negara teokratik. Beliau berkata, DAP tidak boleh menghalang PAS.

"DAP hanya bercakap besar," kata Chua, disambut tepukan gemuruh hadirin dari pihak MCA.

Dia menyokong hujahnya dengan menyatakan bahawa Kedah mengamalkan pengasingan gender manakala PAS membantah pawagam di Bangi, Selangor.

5.07pm: DAP suka memberitahu orang Cina bahawa mengundi pembangkang akan meningkatkan taraf hidup, sambil menunjuk bagaimana seorang calon DAP boleh menjadi ketua menteri Pulau Pinang, kata Chua.

Chua berkata DAP telah memberi harapan palsu kepada orang Cina bahawa keadaan sedemikian boleh berlaku di negeri-negeri lain juga.

5:10pm: Chua mengatakan bahawa dalam negara berbilang budaya, rakyat Malaysia tidak boleh menyokong PAS kerana agenda negara Islamnya.

"Siapakah sekutu terbesar PAS?" tanya Chua, dan penyokong MCA menjerit serentak "DAP!".

5.12pm: kini tiba giliran Guan Eng.

Beliau berterima kasih kepada pihak penganjur debat tersebut tetapi berkata apa yang orang ramai mahu lihat ialah debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

5.14pm: "Kami dalam Pakatan Rakyat tidak mempergunakan satu sama lain. Yang penting bagi kami ialah bagaimana orang ramai menggunakan kami.

"Kami tidak menentang orang Melayu. Kami tidak menentang orang Cina. Kami menentang rasuah," kata Lim, disambut tepukan gemuruh penyokong Pakatan.

5:16pm: "DAP tidak mengiktiraf ketuanan Melayu. Kami mengiktiraf ketuanan rakyat," kata Lim.

Lim menambah bahawa Pakatan bersedia untuk melakukan apa yang BN enggan laku, seperti mengisytiharkan aset mereka dan memerangi rasuah.

"Ini adalah apa yang kita panggil sistem dua parti," kata Lim, diikuti tepukan penyokongnya.

5.20pm: Debat masuk pusingan kedua, dengan moderator mengemukakan soalan: Keputusan pilihan raya lalu menunjukkan bahawa masyarakat berpecah kepada dua pemikiran. Bagaimana anda mengatasi masalah ini?

Chua pertama menjawab dengan berkata DAP tidak akan memberi perkhidmatan di kawasan pilihan raya yang tidak dimenanginya.

Malah, pejabat mereka juga akan hilang, kata Chua, dan para penyokongnya enyahut "ya" secara serentak.

Chua menyimpulkan bahawa sistem dua parti adalah slogan politik semata-mata.

5.25pm: Moderator Tan Ah Chai menerima soalan dari hadirin. Kebanyakan soalan dilihat datang dari kalangan penyokong MCA tetapi Lim melontarkan senyuman.

05:28pm: kontroversi kecil meletus ketika penyokong Pakatan beratur di mikrofon di sebelah tepi dewan mengadu kepada moderator kerana tidak mengambil soalan dari pihak mereka.

Moderator meminta Chua menjawab soalan awal yang ditanya oleh penyokong MCA.

5:36pm: Moderator mengumum membenarkan 10 minit lagi untuk menerima soalan dari hadirin.

Sesi seterusnya melibatkan penceramah mengemukakan soalan kepada satu sama lain. Lim bertanya apa yang pandangan MCA apabila pemimpinnya ditangkap berhubung skandal PKFZ (Zon Bebas Pelabuhan Klang) dan bukannya pemimpin Umno.

Chua menjawab bahawa Lim mengambil laluan perkauman.

"Dia bertanya mengapa orang Cina ditangkap tetapi tidak orang Melayu?" kata Chua.

Chua berkata berbeza dari yang lain, MCA tidak akan menggunakan demonstrasi jalanan untuk membela seseorang kerana ia percaya bahawa sistem kehakiman adalah adil.

5.40pm: Giliran Chua mengemukakan soalan. Dia ingin tahu sama ada
dasar ekonomi Pakatan boleh membantu Malaysia menjadi sebuah masyarakat yang berpendapatan tinggi.

Lim berkata, dengan mengambil Pulau Pinang sebagai contoh, ia memastikan bahawa kerajaan negeri buat duit.

Antara lain, Lim berkata, ialah urus tadbir berhemah dan ia mengamalkan sistem tender terbuka.

"Ini telah membolehkan kita buat duit setiap tahun, yang diagihkan kembali kepada rakyat," kata Lim.

Beliau berkata, jika Malaysia benar-benar boleh menangani rasuah, maka lebih banyak wang boleh disimpan, dan Pulau Pinang merupakan contoh utamanya.

5.45pm: Pusingan kedua hadirian mengemukakan soalan, termasuk beberapa soalan dari penyokong Pakatan.

Penyokong Pakatan Rakyat masih tidak berpuas hati kerana kebanyakan soalan datang dari penyokong MCA yang menyerang Lim dengan pelbagai soalan, berhubung dasar PAS dan prestasi Pulau Pinang.

5.55pm: Sekarang giliran Chua menjawab soalan dari hadirin dan membuat penggulungan.

Bagaimanapun, Chua memilih untuk menjawab perkara yang dibangkitkan Lim dalam ucapan penggulungannya. Lim berkata soalan yang perlu ditanya adalah sama ada MCA sanggup berdepan dengan Umno, dengan menegaskan bahawa Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat pernah berkata bahawa MCA ditinggalkan serbuk dari Umno.

Chua menolak kenyataan yang dibuat oleh Ong itu, dengan menegaskan bahawa dia (Ong) tidak relevan kepada MCA.

"Kami turun dia dalam masa kurang daripada setahun (dia berkuasa)," kata Chua, disambut tepukan gemuruh penyokong kedua belah pihak.

6.05pm: Debat tersebut berakhir dengan Chua mengambil inisiatif untuk berjabat tangan Lim. Apabila debat itu selesai, hadirin sekali lagi berluangkan nama pedebat masing-masing. ~malaysiakini

Addin :

Selagi BN yang handle memang tidak adil..


Sebab Inikah Ahmad Maslan Pinang Hassan Ali?

Posted: 18 Feb 2012 02:06 AM PST

Tentu ramai di kalangan orang-orang Umno (jangan sebut ahli-ahli Umno kerana Presidennya, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak seperti sudah hilang kepercayaan kepada ahli Umno) terkejut dengan seruan Ketua Penerangan Umno, Dato' Ahmad Maslan supaya Umno dan BN memberi tempat kepada bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato' Dr Hasan Ali berceramah.

Apa tidaknya, Ahmad Maslan mungkin menyangkakan ceramah Dr Hasan akan mendapat sambutan luar biasa, setelah Umno dan BN gagal menarik khalayak di dalam setiap ceramah yang mereka anjurkan, kecuali diadakan cabutan bertuah setiap kali ada majlis ceramah anjuran Umno dan BN.

Apakah Umno kini sudah ketiadaan penceramah? Kenapa perlunya Dr Hasan membantu Umno? Atau Ahmad merasakan penceramah Umno tidak mempunyai "bisa" seperti penceramah PAS yang mampu menarik khalayak?

Ini maknanya, Umno dan BN hanya gah di luar dengan pakaian dan lambang 1Malaysia, tetapi ceramah mereka tiada siapa yang mahu mendengarnya. Bayangkan kalau penceramah Umno itu bernama Raof Yusoh yang merupakan Setiausaha Kerja Umno Malaysia, mungkin yang mendengarnya lebih sedikit dari jumlah kenderaan yang dia miliki.

Kenapa Umno jadi begitu teruk sekarang? Di manakah silapnya hingga Umno teraba-raba mencari penceramah? Kenapa ceramah Umno tidak mampu menarik minat pendengar dan apakah ini membuktikan rakyat sudah tidak percaya kepada kata-kata pemimpin Umno di dalam ceramah-ceramah yang dianjurkan?

Ramai yang percaya, cadangan Ahmad Maslan itu hanyalah cadangan dia seorang. Mungkin Presiden Umno sendiri tidak bercadang menjemput Dr Hasan memberi ceramah di kawasan Parlimen Pekan, kecuali ada permintaan dari Dr Hasan sendiri.

Maklumlah, Dr Hasan yang mempunyai banyak masa untuk berceramah sekarang, tentunya mahu mendekatkan dirinya dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Lagipun, setiap ceramahnya, tentulah bakal mendapat liputan yang baik dari akhbar-akhbar pro Umno.

Khabarnya, Ahmad mempelawa Dr Hasan ke kawasan Parlimen Hulu Langat. Kenapa Ahmad memilih Hulu Langat, hanya dia sahaja yang tahu. Sepatutnya dia menyediakan pentas Umno di Pontian, kawasan yang dia sendiri wakili – tetapi tidak begitu.

Ahmad juga kena tahu, salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri di Pontian pernah dimenangi calon Bebas dalam tahun 70 an. Ini bererti, Pontian bukanlah kerusi selamat bagi Umno dan BN dalam PRU13, jika pengundi menggunakan kebijaksanaan masing-masing.

Kata Ahmad, seperti dilaporkan media arus perdana pro Umno, Dr Hasan mestilah datang ke majlis ceramah Umno atas tiket NGO. Maknanya, jika ada mana-mana NGO yang datang berceramah atas undangan Umno, NGO tersebut mestilah yang menguntungkan politik Umno.

Umno dan BN kini sudah ketandusan penceramah. Suatu ketika dahulu Umno ada penceramah seperti Allahyarham Ikhwan Nasir, Ahli Parlimen Pontian. Tetapi, kini Umno terpaksa menggunakan khidmat bekas-bekas pemimpin pembangkang kerana Umno tidak mampu melahirkan penceramah yang boleh diterima pengundi dan rakyat.

Itulah sebabnya, Umno kini terpaksa mendapatkan khidmat Zahid Mohamad Arip, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berceramah. Dalam masa yang sama, Umno juga mendapatkan khidmat Senator Mohd Ezam Md Nor, bekas Setiausaha Politik Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana, kedua-dua bekas anak didik Anwar ini mampu menyerang Anwar di pentas ceramah dan tidak ada sesiapa dalam Umno yang boleh mengatasi kebolehan kedua-dua penceramah ini di dalam memalukan Anwar. Ceramah di pentas Umno kini adalah ceramah lucah dan penuh dengan cerita liwat dan video seks. Tidak sah ceramah Umno jika tidak menyentuh isu ini.

Malangnya, kehadiran mereka yang ingin mendengar ceramah dari mereka ini, cukup menyedihkan. Berbeza dengan PAS, DAP dan KeADIlan, setiap ceramah mereka, jika tiada sekatan polis, ia akan menyebabkan kesesakan jalan raya di kawasan sekitar. Ini yang menyebabkan Umno dan BN pening memikirkannya.

Seorang bekas wakil rakyat BN memberitahu, mereka yang memegang jawatan dalam Umno di peringkat bahagian bimbang jika ada mana-mana pihak, termasuk dari kalangan bekas wakil rakyat yang ingin memberi ceramah.

Mereka takut, bekas wakil rakyat itu mampu menarik sokongan kepada mereka dan mengecilkan peluang pemegang jawatan untuk bertanding semula dalam PRU13. Maka, lebih baik mereka tidak membenarkan sesiapa datang membantu mereka khususnya dari kalangan bekas wakil rakyat yang boleh berceramah.

Ahmad Maslan sendiri tidak dapat jemputan dari semua bahagian. Ini kerana ceramah Ahmad Maslan sendiri mengambil masa yang panjang untuk menceritakan siapa dirinya sebelum mahu menyampaikan ceramah dasar-dasar perjuangan parti dan kerajaan.

Khabarnya, Ahmad juga sering memastikan kehadiran wartawan untuk membuat liputan sebelum hadir ke satu-satu majlis kerana publisiti dirinya cukup penting ketika dia berceramah. Dalam era kepimpinan Najib menerajui Umno, Najib dikatakan tersilap memilih Setiausaha Kerja, Ketua Penerangan dan Bendahari. Mereka ini hanya menjaga kepentingan politik sendiri dan tidak pernah menghiraukan keuntungan Umno secara menyeluruh.

Itulah sebabnya, Ahmad Maslan terpaksa mengumumkan Umno bersedia dan perlu menyediakan pentas buat Dr Hasan. Bayangkan kalau Dr Hasan tidak dipecat dari Umno, siapakah yang mampu mengisi ruang kosong penceramah Umno tersebut?

Setakat ini, tidak pula kedengaran Umno mahu memberi laluan kepada bekas Naib Presiden PAS, Dato' Nakahie Ahmad berceramah, walaupun Nakahie pernah dilantik menjadi Penolong Ketua Penerangan Umno Malaysia, dalam era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu.

Umno juga belum kedengaran mahu menyediakan tempat buat Dr Chandra Muzafar. Kenapa Umno memilih Dr Hasan, hanya Ahmad Maslan sahaja yang tahu tetapi rata-rata membayangkan Umno memang mengharapkan Dr Hasan menyertai Umno selepas dipecat dari PAS.

Apakah ada usaha Umno menyokong Dr Hasan bertanding di Parlimen Hulu Langat atau salah satu kerusi Dun di kawasan Hulu Langat? Semua ini perlu diperhatikan dengan teliti tetapi orang Umno Hulu Langat tidak mungkin begitu mudah melepaskan kerusi Parlimen atau Dun hanya kerana memenuhi keinginan Ahmad Maslan, dan memenangkan Dr Hasan yang mereka anggap tidak pernah menyumbang kepada Umno selama ini.

PAS perlu berbangga dengan apa yang berlaku ini, kerana pemimpin-pemimpin PAS rupa-rupanya sentiasa menjadi rebutan Umno. Agaknya, Umno memang sentiasa mengharapkan PAS berkrisis kerana setiap kali PAS berkrisisi, Umno secara tidak langsung mendapat keuntungan politik. ~sanggahtoksago


Mike Tyson Memeluk Islam

Posted: 18 Feb 2012 01:36 AM PST

RIYADH - Bekas juara tinju Mike Tyson yang memeluk Islam ketika berada di penjara sekitar 1990-an dilaporkan menziarahi kota suci Makkah dan Madinah untuk ibadat umrah. Tyson yang pernah menjadi juara heavyweight dari 1986 hingga 1990 tiba di Madinah bersama Persatuan Dakwah Kanada bagi menunaikan ibadah itu. 

Beliau dijangka menziarah Makkah selepas melawat bandar suci Madinah dan bercadang melawat beberapa bandar Saudi lain.

Selepas dipenjarakan, Tyson cuba untuk kembali bertanding dalam sukan tinju tetapi gagal merampas kembali gelaran juara dan akhirnya menamatkan karier sukan tinju pada 2005.

Ketika berada di Kazakhstan minggu lalu, bekas petinju yang pernah menggigit telinga lawannya dan dipenjara atas kesalahan merogol seorang pragawati mengakui dia amat takut kepada Allah. "Saya amat takutkan Allah. Saya sudah melakukan banyak kesalahan dalam hidup dan sering berfikir akan ke neraka kerana dosa saya. Saya berdoa memohon keampunan Allah setiap hari," katanya dalam satu sidang akhbar. - Agensi

"Saya amat takutkan Allah. Saya sudah melakukan banyak kesalahan dalam hidup dan sering berfikir akan ke neraka kerana dosa saya. Saya berdoa memohon keampunan Allah setiap hari,"

Tyson menangis di Raudah


MADINAH: Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan menangis ketika berada Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah kerana berada di satu daripada taman syurga. Lawatan Tyson ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad Muhammad.

Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah (SAW) "Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya.

"Tyson terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir," katanya, semalam.

Dia kemudian menukar pakaian untuk mengenakan ihram sebagai persediaan mengerjakan umrah. Sementara itu, kedatangan Tyson menarik perhatian orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihatnya dari dekat. Sesetengah pihak sanggup menunggu berjam-jam di hotel didiaminya berhampiran Masjid Nabawi semata-mata mahu mengambil gambarnya.

Malah, dia terpaksa diiring pengawal keselamatan untuk ke masjid bagi menunaikan solat Zuhur kerana orang terlalu ramai berada di laluan berkenaan. Tindakan Tyson mengenakan tutup kepala bagi mengelak daripada dikenali juga gagal dan dia terus diekori peminatnya. Tyson berkata, dia memang gembira diterima baik orang ramai di Tanah Suci.

"Cuma, saya harap tidak diganggu dan biarkan saya menikmati pengalaman beribadah di sini," katanya.

Selain Masjid Nabawi, Tyson turut meluangkan masa menziarahi Masjid Quba, Masjid Qiblatain (Masjid Dua Kiblat) dan Universiti Islam Madinah. Tyson memeluk Islam ketika di penjara selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang model kulit hitam.

Mike Tyson insan gagah dan bengis semasa dalam gelanggang tinju. Tetapi di Masjid Nabawi tunduk menitis air mata semasa melihat kubur Rasulullah SAW.

Inilah pengalaman yang amat berguna buat Mike Tyson sehingga menyentuh perasaannya semasa melakukan ibadat umrah dan melawat Madinah Munawwarah. 2 Julai 2010.

Beliau sempat memberi ceramah kepada pelajar Universiti Islam Madinah.

Kunjungannya ke Arab Saudi adalah anjuran Asosiasi Dakwah Kanada (CDA),CDA merupakan Pertubuhan dakwah yang banyak menguruskan selebriti yang baru memeluk Islam untuk melawat ke Arab Saudi untuk tujuan melaksanakan rukun Islam.

Tyson nama lengkap Michael Gerard Tyson lahir di New York City, Amerika, 30 Jun 1966. Tyson memeluk Islam ketika dipenjara pada pertengahan tahun 1990. Secara resmi, tahun 1995, selepas keluar dari penjara di Indiana, Tyson mengumumkan penghijrahannya ke agama Islam yang telah dipelajarinya selama berada di dalam penjara, dengan nama baru Malik Abdul Aziz.

Lihatlah saudara-saudariku seagama, tiada kepuasan dalam kehidupan melainkan dengan Islam, kita tidak layak melakukan maksiat, apabila kita melakukan maksiat kepada Allah SWT pasti hidup kita tidak akan tenteram kecuali apabila kita telah ditipu oleh Syaitan. Jika seseorang yang dapat merasakan Allah SWT sedang melihat aksinya semasa berpesta maksiat, pasti dia tidak akan tenang selagi tidak bertaubat kepada Allah SWT.

Manusia yang bernama Mike Tyson pun mencari ketenangan di Masjid dan Raudhah.. Marilah kita bersyukur kerana hidup kita umat Islam mempunyai matlamat.. hidup kita penuh berharga dan bernilai di sisi Allah SWT, semua gerak-geri kita Allah SWT bayar dengan pahala dan Syurga.

UMNO Makin Gila.. Ini Buktinya

Posted: 18 Feb 2012 01:08 AM PST

Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Mohd Firdaus Jaafar, menyifatkan kerajaan semakin hilang kewarasan apabila mewajibkan pengusaha tiga barangan kawalan iaitu tepung, gula dan minyak masak memaparkan logo 1Malaysia pada produk-produk mereka sekiranya ingin terus menikmati subsidi. Mohd Firdaus berkata, syarikat yang terbabit terpaksa menanggung peningkatan kos dalam mematuhi arahan kerajaan yang dilihat tergesa-gesa walaupun kerajaan sedang mempertimbangkan bagi memberi pengeluar lebih banyak masa untuk mematuhi peraturan tersebut.

"Mahukah kerajaan menanggung segala kerugian mereka hanya kerana tiada logo 1Malaysia?" soalnya, sebagai respons kepada kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Tan Lian Hoe.

Ahli Parlimen Jerai ini turut mempersoalkan apa jaminan kerajaan terhadap tempoh penangguhan sedangkan sudah pastinya pengilang sudah pun menyimpan stok untuk produk mereka bagi tempoh jangka masa panjang.

Perlaksaaan itu jelasnya boleh menyebabkan timbulnya masalah birokrasi memandangkan track record kerajaan yang sememangnya terkenal dengan masalah itu.

"Cukuplah logo Halal sebagai contoh. Apakah kerajaan boleh mendabik dada bagi memastikan perlaksanaan ini akan berjalan dengan adil?" soalnya lagi dipetik Harakah Online.

Tambahnya lagi, barang-barang yang diwartakan adalah barang kawalan yang rakyat sepatutnya dapat menikmatinya dengan harga yang murah, namun ianya menimbulkan tanda tanya mengapa mesti dilaksanakan secara bersyarat.

"Bagaimana kalau pucuk pimpinan bertukar seperti mana Islam Hadhari ditukar kepada 1 Malaysia, bukahkah ini akan menimbulkan masalah yang lain kerana umum maklum perangai pucuk pimpinan Umno BN yang kerap menukar 'tagline' mengikut citarasa tersendiri," katanya lagi.

Oleh yang demikian, pihaknya menasihati kerajaan, supaya tidak menjadi "Berhala Moden" yang perlu "disembah" untuk mendapatkan sesuatu akan tetapi menjadi sebuah kerajaan yang matang sekiranya 54 tahun pemerintahan Umno Barisan Nasional (BN) dijadikan ukuran.

"Rakyat sudah boleh menilai kerana mereka kini hidup di zaman langit terbuka dan dunia tanpa sempadan," katanya lagi.~tmi

Ustaz UMNO Di Tangkap Khalwat?

Posted: 17 Feb 2012 11:48 PM PST

Seorang pengarah syarikat produk makanan yang juga kakitangan awam sebuah syarikat pelabuhan bergelar ustaz dicekup kerana bersekedudukan dengan seorang wanita bukan muhrim di sebuah rumah dekat Pangsapuri Pesona, di sini, petang semalam. Serbuan ke atas rumah yang terletak di Blok A pangsapuri itu dilakukan Biro Keselamatan Persatuan penduduk Pangsapuri Pesona, kira-kira jam 6 petang selepas menerima aduan daripada jiran tetangga.

Difahamkan, lelaki berusia lingkungan 50-an itu sudah berkahwin dan mempunyai anak dan tinggal di Lunas, Kedah.

Difahamkan juga, rumah di pangsapuri itu dibeli dari seorang doktor kira-kira dua tahun lalu hanya dijadikan sebagai tempat persinggahan.

Sementara itu, wakil biro yang hanya mahu dikenali sebagai Lan berkata, intipan sudah dibuat ke atas rumah berkenaan sejak setahun lalu selepas pihaknya banyak menerima aduan daripada jiran lelaki berkenaan.

Menurutnya, lelaki itu didakwa menggunakan tiga kenderaan berbeza setiap kali singgah ke pangsapuri itu, selain mendakwa setakat ini kira-kira enam wanita berlainan dibawa masuk ke rumah berkenaan.

"Ketika serbuan dilakukan, lelaki itu enggan memberi kerjasama dan hanya membuka pintu selepas kira-kira 20 minit diketuk. Apabila pintu dibuka, dia hanya berkain pelekat dan berbaju, manakala wanita itu pula sudah menanggalkan tudungnya.

"Pada mulanya, dia memberitahu bahawa wanita berusia lingkungan 20-an itu adalah anaknya. Tetapi, apabila pemeriksaan dilakukan ke atas kad pengenalan kedua-dua mereka mendapati sebaliknya.

Dia kemudiannya menukar kenyataan pula dengan mengatakan wanita itu anak saudaranya dan memberi alasan mahu memberikan gula kepada wanita itu," katanya. Dalam pada itu, ibu wanita berkenaan yang tiba tidak lama kemudian dilihat terkejut dengan situasi yang berlaku dan mengakui lelaki itu adalah anak angkatnya.

Pengerusi Kariah Masjid Timah, Ibrahim Talib turut hadir bagi memberi nasihat kepada pasangan berkenaan. Kedua mereka kemudiannya diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.~manjungmari

Panas!! UMNO Gadai Tanah Kerajaan Negeri..

Posted: 17 Feb 2012 08:30 PM PST

Sebidang tanah berkeluasan 4370 meter persegi yang sebelum ini dimiliki Kerajaan Negeri Selangor dipercayai telah dijual oleh Umno Bahagian Tanjong Karang kepada dua buah syarikat berasingan. Tanah tersebut dikatakan telah 'dianugerahkan' oleh kerajaan negeri terdahulu kepada Umno sebelum menjualkannya kembali kepada dua syarikat swasta untuk mendapatkan 'untung atas angin'.

Tanah yang kini menempatkan bilik gerakan Barisan Nasional (BN) Tanjong Karang tersebut telah didaftarkan atas nama Bumi Utama Building Material Sdn Bhd dan Bayacorp Sdn Bhd pada 1 Mac 2007, ketika BN masih menerajui pentadbiran negeri terbabit.

Demikian menurut Naib Yang DiPertua PAS Tanjung Karang, Hj Misran Serman (gambar) ketika ditemubual TVS hari ini.

"Asalnya tanah kerajaan, tetapi sudah dipindah milik, dianugerahkan kepada Umno dan Umno pula jual pada syarikat bukan bumiputra.

"Kalau macam itu, senang-senanglah Umno dapat keuntungan atas penjualan tanah milik kerajaan negeri itu," kata Misran.

Beliau turut menyerahkan dokumen yang diperolehi dari Pejabat Tanah Dan Galian Selangor (PTGS) dan Suruhan Jaya Syarikat Malaysia (SSM) kepada TVS bagi membuktikan dakwaan tersebut.

Semakan TVS terhadap dokumen-dokumen terbabit menunjukkan tanah yang bernombor lot PT115 dan terletak di Bandar Tanjung Karang itu kini dimiliki dua buah syarikat seperti yang didakwa oleh Misran sebelumnya.

Hasil carian terhadap dokumen SSM pula mendapati pengarah-pengarah Syarikat Bumi Utama Building Sdn Bhd ialah Datin Chia Mee Sim, Lau Chuan Mei dan setiausahanya Gangngadeve a/p Narsaiah.

Manakala Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Tanjong Karang, Mohd Kifli Abu Samah pula merupakan pemegang 60 peratus syer syarikat terbabit.

Individu bernama Hamyzar Toha yang tidak diketahui indentitinya pula memegang sebanyak 40 peratus kepentingan syarikat terbabit.

Sementara itu, hasil carian yang sama terhadap Bayacorp Sdn Bhd pula mendapati tiga individu yang dilantik sebagai pengarah syarikat itu juga merupakan individu yang sama dalam syarikat Bumi Utama Building Material Sdn Bhd.

Misran yang juga merupakan anggota Ahli Majlis Tanjong Karang juga memberitahu satu permohonan untuk membina sebuah hotel telah dibuat di atas tanah tersebut.

"Selepas itu pihak terbabit ada membuat permohonan untuk membina sebuah hotel di tapak tanah itu, tetapi saya sebagai ahli majlis telah membuat bantahan dan permohonan itu tidak mendapat kelulusan majlis.

"Tak tahulah kalau mereka cuba buat rayuan kepada Menteri Besar pula selepas itu," kata beliau lagi. ~tvs


Awas!! Ada Kelab Murtad Di Facebook

Posted: 17 Feb 2012 06:17 PM PST

Biadab.. Itu perkataan paling tepat untuk menggambarkan sikap pihak tertentu yang menggelarkan diri mereka kumpulan penyokong murtad di Malaysia dan Singapura apabila menubuhkan kelab di laman sosial, facebook (fb) bagi meraih sokongan masyarakat.

Penyertaan terbuka kepada mereka yang murtad di negara ini, pengendali fb terbabit dikesan turut mempelawa mana-mana individu supaya menyumbangkan sokongan moral kepada golongan ini.

Bukan itu saja, mereka juga secara terbuka mengemukakan objektif kumpulan berkenaan sebagai medium kepada sistem sokongan moral untuk golongan terbabit dengan perbincangan mengenai persoalan murtad di Malaysia, termasuk agama Islam serta bangsa Melayu.

Bagaimanapun, bagi mereka yang memasuki laman berkenaan dan cuba berdakwah atau menentang perbuatan serta perbincangan ahli kelab yang menghina dan merendah-rendahkan agama Islam itu segera disekat daripada menjadi ahli.

Pemerhatian wartawan Harian Metro ke atas fb berkenaan sehingga jam 4 petang semalam mendapati 843 orang menyukai pautan dinding kelab terbabit yang mula mencetuskan kebimbangan umat Islam berikutan pandangan dikemukakan keterlaluan termasuk menghina junjungan besar Nabi Muhammad s.aw. ~myMetro

Ini Dia Ah Long Berlesen

Posted: 17 Feb 2012 05:59 PM PST

"PTPTN adalah Ah Long berlesen, cuma bezanya, dia tak simbah cat lagi kat rumah." Demikianlah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dari kaca mata Mandeep Singh, peminjam pertama yang menfailkan saman malu terhadap PTPTN. Kejadian penahanan Mandeep di lapangan terbang sebelum bertolak ke luar negara pada Julai 2011, mencungkil persoalan yang lebih besar, sama ada pendidikan harus diberikan secara percuma di Malaysia?

Sejak ditubuhkan pada tahun 1997, PTPTN telah mengagihkan dana pinjaman sejumlah RM48 bilion kepada 1.8 juta peminjam, menurut Abdul Malik Hakim. Dana pinjaman ini sungguhpun membantu siswa-siswi untuk menampung yuran pengajian dan membiayai sebahagian kos hidup ketika menuntut di kolej dan universiti, namun terus menjadi beban hutang sebaik sahaja pengajian ditamatkan. Lebih-lebih lagi, dengan gaji RM2,000, sejauh manakah kemampuan graduan universiti yang hidup di bandar untuk menjelaskan hutang sebanyak ratusan ringgit setiap bulan?

Forum "PTPTN: Beban Anak Muda", anjuran Kelab Mangsa PTPTN dan Parti Sosialis Malaysia (PSM), di bilik auditorim Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam, telah menarik kehadiran kira-kira 50 orang. Mandeep Singh yang mendakwa diri sebagai mangsa PTPTN, tampil bersama peguamnya Abdul Malik Hakim sebagai panelis, selain aktivis pelajar, Ahmad Syukri Razab dan bekas Ketua Pemuda Sosialis, Karthig, sementara Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan sebagai moderator.

PTPTN=Institusi kewangan

Mandeep Singh mengisahkan bagaimana dirinya ditahan di LCCT pada 6 Julai 2011, meskipun beliau telah menjelaskan jumlah hutang sebagaimana yang ditetapkan PTPTN pada 8 Jun 2011. Penerbangan Mandeep ke China digagalkan, lantas beliau yang kemarahan mencari khidmat guaman daripada Abdul Malik Hakim, dan akhirnya mengheret kes ini ke mahkamah pada September 2011.

Abdul Malik, yang tidak tahu apa itu "PTPTN" sebelum kes Mandeep (gambar kanan), telah mengkaji dan meneliti perjanjian antara peminjam dan PTPTN. Oleh sebab kes ini bakal dibicarakan, beliau selaku peguam enggan meneliti secara terperinci syarat-syarat yang dianggapnya membebankan, malah tidak munasabah terhadap pihak peminjam.

Menurut Abdul Malik, sebelum wujudnya PTPTN, seseorang anak muda hanya mempunyai tiga sumber kewangan untuk membiayai pengajian ijazahnya, iaitu biasiswa sama ada dari kerajaan atau badan bebas yang lain, pinjaman dari institusi kewangan seperti bank, dan biasiswa FAMA, father and mother - ditanggung ibu bapa.

Jelas, anak muda pada usia 18 hingga 25 tahun tidak mempunyai banyak pilihan pada ketika itu, kecuali untuk menerima pinjaman PTPTN. Abdul Malik melontarkan soalan, misalnya berapa orang di kalangan peminjam yang betul-betul meneliti kandungan perjanjian dengan PTPTN, atau sesiapa yang mendapatkan nasihat peguam, sebelum perjanjian itu ditandatangani? Malah, pada usia begitu, apakah peminjam menyedari hak-hak mereka sebagai peminjam?

Syukri: Anak muda tersepit

Ahmad Syukri Razab juga bersetuju dengan pandangan Abdul Malik, mengisahkan pengalaman dirinya, yang pada mulanya cuba untuk tidak mengambil pinjaman PTPTN. Namun demikian, dengan yuran kira-kira RM8,000 atau RM7,000 satu semester, beliau akhirnya akur dan menerima pinjaman PTPTN pada semester ketiga. Untuk beliau, inilah peluang yang digunakan oleh PTPTN untuk mengerah wang dari anak muda yang tersepit.

Mandeep juga menambah, mungkin ramai yang mempunyai tanggapan bahawa seseorang graduan akan memulakan hidupnya yang baru sebaik sahaja tamat pengajian, tetapi padahal graduan memikul beban hutang yang amat berat dari PTPTN.

Mandeep Singh=Mohammed Abou Aziz Malaysia?

Ketika berucap, Abdul Malik mengingatkan bahawa peminjam sebenarnya sedang berurusan dengan satu institusi kewangan, seperti mana seseorang peminjam dana untuk membeli rumah. Beliau mengajak hadirin untuk melihat isu PTPTN dalam sistem ekonomi yang sedia ada, malah sambil berseloroh menyamakan Mandeep Singh sebagai Mohammed Abou Aziz di Malaysia, anak muda Tunisia yang membakar diri, lantas mencetuskan revolusi di tanah Arab.

Perbincangan berlanjutan kepada isu sama ada pendidikan percuma harus disediakan di Malaysia. Arutchelvan menolak tanggapan bahawa pendidikan percuma sebagai cadangan yang tidak berpijak pada tanah, membandingkan angka RM1.34 bilion untuk PTPTN setahun, dengan perbelanjaan kerajaan sejumlah RM9.5 bilion setahun, malah mengambil statistik laporan bahawa ketirisan yang disebabkan rasuah mencatat RM30 bilion di Malaysia.

"Pendidikan percuma bukan sesuatu dari bulan, tak ada. Ia sesuatu yang memang boleh dicapai. Tetapi, masalahnya kita sekarang berlawan dengan satu sistem yang nak buat keuntungan dari semua benda. Pendidikan, kesihatan...," kata Arutchelvan.

Ahmad Syukri (gambar kanan) berkongsi hasil perbincangan dirinya bersama siswa yang lain, bahawa dua pendekatan sahaja, sama ada transform sistem PTPTN untuk menyelesaikan beberapa soalan teknikal, misalnya, apakah PTPTN sesuai lagi diletak di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan sebagainya; atau reformasi dengan membubarkan PTPTN, lantas menyediakan pendidikan percuma.

Perbincangan mereka membawa kepada kesimpulan, bahawa cara yang paling relevan adalah untuk membubarkan PTPTN. Ahmad Syukri memetik EXCO kerajaan negeri Kelantan, Husam Musa yang berjanji untuk membayar PTPTN untuk anak Kelantan, atau menaja pendidikan seluruh anak Kelantan - seandainya diberi royalti minyak kepada negeri itu. Ahmad Syukri berkata, penentunya adalah iltizam politik, dan bukan sama ada negara kita mampu atau tidak untuk menyediakan pendidikan percuma.

Karthig (gambar kiri) ketika berucap, memetik bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi ketika membentangkan Belanjawan 2008, "Saya mengumumkan bahawa pendidikan akan diberikan secara percuma di Malaysia." Namun, ketika PM merangkap Menteri Kewangan sekarang Najib Razak membentangkan Belanjawan 2012, beliau berkata "buat pertama kalinya dalam sejarah" pendidikan rendah dan menengah di sekolah-sekolah kerajaan disediakan secara percuma bermula sesi persekolahan 2012.

"Sama ada Najib kata (Abdullah Ahmad) Badawi tipu, atau dia tak tahu..." sindir Karthig. Karthig bagaimanapun menunjukkan resit yuran sekolah menengah kebangsaan yang diwajibkan untuk dibayar ibu bapa murid, mempertikaikan maksud "pendidikan percuma" yang didakwa kerajaan BN. ~merdekareview


Kantoi!! Rupa-Rupanya Peserta Demo Ni Ahli UMNO Menyamar Jadi Ahli PAS

Posted: 17 Feb 2012 05:34 PM PST


UMNO lagi dulu tak abih-abih nak berbohong kepada rakyat, dari sekecik-kecik isu hingga ke besar-besar isu. Contohnya semalam, gambar mayat firaun pun nak tipu.. (baca sini).

Malam tadi, satu lagi isu kantoi.. kononnya ahli PAS Permatang Pauh membuat demo bantahan berkenaan statement Anwar Ibrahim mengenai isu Israel.

Namun, setelah pendedahan dibuat ..rupa-rupanya puak-puak nih adalah ahli UMNO yang menyamar sebagai ahli PAS.. Ikuti pendedahan ini.


"PAS Permatang Pauh" Sound Anwar Ibrahim: TV3 Sah Menipu Lagi!

Jika anda perhatikan betul-betul gambar yang pertama, manusia yang berbaju kuning cair mengangkat tangan menadah doa dan memakai cermin mata hitam itu nampaknya sama dengan manusia yang menghantar "kek berbentuk tahi" kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak lama dulu.

TV3 suku dalam siaran malam ini kununnya memberitahu bahawa kepimpinan PAS Permatang Pauh mendesak supaya parti mereka keluar dari Pakatan Rakyat disebabkan kenyataan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang kununnya menyokong rejim Israel.

Berita penuh disertakan di bawah.

Manusia yang dalam gambar pertama dan gambar kedua sebenarnya adalah Mohamed Ghani Abdul Jiman, seorang ahli Umno-APCO yang menyamar alim kunun menjadi ahli PAS siang tadi di Masjid Shaik Eusof, Jalan Air Itam, Keramat, Pulau Pinang selepas solat Jumaat.

Dia juga sebenarnya adalah orang yang sama membawa hadiah coli dan seluar dalam corak harimau ke pejabat Guan Eng (lihat gambar di bawah yang bercermin mata tersisip di atas songkoknya).


Bukti lanjut berkenaan Mohamed Ghani ada di bawah sebagai perbandingan.

Ternyata Umno-APCO dan TV3 suku sanggup menipu seluruh rakyat Malaysia kerana terdesaknya mereka mempertahankan kuasa sanggup melaga-lagakan PAS dan PKR dalam soal Israel-Palestin walaupun Anwar sudah membuat kenyataan rasminya semalam.

Mohamed Ghani Abd Jiman (kanan sekali) membawa
empat kek berbentuk tahi kepada Ketua Menteri

Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada 8 Disember tahun lalu
SELAIN memainkan "politik lucah" dan "politik selak kain", Umno kini mula memainkan "politik taik" pula. Budaya politik menjijikkan akan terus dimainkan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Tindakan kali ini benar-benar di luar tahap kewarasan manusia apabila mereka menghina kakitangan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dengan hadiah "tahi manusia".

Deligasi Umno Pulau Pinang tengah hari tadi menyerahkan empat hadiah seakan 'tahi manusia' yang dibungkus seperti kek kepada kakitangan kerajaan di Komtar, George Town, yang menempatkan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri.

Kakitangan kerajaan yang menerima hadiah "tahi manusia" itu dilihat terkedu dengan tindakan "luar batas" dilakukan oleh Deligasi Umno Pulau Pinang itu.

Tergamak mereka menghina kakitangan kerajaan yang bekerja dengan kerajaan yang dipilih oleh majoriti rakyat di negeri ini.


Jurucakap deligasi Umno Pulau Pinang Mohamed Ghani Abd Jiman berkata: "Orang lain tak boleh bagi hadiah 'tahi manusia', hadiah ini memang mempunyai nilai sentimental dia kerana dia buat Pulau ini macam 'pulau tahi".

"Empat ('tahi manusia') ini DAP yang taja. Sesiapapun tak perlu tahu dan biar polis siasat. Kalau nak tahu, Guan Eng kena buat laporan polis," sindir beliau sambil menghina kakitangan kerajaan yang setia berkhidmat dengan kerajaan negeri

Tindakan itu dilihat akan meningkatkan lagi kebencian kakitangan awam kepada Umno yang sebelum ini mengamalkan "politik lucah" dan kini "politik najis" pula. ~jalanpulang


Najib Akan Singkirkan Zambry Kadir.. Kenapa??

Posted: 17 Feb 2012 04:16 PM PST

Dalam tempoh beberapa bulan lalu Najib sudah melakukan dua kali lawatan politik ke Perak. 18 Februari, Najib sekali lagi melakukan lawatan ke Perak. Kekerapan beliau melawat Perak adalah menandakan pilihanraya umum sudah semakin hampir dan juga untuk memastikan BN dapat terus berkuasa di negeri "Kejor Yob Kejor" itu. Dalam pilihanraya 2008, BN Perak yang ketika itu dipimpin oeh Tajol Rosli telah tumbang di Perak. Bagamaimanapun dengan tiga orang ADUN Pakatan Rakyat melompat parti kemudiannya, kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang ketika itu dipimpin oleh Nizar Jamaluddin akhirnya tumbang.

Dr Zambry kemudian mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri Perak. Berdasarkan senario itu, politik Perak memang panas. BN yang memperolehi kuasa melalui "pintu belakang" dan "kuasa mahkamah", kali ini mahu membuktikan bahawa rakyat Perak akan terus menyokong mereka.

Bagi PR pula, yang merasakan kuasa pemerintahan mereka telah "dirompak" secara tidak sah, turut mahu membuktikan gabungan Pas, DAP dan PKR benar-benar diterima rakyat Perak dalam pilihanraya kali ini. Azam PR bukan setakat untuk menang, tetapi dengan jumlah majoriti kerusi DUN yang lebih besar lagi.

Sebagaimana sibuknya Najib dan diikuti Muhyiddin juga kerap melawat Perak untuk memastikan kemenangan UMNO dan BN Perak, PR juga turut sibuk dengan pelbagai program untuk menawan kembali negeri itu. Malahan kali ini, Pas Perak mensasarkan untuk menang di 15 kerusi DUN di Perak.

Kekerapan Najib melawat Perak, tidak dapat tidak, adalah untuk melihat sendiri persiapan jentera pilihanraya negeri dan sejauh mana arus sokongan rakyat benar-benar mantap serta meyakinkan.

Sehingga ini, senario semasa dan keyakinan kedua-dua belah pihak adalah agak seimbang dengan kedua-dua pihak sama ada BN mahu pun PR, masing-masing mempunyai keyakinan untuk menawan negeri itu. Kekuatan BN Perak banyak terletak pada sokongan Melayu luar bandar manakala PR banyak ditentukan oleh kemantapan sokongan bukan Melayu serta undi Melayu yang berpecah.

Tetapi dengan beberapa isu semasa yang berlaku dalam negara seperti isu lembu NFC, ia mungkin menjejaskan sedikit sokongan kelompok Melayu kepada BN terutama golongan muda dan mereka yang terdedah dengan maklumat internet.

Dengan lawatan Najib ke Perak esok, antaranya bertemu dengan masyarakat Felcra di Pasir Salak, mungkin disertai dengan pemberian beberapa "gula-gula" lagi ia tidak lain ialah untuk memantapkan sokongan orang-orang Melayu Perak kepada UMNO dan BN.

Apa yang menarik juga dalam politik Perak, di sebalik kekerapan Najib turun ke negeri itu dan detik PRU 13 yang makin hampir ialah isu pengganti Dr Zambry sebagai Menteri Besar semakin kuat kedengaran dan diperkatakan di mana-mana. Najib dikatakan mahu meletakkan orang lain sebagai Menteri Besar jika BN kekal berkuasa di Perak.

Meskipun Zambry dilihat tidak menimbulkan apa-apa masalah serta tiada isu kontroversi besar yang melibatkan diri, keluarga dan kepimpinannya tetapi masalah yang dihadapinya ialah beliau agak kurang disenangi oleh orang-orang lama dalam UMNO Perak.

Orang-orang lama ini sama ada masih menduduki kerusi ADUN, Ketua Bahagian atau ahli perniagaan saja, merasakan banyak pandangan dan idea mereka tidak diterima pakai oleh kepimpinan Zambry yang nampaknya suka kepada idea-idea baru lagi kontemporari serta berdasarkan kajian dan penyelidikan ilmiah.

Pendekatan politik yang berasaskan idea-idea baru itu dipraktikkan bersesuaian dengan latar belakangnya kerana sebelum menjadi Menteri Besar, Zambry pernah menjadi Ketua Eksekutif INMIND, sebuah badan pemikir untuk Dr Khir Toyo dan Pengarah CELDES, juga badan pemikir untuk Muhyiddin Yassin. Maka tidak hairan, bila menjadi Menteri Besar, beliau cuba melaksanakan beberapa idea dan pendekatan baru yang dirasakan sesuai dalam kepimpinannya.

Ada kedengaran juga cakap-cakap bahawa stail kepimpinan Zambry yang terlalu menonjol mirip Dr Khir Toyo itu tidak akan mampu menjanjikan kejayaan yang berpanjangan kepada UMNO dan BN Perak. Maka, pilihan yang logik ialah mesti didatangkan seorang calon Menteri Besar baru yang agak sederhana dan boleh diterima oleh semua pihak.

Selain tekanan daripada orang-orang lama, Najib sendiri memerlukan orang yang benar-benar dipercayainya dalam politik Perak. Zambry bukanlah orang Najib serta tidak pernah mempunyai hubungan politik yang intim dengannya sebelum ini dan beliau dipilih menjadi Menteri Besar oleh Tun Abdullah Badawi.

Dalam sejarah politiknya, beliau lebih mempunyai hubungan yang rapat dengan Muhyiddin dan pernah mengetuai CELDES, sebuah badan pemikir untuk Muhyiddin ketika beliau menjadi Naib Presiden UMNO.

Orang yang menjadi kepercayaan Najib di Perak ialah Zahid Hamidi, Nazri Aziz dan Husni Hanazdlah dan ketiga-tiganya menjadi menteri di peringkat pusat sekarang ini. Dengan Nazri Aziz yang lebih sesuai berfungsi di Pusat, pilihan Najib untuk menggantikan Zambry ialah Zahid Hamidi dan Husni Hanazdlah.

Namun kebelakangan ini nama Hamzah Zainuddin, Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi turut muncul sebagai antara calon yang bakal menggantikan Zambry di Perak.

Kekerapan Najib turun ke Perak adalah bersifat serampang dua mata sebenarnya, untuk memastikan BN menang dan meninjau-ninjau calon yang sesuai menggantikan Zambry di Perak. Berdasarkan pendapat semasa dan sumber yang rapat dengan kalangan UMNO Perak, kemungkinan besar calon yang menggantikan Zambry ialah antara Zahid Hamidi dan Hamzah Zainuddin. Bagi Husni pula, Najib dikatakan amat memerlukan dan selesa dengan peranannya di Kementerian Kewangan.

Berdasarkan realiti politik, Najib memang tidak ada pilihan selain menggantikan Zambry dengan orang yang benar-benar dipercayainya. Kebimbangan utama Najib ialah bilamana BN tidak memperolehi majoriti yang selesa selepas pilihanraya nanti yang memungkinkan kedudukannya sebagai Presiden UMNO akan dicabar dalam pemilihan UMNO selepas itu. 
Dengan Perak mempunyai 25 bahagian UMNO serta menyumbang jumlah undi yang banyak dalam menentukan hidup mati sebagai Prediden UMNO, maka kawalan terhadap UMNO Perak amat-amat diperlukan.

Mengekalkan Zambry terus kekal di Perak amat merbahaya bagi Najib, lebih-lebih lagi jika selepas pilihanraya nanti timbul desakan agar Muhyiddin mengambil alih kepimpinan UMNO berdasarkan prestasi buruk UMNO dan BN dalam PRU 13.

Jika pilihan yang ada hanya antara Zahid Hamidi dan Hamzah Zainuddin, besar kemungkinan Najib akan meletakkan Zahid sebagai penggantinya Zambry. Selain bekas Setiausaha Politiknya itu agak lebih dipercayai oleh Najib berbanding Hamzah yang semasa Najib menjadi Ketua Pemuda UMNO, beliau lebih rapat dengan Annuar Musa, Zahid juga akan lebih mudah diterima oleh semua kelompok dalam UMNO Perak. 
Golongan lama, generasi muda dan rakyat Perak keseluruhannya lebih mudah menerima Zahid kerana PR dan budi bahasanya yang baik dengan semua orang.

Dengan meletakkan Zahid Hamidi sebagai Menteri Besar Perak, Najib bukan sahaja dapat memastikan masa depan politiknya lebih terjamin jika beliau dicabar, tetapi juga berupaya menyediakan laluan yang lebih selesa untuk sepupunya, Hishammuddin Tun Hussein mendaki puncak kuasa.

Andainya Zahid menjadi Menteri Besar Perak, masa depan politik Hishammuddin tidak mempunyai saingan lagi di peringkat pusat.

Bagi Zambry pula, meskipun beliau akan dibawa di Pusat selepas pilihanraya ini tetapi tiada jaminan beliau akan diberikan jawatan menteri penuh dalam kabinet Najib Beliau mungkin mengulangi sejarah Ramli Ngah Talib yang hanya dijadikan timbalan menteri apabila dibawa ke Pusat. ~shahbudindotcom

Penulis merupakan bekas AJK Pemuda Umno Wilayah Persekutuan

Tiada ulasan: