Addin |
- Lagi Pembohongan SPR Terbongkar..
- Gambar Kapal Israel Memasuki Malaysia Melalui Port Kelang
- The Malaysian Insider Dan Harakahdaily Di Godam
- Utusan Kantoi Menipu!! Gambar Firaun Dikatakan Gambar Wanita
- Sebab Inikah Najib Takut Pecat Shahrizat?
- Lukisan Kartun Najib Dan Rosmah Di London Menarik Perhatian
Lagi Pembohongan SPR Terbongkar.. Posted: 17 Feb 2012 10:45 AM PST Seorang tentera yang bernombor 1137273 bernama Izwan Hapiz menurut maklumat tenteranya tiba tiba membuat pembedahan muka dan jantina. Bukan itu sahaja,dia juga mungkin telah murtad sebab telah menjadi cina!! cina tua yang mengikut kad pengenalan tu umurnya sudah menjangkau 75 tahun. Masakan SPR yang PINTAR tak perasan senarai nama pengundi ni ada kepelikan?or memang sengaja dibiarkan agar pengundi tersebut lepas untuk mengundi BN dalam PRU13 nanti!! Alasan SPR tak cukup masa/kakitangan nak semak,bila kita cadangkan serahkan kerja mengecek ni kepada MIMOS untuk semak dia kata tak boleh la pulak..apa agenda SPR nih?baik punya kawtim nampak!!kehkehkeh!!
Kepelikan kepelikan ini memang di sahkan oleh BEKAS pengarah SPR dengan mengatakan bahawa kuasa SPR ni cuma SEPARUH sahaja.separuh lagi ada pada UMNO!! bukan bloger King kata..dia yang kata.takpercaya?bodoh lah korang nih[cai umno aja]..dok tengok utusan/tv3 jer sapa suruh! ~kingofgoblok | ||
Gambar Kapal Israel Memasuki Malaysia Melalui Port Kelang Posted: 17 Feb 2012 08:21 AM PST Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) hari ini mendesak Kerajaan UMNO/Barisan Nasional menjelaskan kenapa membenarkan Kapal Israel Zim Genova yang berdaftar di Israel berlabuh di Pelabuhan Barat , Klang Isnin lalu. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini dua pertubuhan itu berkata pendedahan yang dibuat di dalam rencana Utusan Malaysia pada 9 Jun lalu membuktikan pada hakikatnya Kerajaan tidak konsisten dalam hal hubungannya dengan Israel. "Makluman bahawa ada juga barangan dari negara rejim Yahudi ini memasuki negara ini, samada secara terus atau dari negara ketiga adalah amat mengejutkan. "Persoalan yang ditanya benarkah Israel diizinkan memasuki ke pelabuhan kita dan mengadakan aktiviti perdagangan dengan negara ini, dan ini secara jelas telah dijawab oleh Menteri Pengangkutan. "MAPIM dan SHURA amat kesal dengan pendedahan yang menunjukkan hiprokasi yang amat nyata," kata kenyataan itu yang diemel kepada Suara KeADILan. Menurut Setiusaha Agung MAPIM, Azmi Abdul Hamid dan Pengerusi SHURA, Abdul Ghani Samsuddin adalah aneh ketika usul khas di Parlimen dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 7 Jun lalu berkaitan dengan kecaman dan tindakan yang akan di bawa oleh Kerajaan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk bertindak ke atas Israel, tiba-tiba pada hari yang sama dilaporkan kapal Zim Genova milik syarikat Zim Israel Navigation Company berlabuh di Pelabuhan Klang membawa kargo yang besar. "Lebih pelik lagi dilapor oleh rencana tersebut selain Zim Genova, kapal-kapal Zim lain yang berulang-alik ke Pelabuhan Klang ialah Zim USA (didaftarkan di Israel), Zim Kingston, Zim Monaco (pelabuhan terakhir: Pelabuhan Klang enam hari lalu), Zim Dalian dan Zim Lovorno (yang kesemuanya didaftarkan di beberapa buah negara lain). "MAPIM dan SHURA terkejut bagaimana pula ada rundingan senyap hubungan perdagangan atau perkhidmatan pelabuhan dilakukan dengan syarikat perkapalan Israel dengan Malaysia. "Ini sudah pasti suatu penipuan kepada rakyat Malaysia dan dunia umumnya, betapa Malaysia bertalam dua muka dalam perhubungannya dengan Israel. "Kenyataannya bila kapal kemanusiaan Mavi Marmara dan Rachel Corrie yang disertai rakyat Malaysia kita dihalau dan diserang di perairan antarabangsa kenapa pula kapal Israel sewenang-wenangnya dibenarkan berlayar dan berdagang di negara ini?", tegas kenyataan itu lagi. Kenyataan itu mencabar sama ada kapal MISC milik Malaysia dibenarkan memasuki Pelabuhan Haifa di Israel. MAPIM dan SHURA berpendirian dengan jawapan jelas pihak Kementerian Pengangkutan bahawa kapal Israel dibenar berdagang di Malaysia, membuktikan Malaysia telah mengkhianati rakyat Palestin. "Walau apapun syarat dan peraturan dikenakan ke atas kapal Israel, membenarkan kapal tersebut berlabuh itu sendiri adalah suatu tindakan yang bertentangan dengan sikap yang diambil oleh seluruh rakyat Malaysia dan semangat dari usul yang diluluskan di Parlimen baru-baru ini. "Penjelasan Kementerian bahawa pihak West Port menetapkan syarat kepada kapal Israel itu tidak boleh diterima sama sekali. Jika Malaysia mempunyai dasar tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan negara yang tidak diiktiraf, kenapa kapal itu dibenarkan masuk dan berlabuh di Klang? MAPIM dan SHURA dengan itu mendesak supaya kerajaan mengarahkan kapal itu keluar dari Pelabuhan Klang dan menyatakan dengan jelas bahawa tidak ada lagi kapal Israel yang akan dibenarkan berlabuh di perairan Malaysia," desak pertubuhan itu lagi. ~erapasca Gambar ~ milosuam | ||
The Malaysian Insider Dan Harakahdaily Di Godam Posted: 17 Feb 2012 07:25 AM PST Pelayan The Malaysian Insider terhenti selama 6 jam hari ini kerana serangan DDOS tetapi pusat data dan jurutera syarikat telah mengatasi masalah tersebut dan portal kembali pulih kata ketua eksekutif dan editor Jahabar Sadiq. Pelayan The Malaysian Insider berada di pusat data AIMS, Kuala Lumpur. "Kami ingin memohon maaf kepada pembaca dan para pengiklan kami. Kebetulan, pelayan Harakahdaily offline selama kira-kira empat jam hari ini dan salah satu daripada editor berkata mereka disyaki serangan DDOS. Pada hari Isnin, laman web Bursa Malaysia juga menurun disebabkan serangan DDOS. Tiada siapa yang telah mendakwa bertanggungjawab bagi serangan tersebut. DDOS merupakan satu cubaan untuk membuat sumber komputer atau rangkaian tidak tersedia kepada pengguna. Walaupun motif, dan sasaran serangan itu mungkin berbeza, ia secara amnya merupakan usaha bersepadu seseorang, atau beberapa orang untuk menghalang laman Internet atau perkhidmatan dari berfungsi dengan cekap untuk sementara atau selama-lamanya. | ||
Utusan Kantoi Menipu!! Gambar Firaun Dikatakan Gambar Wanita Posted: 17 Feb 2012 06:15 AM PST Masih ingat lagi bagaimana tidak lama dahulu Utusan pernah kantoi padamkan logo Barisan Nasional pada sebuah payung? Kali ini kisahnya lebih kurang sama; bezanya, benda yang tidak ada, telah diada-adakan. Selalunya teknik jurnalisme murahan seperti ini digunakan oleh akhbar tabloid sahaja. Tapi entah bagaimana, akhbar teras pemikiran Melayu ini turut terkena perciknya. Perhatikan artikel bertajuk "Jenazah wanita masih utuh, berbau wangi". Berita luar negara ini adalah cuplikan dari Okezone.com. Dan jika anda pergi ke sumber asal artikel ini di sana, ini sahaja yang anda dapat lihat: Maka dari mana pula datangnya gambar mayat dalam artikel cap Utusan itu? Pada mulanya, saya terkejut juga melihat gambar mayat "yang masih utuh dan wangi" itu. Ini kerana saya 100% yakin pernah melihat gambar ini dalam sebuah buku (yang tidaklah pula saya ingat tajuknya). Maka masakan pula boleh gambar itu adalah gambar mayat wanita tersebut. Dan apabila menyedari tiada gambar mayat tersebut di artikel asal, maka sahihlah Utusan sudah tokok tambah berita. Mungkin untuk menyedap berita dan menambah sensasi. Tapi kalau iya pun, letaklah kenyataan "Gambar sekadar hiasan". Tapi juga, kalau pun gambar itu sekadar hiasan semata-mata, yang paling tak boleh tahan, macam mana Utusan boleh letak gambar mayat firaun sebagai gambar hiasan untuk artikel tersebut? ~na'imnikmat | ||
Sebab Inikah Najib Takut Pecat Shahrizat? Posted: 17 Feb 2012 05:44 AM PST Isteri taukeh lembu gemuk (National Fat Cow - NFC), Shahrizat Jalil tidak mudah mengaku kalah. Walaupun berbagai pihak meminta dia berundur demi Umno, tetapi tidak semudah itu untuk menteri wanita bermata cerah bercelak itu berbuat demikian. Umrahnya sebanyak tiga kali telah memberi kekuatan kepadanya. Dari ketua bahagian membawa kepada ahli parlimen, timbalan menteri dan bekas perdana menteri semua nasihat supaya Shahrizat mengangkat kain tuala putih, mengaku kalah melepas jawatan. Mereka mengira isu lembu gemuk telah memberi penyakit besar kepada Umno dan akan menyulitkan Umno untuk berhadapan dengan rakyat dalam pilihan raya nanti. Projek itu akan menjadi lambang atau simbol kerakusan kerajaan UBN dalam menyangak wang rakyat. Kenapa tidak, isu NFC itu bukan saja berlegar di Bangsar atau Lembah Pantai tetapi sudah sampai ke kampung-kampung. Ibu saya di kampung juga tahu kisah NFC entah siapa yang bercerita kepadanya. "Ti sungguhkah lembu la ni duduk di kondo?" begitulah tanya ibu saya suatu hari penuh kelurusan. "Lembu mana pula?" tanya saya. "Lembu Sharizat menteri waniat itu...lah," katanya. "Siapa cerita ni, jangan duk percaya benda yang karut marut, mana ada lembu duduk di kondo," balas saya menguji pengetahuannya. "Tak tahu orang duk cerita gitu, mek nak tanya sebab Ti dok Kuala Lumpur..," balasnya agak kecewa dengan bantahan saya. Ibu saya akan diam kalau saya bersikap begitu kerana dia kenal benar dengan perangai anak jantannya ini. Saya tidak suka kalau dia bercakap hal yang pelik dan ganjil berbau fitnah. Moral of the story bahawa kisah laki Shahrizat pelihara lembu dengan peruntukan kerajaan RM250 juta sudah sampai ke kampung-kampung. Kisah itu menyebabkan orang kampung merasakan bahawa mereka dianiaya dan diabaikan kerana untuk 'beli lembu' mereka hanya dibagi RM500 saja, (itu pun nak dapat kena tunggu dua tiga jam kena dengar tazkirah dari pemimpin Umno) sedanhgkan semurah-murah lembu kampung hari ini berharga di antara RM800 hingga RM1500. Kerana meluasnya cerita itulah ia membimbangkan Umno. Umno mencari jalan menyelesaikan isu berkenan dan mencari formula agar rakyat melupainya. Sebab itu akhabr penjilat buntut gila-gila mencari isu dan mereka-reka apa saja isu untuk mengambuskan isu lembu gemuk. Kehadiran Hasan Akidah dalam jerumu Umno tidak juga dapat membetulkan 'akidah' rakyat tentang projek lembu gemuk itu malahan dia mengkelam kabutkan lagi keadaan. Video seks membabitkan Anwar ditayang di mana saja ada majlis pemberian wang rakyat kepada rakyat sebanyak RM500. Guru-guru, tok imam, tukang kebun, makcik jual kantin dan hatta tok mudin pun dipaksa menontonnya. Terkulat-kulat dan tersengeh dan pandang memandang mereka yang menonton sesama sendiri. Cikgu muda yang tidak pernah menyaksikan gambar porno sepanjang hidupnya kemalu-maluan di tepi dinding... sambil diperhati oleh ketua cawangan Umno. Umno buntu menghadapi Shahrizat. Najib tidak berani berkokok... bila ada desas desus mengatakan Shahrizat telah hantar surat meletakkan jawatan Najib cepat-cepat menafikan. Penafian Najib itu menunjukkan dia takut dengan Shahrizat. Saya tidak fikir Najib akan mengarahkan Shahrizat meletak jawatan untuk mengatasi masalah yang timbul dari isu lembu gemuk seperti mana diharapkan oleh orang ramai. Kenapa? Shahrizat pernah dilaporkan berkata, kalau dia kena letak jawatan kerana isu yang tidak membabit dengan beliau secara langsung itu, orang lain juga perlu berbuat demikian. Apa maksud dan mesejnya. Ertinya bukan Shahrizat sahaja yang terbelenggu dengan projek-projek mega tidak mengikut prosuder, memiliki kekayaan di luar kemampuan tetapi menteri lain juga. Balasan membela diri oleh Shahrizat itu bolehlah dianggap bahawa semua menteri kabinet termasuk ketua bahagian yang tidak menjadi wakil rakyat dan menteri ada memiliki harta diluar kemampuan masing-masing. Selepas Shahrizat mengeluarkan kata-kata dan cabaran demikian maka tidak ada yang berani mendesak Shahrizat. Sesetengah menteri Umno dan BN yang memegang kayu untuk menyocok punggung lembu laki Shahrizat diletakkan semula. Nah.. begitu juga dengan Najib. Najib juga tidak berani untuk bertindak ke atas Shahrizat. Apa yang membimbangkan ialah takut Shahrizat juga akan terlatah mulut mendedahkan apa-apa yang dia tahu yang dilakukan oleh isterinya Rosmah Mansor. Khabarnya Shahrizat ada maklumat hebat mengenai Rosmah Mansor yang belum terungkap. Maklumat dan rahsia inilah yang digenggam oleh Sharizat. Apakah kerana bimbang rahsia Rosmah didedah Shahrizat maka Najib jadi terpaksa kompromi dengan Shahrizat? Dari sini fahamlah kita kenapa Najib sebagai ketua tidak boleh bertindak ke atas anak buahnya kerana dia sendiri juga ada masalah lebih besar dari ditanggung anak buah itu. Bagaimana pun saya yakin nama Shahriat tidak akan dicalonkan pada pilihan raya akan datang. Namanya di Lembah Pantai sudah pasti akan diganti dengan nama kawan Najib, Raja Nong Chik. Apa yang kita hendak tenguk selepas ini, apakah Shahriat akan bertindak balas dengan mendedahkan apa yang dia tahu mengenai Rosmah kalau tidak dicalonkan? Apakah Shahrizat seorang pendendam? Tunggulah... tidak akan lari gunung dikejar hilang kabus nampaklah ia. Perkara ini sudah tentu difikirkan oleh Najib. Najib mungkin tahu manusia kalau sudah hilang sabar bukan saja setakat sanggup singsing lengan baju, tunjuk labu lengan gebu selak kain pun sanggup dilakukan. Apa yang paling Najib takutkan ialah kalau-kalau Shahrizat menyelak kain isterinya sekali hingga terdedah kesemua yang sulit mulit. Justeru saya mengira isu NFC melibatkan laki Shahrizat akan diselesaikan secara politik. Shahrizat tidak perlu mengembalikan wang kerajaan RM250 juta seperti Nazri sarankan, tetapi cukup untuk Shahrizat meletakkan jari dibibirnya sambnil buat sssshhhhh.... dan tunjuk kepada Najib. Najib pun akan faham dan kes NFC akan lepas dan rakyat semua akan tersengih-sengih macam kerang busuk. Selepas ini SPRM akan buat pengistyharan bahawa tiada kes membabitkan rasuah dalam projek NFC. Sebaik saja pengistyharan itu dibuat parlimen pun akan dibubarkan. Oooiiii... Mat Maslan kenapa tong sampahkan buku Jingga? ~msomelayu | ||
Lukisan Kartun Najib Dan Rosmah Di London Menarik Perhatian Posted: 16 Feb 2012 10:19 PM PST "Untuk mendapat idea tidaklah begitu susah kerana saya tinggal di Malaysia. Ahli-ahli politik di Malaysia menyediakan idea-idea lucu kepada saya setiap hari...Perdana Menteri, isteri beliau dan ahli-ahli kabinet nampak bijak sehinggalah mereka membuka mulut. Apabila mereka membuka mulut, saya boleh mula membuka buku lakaran saya." Demikianlah jawapan yang diberikan oleh Zunar kartunis politik Malaysia, ketika berdepan dengan soalan dari peserta mengenai bagaimana beliau mendapat ilham untuk berkarya. Malah ketika memberi ucapannya, Zunar berkata, "Malaysia menghadapi krisis moral yang parah dengan korupsi, penyalahgunaan kuasa, pembaziran dan pelanggaran hak asasi. Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita semua untuk bangun menentang rejim zalim yang telah memerintah negara ini selama 54 tahun." "Adalah satu kesalahan moral kepada kita untuk berdiam diri. Mari kita bersama-sama bersatu dan berjuang. Sebagai kartunis ini adalah sumbangan kecil saya dalam perjuangan ini, " katanya. Beliau juga menambah, "Penahahan saya di bawah Akta Hasutan menunjukkan bahawa melukis kartun di Malaysia adalah satu kesalahan jenayah. Apabila melukis kartun menjadi jenayah, kekuasan rejim mula goyah." Zunar, atau nama asalnya Zulkiflee Anwar Ulhaque kini berada London untuk pameran solonya di Free Word Centre, 60, Farringdon Road, London, dengan tema, "To Fight Through Cartoon" (Berjuang Melalui Kartun). Pelancaran pameran Zunar diadakan pada 6.45 petang, 15 Februari 2012 (waktu London). Pameran solo Zunar yang pertama ini dianjurkan oleh Article 19, sebuah NGO antarabangsa yang memperjuangkan kebebasan bersuara serta informasi. Sebelum ini beliau mengadakan dua pameran di Bilbao, Sepanyol bersama beberapa artis-artis lain. Ia menampilkan 80 karya-karya kartun politik beliau yang dibahagi kepada empat kategori: Rosmah, Najib, Konspirasi terhadap Anwar dan Isu-isu semasa. Pameran berlangsung sehingga 13 Mac dan dibuka dari hari Isnin sehingga Jumaat dari jam 9 pagi sehingga 9 malam. Antara penal jemputan yang diundang dalam majlis pelancaran pameran termasuklah Clare Rewcastle Brown, Pengasas Radio Free Sarawak, dan Pengarah Eksekutif Article 19, Dr.Agnes Callamard. Lebih kurang 100 orang terdiri dari rakyat Malaysia yang bekerja di London, pelajar Malaysia serta rakyat tempatan dan luar negara turut hadir untuk memeriahkan majlis. Ketika berucap, Clare berkata, "Saya suka melihat karikatur Zunar terutama mengenai Rosmah dan Taib Mahmud. Saya menghargai keberanian beliau. Ia memerlukan orang-orang yang berani untuk menjatuhkan sesebuah rejim yang zalim." Malah, seorang pegawai kerajaan dari Malaysia, yang menggunakan nama samaran Amir, berkata, "Saya segera membuat pendaftaran untuk hadir sebaik saja saya mengetahui mengenai pameran ini. Kebetulan saya sedang bercuti di London. Bagi saya, Zunar adalah salah seorang dari dua lagenda kartunis selain Dato' Lat." Robin, seorang jurutera komputer dari Belgium berkata, "Saya rasa kartun Zunar adalah sangat berkesan sebab ia membolehkan orang ramai memahami isu-isu politik secara lebih mendalam dan kerana itu ia merupakan ancaman kepada kerajaan (Malaysia)." Seorang pengurus IT di London, Andrew Tynan pula berkata, "Saya melawat Malaysia berberapa kali dan mempunyai teman di Malaysia yang sering menceritakan situasi politik di Malaysia. Melalui kartun Zunar, saya lebih memahami politik di Malaysia sekarang." Adil Johan, pelajar di King's College, London berkata, "Saya tidak takut untuk datang - saya merupakan peminat Zunar sejak sekian lama. Apabila saya melihat lukisan beliau di pameran ini, ia adalah ekspresi artistik yang luas dan apabila saya melihat lebih lanjut, ia memberi mesej dan makna yang tersirat sangat mendalam. Sebab itu saya suka kartun beliau." *Semua maklumat dan gambar di atas dibekalkan dari pejabat Zunar di London, dan dikemaskini oleh ~MerdekaReview. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan