Khamis, 16 Februari 2012

Addin

Addin


Inilah Akibatnya Bila Bersekongkol Dengan Rosmah Mansor

Posted: 16 Feb 2012 08:27 AM PST

Laman Facebook Universiti Curtin dihujani pelbagai komen tidak puas hati dari sebilangan rakyat Malaysia, ekoran tindakan universiti itu menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat kepada isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Setakat berita ini ditulis, terdapat hampir 28,000 pengguna Facebook menyukai laman berkenaan dan mereka meneruskan kritikan bertalu-talu terhadap Rosmah dan Universiti Curtin.

Universiti di Australia yang turut mempunyai cawangan di Sarawak dan Singapura itu sebelum ini menganugerahkan ijazah Doktor Kehormat Persuratan kepada Rosmah, kononnya sebagai mengiktiraf daya usahanya dalam pembangunan pendidikan terutama pendidikan kanak-kanak menerusi program Permata Negara.


Program Permata Negara yang baru memasuki usia tiga tahun telah membelanjakan kira-kira RM211 juta wang rakyat.

Rosmah, baru-baru ini sekali lagi menimbulkan kemarahan rakyat apabila membelanjakan RM323,000 bagi membeli 61 helai pakaian daripada butik eksklusif Carl Kapp semasa percutiannya ke Sydney, Disember tahun lalu.

Pendedahan itu dibuat menerusi kolum yang ditulis oleh Andrew Hornery mengenai Rosmah yang disiarkan akhbar Sydney Morning Herald.

Selain itu, beliau sebelum ini turut didakwa membeli cincin berlian berharga RM24 juta, dan beg jenama mewah Birkin yang mencecah ratusan ribu ringgit.

Sikapnya yang gemar berbelanja boros itu dikaitkan dengan Imelda Marcos, isteri kepada bekas diktator Filipina, Ferdinand Marcos. ~keadilandaily


Bongkar!! Isteri Muhyiddin Shopping Sakan Di KLCC?

Posted: 16 Feb 2012 07:03 AM PST

Jika sebelum ini rakyat Malaysia hanya dihidangkan dengan berita-berita berkaitan isteri Najib iaitu Rosmah Mansor yang dianggap suka bebelanja mewah dan membeli-belah secara berlebih-lebihan sebagaimana yang sudah banyak didedahkan sebelum ini, kini nampaknya isteri Muhyiddin Yassin iaitu Puan Sri Norainee Abdul Rahman pun turut terpalit sama dengan gejala itu.

Sudah mula kedengaran cakap-cakap dan perbualan di kalangan rakyat bahawa isteri Muhyiddin yang sering bergaya anggun dan bertudug itu pun kelihatan gagal mengawal dirinya sejak akhir-akhir ini.

Dikhabarkan baru-baru ini beliau telah mengunjungi dan membeli belah di sebuah butik terkenal di KLCC.

Tidaklah menjadi kesalahan bagi seorang isteri TPM yang sering muncul di khalayak ramai sama ada secara sendirian atau menemani suaminya untuk sesekali membeli belah di butik-butik mewah tetapi yang menjadi persoalan ialah bilamana beliau telah membeli sebanyak 18 pasang kasut di butik itu.

Kalau pun beliau begitu kerap muncul di khalayak ramai dan ingin kelihatan tampil berbeza serta bergaya, pembelian sebanyak 18 pasang kasut sekaligus tentulah agak tidak munasabah.

Tidak bolehkah dibeli hanya tiga atau empat pasang saja? Atau tidak bolehkah ditunggu sehingga selepas pilihanraya dan selepas BN menang cemerlang dulu?

Diberitakan juga bahawa selain "memborong" sebanyak 18 pasang kasut, isteri TPM itu juga membeli beberapa beg tangan yang turut mencecah puluhan ribu ringgit jumlah keseluruhannya.

Jika benarlah perkhabaran yang kini mula dibualkan secara meluas ini, ia adalah episod malang bagi UMNO, BN dan rakyat Malaysia kerana dalam suasana negara menghadapi piliharaya dan negara pula berhadapan dengan pelbagai macam masalah serta skandal, kita terus juga dihidangkan dengan cerita-cerita pembaziran dan pemborosan begini.

Rakyat pada umumnya sudah muak dengan berita-berita sebegini dan ia pastinya sedikit-sebanyak makin menghakis kepercayaan rakyat kepada UMNO, BN, kerajaan yang sedang memerinrah sekarang ini.

Dalam suasana kesedaran rakyat makin tinggi sekarang ini, apa saja perilaku pemimpin dan keluarga mereka sering menjadi perhatian dan jika keterlaluan, pastinya bahana besar sedang menunggu.

Sebelum ini beberapa siri kemewahan isteri Najib iaitu Rosmah Mansor yang banyak didedahkan media dalam dan luar negara, pelbagai skandal dan penyelewengan yang melibatkan pemimpin termausk isu lembu NFC, sudah cukup meletakkan UMNO, BN dan kerajaan terperosok dan begitu hodoh di mata rakyat. Dan perkhabaran mengenai isteri Muhyiddin ini hanya menambahkan lagi titik hitam pada wajah politik negara.

Sebelum ini, di pelbagai negara seperti Filipina, Mesir dan Tunisa, perbuatan isteri pemimpin yang bergaya mewah, membazir dan bernampilan berlebih-lebihan sudah banyak dicatatkan dan menjadi antara sebab kepada penolakan rakyat terhadap sesebuah kerajaan itu dan akhirnya ditolak jatuh oleh rakyat.

Apa-apa pun, sebelum lebih banyak berita-berita lain didedahkan, adalah penting untuk Muhyiddin membuat penjelasan mengenai perkara ini kerana sebelum ini penglibatan anak dan menantunya dalam pelbagai perniagaan yang berkaitan bidang kuasa Timbalan Perdana Menteri serta dakwaan seorang setiausaha di kementeriannya menerima sogokan, turut didedahkan kepada umum dan menjadi perbualan ramai. ~shahbudindotcom

Penulis ialah bekas AJK Pemuda Umno Wilayah Persekutuan

Gempar!! Titah Raja Muda Perak Bidas UMNO Ke?

Posted: 16 Feb 2012 03:29 AM PST

Raja Muda Perak Dr Raja Nazrin Shah menyelar sesetengah pihak yang tidak amanah dalam menjalankan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sehingga dasar yang baik itu gagal mencapai matlamatnya untuk membantu orang Melayu dan umat Islam.  Baginda bertitah akibat dari sikap itu, matlamat mahu mengimbangkan agihan ekuiti dalam kalangan ummah gagal dicapai dan dasar murni yang diwujudkan kerajaan itu pula dipersalahkan. "Sedarilah, dasar tersebut tidak berdosa dan tidak pernah melakukan dosa, yang berdosa adalah di kalangan mereka yang telah melakukan pelbagai penyelewengan di peringkat pelaksanaan.

Akibatnya berlaku kerapuhan pegangan hak milik terutama di kalangan individu Melayu, lalu berlaku ketirisan hak milik harta dan ketirisan hak milik urus niaga bernilai tinggi," titah baginda semasa merasmikan Seminar Wakaf: Penjana Pembangunan di Bank Negara Malaysia di sini.

Menurut Raja Nazrin, kajian menunjukkan bahawa hanya enam peratus daripada kekayaan individu Melayu yang sempat sampai ke generasi ketiga dan hanya dua peratus sahaja disambungkan ke generasi seterusnya.

"Pola daya tahan pemilikan ekuiti di kalangan individu yang begitu sementara sifatnya akan memberi impak negatif dalam jangka panjang dan boleh menyebabkan ummah menerima nasib berdagang di bumi sendiri," titah baginda.

Baginda mengesyorkan satu mekanisme yang lebih berkesan perlu ada untuk memberi jaminan bahawa semua pegangan ekuiti Melayu Islam ini tidak begitu cepat terhakis.

Raja Nazrin turut melahirkan rasa kesal kerana ada individu yang bersifat "pagar memakan padi" yang telah menyebabkan beberapa institusi yang diwujudkan kerajaan untuk menjaga kepentingan ummah menghadapi masalah hingga muflis atau terpaksa diselamatkan oleh pemerintah.

"Konsep wakaf korporat difikirkan sebagai satu alternatif yang berpotensi menggantikan kaedah sedia ada. Konsep yang sedang dirintis ini menyuntik pendekatan arus niaga bersandarkan roh Islam... berpegang kepada konsep iman dan takwa," titah baginda.

Idea wakaf korporat sudah pun tercetus sejak dari beberapa tahun lepas dan pada zaman dahulu ia berperanan sebagai sumber kekuatan ekonomi ummah sehingga ummah tidak perlu terlalu bergantung kepada dana kerajaan sehinggalah akhirnya ia berkubur akibat manipulasi penjajah, titah baginda.

Konsep ini telah dibuktikan kejayaannya di negara ini melalui penubuhan Waqaf An Nur Corporation yang ditubuhkan pada 3 Ogos 2006 yang boleh dijadikan rujukan untuk diterima pakai di peringkat lebih luas.

Menurut Baginda, bagi membolehkan konsep ini berjaya, idea itu perlu diangkat untuk pertimbangan di Persidangan Majlis Raja-Raja, selain mendapat sokongan ulama serta mendapatkan persefahaman di peringkat kerajaan persekutuan dan negeri manakala individu yang dipilih memegang amanah nanti terdiri daripada mereka yang menghayati semangat Fisabilillah. ~sinarharian


Al-Fatihah.. DJ Radio IKIM.FM Kembali Ke Rahmatullah

Posted: 16 Feb 2012 03:08 AM PST


IKIMfm menerima berita yang menyedihkan di awal pagi tadi apabila penyampainya Dj Abdul Razak Arbain telah menyambut panggilan ilahi. Beliau dikatakan terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah lagi motosikal.

Difahamkan menjadi rutin arwah untuk menghantar anaknya ke sekolah setiap pagi dengan motorsikalnya. Beliau meninggal dunia dalam usia 46 tahun.

Arwah yang merupakan Juruhebah Sambilan di IKIMfm telah berkhidmat sejak 3 Julai 2006. Sebelum berkhidmat di IKIMfm, beliau merupakan anggota tentera dan pernah ditempatkan di beberapa kem tentera seperti di Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu DiRaja, Kem Rasah, Kem Wira Waja Janda Baik dan lain-lain. Beliau juga pernah bertugas sebagai juruhebah Radio Kementah (Mindef) di Cawangan Perhubungan Awam(PR).

Arwah Razak cukup disenangi peminat kerana begitu mesra melayan setiap panggilan dan permintaan pendengar. Beliau seorang yang tidak lokek senyum dan amat mesra dengan setiap orang ditemui. Di kalangan rakan sekerja, beliau merupakan rakan yang suka menolong dan membantu orang lain, walaupun ada ketikanya menyusahkan diri beliau sendiri.

Setiap kali pertolongan diperlukan dari beliau, jarang beliau membantah atau memberi alasan tidak mampu melaksanakannya melainkan beliau menghulurkan bantuan dengan sepenuhnya. Ini diakui sendiri oleh Pengarah Radio IKIMfm, Encik Nik Roskiman Abdul Samad, bahawa arwah adalah antara rakan sekerja yang terbaik dan sentiasa mudah mengikut arahan.

Arwah juga sentiasa turut serta turun padang bersama para penyampai IKIMfm yang lain. Terbaharu dan terakhir ialah apabila beliau bersama dalam program Bonanza Amal Hope 2 Walk di Muzium Negara, program anjuran Islamic Aid Malaysia dan IKIMfm dalam mencari dana membantu adik Annur yang mengidap Cerebral Palsy.

Beliau sentiasa menawarkan dirinya untuk turut serta dalam program-program IKIMfm walaupun tanpa sebarang bayaran.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar untuk IKIMfm dan bukan sahaja ditangisi oleh rakan sekerja tetapi oleh ribuan pendengar setia IKIMfm dan peminat beliau yang sentiasa ternanti-nanti kemunculan beliau di ruang udara.

Beliau pernah mengendalikan segmen Sembang Pagi sebelum dijadualkan bertugas dari pukul 10 pagi hingga 2 petang. Susulan dari penjadualan siaran berkuatkuasa 1 Januari 2012, beliau telah ditugaskan dalam slot Dinihari jam 2-6 pagi.

Beliau yang dilahirkan pada 13 Mac 1966 meninggalkan seorang balu, Rosnani binti Haji Dali dan tiga orang anak, 2 perempuan dan seorang lelaki.

Moga-moga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Abdul Razak Arbain dan menempatkan rohnya bersama orang-orang solihin

Sama-sama kita hadiahkan al-Fatihah untuk Allahyarham. AL-FATIHAH. ~ikimfm

Addin :

Salah seorang pendengar setia radio IKIM.FM.. moga rohnya ditempatkan dikalangan solehin.. Al-Fatihah..

Bongkar!! Konspirasi Pembunuhan Gaddafi

Posted: 15 Feb 2012 10:30 PM PST

Pemimpin Libya yang digelar "Iron Fist" Oleh pemimpin barat yang di kepalai oleh Obama telah pun 'terkorban' dalam peperangan yang berlarutan selama 8 bulan. 'Mayatnya' pula telah dimalukan di hadapan orang ramai dan di letakkan di dalam pasar raya. Muammar Gaddafi telah memerintah Libya selama 42 tahun tetapi inilah harga yang dibayar oleh NATO, UN terhadap beliau. 

Dan selama 42 tahun ini, sebahagian media barat telah mengecop Muammar Gaddafi adalah pemimpin Islam yang tidak membawa apa-apa kebaikan dan perubahan kepada rakyat Libya.


Amerika pula mahu menjadi hero, kononnya Amerika sahajalah negara yang mengaplikasikan demokrasi, negara Islam (kaya dengan minyak) semudahnya di label sarang pengganas. Inilah yang terjadi di Iraq dulu. Kuasa beralih tetapi kehidupan rakyat terus tertindas dan Islam makin ditinggalkan. Kita dimomokkan selama 42 tahun pemerintahan Muammar Gaddafi, beliau banyak melakukan pembunuhan, kaki perempuan dan diktator yang mempunyai kuasa veto. Betul ke semua ini?

Keluarga Muammar Gaddafi

 Operasi Ketenteraan di Libya

Amerika Syarikat telah membelanjakan AS$550 juta (RM1.67 bilion) 31/3/20011. Sumber dari Jabatan Pertahanan Pentagon mengatakan bahawa 60 peratus daripada kos berkenaan adalah untuk peluru berpandu dan bom
Kanada, UK, Perancis dan Italy juga terlibat dalam pemberontakan di Libya

Kerajaan dan pihak pemberontak

Perbandingan Peperangan Iraq Vs Libya


Kepentingan Perang Iraq Dan Libya (Minyak Dan Emas)
Campur tangan NATO dalam konflik Libya hanyalah membawa kematian dan kemusnahan kepada Libya yang dahulunya sebuah negara yang aman dan mempunyai struktur pemerintahan yang kukuh. Libya telah mengesyorkan penarafan harga minyak yang adil di persidangan OPEC dan mereka menentang semua peraturan-peraturan dan undang - undang antarabangsa dunia barat. Muammar Gaddafi pernah mengoyakkan Buku Piagam PBB pada Perhimpunan Agong PBB yang ke 64. NATO tidak mempunyai hak untuk tampil sebagai "Polis Dunia" dan ' perang ' ini sudah menyalahi undang-undang antarabangsa.












Artikel akan datang, saya akan paparkan penipuan-penipuan media antarabangsa dalam mencipta 'cerita' pencerobohan Libya dan kematian Ghadaffi ini. ~sebuahkehidupan



Tiada ulasan: