Khamis, 9 Februari 2012

Addin

Addin


Lagi Menteri Desak Shahrizat Letak Jawatan

Posted: 09 Feb 2012 02:00 PM PST

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menerima satu lagi tamparan - kali ini dari sebuah parti komponen BN - ketika tekanan semakin memuncak terhadap menteri kabinet tersebut supaya berundur. Hari ini, turut menyertai desakan terhadap Shahrizat itu - ekoran pembabitan keluarga menteri berkenaan dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC) - ialah Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn.

Dalam satu kenyataan, Chang berkata walaupun beliau amat "bersimpati" dengan Shahrizat yang sedang berdepan dengan serangan yang "tidak adil dan kejam", tetapi tegasnya, Shahrizat sepatutnya melepaskan jawatan menteri demi kepentingan yang lebih besar bagi BN.

Demi kepentingan BN, beliau berharap Shahrizat akan dengan rendah hati mengosongkan jawatan menteri dalam kabinet dan menumpukan tenaga memerangi serangan terhadap keluarganya.

"Beliau boleh kembali semula ke kabinet selepas episod ini selesai dan namanya dibersihkan," kata Chang.

Mengakui bahawa Shahrizat dan keluarganya sepatutnya dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan, Chang berkata, keluarga menteri itu juga perlu menjawab tuduhan terhadap mereka.

Menurutnya lagi, "pengorbanan" oleh menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu akan melepaskan BN daripada "beban" NFC.

Sementara itu, Presiden MCA Dr Chua Soi Lek berkata,beliau percaya Shahrizat akan mengambil tindakan yang terbaik "demi kepentingan Umno dan BN".

"Beliau adalah seorang pemimpin kanan parti dan kami mempunyai keyakinan terhadap kebijaksanaan politiknya," katanya dipetik dalam laporan oleh akhbar The Star.~anaksungaiderhaka

Addin :

Moleklah tak payah letak jawatan Shahrizat.. moga terus dikekalkan sehingga PRU13. Mudah sikit kerja Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya..


Bongkar!! UMNO 'Rampas' Tapak Sekolah Agama?

Posted: 09 Feb 2012 08:02 AM PST

KUALA TERENGGANU - Pihak pentadbir Sekolah Rendah Islam Darul Bayan, Paka Terengganu yang mempunyai 700 pelajar mendakwa pihak berkuasa `merampas' tapak tanah miliknya dan dibahagikan kepada pemimpin Umno setempat. Guru Besar Che Wan Mustaffa Che Wan Kaman mendakwa tapak seluas dua ekar itu diberikan kepada pemimpin Umno yang menjadi ahli JKKK.

 Berikutan itu, ibu bapa sekolah tersebut akan mengadakan perhimpunan bagi membantah rampasan tanah tersebut, Ahad ini.

"Seekar tanah dibahagikan kepada lima lot dan diberikan kepada pemimpin Umno yang menjadi pengerusi JKKK dan AJK atas nama RTB Kolam Permai mukim Paka.

"Tanah sekolah yang asalnya berkeluasan 15425 meter persegi telah berkurang kepada 6882 sahaja. Lot Tanah telah bertukar dari PT 15024 kepada PT 14863.

"Pelan baru tanah telah menyebabkan sekolah kehilangan dua pintu rumah guru, separuh surau (bahagian belakang), tiga perempat bangunan kantin dan padang sekolah.

"Sekolah juga kehilangan tapak bangunan asrama anak yatim yang dijadualkan dibina pada tahun ini selain tempat parking kereta ibu bapa dan pelawat sekolah," katanya ketika dihubungi.

Rayu MB campur tangan

Che Wan Mustaffa berkata, yang tinggal apabila tanah kini tinggal tak sampai seekar dan sekolah ini diseliakan dengan sumbangan wang zakat dan derma orang-ramai.

"Sekolah ini juga berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) dan menggunakan kurikulum Kementerian Pendidikan dan mengambil peperiksaan UPSR.

"Kami mendapat kerjasama yang baik daripada pihak Pejabat Pelajajaran Dungun.

"Pelajar mendapat kelulusan cemerlang dengan keputusan 100 peratus pada tahun 2010," kata beliau ketika dihubungi.

Che Wan Mustaffa berkata, pihak sekolah membantah sekeras-kerasnya rampasan tapak sekolah tersebut.

Pada April 2011, Penguatkuasa Pejabat Tanah Dungun telah datang menemui setinggan berkenaan dan memberi notis pencerobohan tanah kerajaan dan arahan pindah dalam masa 14 hari.

Katanya, pada 6 dan 7 Disember 2011, Pejabat Tanah Dungun telah mengeluarkan dokumen hak milik sementara sebanyak lima lot dengan membuat lot baru atas tanah kami dengan nama RTB Kolam Permai.

"Pengambilan tanah berkenaan sangat mengecewakan kami pihak sekolah dan para Ibubapa. Cadangan membina pusat anak yatim akan terhalang, parking kereta tiada dan menghapuskan segala perancangan atas tanah sekolah berkenaan.

"Kami pihak sekolah akan mempertahankan tanah tersebut dengan menggunakan segala saluran yang ada.Tanah ini adalah Tanah sekolah agama rakyat dan bukan milik individu.

"Saya menyeru kepada semua lapisan Masyarakat Islam yang cintakan keadilan dan penentang kezaliman untuk sama-sama berdoa dan membantu kami mengikut kemampuan yang ada bagi mendapatkan semula tanah berkenaan," tambah beliau.

Che Wan Mustaffa juga berharap pihak berkuasa termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan mereka yang berkenaan campur tangan bagi menyelesaikan masalah ini. ~fmt


Terkini!! Draf Gaji Baru SBPA 2012 Cadangan CUEPACS

Posted: 09 Feb 2012 07:23 AM PST

Kepada kalangan pembaca yang terdiri daripada kakitangan awam ternanti-nanti berita terkini tentang perkembangan semakan SBPA gaji baru 2012, kami ada sertakan draf cadangan memaparkan formula gaji baru yang baru sahaja dikemukakan oleh Cuepacs. Semak lampirannya..

Kami perhatikan cadangan gaji yang dikemukakan tiada perbezaan yang ketara. Walaubagaimanapun, untuk gred sokongan kelihatan ada perubahan & peningkatan.


Kalau sebelum ini, Cuepacs melalui Presiden Datuk Omar Osman mempertikaikan hasrat kerajaan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi iaitu sekitar RM45,000 setahun menjelang 2020 apabila membandingkan dengan kadar gaji baru yang diperkenalkan SBPA sebelum ini. ~beritasemasa


Kantoi!! Majalah Porno Jepun Rupa-Rupanya Keluaran Blogger UMNO

Posted: 09 Feb 2012 03:01 AM PST

Sekadar Hiasan
Blogger pencacai UMNO tak sudah-sudah dari membuat fitnah. Terbaru, gambar porno yang dikatakan Anwar telah di keluarkan oleh Majalah Porno Jepun. Namun telah di selidiki, berkemungkinan gambar tersebut telah di superimpose ke majalah tersebut dan artikelnya menceritakan kisah lain iaitu berkenaan hackers yang uploadkan gambar - gambar ahli politik Jepun. 

Artikel tersebut tidak menceritakan langsung kisah Anwar. Kepada sesiapa yang boleh berbahasa Jepun, sila translate dan e-melkan ke Addin

Terlalu banyak kisah - kisah kantoi blogger UMNO nih.. sudah - sudah lah membuat fitnah, bertaubatlah sebelum nyawa di hujung halkum. Ikuti pendedahan seterusnya di sini.



Maybank Turut Terlibat Skandal NFC?

Posted: 08 Feb 2012 08:57 PM PST

Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini (8 Feb) membuat satu lagi pendedahan berhubung penyalahgunaan dana Pusat Fidlot Nasional (NFC) oleh keluarga Menteri Pembangunan Keluarga dan Wanita, Datuk Seri Shahrizat Jalil. Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli berkata, berdasarkan maklumat yang beliau terima, keluarga Shahrizat dipercayai telah menerima pembiayaan dari Maybank untuk membeli sebuah kondominium mewah di Singapura.

Berdasarkan maklumat itu, Rafizi berkata beliau telah bekerjasama dengan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura serta penyiasat persendirian untuk mengenal pasti unit kondominium yang dimaksudkan.

"Siasatan itu mengesahkan bahawa keluarga Shahrizat telah membeli dua unit kondominium mewah di Marina Bay Suites di Singapura," kata Rafizi.

"Kedua-dua unit ini terletak berdekatan dengan restoran mewah yang dimiliki dan dikendalikan oleh keluarga beliau (Shahrizat) di Singapura iaitu Steakhouse Brawn," katanya.

Rafizi memberitahu wartawan bahawa kemudahan pembiayaan untuk pembelian 2 unit kondominium berjumlah RM34, 562,784 ini dipercayai diluluskan oleh bank sebagai timbal balik kerana NFC dan syarikat-syarikat milik keluarga Shahrizat mempunyai deposit yang besar yang mengikut kepada Rafizi, adalah sebahagian daripada RM250 juta yang dibiayai untuk NFC.

"Pembelian dua mewah kondominium mewah di Singapura adalah satu lagi bukti bagaimana dana sebanyak RM250 juta telah digunakan untuk tujuan peribadi untuk mengumpul harta sedangkan tujuan asal dana tersebut diberikan tidak dipenuhi.

"Persoalannya ialah bagaimana keluarga beliau mampu menanggung bayaran balik bulanan yang cukup besar? Anggaran saya berdasarkan kadar pinjaman semasa dan tempoh bayaran balik 25 tahun menunjukkan mereka perlu membayar RM173,000 sebulan untuk membiayai pinjaman kedua-dua kondominium tersebut," katanya.

"Ini menimbulkan risiko besar berlakunya penyelewengan dalam pengurusan dana RM250 juta memandangkan mustahil Dato' Seri Salleh Ismail (suami Shahrizat) dan anak mereka Wan Shahinur Izran berpendapatan begitu tinggi untuk melangsaikan hutang bulanan kepada bank-bank yang terlibat," tambah Rafizi.

Katanya, terdapat kemungkinan yang dana awam berjumlah RM250 juta yang diberikan kepada NFC telah diselewengkan kepada pelbagai syarikat yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat di Singapura untuk menampung bayaran balik kondominium yang dibeli.

Menurutnya, pendedahan terbaru yang dibuat ini menjadikan jumlah keseluruhan dana NFC yang telah diseleweng oleh keluarga Shahrizat sebanyak RM62 juta. ~klpos

Tiada ulasan: