Nuffnang

Pengikut

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

sumber :-

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


HASSAN ALI KINI MULAI BELAJAR MEMBUAT FITNAH

Posted: 16 Jan 2012 11:24 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

DR HASSAN ALI setelah dipecat dari PAS kini mulai belajar dari beberapa pemimpin Umno untuk melakukan kerja fitnah.  Kononnya seorang pejuang Islam yang tulen, tetapi melakukan fitnah terang-terangan apabila mendakwa DS Anwar menyokong golongan Homoseks hanya berpandukan kepada media pencacai dan wawancara di Youtube yang beliau sendiri tidak melihatnya sepenuhnya wawancara berkenaan.  Baca apa yang `Pejuang Islam, kaki fitnah' itu sebut di SINI

Pada saya Dr Hassan Ali lebih bangsat dari segala bangsat demi kerana dendam dan hati yang busuk terhadap DS Anwar.  Beliau melepaskan dendamnya akibat terbuang dari PAS dan ingin meletakkan dirinya sebagai Pejuang Islam yang agung.  Apa sebenarnya masalah bangsat ini?  Mula-mula menuduh PAS tidak betul kerana prinsip Negara Berkebajikan.  Kemudiannya, tarik balik dakwaan beliau itu kononnya beliau terlebih cakap.  Selepas itu, menghasut orang ramai agar tidak menyokong DS Anwar Ibrahim semata-mata beliau mendengar khabar bahawa DS Anwar tidak bermoral.

Apabila dipecat dari PAS, beliau menuding jari ke atas DS Anwar mengakibatkan beliau dipecat.  Kemudiannya menyebut terdapat `parasit-parasit' di dalam PAS yang menyebabkan beliau dipecat.  Ertinya, sudah tentu bukan DS Anwar `parasit' kerana DS Anwar bukan berada di dalam PAS.  Tetapi mengapa si bangsat ini menuduh DS Anwar menyebabkan beliau dipecat?  Ini bermakna, hujah yang lintang pukang dari awal menunjukkan Dr Hassan Ali ini mempunyai hati yang busuk dan tidak hairanlah orang seperti ini dicampakkan oleh PAS selayaknya ke dalam tong najis.

Beliau menyebut, Tuan Guru Nik Aziz dan Hj Hadi lebih layak jadi PM dari DS Anwar.  Memanglah, jika ditanya pada kita sekalipun kita pun beranggapan sedemikian.  Tetapi, jika Tuan Guru Nik Aziz atau Hj Hadi bersetuju DS Anwar menjadi PM sepertimana Almarhum Ustaz Fadzil Noor juga pernah bersetuju DS Anwar jadi PM, apa masalahnya yang menyakitkan hati bangsat ini?  Apakah kerana dia rasa jika bukan Tuan Guru Nik Aziz atau Hj Hadi yang layak menjadi PM, maka beliau merasa beliau yang layak?  Jijik aku membayangkan orang ego, sombong dan bongkak ini mahu dilantik menjadi PM.

Dr Hassan Ali masuk PAS ketika PAS sudah segar bugar.  Beliau tidak pernah merasai kesusahan di dalam PAS sebagaimana Mat Sabu, Mahfuz dan beberapa orang lain rasai.  Usahkan mahu menyebut bangsat ini pernah dipenjarakan atau ditangkap di lokap mahu pun di bawah Akta ISA, mahu melihat bangsat ini hadir berhimpun di dalam demontrasi selaku pejuang pun susah.  Beliau masuk PAS beberapa tahun kemudian terus berada di pejabat penghawa dingin selaku Exco.  Apa keperitan yang beliau rasai sepanjang di dalam PAS? 

Islam tidak boleh tertegak hanya dengan ucapan tegang-tegang urat leher mahu pun kembang-kembang hidung berteori, wahai Hassan Ali.  Islam tidak boleh ditegakkan dengan bersekongkol dengan musuh-musuh Islam dan membuat fitnah.  Islam juga tidak boleh didaulatkan secara bersendirian.

Allah tidak memandang seseorang itu pada awal kehidupannya, tetapi Allah memandang seseorang itu pada akhir penghidupannya.  Dan, bangsat ini telah memilih jalan yang beliau lalui sekarang iaitu meninggalkan Jemaah Islam untuk bersama golongan-golongan munafik yang menjadikan fitnah sebagai cara hidup./wfauzdin.blogspot.com


Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT