Isnin, 9 Januari 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


KESIHAN AHLI PERKOSA, TERTIPU LAGI

Posted: 09 Jan 2012 01:08 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

SEBELUM ini saya sudah banyak menulis tentang Berahim al-kataki Presiden Perkosa ini.  Sebelum itu, mari kita baca apa kata sebuah portal pro Umno, Umno-reform2 yang menulis. "Adakah benar Presiden Perkasa, dalam usaha menangani kehadiran mereka yang menyokong Anwar Ibrahim dengan mahu mengadakan perhimpunan Perkasa dan memberi amaran kepada perhimpunan BEBAS – tidak hadir pagi tadi? Mungkin laporan http://www.malaysiakini.com/news/186093  menipu namun kita perlu tahu hakikat sebenarnya – adakah Ibrahim Ali hadir pagi tadi. Ahli UMNO – perlu jelas dalam mengambil Ibrahim Ali sebagai pemimpin mereka dalam Perkasa(Umno-reform 2).


Jika di dalam media, terutamanya di TV 3 suku atau Utusan Meloya, Berahim alkataki ini kalau bercakap bagai `hali-lintar', maklumlah beliau selalu memegang keris panjang dan songkok tinggi.  Sewaktu BERSIH 2.0 dahulu, Berahim al-kataki umpama `Pendekar Mustar' di dalam filem `Pendekar Bujang Lapok'.  Hebat, garang dan bergaya lagaknya.  Waktu itu, beliau beri amaran kepada BERSIH agar bersedia untuk berdepan dengan Perkosa jika BERSIH tetap ingin berhimpun.

Apabila tiba masanya, batang hidung raja katak ini langsung tidak kelihatan.  Tertipu lagi budak-budak dan orang-orang tua di dalam Perkosa.  Perkosa entah ke mana, kumpulan Silat di bawah Omar Din pun ghaib ke mana. 

Terbaru, kempen 901 semalam untuk menyokong DS Anwar sewaktu hari keputusan kes fitnah liwat II terhadap Ketua Umum PKR itu, Berahim alkataki sekali lagi dengan garangnya memberi amaran kepada penyokong-penyokong DS Anwar agar bersedia untuk berhadapan atau menerima provokasi dari pihak songkok tinggi.  Beliau ingat kita di dalam PR takut hanya dengan seekor raja katak beserta beberapa ekor lagi pencacainya?  Mereka silap besar.

Perhimpunan penyokong-penyokong DS Anwar telah diadakan di tempat letak kenderaan di luar perkarangan Mahkamah Jalan Duta.  Sejak awal pagi lagi penyokong-penyokong DS Anwar mula memenuhi ruang di situ, dan khabarnya kumpulan Berahim Ali akan berkumpul di Masjid Wilayah.  Tujuannya apa?  Masakan hadir untuk menonton sahaja?  Sudah tentu Berahim alkataki ada perancangan `mulia' untuk melakukan sesuatu kepada para penyokong DS Anwar.

Malangnya, sekali lagi ahli-ahli Perkosa diperbodohkan oleh raja katak.  Semalam, usahkan batang hidung, songkok tinggi Berahim Ali pun tidak kelihatan.  Di mana beliau menyorok waktu itu?  Ada yang berkata, raja katak tidak dapat hadir kerana tiada hujan.  Lazimnya, jika mahu hujan katak-katak akan bising berbunyi.  Oleh kerana waktu itu tiada hujan, maka Berahim alkataki pun tidak hadir di sekitar mahkamah.  Penakut rupanya si Berahim.

Saya nampak geng-geng Perkosa tidak sampai pun 50 orang berada di perkarangan Masjid Wilayah sementara menanti raja katak, bos mereka.  Malangnya, Berahim alkataki tidak menunjukkan taringnya yang tumpul itu.  Entah di mana kali ini beliau menyorok atau berada di bawah tempurung.  Kesihan budak-budak dan bapa budak yang kerap sangat tertipu dengan Berahim alkataki ini.

Sahih dan nyata, Berahim alkataki penakut dan bacul selama ini. /wfauzdin.blogspot.com


Nik Aziz puasa sunat, minta penuduh Anwar mohon maaf

Posted: 09 Jan 2012 02:42 AM PST

Rizal Tahir

PENGKALAN CHEPA, 9 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menasihatkan pihak yang telah memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memohon maaf dengan segera.

Katanya, ianya termasuk pihak media yang seolah-olah telah menggambarkan Anwar bersalah walaupun mahkamah belum membuat sebarang keputusan sebelum ini.

"Para wartawan yang turut membuat fitnah terhadapnya selama inipun perlu memohon maaf dari Anwar.

"Berdosa besar dan tidak akan masuk syurga selagi tidak memohon maaf darinya," ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian kepada media sekembalinya dari Kuala Lumpur, di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini pagi ini.

Sementara itu beliau yang juga Menteri Besar Kelantan memberitahu akan menunaikan solat sunat 'syukur' malam ini ekoran keputusan mahkamah yang memutuskan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, tidak bersalah.

Beliau juga akan berpuasa sunat sehari esok bagi melahirkan rasa syukur terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap Anwar yang akhirnya ditamatkan dengan keputusan mahkamah hari ini.

"Mudah-mudahan fitnah politik di negara ini tidak akan berlaku lagi," ujarnya.

Tiada ulasan: