WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- SAMBUTAN HANGAT BUAT ANWAR DI MELAKA PASTI MENGGUSARKAN ALI RUSTAM
- RAJA PETRA HANYA MENGULANGI PEMBOHONGAN UMNO SEMATA-MATA
- EZAM SESUMPAH AKHIRNYA MENGAKU GAGAL JATUHKAN ANWAR
- KEMPEN 901 - SHAHRIZAT BERANI BUKA MULUT DENGAN HARAPAN KISAH LEMBU LENYAP?
SAMBUTAN HANGAT BUAT ANWAR DI MELAKA PASTI MENGGUSARKAN ALI RUSTAM Posted: 04 Jan 2012 09:00 PM PST AGAKNYA memang benar jangkaan beberapa pemerhati politik yang menyebut Melaka bakal tumbang kepada PR di dalam PRU akan datang. Jika dilihat pada sambutan program Jelajah DS Anwar di Melaka malam tadi, harapan untuk melihat Umno ke pintu lahad amat cerah. Tahniah rakyat Melaka yang kini sudah terbuka mata hati mereka. Umno tidak boleh selama-lamanya menipu rakyat Melaka. Rakyat Melaka mungkin telah menyedari bahawa KM mereka Ali Rustam dahulu pernah melakukan rasuah politik wang sewaktu pemilihan Umno dan ini disahkan sendiri oleh Jawatankuasa Tatatertib Umno. Maka, rakyat kini insaf dan tidak mahu lagi bertuankan Ali Rustam.
Umno mesti dikuburkan, itulah yang digambarkan oleh rakyat Melaka kini. Malam tadi, negeri yang dahulunya `pekat' Umno kini semakin menipis. Kehadiran ribuan rakyat Melaka malam tadi di dalam program DS Anwar sudah tentu bikin Ali Rustam resah gelisah. /wfauzdin.blogspot.com | ||||||
RAJA PETRA HANYA MENGULANGI PEMBOHONGAN UMNO SEMATA-MATA Posted: 04 Jan 2012 06:00 PM PST Tuan/Puan Editor, Raja Petra Kamaruddin membuat tuduhan baru-baru ini kononnya tauke-tauke Cina membayar duit kopi untuk mendapat kontrak di Selangor. Maka, kesimpulannya adalah kerajaan Selangor masih korup seperti sebelum ini. Suka saya bertanya kepada Raja Petra, masa bilakah Menteri Besar Selangor sekarang ini telah membelanjakan RM1.5juta semata-mata untuk pergi bercuti ke Disneyland dan Perancis? Saya menyokong kenyataan SU Politik Menteri Besar Selangor, Cik Faekah Hussin, yang meminta Raja Petra membuat laporan rasmi terhadap tuduhan beliau itu. Hairan saya, mengapa perlu mengeluarkan tuduhan yang tidak berasas ini di media-media milik UMNO sedangkan beliau hanya perlu membuat laporan rasmi sahaja kepada Kerajaan Negeri Selangor. Malahan, Kerajaan negeri Selangor menyediakan peruntukan sejumlah Rm15 juta setahun bagi tujuan membasmi korupsi. Suka saya nyatakan tindakan Raja Petra membuktikan beliau telah menjadi seorang blogger upahan UMNO. Segala prinsip dan pegangan yang beliau ada sebelum ini telah terjual kepada musuh yang hanya mahu mengekalkan sistem korup dan bernanah yang ada sekarang ini. Saya cukup kesal akan tindakan Raja Petra yang telah mengkhianati perjuangan dan hasrat jutaan rakyat Malaysia yang mahukan sebuah negara yang bebas dari rasuah dan korupsi. PENGUNDI DUN KOTA ANGGERIK Sumber: Melalui email | ||||||
EZAM SESUMPAH AKHIRNYA MENGAKU GAGAL JATUHKAN ANWAR Posted: 04 Jan 2012 06:00 AM PST Oleh: WFAUZDIN NS SINAR hari ini memetik kenyataan raja sesumpah, Ezam Mohd Noor yang mendakwa Anwar Ibrahim semakin hilang kredibiliti apabila Raja Petra Kamaruddin (RPK) mula menyerang beliau di dalam seluruh media pencacai kawalan Umno.
Soalan saya, semenjak bila RPK ini membantu menaikkan kredibiliti Anwar Ibrahim? Benar, dulunya beliau dikatakan penyokong kuat kepada Anwar, sama juga seperti Ezam raja sesumpah. Ada yang berpendapat Ezam raja sesumpah adalah `ayam sabung' kepada Anwar Ibrahim sewaktu Ezam berada di dalam Keadilan,tetapi apabila beliau bertukar dari `ayam sabung' menjadi `lembu belaan' Umno, adakah Anwar Ibrahim hilang kredibiliti? Jika Ezam raja sesumpah gagal samasekali menjatuhkan Anwar di dalam politik, amat jauh sekali jika RPK mampu berbuat demikian.
Oleh yang demikian, kredit yang diberikan oleh Ezam sesumpah terhadap RPK adalah bukti menunjukkan Ezam sendiri tahu beliau gagal untuk menjatuhkan kredibiliti Anwar. Siapakah sebenarnya yang boleh menjatuhkan Anwar di dalam politik? Selain dari kekuasaan Allah SWT, hanya rakyat jua yang boleh berbuat demikian. Suara rakyat suara keramat.
Sudah ramai orang-orang kuat Anwar berpaling tadah kerana mereka ingin menjaga perut masing-masing. Hajat mereka tercapai, ada yang mendapat tawaran kerja yang baik, ada yang mendapat Senator dan ada yang mendapat anugerah Datuk. Bermula dari kumpulan 7 penyamun, kumpulan Roslan Kassim dan Zahid Md Arip, kemudiannya dituruti oleh Dr Muzafar, Ezam, Zahrain, Nalla Karupan, Zul Kulim, Gobalakrisnan dan seekor dua lagi, tiada seekor pun dari mereka ini mampu menggoyahkan sokongan terhadap Ketua Umum PKR itu. Beberapa hari ini, mereka amat cemburu dan sakit hati apabila gerakan rakyat untuk membebaskan Anwar Ibrahim semakin bergelora. Rakyat tidak lagi terpedaya dengan propaganda yang dimainkan oleh media-media pengampu yang buta terhadap isu lembu `Fidlot' atau wang zakat yang dibelasah oleh pemimpin Umno. Kehadiran RPK di muka-muka TV dua tiga hari ini tidak melalaikan rakyat dari mengingati betapa Umno adalah perosak ugama, bangsa dan tanahair./wfauzdin.blogspot.com | ||||||
KEMPEN 901 - SHAHRIZAT BERANI BUKA MULUT DENGAN HARAPAN KISAH LEMBU LENYAP? Posted: 04 Jan 2012 12:22 AM PST Oleh: WFAUZDIN NS 901 tetap akan menyaksikan kebangkitan rakyat yang akan bangkit menyokong DS Anwar. Samada mereka hadir atau tidak ke Mahkamah nanti, mood rakyat kini berada di tahap yang tinggi untuk melihat Umno tersungkur di pintu luar Putrajaya.
Apabila Kempen 901 ditiupkan, sedikit sebanyak cerita lembu dalam kondo menjadi kurang panas atau `suam-suam kuku'. Maka, sedikit lega buat Shahrizat. Justeru itu, setelah lama tidak bersuara akibat penangan `lembu dalam kondo', tiba-tiba sehari dua ini lancang pula mulut Shahrizat untuk menyampuk dan mengulas tentang `Kempen 901'. Adakah beliau ingat beliau boleh melalaikan rakyat dari mengingati kisah `lembu dalam kondo', kereta mewah, hartanah dan kondo di Singapura itu? Beliau silap, kita cuma `reserved' kan dulu isu tersebut untuk memberi tumpuan terhadap perjuangan membela dan menyokong DS Anwar Ibrahim. Ada yang berpendapat `Kempen 901 ' ini adalah perjuangan membela individu. Jika benar dakwaan mereka, apa masalahnya dan apakah Islam melarang kita membela nasib seseorang indidividu, apatah lagi individu berkenaan terlalu banyak berkorban untuk kita semua? Suatu kisah, seorang wanita Muslim telah ditarik tudungnya oleh seorang Yahudi, maka Sayyidina Omar membela wanita ini sehingga ingin memancung kepala Yahudi berkenaan? Adakah ini bukan tindakan membela individu?
Sekiranya penyokong-penyokong Umno merasakan Khir Toyo tidak bersalah atau teraniaya, mereka juga boleh hadir ke mahkamah untuk memberikan sokongan kepada Khir Toyo yang mereka anggap dianiaya atas tuduhan salah laku di dalam pembelian tanah sewaktu beliau menjadi MB Selangor dahulu. Jika mereka hadir memberikan sokongan, kita jamin kita di dalam PR tidak akan menjadi bodoh untuk membuat laporan Polis menghalang mereka hadir ke mahkamah menyokong Khir Toyo. Setakat ini berapa ramai yang menyokong Khir Toyo jika dibandingkan sewaktu beliau berada di puncak kuasa? Berbeza dengan DS Anwar. Sewaktu beliau berada hampir di puncak kuasa selaku TPM, beliau mendapat sokongan kuat dari ahli-ahli Umno dan beberapa NGO termasuk NGO Islam waktu itu. Dan, apabila DS Anwar dizalimi serta hilang kuasanya, beliau semakin kuat pendapat sokongan bahkan disokong pula oleh Pembangkang atas dasar kezaliman mesti ditentang. Sehingga kini, bertalu-talu cubaan musuh politik beliau menyerangnya dengan berbagai cara termasuk dari bekas-bekas rakannya dahulu, DS Anwar semakin kuat mendapat sokongan. Adakah DS Anwar itu maksum? Sudah tentu tidak, tetapi jika dibandingkan dengan pemimpin Umno yang lain yang kebanyakan dari mereka menjadi pengampu pemimpjn rasuah, DS Anwar sememangnya layak diberi sokongan. Shahrizat cuba untuk mengaitkan `Kempen 901' dengan perjuangan ke atas individu. Benar, kita menyokong DS Anwar kerana beliau lebih baik dari pemimpin Umno. Beliau jauh lebih baik dari Sharizat sendiri. DS Anwar tidak membela lembu walaupun seekor, tiada membeli kondo atau kereta mewah dengan menggunakan wang rakyat. DS Anwar juga tidak terlibat dengan komisyen kapal selam sejumlah RM 500 juta. Beliau juga tidak mengambil wang zakat walaupun dibayar balik untuk kos guamannya. Sehubungan itu, marilah kita turun bersama-sama ke mahkamah pada 09 Jan nanti untuk memberitahu penyokong-penyokong Umno bahawa rakyat akan bangun untuk menentang kezaliman di bumi Malaysia ini. Biarkan mereka membuat laporan Polis sehingga jutaan laporan sekali pun kerana setiap laporan yang mereka buat itu tidak boleh memadamkan kisah `Lembu Dalam Kondo'./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan